Anda di halaman 1dari 6

ISL 16 : Bincangkan proses transformasi dalam bahasa Melayu mengikut Teori

Transformasi Generatif. Berikan dua ayat contoh bagi setiap rumus tersebut.
Kumpulan : Noor Adilla, Izyan, Nor Hadibah

Teori transformasi generatif :


 Dikemukakan oleh Noam Chomsky.
 Menurut teori ini, pemusatan terhadap kajian bahasa terletak pada kecekapan
berbahasa / pengetahuan penutur asli yang memungkinkannya membentuk serta
memahami ayat-ayat.
 Teori ini mengandaikan terdapat dua peringkat struktur ayat iaitu struktur dalaman
dan struktur permukaan.
 Pelaksanaan rumus transformasi terhadap sesuatu struktur dalaman akan
menghasilkan ayat-ayat yang berbentuk struktur permukaan.
 Struktur dalaman yang diwujudkan oleh RSF akan menjadi input kepada komponen
yang mengandungi rumus transformasi.
 Rumus transformasi berkuasa untuk menggugurkan unsur kata, menambah unsur
kata dan mengubah atau menyusun semula susunan unsur kata.
 Hasil terlaksananya suatu proses gramatis (melibatkan pelaksanaan rumus
transformasi) berfungsi memperluas sesuatu unsur dalam ayat dan frasa.
 Dalam bahasa Melayu, penerbitan ayat dapat dilakukan melalui proses transformasi
yang mengakibatkan pengguguran, penyusunan semula, atau peluasan kepada
unsur struktur dalaman.

PROSES HURAIAN
Pengguguran  Proses transformasi yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur
tertentu dalam binaan ayat dan mengakibatkan unsur yang
digugurkan itu tidak wujud pada peringkat srtuktur permukaan

 Tiga jenis pengguguran utama:


o Pengguguran frasa nama sebagai subjek
o Pengguguran frasa predikat
o Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif

 Pengguguran frasa nama sebagai subjek:


o Pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam
ayat perintah
 Tuan jemputlah makan --> jemputlah makan
 Kamu sila masuk --> sila masuk

o Pengguguran subjek nama yang serupa dalam ayat majmuk


 Abang saya pandai
Abang saya pemalu
Abang saya pandai tetapi pemalu
 Pemandu itu cuai
Pemandu itu terlibat dalam kemalangan
Pemandu itu cuai lalu terlibat dalam kemalangan

 Pengguguran frasa predikat


o Pengguguran seluruh frasa predikat
jika terdapat penggunaan frasa predikat yang serupa
dalam ayat majmuk gabungan, maka kesemua frasa
predikat yang serupa kecuali yang terakhir boleh
digugurkan

o Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat


 Pengguguran frasa kerja yang serupa
 Abu belajar di luar negara
Siti belajar di luar negara
Abu dan Siti belajar di luar negara.

 Ayu memasak di dapur


Emak memasak di dapur
Ayu dan emak memasak di dapur.

 Pengguguran frasa nama yang serupa


 Kereta Proton kereta Malaysia
Kereta kembara kereta Malaysia
Kereta Proton dan Kereta Kembara kereta
Malaysia.
 Senyuman membawa rahmat
Senyuman membahagiakan orang sekeliling
Senyuman membawa rahmat dan
membahagiakan orang sekeliling.

 Pengguguran frasa adjektif yang serupa


 Murni rajin belajar
Kamal rajin belajar
Murni dan Kamal rajin belajar.
 Cikgu itu sangat garang
Guru besar itu sangat garang
Cikgu dan guru besar itu sangat garang.

 Pengguguran frasa sendi nama yang serupa


 Dia masih di kampung
Adiknya masih di kampung
Dia dan adiknya masih di kampung.
 Azira akan ke utara tanah air
Murni akan ke utara tanah air
Azira dan Murni akan ke utara tanah air.

o Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif


apabila dua ayat digabungkan, dengan satu ayat
dipancangkan ke dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa
relatif, frasa nama yang serupa yang mendahului frasa
relatif boleh digugurkan.
 Adam memilik sebuah kereta
Kereta itu berwarna biru
Adam memiliki sebuah kereta yang berwarna
biru.
 Kakak menjahit baju
Baju itu bersaiz besar
Kakak menjahit baju yang bersaiz besar .

Penyusunan o Bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan
semula semula dalam satu struktur ayat ayang gramatis yang baharu.
o Proses ini biasanya boleh mengakibatkan berlakunya perubahan atau
pengguguran kata-kata tertentu, penggantian atau penambahan kata-
kata lain pada ayat yang diterbitkan.
o Proses penyusunan semula tidak membawa perubahan makna.
 Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek
 Ali membeli buku itu
Buku itu dibeli oleh Ali.
 Emak menyiang ikan siakap
Ikan siakap disiang oleh emak.

 Penyusunan semula frasa nama sebagai objek


 Emak menghadiahi kakak sebentuk cincin
Emak menghadiahkan sebentuk cincin
kepada kakak
 Hasnah mengirimi adiknya sepucuk surat
Hasnah mengirimkan sepucuk surat kepada
adiknya.
 Penyusunan semula melalui ayat songsang
 Anak muda itu berhijrah ke bandar
Berhijrah ke bandar anak muda itu
 Abu tidak hadir ke tempat kerja keran kurang
sihat
Kerana kurang sihat, Abu tidak hadir ke
sekolah

Peluasan Proses menambahkan unsur dalam ayat yang baharu.


 Peluasan frasa nama sebagai subjek
subjek diluaskan dengan proses relativisasi (iaitu proses
pemancangan ayat ke dalam satu ayat lain sebagai frasa
relatif kepada subjek ayat yang menerima pancangan).
 Gadis itu anak orang berada
Gadis itu sungguh cantik
Gadis yang cantik itu anak orang berada
 Guru itu baru tamat pengajian
Guru itu baru datang
Guru yang baru datang itu baru tamat
pengajian

 Peluasan frasa predikat


 Ali membakar sampah itu
Sampah itu banyak bertaburan
Ali membakar sampah yang banyak
bertaburan itu
 Atok membelikan permainan untuk adik
Permainan itu mahal harganya
Atok membeli permainan untuk adik yang
mahal harganya
 Peluasan dengan kata hubung
o Adik sedang tidur
Abang sedang membaca buku
Adik sedang tidur tetapi abang sedang
membaca buku.
o Hari sangat panas
Perarakan tetap diteruskan
Walaupun hari panas, perarakan tetap
diteruskan.

 Peluasan melalui proses komplementasi


o Dia memberitahu sesuatu
Dia dibuang kerja
Dia memberitahu bahawa dia dibuang kerja
o Juruhebah itu menerangkan sesuatu
Cara untuk menyampaikan ucapan
Juruhebah itu menerangkan cara untuk
menyampaikan ucapan .

Rujukan : Nik Safiah Karim et al (2008) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai