Anda di halaman 1dari 7

HKR 211 Kursus Pengurusan Keluarga Islam

Nama

Hafidzi Bin Zulkifli 2010649172 Ustaz Bakri

No. Matrik : Pensyarah :

Page

ADAB-ADAB BERJIRAN Pengertian Jiran Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita sama ada di kanan, di kiri, di depan, di tingkat atas, di tingkat bawah hingga 40 buah rumah di setiap penjuru. Sabda Rasulullah SAW : ) ( yang bermaksud Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah ia memuliakan jirannya. Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan jirannya. (Riwayat Al-Imam Muslim) Berdasarkan keterangan hadis itu tadi jelas Islam menghendaki setiap anggota masyarakat supaya berbuat baik kepada jiran. Mengeratkan hubungan dengan jiran adalah sangat penting kerana jiran umpama saudara yang dekat dan berada di kedudukan yang paling mudah untuk memberi atau meminta bantuan, apatah lagi dengan adanya kemesraan dan sikap saling mengambil berat, ia dapat menjadikan kehidupan bermasyarakat itu lebih harmoni dan jauh dari persengketaan dan permusuhan. Namun dalam kehidupan kita sekarang, apakah semangat berjiran itu masih dihayati dan diutamakan sebagaimana yang diamalkan oleh Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan para sahabat. Bukan itu sahaja, apakah kita kenal dengan siapa kita berjiran? Sebagai seorang Muslim kita mempunyai tanggungjawab untuk menjaga hubungan yang baik dengan jiran tetangga, ini termasuklah dalam perkara berinteraksi dengan cara yang paling baik, bertegur sapa dan bertanya khabar, menjaga perasaan, saling hormat-menghormati, berbaik sangka, membantunya ketika kesusahan, mengamalkan sikap saling tolong-menolong, bersefahaman dan sentiasa berusaha mengelakkan perselisihan faham dan permusuhan dan sebagainya. Dalam konteks menjaga hubungan silaturahim sesama jiran, janganlah sekali-kali menyakiti hati mereka, baik dengan perkataan mahupun perbuatan dan tingkah laku yang boleh menyinggung perasaan. Ini termasuklah dalam perkara menjaga kebersihan di kawasan tempat kita tinggal atau kawasan jiran yang tinggal berdekatan dengan kita, antaranya seperti tidak membiarkan sampah bersepah apatah lagi hingga mengeluarkan bau yang busuk dan tidak menyenangkan. Bagi menjaga hati dan ketenteraman hidup berjiran, kita hendaklah sentiasa mengamalkan sikap bertolak ansur seperti memberi laluan jalan kepada mereka, tidak membiarkan binatang peliharaan berkeliaran, apatah lagi sehingga memasuki kawasan jiran dan membuat kotor atau merosakkan tanaman atau harta benda jiran dan termasuklah juga berbuat bising yang melampau lebih-lebih lagi sehingga larut malam seperti berkaraoke, memainkan alat-alat muzik ketika mengadakan pesta atau acara-acara perkahwinan, memainkan muzik yang kuat dari kenderaan dan sebagainya.

Page

Rasulullah S.A.W ada bersabda dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, Baginda bersabda : "Tidak akan masuk syurga barangsiapa yang menyebabkan jirannya tidak merasa aman dari gangguannya". Terdapat sebuah kisah di mana datang seorang lelaki kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam seraya berkata : "Wahai Rasulullah! Tunjukkanlah kepadaku kepada suatu pekerjaan yang kalau aku kerjakan, nescaya kerananya aku akan dapat memasuki syurga, maka Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab, berbuat baiklah kepada manusia! Lelaki itu bertanya lagi : Bagaimana aku tahu yang aku sudah berbuat baik kepada orang lain? Jawab Rasulullah seterusnya : Tanyakanlah hal itu kepada jiran tetanggamu, maka jika mereka katakana engkau orang yang baik, maka engkau adalah baik dan jika mereka mengatakan engkau orang jahat, maka engkau adalah jahat". (Hadis riwayat Al-Imam AlBaihaki) Dari itu dapat kita katakan betapa pandangan dan pendapat seorang jiran terhadap kita akan memberi kesan kepada balasan yang akan kita terima di akhirat kelak. Kerana itu untuk menjadi jiran yang baik, kita hendaklah bersikap prihatin, saling bekerjasama dan hormatmenghormati, tidak camah mata, sedia menghulurkan bantuan dan sebagainya. Dengan amalan sedemikian akan terjalinlah ikatan kasih mesra dan mahabbah yang seterusnya dapat menguatkan hubungan silaturahim dan perpaduan sesama kita. Selain itu, kita hendaklah menjaga pandangan mata kita, sebagai contoh jika jiran kita dari golongan yang kurang berkemampuan, janganlah memandangnya dengan pandangan yang rendah, sinis dan sebagainya. Dan jika mereka itu pula dari golongan yang lebih berkemampuan dan berada, hindarilah dari perasaan iri hati, dengki dan tidak puas hati. Ketahuilah bahawa sesungguhnya segala nikmat dan rezeki yang kita miliki di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata dan semua itu adalah milik Allah Subhanahu Wata'ala jua. Sesungguhnya untuk membina dan mengekalkan hubungan yang baik dengan jiran tetangga itu tidaklah terlalu sukar, yang penting kita hendaklah bersifat sabar, pemaaf dan mengamalkan budi pekerti yang mulia, jika semua ini diamalkan dalam kehidupan berjiran, insya Allah, kita akan dapat mengecapi nikmat kehidupan yang aman tenteram, bahagia dan bersatu padu. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah An Nisaa' ayat 36, tafsirnya : "Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua : Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri".

Page

Hak dan kewajipan sebagai jiran Muslim yang bertimbang rasa dan menyedari serta memahami hukum-hukum agama, adalah merupakan manusia yang paling baik hubungannya terhadap jiran-jirannya. Mereka akan sentiasa mencurahkan segala bakti demi kebaikan jiran mereka yang merupakan manusia yang paling mereka kasihi. Islam banyak mewasiatkan umatnya agar kita sentiasa menjaga dan memelihara hubungan dengan jiran. Menyedari betapa tingginya kedudukan jiran di dalam Islam dan peranannya dalam kehidupan kemanusiaan, Allah SWT berfirman dalam al-Quran; Maksudnya; Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin yang terdekat dan tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat dan ibnu as-sabil. (Surah an-Nisa : ayat 36) (Dekat dan jauh di dalam ayat di atas dikaitkan dengan tempat, hubungan kekeluargaan dan perbezaan agama antara yang muslim dengan yang bukan muslim) Rasulullah SAW juga sering memperingatkan kita dalam banyak hadisnya supaya kita sentiasa menjaga hubungan baik dengan jiran dan sentiasa berbakti serta memuliakan mereka. Antara pesanan baginda ialah; Sentiasalah Jibrail berwasiat kepadaku mengenai jiran, sehingga aku menyangka bahawa sesungguhnya dia (jiran) layak untuk diwarisi ( mendapatkan harta pusaka). (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Keharmonian hidup berjiran adalah sesuatu yang sangat dititikberatkan dalam syariat Islam. Walaupun sempadan rumah dipisahkan dengan pagar besi mahupun tembok konkrit, namun perkongsian nilai hidup harmoni tetap kukuh dengan adanya sifat mengambil berat dan menghormati. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa juga; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar, juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur dan membanggakan diri. (Surah anNisa, ayat 36). Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Page

Pepatah Melayu juga ada menyebut, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Tafsiran pepatah ini merujuk pentingnya hidup bertunjangkan nilai kemuafakatan, kesefahaman dan tolak ansur sesame manusia. Nilai muafakat itu penting dalam konteks hidup berjiran. Mengambil berat hidup berjiran sebenarnya perlu dipupuk dalam kalangan anak kecil kerana pada usia itu mereka mudah menyerap sebarang pendidikan untuk diamalkan dalam kehidupan seharian, ibarat melentur buluh daripada rebungnya. Hidup berjiran saling tak ubah seperti aur dengan tebing saling perlu memerlukan. Mana perkara yang silap, ditegur secara berhemah dan berhikmah, mana yang betul pula dijadikan panduan semoga kehidupan sentiasa di bawah keredaan Allah SWT. Jiran turut terbahagi kepada beberapa kategori yang mempunyai hak dan keutamaan tersendiri. Menurut hadis Rasulullah SAW, kategori pertama adalah jiran bukan Islam yang mempunyai hanya satu hak iaitu hak berjiran. Kategori kedua adalah jiran beragama Islam yang mempunyai dua hak iaitu hak jiran dan hak sesama Islam. Manakala kategori ketiga pula, jiran beragama Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan, mereka memiliki tiga hak iaitu hak sebagai jiran, hak sesama Islam dan hak sebagai keluarga. Perbezaan hak ini perlu dijelaskan kepada masyarakat hari ini lantaran kepentingannya dalam menyatupadukan komuniti kejiranan setempat tanpa mengabaikan walau satu pun hak manamana pihak. Sejak usia kecil generasi akan datang perlu difahami tentang kepentingan menjaga hak dan keharmonian sesama jiran tetangga, diyakini mereka akan dapat memupuk nilai murni hidup bermasyarakat seperti disyariatkan dalam Islam. Untuk itu, ada banyak perkara yang boleh ibu bapa terapkan kepada anak erti kemanisan hidup berjiran antaranya menggalakkan golongan ini mengamalkan sikap hormat, merendah diri, tidak sombong serta menunjukkan tingkah laku dan pertuturan mulia terhadap jiran tetangga. Ia selaras sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Hendaklah seseorang itu berperilaku baik terhadap jiran tetangganya. ( Hadis Mutafaqun alaih) Menegah anak berburuk sangka, menimbulkan fitnah, mengumpat serta mencerca jiran tetangga. Sikap buruk seperti ini berupaya meleraikan ikatan silaturahim sesama jiran. Anak perlu diajar jangan cepat mempercayai atau menyebarkan berita buruk berkaitan jiran demi menjaga maruah mereka. Memupuk anak mengamalkan budaya bertanya khabar dan menziarahi jiran tetangga terutama jika mereka sakit, ditimpa kesusahan atau menghadapi musibah. Adab berziarah perlu difahami sejelasnya oleh anak kerana ada masa tidak sesuai untuk kita bertandang ke rumah jiran. Mendidik anak menjadi ringan tulang membantu jiran yang memerlukan pertolongan. Menegah anak mengganggu dan merosakkan dan hak jiran seperti membuat bising yang boleh mengganggu ketenteraman, membuang sampah di halaman rumah jiran atau mengambil sesuatu milik mereka tanpa keizinan.

Page

Menggalakkan anak menyertai program komuniti setempat seperti solat berjemaah di masjid, majlis bertadarus dan bertahlil, kenduri serta gotong-royong. Dengan cara ini barulah anak faham jiran tetangga adalah pihak paling rapat untuk meminta bantuan serta berkongsi suka dan duka kehidupan. Jika berlaku sebarang masalah ataupun percanggahan pendapat, anak perlu dilatih melaksanakan kaedah penyelesaian yang tepat, mengikut syariat Islam serta tidak membesarkan perkara itu hingga menjadi kronik. Sifat berdendam juga perlu dibuang jauh-jauh dalam kalangan anak demi menjaga kemurnian perhubungan sesama jiran, malah anak perlu juga menyuburkan sifat bertolak-ansur dan mudah memaafkan apa juga kesalahan pihak lain terhadap mereka. Hikmah menjaga hak dan adab jiran 1. Kehidupan dipenuhi kedamaian dan keharmonian. 2. Kehidupan bermasyarakat diberkati oleh Allah. 3. Dapat bersatu ke arah kemajuan dan kehidupan lebih berkualiti. 4. Sentiasa berasa selesa dan mendapat pembelaan. 5. Kemungkaran dapat dibasmi dengan lebih mudah dan cepat. Implikasi tidak beradab terhadap jiran 1. Kehidupan tidak tenang. 2. Menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat. 3. Terpinggir daripada masyarakat. 4. Sukar mendapat pertolongan ketika dalam kesusahan. 5. Negara akan menjadi mundur dan kucar kacir. Penghayatan 1. Menghormati jiran dengan menunjukkan muka yang ceria dan sentiasa memberi salam apabila bertemu. 2. Mengambil berat dan bertegur sapa dengan jiran. 3. Memberikan sumbangan baik kepada jiran. 4. Mempunyai semangat rela berkorban dan perihatin terhadap jiran Kesimpulan
Page

Sebagai manusia kita mestilah mengamalkan akhlak mulia terhadap jiran tidak mengira agama dan bangsa. Perkara ini telah lama dilaksanakan oleh masyarakat pada zaman

Rasulallah iaitu pada zaman tersebut orang islam dan bukan islam hidup dalam satu bandar dengan aman. Oleh itu kita harus bersama mengembalikan keadaan itu. Seterusnya kita akan disayangi dan seterusnya kehidupan akan diberkati Allah Taala jika kita mengamalkan kesemua hak jiran diatas. Secara umumnya Negara dan masyarakat dalamnya akan harmoni jika etika dan akhlak berjiran diamalkan oleh semua. Rujukan Adab-adab berjiran, oleh Sy. Ali Hassan Memelihara Persaudaraan Islam: Adab dan Cara-caranya, oleh Panel Penulis JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

Page

Anda mungkin juga menyukai