Anda di halaman 1dari 23

Proses Pembentukkan Perkataan dalam Bahasa Malaysia: Pemajmukkan Dan Derivasi

Nov 13 Posted by mfz DATA DAN ANALISIS Kajian ini menganalisa data bahasa Melayu dari tahap bahasa bertulis yang formal. Data diperolehi daripada majalah Impiana (keluaran Januari 2004, volume 9, edisi 53), sebuah majalah tata hias luar dan dalam kediaman, kedai dan bangunan. Rata-rata pembaca majalah ini adalah golongan kelas profesional dan kelas pertengahan dari segi sosio-ekonomi. Rencanarencana yang ditulis di dalam majalah ini adalah berkaitan pemilihan stail, warna dan tema tata hias, dan kebanyakannya penerangan berkaitan tata hias kediaman peribadi. Proses pembentukkan perkataan dianalisis, iaitu proses Pemajmukkan dan Derivasi, dua proses yang paling biasa dalam pembentukan perkataan Bahasa Melayu.

PROSES PEMBENTUKAN PERKATAAN Bahasa Melayu sedang melalui perubahan yang pesat, terutamanya dari segi perkembangan leksikonnya. Terdapat pelbagai proses dalaman pembentukan perkataan dalam Bahasa Melayu, contohnya derivasi, pemajmukan, akronim dan penggandaan. Antara proses pembentukan perkataan yang paling utama dalam Bahasa Melayu adalah Pemajmukan dan Derivasi.

1. Pemajmukan Pemajmukan adalah proses pembentukan perkataan di mana dua atau lebih kata akar dimajmukkan menjadi satu item leksikal. Dalam Bahasa Melayu, dua atau lebih kata akar yang membentuk satu item leksikal ini biasanya ditulis berasingan, mengikut kata akar yang asal. Contohnya, hijau dan gelap adalah masing-masing satu kata akar. Jika dimajmukkan, ia akan menjadi satu item leksikal hijau gelap, iaitu sejenis tona hijau. Pemajmukan dalam Bahasa Melayu boleh diklasifikasikan mengikut kelas perkataan kata akar dan perhubungan sintaktik di antara kata akar (berdasarkan Jackson dan Z Amvela, 2000). Pengklasifikasi mengikut kelas perkataan adalah tidak berkaitan dengan perhubungan sintaktik di antara kata akar-kata akar ini. Secara kasarnya, dalam bidang tata hias berbahasa Melayu, kata

akar yang pertama menentukan kelas kata majmuk. Berikut adalah contoh kata majmuk mengikut kelas perkataan:

Contoh 1.1 : Kata majmuk Kata Nama KN + KN KN + KN KN + KN KN + KN KN + KN KN + KN KN + KK (Kata Kerja) KN + KK KN + KK KN + KK KN + KK KN + KK KN + KK + KN KN + KK + KN + KN KN + ADJ (Adjektif) KN + ADJ KN + ADJ KN + ADJ KN + ADJ riak muka kamar utama panel tingkap sistem pencahayaan pelan lantai kertas dinding lampu berjurai tata hias tata atur kamar beradu istana hinggap seni bina seni hias taman seni reka bentuk dalaman warna selamat kulit depan dapur kering dapur basah latar belakang

Dalam proses pemajmukan KN, sesuatu KN itu boleh dimajmukkan dengan KN yang lain, KK dan ADJ untuk membentuk kata majmuk KN. Kita dapat lihat dalam contoh di atas (contoh 1.1) bahawa kata akar pertama, iaitu KN, menentukan kelas perkataan kata majmuk berkenaan.

Contoh 1.2 : Kata majmuk Kata Kerja KK + KN KK + KN KK + KN KK + KN KK + KN KK + KK KK + KK KK + KK KK + ADJ merekabentuk dibaikpulih memukau mata mencuit rasa merentas sempadan meluru terus menata hias ubah suai meletup lantang

Dalam proses pemajmukan KK pula, sesuatu KK itu boleh dimajmukkan dengan KK yang lain, KN dan juga ADJ untuk membentuk kata majmuk KK. Walau bagaimanapun pemajmukan dengan ADJ adalah agak jarang. Secara amnya, boleh dikatakan dalam bidang tata hias, lazimnya KK dimajmukkan dengan KK lain dan KN bagi menbentuk kata majmuk.

Contoh 1.3 : Kata majmuk Adjektif ADJ + KN ADJ + KN ADJ + KN ADJ + KN ADJ + KN ADJ + KN ADJ + KN ADJ + KN + KN ADJ + KN + KN ADJ + KN + KN ADJ + KN + KN ADJ + KK ADJ + ADJ ADJ + ADJ ADJ + ADJ ADJ + ADJ ADJ + ADJ putih salju hijau orkid hijau zaitun perang bata pudar kapur putih gading perang tembaga hijau kem askar perang gula melaka perang pasir gurun jingga bara api mampu milik luar biasa hijau muda perang gelap perang terang putih kuning

Dalam proses pemajmukan ADJ, sesuatu ADJ boleh dimajmukkan dengan ADJ lain, KN dan KK. Pemajmukkan ADJ dengan KK adalah agak jarang dalam bidang tata hias. Lazimnya, terutamanya dalam penamaan tona-tona warna, ADJ dimajmukkan dengan KN dan ADJ lain. Selain daripada contoh 1.1, 1.2 dan 1.3 yang diberikan, terdapat juga kata majmuk dalam Bahasa Melayu di mana kelas katanya ditentukan oleh kata akar yang kedua. Contoh bagi jenis kata majmuk ini adalah seperti berikut:

Contoh 1.4 KN + ADJ = ADJ KN + ADJ = ADJ KK + KN = KN padanan sekata cahaya kabut tunjuk langit

KK + ADJ = ADJ KK + ADJ = ADJ KK + ADJ = ADJ KK + ADJ = ADJ

garis beralun garis kemas garis lengkung garis tajam

Kita dapat lihat bahawa kata akar kedua menentukan kelas kata majmuk yang dibentuk. Di sini ia berlaku apabila ADJ diletakkan sebagai kata akar kedua, dan KN atau KK sebagai kata akar pertama. Terdapat juga kata majmuk yang terbentuk daripada kata akar yang terdiri daripada kelas perkataan yang berlainan dan menghasilkan satu kata majmuk kelas perkataan yang baru. Antara contohnya adalah seperti berikut:

Contoh 1.5 KK + KK = ADJ KB (Kata Bantu) + KN = ADJ semula jadi boleh laras

Di sini, kita dapat lihat KK semula dan jadi bila dimajmukkan menghasilkan kelas kata majmuk ADJ semula jadi. Pemajmukkan KB boleh dan KN laras pula menghasilkan kelas kata majmuk ADJ boleh laras. Kata majmuk boleh laras satu-satunya kata majmuk ADJ yang diperolehi dari data yang terdapat KB sebagai salah satu kata akarnya. Selain daripada perhubungan di antara kata akar mengikut kelas perkataan, terdapat juga perhubungan kata akar dari segi sintaktik. Terdapat dua jenis perhubungan sintaktik, iaitu endocentric dan exocentric. Endocentric terbahagi kepada dua, iaitu ko-ordinat, di mana kata majmuk di mana kedua-dua (atau lebih) kata akar adalah penting, dan subordinat, di mana hanya salah satu kata akarnya adalah penting. Exocentric pula adalah di mana kedua-dua (atau lebih) kata akarnya adalah penting untuk mempunyai makna; masing-masing kata akar itu tidak berkaitan dengan makna kata majmuknya jika hanya digunakan bersendirian (Asha Doshi, 2004; Jackson dan Z Amvela, 2000). Data yang diperolehi tiada menunjukkan endocentric ko-ordinat dalam konteks tata hias Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, endocentric subordinat adalah sangat biasa, terutamanya apabila melibatkan warna, seperti putih gading (putih seperti gading gajah) dan perang tembaga (perang seperti tembaga). Contoh lain adalah seperti garis beralun (garis yang di lukis beralun). Contoh exocentric pula adalah tunjuk langit (pacang yang dipasang di atas bumbung untuk mengalirkan arus kilat ke bumi), mampu milik (sesuatu yang mampu dimiliki) dan tata hias (perihal cara dan kod seni hias dalaman).

Secara ringkasnya, kita dapat lihat bahawa pemajmukan adalah proses yang biasa dalam pembentukan perkataan dalam konteks tata hias dalam Bahasa Melayu. Pemajmukan adalah biasa kerana ia adalah jalan pintas bagi menyatakan maksud yang agak panjang (Jackson dan Z Amvela, 2000), seperti yang kita dapat lihat dalam contoh kata majmuk tunjuk langit di atas.

2. Derivasi Derivasi adalah proses pembentukan perkataan di mana imbuhan ditambah pada kata akar bagi menghasilkan perkataan baru. Ringkasnya, proses derivasi menambah imbuhan kepada kata akar yang wujud dalam sesuatu bahasa dan menghasilkan variasi tata bahasa kata akar tersebut. Terdapat dua jenis derivasi, iaitu derivasi bertukar kelas kata dan tidak bertukar kelas kata (Asha Doshi, 2004; Jackson dan Z Amvela, 2000). Dalam Bahasa Melayu amnya, terdapat beberapa jenis imbuhan yang terlibat dalam derivasi, iaitu imbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Dalam bidang tata hias, imbuhan derivasi yang paling biasa adalah imbuhan awalan, akhiran dan apitan.

2.1

Derivasi Bertukar Kelas Kata

Imbuhan bagi derivasi bertukar kelas kata menyebabkan sesuatu kata akar bertukar kepada kelas perkataan yang lain. Di sini, imbuhan itu menentukan kelas perkataan kata akar terbabit. Sebagai contoh, KN boleh dihasilkan daripada imbuhan yang ditambah kepada KK atau ADJ, KK daripada KN atau ADJ, dan ADJ daripada KN atau KK. Berikut adalah contoh derivasi KN yang berkaitan dengan bidang tata hias:

Contoh 2.1.1 : Derivasi Kata Nama Kata Kerja lukis reka milik pulas Imbuhan Awalan pe pe pe pe Kata Nama pelukis pereka pemilik pemulas

Adjektif sudah

Imbuhan Awalan pe

Kata Nama penyudah

Kita dapat lihat di sini bahawa imbuhan awalan seperti pe menukarkan kelas kata KK dan ADJ masing-masing kepada KN. KK dan ADJ yang ditambah pe memberi makna orang atau benda yang melakukan atau menjadi KK dan ADJ tersebut, seperti pelukis adalah orang yang melukis, dan penyudah adalah benda yang menyudahkan (dalam kes ini, kemasan penyudah). Seperti yang ditunjukkan oleh contoh di atas, kita dapati bagi imbuhan awalan pe, jika huruf pangkal kata akar terbabit adalah p atau s, huruf berkenaan akan digugurkan. Bagi huruf pangkal p, p itu digugurkan dan diganti dengan m dan bagi huruf pangkal s, s itu digugurkan dan diganti dengan ny. Ini mungkin kerana asimilasi bunyi yang berlaku pada kata akar tersebut bila ditambah imbuhan pe (Baskaran, 2003).

Kata Kerja jatuh reka lakar bangun bina sentuh bahagi bias

Imbuhan Akhiran an an an an an an an an

Kata Nama jatuhan rekaan lakaran bangunan binaan sentuhan bahagian biasan

Adjektif kemas kilau dalam padan

Imbuhan Akhiran an an an an

Kata Nama kemasan kilauan dalaman padanan

Contoh di atas menunjukkan bahawa imbuhan akhiran an menukarkan KK dan ADJ kepada KN. Pada KK, penambahan an membawa maksud objek atau perkara yang terhasil daripada KK tersebut, seperti lakaran adalah hasil daripada perbuatan lakar. Pada ADJ pula, imbuhan an menunjukkan KN tersebut mempunyai ciri ADJ terbabit, seperti padanan adalah sesuatu yang padan.

Kata Kerja diam bina niaga langgan

Imbuhan Apitan ke an pem an per an pe an

Kata Nama kediaman pembinaan perniagaan pelanggan

Adjektif merah hitam lengkap lega luas lain

Imbuhan Apitan ke an ke an ke an ke an ke an ke an

Kata Nama kemerahan kehitaman kelengkapan kelegaan keluasan kelainan

Berdasarkan contoh di atas, imbuhan apitan juga boleh menukarkan kelas kata KK dan ADJ kepada KN. Imbuhan apitan yang menukarkan KK kepada KN adalah ke-an, pem-an (bagi huruf pangkal b pada kata akar), per-an (bagi huruf pangkal n pada kata akar) dan pe-an (bagi huruf pangkal l pada kata akar). Ia membawa maksud objek atau perkara yang terhasil dari KK berkenaan. Contohnya, kediaman adalah tempat yang orang diami. Bagi ADJ pula, penambahan ke-an adalah yang paling biasa. Ia membawa maksud KN berkenaan mempunyai ciri-ciri ADJ tersebut. Contohnya, kemerahan mempunyai ciri warna merah dan kelegaan mempunyai ciri perasaan lega. Derivasi KK pula adalah derivasi menggunakan imbuhan untuk membentuk KK dari kata akar KN atau ADJ. Contoh derivasi KK adalah:

Contoh 2.1.2 : Derivasi Kata Kerja Kata Nama reka bentuk titik berat tata hias Imbuhan Awalan me me me Kata Kerja mereka bentuk menitikberat menata hias

Adjektif panas sejuk

Imbuhan Awalan me me

Kata Kerja memanas menyejuk

Contoh di atas menunjukkan bahawa dalam menukarkan kelas perkataan KN dan ADJ kepada KK, imbuhan awalan me adalah paling lazim digunakan. Dalam KN, imbuhan me digunakan dalam ayat aktif, iaitu subjek melakukan kata majmuk KK tersebut. Di sini, kita dapat lihat juga jika huruf pangkalnya t, ia akan digugurkan dan diganti dengan n. Pada ADJ pula, imbuhan juga digunakan dalam ayat aktif, iaitu subjek melakukan sesuatu supaya benda yang

dibuat itu mempunyai ciri-ciri ADJ tersebut, seperti memanas ruang dengan menggunakan warna terang. Sebagai mana imbuhan pe, imbuhan me juga menyebabkan huruf pangkal p dan s akan digugurkan dan digantikan dengan m (bagi p) dan ny (bagi s).

Kata Nama sempurna warna

Imbuhan Akhiran kan kan

Kata Kerja sempurnakan warnakan

Adjektif padan suai

Imbuhan Akhiran kan kan

Kata Kerja padankan suaikan

Bagi imbuhan akhiran, data menunjukkan imbuhan kan adalah yang paling biasa digunakan untuk menukarkan KN dan ADJ kepada KK. Dalam KN dan ADJ yang ditambahan kan biasanya digunakan dalam ayat imperatif, iaitu subjek perlu melakukan KK berkenaan supaya hasilnya bercirikan KN atau ADJ terbabit. Contohnya padankan perabot dengan aksesori supaya sesuai.

Kata Nama hasil lampis saksi ilham latar belakang

Imbuhan Apitan meng kan me kan me kan di kan ber kan

Kata Kerja menghasilkan melampiskan menyaksikan diilhamkan berlatarbelakangkan

Adjektif hidup sempit kuat lembut lengkap padan

Imbuhan Apitan meng kan me kan me kan me kan me i di kan

Kata Kerja menghidupkan menyempitkan menguatkan melembutkan melengkapi dipadankan

Contoh di atas menunjukkan imbuhan apitan digunakan untuk menukarkan kelas perkataan KN dan ADJ. Seperti imbuhan awalan me, meng-kan, men-kan, me-kan dan me-i digunakan dalam ayat aktif. Imbuhan apitan ber-kan juga digunakan dalam struktur ayat yang sama. Imbuhan di-kan pula digunakan dalam ayat pasif, di mana fokus ayat adalah objek dalam ayat aktif. Di sini kita dapat lihat, pada kata majmuk, apabila ditambah imbuhan apitan, kata-kata akarnya akan ditulis sebagai satu perkataan. Huruf pangkal juga digugurkan bila di tambah imbuhan me-kan, seperti s (digantikan dengan ny) dan k (dengan ng) (Baskaran, 2003). Derivasi ADJ adalah derivasi menggunakan imbuhan untuk membentuk ADJ dari kata akar KN atau KK. Contoh derivasi ADJ adalah:

Contoh 2.1.3 : Derivasi Adjektif Kata Nama bingkai bisa kualiti pagar Imbuhan Awalan ber ber ber ber Adjektif berbingkai berbisa berkualiti berpagar

Kata Kerja hias kenal

Imbuhan Awalan ber ter

Adjektif berhias terkenal

Data yang diperolehi menunjukkan bahawa dalam menukar kelas perkataan ADJ, hanya imbuhan awalan ber dan ter digunakan. Imbuhan ber membawa maksud ADJ berkenaan mempunyai ciri-ciri KN dan KK yang diderivasikan. Contohnya, ADJ berbingkai adalah sesuatu yang mempunyai bingkai. Imbuhan ter pula menunjukkan perbandingan superlatif paling.

2.2

Derivasi Tidak Bertukar Kelas Kata

Imbuhan bagi derivasi tidak bertukar kelas kata pula tidak menukarkan kelas perkataan sesuatu kata akar bertukar kepada kelas perkataan yang lain, tetapi menukarkan makna dan penggunaannya (Asha Doshi, 2004; Jackson dan Z Amvela, 2000; Yule, 1994). Berikut adalah contoh derivasi tidak bertukar kelas kata:

Contoh 2.2.1 : Kata Nama Kata Nama rangkai waris gaya cahaya tukang rangka seni Imbuhan -an -an peng an peng an per an keke an Kata Nama rangkaian warisan penggayaan pengcahayaan pertukangan kerangka kesenian

Data menunjukkan bahawa derivasi tidak bertukar kelas kata pada KN merangkumi imbuhan awalan ke, imbuhan akhiran an dan imbuhan apitan peng-an, per-an dan ke-an.

Contoh 2.2.2 : Kata Kerja Kata Kerja ukir selenggara kenal pasti pandang adun himpun bina ukir palit hias hias hias hias palit adun tawar tampil serlah hias gugur Imbuhan menmenmenmemengdidididi-i -kan di i di kan di kan di kan me kan me kan me kan meng i ber an Kata Kerja mengukir menyelenggara mengenalpasti memandang mengadun dihimpun dibina diukir dipalit hiasi hiaskan dihiasi dihiaskan dipalitkan diadunkan menawarkan menampilkan menyerlahkan menghiasi berguguran

Bagi derivasi KK pula, kita dapati ianya adalah agak biasa dalam konteks tata hias dalam Bahasa Melayu, terutamanya dalam membentuk ayat aktif atau ayat pasif. Dapat diperhatikan bahawa

imbuhan awalan me, men, dan imbuhan apitan me-kan akan menukarkan huruf pangkal kata akar t kepada n, s kepada ny dan p kepada m. Walau bagaimanapun, imbuhan yang lain-lainnya mengekalkan huruf pangkal kata akarnya.

Contoh 2.2.3 : Adjektif Adjektif silap sasar hijau Imbuhan tertermengAdjektif tersilap tersasar menghijau

Derivasi tidak bertukar kelas kata pada ADJ menunjukkan penambahan imbuhan awalan sahaja, iaitu ter dan meng. Imbuhan ter membawa erti tidak sengaja, dan imbuhan meng menunjukkan bercirikan ADJ berkenaan, dalam kes ini warna hijau.

PENUTUP Sebagai penutup, medan semantik tata hias banyak menyaksikan pembentukan perkataan melalui proses pemajmukan dan derivasi. Dalam proses pemajmukan, KN, KK dan ADJ boleh dimajmukkan antara satu sama lain dan kata akar yang pertama biasanya menentukan kelas kata majmuk berkenaan. Tetapi, terdapat juga kata majmuk di mana kata akar yang kedua menentukan kelas kata majmuknya. Walaupun agak jarang berlaku, pemajmukan KN, KK dan KB akan membentuk kata majmuk yang berlainan kelas perkataan dari kata akarnya. Dalam proses pembentukan perkataan melalui proses derivasi pula, imbuhan awalan, akhiran dan apitan adalah yang paling banyak digunakan dalam proses derivasi. Terdapat dua jenis derivasi, iaitu derivasi bertukar kelas kata dan tidak bertukar kelas kata.

BMM3110-PEMENTUKAN PERKATAAN BAHARU PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU Perkataan baharu wujud, bertujuan:

- Mendukung konsep @ perkara baru yg baru timbul dlm msyrkt pgguna bahasa itu.

Perkataan baharu tmbl, melalui 2 proses utama;

i. Melalui penggunaan popular, con dlm: media massa, penulisan kreatif, dan seumpamanya. - Berkait khdpn seharian ii. Perancangan bahasa rasmi. - Kejadian baru mcl dlm bidang2 ilmu, @ ikhtisas.
Dlm proses pembentuka kata baharu, akan berlau proses pengayaan yg mlbtkan:

- Bidang2 bunyi bahasa(fonologi) - Pembentukan kata ( morfologi) - Perbendaharaan kata (leksikon)


Bidang bunyi bahasa Melayu:

- Fonem, unit terkecil bahasa, disebut bunyi. - Bunyi asli bahasa Melayu, 24 bunyi, 18 konsonan, 6 vokal. - Konsonan, klasifikasi ikut cara dan daerah sebutan. - Cara sebutan: letupan, letusan, sengauan, geseran, getaran, sisian, separuh vocal. - Daerah sebutan: bibir, gigi-gusi, lelangit keras, lelangit lembut, glotis. - 10 konsonan, dpt hdr pa awl, tengah dan akhir perkataan : p, k, t, m, n, ng,s, h, r. - b, d, g, c; berada pd akhir perkataa, kata pinjaman. - ny, w, y; x prnah terdapat pd akhir perkataan. - Vocal: 6 vokal asli BM - 3 vokal depan ( I, e taling, a, 1vokal tengah ( e pepet), dan 2 vokal belakang ( u, o). - i, a, dan u, boleh hadir di hadapan, tengah dan akhir perkataan. - e taling, o , dan e pepet, hadir pada awal, dn tengah perkataan.

- E taling dan o, hdr di akhir perkataan suku kata terbuka dlm kata pinjaman. - Bunyi diftong, ai, au, dan oi.
Bunyi bahasa pinjaman:

- 8 konsonan pinjaman, dlm BM,semuanya jenis bunyi geseran.

- F, v, th(), dh( ), z, sy (), kh (x), gh (). - Sistem ejaan rumi baharu: a. Th => s: mithal missal b. Dz => z: dzhalim zalim c. Dh=> d : dhaif daif d. Sh => sy : sharat syarat - Perkataan yg tglng dlm istilah keagamaan ttp kekal bunyi, dan ejaan asal: - Con: hadith, haqiqat, thabit, faskh. Pembentukan kata
2 kumpulan : i. Imbuhan Sanskrit ii. Imbuhan Arab-Parsi iii. Imbuhan Yunani-Latin-Inggeris
Imbuhan Sanskrit

- Telah lama di serap dlm bahasa Melayu. - Amat proaktif; Maha-, pra-, tata-, panca-. - Tdk proaktif: tuna- , tri-, dan nita. Awalan

- Mahaa. Bentuk kata adjektif, paling, tahap terbesar, tertinggi, teragung. b. Con: maharani, mahadewa, mahaguru, mahasiswa - Tataa. Khusus u menerbitkan kata nama b. Membawa pengertian, suatu susunan, @ peraturan. c. Con: tatatertib, tatasusila, tatabahasa, tatacara. - Praa. Menerbitkan kata nama b. Membawa pengertian: sebelum @ syarat kpd sesuatu yg mengikutinya. c. Con: prakata, prasyarat, prasejarah, prasiswazah. - Swaa. Menerbitkan kata nama b. Pergertian, sendiri. c. Con : d. swadaya (kekuatan sendiri), e. swasta (berdiri sendiri), f. swatenaga (tenaga sendiri), g. swalayan ( layan sendiri). - Tunaa. Menerbitkan kata nama utk memberi makna tiada @ tdk mempunyai. b. Con: c. Tunaanggota (tanpa anggota)

d. Tunakarya (pengganggur) e. Tunawisma (tiada rumah) - Menerbitkan kata nama - Membawa pengertian bilangan. - Eka (satu), dwi (dua), tri (tiga), panca (lima).

Panca-

- Eka- Dwi- Tri- Contoh :ekabahasa, ekanada, ekamatra(satu dimensi) - Contoh : dwifungsi, dwibahasa - Contoh : tribulan , triwindu ( 3 windu- 24 tahun) - Contoh : pancaindera (5 indera), pancasila ( 5 dasar) Akhiran - -wan - - man a. -Wan, -man, menerbitkan kata nama yg membawa pengertian pelaku sesuatu perbuatan, pekerjaan @ tugas. b. @ pemilik sesuatu sifat @ kepunyaannya.

c. -Man, digunakan pd kata dasar berakhiran i. d. wan, selainnya. e. Con : seniman (pelaku) f. Budiman (pemilik) g. Cendekiawan ( pemilik) h. Hartawan ( pemilik) i. Karyawan (pelaku) - -wati - -nita a. Usaha menimbulkan padanan pd man, dan wan. b. Menimbulkan kategori lelaki, -man, -wan, bagi lelaki. c. wati, -nita: wanita. d. Con : biduanita, karyawanita e. Con : seniwati, angkasawati.
Imbuhan Arab-Parsi

- Bermula sejak kdtgn Islam di tnh Melayu. - Abad ke 13 Masihi. - Agama Islam sbg agama rasmi, memudahkan proses asimilasi bahasa Arab ked lm BM. Awalan(-bi) - bia. bererti, tidak. b. Menerbitkan kata adjektif. c. Con :

d. bi + lazim = bilazim (tidak lazim) e. bi + adab = biadab ( tidak beradab) f. bi+ normal = binormal ( tdk normal) akhiran (-wi, -i, -iah, -in,at,-ah) - -wi, -i a. Menimbulkan kata adjektif b. Mencirikan sifat yg terkandug dlm kata dasar. c. Bersifat kelainan, pggunaannya ditentukan o huruf akhir. d. wi, kata dasar berakhiran vocal. e. i, kata dasar berakhiran konsonan, con : abadi Con : sejarawi, duniawi, manusiawi - -iah a. Membentuk kata adjektif. b. Membawa makna sifat, @ cirri yg trkndg dlm kata dasar. c. Con : alamiah, lahiriah, ilm (u)-> ilmiah, batiniah. - - in, -at, -ah a. Menunjukkan kata nama lelaki dan perempuan b. Con : musyrikin/musyrikat, ustaz/ustazah, mukminin/mukminat, munafik/munafikat, sultan/sultanah.
Imbuhan Yunani-Latin-Inggeris

- Imbuhan asing yg paling banyak di bawa dlm BM. Awalan - Pro-: bersetuju, memihak, menyebelahi sesuatu pihak.
Con: Prokerajaan, probarat, prokomunis,propembangkang.

- Anti-: melawan, membantah, menentang, @ x bersejutu


Con: antikerajaan, antipenjajah, antibiotic, antisosial.

- Poli-: banyak
Con : poliklinik, policakera, polifasa

- Auto-: secara bersendiri


Con: autocarta, autograph, automatic, autonomi.

- Sub-: sebahagian drpd keseluruhan.


Con: subbidang, subkategori, subsistem, subgolongan.

- Supra-:melebihi, mengatasi, merentasi


Con: suprasegmental, supragolongan, suprasistem, suprakelas, supranasional. BENTUK2 AWALAN YG DISERAP DLM BM, BUKAN SBG IMBUHAN, TETAPI SEBAHAGIAN DRPD KATA PINJAMAN. NAMUN BERPOTENSI MENJADI AWALAN DLM PEMBENTUKAN KATA BM:

I. Hetero- : heterograft/heterografi. II. Heksa- : heksagon. III. Hidro-: hidrolisis IV. Homo-: homogenesis V. Hiper-: hiperbola VI. Infra-: inframerah VII. Inter: interneuron VIII. Intra-: intrasel IX. Iso-: isogloss, isomorf X. Kilo-: kilometer XI. Makro-: makroiklim

XII. Meta-: metamatematik XIII. Mikro-: mikrobiologi. XIV. Mili-: millimeter XV. Tele-: televisyen XVI. Multi-: multisel XVII. Neo-: neolitik XVIII. Neuro-: neurootot XIX. Orto-: ortografi XX. Oksi-: oksisfera XXI. Paleo-: paleolitik XXII. Para-: paralinguitik XXIII. Penta-:pentaprisma XXIV. Peri-: perinatal XXV. Perto-: petrokimia XXVI. Feno-: fenotip, fenosalinan XXVII. Foto-: fotosentesis XXVIII. Fito-:fitotoksin XXIX. Pleo-:pleoarus XXX. Super-: supersonik Akhiran - -isme: con-sosialisme, nasionalisme - -ik: fonetik, fonemik, linguistik - -si:klasifikasi, revolusi, potensi

- -al: klinikal, kritikal, leksikal - -is: ekonomis, praktis, kritis.

Pembaharuan dalam bentuk kata


Penggunaan popular

- Dihslkan penulis2 sma ada u siaran dlm media massa, tv, radio, majalah - @ dlm tulisn2 kreatif, spt cerpen, novel, sajak. - Diperkenalkan secara ciptaan sendiri, melalui terjemahan, @ secara ambilan keseluruhan. - Bentuk2 ini mjadi popular dn digunakan umum. - Con: berita gempar, pencakar langit, kenyataan akhbar, pasaran hadapan, kempen.
Perancangan Bahasa yang Rasmi:

- Dilakukan o DBP & IPT. - DBP mnggariskan 7 langkah pembentukan istilah: 1. Penggunaan prkataan yg lazim digunakan dan dikhususkan maknanya, u mendukung makna istilahnya: Con: daya, gaya, garis pusat 2. Penggunaan perkataan yg kurang lazim digunakan: peka, cerakin, mendap, hablur, jisim 3. Penggunaan perkataan bahasa serumpun @ dialek yg lazim digunakan: dermagan, kamir,labor, gambut 4. Penggunaan perkataan bahasa serumpun atau dialek yg sudah tidak lazim digunakan: nyeri, dening, riam, engkabang. 5. Perkataan @ istilah drpn bahasa Inggeris: atom, electron, professional, struktur 6. Penggunaan perkataan @ istilah drpd bahasa lain: ad hoc, de facto, in toto 7. Pemilihan terbaik antara 1-6 di atas, jika terdapat beberapa kemungkinan. 3 syarat perlu dipatuhi:

i. ungkapan yg paling singkat ii. ungkapan yg maknnya x menyimpang iii. ungkapan yg x berkonotasi buruk. iv. Ungkapan yg sdp didengar. Proses pembentukan istilah i. Proses pinjam terjemah ii. Proses pinjaman i) Proses pinjam terjemah - Terbentuk drpd prktaan Melayu jati atau bahasa serumpun - Dgn memberikan makna baharu. - U membawa konsep tertentu, yg sblmnya x ada dlm BM. - 5cara proses pinjam terjemah: i. Terjemah langsung. Con : resistance- rintangan, dose-sukatan, soluble- larut.
ii. penggabungan dua kata umum: -honeymoon = bulan madu -right angle = sudut tepat. iii.Penciptaan kata baharu yg tidak pernah dlm BM bagi mendukung konsep baharu: -up date= kemas kini - configuration = tatarajah iv.peluasan makna sesuatu perkataan, untuk mendukung konsep baharu. Sering juga perkataan2 yg dicpta mengalami perubahan bunyi: - salur lawan salir

- hakis lawan kikis - biji lawan bijirin v.mencipta perkataan baharu dgn gandaan separa, contohny: -radius = jejari -liquid = cecair

ii) Proses pinjaman - Istilah di ambil daripada bahasa asalnya. - Penyesuaian dibuat pd bahagian bunyi dan ejaan. - Ada 2 proses: a) Pengambilan dgn perubahan @ penyesuaian ejaan: Geography geografi. Biology biologi Mathematics- matematik. b) Pengambilan tanpa perubahan ejaan: Magnet magnet Linear linear Hilum hilum Import import Audit audit.

Sistem ejaan Perkataan Baharu


Kata asing yg belun sepenuhnya terserap

- Belum sepenuhnya terserap dlm BM

- Sama ada ketiadaan padanannya ygs esuai @ kerana keinginan mengekalkan bntk asal ats dasar sifat keantarabangsaan penggunaannya. - Dieja n disebut spt kata asalnya. - Con : ad hoc, de factor, in vetro, overdraf, qadi, qari, hadith, protein.
Kata asing yg sepenuhnya terserap:

- Sepenuhnya terserap dari segi sebutan dan ejaannya, - Umumnya dieja dgn mengutamakan bntk tampaknya - Msk ked lm BM , dgn penciptaan istilah - Penulisan kata serapan dibuat dgn kaedah2, pengekalan @ perubahan abjad.
Posted by assyidah at 3:04 AM 1 comments:

saharisaja said...

thanks
November 6, 2011 4:40 PM Post a Comment

Anda mungkin juga menyukai