Anda di halaman 1dari 8

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ARKIB NEGARA DAN PARLIMEN

Disediakan oleh : Adilah Thasniem & Ahmad Baihaqi

Pada tanggal 26, 27, 28 Mac 2017 yang lalu, lawatan sambil belajar ke Bangunan Parlimen dan
Arkib Negara Malaysia di Kuala Lumpur telah diadakan yang melibatkan seramai 26 pelajar
daripada Pelajar PISMP sem 2 Sejarah major dan minor. Lawatan ini berlangsung selama tiga hari
dua malam. Rombongan sambil belajar ini turut disertai oleh 4 pensyarah pengiring iaitu Dr Ismail,
Dr Azwan, Encik Mahayudin dan Encik Muhamad.

Pada awal pagi kira-kira pukul 8.00 pagi, kami dikehendaki untuk berkumpul di Jabatan
Sains Sosial (JSS). (Lampiran 1). Kami berangkat pergi pada pukul 8.30 pagi dengan bas yang
sediakan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis (IPGKP). Perjalanan kami dimulakan dengan
bacaan doa oleh Ahmad Baihaqi sebelum memulakan perjalanan. Kami tiba pada pukul10.00 Pgi di
Rehat da Rawat (RNR) Gurun untuk bersarapan pagi. Seterusnya pada pukul 10.30 pagi kami
meneruskan perjalanan. Pada pukul 1 tenggahari kami singgah berehat, solat dan makan di RNR
Tapah.

Kami tiba di destinasi penginapan pada pukul 6.00 petang dan menginap di Wsma Belia
Kuala Lumpur. Kami diberi masa untuk berehat sebelum jam 8.30 malam kerana pada pukul 8.30
malam kami diberi taklimat tentang berkaitan ke Arkib Negara oleh Pengerusi iaitu Suren. Selepas
itu, kami menaiki bus untu makan malam dan selesai makan kami balik ke tempat penginapan.

Keesokan harinya, pada pukul 8 pagi kami bertolak ke Arkib Negara Malaysia (ANM) dan
sewaktu perjalanan ke arkib kami singgah di kafe yang berdekatan dengan arkib untuk sarapan
pagi. Selesai sarapan, kami meneruskan perjalanan ke Arkib. Setibanya di arkib, kami disambut
mesra oleh seorang pegawai arkib iaitu Puan Suzana dan beliau mengiringi kami ke Dewan untuk
diberi taklimat tentang berkaitan dengan arkib. Kami diberi pencerahan mengenai tujuan arkib dan
beberapa jabatan atau seksyen yang menggerakkan arkib. (Lampiran 2). Selepas selesai diberi
taklimat, kami dibawa ke bilik rawatan bahan arkib dan salah seorang pegawai dalam bilik tersebut
iaitu Encik Ireen memberikan penerangan proses merawat dan menjaga bahan-bahan dan
dokumen-dokumen yang penting untuk dijadikan bahan rujukan. (Lampiran 3). Seterusnya, kami
dibawa oleh Puan Suzana ke Dewan penyelidikan arkib dan beliau memberikan penerangan tentang
cara-cara untuk menggunakan bahan arkib dan prosedur memasuki dewan arkib. Seterusnya, kami
diberi peluang untuk melihat sendiri proses rakaman lisan yang dijalankan dalam Studio rakaman.
(Lampiran 4). Kami selesai pada pukul 1.00 tengahari, kami makan tengahari dan solat sebelum ke
Muzium Negara. Kami tiba di muzium negara pada pukul 3.00 petang. Kedatangan kami disambut
oleh pegawai muzium negara iaitu Encik Ahmad dan beliau membawa kami melihat bahan-bahan
sejarah yang ada dalam Muzium Negara.

Pada 28 Mac 2017 pukul 8.00 pagi, kami bertolak ke Parlimen dan perjalanan kami
mengambil masa 30 minit untuk sampai ke Parlimen. Pada pukul 8.30 pagi, kami diberi taklimat oleh
Encik Najib iaitu pegawai Parlimen tentang peraturan-peraturan diparlimen. (Lampiran 5). Selepas
mengikuti prosedur dan peraturan parlimen, kami dibenarkan untuk masuk ke Dewan persidangan
untuk melihat persidangan yang dijalankan. Selepas itu, kami dibawa ke Galeri Parlimen untuk
melihat barang-barang yang digunakan dalam persidangan seperti cokmar.(Lampiran 6)
Seterusnya, pada pukul 1.00 tenggahari kami diberi makan tengahari yang ditaja oleh Dato’ Seri
Shahidan Kassim. Selesai makan tengaharai, kami bergambar bersama Dato Seri untuk
berterimakasih kepada beliau kerana sudi menaja makanan kami. Kami sempat menanyakan soalan
kepada Dato Seri selepas bergambar dengan beliau. (Lampiran 7). Dato’ Seri banyak berkongsi
idea kepada kami dan memberikan semangat untuk mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan Negara.
Pada pukul 2.30 petang, kami menaiki bus untuk bertolak balik ke IPGK Perlis.
LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2
LAMPIRAN 3
LAMPIRAN 4
LAMPIRAN 5

LAMPIRAN 6
LAMPIRAN 7

Anda mungkin juga menyukai