Anda di halaman 1dari 3

Semangat kejiranan dalam masyarakat secara umumnya dilihat masih kental.

Namun, tidak dinafikan


wujud persekitaran di mana sikap tidak mengambil kisah mengenai kebajikan jiran sekeliling semakin
ketara.

Jiran merupakan tetangga atau jiran tetangga yang tinggal sebelah menyebelah dan berdekatan
dengan kediaman kita. Jiran juga bukan sekadar yang tinggal di sebelah kedua- dua rumah kita,
tetapi orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita sama ada di kanan, kiri, depan, belakang,
tingkat atas, tingkat bawah hingga 40 buah rumah dari setiap sudut. Sejak zaman berzaman manusia
secara fitrah hidup bermasyarakat dan berkelompok kerana setiap orang saling memerlukan dalam
menjalani kehidupan.

Hidup berjiran juga merupakan amalan mulia serta memberi manfaat kepada manusia. Dalam hidup
berjiran mestilah saling mengenali antara satu sama lain dan berbuat baik sesama mereka.
Hakikatnya Allah SWT. sendiri memerintahkan umat Islam supaya saling berbuat baik dengan jiran
tetangga.

Justeru, masyarakat perlu menghayati tentang suruhan agama supaya memelihara hubungan
kejiranan sebagai satu cara ke arah perpaduan ummah. Tambahan pula, mana- mana kawasan
perumahan kebanyakannya dihuni penduduk pelbagai bangsa.

Nabi SAW telah menyatakan dalam hadisnya bahawa Jiran tetangga mempunyai tiga kategori iaitu:

Jiran muslim yang ada hubungan kekeluargaan baginya, maka dia mempunyai tiga hak iaitu sebagai
jiran, keluarga (kerabat) dan seorang Muslim.

Jiran Muslim yang mempunyai dua hak, iaitu sebagai hak jiran dan hak seorang Muslim.

Jiran bukan Islam, yang mempunyai satu hak iaitu sebagai hak jiran.

Di dalam hadis Nabi SAW juga banyak yang memberi penekanan kepada jiran, di antara hadis
baginda yang bermaksud: “Sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia
menghormati tetamunya. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah
ia berkata yang baik dan hendaklah ia diam.” (Hadis riwayat Muslim)

Begitulah tingginya kedudukan jiran dari sudut pandangan islam. Maka Islam menganjurkan adab-
adab yang baik dalam kehidupan berjiran iaitu:
1) Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenal dan hormat-
menghormati antara satu sama lain.

Memulakan salam dan senyuman jika bertemu sesama Muslim atau ucapan penghormatan yang
baik jika bertemu dengan bukan Muslim. Hendaklah sentiasa bertoleransi yang melibatkan urusan
keagamaan, adat resam, budaya, cara hidup dan lain-lain lagi.

2) Tidak menyakiti mereka sama ada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar bersangka buruk.

Jiran yang tidak berakhlak sesama jiran seperti menganiaya, mengumpat, sehingga tergamak
melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada
insan lain.

Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “ Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman,
demi Allah tidak beriman.

Sahabat bertanya:

“Siapakah (yang tidak beriman itu) ya Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab:

“Orang yang menyebabkan jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran
kejahatannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak masuk
syurga, barangsiapa yang jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran
kejahatannya.” (Riwayat Muslim)

3) Tidak membina bangunan yang tinggi sehingga menutup laluan angin ke dalam rumahnya.

Jangan menyusahkan mereka, seperti meletakkan sesuatu yang boleh menghalang laluan ke rumah
mereka kecuali setelah mendapat restu dan izin daripadanya.

Sepertimana yang disebut dalam hadis, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Demi Allah,
sesungguhnya mereka yang membuatkan jiran tetangga tidak selesa dan tidak aman dengan
gangguan yang mereka lakukan, mereka itu adalah orang yang tidak sempurna imannya. (riwayat
Muslim no. 46)
4) Sentiasa berusaha mewujudkan suasana aman, damai, tenteram, sejahtera dan ceria dalam
kehidupan berjiran. Faktor inilah juga yang menyebabkan Rasulullah SAW menyatakan bahawa
antara rukun-rukun kebahagiaan ialah ‘jiran yang baik’.

Dengan ini, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan
kemakmuran dan kesejahteraan dalam kehidupan. Oleh itu, marilah sama-sama kita mengeratkan
hubungan kekeluargaan sesama jiran dan mengamalkan apa yang di sabdakan oleh Rasulullah SAW
di dalam hadis serta jauhi diri kita dari menyakiti jiran tetangga secara sengaja atau tidak sengaja. –

Anda mungkin juga menyukai