Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN
Pengajaran mikro adalah suatu teknik pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan dalam
masa yang singkat untuk mengajar sesuatu kemahiran bagi sekumpulan pelajar. Jumlah
pelajar biasanya antara sepuluh hingga lima belas orang sahaja.   Pengajaran mikro 
bertujuan membina kemahiran guru  berkaitan  dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah. Pengajaran mikro memperlihatkan bagaimana seseorang pelajar dapat
menyampaikan satu-satu kemahiran yang telah dipelajari dan dikuasainya secara praktik (A
Samad Said, 2012).  Ia melibatkan teknik-teknik penggunaan set induksi, penyoalan, variasi
rangsangan, penerangan dengan contoh-contoh, ilustrasi atau alat bantu mengajar,
pengurusan kelas, penggunaan papan kapor, pengukuhan dan penutup.

Melalui pengajaran   mikro, anda berpeluang  mempraktikkan teori pengajaran dalam


sesuatu  situasi yang terkawal (Noresah Bahrom, 2017). Kebiasaannya pengajaran ini
hanya menumpukan kepada satu jenis kemahiran mengajar sahaja. Bagi memerhati dan
menilai  aktiviti pengajaran yang dilaksanakan, guru digalakkan membuat rakaman video. 
Setelah aktiviti pengajaran ini selesai guru perlu berbincang dengan rakan-rakan  tentang
kekuatan dan kelemahan  bagi aktiviti  pengajaran yang telah dilaksanakan.  Hasil
perbincangan  tadi bolehlah digunakan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi
kemahiran yang telah dilaksanakan.    

 
2.0 LAPORAN REFLEKTIF

Bagi sesi pengajaran mikro, kumpulan kami telah dianggotai oleh seramai tiga orang ahli
kumpulan dengan bantuan rakan sekelas kami sebagai murid telah mengadakan simulasi
pengajaran mikro pada hari 19 Februari 20120. Kumpulan kami telah memilih kemahiran
Tatabahasa bagi mata pelajaran tahun 4. Berdasarkan standard pembelajaran 5.1.1
memahami dan menggunakan kata nama am mengikut konteks tidak formal (i) kata nama
am. Kami telah memilih tema Patriotisme dan Kewarganegaraan. Kami setiap ahli kumpulan
telah bahagikan kepada beberapa langkah untuk mengajar beberapa langkah. Antaranya
bahagian yang dibahagikan adalah set induksi dan langkah 1 kepada guru satu, langkah 2
dan penutup kepada guru kedua dan akhirnya langkah 3 kepada guru ketiga. Dalam
pengajaran mikro seorang guru mengajar sesuatu bahagian dan dinilai oleh dua guru yang
lain.

Terdapat beberapa kelebihan utama dalam bahagian set induksi. Antaranya adalah
nada suara guru semasa memulakan pengajaran atau set induksi. Hal ini adalah sangat
berkesan menarik perhatian murid kerana membantu murid sedia bagi proses pembelajaran.
Aktiviti yang dirancang dalam set induksi juga aktiviti yang sangat menarik dan luar biasa.
Aktiviti set induksi dikatakan luar biasa kerana guru tidak menggunakan lagu atau tayangan
video. Malah, meyelitkan unsur TMK dengan menggunakan ‘tab’ bagi menyusun suai
gambar sebagai aktiviti set induksi. Selain itu, aktiviti set induksi ini juga mewujudkan
motivasi bagi mempelajari sesuatu yang baru. Hal ini demikian kerana, aktiviti menyusun
suai gambar ini melibatkan kerja kumpulan yang menyeronokkan murid. Murid melibatkan
diri secara aktif dalam set induksi. Oleh itu, guru dapat memastikan bagi membangkitkan
rasa ingin tahu murid. Aktiviti set induksi ini dikatakan sebagai aktiviti berkesan kerana dapat
membuat perkaitan yang lebih jelas dan tepat. Dengan menggunakan gambar-gambar yang
tidak tersusun, guru dapat memastikan tahap pengetahuan sedia ada murid. Selain daripada
itu, gambar-gambar yang digunakan dalam aktiviti set induksi adalah sangat dekat dengan
diri pelajar dan mempunyai pengalaman tersendiri. Contoh gambar yang digunakan adalah
bunga raya, duit syling. Oleh itu, pemilihan gambar bagi aktiviti ini mejadi salah satu punca
bagi menjadikan pengajaran set induksi berkesan.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan dalam set induksi. Antaranya
adalah penggunaan bahan bantu mengajar. Bahan bantu mengajar yang digunakan adalah
‘tab’. Satu kumpulan yang terdiri daripada 5 hingga 6 orang ahli kumpulan menggunakan
satu ‘tab’. Perkara ini kurang sesuai kerana ada kalanya murid tidak dapat peluang untuk
menggunakan BBM tersebut. Selain daripada itu, pergerakkan badan juga merupakan
kelemahan dalam set induksi. Hal ini demikian kerana, aktiviti set induksi ini tidak
menggunakan sebarang tayang video atau lagu yang melibatkan pergerakkan badan secara
aktif. Malah, aktiviti ini hanya melibatkan kesediaan mental. Aktiviti set induksi ini juga tidak
boleh dikategorikan sebagai aktiviti yang bermanfaat supaya tidak memberi sebarang input
bagi aktiviti yang seterusnya. Malah, aktiviti set induksi ini lebih kepada merangsang rasa
ingin tahu dalam diri murid. Aktiviti set induksi ini juga tidak mempunyai soalan yang
mencabar pemikiran murid. Soalan yang dikemukan oleh guru dalam set induksi adalah
soalan yang terlalu mudah. Sebagai penambahbaikan dalam langkah set induksi guru
dicadangkan untuk menambah soalan-soalan yang lebih mencabar. Selain daripada itu,
aktiviti set induksi perlukan penglibatan aktif murid secara individu.

Dalam bahagian langkah 1 pula, kebanyakkan adalah kelebihan. Antaranya adalah


aktiviti langkah 1 dapat membangkit perhatian murid serta merangsang pengetahuan sedia
ada murid. Hal ini demikian kerana, pemilihan tajuk dan tema adalah sangat dekat dengan
diri murid dan murid-murid pula berasa ingin tahu bagi meneruskan pembelajaran. Kaedah
pengajaran sendiri menjadi satu kelebihan dalam langkah 1. Guru telah menggunakan salah
satu kaedah didik hibur dalam langkah 1 iaitu nyanyian. Murid dan guru sama-sama
menyanyi lagu Keranamu Malaysia dengan aksi yang sesuai. Selai itu Kaedah PAK21 yang
digunakkan dalam langkah 1 adalah penggunaan peta pemikiran. Peta pemikiran itu sendiri
merupakan unsur PAK21. Guru juga menggunakan unsur TMK dalam menayangkan slaid
lirik lagu. Langkah 1 juga melibatkan beberapa kemahiran Insaniah antaranya kepimpinan,
kerja berpasukan dan komunikasi. Strategi penagajaran langkah 1 yang menjadi kelebihan
kepada pengajaran mikro langkah 1 adalah minat dan pengetahuan murid. Tajuk, tema dan
isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru adalah sangat sesuai dengan minat dan
pengetahuan murid. Murid juga pandai menghubungkait isi pelajaran dengan contoh dan
bahan yang digunakan oleh guru. Penggunaan BBM dalam langkah 1 adalah jelas dan
menarik. Hal ini demikian kerana, bahan bantu mengajar yang digunakan adalah hasil guru
sendiri kotak berlapis (lampiran 1). Guru juga mempunyai kecekapan mengurus sumber. Hal
ini demikian kerana, dalam langkah 1 sahaja, guru menggunakan 3 bahan bantu mengajar.
Guru pandai mengurus semua bahan bantu mengajar dalam satu masa tanpa gangguan
serta mencukupi kepada semua murid.
Kelemahan yang terdapat dalam langkah 1 adalah aktiviti dalam langkah 1 adalah
bukan aktiviti luar biasa. Hal ini demikian kerana, penggunaan peta pemikiran bagi
menginterpretasi maklumat merupakan aktiviti yang biasa dijalankan. Murid-murid juga
dapat menjawab soalan asas tetapi ada juga murid gagal menjawab soalan asas. Selain
daripada itu, kelemahan dalam strategi pengajaran adalah JERIS. Aktiviti langkah 1 tidak
melibatkan semua aspek JERIS iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial. Aktiviti
langkah 1 ini hanya melibatkan Intelek dan Sosial murid. Selain daripada itu, teknik menyoal
merupakan kelemahan dalam langkah 1. Hal ini demikian kerana, guru tidak banyak
bertanya soalan kepada murid. Guru hanya memfokuskan kepada penyampaian isi
pelajaran dan aktiviti yang disediakan. Malah guru kurang peka dengan teknik menyoal
dalam penyampaian isi pelajaran. Saiz bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru
dalam mengajar langkah 1 adalah kurang sesuai. Hal ini demikian, bahan bantu mengajar
yang disediakan oleh guru adalah saiznya kurang sesuai kepada jumlah murid yang besar.
Sebagai cadangan penambahbaikan, guru dicadangkan untuk menambahkan soalan-soalan
dalam langkah 1 sama ada secara lisan atau tulisan. Tujuan guru diminta menambah soalan
dalam langkah ini adalah untuk merangsang pengetahuan murid dan memastikan
kefahaman murid. Guru juga dicadangkan untuk menambah atau menghasilkan bahan
bantu mengajar yamg mempunyai saiz yang besar.
RUJUKAN

Noresah Bahrom. (2017). Pengajaran Abad Ke-21. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

A Samad Said. (2012). Pengajaran Makro dan Mikro. Federal Berhad.

Sebagai refleksi pembentangan rph saya yang lalu, 

1) Jumlah masa peruntukan bagi aktiviti set induksi-saya mendapati bahawa jumlah masa
peruntukkan bagi i aktiviti set induksi adalah tidak sesuai. Hal ini demikian kerana, aktiviti
menyusun suai gambar adalah agak sukar untuk disusun dengan menggunakan TMK dalam masa
5minit
2)  Dapat membangkit perhatian murid
- aktiviti langkah 1 dapat membangkit perhatian murid serta merangsang pengetahuan sedia ada
murid.Lebih, guru juga menggunakan bbm maujud serta kaedah didik hibur
3) Tidak meyeluruh- Aktiviti langkah 1 tidak melibatkan semua aspek JERIS iaitu Jasmani, Emosi,
Rohani, Intelek dan Sosial. Aktiviti langkah 1 ini hanya melibatkan Intelek dan Sosial murid.

Kualiti peribadi seseorang guru adalah kualiti yang membantu guru dalam melaksanakan
tugas dengan lebih baik di dalam bilik darjah.
-Guru yang bersemangat dan proaktf
-Guru yang peka terhadap perbezaan cara murid beljar
-Guru yang bersifat peramah
-Guru yang berusaha mengenali muridnya
Bahan : http://mgcjohor2010.blogspot.com/2010/04/kualiti-yang-perlu-ada-pada-seorang.html
ini merupakan penulisan seorang guru tentnag kualiti yang perlu ada pada diri seseorang guru
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai