Anda di halaman 1dari 4

BMM 3117

[KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH]

8.0 KRITIKAN TEKNIK MAIN PERANAN Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya.Ini bermakna teknik menjadi medium untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Menurut Edward M. Anthony, teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.Teknik juga boleh dijadikan sebagai alat atau taktik untuk mendapatkan maklum balas segera tentang prestasi serta kemajuan murid-murid setelah guru mengajar sesuatu topik pengajaran. Di samping itu, terdapat beberapa teknik pengajaran dan pembelajaran yang boleh dipraktikkan oleh guru semasa mengajar iaitu teknik main peranan,simulasi, pentomin,permainan bahasa,teater bercerita dan sebagainya. Namun, terdapat jua teknik dalam pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai kelemahan serta kekurangan.Antaranya ialah teknik main peranan.Teknik main peranan merupakan lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa melibatkan skrip serta lakonan berdasarkan kepada situasi atau masalah yang timbul. Selain daripada itu,teknik ini mempunyai kelebihan untuk membuatkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lancar serta menarik.Namun, terdapat juga kelemahan yang perlu dititik beratkan oleh guru supaya teknik ini dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Antara kelemahan yang terdapat dalam teknik main peranan ini ialah perasaan gelisah yang terdapat dalam segelintir murid-murid.Ini kerana terdapat segelintir murid-murid yang tidak mempunyai pengalaman berlakon dan memberi impak kepada mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid yang gelisah akan menunjukkan reaksi malu serta kaku ketika diberikan watak untuk dilakonkan.Hal ini kerana mereka takut diketawakan oleh murid-murid lain yang memerhatikan mereka.Oleh sebab itu, guru tidak dapat menghasilkan lakonan yang baik dan menarik. Di samping itu, kelemahan yang lain dalam teknik main peranan ini ialah prestasi pelakon yang kurang baik dan tidak menarik akan mendatangkan perasaan bosan oleh penonton-penonton.Oleh sebab itu, mesej yang hendak disampaikan
MOHAMAD TAQIYUDIN BIN ISMAIL Page 119

BMM 3117

[KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH]

oleh guru melalui lakonan tersebut tidak akan mendatangkan hasil sekiranya penonton-penonton iaitu murid-murid yang melihatnya tidak memberi tumpuan sepenuhnya terhadap lakonan yang ditontonkan.Malah,murid-murid yang menonton lakonan tersebut akan membuat bising dan mengantuk. Selain daripada itu, melalui teknik main peranan ini hanya murid-murid yang terlibat sahaja yang mendapat kelebihan serta faedah berlakon.Murid-murid lain yang menontonnya hanya sekadar dapat melihat sahaja.Oleh sebab itu, objektif pengajaran dan pembelajaran tidak akan tercapai. Maka sesuatu penambahbaikkan haruslah dilakukkan segera agar semua murid dapat merasai faedah-faedah teknik main peranan. Teknik main peranan juga memerlukan masa yang panjang dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Seperti yang kita ketahui, seseorang murid ataupun kumpulan yang telah dipilih untuk melakukan teknik main peranan memerlukan masa yang panjang bagi melakonkan sesuatu watak yang hendak dimainkan bagi menghidupkan watak yang dilakonkan. Selain daripada itu,kelemahan teknik main peranan juga ialah watak yang ditontonkan tidak keseluruhannya difahami murid-murid yang menontonnya.Seperti yang kita ketahui, murid-murid mempunyai tahap kognitif yang berbeza untuk

mendalami serta memahami sesuatu lakonan yang ditontonkan.Oleh sebab itu, lakonan yang ditontonkan hendaklah jelas serta mudah difahami oleh semua muridmurid supaya mesej yang ingin disampaikan tercapai.

MOHAMAD TAQIYUDIN BIN ISMAIL

Page 120

BMM 3117

[KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH]

8.1 LANGKAH LANGKAH PENAMBAIKKAN TEKNIK MAIN PERANAN

Teknik main peranan merupakan suatu teknik yang baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Oleh yang demikian,kelemahan teknik main peranan hendaklah dikenalpasti dengan baik supaya teknik main peranan ini dapat dijayakan dengan sempurna di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Antara penambahbaikkan teknik main peranan ini ialah guru haruslah memberikan motivasi kendiri serta bimbingan kepada murid-murid agar murid-murid berasa malu , gelisah ,rasa rendah diri dalam melakonkan sesuatu watak. Motivasi dan bimbingan amatlah penting kerana murid-murid yang kurang berpengalaman dalam lakonan menjadi lebih bersemangat dan berani serta seronok dalam melakonkan sesuatu watak yang diberikan.Di samping itu, motivasi dan bimbingan juga dapat menambahkan idea dan menjelaskan lagi sesuatu lakonan yang ingin disampaikan kepada para penonton. Kelemahan lain yang perlu diperbaiki dalam teknik main peranan ialah prestasi pelakon yang kurang baik dan tidak menarik akan mendatangkan perasaan bosan oleh penonton-penonton.Penambahbaikkan seperti menanyakan soalan kepada murid-murid yang menonton juga dapat menghilangkan rasa kebosanan mereka dalam menonton lakonan.Oleh itu, guru haruslah peka terhadap murid-murid yang tidak memberi tumpuan semasa lakonan agar suasana bilik darjah tidak kucar kacir semasa lakonan sedang dilakukan.Teknik penyoalan ini dapat meningkatkan daya kreatif dan kritis murid untuk memikirkan bagi menjawab soalan yang diberikan kepada mereka. Selain daripada itu, guru haruslah melibatkan semua murid-murid dalam sesuatu lakonan agar semua murid-murid dapat merasai faedah-faedah dalam lakonan.Antara faedah yang boleh diperolehi oleh murid-murid ialah keberanian untuk bersuara di hadapan, bakat menjiwai sesuatu watak dan sebagainya.Faedahfaedah ini memberi kesan yang baik kepada murid-murid serta mengurangkan masalah tingkah laku yang berlaku di dalam kelas.

MOHAMAD TAQIYUDIN BIN ISMAIL

Page 121

BMM 3117

[KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH]

Di samping itu, guru haruslah merancang dengan lebih teliti sebelum melakukan sesuatu teknik main peranan ini.Perancangan yang rapi dan teliti dapat mengurangkan masa yang diperlukan sesuatu lakonan.Penjimatan masa dapat dibuat sekiranya merancang langkah-langkah dalam sesuatu lakonan dengan rapi dan teliti dengan menitikberatkan tumpuan murid-murid di dalam bilik darjah. Guru juga haruslah menceritakan terlebih dahulu kepada murid-murid sebelum suatu lakonan dipertontonkan kepada mereka agar murid-murid memahami mesej yang hendak disampaikan oleh sesuatu lakonan.Hal ini juga dapat memudahkan murid-murid memahami jalan cerita lakonan yang dipertontonkan mereka. Kesimpulannya, guru haruslah meneliti serta merancangkan terlebih dahulu teknik yang hendak digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan serta mudah difahami di dalam bilik darjah.

MOHAMAD TAQIYUDIN BIN ISMAIL

Page 122

Anda mungkin juga menyukai