Anda di halaman 1dari 15

Siapa Bertanggungjawab Ke Atas Jenayah

Rogol Dan Mengelakkanya? Lelaki,


Perempuan Atau Kedua-Duanya?
Ditulis oleh Siti Fatimah Abd Rahman. Posted in Artikel
Kajian tentang jenayah rogol menunjukkan beberapa trend yang membimbangkan. Dari segi
bilangan kes, didapati kes rogol bertambah sejak tahun 1990. Bilangan kes yang dilaporkan
didapati tinggi di kawasan-kawasan perindustrian utama. Misalnya, bagi tahun 1996, kes rogol
banyak berlaku di Selangor (167 kes), Johor (133 kes), Perak (102 kes) dan Wilayah Persekutuan
(84 kes). Dari segi umur mangsa, dalam tahun 1995, 60 peratus kes melibatkan mangsa yang
berusia 16 tahun ke bawah. Bagi tahun berikutnya pula, peratusan ini bertambah kepada 67.1
peratus. Apa yang lebih membimbangkan ialah kebanyakan perogol merupakan orang yang
dikenali oleh mangsa (83.2 peratus bagi tahun 1995). Mereka termasuklah kenalan biasa, kenalan
baru, bapa kandung, bapa tiri, pakcik, jiran, teman lelaki, majikan dan lain-lain. Ini menunjukkan
anggapan bahawa rogol dilakukan oleh mereka yang tidak dikenali adalah tidak benar.
Memandangkan trend jenayah rogol yang semakin serius dan membimbangkan ini, kajian
mengenainya sangatlah dialu-alukan. Oleh itu, usaha Womens Crisis Centre untuk mengadakan
kajian ini pada tahun 1995 serta menerbitkan hasilnya dalam tahun 1997 perlu diberi pujian.
Buku Shame Secrecy and Silence : Study of Rape in Penang ini memberikan kita satu bahan
bacaan dan rujukan tentang kejadian rogol di negara ini, khususnya bagi kes-kes yang berlaku di
Pulau Pinang. Buku ini merangkumi berbagai topik am seperti definisi rogol, teori tentang rogol,
salahtanggapan tentang rogol, bentuk-bentuk rogol hinggalah ke topik-topik yang lebih terperinci
seperti agensi-agensi lain yang berkaitan dengan jenayah ini seperti kehakiman, kesihatan dan
Jabatan Kebajikan, juga pengalaman mangsa rogol dan perspektif perogol itu sendiri. Saya
merasakan buku ini begitu menarik untuk dibaca terutamanya bagi meningkatkan kefahaman kita
mengenai jenayah rogol di Malaysia.
Dalam banyak-banyak trend yang ditunjukkan oleh kes rogol ini, saya amat tertarik untuk
membincangkan tentang hakikat bahawa dalam kebanyakan kes, mangsa telah dirogol oleh
orang-orang yang mereka kenali, baik di luar keluarga, mahupun di dalam keluarga mereka
sendiri. Sebelum saya terus membincangkan perkara ini, mungkin ada baiknya jika saya
membezakan kedua-dua jenis rogol ini. Rogol yang dilakukan oleh orang yang tidak dikenali
(Stranger rape), seperti namanya, dilakukan oleh orang yang tidak dikenali langsung oleh
mangsa. Mereka tidak pernah berhubung sama sekali sebelum ini. Dalam kes seperti ini mangsa
diserang dan diganggu secara seksual dengan tiba-tiba. Kes seperti ini memang sukar
diselesaikan kerana mangsa tidak boleh mengenalpasti perogol tersebut.
Rogol yang dilakukan oleh orang yang dikenali (Acquaintance rape/date rape), seperti namanya,
merujuk kepada kes di mana mangsa mengenali perogolnya, baik untuk satu jangkamasa yang
lama, mahupun untuk masa beberapa jam sebelum kejadian tersebut.

Rogol jenis kedua ini seringkali dipandang serong oleh polis dan masyarakat. Dalam kebanyakan
kes didapati bahawa mangsa tidak banyak, sedikit bertanggungjawab terhadap kejadian
tersebut. Oleh kerana mangsa telah meletakkan dirinya dalam kedudukan yang merelakan,
seperti setuju untuk berjumpa, bermalam di hotel, pergi minum-minum atau mengikut pemangsa
ke tempat yang sunyi, ia dipertanggungjawabkan atas kejadian rogol itu. Dalam kes seperti ini,
mangsa dituduh sengaja mencari nahas, mendakwa dirogol setelah mengandung atau ingin
membalas dendam setelah ditinggalkan oleh lelaki tersebut.
Dikatakan bahawa sejak akhir-akhir ini, mangsa rogol dalam kes rogol oleh orang yang dikenali
ini (termasuk sumbang mahram) terdiri dari mereka yang berusia 16 tahun ke bawah. Ini
menunjukkan bahawa dalam kes seperti ini, lelaki dewasa mengambil kesempatan di atas gadisgadis di bawah umur.
Saya tidak terkejut jika dikatakan ramai yang memandang serong terjadap kes rogol oleh orang
yang dikenali. Ini kerana, bagi kes rogol yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak dikenali
agak mudah untuk kita fahami. Wanita-wanita malang itu, secara tiba-tiba dirogol oleh lelaki
yang menceroboh masuk ke rumahnya ketika ia tidur atau wanita itu diculik ketika dalam lif dan
dirogol di salah sebuah unit apartmen yang berhampiran. Tetapi, kes rogol yang melibatkan
orang yang dikenali (kita ketepikan kes sumbang mahram atau incest, juga kes yang melibatkan
mangsa kanak-kanak), tidak boleh tidak, kita akan bertanya, tidakkah kejadian itu boleh
dielakkan?
Jika kita lihat kepada statistik yang ada, bagi tahun 1995, 83.4 peratus kes rogol dilakukan oleh
orang yang dikenali manakala 16.6 peratus sahaja yang dilakukan oleh orang yang tidak dikenali.
Bagi tahun 1998 pula, 84 peratus kes dilakukan oleh orang yang dikenali manakala 16 peratus
sahaja yang dilakukan oleh orang yang tidak dikenali. Berikut adalah perinciannya:
JENIS ROGOL
Rogol yang dilakukan oleh orang yang dikenali
Kenalan biasa, jiran/sekampung
Kenalan baru
Keluarga dan saudara-mara(Termasuk bapa
kandung, bapa tiri dan pakcik)
Teman lelaki
Majikan
Lain-lain
Jumlah

TAHUN 1995 TAHUN 1998


(%)
(%)
(Bil. 838 = (Bil. 1251 =
83.4%)
84%)
39.0
41.6
13.6
9.5
15.1

23.8

16.0
2.5
13.8
100.0

22.6
2.4
100.0

Jadual 1: Hubungan perogol dengan mangsa dalam kes rogol yang dilakukan oleh orang yang
dikenali.

Sumber: Diubahsuai dari buku Shame Secrecy and Silence: Study of Rape in Penang (untuk
statistik bagi tahun 1995) dan dari artikel Betrayal of the Worst Kind oleh Ong Ju Lynn, The
Star, 24 January, 2000 (untuk statistik bagi tahun 1998).
Melihat kepada statistik dan trend jenayah rogol di atas, tentulah kita ingin melihat supaya
jenayah ini dapat dikurangkan, jikapun tidak dihapuskan terus. Kajian di atas berpendapat
bahawa untuk menghentikan kejadian rogol, masyarakat perlu berhenti menyalahkan wanita dan
berhenti meletakkan tanggungjawab untuk mengelakkan kejadian itu di bahu wanita. Kajian itu
juga berpendapat wanita tidak perlu dituntut untuk menjaga tingkahlaku mereka bagi
mengelakkan rogol kerana jika kita berbuat demikian kita hanya menerima hakikat bahawa lelaki
boleh melakukan apa sahaja dan wanitalah yang perlu menjaga dirinya.
Kajian itu juga merasakan nasihat-nasihat seperti Jangan keluar malam bersendirian, Kunci
pintu rumah anda sepanjang masa, Jangan menumpang kereta orang-orang yang tidak
dikenali dan seumpamanya dikatakan tidak akan dapat menyelesaikan masalah. Anggapan
masyarakat bahawasanya jika semua wanita menutup aurat, berada di rumah di waktu malam dan
tidak bercampur dengan orang-orang yang tidak dikenali lelaki tidak akan ada peluang untu
merogol dan akhirnya kejadian rogol akan berhenti dianggap sebagai satu anggapan yang
mudah dan naf.
Sebaliknya, kajian tersebut berpendapat rogol dilakukan oleh lelaki dan merekalah yang
bertanggungjawab terhadapnya. Oleh itu, untuk menghentikan kejadian rogol ini, kaum lelaki
perlu terima hakikat bahawa merekalah punca jenayah tersebut dan mereka perlu memainkan
peranan untuk menghentikannya. Kesedaran perlu diberikan kepada kaum lelaki, begitu juga
proses sosialisasi mereka yang perlu diperbetulkan.
Walaupun saya merasakan kajian di atas perlu dihargai, namun saya tidak bersetuju dengan
pendekatan mereka untuk membanteras jenayah rogol ini. Saya merasakan kedua-dua lelaki dan
wanita perlu bertanggungjawab. Kaum lelaki tidak sepatutnya mengambil kesempatan di atas
kelemahan wanita, di masa yang sama, wanita tidak sepatutnya memberi kesempatan ke atas
lelaki untuk bertindak terhadap mereka. Oleh itu, lelaki dan wanita perlu sama-sama menjaga
diri dan tingkah laku mereka agar tidak mengundang perkara-perkara yang tidak diingini.
Bagi saya, jika berlaku kes rogol, lelaki tetap bersalah, baik dalam kes rogol yang dilakukan oleh
orang yang tidak dikenali (atas dasar apa dia merasa berhak menceroboh kehormatan seorang
wanita?) mahupun dalam kes yang dilakukan oleh orang yang dikenali (atas dasar apa dia berhak
mengambil kesempatan ke atas wanita?) Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes rogol oleh
orang yang dikenali, tidak dapat tidak, saya merasakan wanita juga bertanggungjawab
mengundang malapetaka itu, baik melalui tingkahlaku yang menggoda, pakaian yang seksi,
kesudian bertandang ke rumah lelaki lewat tengah malam, bermalam di hotel dan sebagainya.
Andai sahaja wanita dapat mengawal dirinya dari melakukan perkara-perkara seperti ini, tentu
sahaja kejadian tersebut dapat dielakkan.
Oleh kerana ramai mangsa terdiri dari orang Melayu (Islam) 64.2 peratus bagi tahun 1995
maka mungkin ada baiknya untuk melihat garis panduan yang telah ditetapkan oleh Islam

berhubung dengan pemeliharaan diri, baik oleh lelaki mahupun wanita, juga bagaimana keduadua jantina ini perlu berhubung.
Dalam Islam, lelaki dan wanita dituntut untuk memelihara diri mereka dari perkara-perkara yang
berbentuk maksiat, juga dari perkara-perkara yang tidak diingini (rogol, misalnya). Dalam surah
an-Nur, ayat 30-31 misalnya, lelaki dan wanita dituntut untuk menyekat pandangan dari melihat
yang haram dan memelihara kehormatan mereka. Jadi, jelas bahawa bukan lelaki sahaja yang
perlu menahan nafsu, tetapi wanita juga perlu menjaga kehormatan, baik dari segi berpakaian,
mahupun bertingkahlaku. Dalam kata lain, kedua-dua pihak perlu mengambil inisiatif untuk
menjaga diri dan bukan satu pihak sahaja. Pendekatan Islam bukan menyekat satu jantina dan
membenarkan yang lain berbuat sesuaka hati. Dalam Islam, ada peraturan-peraturan tertentu
yang mengawal tingkahlaku kedua-dua jantina itu.
Mungkin atas sifat kelembutan dan kelemahan wanita, dalam ayat 31 di atas, Allah
memerintahkan agar wanita melakukan lebih dari apa yang diperintahkan ke atas lelaki. Tidak
kisahlah jika ada yang ingin mempertikaikan Islam sebagai agama yang bersifat patriaki, tetapi,
itulah yang diperintahkan, yakni wanita dilarang mendedahkan tubuhnya kepada lelaki yang
bukan mahramnya kecuali anggota tubuhnya yang zahir iaitu bulatan muka dan tapak tangan.
Wanita juga diminta mengawal tutur katanya (al-Ahzab: 32) agar tidak berkata-kata dengan
lembut dan manja (semasa bercakap dengan lelaki asing).
Segala perintah ini, baik bagi lelaki mahupun wanita menunjukkan kedua-duanya
bertanggungjawab untuk memelihara diri mereka. Bagi wanita, dengan melaksanakan perintahperintah ini adalah diharapkan mereka tidak menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit
dalam hatinya (al-Ahzab: 32).
Bagi saya, hakikat bahawa majoriti kes rogol merupakan kes yang dilakukan oleh orang-orang
yang dikenali merupakan kunci kepada usaha membanteras dan mengurangkan kes rogol ini. Ini
adalah kerana dengan mengetahui bahawa orang-orang yang dikenali sanggup melakukan
jenayah itu ia boleh dijadikan dorongan untuk para wanita berhati-hati dengan sesiapa sahaja
yang bersama mereka. Memastikan keselamatan diri baik dengan cara memastikan pintu bilik
berkunci walaupun hanya ada abang kandung di bilik sebelah ataupun memastikan kita berada di
rumah pada pukul 8 malam, adalah langkah-langkah yang wajar untuk mengelakkan rogol jenis
ini. Lagipun, dalam hidup ini, kita dituntut supaya berikhtiar. Untuk berjaya perlu berikhtiar,
begitu juga untuk mengelakkan diri dari perkara-perkara yang tidak diingini. Pandangan ini
tentunya bertentangan dengan kajian di atas tetapi saya yakin ini lebih berkesan dari
mengharapkan orang lain untuk berubah.
Realiti hidup berkehendakkan kita mengubah apa yang boleh kita ubah dan bukannya cuba
mengubah sesuatu yang kita tiada kuasa untuk mengubahnya. Sebagai wanita, kita boleh
mengubah cara kita berpakaian, bertingkahlaku dan cara hidup kita. Sebaliknya, kita tidak boleh
mengubah tingkahlaku rakan sekerja, sifat biang majikan, mahupun nafsu teman lelaki yang
bergelora secara tiba-tiba. Apakah kita ingin membiarkan diri kira menjadi mangsa sementara
menunggu kaum lelaki berubah atau kita mahu terus berubah tanpa mengira perubahan di pihak
yang satu lagi? Tepuk dada, tanya selera.

Saya pasti jika kaum wanita tidak membuka peluang kepada teman lelaki, tidak mudah percaya
kepada orang yang baru dikenali dan lebih berwaspada dengan setiap lelaki, statistik rogol ini
akan dapat dikurangkan, jika tidakpun dihapuskan. Saya juga percaya bahawa jika kita lebih
mementingkan tanggungjawab kita berbanding hak kita, dunia ini akan lebih aman dan sejahtera.
Ya, kita bersimpati dengan setiap mangsa rogol, walau siapapun yang merogolnya. Dan sebagai
ahli masyarakat, kita perlu membantu mereka dalam segala segi. Namun, bagi saya, untuk tidak
meletakkan tanggungjawab mengelakkan diri dari dirogol kepada bahu wanita adalah seolaholah membenarkan mereka bermain api tanpa mengingatkan mereka bahawa api itu boleh
membakar. Sesungguhnya, kita berhak bermain api, tetapi jika kita ingin bermain api, ingatlah ia
boleh membakar!
-------------------------------------------------------------------------------Rujukan:
1. Shame Secrecy and Silence: Study of Rape in Penang (1997). Edited by: Rohana Ariffin.
Womens Crisis Centre. Pulau Pinang.
2. Ong Ju Lynn, Betrayal of the Worst Kind, dalam The Star, 24 Januari 2000.
3. Rosniza Mohamad dan Ahmad Syahir Kassim, Rogol Dilakukan oleh kekasih sendiri
dalam Utusan Malaysia, 17 Januari 2000.

Jenayah rogol kanak-kanak serius


Oleh SUFFIAN ABU BAKAR
pengarang@utusan.com

KUALA LUMPUR 16 Mac - Setiap kali menyebut tentang jenayah kanak-kanak, tentu semua
masih ingat Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin dan Sharlinie Mohd. Nashar.
Ketika menatap kisah penemuan mayat Nurin Jazlin pada tahun 2007 lalu, adakah kita sedar
bahawa jenayah tragis terhadap kanak-kanak itu sudah hampir dua tahun berlalu.
Begitu juga kehilangan Sharlinie yang sehingga kini belum diketahui nasibnya, walaupun pihak
polis masih berusaha mengesan penjenayah yang terlibat.
Selepas pemergian Allahyarham Nurin Jazlin dan kehilangan Sharlinie, adakah masyarakat sedar
bahawa jenayah seperti itu mungkin akan berulang kembali?
Penjenayah tidak akan berhenti melakukan kegiatan mereka, cuma kita sebagai orang awam
yang kadangkala terlupa dengan jenayah membabitkan kanak-kanak ini kerana ia tidak mustahil
akan berulang, jika tiada langkah khusus diambil segera.
Jenayah rogol membabitkan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun di negara ini perlu diberi
perhatian segera oleh kerajaan apabila seramai 55 kanak-kanak di peringkat usia itu menjadi
mangsa dalam tempoh empat bulan pertama tahun lalu.

Angka itu disifatkan amat serius kerana mangsa berusia bawah enam hingga 12 tahun itu
menyumbang sebanyak lima peratus daripada keseluruhan 1,060 kes rogol di seluruh negara
yang dilaporkan sepanjang Januari hingga April 2008.
Penganalisis jenayah tanah air, Kamal Affandi Hashim ketika mendedahkan perkara itu berkata,
angka itu tidak termasuk mangsa yang berusia antara 12 hingga 15 tahun iaitu sebanyak 531
orang sepanjang empat bulan pertama tahun lalu.
Katanya, jumlah keseluruhan mangsa bawah umur 15 tahun yang menjadi mangsa rogol di
kalangan kanak-kanak atau fidofilia sepanjang tempoh itu ialah 586 orang.
Menurut beliau, langkah segera perlu diambil termasuk menggubal satu undang-undang baru
yang dapat menghalang pesalah laku seks yang dibebaskan dari penjara agar tidak mendekati
kanak-kanak.
"Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001 perlu dipinda bagi mewajibkan pesalah yang
mempunyai rekod jenayah salah laku seks supaya tidak mendekati kanak-kanak.
"Selama ini, fidofilia iaitu pesalah laku seks yang menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa tidak
disekat sebaik sahaja keluar daripada menjalani hukuman.
"Mereka ini bebas untuk bekerja di mana-mana dan mudah mendekati mangsa seterusnya
mengulangi perilaku ganas merogol mangsa kanak-kanak," katanya kepada Utusan Malaysia, di
sini hari ini.
Menurut Kamal Affandi, masyarakat di negara ini begitu mudah melupakan tragedi menyayat
hati yang menimpa Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin walaupun peristiwa itu pernah
menggemparkan negara pada tahun 2007 lalu.
Katanya, kehilangan Sharlinie Mohd. Nashar, 5, sejak awal tahun lalu yang ketika ini masih
menjadi tanda tanya semakin hilang dari ingatan rakyat selain beberapa kes membabitkan
mangsa kanak-kanak antaranya, Nurul Huda Ghani, awal tahun 2004 kerana dirogol dan diliwat.
Sepuluh hari sebelumnya, mangsa rogol Harirawati Saridi, juga berusia 10 tahun ditemui mati
dibunuh dengan kainnya tersingkap, di kawasan semak semasa dalam perjalanan ke sekolah di
Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah.
"Mereka semua ini menjadi mangsa nafsu serakah penjenayah fidofilia. Sewaktu kes Nurin
heboh diperkatakan, semua rakyat Malaysia melahirkan rasa sedih dengan kehilangannya itu
yang begitu tragis.
"Tetapi cuba anda namakan kepada saya satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR)
yang dilakukan oleh syarikat swasta berkaitan dengan pencegahan jenayah, khususnya bagi
membendung jenayah rogol di kalangan fidofilia, ia tidak ada.

"Ketika Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelesaikan sejumlah 993 daripada 1,060 kes
rogol yang dilaporkan iaitu kadar penyelesaian sebanyak 93.68 peratus, di sinilah perlunya
peranan kita sebagai masyarakat dan agensi badan korporat untuk membantu membendung
jenayah rogol di kalangan kanak-kanak ini," jelasnya.
Kata beliau, tanpa kerjasama semua pihak, usaha mencegah jenayah seksual ini tidak akan
berjaya, malah apa yang dikesalkan ialah pihak swasta perlu memperbanyakkan program
kesedaran termasuk ceramah dan bengkel kesedaran tentang bahaya jenayah ini di sekolah,
taman perumahan dan kawasan pedalaman.
Kamal Affandi berkata, usaha ini perlu kerana ia adalah satu-satunya langkah terbaik bagi
menangani jenayah rogol di kalangan pesakit fidofilia yang tidak mempunyai penawar.

Artikel Mufti: Gejala Keruntuhan Moral Generasi Muda


Islam
Rabu, 30 Mei 2012 10:15 maksa Informasi - Artikel Pilihan

Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)


Tiada gunanya tangisan ibu dan ayah yang menyesali perbuatan terkutuk anak-anak mereka yang
terlibat kes rogol, mencuri, menagih dadah dan arak bahkan membunuh secara kejam dengan
gelaran samseng sekolah. Jika tangisan itu ditumpahkan semasa usia anak-anak mereka tujuh
tahun alangkah bernilainya harga airmata itu, ia boleh merubah kehidupan sang anak menjadi anak
harapan bukan anak buangan seperti sekarang. Dimana peranan ibu bapa? Bukankah pendidikan
anak dalam Islam bermula dari persenyawaan benih di dalam rahim lagi dan proses ini berterusan
sepanjang hayat. Tujuh tahun yang disebutkan dalam hadis Rasulullah agar menyuruh mereka salat
menjadi panduan bagi setiap orang tua untuk memulakan sentuhan ruhani pada diri anak disamping
mendidik mereka untuk berdisiplin dan berjiwa bersih. Tetapi ada juga sesetengah ibu bapa yang
membela diri dengan mengatakan bahawa anak kami telah dididik dan dijaga dengan betul boleh
juga terseleweng kerana pengaruh luaran. Maknanya belum memadailah penjagaan mereka itu jika
anak mereka boleh terdedah kepada hal-hal negatif tanpa sepengetahuan mereka. Kerana proses
mendidik amatlah tersusun, lengkap dengan kualiti metod dan sistem kawalan melalui pendekatan
psikologi yang berterusan sampai ke mati. Tetapi sayang tidak sedikit ibu bapa yang menyerahkan
tanggung jawab mendidik sepenuhnya kepada guru. Sikap tidak peduli dengan perasaan anak
dalam tahap-tahap perkembangannya banyak menyumbang kepada kepincangan identiti pada diri
anak itu sendiri. Kepada ibu bapa yang belum menitiskan airmata simpanlah segala alasan untuk
menyalahkan sesiapapun di luar rumah anda atas keadaan anak-anak anda.
Budaya Materialisme dan Hedonisme menyumbang kerosakan moral
Seorang sasterawan Jerman, Pruschert (yang meninggal dunia pada tahun 1947) mengungkapkan
refleksi perasaannya yang mendalam tentang keputusasaannya terhadap generasi muda pada

zaman itu: Kita adalah generasi tanpa agama, tanpa ketenteraman. Matahari kita sempit dan cinta
kita kekejaman, generasi muda kita hilang kemanusiaan. Kita generasi tanpa ikatan, tanpa batasan
dan
tanpa
perlindungan
dari
siapapun.
Demikianlah fenomena kehancuran generasi muda di Barat. Pada hakikatnya mereka hidup dengan
kesengsaraan
diperbudak
hawa
nafsu
tanpa
mengenal
agama.
Malaysia yang merupakan salah satu negara Islam terbilang di dunia tidak terkecuali menghadapi
bahaya kemunduran akhlak sama seperti negara-negara Islam yang lain. Alhamdulillah pemimpinpemimpin negara sudah dapat merasakan gejalanya sehingga dilancarkan satu kempen kesedaran
ummat iaitu Islam hadhari, usaha untuk mengembalikan ummat kepada kemurnian nilai-nilai Islam
yang maju dan bertamadun serta menolak unsur-unsur negatif yang merosakkan agama, bangsa
dan negara. Diantara tamadun-tamadun yang pernah berdiri megah, tamadun baratlah yang paling
berpengaruh pada kehidupan masyarakat dunia sekarang ini. Nilai-nilainya amat cepat menyerap
melalui globalisasi dunia tanpa sempadan. Pelbagai sistem teknologi menjadi alat transformasi
budaya yang sungguh hebat. Sayangnya sistem yang baik dari tamadun barat ini kurang diserap
oleh orang Islam bahkan sebaliknya budaya materialisme dan hedonisme (budaya keseronokan)
yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak menjadi ikutan generasi Islam. Saat ini kempen Budi
Bahasa Budaya Kita rancak dijalankan adakah disebabkan terlalu teruknya perilaku sosial umat ini?
Sehingga tergila-gila pada budaya barat yang melupakan nilai-nilai moral dan budaya? Montgomery
adalah seorang bekas panglima tertinggi angkatan tentera pakatan atlantik utara (Nato) yang pernah
menjadi pensyarah maktab tentera British, beliau menumpukan sepenuh perhatiannya kepada
mengarang buku-buku dan memberi bimbingan kepada belia-belia di negaranya. Beliau berkata,
Saya pernah ditanya tentang jenayah apakah yang paling jahat yang pernah dilakukan seseorang,
jawapan saya ialah perbuatan menyesatkan moral kanak-kanak dan belia. Walau apa hukumanpun
tidak akan sepadan dengan manusia seperti ini. Sambungnya lagi: Bukankah kita sekarang hidup
di dalam kabus yang menipu, di alam yang dikuasai oleh kebendaan dan melemparkan nilai-nilai
keruhanian. Apalah gunanya manusia jika hal ini berlaku di seluruh dunia, hilang jiwanya.
Keperihatinan negarawan British ini terhadap masa depan belia sungguh mengharukan kita sebagai
orang Islam. Beliau memperjuangkan nilai-nilai agama kristian dalam sistem pendidikan belia di
sana sementara banyak orang kita yang bangga memuja-muja nilai materialisme dan hedonisme
dari barat dalam mendidik anak. Apakan jadi bila seorang bapa dengan bangganya memberitahu
publik dalam surat khabar bahawa ia sengaja memperuntukkan wang RM 2000,00 seminggu untuk
anak-anaknya mengundi rancangan hiburan realiti yang paling disukai ramai. Sementara anak-anak
di luar Bandar terpaksa berjalan kaki ke sekolah dengan jarak berpuluh kilometer kerana
kemiskinan. Dan kepada ibu bapa di bandar-bandar bahkan di pelosok kampung, yang buat tak tahu
dengan sikap anak-anak mereka yang bergaul bebas, lari dari sekolah, hidup untuk kesenangan dan
hiburan semata-mata, dimanakah nilai agama hendak ditegakkan? Adakah kemajuan itu diukur
dengan mengikut gaya hidup metal, rock, punk, bolywood atau holywood? Siapa sebenarnya yang
membiarkan anak-anak rosak, tersesat dan tak berguna?
Kembali kepada pendidikan Islam
Sebelum kehancuran itu menenggelamkan harapan sebuah keluarga, mengapa tidak memperbaiki
keadaan dengan memulainya dari para ibu bapa, pendidik, pemuka masyarakat, ulama, pengkaji
dan pensyarah, pemimpin politik, para penggiat seni dan budaya, ahli korporat dan semua lapisan

masyarakat yang menjadi ikutan generasi akan datang. Berilah contoh teladan yang baik, bimbing
anak-anak kita dengan nilai-nilai murni yang berlandaskan agama Allah SWT. Jangan sesatkan
mereka dengan ideologi hamba nafsu dan kegilaan syahwat. Jika Motgomery bangga dengan ajaran
al-Masih mengapa kita malu menerapkan ajaran Islam sebagai acuan pendidikan di rumah, di
sekolah
dan
di
masyarakat?
Sesungguhnya menjaga dan mendidik anak adalah kerja yang paling berat dan mencabar, jangan
dipandang remeh pekerjaan yang berupaya menghasilkan insan baru yang akan berjalan dengan
ideologi kita, akhlak kita, semangat kita, kepintaran dan intelektual hasil asuhan kita, kerana kitalah
yang membentuk mereka. Sabda Rasulullah SAW: Anak-anak dilahirkan dalam keadaan suci, ibu
bapanyalah yang mencorakkannya menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani. (Bukhari Muslim)
Tidak sedikit ibu bapa yang lupa bagaimana menyayangi anak. Kerana sayang pada mereka bukan
setakat dalam kehidupan di dunia ini saja semestinya bawalah mereka sampai ke akhirat dengan
kasih sayang anda untuk hidup bersama di syurga.
Sumber :- Drjuanda.com

Rogol (atau pencabulan) adalah serangan seksual yang dianggap oleh kebanyakan orang
sebagai jenayah yang sangat serius. Definasi teknikal untuk "rogol" merangkumi sebarang
serangan serius dan yang merosakkan terhadap seseorang atau sekumpulan orang, tetapi dalam
penggunaan sehari-harian, istilah tersebut adalah mengenai serangan seksual.

Isi kandungan

1 Definisi
2 Hukuman

3 Kesan

4 Kekurangan pelaporan

5 Rogol tahanan

6 Rogol bergilir-gilir

7 Rogol dan penyiksaan seksual

8 Rogol statutori

9 Rogol kenalan

10 "Rogol" antara golongan binatang

11 Rujukan

12 Pautan luar

Definisi
Dalam undang-undang jenayah, istilah "rogol" merujuk kepada serangan seksual yang mana
penyerang memaksa mangsa yang enggan bersetuju untuk melakukan hubungan seksual.
Sesetengah perundangan menggunakan istilah seperti "serangan seksual" atau "dipukul untuk
seksual", dan ada juga yang mentakrifkan "rogol" sebagai serangan seksual dengan penembusan.
"Rogol" boleh juga merujuk kepada hubungan seksual dengan seorang yang rela tetapi dari
segi undang-undang belum cukup umur; ini dikenali sebagai "rogol statutori".
Dalam bahasa pasar, istilah "rogol dating" atau "rogol kenalan" (acquaintance rape) merujuk
kepada perogolan yang berlaku antara individu yang berdating atau berkenalan. Rogol yang
disebabkan penggunaan pukau seumpama flunitrazepam atau GHB untuk membuat mangsa
mereka tidak sedar akan diri sebelum diserang dikenali sebagai "Dadah rogol janji temu" ("date
rape drug").
Di Amerika Syarikat, "Laporan Jenayah Seragam" (Uniform Crime Reports) menggunakan
istilah "rogol paksaan" hanya untuk meliputkan perogolan seorang wanita oleh seorang lelaki;
walaubagaimanapun, badan kehakiman masing-masing boleh mentakrifkan "rogol" mereka
untuk merangkumi serangan seksual keatas, ataupun oleh, mana-mana satu jantina, berikut
keperluan mereka. Undang-undang mentakrifkan "rogol" dan isu berkait, seperti "usia kerelaan"
(age of consent). berbeza di antara badan kehakiman yang berlainan.
Mahkamah Tinggi California, dalam satu kes yang melibatkan seorang wanita yang dirogol oleh
seorang anggota polis, mengatakan yang berikut:

Kami tidak meringankan kedashyatan rogol sebagai sejenis jenayah. Ia patut


dicela, bukan sahaja dari segi moral dan penghinaan ke atas ketulusan dan
hidup bebas seorang mangsa perempuan, tetapi juga dari segi hak mangsa
untuk memilih sesiapa yang dia ingin melakukan hubungan seksual.
Walaupun jenayah ini tidak seakan dengan pembunuhan manusia, ia adalah
perkosaan yang paling serius ke atas seseorang. Ia juga merupakan jenayah
yang kejam kerana biasanya, ia melibatkan penggunaan kuasa ataupun
penggugutan untuk mengatasi kemahuan dan keupayaan mangsa
menentang. Rogol sering diiringi oleh kecederaan fizikal kepada mangsa
perempuan, dan juga boleh mengakibatkan kecederaan-kecederaan mental
dan psikologi. Oleh sebab ia memusnahkan rasa keselamatan masyarat, ia
juga mencederakan orang ramai.
Coker v. Georgia 433 U.S. 584, 597, 603 (1977) [53 L.Ed.2d 982, 996, 97 S.Ct.
2861] (plur. opn. of White, J.; conc. and dis. opn. of Powell, J.)]
Seiringan dengan bentuk-bentuk serangan seksual yang lain, ia merupakan
suatu perbuatan yang tidak bermaruah terhadap seseorang yang tidak boleh
diperbaiki dengan sempurna, dan yang merendahkan kemanusiaan.

Mary M. v. City of Los Angeles 54 Cal.3d 202,222 (1991) [285 Cal.Rptr. 99;
814 P.2d 1341]

Di bawah Akta Kesalahan Seksual 2003, yang berkuatkuasa pada April 2004, istilah "rogol"
didefinisikan semula. Maksud asal iaitu rogol sebagai perbuatan "bersetubuh melalui kemaluan
wanita atau lubang dubur tanpa persetujuan" diubah kepada "memasukkan kemaluan lelaki ke
dalam kemaluan wanita, lubang dubur atau mulut seseorang yang lain". Kesalahan perogolan
boleh dikenakan hukuman maksimum penjara seumur hidup (berbeza dengan hukuman penjara
10 tahun bagi kesalahan serangan seksual dibawah statut ini, dan yang dahulunya dikenali
sebagai "perbuatan tidak bermoral").
Walaupun seorang wanita yang memaksakan seorang lelaki untuk bersetubuh tidak boleh
disabitkan atas kesalahan merogol, dia boleh disabitkan kesalahan "kerana menyebabkan
seseorang itu melakukan perbuatan seksual tanpa persetujuan", kesalahan yang juga membawa
hukuman penjara seumur hidup sekiranya ia melibatkan kemasukan ke dalam mulut, lubang
dubur atau alat kelamin wanita. Statut ini juga memasukkan kesalahan seksual baru yang
dikenali sebagai "serangan melalui penembusan", yang mempunyai hukuman yang sama dengan
hukuman rogol, dan ia dilakukan apabila seseorang itu memasukkan, secara seksual, mana-mana
bahagian badannya, atau apa-apa alat yang lain, ke dalam alat kelamin wanita atau lubang dubur,
tanpa mendapat persetujuan.

Hukuman
Rogol dianggap sebagai jenayah dashyat dalam kebanyakan kebudayaan dan kadangkala
dihukum dengan berat oleh undang-undang. Kasi dan kaedah pengasian kimia telah digunakan
bagi perogol kental (habitual offenders) dalam sesetengah negara. Dalam sesetengah negara lain,
rogol adalah jenayah yang boleh dihukum rejam. Terdapat sejumlah kecil negara yang mana
rogol dianggap dan masih dianggap boleh diterima dan digalakkan. Di beberapa kebudayaan
pula, seorang mangsa rogol perempuan akan dihukum sebagai pesalah jenayah kelamin,
walaupun telah terbukti dan diakui bahawa dia yang telah dirogol. Sikap sosial tentang rogol dan
hukuman yang sewajarnya adalah persoalan yang masih diperdebatkan dengan bersungguhsungguh dibeberapa kebudayaan Barat. Di negara-negara Barat, jenayah ini biasanya dihukum
dengan pemenjaraan jangka panjang, yang mana hukuman tersebut merupakan hukuman yang
maksimum. Pada permulaan abad ke-20an, rogol boleh mengakibatkan hukuman mati di
kebanyakan negeri-negeri Amerika Syarikat.
Menurut statistik RAINN, hanya lebih kurang enam peratus, iaitu lebih kurang satu perenambelas daripada perogol-perogol, akan tertangkap dan dipenjarakan.

Kesan
Sebagai satu bentuk serangan seksual, rogol boleh menjadi amat dashyat, dan banyak kes
serangan seksual berakhir dengan kematian mangsa. Rogol juga boleh mengakibatkan
kecederaan fizikal yang serius, termasuk juga kehamilan, dan jangkitan penyakit sebaran seksual.
Kesan paling biasa pada mangsa rogol adalah kesan psikologi. Pada masa dahulu, mangsa rogol
dan mangsa serangan seksual yang masih hidup, biasanya, didapati terhidap Sindrom Renjutan

Emosi Rogol (Rape Trauma Syndrome (RTS)) yang dianggap sebagai sejenis penyakit psikologi
pada zaman itu. Sekarang, RTS dianggap sebagai sejenis balasan psikologi dan fisiologi yang
biasa dialami oleh seorang mangsa rogol, dan bukan sejenis penyakit psikologi lagi. Ia
melibatkan perasaan dosa dan malu, ketegangan, kemarahan, ketidakselesaan pada perut, dan
kekadangnya kegundahan. Balasan-balasan yang dialami rapatnya dengan apa jua renjutan emosi
yang dialami oleh penghidap-penghidap yang bukan mangsa rogol. Renjutan emosi psikologi
telah disebut sebagai salah satu daripada alasan-alasan mengapa rogol sentiasa tidak dilaporkan
kepada pihak-pihak berkuasa.
Di negara Barat, rogol yang menggunakan kekerasan dianggap sebagai kes kecermasan. Pegawai
perubatan dan undang-undang profesional mengesa mangsa mendapatkan pertolongan untuk
melaporkan jenayah dan mendapatkan rawatan. Kecederaan fizikal seperti pendarahan
gynekologi (gynecologic hemorrhage) mungkin boleh berlaku. Tambahan lagi, pencegahan
hamil yang cemas dan rawatan pencegahan penyakit sebaran seksual mungkin juga diperlu.
Pembantu-pembantu perubatan kecemasan dan doktor-doktor terlatih dalam cara-cara menolong
mangsa rogol. Ada kemungkinannya bahawa bukti-bukti seumpama sampel DNA yang boleh
membantu dalam pendakwaan perogol, dapat dikutip.
Oleh kerana sifat-sifat seksual yang sensitif tentang jenayah rogol, mangsa-mangsa biasanya
akan mengalami renjutan emosi psikologi yang serius. Ini memang benar di kalangan
masyarakat-masyarakat yang mempunyai adat-adat kelamin yang pantang. Umpamanya, seorang
perempuan, terutamanya seorang anak dara yang telah dirogol, dianggap oleh masyarakat
sebagai seorang yang "rosak". Mangsa-mangsa akan terpaksa menderita seorang diri dan
dilarang berkahwin, ataupun mungkin akan diceraikan sekiranya dia sudah berkahwin. Mangsa
rogol juga mungkin berasa "kotor" ataupun berasa bahawa dia yang bersalah.
Proses penghukuman perogol biasanya dihalangi oleh kesan-kesan psikologi yang lebih kurang
sama. Mangsa-mangsa kerapkalinya berasa malu apabila mereka ingin mewajahkan apa yang
terjadi (terutamanya, jika mangsa perempuan dikena melaporkan kejadian kepada pegawai
lelaki). Tambahan lagi, soalan-soalan sensitif dan pemeriksaan perubatan yang diperlu untuk
pendakwaan akan menyebabkan mangsa tidak selesa. Di masyarakat-masyarakat yang tidak
mengakui kaum perempuan sebagai penduduk-penduduk yang setanding dengan kaum lelaki,
proses ini akan memberatkan lagi kepayahan mangsa-mangsa wanita.

Kekurangan pelaporan
Pada tahun 2001, hanya 39 peratus kes rogol dan serangan seksual di Amerika Syarikat
dilaporkan kepada pihak penguatkuasa satu pertiga, menurut Penyelidikan Pengorbanan
Jenayah Nasional Tahun 1999. Alasan yang paling biasa diberikan oleh mangsa-mangsa ialah
bahawa hal itu adalah hal peribadi dan juga kerana mereka takut akan pembalasan oleh
penyerang.
Kaum-kaum advokasi yang berkaitan dengan rogol telah mengemukakan beberapa cara untuk
meningkatkan pelaporan serangan seksual, yang mana kebanyakannya bertujuan semata-mata
untuk mengurangkan renjutan emosi psikologi yang dialami oleh mangsa rogol berikutan
serangan. Pada masa sekarang, banyak bahagian polis telah menggunakan pegawai wanita untuk

mengendalikan kes-kes rogol. Kaum-kaum advokasi telah juga membuat permintaan bahawa
proses perundangan dirahsiakan; telah menjadi satu kebiasaan di kalangan wartawan Amerika
Syarikat yang mana mereka menyembunyikan nama mangsa rogol dalam laporan berita mereka.
Sebilangan kaum-kaum advokasi juga mengendalikan talian panas untuk memberi nasihat dan
rawatan kecemasan psikologi. Di negara Amerika Syarikat, talian panas yang termashyur ialah
talian yang dikendalikan oleh RAINN, iaitu akronim bahasa Inggeris untuk "Rangkaian Nasional
Rogol, Penyiksaan dan Zina Sebaka". Hanya RAINN sahaja yang membekalkan talian percuma
24 jam yang sulit di Amerika Syarikat. Nombor telefonnya ialah 1-800-656-HOPE.

Rogol tahanan
Penyelidikan yang dilaksanakan oleh Cindy Struckman-Johnson dan David Struckman-Johnson
daripada University of South Dakota telah mendapati bahawa 22-25 peratus banduan lelaki di
Amerika Syarikat adalah mangsa serangan seksual, 10 peratus pernah dirogol, dan 6 peratus pula
mangsa rogol bergilir-gilir. Khususnya, banduan wanita mudah diserang oleh pengawalpengawal dan kakitangan-kakitangan, dan kejadian ini telah dicela oleh Amnesti Antarabangsa
and Human Rights Watch.
Rogol antara lelaki di kawasan kebudayaan Barat dianggap terjadi, khasnya, di penjara-penjara
dan pusat-pusat tahanan, dan juga dalam perhubungan jantina sesama. Kadarnya di kawasan
kebudayaan bukan Barat tidak dapat diketahui.

Rujukan: Rogol Banduan: Undang, Polisi dan Sains

Rogol bergilir-gilir
"Rogol bergilir-gilir" terjadi apabila sekumpulan orang mengambil bahagian dalam perogolan
seorang mangsa, biasanya sekumpulan lelaki terhadap seorang perempuan. Ia dipandangkan
sebagai lebih mencederakan kepada mangsa rogol dari segi psikologi, dan dikenakan hukuman
yang lebih berat daripada rogol perseorangan di sebahagian bidang kuasa.

Rogol dan penyiksaan seksual


Di negara-negara yang mana penyiksaan tidak diambil berat ataupun diterima sebagai kelakuan
yang biasa bagi pihak polis dan pihak keselamatan, rogol orang tahanan lelaki dan perempuan
sering berlaku. Ia biasanya digunakan untuk 'melembutkan' orang tahanan bagi pemisitan
ataupun untuk menakutkan mereka supaya mematuhi peraturan. Dalam masyarakat yang
mempunyai pantang sosial yang teguh, penyiksaan seksual biasanya digunakan untuk
memusnahkan amanah dan pengaruh pembangkang-pembangkang politik.
Rogol dalam keadaan ini sentiasa mempunyai kesan negatif yang lebih dalam daripada serangan
seksual yang biasa berlaku.
Lihat juga: penghinaan

Rogol statutori
"Rogol statutori" ialah sejenis jenayah persetubuhan yang melibatkan seorang yang dibawah usia
kerelaan. Istilah ini kebanyakannya digunakan di Amerika Syarikat. Ia digelarkan begitu kerana
ia dianggap sebagai rogol dibawah statut, dan bukannya berdasarkan prinsip "Common Law".
Oleh sebab negara mempunyai tanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak, ia telah
mengisytiharkan bahawa kanak-kanak di bawah usia yang ditentukan tidak berupaya memberi
keizinan yang berpengetahuan. Walaupun kanak-kanak bersetuju dan rela dengan kegiatan
seksual yang dilakukan terhadap mereka, perbuatan itu masih lagi dianggap sebagai rogol.
Undang-undang negara banyak berbeza dalam definisi "rogol statutori". Ada yang
mengecualikan perogol kanak-kanak, dan juga ada yang mengecualikan perogol yang berkahwin
dengan kanak-kanak berkait sebelum didakwa.

Rogol kenalan
Menurut hukum, tiada perbezaannya diantara rogol yang dilakukan oleh orang yang tidak
dikenali dengan rogol yang dilaksanakan oleh orang-orang kenalan, kawan-kawan dan pencintapencinta. Walaubagaimanapun, terdapatnya kesukaran mendakwa seorang penyerang yang
dikenali, tetapi sekiranya terbukti, jenayah akan dilayankan dengan cara yang sama.
Dari segi sosial, isu rogol kenalan adalah amat rencam. Bukti-bukti yang sedia ada menunjukkan
bahawa kemungkinan seorang mangsa rogol yang berkenalan dengan penyerangnya adalah lebih
besar daripada yang tidak. [1]
Terdapat banyak benar perdebatan bertentangan dengan apa yang dikira sebagai keizinan yang
sempurna di dalam perhubungan seksual. Betapa nyatakah keizinan diperlu, betapa kerapkah
keizinan perlu dipastikan, dan apakah yang dikira sebagai keupayaan yang kurang (biasanya
disebabkan oleh dadah dan alkohol) adalah isu-isu yang tidak dapat mencapai penyelesaian.
Perdebatan-perdebatan ini sentiasa dibahaskan dari segi moral dan kesusilaan, dan sebagai isu
undangan, kesilapan pemahaman keizinan selalu dikemukakan sebagai pembelaan oleh kerana
jenayah rogol hanya boleh didakwa sebagai jenayah yang berniat.

"Rogol" antara golongan binatang


Sebahagian binatang nampaknya berkelakuan seakan-akan rogol manusia, terutamanya
penggabungaan persetubuhan dengan serangan yang ganas, seperti yang terlihat di golongan itik
dan angsa.
Sungguh payah hendak menentukan sejauh mananya, gagasan rogol boleh digunakan pada
persetubuhan binatang, disebabkan kriteria untuk menentukan rogol di kalangan manusia ialah
ketiadaannya keizinan yang berpengetahuan, yang mana ia sukar ditentukan di golongan
binatang.
Walaubagaimanapun, adalah nyata bahawa kekadangnya, seekor binatang akan mendekati
binatang yang lain untuk menembusinya, yang mana jelas juga bahawa binatang yang lain itu

tidak ingin dan melarikan diri. Ini telah menyebabkan sebahagian orang yang berpendapat
bahawa penembusan paksaan di kalangan binatang adalah kelakuan yang "semulajadi", dan
mengikut logik ini, rogol di kalangan manusia ada kemungkinannya merupakan kelakuan yang
"semulajadi" juga. Ini adalah satu perkara yang menimbulkan banyak perselisehan.

Rujukan

Gowaty, P.A. and N. Buschhaus. 1997. Fungsi-fungsi persetubuhan ganas and


paksa di kalangan burung-burung: Penentangan burung betina dan hipotesis
CODE. Ahli Zoologi Amerika Syarikat (dalam percetakan).

Anda mungkin juga menyukai