Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

Kemahiran mengira merupakan salah satu kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh semua
murid, termasuklah murid inklusif. Oleh itu, seorang guru murid inklusif haruslah membina
bahan bantu mengajar (BBM) yang kreatif dan inovatif. Menurut Ahmad Zanzali, N.A &
Daud, N.D (2010), Bahan Bantu Mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh
guru dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad
kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia
merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua
pancaindera melihat, mendengar, merasa dan sebagainya.

BBM ‘JOM TAMBAH’ dihasilkan untuk membantu guru inklusif menyediakan medium
yang kukuh untuk memudahkan murid bermasalah pembelajaran menguasai konsep
tambah dalam linkungan fakta asas. ‘JOM TAMBAH’ dipercayai dapat menjadi daya penarik
yang penting untuk murid yang mempunyai masalah pembelajaran dalam memotivasikan
mereka untuk menguasai kemahiran menambah. Malah pendidikan di Malaysia kini amat
menggalakkan pembelajaran melalui pengalaman. Oleh itu penggunaan ‘JOM TAMBAH’
dapat memberikan pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di
kalangan pelajar

KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran ‘JOM TAMBAH’ ialah murid yang mempunyai masalah menambah dalam
linkungan fakta asas. ‘JOM TAMBAH’ sesuai digunakan bagi murid bermasalah
pembelajaran samada murid ‘slow learner’ mahupun murid-murid inklusif yang lain.
Penggunaan ‘JOM TAMBAH’ ini tidak terhad kepada murid Tahun 1 sahaja, malah murid-
murid tahun lain juga dapat menggunakannnya sekiranya mereka berhadapan dengan
masalah menambah dalam linkungan fakta asas.

SKOP KANDUNGAN
Skop kandungan bagi ‘JOM TAMBAH’ ini adalah berfokuskan topik Tambah Tahun
1, di bawah tajuk Operasi Asas dan dalam bidang Nombor dan Operasi. ‘JOM TAMBAH’
dibina bagi menepati Standard Prestasi yang ditetapkan dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Prestasi (DSKP) Tahun 1. Berikut merupakan kandungan DSKP yang
berkaitan tajuk Tambah :
Rajah 1: DSKP Matematik Tahun 1

JUSTIFIKASI PENGGUNAAN ‘JOM TAMBAH’


‘JOM TAMBAH’ amat sesuai digunakan untuk membantu murid-murid yang sukar
menguasai kemahiran menambah dalam linkungan fakta asas, khususnya murid inklusif
Tahun 1 dan ke atas. Sekiranya murid tidak menguasai kemahiran menambah dalam
linkungan fakta asas, murid akan berhadapan dengan masalah Matematik yang lebih besar
di kemudian hari kerana penambahan dalam linkungan fakta asas adalah asas Matematik
yang wajar untuk dikuasai oleh semua murid di Malaysia, tambah-tambah lagi murid inklusif.

Antara kelebihan yang dimiliki oleh ‘JOM TAMBAH’ ialah ianya dapat dibawa ke
mana-mana sahaja. Hal ini kerana, ‘JOM TAMBAH’ adalah sangat ringan dan mudah untuk
dikendalikan. Tambahan pula, ‘JOM TAMBAH’ disertakan dengan kotak. Oleh itu, mudah
untuk murid yang mempunyai masalah pembelajaran seperti ‘slow learner’, masalah
pendengaran mahupun masalah percakapan untuk belajar menambah dalam linkungan
fakta asas di mana-mana sahaja dengan bantuan ‘JOM TAMBAH’. Mereka dapat membawa
‘JOM TAMBAH’ ke kelas, kantin, dewan mahupun rumah untuk membantu mereka
menguasai kemahiran menambah dalam fakta asas.

Selain itu, ‘JOM TAMBAH’ juga mudah untuk dikendalikan. ‘JOM TAMBAH’ sangat
sesuai digunakan oleh murid inklusif seperti murid ‘slow learner’ dan bermasalah
pendengaran kerana penggunaan ‘JOM TAMBAH’ sangat mudah untuk dikendalikan.
Berdasarkan manual yang ringkas dan mudah difahami, murid inklusif dapat menggunakan
‘JOM TAMBAH’ tanpa bantuan orang lain. Hal ini bukan sahaja memudahkan tugas guru
sebagai fasilitator, malah menggalakkan murid berdikari ke atas pembelajarannya sendiri.
Murid dapat membentuk pengetahuan dan kemahiran menambah dalam linkungan fakta
asas melalui pengalaman belajar yang sebenar dan lebih bermakna.

Seterusnya, kos penghasilan ‘JOM TAMBAH’ adalah rendah dan berbaloi untuk
dimiliki oleh guru inklusif dan murid-murid inklusif. Jumlah kos penghasilannya adalah hanya
RM 7.10. Ini membuktikan bahawa ‘JOM TAMBAH’ adalah sangat berbaloi kerana walaupun
dengan kos penghasilan yang rendah, kualiti ‘JOM TAMBAH’ adalah tinggi dan mampu
menmbantu murid inklusif untuk menguasai penambahan dalam linkungan fakta asas.

Bil. Perkara Kos (RM)


1. Kain felt RM 1.00
2. Manik RM 3.00
3. Benang RM 0.10
4. Kertas bercetak RM 1.00
5. Laminate RM 2.00
JUMLAH RM 7.10
Jadual 1. Kos penghasilan ‘JOM TAMBAH’

Akhir sekali, ‘JOM TAMBAH’ mempunyai daya tarikan yang tinggi. Hal ini kerana,
‘JOM TAMBAH’ terdiri daripada pelbagai warna dan visual yang menarik. Hal ini dapat
menarik minat serta memotivasikan murid inklusif untuk belajar menambah dalam linkungan
fakta asas. Walaupun kemahiran menambah dalam linkungan fakta asas dapat dipelajari
menggunakan jari sahaja, namun penggunaan jari tidak dapat menarik minat murid inklusif
yang lebih sukakan penggunaan pelbagai warna untuk belajar. Malah, dengan manik-manik
yang berwarna kuning dan merah jambu, murid dapat menggunakan deria sentuhan. Hal ini
bukan sahaja dapat menarik minat murid, malah memberi keseronokan belajar kepada
murid.

Kesimpulannya, penggunaan ‘JOM TAMBAH’ dalam membantu murid menguasai


kemahiran menambah dalam linkungan fakta asas adalah sangat signifikan kepada murid-
murid inklusif. Dengan kelebihan-kelebihan ‘JOM TAMBAH’ yang telah dinyatakan, murid-
murid inklusif yang mengalami kesukaran menambah dalam linkungan fakta asas adalah
amat digalakkan untuk mempraktikkan ‘JOM TAMBAH’.

RUJUKAN
Ahmad Zanzali, N.A & Daud, N.D (2010). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Kalangan
Guru Pelatih Yang Mengajar Mata Pelajaran Matematik. Fakulti Pendidikan.
Universiti Teknologi Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai