Anda di halaman 1dari 44

INGUISTIK TERAPAN BAHASA MELAYU

(BMMB3023)

KONSEP
TRANSFORMATIF
GENERATIF
Disediakan oleh:
• Kalaashini Jayaganesan
• Nur Aina Syafini Binti Rahimi
• Nurul Najwa Binti Anuar Zamani
KONSEP TRANSFORMASI
GENERATIF
KONSEP TRANSFORMASI
GENERATIF
 Setiap penutur asli sesuatu bahasa seharusnya dapat mengenali atau
membezakan satu jenis binaan ayat daripada satu binaan yang lain.

 Kemampuan atau kecekapan mengenali jenis-jenis ayat berkaitan dengan


kemampuan membentuk serta memahami bilangan ayat dalam bahasanya
yang tidak terkira jumlahnya. 
 Penentuan sama ada sesuatu ayat itu gramatis atau tidak boleh dikaitkan
dengan persepsi intuisi seseorang terhadap sesuatu yang disebut struktur
dalaman. 
 Kemampuan berbahasa

 Perlakuan berbahasa

 Struktur dalaman

 Struktur luaran
PROS
E S PEN
ERBI
TAN A
YAT

PROSES
PENGGUGURAN
PROSES
PENYUSUNAN
SEMULA
PROSES PERLUASAN
PROSES PENGGUGURAN
 Pengguguran bermaksud proses transformasi yang berlaku pada struktur ayat yang
mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu.

 Terdapat beberapa jenis pengguguran bagi membentuk ayat terbitan (ayat majmuk):

 Pengguguran frasa nama sebagai subjek


 Pengguguran frasa predikat.
 Pengguguran frasa nama mendahului frasa relatif
1. Pengguguran frasa nama sebagai subjek

Ayat contoh: Dia menangis + Dia terjatuh ke dalam longkang.


Dia menangis kerana terjatuh ke dalam longkang.
1. Pengguguran frasa nama sebagai subjek

Ayat contoh: Arif sedih + Arif dimarahi ibu.


Arif sedih kerana dimarahi ibu
2. Pengguguran frasa predikat:

 Pengguguran frasa kerja yang serupa.


 Pengguguran frasa nama yang serupa.
 Pengguguran frasa adjektif yang serupa.
 Pengguguran frasa sendi nama yang serupa.
3a) Pengguguran frasa kerja yang serupa

Ayat contoh: Haiqal sedang makan. Faris sedang makan.


Haiqal dan Faris sedang makan.
3a) Pengguguran frasa kerja yang serupa

Ayat contoh: Anis sedang tidur. Kakak sedang tidur.


Anis dan kakak sedang makan.
b) Pengguguran frasa nama yang serupa

Ayat contoh: Bendera Malaysia lambang negara. Lagu kebangsaan lambang negara.
Bendera Malaysia dan lagu kebangsaan lambang negara.
b) Pengguguran frasa nama yang serupa

Ayat contoh: Kebersihan amalan kita. Kesopanan amalan kita.


Kebersihan dan kesopanan amalan kita.
c) Pengguguran frasa akjektif yang serupa

Ayat contoh: Adik saya sangat rajin. Adik Arif sangat rajin.
Adik saya dan adik Arif sangat rajin.
c) Pengguguran frasa akjektif yang serupa

Ayat contoh: Aminah sangat tinggi. Anis sangat tinggi.


Aminah dan Anis sangat tinggi.
d) Pengguguran frasa sendi nama yang serupa

Ayat contoh: Imran masih di kampung. Isterinya masih di kampung.


Imran dan isterinya masih di kampung.
d) Pengguguran frasa sendi nama yang serupa

Ayat contoh: Haziq tinggal di Kampung Sentosa. Farah tinggal di Kampung Sentosa.
Haziq dan Farah tinggal di Kampung Sentosa
4) Pengguguran frasa nama yang mandahului frasa relatif

Ayat contoh: Adiknya memilih beg. Beg itu berwarna hijau.


Adiknya memilih beg yang hijau itu.
Adiknya memilih yang hijau itu.
4) Pengguguran frasa nama yang mandahului frasa relatif

Ayat contoh: Atikah membeli baju. Baju itu merah.


Atikah membeli baju yang merah itu.
Atikah membeli yang merah itu.
KONSEP PROSES JENIS
PENYUSUNAN PENYUSUNAN
SEMULA SEMULA

Bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya.


Frasa Nama sebagai
Subjek
Proses in biasanya akan mengakibatkan berlakunya
perubahan atau pengguguran kata-kata tertentu atau
penggantian dan penambahan kata-kata lain pada ayat. Frasa Nama
sebagai Objek
Diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang
baharu.
Melalui Ayat
Songsang
Tidak mengubah maksud ayat.
PENYUSUNAN SEMULA FRASA NAMA SEBAGAI
SUBJEK
Tukang kebun membakar sampah di hadapan rumah.

Penyusunan semula
frasa nama sebagai
subjek boleh berlaku
melalui proses
transformasi pasif.

Rajah 1: Rajah pohon bagi ayat aktif (KGND 3)


Sampah dibakar oleh tukang kebun di hadapan rumah.

Ayat pasif dengan kata


kerja di- digunakan hanya
dengan frasa nama objek
orang ketiga

Subjek asal tukang kebun


dalam ayat aktif telah
Objek dalam ayat aktif berpindah kepada
dikedepankan untuk kedudukan selepas kata
menjadi subjek yang kerja
baharu
Rajah 2: Rajah pohon bagi ayat pasif (KGND 3)
RAGAM AYAT PASIF MELIBATKAN KATA GANTI NAMA
DIRI ORANG PERTAMA
Saya menendang bola biru itu sekuat-kuat hati.

Proses transformasi
pasif melibatkan kata
ganti nama diri orang
pertama

Rajah 3: Rajah pohon bagi ayat pasif (KGND 1)


Bola biru itu saya tendang sekuat-kuat hati.

Kata kerja aktif


menjadi kata dasar

KGND pertama hadir


sebelum kata kerja

TRANSFORMASI
PASIF
Rajah 4: Rajah pohon bagi ayat pasif (KGND 1)
PENYUSUNAN SEMULA FRASA NAMA SEBAGAI OBJEK

Terjadi pada ayat Ali menghadiahi Ahmad sebuah buku.


yang mengandungi
dua jenis objek iaitu
objek tepat dan OBJEK TEPAT
objek sipi

OBJEK SIPI

Frasa nama yang


berkedudukan secara
langsung selepas kata
kerja dianggap sebagai
objek tepat manakala frasa
nama yang mengikuti objek
tepat ialah objek sipi.

Rajah 5: Rajah pohon bagi proses penyusunan semula


Ali menghadiahkan sebuah buku kepada Ahmad.

Imbuhan –i pada kata kerja asal


digantikan dengan imbuhan –
kan.
Kedudukan objek tepat dalam
ayat asal dipindah ke bahagian
akhir dengan didahului KSN
“kepada” dan meletakkan
frasa nama objek sipi pada
kedudukan selepas kata kerja
untuk menghasilkan objek
tepat yang baharu.

Rajah 6: Rajah pohon bagi transformasi susun semula


Guru mengajar murid-muridnya matematik.
CONTOH LAIN
Guru mengajarkan matematik kepada murid-muridnya.

Allah mengurniai kita rahmat.

Allah mengurniai rahmat kepada kita.

Hashim mengirimi adiknya surat.


Objek tepat yang baharu

Hashim mengirimkan surat kepada adiknya.

Ayah memberi abang wang.

Ayah memberikan wang kepada abang.


PENYUSUNAN SEMULA MELALUI AYAT SONGSANG

Ayat yang mengandungi


keterangan tempat, keterangan Dia akan menduduki peperiksaan SPM tahun hadapan.
masa, keterangan syarat dan Tahun hadapan, dia akan menduduki peperiksaan SPM.
keterangan musabab boleh
disongsangkan apabila Keterangan yang difokuskan
keterangan itu hendak difokuskan

 Unsur keterangan waktu dalam ayat di atas hadir di akhir ayat


 Unsur keterangan yang sama hadir pada awal ayat pada ayat
kedua yang berwarna biru kerana keterangan tersebut
difokuskan.
CONTOH LAIN

Susunan biasa Aspek Susunan Songsang


Orang kampung pergi ke majlis Keterangan tempat Pergi ke majlis perkahwinan anak Pak Ali
perkahwinan anak Pak Ali. orang kampung.

Amin tidak hadir ke majlis kerana dia Keterangan musabab Kerana dia sakit, Amin tidak hadir ke
sakit. majlis.

Rishi akan membeli hadiah jika dia ada Keterangan syarat Jika dia ada duit, Rishi akan membeli
duit. hadiah.
Begitu juga, apabila kata kerja hendak difokuskan,
maka kata kerja dalam ayat tersebut
dikedepankan.

Orang tua itu pergi ke sungai. Pergi ke sungai, orang tua itu

Amin tidak pergi ke majlis kerana dia Tidak pergi Amin ke majlis, kerana dia
sakit. sakit.

Mereka pergi ke pasar semalam. Pergi ke pasar, mereka, semalam.

Dia akan membeli hadiah jika dia ada


Akan membeli hadiah, dia, jika ada duit.
duit.
 Proses peluasan atau biasanya disebut sebagai peluasan
ayat merupakan proses penerbitan ayat yang
menambahkan unsur-unsur dalam ayat yang baharu.

 Terdapat beberapa jenis peluasan dalam Bahasa


Melayu, antaranya:

i. Peluasan frasa nama sebagai subjek


ii. Peluasan frasa predikat
iii. Peluasan dengan kata hubung
iv. Peluasan melalui proses komplementasi

PROSES PELUASAN
1) PELUASAN FRASA NAMA SEBAGAI SUBJEK

• Frasa nama sebagai subjek boleh diluaskan melalui proses relativisasi, iaitu proses
pemancangan ayat ke dalam satu ayat lain sebagai frasa relatif kepada subjek ayat yang
menerima pancangan.
• Frasa relatif terbentuk dengan menggunakan kata relatif yang.
• Contoh ayat:

Budak itu adik saya.


Budak itu membaca buku.
Budak yang membaca buku itu adik saya.

Orang itu sudah pulih.


Orang itu sakit.
Orang yang sakit itu telah pulih.
Ayat ini akan mengalami
proses transformasi
relativisasi
transformasi
relativisasi

Perlu diingat bahawa


proses relativisasi
hanya boleh berlaku
sekiranya kedua-dua
subjek frasa nama itu
serupa
PELUASAN FRASA PREDIKAT
Ali mengusik budak itu1. (relativisasi) Ali mengusik budak yang cantik itu.
Budak itu1 cantik.

Frasa nama yang akan


mengalami relativisasi bagi
peluasan yang melibatkan frasa
predikat mestilah berfungsi
sebagai subjek dalam ayat yang
dipancangkan.
relativisasi
Dalam proses peluasan sama ada melibatkan subjek
atau frasa predikat, frasa nama yang hendak
direlativisasikan hendaklah berfungsi sebagai subjek
dalam ayat yang dipancangkan
Contoh lain:
Mereka menaiki kereta itu.
Ali membeli kereta itu.
(relativisasi) * Mereka menaiki kereta yang Ali membeli itu.

Hanya sesudah ayat yang kedua atau ayat yang akan dipancangkan
mengalami proses pasif, barulah pemebentukan ayat relatif melalui
transformasi relativisasi menjadi gramatis. Contohnya:
Mereka menaiki kereta itu.
Ali membeli kereta itu.
(pasif) * Kereta itu dibeli oleh Ali.
(relativisasi) * Mereka menaiki kereta yang dibeli oleh Ali,
PELUASAN DENGAN KATA HUBUNG
 Peluasan boleh juga berlaku
melalui proses penggabungan Ali berbasikal ke sekolah.
ayat yang melibatkan dua Osman berbasikal ke sekolah.
konstituen yang sama dengan • Ali dan Osman berbasikal ke sekolah.
menggunakan kata hubung.

 Kata hubung yang digunakan Abang tidak bermain bola.


adalah seperti dan, tetapi, Abang sakit perut.
• Abang tidak bermain bola kerana sakit
kerana, jika, walaupun dan
perut.
sebagainya.

 Setiap kata hubung yang Kita tidak boleh menonton wayang.


digunakan bagi menggabungkan Kita tidak ada tiket.
dua ayat atau lebih adalah untuk • Kita tidak boleh menonton wayang
menghasilkan ayat terbitan yang kerana kita tidak ada tiket.
bersifat peluasan.
Dia melaporkan sesuatu.
Ali sakit tenat.
Peluasan boleh berlaku • Dia melaporkan bahawa Ali sakit tenat.
melalui komplementasi
iaitu proses mengubah
ayat menjadi satu frasa
nama dan
memancangkannya
pada ayat lain

• Ayat Ali sakit tenat berubah fungsi


menjadi frasa nama dan dipancangkan
kepada binaan Dia melaporkan sesuatu...

• Kata hubung komplemen bahawa


berfungsi sebagai tanda berlakunya proses
komplementasi.
RUJUKAN
Abdullah Hassan. (1993). Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan. (2007). Lingsuitik Am. Selangor: PTS Professional.
Hashim Bin Haji Mus. (1990). Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Agensi
Penerbitan Nusantara.
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn,Hashim Haji Musa,Abdul Hamid Mahmood. (2015).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Supian Mohamad Noor. (2018). Sintaksis Terancang Bahasa Melayu. Selangor:
KBAT Global Enterprise.
Tuan Zainab Wi. (2017). Modul Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: IPG
Kampus Bahasa Melayu.
RUJUKAN
 Abdullah Hassan. (1993). Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
 Abdullah Hassan. (2007). Lingsuitik Am. Selangor: PTS Professional.
 Abdullah Hassan. (2007). Morfologi. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
 Hashim Bin Haji Mus. (1990). Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Agensi
Penerbitan Nusantara.
 Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
 Nik Safiah Karim, Farid M.Onn,Hashim Haji Musa,Abdul Hamid Mahmood. (2015).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
 Supian Mohamad Noor. (2018). Sintaksis Terancang Bahasa Melayu. Selangor: KBAT
Global Enterprise.
 Tuan Zainab Wi. (2017). Modul Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: IPG
Kampus Bahasa Melayu.
SEKIAN,
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai