Anda di halaman 1dari 34

BAB 3

PENDAHULUAN

komunikasi adalah proses yang melibatkan penyampaian idea dan


perasaan kepada pihak lain. (Abd Aziz,2003)

Komunikasi akan menjadi lebih berkesan jika disalurkan dalam medium


penyiaran seperti media elektronik atau media cetak.

Oleh itu, komunikasi adalah proses interaksi manusia untuk mengawal,


memahami, menyampaikan idea dan perasaan ataupun menyampaikan
maklumat dari suatu pihak kepada pihak yang lain sudah tentu
mempunyai cabarannya yang tersendiri.
KONSEP HUBUNGAN SESAMA MANUSIA
Kenapa kita perlu
berhubung?
 -menyampaikan idea dan perasaan
 -bekerja secara berkumpulan
 - meningkatkan keyakinan diri
 -mengeratkan hubungan sesama manusia.

 Tanpa perhubungan dengan orang di sekeliling kita,


kita akan kesunyian, tidak dapat mengembangkan
idea, tiada istilah kerja berkumpulan dan tiadanya
hubungan sesama manusia.
KONSEP PERSAUDARAAN

 Persaudaraan dari bahasa boleh diertikan sebagai sahabat,


teman, saudara dan sebagainya.

 Secara umum persaudaraan dari sudut istilah boleh diertikan


sebagai hubungan yang terjalin antara seseorang dengan orang
lain atau dengan masyarakat. Manakala persaudaraan menurut
perspektif Islam ialah perasaan kasih sayang, tolong-menolong,
bantu membantu, bertolak-ansur, bermesra dan cinta-mencintai
di antara sesama umat Islam
Dalil tentang persaudaraan

 Persaudaraan sangat ditekankan dalam Islam bagi mewujudkan


persaudaraan sesama Islam. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya
orang yang beriman itu bersaudara.”( al-Hujuraat:10).

 Bagi mencerminkan persaudaraan menurut hukum syara’ maka


konsep persaudaraan ini perlu di dasari dengan ikatan aqidah yang
luhur dan mantap.

 Persaudaraan Islam tidak terbatas kepada bangsa, warna kulit,


keturunan, pangkat atau hartanya, tetapi diukur berasaskan
ketinggian budi pekerti yang terpuji.
SEJARAH PERSAUDARAAN

konsep persaudaraan ini adalah  Peristiwa ini perlu dihayati dan


bagi memenuhi konsep saling
lengkap melengkapi sesama insan diperhalusi dalam membentuk
dalam suasana yang aman dan kerangka prinsip persaudaraan
harmoni. Sekiranya disingkap oleh masyarakat Islam.
lipatan sejarah permulaan awal Kepentingan konsep
Islam, dicatatkan konsep
persaudaraan yang ditunjukkan persaudaraan sangat
oleh golongan Ansar dan ditekankan kepada umat
Muhajirin sewaktu peristiwa manusia dalam mengimbangi
Hijrah Kubra. tuntutan hubungan dengan
Allah dan hubungan sesama
manusia.
PRINSIP DAN NILAI PERSAUDARAAN

1. Persaudaraan menjadi perantaraan untuk mendekatkan diri


pada Allah dan RasulNya. Firman Allah SWT:
 “…Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya
dengan sesuatu apa pun. Dan berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum
kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang
dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang-orang musafir
yang terlantar dalam perjalanannya (yang terputus perjalanannya)
dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak
menyukai orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.”
(Surah An Nisaa’: 36).
2. Persaudaraan merupakan keperluan bersama iaitu saling
lengkap melengkapi dan saling membantu antara Muslim dengan
Muslim yang lain.

 Bantuan yang diberikan mengikut kadar kemampuan masing-


masing. Islam menganjurkan kita sebagai umat yang beriman
supaya bersikap tolong menolong, kasih mengasihani lebih-lebih
lagi kepada orang yang memerlukan pertolongan, orang yang
daif, fakir miskin, anak yatim dan sebagainya.

 Firman Allah SWT:


 “…Dan tolong-menolonglah kamu dalam kebajikan dan
ketaqwaan dan janganlah tolong menolong dalam dosa dan
permusuhan (melanggar hukum-hukum Allah). Dan bertaqwalah
kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat berat seksaNya.”
 (Surah Al Ma’idah: 2)
3. Persaudaraan dapat memupuk nilai dan etika
pergaulan sesama manusia.

 Nabi merupakan contoh tauladan yang unggul untuk


diikuti oleh manusia sama ada yang melibatkan hubungan
dengan Allah, sesama manusia dan hubungan dengan alam
sekeliling.

 Menyentuh tentang adab dan etika pergaulan sesama


manusia, setiap individu dalam masyarakat mempunyai
kewajipan yang tertentu untuk dilaksanakan. Ruang
lingkup dan batas pergaulan sesama manusia perlu
mengikuti tatasusila seperti mana yang ditunjukkan oleh
rasulullah s.a.w.
4. Persaudaraan dapat memupuk ke arah
pengukuhan perpaduan dan keamanan.

 Perpaduan dan keamanan yang dinikmati oleh


masyarakat Malaysia pada hari ini menerusi
persaudaraan, perpaduan dan keharmonian hidup di
kalangan rakyat yang berbilang agama, bangsa dan
kebudayaan. Nikmat-nikmat mestilah dipelihara dan
dijaga supaya ianya terus kekal dan diwarisi oleh
generasi semasa dan akan datang. Perkara-perkara
yang boleh memecahbelahkan masyarakat perlu
dijauhi.
PANDANGAN IMAM AL-GHAZALI

 Menerusi kitabnya Ihya’ ulum Al-Din telah menggariskan 8


perkara bagi mengeratkan hubungan sesama manusia:

 1.Saling tolong menolong sama ada dalam keadaan senang


ataupun susah.
 2.Menolong saudara kita untuk menyelesaikan hajatnya
sebelum diminta.
 3.Diam atau tidak memperkatakan atau menyebarkan
keaibannya sama ada semasa saudaranya ada atau tidak
dan tidak mencari-cari kesalahannya.
Sambungan…

 4.Menyebarkan kebaikannya dan memanggilnya dengan


nama yang baik.
 5.Nasihati saudaranya dengan cara yang lembut sekiranya
dia terlalai atau melakukan dosa.
 6.Mendoakannya semasa hidup atau selepas kematiannya.
 7. Menghormati semua rakan-rakan dan kaum kerabat
saudaranya.
 8.Tidak memberati saudaranya dengan apa-apa yang boleh
menyusahkan nya.
KONSEP KEJIRANAN

 Dari segi bahasa jiran berasal daripada bahasa Arab yang


membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan
atau tetangga.
 Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal
bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung,
daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang
bersebelahan dengan negara. Jiran juga bererti ahli-ahli 40
buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah
individu. Rasulullah SAW “Empat puluh buah rumah tetap
sebagai jiran tetangga”. ( Riwayat Abu Daud).
Pembahagian Jiran Menurut Islam

 Islam membahagikan jiran kepada tiga bahagian iaitu:


 i. Jiran beragama Islam yang mempunyai pertalian
darah. Maka ia memiliki 3 hak, iaitu: hak tetangga, hak
kekerabatan, dan hak sesama muslim.
 ii. Jiran beragama Islam yang tidak mempunyai
pertalian darah. Maka ia memiliki 2 hak, iaitu: hak
tetangga, dan hak sesama muslim.
 iii. bukan Islam. Maka ia hanya memiliki satu hak, iaitu
hak tetangga.
Hak-Hak Jiran dalam Islam

 Setiap jiran, masing-masing ada kewajipan dan ada hak. Abdullah


Nasih `Ulwan dalam bukunya yg bertajuk Pendidikan Anak-Anak
Dalam Islam, memberikan asas-asas hak jiran antaranya :

 1. Tidak Menyakiti Jiran.


 Dasar ini memberi erti tidak boleh sama sekali melakukan zina,
mencuri, mengutuk dan mencampakkan sampah sarap ke rumah
jiran atau membuang perut ikan di dalam longkang ketika proses
memasak sehingga bau busuk melepasi hingga ke rumah jiran,
lalat dan langau yang datang menghurung sampah sarap dan
perut ikan juga boleh mengganggu ketenteraman jiran.
Sambungan…

2. Memelihara Kepentingan Jiran


 Jika kita menjaga kepentingan mereka umpamanya
memantau rumahnya ketika jiran tetangga pulang ke
kampung halaman semasa musim perayaan atau cuti
panjang daripada dicerobohi oleh pencuri dengan
memaklumkan jiran tersebut lalu terus melaporkan
kejadian tersebut kepada pihak polis, kita sebenarnya
telah berbuat baik kepada jiran dengan menjaga
kepentingan mereka.
Sambungan…

3. Berbuat baik kepada jiran.


 ketika jiran kita bergembira seperti dapat menantu, anak-
anak lulus dengan baik dalam peperiksaan atau pelajaran,
maka ikutilah sama memberikan tahniah dan jika mereka
berduka kerana kematian keluarganya, berilah takziah,
walaupun bukan seagama. Malah jika mereka ditimpa sakit
ziarahlah mereka. Jika anda bertemu berilah salam kepada
mereka. Ertinya, jika ada keperluan mereka kepada
pertolongan, mereka hendaklah dibantu.
• 1- Hendaklah mendahulukan
ucapan salam kepadanya
setiap kali bertemu.
• 2- Jangan terlalu banyak
bertanya kepadanya tentang
keadaannya sehari-hari.
Hak-hak seseorang • 3- Menziarahi dirinya atau
muslim terhadap jirannya kaum keluarganya apabila
sakit ataupun ditimpa
berdasarkan pandangan musibah.
al-Ghazali • 4- Tunjukkan bahawa kita
turut berdukacita dan
bersimpati jika mereka
ditimpa musibah dan
bersegera memberikan
pertolongan jika perlu
sekalipun tanpa diminta.
• 5- Menyatakan perasaan
gembira apabila mereka
memperoleh kesenangan atau
kurniaan Allah SWT.
 6- Memaafkan segala kesalahan-
kesalahan atau keburukannya.

 7- Jangan membuat sesuatu yang


tidak menyenangkan jiran.

 8- Jangan menyempitkan jalan menuju


Hak-hak seseorang ke rumahnya.

muslim terhadap  9- Jangan mengintai apa yang dibawa


jirannya berdasarkan olehnya ke dalam rumahnya.

pandangan al-Ghazali  10- Tutup kecacatan atau kekurangan


yang nampak di mata mu dan jangan
hebohkan kepada sesiapapun.

 11- Berikanlah dia semangat untuk


terus berusaha menghadapi
kesukaran apabila kesukaran
menimpanya
BATAS-BATAS PERGAULAN

 Islam tidak pernah  Syeikh Dr Yusuf Al Qaradhawi,


menyekat sebarang dalam buku beliau Fatawa Al
Mar-atul Muslimah, pertemuan
perhubungan di antara ataupun perjumpaan di antara
lelaki dan perempuan, lelaki dan perempuan tidaklah
seperti dalam bidang diharamkan secara mutlak,
pekerjaan, pembelajaran, bahkan harus mahupun
muamalat dan dituntut jika tujuannya adalah
mulia, memberi manfaat dan
sebagainya. menambah amal soleh seperti
menuntut ilmu, berjihad dan
membawa kebaikan.
Etika dan batas pergaulan dalam Islam

 1. Menundukkan  Allah SWT telah


pandangan memerintahkan kaum lelaki
 Kita hendaklah menjaga untuk menundukkan
pandangan mata, tidak pandangannya,
memandang kepada aurat sebagaimana firman-NYA;
yang bukan mahram, tidak Katakanlah kepada laki-laki
juga memandang dengan yang beriman: Hendaklah
syahwat, dan tidak mereka menahan
memanjangkan pandangan pandangannya dan
jika tidak berhajat. memelihara kemaluannya.
(An-Nur: 30).
Golongan wanita harus mengenakan
pakaian yang sopan yang mengikut
hukum syara`. Iaitu pakaian yang
menutup seluruh tubuh selain muka
dan telapak tangan. Jangan yang
nipis dan jangan dengan potongan
yang menampakkan bentuk tubuh.

Allah SWT berfirman : ..dan jangan lah


2. Menutup Aurat. mereka menampakkan perhiasannya,
kecuali yang biasa nampak
daripadanya. Dan hendaklah mereka
melabuhkan kain tudung ke dadanya.
(An-Nur: 31).
3. Adanya pembatas antara lelaki
dengan wanita.

 Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza


jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas.
Sebagaimana firman Allah SWT: Dan apabila kalian meminta
sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari
balik hijab. (Al-Ahzab: 53)

 Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam


lingkungan hajat contohnya mesyuarat dan perkara-
perkara yang diperlukan, tidak perlu hendak
memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi
dengan berbual-bual kosong dan sebagainya.
4. Tidak berdua-duaan di antara
Lelaki Dan Perempuan

 Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah


SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan
(khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya.
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).

 Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda:


Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan
seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya.
(Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang
sahih).
5. Tidak Melunakkan Percakapan.

 Ketika bertutur, wanita hendaklah menghindari perkataan yang


merayu dan membangkitkan rangsangan.

 Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika


berbicara selain kepada suaminya.

 Firman Allah SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah


seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah
kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda)
sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya
tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (Al-Ahzab: 32).
Isu pergaulan lelaki & perempuan

 Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, telah menggariskan


perkara penting berkaitan isu percampuran antara lelaki
dan perempuan yang bukan mahram yang perlu diambil
perhatian serius iaitu:

 1. Tidak bercampur dengan lelaki/wanita asing (bukan


mahram) kecuali kerana keperluan yang mendesak,
kemaslahatan yang dibenarkan, dengan kadar yang
mencukupi. Contohnya, solat di masjid, menuntut ilmu dan
bantu-membantu atas dasar kebaikan serta ketakwaan
Sambungan…

 2. Wanita tidak dihalang daripada menyertai untuk berkhidmat


kepada masyarakatnya. Di samping itu, tidak mengabaikan
batas-batas syarak dalam pertemuan dengan lelaki.

 3. Merendahkan pandangan serta menjaga kemuliaan dan


kesucian. (Syeikh memberi panduan boleh memandang atas
dasar urusan tetapi tidak berlama-lama ketika memandang).

 4. Berasa malu dan menutup pakaian serta perhiasan tetapi tidak


dalam bentuk yang menyukarkan.
Sambungan…

 5. Tidak menampakkan perhiasan wanita yang tersembunyi


seperti rambut, leher, tengkuk, dua lengan dan dua betis
kecuali kepada suaminya dan lelaki mahram.
 6. Berhati-hati semasa mengatur langkah dan pertuturan.
 7. Menjauhkan semua perkara yang boleh merangsang
nafsu.
 8. Mengelakkan diri daripada berkhalwat.
HUBUNGAN INTEGRASI BUDAYA
DALAM PERAYAAN

 Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang unik


kerana mempunyai pelbagai kaum, bangsa dan
agama. Hubungan yang mesra dan harmoni di
kalangan pelbagai masyarakat ini di sebut sebagai
integrasi.

 Nilai kebudayaan yang di sambut di Malaysia


termasuk Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina,
Deepavali, Krismas, Gawai dan pelbagai lagi.
Kepentingan Integrasi budaya dalam perayaan

1. Perayaan dijadikan sebagai perayaan nasional dan telah


sebati dalam kehidupan dan fungsi budaya masyarakat di
Malaysia.

2. Perayaan sebagai salah satu instrumen untuk


menunjukkan ukuran toleransi dan keterbukaan
pemikiran masyarakat terhadap agama, budaya, dan adat
bangsa atau penganut agama lain.
Sambungan…

3. Perayaan sebagai integrasi rakyat pelbagai kaum


dan mengeratkan silaturahim melalui penghayatan
perayaan serta peluang meraikan tetamu.

4. Perayaan membentuk identiti Malaysia melalui


budaya bangsa nasional.
KEPRIHATINAN SOSIAL

Antara tanggungjawab
Komunikasi juga berkait sosial yang dijalankan
rapat dengan hubungan termasuklah
sosial di kalangan menitikberatkan
masyarakat. Keprihatinan kesihatan masyarakat,
sosial penting kerana keselamatan,
sikap ini merupakan inti pendidikan, pekerjaan,
pati dan asas kehidupan alam sekitar, dan
bermasyarakat. pembangunan ekonomi
dan masyarakat.
Contoh Aktiviti Keperihatinan Sosial

2- Membina rumah dan


Apa yang boleh kita membaik pulih rumah
buat? yang rosak.

1- Memberi sumbangan
kewangan dan bekalan
untuk diberikan kepada
masyarakat
gelandangan.

Anda mungkin juga menyukai