Anda di halaman 1dari 30

Definisi: 1. Gaya atau cara menggunakan bahasa dalam sesuatu situasi. 2.

Variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan jenis bahasa yang ada pada tiap-tiap pengguna bahasa. -contoh:Jenis bahasa yang digunakan kepada ibu bapa kita dan kepada guru kita. Kesemua elemen bahasa dan ciri-ciri paralinguistik adalah berbeza antara laras dengan laras lain.

Menurut Ure dan Ellis(1997) menganggap laras sebagai jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan. Anggota masyarakat dapat menggunakan beberapa laras dalam situasi sosial yang berlainan Pilihan laras adalah luas,misalnya laras dengan majikan dan laras sewaktu tawarmenawar di pasar.

Situasi luaran:latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa. -contoh:laras bahasa yang digunakan oleh dua orang sahabat dalam situasi formal berbeza dengan laras bahasa yang digunakan dalam situasi tidak formal. b. Jenis bidang:Ayat-ayat dalam laras tertentu mengandungi kata-kata serta ungkapan yang berlainan. -contoh:bidang ketenteraan,sains dan komersial.
a.

i. ii. iii.

Bidang -perkara yang diperkatakan. Tenor -penutur yang terlibat dan hubungan antara mereka. Mod saluran komunikasi sama ada lisan atau bertulis.

Laras Bahasa Iklan Berbentuk Penjualan barang-barang -bentuk bahasa yang digunakan dengan tujuan memperkenalkan barang-barang yang hendak diniagakan. Laras Bahasa Iklan Berbentuk Pemberitahuan dan Fakta -bentuk bahasa yang digunakan untuk penyusunan fakta-fakta yang jelas bagi menyampaikan maklumat secara terperinci.

a. b.

c.

Ringkas dan padat -mudah diketahui oleh para pengguna. Menarik -menarik perhatian pembeli -melariskan jualan Tiada kata-kata yang lewah -membentuk persepsi para pengguna supaya mempengaruhi tindakan mereka dalam membuat keputusan.

Kaedah Memujuk: menggunakan kata-kata yang boleh memujuk pengguna. Kaedah Mengumpun:menggunakan bahasa yang boleh memikat pengguna. Kaedah Perbandingan:menunjukkan kelebihan satu-satu berbanding dengan barang yang seumpamanya di pasaran. Kaedah Pengisytiharan:memberitahu dan memberikan keterangan yang jelas dan menarik kepada pengguna. Kaedah Suruhan:menyuruh dan menggesa pengguna supaya membeli sesuatu barangan.

Kaedah Memujuk: menggunakan katakata yang boleh memujuk pengguna. contoh-kulit wajah anda akan menjadi lebih halus dan licin.
1.

Contoh:jualan penghabisan stok,tawaran sehingga 50%

Contoh:serbuk pencuci X mencuci lebih bersih berbanding dengan jenama yang lain.

Contoh:prestasi kereta yang unggul,melancarkan perjalanan anda.

Contoh:dapatkan peluang bekerja anda sekarang.

Ciri-ciri Laras Sains


Istilah Khusus Kata atau istilah tidak digunakan langsung dalam laras bahasa yang lain. Penggunaannya dalam laras sains kebanyakan merupakan kata nama primer. Penggunaan Perkataan Sebahagian perkataan yang mengungkapkan ilmu sains masih merupakan bahasa umum untuk difahami oleh orang. Penggunaan perkataan dalam laras sains membawa bersama-sama kata penambah tertentu,seperti: awalan bio-.

Penggunaan Ayat Laras sains banyak menggunakan ayat pasif kerana penulisan tidak berbentuk peribadi Kejelasan Laras sains mementingkan kejelasan kerana merupakan hasil penyelidikan dan data yang dikumpulkan dan dianalisis. Mendefinisikan Memberi definisi kepada benda yang konkrit atau idea yang abstrak bertujuan untuk memberikan konsep yang jelas dan tepat.

Peneutralan adalah lengkap apabila bilangan mol ion hidrogen(H-) daripada larutan asid adalah sama dengan bilangan mol ion hidroksida(OH) daripada larutan alkali. Takat ini dalam proses penitratan disebut takat kesetaraan. Takat kesetaraan berlaku pada suatu nilai pH tertentu. Suatu petunjuk seperti fenolftalein atau metal jingga biasanya digunakan untuk mengesan takat kesetaraan.

Kaya dengan penggunaan istilah dan kata-kata yang khusus. Istilah istilah tersebut diberikan tafsiran yang khusus dan spesifik merujuk kepada fasal dan klausa dalam sesuatu akta atau kanun tersebut. Laras undang-undang sukar difahami oleh kebanyakan orang.

Dalam Akta Mahkamah Juvana,1947(Akta 90) juvana ertinya seseorang yang telah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah yang ditetapkan di bawah seksyen 82 Kanun Keseksaan dan di bawah umur lapan belas tahun. Kanak-kanak ertinya seseorang di bawah umur empat belas tahun.

Menyampaikan maklumat kegiatan sukan Bahasa adalah ringkas, bersahaja dan jelas Ada istilah aktiviti sukan Kosa kata mudah difahami

Contohnya:Dalam permainan bola sepak,tendangan percuma akan disebut sebagai tendangan bebas.Tendangan bebas akan diberikan apabila pemain melakukan kesalahan dalam permainan tersebut.

penalti separuh masa kad kuning tendangan kencang pukulan hebat

Berbentuk ilmiah tentang isu ekonomi Ada istilah teknikal ekonomi Tidak mengutamakan struktur ayat Gaya bahasa formal Maklumat jelas dan eksplisit Fakta berdasarkan bukti data dan statistik

Dalam erti ekonomi,kos lepas akan didefinisikan sebagai jumlah keluaran satu barang yang perlu dilepaskan bagi barang yang lain yang dihendaki. Maksudnya,kerajaan bercadang membina hospital dan sekolah,tetapi mengalami kemelesetan ekonomi,oleh itu kerajaan terpaksa melepaskan projek sekolah untuk membina hospital.Jadi,sekolah dikatakan sebagai kos lepas.

Harga saham Pasaran Wang ringgit Kos lepas Kos tetap Kos berubah

Ketidaksamaan yang boleh ditulis dalam bentuk ax + b > 0 atau ax + b 0 dengan a 0, a and b nombor nyata dikenali sebagai ketaksamaaan linear. Contoh ketidaksamaan jenis ini adalah seperti yang berikut: (a) 2x + 1 < 0 (b) X 2 1 (c) x + 2 0 (d) 1 x 0

Laras agama digunakan apabila membicarakan hal-hal yang berhubung dengan ketuhanan, kerasulan, sejarah nabi dan rasul, soal hukum tentang suruhan dan larangan Allah.

Terdapat penggunaan bahasa Arab yang menggambarkan salah satu ciri laras agama Islam.
Selain itu, terdapat penggunaan kosa kata daripada bahasa Arab yang telah disebati dan diterima dalam bahasa Melayu. Laras ini menggunakan bahasa umum yng mudah difahami dan istilah-istilah agama yang telah tersedia dalam al-Quran.

Dari segi bahasa, puasa ialah terjemahan daripada bahasa Arab, iaitu al-saum yang bermaksud manahan diri. Mengikut pengertian syarak pula, puasa bererti menahan diri daripada makan minum dan daripada segala yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Puasa adalah salah satu darupada rukun Islam yang lima. Dalil wajib puasa dapat dilihat dalam Surah al-Baqarah, ayat 183 yang bermaksud:
Wahai mereka yang beriman, diwajibkan ke atas kamu nerpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu daripada daripada kamu. Mudah-mudahan kamu bertakwa.

Anda mungkin juga menyukai