Anda di halaman 1dari 6

Membuat Penerokaan dan Eksperimen Bahan Bertujuan untuk memastikan bahan yang akan dibuat bersesuaian dengan : a).

Jenis binaan dan ketahanannya. b). Tema atau hal subjek yang digunakan. Sumber rujukan Idea (a) Alam Semula Jadi dan Objek Persekitaran Flora dan fauna menjadi sumber utama dalam menghasilkan karya. Dikaji dari segi dinamik fom, kualiti objek, ciri-ciri organik, keunikan, integrasi alam dan kehidupan di samping mengambil kira garisan, ruang, warna, jalinan, rupa dan bentuk. (b) Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Si Pelukis Perasaan takut, misteri, sedih dan sebagainya menjadi sumber inspirasi karya si pelajar atau pelukis. Sigmund Frued dan Paul Jean Satre, teori-teori imaginasi berupaya mencipta sesuatu objek atau karya melangkaui batas fizikal dan cabaran status-quo pelukis. (c) Aliran dan Tema Sejagat Jelmaan perasaan dalam berkarya mengguna alam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan mengujudkan satu kekaguman Dari idea yang berbagai, keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk. (d) Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian Idea datang dari akibat dari desakan untuk mengguna di samping mengatasi sebarang kesulitan mengharungi kehidupan. Lalu diciptanya bentuk-bentuk konkrit yang dapat memanfaatkan manusia si pencipta itu sendiri Semakin aktif dan proaktif seseorang manusia itu mencipta objek tiga dimensi, semakin tinggi kualiti ciptaan dan lebih tinggi nilai estetikanya.

2. Bentuk-Bentuk Asas Geometri ( Catatan untuk Soalan 1 )

3. Jenis-jenis Arca ( Catatan untuk Soalan 2 )

4. Jenis dan Teknik Arca Relief

Definition Bas-relief Bas-relief sculpture is stone sculpture made by chipping away at a slab of rock to make a picture that stands out. It is also called low relief sculpture (bas being the French for 'low') and is contrasted with high relief sculpture where the image stands out further from the surface. The Egyptians, Persians, Greeks and many others have used bas-relief. Cari Definisi Arca Relief di http://en.wikipedia.org/wiki/Relief#High_relief

KAJIAN MEDIA & TEKNIK 1. Media ( bebas ). 2. Teknik a. karya relif: i. Kolaj ii. paper mache

iii. Arca timbulan (dihasilkan timbul suatu permukaan 2-D)

b. karya 3D i. arca Eksperimentasi pelbagai media dan alatan untuk membuat kajian penerokaan karya.

KAJIAN TOPENG SEBAGAI PILIHAN Proses dan Teknik Membuat Topeng Menggunakan Bahan Paper Mache Langkah 1 Koyakkan himpunkan kertas surat khabar lama bergantung kepada saiz dan bilangan topeng yang akan disediakan. Langkah 2 Rendam kertas di dalam bekas yang berisi air sehingga lembut agar mudah untuk dikisar. Langkah 3 Kertas yang telah lembut perlu dikisar menggunakan alat pengisar dan pastikan kertas tersebut dalam keadaan lumat agar mudah dibentuk dan kukuh. Langkah 4 Kertas yang telah dikisar perlu diperah untuk mengasingkan kandungan airnya. Langkah 5 Letakkan kertas yang telah diperah di dalam bekas. Gaulkan kertas tersebut dengan gam cair / kanji sehingga sekata agar mudah untuk dibentuk. Langkah 6 Tiup belon mengikut saiz yang dikehendaki dan ikat agar ianya dalam keadaan bulat. Tampalkan kertas yang telah bercampur gam tersebut pada bahagian luar belon, tampal hanya separuh bahagian sahaja,

pastikan ketebalannya. Simpan belon tersebut ditempat yang sesuai agar tidak kempis untuk beberapa hari. Tanggalkan tampalan kertas tersebut apabila ianya berkeadaan separuh kering. Jemur ditempat yang mendapat cahaya matahari. Langkah 7 Jemur tampalan kertas yang telah ditanggalkan pada cahaya matahari agar ianya menjadi kering dan keras. Langkah 8 Warna dan hiaskan topeng tersebut mengikut watak-watak ( Ibu & Anak ) atau jenis-jenis topeng yang dikehendaki.

Contoh Kajian Tema Topeng Sebagai Subjek Matter Topeng Suatu alat yang menutupi muka, topeng juga digunakan di dalam persembahan drama, tarian dan juga istiadat-istiadat pemujaan. Dijadikan sebagai alat perhiasan di rumah. Dijadikan sebagai identiti seseorang dan juga ahli kumpulan. DEFINISI Berasal dari kata tup yang bererti tutup, kemudian kerana gejala bahasa yang disebut formatif form (pembentukan kata) kata tup ditambah dengan kata eng yang kemudian menjadi tupeng Tupeng kemudian mengalami beberapa perubahan sehingga menjadi topeng. Di Bali istilah topeng diertikan sebagai Partapukan yang membawa erti suatu lapisan yang menutupi. Misalnya seorang yang menderita kerana luka, apabila lukanya telah sembuh maka terdapat satu lapisan yang menutupi luka tersebut yang kemudian akan terlepas dengan sendirinya. Fungsi Topeng - Sebagai Simbol / lambang nenek moyang - Digunakan semasa upacara memperingati keturunan Ratu Gede Pancering Jaga atau Hyang Datonda penguasa dunia yang dipercayai oleh masyarakat Truyan di Danau Batur. Simbol dewa-dewi

Ditarikan oleh gadis-gadis yang belum cukup umur. Tarian ini dinamakan Tarian Topeng Widyadari dan selalu ditarikan oleh masyarakat di Desa Ketewel, Kecamatan, Sukawati dan Gianyar. pelengkap upacara Tarian topeng ini termasuk dalam tarian Bebali yang berfungsi sebagai pengiring dalam upacara yang dikenali sebagai Panca Yadya. Tarian topeng ini dipentaskan pada waktu upacara ddan dilaksanakan dengan tujuan supaya upacara berlangsung dengan selamat dan mendapat berkat. -Sebagai penyingkap sejarah bersifat hiburan dan dalam tarian ini banyak menceritakan kisah sejarah dahulu, memberi pengajaran dan peringatan tentang asal-usul keturunan, daerah, bahasa dan sebagainya serta boleh ditontoni oleh sesiapa sahaja. -Sebagai Media Pendidikan Pementasan topeng dapat berfungsi sebagai media pendidikan di mana pelajar dapat mempelajari teknik membuat dan memainkannya, begitu juga dapat mengenal tokoh-tokoh, agama, seni dan budaya masyarakat setempat. -Sebagai hiburan Berfungsi sebagai hiburan terutama memalui dialog-dialognya yang bersifat humor akan mengundang gelak ketawa penonton.

Anda mungkin juga menyukai