Anda di halaman 1dari 16

Topik5 X Kegiatan

Membuat
Montaj

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti topik ini, anda akan dapat:
1. mengaplikasikan alat, media dan bahan dalam menghasilkan montaj;
2. mereka cipta montaj sendiri dengan menggunakan pelbagai teknik; dan
3. menilai dan menghargai sesuatu montaj dari aspek asas senireka.

X PENGENALAN
Topik montaj dimulakan dengan menerangkan tentang definisi montaj, sejarah
ringkas montaj, alat dan media dalam penghasilan montaj dan teknik-teknik
yang digunakan dalam aktiviti montaj. Kemudian perbincangan diteruskan
dengan melihat bagaimana alat, media dan teknik diaplikasikan ke atas montaj.
Aspek unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan yang diaplikasikan dalam
montaj disentuh dalam sub topik ini. Penerangan dijelaskan lagi dengan
menunjukkan contoh-contoh yang menarik mengikut tema atau tajuk tertentu.
Perbincangan diakhiri dengan persembahan hasil karya yang menyentuh tentang
penilaian menggunakan imaginasi, cara melihat dan respon terhadap hasil kerja
seni.

Sebelum anda mula membaca, nyatakan apa yang anda fahami


dengan istilah montaj?

70 X TOPIK 5

5.1

KEGIATAN MEMBUAT MONTAJ

PENGENALAN AKTIVITI MONTAJ

(a)

Definisi Montaj
Mengikut pencarian di laman web, http://www.google.com.my/search
Definisi: Montaj:
montaj boleh dijelaskan seperti berikut:
x
Menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan
untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian,
peperangan, alam sekitar
x
Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari manamana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema.
x
Satu corak tidak semestinya bermaksud sebagai kerja seni halus
dibuat melalui proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain
x
Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk
menjadi satu komposisi ilustrasi
x
Satu imej yang terhasil daripada cantuman beberapa imejan
x
Satu hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang ada
seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya
bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej.
x
Satu komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik
superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara
yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj.
x
Proses membuat gambar dari beberapa gambar atau corak disusun
secara bertindih di antara satu sama lain.
x
Teknik mencantum dalam satu elemen komposisi fofografi daripada
sumber-sumber yang berlainan seperti sebahagian daripada foto-foto.
x
Proses menghasilkan satu komposisi gambar supaya menjadi satu
komposisi daripada bahagian gambar atau imej disusun menjadi satu
hasil kerja seni
x
Aktiviti superimpose daripada berbagai elemen.

(b)

Sejarah Ringkas
Foto montaj ialah satu proses menghasilkan komposit gambar dengan cara
menggunting dan mencantum beberapa foto daripada berbagai sumber.
Komposit foto kadangkala dirakam supaya imej terakhir yang dihasilkan
akan menjadi satu cetakan fotografi. Cara yang sama digunakan pada
zaman sekarang menggunakan image editing software. Teknik ini
digunakan oleh orang-orang professional sebagai compositing atau

photoshopping.
Contoh terdahulu Seni Halus dalam bidang fotomontaj mengandungi
elemen-elemen fotografi superimpose digabungkan dengan warna-warna
basah. Kombinasi seperti ini dihasilkan oleh George Grosz pada tahun 1915.
Pergerakan Dadaisme di Berlin banyak menghasilkan aktiviti montaj dalam

TOPIK 5

KEGIATAN MEMBUAT MONTAJ W 71

seni rupa moden. Pelukis-pelukis dari aliran Dadaisme telah


menggabungkan foto-foto mereka untuk menghasilkan subjek baru atau
imej visual sebagai alat yang berkuasa untuk pergerakan Dadaisme
menentang Perang Dunia Pertama.
Teknik foto montaj ini kemudiannya menjadi ikutan ramai dan digunakan
oleh pelukis-pelukis aliran Surealisme seperti Salvador Dali. Retrospektif
pameran pertama dunia dalam foto montaj diadakan di German pada 1931.
Kemudian menular pula kepada orang-orang eropah lain dan menggelar
aktiviti seni ini sebagai photocollage yang bermakna hasil kerja yang
bercita-cita besar atau mempunyai satu impian besar yang mencantumkan
typografi, kerja-kerja menggunakan berus dan objek sebenar dilekat
bersama foto montaj. Lama kelamaan teknik fotomontaj ini diaplikasikan
ke dalam industri iklan pada tahun 1920 sehingga sekarang.
(c)

Alat dan Media


Setiap pelukis mempunyai cara dan gaya yang tersendiri apabila ingin
menghasilkan kerja-kerja seni. Dalam penggunaan alatan dan media untuk
menghasilkan satu hasil kerja seni, pelukis akan mengenalpasti bahan
apakah yang sesuai dan senang untuk didapati supaya kerja-kerja yang
hendak dijalankan tidak terganggu. Berikut ialah beberapa contoh alatan
dan bahan yang boleh digunakan dalam penghasilan aktiviti montaj:
x
Gambar foto sebenar seperti gambar keluarga, alam semulajadi,
haiwan, alam benda
x
Gambar atau ilustrasi dari majalah/surat khabar seperti figura,
lanskap, tumbuh-tumbuhan, situasi
x
Gunting, pisau pemotong kertas, berbagai jenis gam
x
Warna basah seperti warna tempera, warna air, warna poster, dakwat
basah dan berus lukisan
x
Gambar-gambar atau imej yang telah diimbas dengan menggunakan
pengimbas
x
Bahan-bahan terbuang seperti gambar-gambar yang dijumpai, cawan
/pinggan kertas, imej kartun dari majalah,
x
Berbagai jenis tiket seperti tiket bas, tiket kereta sewa, tiket panggung
wayang.

(d)

Teknik
Mengikut Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR tahun 5
dan tahun 6, adalah diharapkan murid-murid pada tahap tersebut sudah
boleh membuat penerokaan berdasarkan pemerhatian dengan bantuan
komputer dalam penghasilan kerja-kerja seni mereka. Perisian-perisian
yang dicadangkan dalam aktiviti pembelajaran mereka ialah seperti
Paintbrush, Photoshop dan Microsoft word. Aktiviti montaj bukan sahaja
boleh dihasilkan secara manual tetapi ianya boleh dihasilkan dengan

72 X TOPIK 5

KEGIATAN MEMBUAT MONTAJ

menggunakan komputer melalui perisian-perisian yang telah dinyatakan.


Di peringkat ini murid-murid perlu didedahkan dengan penggunaan
komputer bukan sahaja celik IT tetapi sekurang-kurangnya aktiviti seni
dapat dijalankan dengan cara yang berlainan dari kebiasaannya. Walau
bagaimana pun terpulang kepada kebijaksanaan guru dan pihak sekolah
untuk mengatasi masalah kekurangan komputer di sekolah. Di bawah ini
dicadangkan beberapa teknik penghasilan montaj yang boleh dijalankan:
x
Montaj keluarga
x
Photomontaj (digital image)
x
Montaj dari bahan terbuang
x
Montaj campuran
x
Montaj tiket
x
Montaj berlainan tema
x
Montaj alam semulajadi
x
Montaj figura
x
Montaj alam benda
x
Montaj corak huruf
x
Montaj haiwan
x
Montaj tema serupa
x
Montaj tampalan (patchwork)

AKTIVITI 5.1
1.
2.

5.2

Apakah perbezaan di antara montaj yang dikemukakan?


Buat penerokaan dan kajian lanjut tentang berbagai jenis montaj
yang dihasilkan oleh pelukis-pelukis montaj.

APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK

Jika dibuat satu perbandingan mengenai kolaj dan montaj, kita boleh andaikan
bahawa teknik menghasilkannya adalah lebih kurang sama kerana ia
memerlukan teknik memotong, menampal dan mencantum. Walau bagaimana
pun montaj ada kelainannya sedikit kerana mempunyai tujuan tertentu.
Kebiasaannya montaj memerlukan gambar foto sedia ada yang boleh didapati
dari majalah, akhbar, pengambar menggunakan kamera digital, dapatan dari
internet, gambar yang diimbas lalu ditampal dan digam gambar-gambar tersebut
untuk menimbulkan kesan kelucuan, pengajaran dan sindiran terhadap sesuatu
tema atau tajuk yang hendak dibuat.

TOPIK 5

KEGIATAN MEMBUAT MONTAJ W 73

Di zaman yang serba moden ini, teknik montaj diperluaskan lagi dengan
menggunakan bantuan komputer melalui perisian-perisian tertentu seperti
photoshop, digital image, paintbrush dan banyak lagi. Walau bagaimana pun
kesesuaian aktiviti montaj menggunakan bantuan komputer perlu dijalankan
mengikut kemudahan sedia ada samada di rumah atau di sekolah. Berikut ialah
beberapa contoh bagaimana alat, media dan teknik diaplikasikan ke dalam
aktiviti montaj mengikut tema atau tujuan tertentu:
CONTOH 1
Tema: Montaj keluarga
Alat dan Media: Foto keluarga yang diimbas dengan menggunakan pengimbas,
gunting, gam akrilik lutsinar, warna tempera, bingkai gambar
plastik, gam getah, butang, tali hiasan, kain tebal (felt cloth),
berus lukisan,
Cara-cara menghasilkannya:
1.
Potong setiap gambar foto keluarga.
2.
Guna berus lukisan untuk menyapu gam akrilik di atas bingkai plastik.
Tampalkan kain tebal pada permukaan bingkai.
3.
Letakkan gambar foto di atas bingkai plastik. Gosok setiap gambar foto
yang dilekatkan dengan jari. Pastikan gambar foto dilekatkan dengan baik
supaya tidak ada gelembung udara di bawahnya.
4.
Setelah gam kering, sapukan pula gam akrilik di sekeliling gambar foto
tersebut.
5.
Setelah gam akrilik cukup kering, bancuhkan warna tempera (warna ikut
suka) dengan satu sudu gam akrilik. Gunakan bancuhan warna tersebut
untuk menyapu dibahagian keliling gambar. Keringkan
6.
Bila cukup kering sapukan perekat simen di atas bingkai plastik tadi.
7.
Letakkan tali hiasan di atas perekat simen tersebut.
8.
Hiaskan montaj dengan menggunakan butang.

Rajah 5.1: Contoh montaj keluarga


Sumber: Electronic references (2007). Retrieved April 23, 2007-04-29
From http://www.library.thinkquest.org/montage.html

74 X TOPIK 5

KEGIATAN MEMBUAT MONTAJ

CONTOH 2
Montaj ini dihasilkan dari cantuman tiga gambar foto yang berasingan.Gambargambar tersebut pada asalnya tiada perkaitan di antara satu sama lain. Montaj
terhasil apabila susunan gambar foto tersebut dibuat dengan begitu teliti
sehingga menjadi satu imej baru dengan satu tema. Teknik montaj seperti ini
boleh dihasilkan secara manual atau dengan bantuan komputer. Lihat bagaimana
pelukis telah menggabungkan gambar-gambar tersebut ke dalam satu kegiatan
menggambar seperti berikut:

Rajah 5.2: Contoh montaj dari cantuman gambar foto yang berlainan tema
Sumber: Electronic references (2007). Retrieved April 29, 2007.
From http://www.picturemontage-files\montage

Di peringkat sekolah rendah guru boleh mencadang kepada murid cara mudah
menghasilkan aktiviti montaj dengan menggunakan teknik dari contoh dua ini.
Tema atau tajuk perlu disesuaikan dengan gambar foto yang ada pada setiap
individu. Murid boleh menghasilkan montaj ini dengan menggunting gambar
tersebut dan menyesuaikan kedudukan gambar pada bahagian latar. Imej-imej
yang digunakan boleh didapati dari surat khabar, majalah, gambar foto, gambar
yang telah diimbas atau dapatan dari internet.

TOPIK 5

KEGIATAN MEMBUAT MONTAJ W 75

CONTOH 3
Montaj ini dihasilkan dari tema:
haiwan kesayangan saya. Imej-imej
tersebut boleh dihasilkan dari kamera
digital atau potongan gambar dari
majalah. Imej-imej tersebut dipotong
terlebih dahulu dengan ukuran yang
sama saiz. Tujuannya ialah untuk
mendapatkan saiz yang sama pada
setiap bahagian.
Gambar-gambar
tersebut
disusun
dengan
menggunakan teknik mozek iaitu tidak
ditindih atau menggunakan teknik cut
and paste dengan menggunakan
microsoft word. Dengan tak secara
langsung murid-murid telah menjalani
aktiviti yang berbantukan komputer.
Rajah 5.3: Contoh montaj bertemakan haiwan kesayangan saya
Sumber: Electronic references (2007). Retrieved April 23, 2007.
From http://www.wprasek.com

CONTOH 4
Berlainan pula dengan contoh montaj
yang dihasilkan dari tiket dan keratan
tulisan dari akhbar. Montaj yang
dihasilkan ini adalah bertemakan hurufhuruf. Guru boleh mencadangkan kepada
murid
cara
yang
paling
mudah
mendapatkan
bahan-bahan
untuk
menghasilkan montaj. Murid boleh
mengumpulnya dari akhbar atau majalah.
Apa yang perlu dilakukan ialah dengan
menampal berbagai jenis tulisan atau
huruf yang berbagai font secara tindihan.
Tak secara langsung murid telah
menjalani proses kolaj dan montaj.
Satu hasil kerja baru bertemakan huruf
terhasil.
Rajah 5.4: Contoh montaj dari cantuman huruf
Sumber: Electronic references (2007). Retrieved April 23, 2007.
From http://www.picturemontage

76 X TOPIK 5

KEGIATAN MEMBUAT MONTAJ

CONTOH 5
Montaj ini dihasilkan dari cantuman gambargambar yang boleh diambil dari berbagai
sumber. Pelukis telah menggabungkan teknik
kolaj dan montaj dalam satu hasil kerja.
Gambar-gambar tersebut disusun secara
tindihan di antara satu sama lain. Penggunaan
warna yang kontra dan pelbagai warna banyak
digunakan dalam hasil kerja ini. Rupa-rupa dan
bentuk-bentuk geometri terutama sekali rupa
bentuk bulat banyak digunakan untuk kelihatan
seimbang.
Prinsip penegasan ditunjukkan
dalam hasil kerja ini untuk menampakkan
kelainan. Kelihatan bentuk-bentuk yang sama
diulang beberapa kali untuk menampakkan
kesatuan dalam satu hasil kerja. Pelukis
mempunyai mesej yang tersendiri dalam
menghasilkan montaj ini.
Rajah 5.5: Contoh montaj dari cantuman gambar-gambar
Sumber: Electronic references (2007). Retrieved April 23, 2007.
From http://www.picturemontage

CONTOH 6
Montaj bertemakan alam semulajadi ini
dihasilkan dengan menggunakan teknik
mozek. Dua imej penting yang ditonjolkan
dalam montaj ini iaitu tumbuh-tumbuhan
dan haiwan. Gambar foto yang diambil
adalah gambar-gambar dari dasar lautan.
Pelukis menggunakan tema hidupan di
dasar lautan untuk menarik minat
pemerhati. Hasil kerja ini dianggap sangat
menarik kerana menggunakan prinsipprinsip keharmonian warna, kepelbagaian
tumbuh-tumbuhan dan haiwan, prinsip
pergerakan haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Prinsip
kepelbagaian
dan
kesatuan
diaplikasikan dalam satu mesej tertentu.
Rajah 5.6: Contoh montaj dari alam semulajadi
Sumber: Electronic references (2007). Retrieved April 23, 2007.
From http://www.picturemontage

TOPIK 5

KEGIATAN MEMBUAT MONTAJ W 77

CONTOH 7
Jika diperhatikan dengan lebih teliti,
pelukis telah menggunakan imej yang
sama pada keseluruhan montajnya. Idea
yang didapati dari hasil karya The
Scream
oleh
pelukis
aliran
Ekspressionisme karya Edvard Munch
menjadi inspirasi kepada hasilan montaj
ini. Teknik menghasilkan montaj ini
dihasilkan dengan menampal setiap imej
secara tindihan. Ia boleh dilakukan
dengan cara manual atau berbantukan
komputer. Penggunaan warna-warna
harmoni panas banyak digunakan
bersesuaian dengan imej yang terdapat
pada gambar-gambar tersebut. Gambar
yang sama digunakan tetapi dalam
konsep yang berlainan. Typografi yang
terdapat di tengah menjadi penegasan
kepada keseluruhan montaj ini.
Rajah 5.7: Contoh montaj dari tema yang sama
Sumber: Electronic references (2007). Retrieved April 23, 2007.
From http://www.picturemontage

CONTOH 8
Figura dari berbagai sumber dan bahan
bacaan terpakai menjadi bahan utama
dalam aktiviti montaj ini. Bahan-bahan
tersebut disusun sebegitu rupa untuk
menghasilkan satu imej baru. Teknik
yang banyak digunakan ialah teknik
pengulangan
imej.
Garisan
grid
digunakan sebagai rangka dan panduan
untuk mereka letak subjek-subjek dalam
sebuah gubahan. Dengan erti kata lain
subjek-subjek disusun dengan lebih
terancang apabila konsep garisan grid
diaplikasikan
Rajah 5.8: Contoh montaj dari tema campuran
Sumber: Electronic references (2007). Retrieved April 23, 2007.
From http://www.picturemontage

78 X TOPIK 5

KEGIATAN MEMBUAT MONTAJ

CONTOH 9
Montaj bertemakan lanskap ini kelihatan
kemas dengan menggunakan garisan tebal
di
sekeliling
imej.
Penggunaan
pemandangan di tempat yang sama tetapi
diambil dalam masa yang berlainan
menjadi subjek matter kepada aktiviti
montaj ini. Terdapat prinsip penegasan
yang nyata dalam imej tersebut.
Penggunaan
warna-warna
panas
digunakan, prinsip-prinsip pergerakan,
kontra, imbangan diaplikasikan dalam
montaj ini. Pelukis telah berjaya
menghasilkan montaj dengan cara dan
mesej yang tersendiri.
Rajah 5.9: Contoh montaj dari tema lanskap
Sumber: Electronic references (2007). Retrieved April 23, 2007.
From http://www.picturemontage

CONTOH 10
Teknik montaj yang digunakan ialah cara
tindihan. Subjek yang sama digunakan dan
kemudiannya disusun berlapis-lapis untuk
mendapatkan satu imej baru. Penggunaan
tindihan secara manual atau berbantukan
komputer boleh digunakan.
Aktiviti ini
sangat mudah dijalankan kerana tidak
menggunakan terlalu banyak imej. Guru boleh
mencadangkan
kepada
murid-murid
menggunakan teknik yang sama dalam
aktiviti montaj di kelas. Apa yang perlu
murid-murid
lakukan
ialah
dengan
menggunakan beberapa gambar foto sendiri
kemudiannya dipotong mengikut bentuk dan
ditampal secara tindihan. Pastikan nama dan
warna latar dihasilkan terdahulu dengan
menggunakan komputer.
Rajah 5.10: Contoh montaj dari figura
Sumber: Electronic references (2007). Retrieved April 23, 2007.
From http://www.picturemontage

TOPIK 5

KEGIATAN MEMBUAT MONTAJ W 79

CONTOH 11
Tema: Menghasilkan montaj mudah dari Digital Image Pro 9
Alat dan Media: gambar foto, perisian Digital Image Pro 9, komputer, pengimbas
Cara menghasilkannya:
1.
Sediakan tiga hingga lima keping gambar dari tema yang sama (berbagai
aksi).
2.
Dengan menggunakan perisian Digital Image Pro 9 atau lain-lain perisian
yang bersesuaian, crop gambar foto tersebut untuk membuang bahagianbahagian dari gambar foto yang tidak dikehendaki.

3.
4.

Pilih kawasan yang sesuai untuk meletakkan gambar foto tersebut.


Pilih warna yang sesuai dengan warna latar gambar foto dan letak warna
tersebut untuk menutup bahagian yang tidak berwarna. Guna dropper tool
untuk sesuaikan warna latar dengan warna rumput.

5.

Sebelum meneruskan kerja pastikan gambar yang dihasilkan setakat ini


disimpan difail lain sebagai back up file dengan menggunakan teknik

edit>Duplicate Whole Picture.

80 X TOPIK 5

6.

7.
8.

KEGIATAN MEMBUAT MONTAJ

Untuk menghasilkan montaj, guna Effects>Transparency>Gradual. Teknik


ini akan menghasilkan beberapa teknik kabur pada bahagian yang
dikehendaki.
Proses menghasilkan teknik kabur ini memerlukan
eksperimen melalui trial and error untuk menyesuaikannya.
Untuk tambah menarik lagi, masukkan beberapa imej lain yang bersesuaian
dengan tema keseluruhan montaj yang hendak dihasilkan
Untuk mengadunkan imej baru dengan imej sedia ada guna
Effects>Transparency>imej berus>setting untuk kesan yang dikehendaki.
Untuk menambahkan typografi guna teknik yang sama juga. Lihat gambar
berikut:

Rajah 5.11: Contoh montaj dari Digital Image Pro 9


Sumber: Electronic references (2007). Retrieved April 29, 2007.
From http://www.scrapbook-bytes.com/tutorials/picture It/shelley-montage

AKTIVITI 5.2
1. Analisa hasil kerja seni montaj oleh beberapa orang pelukis dari
aspek tema dan teknik-teknik yang mereka gunakan.

5.3

PERSEMBAHAN HASIL KARYA

Apabila guru bersama murid-muridnya melihat, respon, membuat kajian dan


perbincangan terhadap sesuatu hasil kerja seni, ia dikatakan telah dapat
meningkatkan keupayaan akomodasi murid terhadap apa yang telah mereka
hasilkan. Hasil kerja seni yang dibuat oleh murid boleh dikategorikan mengikut
tema, idea, stail, pergerakan seni, teknik dan jenis aktiviti. Satu cara terbaik untuk

TOPIK 5

KEGIATAN MEMBUAT MONTAJ W 81

mempersembahkan hasil kerja seni ialah dengan menubuhkan pusat


pembelajaran yang tertumpu pada kerja-kerja menganalisa hasil kerja. Pusat ini
dapat menawarkan peluang kepada murid bukan sahaja dapat memenuhi masa
lapang dengan cara yang berfaedah tetapi dapat membuat penilaian terhadap
sesuatu hasil kerja seni. Tujuannya supaya murid-murid dapat belajar secara
berterusan sesuatu bidang diluar waktu persekolahan.
Dalam sub topik persembahan hasil karya ini, perkara yang dibincangkan ialah
1) bagaimana seseorang murid dapat melihat hasil kerja seni dengan
menggunakan imaginasi dan 2) cara-cara melihat dan respon kepada hasil kerja
seni. Pada kebiasaannya murid-murid melihat sesuatu hasil kerja seni dengan
menyatakan apa yang mereka lihat dan meluahkan perasaan mereka terhadap
gambar tersebut. Motivasi berikut sekurang-kurangnya dapat membantu muridmurid menjadi lebih kreatif dan berimaginatif. Cadangan berikut boleh diguna
pakai untuk murid-murid di peringkat sekolah rendah. Cuba teliti bagaimana
sesuatu hasil kerja itu dinilai dengan menggunakan imaginasi:
x

x
x
x
x

x
x
x
x
x
x
x
x

Hasilkan satu bingkai gambar dengan memfokuskan kepada kawasankawasan yang menarik dalam sesuatu hasil kerja. Kemudian bincangkan
kenapa bahagian-bahagian tersebut sangat menarik perhatian mereka.
Teliti satu hasil kerja selama dua atau tiga minit. Tutup mata dan terangkan
tanpa menggunakan kata-kata, hanya menggunakan gerak geri dan bunyi
yang boleh digunakan dalam hasil kerja tersebut.
Bayangkan murid-murid berada dalam situasi gambaran tersebut. Apakah
perasaan yang boleh diluahkan pada ketika itu.
Galakkan murid mencipta satu tajuk baru bagi hasil kerja tersebut.
Murid juga boleh mencipta sajak, pantun, puisi yang bersesuaian dengan
hasil kerja yang ditunjukkan dan mempersembahkannya di hadapan kelas.
Buat kajian tentang ekspresi muka dan gerak geri pada figura yang
terdapat dalam hasil kerja tersebut dan tiru aksi tersebut sebagai satu
persembahan.
Cuba luahkan perasaan dari hasil kerja yang dilihat dengan menggunakan
pergerakan, menggunakan deria rasa, deria bau dan deria sentuh.
Ciptakan bunyi-bunyian, ritma atau pergerakan yang bersesuaian dengan
hasil kerja tersebut.
Setelah meneliti hasil kerja tersebut, bayangkan dan terangkan
bagaimanakah watak pelukis tersebut.
Jelaskan hasil kerja tersebut dalam satu perkataan.
Hasilkan satu sketsa pendek berkaitan dengan hasil kerja tersebut.
Bayangkan bagaimanakah jika anda berada dalam situasi pada hasil kerja
tersebut.
Terangkan bagaimanakah rupa hasil kerja tersebut jika menggunakan
media yang berlainan.
Bayangkan jika beberapa imej atau objek dalam hasil kerja tersebut ditukar.

82 X TOPIK 5

KEGIATAN MEMBUAT MONTAJ

Reka beberapa siri soalan tentang hasil kerja tersebut. Tanyakan soalansoalan tersebut kepada murid lain dan analisa jawapan mereka.

Berikut pula ialah beberapa cadangan tentang cara-cara melihat dan respon
kepada sesuatu hasil kerja seni:
x
Tulis beberapa perkataan penting yang boleh dikaitkan dalam sesuatu hasil
kerja seni dan sesuaikan dengan gambaran keseluruhan hasil kerja tersebut.
x
Pamerkan tiga jenis hasil kerja. Bincang dan berikan beberapa tajuk atau
tema terhadap hasil kerja tersebut. Bandingkan tajuk-tajuk tersebut dengan
tajuk yang sedia ada atau diberi oleh pelukis berkenaan.
x
Pamerkan satu hasil kerja seni. Setiap murid menulis beberapa perkataan
dalam kad yang berasingan. Kutip kad tersebut dan klasifikasikan
perkataan tersebut dalam beberapa kategori seperti: subjek matter, nilainilai formal, kualiti ekspresif.
x
Pamerkan satu hasil kerja seni. Setiap murid menulis satu ayat tentang
hasil kerja tersebut. Hasilkan satu cerita atau puisi dari ayat-ayat tersebut
x
Bahagikan kelas kepada dua kumpulan. Satu kumpulan menerangkan
tentang nilai-nilai positif dan satu kumpulan menerangkan nilai-nilai
negatif tentang hasil kerja tersebut. Bincangkan secara keseluruhan kelas.
x
Adakan sesi temuramah atau temubual dengan pelukis terbaik. Muridmurid lain bertindak sebagai pemerhati dan kemukakan soalan-soalan.
x
Reka cipta art puzzle dari satu hasil kerja seni sebagai satu permainan
x
Bandingkan hasil kerja seni dari berbagai budaya dan masa
x
Wujudkan seorang pelukis contoh pada setiap bulan. Buat kajian tentang
kehidupan pelukis, berbincang tentang teknik melukis, tema, mood dan
komposisi.
x
Pilih dan pamerkan dua atau tiga hasil kerja dari tema yang sama dan buat
perbandingkan tentang unsur-unsur seni pada hasil kerja tersebut.
x
Buat persembahan secara lisan tentang hasil kerja murid lain dan jadikan
hasil kerja pelukis tersebut sebagai contoh.
x
Kaji dua jenis hasil kerja (dulu dan sekarang) mempunyai tema yang sama
dan buat perbandingan dari segi kehidupan dan hasil kerja.
x
Hasilkan satu penilaian dan kritikan dari satu hasil kerja secara bertulis

AKTIVITI 5.1
1. Hasilkan sebuah montaj dengan menggunakan teknik-teknik yang
anda ketahui dengan tema tersendiri.
2. Buat satu penilaian dan kritikan dari hasil karya rakan anda
dengan memberi penekanan terhadap asas seni reka.

TOPIK 5

x
x
x
x
x
x
x
x
x

x
x
x
x
x
x
x
x

KEGIATAN MEMBUAT MONTAJ W 83

Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan


gambar dari berbagai sumber atau sumber yang sama.
Aktiviti montaj menggunakan teknik memotong, menampal dan
mencantum.
Teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) digunakan
dalam aktiviti montaj.
Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.
Teknik superimpose, image editing photography digunakan dengan
menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj.
George Grosz (1915) menggabungkan warna-warna basah (seni halus) dan
elemen-elemen fotografi superimpose dalam karya montajnya.
Pelukis dari pergerakan aliran Dadaisme di Berlin banyak menghasilkan
aktiviti montaj dalam seni rupa moden.
Pameran pertama dunia dalam foto montaj telah diadakan di German pada
1931.
Murid-murid di tahap dua perlu didedahkan dengan membuat penerokaan
berdasarkan pemerhatian dengan menggunakan komputer dalam aktiviti
seni.
Alat, media dan teknik untuk menghasilkan montaj perlu disesuaikan
dengan kemudahan yang ada.
Aktiviti montaj boleh digabungkan dengan aktiviti catan, kolaj dan mozek.
Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema
lanskap, alam benda, figura dan corak huruf.
Montaj yang berkualiti menggabungkan unsur-unsur seni dan prinsipprinsip rekaan dalam hasil kerja.
Subjek matter yang diguna dalam montaj boleh diulang untuk
mendapatkan kesan keseragaman.
Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj
untuk menarik perhatian pemerhati.
Garisan grid yang digunakan dalam montaj adalah sebagai rangka
panduan untuk mereka letak subjek dalam sesebuah gubahan.
Aktiviti montaj yang menggunakan image editing software dapat menarik
minat murid menghasilkan montaj.

84 X TOPIK 5

KEGIATAN MEMBUAT MONTAJ

Montaj
Komposisi
Imejan

Superimpose
Dadaisme
Retrospektif
Surealisme
Harmoni
Kontra
penegasan

Kesatuan
Kepelbagaian
Garisan grid
Imbangan
Pergerakan
Ekspressionesme
Typografi

Image editing software


Photoshopping
Compositing

Electronic references (2007). Retrieved April 23, 2007-04-29


http://www.library.thinkquest.org/montage.html

Electronic references (2007). Retrieved April 29, 2007.


http://www.picturemontage-files\montage

Electronic references (2007). Retrieved April 23, 2007.


http://www.wprasek.com

Electronic references (2007). Retrieved April 23, 2007.


http://www.picturemontage

Electronic references (2007). Retrieved April 29, 2007.


http://www.scrapbook
-bytes.com/tutorials/picture It/shelley-montage

Electronic references (2007). Retrieved April 14, 2007.


http://en.wikipedia.org/wiki/Photomontage
Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni
Visual KBSR, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Pendidikan Malaysia, (2000). Huraian Sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual KBSR, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian

Linderman, M., G. (Eds.). (1997). Art in the elementary school, Boston: Mc


Graw Hill

Anda mungkin juga menyukai