Anda di halaman 1dari 2

Sejak dahulu masyarakat tidak ambil kisah mengenai kes ragut biarpun ada kalanya individu terbabit

kehilangan sejumlah besar wang tunai dan barang kemas. Ketika itu, kes ragut masih dianggap
sebagai terpencil dan tidak memudaratkan mangsa. Namun perubahan masa telah menyaksikan
ragut sebagai satu jenayah serius yang sejak akhir-akhir ini turut meragut nyawa manusia. Kematian
dua wanita, Chin Wai Fun, 38, yang koma 18 jam akibat terhantuk pada benda keras ketika bergelut
dengan peragut beg tangannya di Brickfields dan seorang kerani akhbar Nanyang Siang Pau Chong
See Cheng, 37, pada 14 Jun 2004 menyedarkan masyarakat bahawa jenayah ragut bukan lagi isu
remeh sebaliknya jenayah yang harus diberi perhatian serius khususnya oleh kaum wanita.

Kenapa hanya wanita yang menjadi mangsa kebanyakan kes ragut? Pada hal selama ini mereka
langsung tidak pernah terfikir bahawa ragut boleh mengancam nyawa. Fenomena ini telah
membawa satu lagi amaran kepada wanita supaya lebih berhati-hati dalam kehidupan seharian
mereka terutama kala berada di khalayak. Banyak pihak apabila memperkatakan tentang jenayah
ragut ini meletakkan kesalahan kepada wanita kerana leka dan tidak peka kepada jenayah yang akan
mereka hadapi. Menurut mereka peragut terpanggil melakukan jenayah kerana didorong oleh
penampilan mangsa yang membawa beg tangan dengan penuh gaya tanpa memikirkan keselamatan
atau memakai barang kemas yang tidak sepatutnya semasa berada di tempat awam.

Menurut Profesor Mahmood Nazar Mohamad, Pensyarah Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia,
Universiti Utara Malaysia (UUM), kejadian maut yang berlaku membabitkan ragut ini adalah amaran
awal kepada wanita supaya mengambil langkah memperkasakan diri untuk menentang kejadian
seumpama itu. Jenayah ragut kini sama kejamnya dengan jenayah genre lain seperti rogol dan
pembunuhan kejam yang dilakukan kepada wanita. Sudah sampai masanya wanita memberi
perhatian serius terhadap perkara ini dan mengambil langkah berjaga-jaga apabila berada di luar
rumah terutama di tempat awam. Wanita perlu peka dan menanamkan dalam jiwa mereka bahawa
kes ragut kini adalah serius dan kemungkinan akan berlaku kepada diri mereka pada bila-bila masa.
Selama ini wanita terkenal dengan sikap mengambil mudah dan berperasaan tidak apa.

Wanita patut memulakan usaha melengkapkan diri dengan langkah-langkah keselamatan


sewajarnya. Contohnya apabila hendak ke tempat meletak kereta, pastikan anda telah bersedia
untuk melakukan sesuatu apabila diserang. Pada masa yang sama, mereka harus peka kepada
keadaan keliling serta mengawasi orang-orang yang mencurigakan di samping berusaha
mendapatkan maklumat tentang cara-cara mengendong beg yang betul, cara berjalan dan elakkan
daripada menghampiri kawasan yang tidak perlu. Sebagai contohnya, apabila berjalan di kaki lima
jalan, pastikan beg tangan yang dipegang atau dikendong berada pada sebelah kiri. Ini bagi
menghalang peragut daripada menghampiri dengan mudah untuk merentap beg tangan yang
sedang disandang atau dipegang itu.
Wanita juga perlu membina kesedaran untuk sentiasa berhati-hati tidak kira masa dan tempat. Bagi
mereka yang pernah mengalaminya, hendaklah berhati-hati supaya kejadian itu tidak akan berulang.
Sehubungan itu, wanita harus mempelajari seni mempertahankan diri untuk berdepan dengan
peragut sekiranya mengalaminya Dalam hubungan ini, wanita terbabit perlu bijak membuat
keputusan pada saat itu sama ada hendak melepaskan beg yang diragut atau mempertahankan beg
tersebut bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku terhadap mereka. Wanita seharusnya
tidak membawa dokumen penting dan wang tunai yang banyak di dalam beg tangan kerana peragut
lebih gemar meragut beg tangan berbanding barang kemas. Begitu juga dengan barang kemas, kalau
hendak pakai juga biarlah patut padan kecuali jika berada di tempat yang terjamin selamat.

Sudah sampai masanya wanita melancarkan gerakan pre-mansion untuk mengingatkan kaum wanita
akan bahaya ragut terhadap mereka. Ini boleh dilakukan melalui kempen di tempat kerja, kawasan
perumahan, di surau dan majlis-majlis rasmi. Wanita yang pernah menjadi mangsa peragut boleh
tampil bercerita tentang pengalaman mereka untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan sejenis.
Seperkara lagi, masyarakat juga harus lebih prihatin dengan keadaan sekeliling. Mereka patut tampil
memberi bantuan apabila berada di dalam situasi seperti itu. Sekiranya ternampak seakan-akan
sesuatu yang buruk akan berlaku di kawasan anda berada, segeralah bertindak dan berusaha untuk
menghalangnya. Jangan hanya menjadi pemerhati. Selanjutnya, undang-undang untuk pesalah kes
ragut ini ditimbang semula dan perketatkan supaya mereka yang mungkin akan melakukan jenayah
tersebut merasa takut dan berfikir banyak kali sebelum melakukannya.

Peragut adalah mereka yang yang suka mencuri. Mereka hanya inginkan barang daripada mangsa
dan tidak ambil kisah yang perbuatan mereka itu boleh mendatangkan mudarat kepada mangsa.
Seperkara yang perlu diingati oleh wanita adalah bertindak bijak semasa diserang tetapi jangan
melawan untuk keselamatan diri. Apabila diragut, elak diri daripada bergelut dan sebaik-baiknya
lepaskan beg yang disentap kerana menjadi resam peragut akan berusaha mendapatkan apa yang
mereka ingini. Jika terus melawan, kemungkinan mangsa akan tercampak atau berpusing-pusing
kerana kekuatan peragut telah berlipat ganda akibat kelajuan motor yang dipandu. Dalam apa juga
keadaan, langkah terbaik adalah sentiasa berhati-hati. Berpeganglah kepada pepatah, berjimat
sebelum habis, beringat sebelum kena

Anda mungkin juga menyukai