Anda di halaman 1dari 7

Adab Berjiran

Konsep Berjiran
Kamus Dewan mendefinisikan jiran sebagai orang yang berada dekat dengan rumah
kita.
1
Menurut syarak, jiran ialah orang yang berdekatan dengan rumah kita sama ada di
kanan, kiri, di depan atau belakang mahupun di tingkat atas ataupun bawah hingga 40 rumah
dari setiap sudut.
2

Secara kasarnya dapat dilihat takrifan jiran menekankan kepentingan yang besar
sebagai orang yang paling dekat terhadap sesuatu pihak individu atau keluarga. Hal ini
mencerminkan semangat kejiranan yang tinggi dicorakkan melalui perhubungan yang positif
dalam sesebuah komuniti. Ini menjadi bukti bahawa Islam menitik beratkan hubungan
harmoni dan persaudaraan di antara satu sama lain.
Penetapan lingkungan dan had jiran dalam sesebuah kawasan berbeza-beza mengikut
keadaan tertentu dan suasana. Al-Alusi dalam kitabnya Ruhul Maani Fi Tafsiril Quran Al-
Azim Wa Sabul Masani menyatakan menyatakan penetapan jiran dan lingkungannya secara
zahir kembali kepada uruf (adat setempat).
3

Jiran muncul apabila sesebuah petempatan dihuni oleh manusia lain yang datang
daripada saiz keluarga mahupun bentuk rumah yang berbeza tinggal berhampiran. Walau apa
pun keadaan penempatan seseorang itu, sudah menjadi lumrah dia tidak akan berseorangan
sebaliknya pasti dikelilingi kelompok jiran yang turut menetap bersama.



1
Kamus Dewan. 1994. Edisi ke-3.
2
Lihat Imam Al-Ghazali, Ihya Ulumuddin, Adab-adab bergaul dalam masyarakat, Bab 15, hlm 496.
3
Lihat Imam Syaukani, Fathul Qadir, Jlid 1, hlm 743.
Konep Berjiran menurut Islam
Islam membahagikan kedudukan jiran kepada 3 jenis :
Jiran Islam yang mempunyai hubungan darah. Mereka mempunyai 3 hak iaitu
sebagai jiran, keluarga dan seorang Muslim.
Jiran muslim yang tidak ada hubungan darah. Mereka mempunyai hak sebagai
jiran dan seorang Muslim.
Jiran bukan Islam. Mereka mempunyai hak sebagai jiran.
Nabi bersabda dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim :
Jika ia meminta tolong kepadamu, Engkau akan menolongnya.
Jika ia minta pinjaman, engkau akan memberikan pinjaman kepadanya.
Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya.
Jika ia sakit engkau akan menziarahinya,
Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya,
jika ia tertimpa bahaya, engkau turut sedih bersamanya.
Jika ia meninggal dunia, engkau turut menghantar jenazahnya
angan sekali-kali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin untuk
sampai kerumahnya kecuali dengan izinnya.
Jangan mengganggu perasaannya dengan bau masakan kamu, melainkan engkau akan
memberikan sedikit dari makanan itu
Jika engkau beli buah-buahan, berikan sedikit kepadanya
Jika engkau tidak mahu memberikannya maka hendaklah engkau memasukan buah-
buahan itu ke dalam rumah secara rahsia supaya tidak kelihatan olehnya dan
janganlah membiarkan anakmu memakan buah-buahan itu dihadapan anaknya, kelak
anak jiran itu akan menangis mahukan buah tersebut.
Imam al-Ghazali dalam bukunya Bimbingan Mukmin menggariskan 30 panduan adab
berjiran
4
:
1. Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenal dan hormat-
menghormati antara satu sama lain.
2. Tidak menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan
buruk.
3. Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan menghormati mereka sebagai manusia.
4. Sentiasa merendahkan diri dan berlemah-lembut dengan mereka dan mengelak diri
dari bersikap takabbur.
5. Sentiasa bersedia memberikan sebarang bentuk bantuan dan pertolongan yang
diperlukan.
6. Mencintai mereka seperti mana kita mencintai diri kita sendiri.
7. Sentiasa mengambil berat dan bersimpati terhadap segala permasalahan yang sedang
mereka hadapi.
8. Tidak memandang rendah dan menghina sesama jiran.
9. Mengutamakan jiran yang terdekat rumahnya dengan rumah kita.
10. Sentiasa berusaha mewujudkan suasana aman.
11. Sentiasa memelihara diri agar tidak melakukan sebarang kesalahan dan kerosakan
serta mencemar maruah diri jiran, ahli keluarganya, harta bendanya dan lain-lain.
12. Elakkan sikap terlalu suka mengambil tahu hal ehwal peribadi dan keluarganya,
kecuali setelah mereka sendiri mengadu untuk mendapatkan bantuan.
13. Bantulah mereka apabila mereka ditimpa kesusahan.
14. Rasakan kesusahan jiran seperti kesusahan yang kita tanggung sendiri dan zahirkan
kegembiraan ketika mereka bergembira.

4

15. Elakkan dari memerhatikan barangan atau apa sahaja yang dibeli atau yang dibawa
pulang ke rumahnya.
16. Tidak cuai untuk menyeru mereka kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran
dengan cara yang paling berhikmah.
17. Sentiasa bersabar di atas segala perlakuan buruk yang dilakukan oleh jiran, sebaik-
baiknya kita bersedia memaafkan dan membalasnya dengan kebaikan.
18. Jangan mudah terpengaruh dengan fitnah atau umpatan orang lain terhadap diri
mereka.
19. Menziarahi mereka ketika mereka sedang sakit.
20. Mengurus jenazah mereka setelah mereka meninggal dunia.
21. Tidak menghebahkan segala kesalahan, keaiban dan kesilapan jiran.
22. Memberikan segala bentuk pinjaman yang mereka perlukan.
23. Berlemah-lembut dengan anak-anaknya.
24. Menjaga keselamatan rumah atau anak-anak mereka, ketika mereka tiada di rumah.
25. Mengucapkan tahniah ketika sempena-sempena tertentu, terutama ketika mereka
memperolehi kebaikan dan kurniaan dari Allah.
26. Mengucapkan takziah ketika mereka ditimpa mala petaka dan bencana.
27. Tidak membina bangunan yang tinggi sehingga menutup laluan angin ke dalam
rumahnya kecuali setelah mendapat izin. Jangan menyusahkan mereka seperti
meletakkan sesuatu yang boleh menghalang laluan ke rumah mereka.
28. Tidak mengganggu mereka melalui bau masakan yang dimasak. Digalakkan agar
memberikan sedikit daripada masakan tersebut untuk mereka nikmati.
29. Menghadiahkan mereka dengan buah-buahan yang kita beli.
30. Sentiasa mendoakan keselamatan dan kebahagian jiran.

Rukun Tetangga Wadah Penyatuan Jiran
Melihat pada konteks yang lebih luas dan menyeluruh, konsep Rukun Tetangga
diperkenalkan di Malaysia bagi menyemarakkan semangat kejiranan pada skala komuniti
yang besar. Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela bertujuan untuk membantu
dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia.
5

Pada asalnya, program ini ditubuhkan untuk menjamin keselamatan penduduk
setempat. Pada 1984, fokus pertubuhan ini bertukar kepada merapatkan hubungan di antara
pelbagai kaum di Malaysia. Kemudian pada 2001, fokus program ini sekali lagi bertukar
kepada pembangunan masyarakat setempat.
Peranan utama Rukun Tetangga ialah mengadakan kumpulan-kumpulan rondaan yang
bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan
kejiranan. Di samping itu, program ini turut bertanggungjawab menguruskan kegiatan
berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan selain menggalakkan perpaduan dan
integrasi kaum.
6

Pelaksanaan program Rukun Tetangga dilihat mampu memberi pelbagai faedah
kepada masyarakat setempat. Program ini berupaya menguatkan hubungan kejiranan melalui
budaya tolong-menolong. Selain itu, kes jenayah dapat dibanteras melalui kerjasama seluruh
anggota kejiranan dalam membuat rondaan. Seterusnya, kawasan persekitaran menjadi bersih
dan bebas dari penularan wabak penyakit melalui aktiviti gotong-royong sebagai contoh.
Usaha murni dalam menubuhkan organisasi masyarakat untuk mewujudkan
kesejahteraan sosial berteraskan matlamat mewujudkan perpaduan antara kaum dan ahli
masyarakat ini adalah wajar diambil perhatian oleh setiap anggota jiran.

5

6

Adab terhadap Orang Bukan Islam
Meninjau skop lapisan masyarakat di Malaysia, tidak lengkap rasanya kehidupan
berjiran tanpa kehadiran anggota dari pelbagai bangsa dan agama yang mewarnai sesebuah
komuniti. Untuk itu, umat Islam haruslah mematuhi panduan yang ditetapkan oleh Allah
melalui al-Quran dan sunnah Rasulullah dalam menjaga perhubungan bersama bukan Islam.
Antara adab-adab terhadap anggota masyarakat bukan Islam
7
:
Bersikap adil dan berbuat baik kepadanya, selagi tersebut bukan dari jenis kafir
muharib (orang kafir yang memerangi umat Islam).
Menunjukkan belas kasihan yang bersifat umum (yang bukan syarie). Misalnya,
memberi makan jika dia lapar, memberi minum sekiranya dia dahaga, mengubatinya
jika sakit, menyelamatkannya dari keburukan, dan tidak mengganggunya (tidak
menyusahkannya atau menyakitinya).
Tidak mengganggu harta, darah, dan kehormatan, selama mereka bukan dari golongan
kafir muharib.
Dibolehkan memberi hadiah kepadanya dan hadiah daripadanya serta dibenarkan
memakan daging sembelihan Ahli Kitab.
Tidak boleh menikahkan wanita yang beriman dengan lelaki kafir (walaupun lelaki
tersebut adalah Ahli Kitab). Manakala lelaki Muslim tidak boleh menikahi wanita
kafir kecuali wanita Ahli Kitab.
Tidak mendahului mereka dalam pengucapan salam (tidak memulakan ucapan salam
ke atas orang bukan Islam). Jika dia mengucapkan salam terlebih dahulu, maka cukup
dijawab dengan lafaz Wa Alaikum.
Tidak ber-tasyabbuh (menyerupai) dari segi amalan, pemakaian dan percakapan yang
merupakan ciri khusus ajaran mereka.

7
http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/2010/01/115-prinsip-prinsip-di-dalam.html
Kepentingan Mengamalkan Adab Berjiran
Jiran adalah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Pemupukan adab
dalam berjiran memudahkan kita memohon pertolongan pada saat kita ditimpa bencana atau
musibah seperti kebakaran, kecurian, dan kemalangan.
Selain itu, mempunyai jiran yang berbeza latar belakang dari segi pekerjaan,
pendidikan, agama, bangsa dan adat resam membolehkan kita menambah pengetahuan dan
kenalan melalui jalinan perhubungan yang erat.
Di samping itu, kehidupan dilimpahi kedamaian dan keharmonian kesan daripada
pembudayaan adab berjiran yang menjadi teras dalam usaha memacu masyarakat ke arah
integrasi nasional yang padu.
Sebaliknya, sikap memandang enteng dalam mengamalkan adab berjiran sesama
anggota masyarakat akan menyulitkan kita untuk merujuk dan mendapatkan bantuan apabila
timbul sebarang masalah.
Tambahan pula, akibat daripada tidak memelihara akhlak terhadap jiran akan
menyebabkan kita disisihkan daripada kelompok masyarakat dan membataskan rangkaian
kenalan kita.
Lebih daripada itu, implikasi tidak menjaga ketatasusilaan dalam hidup berjiran
menjejaskan keharmonian bermasyarakat serta membantutkan usaha murni perpaduan antara
kaum tercapai.
Oleh yang demikian, wajarlah kita sebagai rakyat Malaysia mengutamakan semangat
kejiranan agar suasana kehidupan bermasyarakat yang sempurna dan harmoni berlandaskan
syariat Allah dapat direalisasikan untuk kepentingan warga komuniti setempat.

Anda mungkin juga menyukai