Anda di halaman 1dari 10

TUGASAN 1 : PENULISAN AKADEMIK

a. Bincangkan perkara penting berkaitan persediaan perkahwinan yang wajib


dilaksanakan oleh bakal suami dan bakal isteri serta tanggungjawab mereka untuk
membina sebuah rumahtangga bahagia.

Firman Allah SWT dalam Surah Adz-Dzariyaat 51; Ayat 49


٤٩﴿ َ‫﴾ َو ِمن ُكلِّ َش ْى ٍء خَ لَ ْقنَا زَ وْ َجي ِْن لَ َعلَّ ُك ْم تَ َذ َّكرُون‬
“Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kami dan mengingati
(kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah.”Allah SWT telah
menjadikan fitrah manusia memerlukan ketenteraman jiwa dan menginginkan teman
hidup serta zuriat keturunan. Daripada penciptaan ini manusia melalui perkahwinan
dapat mengatur kehidupan dan menjalinkan persaudaraan yang menjadi asas dalam
sesebuah masyarakat.

Perkahwinan dari segi bahasa ialah ikatan atau simpulan. Manakala, menurut
istilah syarak, ia bermaksud suatu ikatan atau akad yang menghalalkan pergaulan
antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang bukan mahram.  Institusi
keluarga merupakan satu institusi yang penting dalam sesebuah masyarakat. Institusi
keluarga merupakan penentu jatuh bangun serta mundurnya sesebuah masyarakat.
Sekirannya masyarakat mempunyai organisasi kekeluargaan yang utuh dan mantap,
maka masyarakayt akan hidup dalam keadaan aman dan bahagia. Begitulah
sebaliknya, sekirannya masyarakat itu dihuni oleh keluarga yang retak dan
bermasalah lambat laun masyarakat itu sedikit demi sedikit akan menuju kehancuran
bagai retak menunggu belah.

Justeru itu, pasangan yang bakal berkahwin perlu mempersiapkan diri dengan
ilmu perkahwinan. Persiapan yang dilakukan oleh bakal-bakal menempuhi alam
perkahwinan ialah, dari segi prosedur dan pengurusan pasangan yang bakal
berkahwin perlulah mengenal keluarga masing-masing kerana dikhuatiri mereka dari
kalangan yang haram dikahwini selamanya seperti adik-beradik susuan dan
sebagainya. Mereka juga mestilah mendapatkan persetujuan dari wali mereka agar

1
direstui. Seterusnya pertunangan walaupun perkara itu tidak diwajibkan namun
sekadar perjanjian sebelum berkahwin. Setiap bakal pasangan perlulah menghadiri
kursus praperkahwinan yang dianjurkan oleh Kabatan Agama Islam Negeri(JAIN)
bagi mendapatkan sijil untuk melayakkan mereka membuat permohonan berkahwin.
Kursus ini juga sebagai pengisian ilmu di alam perkahwinan kelak. Selain itu,
merkeka juga perlu menjalani pemeriksaan kesihatan(ujian saringan HIV/penyakit-
penyakit lain) agar mereka bebas dari sebarang penyakit yang memudaratkan dan
merebak.

Sejajar dengan itu, mereka perlu membuat pemohonan kebenaran berkahwin


sebagai contoh mengisi borang yang ditetapkan oleh JAIN berserta dokumen-
dokumen penting mengenai kedua-dua pasangan. Segala butiran ini penting sebagai
rekod dan peraturannya berbeza bagi setiap negeri termasuklah pasang buka
warganegara. Sekirannya, tiada wali nasab atas sebab kematian ataupun sebagainya
pasangan perlu merujuk mahkamah dan membuat pemohonan wali hakim mengikut
syarat-syarat yang ditetapkan. Untuk tempat perkahwinan, dilangsungkan ialah di
tempat perempuan bermastautin namun pendaftar perkahwinan, cerai dan rujuk boleh
diberikan kebenaran mengikut tempeh pemohon memohon. Dan terakhir, pendaftaran
perkahwinan, selepas akad pasangan perlu menandatangani borang berkaitan serta
membuat bayaran yang ditetapkan. Manakala, sijil atau kad kahwin dikeluarkan
selepas selesai pendaftaran. Selain persediaan yang diutarakan tersebut ialah
pasangan perlu bersedia fizikal dan mental serta arif mengenai pengurusan wang
untuk memasuki alam perkahwinan. Segala yang bakal dilalui tidak akan sama
dengan kehidupan bersendirian.

Pemilihan calon pula, Islam telah menggariskan beberapa ciri bakal suami dan
bakal isteri yang dituntut dalam Islam. Suami yang beragama dan berakhlak mulia
adalah penolak bencana dari Allah SWT di muka bumi baginya dan keluarganya
sebagaimana sabda Rasulullah SAW, "Jika datang kepadamu seorang lelaki yang
engkau redhai agamanya dan akhlaknya, maka bernikahlah dengannya, jika tidak
maka akan muncul fitnah di bumi dan kerosakan.” Seseorang itu hendaklah beragama
Islam iaitu beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT. Dia juga seorang
bertanggungjawab terhadap semua benda, memiliki akhlak-akhlak yang terpuji,
berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang

2
benar, tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya dan rajin
berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk
kebahagiaan keluarganya. Perlulah sabar dan bersedia dari fizikal dan mental untuk
menguruskan pahit manis bersama pasangan. Begitu juga dengan pemilihan calon
isteri, Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana
empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana
agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat". Wanita yang
memahami, penyayang, lemah lembut dan mempunyai sifat keibuan. Sebab itu, Islam
menggalakkan anda memilih pasangan yang beriman sebagai kriteria utama pemilihan
pasangan hidup agar mahligai bahagia kekal sentosa selamanya. Kerana orang yang
beriman akan mengharungi segala cabaran dan masalah akan dihadapi dengan sabar,
disinilah kelebihan iman.

Selaku umat Islam kita hendaklah mencontohi rumahtangga Rasulullah SAW


ke arah menjadikan Keluarga Sakinah Rasulullah SAW, kehadiran Saiyidatina
Khadijah binti Khuwailid sebagai suri dalam kehidupan Baginda SAW memberi satu
kekuatan dan tenaga pendorong untuk menghadapi tugas yang amat berat. Sesebuah
keluarga yang dibina hasil daripada perkahwinan ini bukan bertujuan memenuhi hawa
nafsu semata-mata tetapi untuk melihat bagaimana bahtera rumahtangga itu dipandu
kearah matlamat yang betul. Bakal suami dan isteri seharusnya arif mengenai apa
tanggungjawab dan peranan yang perlu mereka pikul untuk membina sebuah keluarga
bahagia. Seperti rentak dunia pada hari ini, meskipun didapati kedua-dua suami isteri
sama-sama bekerja, namun tanggungjawab memberi nafkah masih tetap terpikul di
bahu suami. Walaubagaimanapun isteri boleh membantu meringankan beban
suaminya. Sumbangan isteri kepada keluarga ini dikira sebagai sedekah yang akan
dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.

Menjurus kepada tanggungjawab seorang suami selaku pemimpin keluarga.


Suami hendaklah bertanggungjawab memimpin keluarganya kearah keredhaan Allah
dan memberi kebahagiaan kepada mereka. Rasulullah SAW dalam hadisnya
bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana
sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak
memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya,
maka ia telah berkhianat kepada Allah dan Rasul-Nya. Suami hendaklah memberi

3
nafkah zahir dan batin kepada isterinya seperti menyediakan tempat tinggal, makan
minum, pakaian, rawatan dan perubatan mengikut kemampuan suami.

Firman Allah dalam Surah An-Nisaa’ 4; Ayat 3 :


۟ ُ‫ ِدل‬c‫إ ْن ِخ ْفتُ ْم أَاَّل تَ ْع‬c َ‫ َع ۖ ف‬cَ‫ث َو ُر ٰب‬
‫وا‬ ِ َ َ‫اب لَ ُكم ِّمنَ ٱلنِّ َسٓا ِء َم ْثن َٰى َوثُ ٰل‬ ۟ ‫وا فِى ْٱليَ ٰتَم ٰى فَٱن ِكح‬
َ َ‫ُوا َما ط‬ َ
۟ ُ‫َوإ ْن ِخ ْفتُ ْم أَاَّل تُ ْق ِسط‬
ِ
۟
٣﴾‫ك أَ ْدن ٰ َٓى أَاَّل تَعُولُوا‬ ٰ
َ ِ‫ت أَ ْي ٰ َمنُ ُك ْم ۚ َذل‬
ْ ‫﴿فَ ٰ َو ِح َدةً أَوْ َما َملَ َك‬
“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim
(apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang
kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian
jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka
(berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan
yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya
kamu tidak melakukan kezaliman.”Dalam isu pemberian nafkah, suami juga perlu
faham bahawa dalam situasi isteri bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri,
tanggungan suami untuk memberikan nafkah zahir itu tidak hilang secara automatik.
Walapun pendapatan isteri adalah jauh lebih besar daripada suami. Selain itu,
memberi layanan yang baik. Suami hendaklah menggauli isterinya secara baik
mengenai layanan, tutur kata, perbuatan, dan pergaulan hidupnya atau hubungan
kelamin antara keduanya dengan penuh kasih sayang., memberi didikan. Suami
hendaklah mengajar dan mendidik isteri supaya menjadi isteri yang solehah dan taat
beribadah kepada Allah serta faham ajaran-ajaran agama.

Sebesar manapun tanggungjawab seseorang suami, tanggungjawab isteri perlu


seiring. Isteri juga perlu menggalas tanggungjawab yang besar bagi membantu suami
untuk membentuk keluarga bahagia yang diredhai Allah. Ulama bersepakat
menyatakan bahawa tanggungjawab Isteri ketaatan kepada perintah suami. Isteri yang
beriman kepada Allah dia taatkan suami terhadap perkara-perkara yang tidak
bertentangan dengan syariat Islam. Sehubungan dengan masalah ini, Imam al-Ghazali
menerangkan dalam bukunya Ihya’ Ulum al-Din bahawa pada suatu hari seorang
suami telah keluar bermusafir dan berpesan kepada isterinya supaya tidak keluar
rumah, ditakdirkan bapa isterinya jatuh sakit. Maka diadukan hal ini kepada
Rasulullah SAW dan baginda bersabda yang bermaksud, “Taatlah kepada perintah
suami.” Kemudian bapanya meninggal dunia dan isteri tersebut memintaizin untuk

4
menziarahinya. Rasullullah mengutuskan pesanan kepada wanita tersebut, “Allah
telah ampunkan dosa terhadap bapamu kerana taat kepada suami.”

Di samping itu, memberi layanan yang baik kepada suami sama pada ketika
senang ataupun susah. Selanjutnya, perlu menjaga maruah dirinya mengikut tuntutan-
tuntutan syarak, menjaga aurat ketika berdepan dengan bukan muhrim, menjaga
dirinya semasa ketiadaan suami di rumah, isteri juga berkewajipan menjaga tingkah
lakunya, percakapannya dan maruah suaminya. Segala keburukan suaminya dan
rumah tangga tidak boleh diceritakan kepada orang lain. sebagaimana sabda
Rasulullah: "(Sebaik-baik wanita adalah) yang membahagiakan suaminya jika ia
memandangnya, yang sentiasa mentaati suaminya jika ia memerintahnya, dan yang
tidak bermaksiat terhadap suaminya atas dirinya dan hartanya dengan sesuatu yang
dibenci suaminya.” [HR an-Nasa’i].

Kesimpulannya, kebahagiaan dalam rumah tangga memerlukan kerjasama


daripada kedua-dua belah pasangan. Bagi merealisasikan pengharapan tersebut,
rumahtangga mesti diurus dengan baik. Iaitu suami isteri perlu bijak mengurus
rumahtangga kerana ianya adalah tujang kepada kestabilan dan keharmonian sesebuah
rumahtangga. Bukan itu sahaja, suami isteri juga perlu memberi penekanan kepada
pengurusan kewangan, masa, kesihatan, dan hubungan dalam keluarga. Pendekatan
terbaik yang dapat diperolehi ialah kejayaan baginda Rasulullah SAW bersama para
isteri baginda dalam memimpin rumahtangga sehingg baginda dinobatkan sebagai
uswah hasanah atau “role model” oleh masyarakat dunia. Oleh itu, sewajarnyalah kita
mencontohi kerjasama dan persefahaman yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah
SAW dan Ummul Mukminin mudah-mudahan kita juga turut merasi kemanisan hidup
berumahtangga dalam erti kata yang sebenar.

5
b. Bincangkan hak-hak yang boleh dituntut oleh isteri terhadap suami selepas
perceraian.

Tidak semua pasangan yang berkahwin akan berkekalan hingga ke akhir


hayat. Perkahwinan yang tidak bahagia dan sentiasa menghadapi konflik dan masalah
biasanya akan berakhir dengan penceraian. Perceraian dari segi bahasa bermaksud
berpisah. Dari segi istilah pula bermaksud keruntuhan hubungan perkahwinan dan
terputusnya hubungan suami isteri dengan bersebab. Perceraian bermaksud
menamatkan hubungan perkahwinan sama ada dengan pilihan suami atau dengan
keputusan qadi. Penceraian merupakan jalan keluar terakhir jika semua usaha
memulihkan perkahwinan gagal, penceraian tetap dibenarkan oleh Syarak walaupun
tidak digalakkan. Ini kerana perceraian memberi kesan buruk bukan saja kepada
pasangan suami isteri tetapi kepada anak-anak, keluarga terdekat dan masyarakat.

Talak adalah hak suami kerana hanya suami yang boleh melafazkannya.
(rujuk surah al-Baqarah ayat 229, surah al-Talaq ayat 1 dan surah an-Nisaa ayat 19).
Namun Nabi SAW dalam sebuah hadis bersabda: "Tidak ada perkara halal yang
dibenci oleh Allah selain daripada talak." Dan: "Mana-mana wanita yang meminta
talak daripada suaminya tanpa sebab yang sepatutnya, maka haram ke atasnya bau
syurga." Daripada ayat al-Quran dan hadis di atas jelas bahawa perceraian adalah
diharuskan namun ia adalah perkara yang paling dibenci Allah SWT. Jika seorang
suami melafaz talak kepada isterinya, perbuatan itu tidak berdosa namun ia dibenci
Allah. Bagi isteri pula, jika ia memohon cerai tanpa sebab, apatah lagi jika dia
melakukan perkara-perkara yang menyebabkan suami terpaksa menceraikannya,
maka wanita tersebut tidak akan masuk syurga.

Memetik statistik kes perceraian pasangan beragama Islam yang dilaporkan,


Selangor merupakan negeri tertinggi dengan mencatatkan 12,204 kes pada 2017.
Secara puratanya, sebanyak 33 kes penceraian berlaku pada setiap hari sepanjang
tahun lalu. Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) turut melaporkan pendaftaran kes
perceraian seterusnya tertinggi iaitu Johor dengan 4,588 kes, Kelantan (3,652) dan
Kedah (3,474). Angka tersebut sudah tentu membimbangkan kerana dikhuatiri akan
memberikan kesan buruk kepada institusi kekeluargaan bagi tempoh jangka panjang.

6
Setiap tahun angka penceraian semakin meningkat dan pada tahun 2020 ini keadaan
semakin membimbangkan sekirannya angka ini meningkat lebih pesat.

Ramai pasangan mengambil jalan mudah walaupun pada mulanya bersemuka


dengan masalah-masalah remeh namun masalah tersebut menjadi besar dan berakhir
dengan pertengkaran. Sebagai contoh, campur tangan keluarga mertua, pasangan yang
mengongkong, masalah kewangan, tidur bedengkur dan sebagainya. Sebelum
pasangan teruna dan dara disatukan, segalanya dipandang manis. Kelakuan yang tidak
baik biasanya dipendam sedalam-dalamnya. Bakal suami tidak mengetahui keburukan
bakal isteri dan begitulah sebaliknya. Semuanya nampak cantik dan baik namun
setelah bernikah, mereka mula nampak peri laku sebenar masing-masing. Maka pada
ketika ini, bermacam-macam masalah mula timbul. Akhirnya mahligai bahagia yang
dibina menjadi neraka.

Mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami, Allah swt telah


menyatakan, 'Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal
menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk
menyempitkan mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu sedang
hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, kemudian
jika mereka menyusu (anak-anak)mu untukmu maka berikanlah kepada mereka
upahnya dan musyawarahkanlah antara kamu (segala sesuatu) dengan baik dan jika
kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu)
untuknya'.( Surah at-Talak : 6). Antara hak-hak yang boleh dituntut di Mahkamah selepas
sesuatu perceraian berlaku ialah N afkah Eddah, Mut'ah, Harta Sepencarian, Hak Jagaan
Anak, Nafkah Anak dan Tunggakan Nafkah.

Seseorang isteri yang diceraikan oleh suami selepas disetubuhi, wajib


bereddah. Hikmah bereddah ialah supaya dalam waktu eddah talak rajie ini, suami
dan isteri itu berfikir panjang dan merasa bagaimana pahit getirnya perceraian.
Walaubagaimanapun, bagi seseorang isteri yang diceraikan dalam talak rajie berhak
mendapat nafkah dengan beberapa syarat. Pertama, isteri itu diceraikan secara talak
rajie(talak yang boleh dirujuk), dalilnya ialah Nabi Muhammad saw bersabda,
“Hanya nafkah dan tempat kediaman untuk perempuan yang boleh dirujuk oleh
suaminya”.(Riwayat Ahmad dan An-Nasa’i). Kedua, Isteri yang hamil yang ditalak

7
dengan talak bain (tidak boleh dirujuk) berhak juga mendapat nafkah sehingga anak
itu lahir. Ini berdasarkan firman Allah swt,“Kalau mereka itu hamil, maka berilah
nafkah keapda mereka hingga mereka melahirkan anaknya”.( Surah At-Talaq: 6).

Ketiga, Perempuan tidak hamil yang diceraikan secara talak bain, tidak berhak
mendapat nafkah, pakaian dan tempat kediaman. Nabi Muhammada saw mengulas
mengenai talak tiga ia menyatakan,“Tidak ada hak untuknya bagi tempat kediaman
dan nafkah”.(Riwayat Ahmad dan Muslim). Keempat, Isteri yang dalam eddah
kerana kematian suami tidak berhak mendapat nafkah eddah meskipun dia dalam
kaeadaan hamil. Mengenai perkara ini Nabi Muhammad saw menjelaskan,“Tidaklah
mendapat nafkah bagi perempuan hamil yang kematian suami”(Riwayat Darul-
Qutni). Dan yang kelima,  Isteri hendaklah taat dan patuh kepada suami iaitu isteri
tidak nusyuz. Menurut kitab Kifayah Al-Akhyar Juz 29 halaman 48
menyatakan,“Apabila seseorang isteri nusyuz maka gugurlah hak isteri untuk
menerima nafkah, pakaian dan giliran”. Ini bermakna seseorang isteri yang
diceraikan berhak mendiami tempat tinggal dan mendapatkan nafkah dari bekas
suaminya dalam tempoh eddah berdasarkan syarat-syarat yang diutarakan.

Hak Mut'ah iaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada
isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut Hukum Syarak. Kadar
mut'ah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak. sekiranya
terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah akan menentukan kadar bayaran
mut'ah tersebut. Dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat mengenai Mutaah. Firman
Allah swt, “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan
perempuan-perempuan yang beriman kemudian kamu ceraikan mereka sebelum
menyentuhnya, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang
eddah yang kamu boleh hitungkan masanya. Oleh itu, berilah Mutaah (pemberian
saguhati) kepada mereka dan lepaskan mereka dengan cara yang sebaik-baiknya”.
(Surah Al-Ahzab : 49). Mutaah itu boleh sama ada berbentuk pakaian, barang-barang
atau wang sesuai dengan keadaan dan kedudukan suami. Islam tidak menetapkan
kadar mengenai Mutaah ini. Dasar penetapannya bergantung kepada keredhaan dan
persetujuan suami isteri. Walau bagaimanapun, jika kadarnya menjadi pertelingkahan
suami isteri, maka Mahkamah Syariah akan memutuskan kadar yang patut
berdasarkan kemampuan suami.

8
Hak Tuntutan Harta Sepencarian adalah lebih berdasarkan kepada undang-
undang adat Melayu. Oleh kerana prinsip harta sepencarian tidak berlawanan dengan
kehendak Syariah Islam maka peruntukan harta sepencarian diterima sebagai
sebahagaian daripda Undang-Undang Islam di Malaysia. Dalam Al-Quran ada
menyebut,“Orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang
perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan”.(Surah An-Nisaa’:
32). Seterusnya, Hak Hadhanah bermaksud penjagaan anak-anak yang masih kecil
yang belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri. Mengikut Hukum Syarak
dan Undang-undang Keluarga Islam yang berkuatkuasa, ibu adalah yang paling
berhak bagi menjaga anak-anaknya yang masih kecil(di bawah umur 7 tahun bagi
lelaki dan 9 tahun bagi perempuan). Bagi anak yang melebihi had umur di atas, jika
berlaku pertikaian mengenai hak jagaan anak, Mahkamah akan menentukan
berdasarkan pilihan yang dibuat oleh anak-anak tersebut sama ada hendak tinggal
bersama ibu atau bapa.Tuntutan hak jagaan anak (Hadhanah) ini hendaklah
dikemukan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

Isteri juga berhak untu menuntut Nafkah anak ialah suatu nafkah wajib ke atas
seseorang bagi menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam
jagaannya atau dalam jagaan orang lain. Nafkah anak ini termasuklah makanan,
pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan perubatan sekadar mencukupi mengikut
kemampuannya sehingga anak itu boleh berdikari. Kadangkala terdapat sepasang
suami isteri mengambil anak angkat. Persoalan yang timbul ialah kedudukan nafkah
anak angkat jika ibu bapa angkat itu bercerai. menyatakan anak angkat tidak berhak
mendapat nafkah dengan alasan firman Allah swt,“Panggillah nama-nama mereka,
anak-anak angkat itu dengan panggilan bapa-bapa mereka itu adalah lebih baik di
sisi Allah”(Surah Al-Ahzab : 5). Selain daripada itu, hak isteri keatas tunggakan
nafkah. Seseorang isteri boleh membuat hal tersebut ke atas bekas suaminya jika
didapati bekas suaminya tidak membayar mas kahwin, tidak memberi saraan hidup
ketika dalam tempoh perkahwinan, tunggakan nafkah anak dan sebagainya. Untuk
memudahkan mendapat hak-hak tersebut adalah lebih baik menggunakan peguam.
Bagi mereka yang tidak mampu menggunakan khidmat peguam, bolehlah membuat
permohonan kepada Biro Bantuan Guaman. Semua permohonan itu dibuat kepada
Pendaftar Mahkamah Syariah.

9
Demikian Allah SWT memberi panduan mengenai hak-hak wanita selepas
diceraikan suami. Ini bermakna tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri
dan anak-anak bukan sahaja semasa hidup bersama tetapi juga selepas bercerai
dengan isteri. Walaupun, ikatan pernikahan telah putus akibat jatuh talaq, Islam masih
memberi ruang kepada pasangan suami isteri untuk terus berhubung di antara satu
sama lain dengan batas-batas pergaulan yang diharuskan oleh Hukum Syarak.
Perbuatan ini amat murni bagi memastikan hak-hak bekas suami isteri dan anak-anak
terus dilindungi dan tiada siapa yang terabai. Sebenarnya cara yang paling baik untuk
menyelesaikan hak-hak itu ialah secara perundingan antara suami dan isteri. Jika tidak
ada pilihan lain barulah dibawa ke Mahkamah Syariah. Apa yang penting ialah hak-
hak itu hendaklah dituntut, jika mempunyai alasan yang cukup. Islam adalah agama
yang adil dan memberi hak pembelaan yang cukup kepada kaum wanita. Oleh itu
tidak timbul soal Islam menindas kaum wanita..

10

Anda mungkin juga menyukai