Anda di halaman 1dari 22

DINAMIKA BAHASA MELAYU

Laras Bahasa

DEFINISI LARAS BAHASA


Laras Bahasa ialah sejenis kelainan bahasa yang digunakan berdasarkan oleh sesuatu bidang yang diceburi oleh seseorang. Dalam amalan berbahasa,seseorang pengguna bahasa akan memilih variasi bahasa yang sesuai dengan situasi tertentu. Seseorang pengguna bahasa juga akan menggunakan bentuk bahasa yang sesuai dengan bidang yang diperkatakan.

a.

b.

Menurut Nik Safiah Karim,penggunaan laras bahasa yang berlainan ditentukan oleh 2 faktor iaitu : Keperihalan sesuatu peristiwa bahasa Linguistik

CIRI KEPERIHALAN ~

a.

b.

Dapat dibahagikan kepada 2 jenis,iaitu: Situasi luaran merujuk kepada latar belakang sosial dan kebudayaan pengguna sesuatu bahasa. Situasi persekitaran melibatkan aspek - aspek yang terlibat secara langsung.Antaranya termasuklah:
i. ii. iii. iv.

Cara penyampaian; Bahan yang diperkatakan: Hubungan sosial dan peribadi antara pengguna bahasa;dan Fungsi sosial perlakuan bahasa.

Cara penyampaian merujuk kepada bentuk perhubungan yang digunakan,iaitu sama ada wacana itu disampaikan secara lisan atau tulisan. Bahan yang diperkatakan bermaksud isi kandungan dalam sesuatu wacana atau secara umumnya merujuk kepada bidang yang dibicarakan. Hubungan sosial dan peribadi antara pengguna bahasa merujuk kepada hubungan yang wujud antara penghasil wacana dengan penerima wacana. Fungsi sosial perlakuan bahasa penggunaan bahasa untuk menghasilkan maksud atau perasaan tertentu.

CIRI LINGUISTIK ~
Membezakan laras-laras bahasa dapat ditinjau daripada aspek bunyi,kosa kata,frasa,dan ayat. Sesuatu laras bahasa juga dapat dilihat daripada aspek ayat.Dalam hal ini,aspek ayat yang terlibat termasuklah jenis,ragam,dan susunan ayat. Sebagai contoh,laras undang-undang banyak menggunakan ayat majmuk campuran yang penuh dengan frasa dan klausa penerang serta keterangan.Laras bahasa klasik pula banyak menggunakan jenis ayat majmuk yang panjang serta berbelit-belit,ragam ayat pasif,dan susunan ayat songsang.

JENIS-JENIS DAN CIRI-CIRI LARAS BAHASA :


Laras Bahasa Biasa Laras Bahasa Sains Laras Bahasa Ekonomi Laras Bahasa Undang-undang Laras Bahasa Agama Laras Bahasa Sukan Laras Bahasa Sastera(Kreatif) Laras Bahasa Perniagaan/Iklan Laras Bahasa Akademik Laras Bahasa Media Massa

LARAS BAHASA BIASA


Laras yang tidak melibatkan bidang tertentu. Antara cirinya,termasuklah penggunaan kosa kata dan tatabahasa yang mudah difahami,iaitu tiada istilah teknikal dan kurang kata pinjaman.Struktur ayatnya mudah,ringkas,dan padat. Terbahagi kepada :
i. ii.

Laras bahasa biasa formal Laras bahasa biasa tidak formal

Laras bahasa biasa formal digunakan dalam majlis rasmi,surat kiriman,dan sebagainya. Laras bahasa biasa tidak formal - digunakan dalam situasi tidak rasmi.Dalam laras tersebut,proses pengguguran berlaku dalam ayat-ayat yang diucapkan,sama ada pengguguran subjek,predikat,atau objek. Selain itu,bahasa yang digunakan ialah bahasa basahan. Contohnya:
a. b.

Pembeli :Ikan sendiri bela,sendiri tangkap,sendiri jual,apa pasal banyak mahal? Peniaga :Encik mau ingat,bela punya ikan mau kasi makan.Sekarang,ikan punya makan banyak mahal .Lagi,saya bukan tangkap sendiri,saya upah orang.

LARAS BAHASA SAINS


Wacananya disampaikan secara formal dan objektif. Segala maklumat yang diberikan berdasarkan kajian dan fakta. Wacana ini juga memperlihatkan penggunaan perkataan yang tepat dengan meninggalkan katakata yang mubazir. Kebanyakan kata yang digunakan kata nama manakala kata adjektif jarang-jarang digunakan. Selain itu,wacana ini juga menggunakan kosa kata dan formula/rumus yang berkaitan dengan bidang sains.

LARAS BAHASA EKONOMI


Memperlihatkan Kerapian susunan maklumat . Maklumatnya disampaikan secara jelas atau eksplisit,iaitu setiap fakta yang diberikan benarbenar berdasarkan bukti dalam bentuk data dan statistik. Wacananya ditandai dengan kosa kata dan istilah ekonomi seperti eksport,lebihan dagangan,tahap tertinggi,melonjak,perdagangan antarabangsa,industri,jumlah dagangan,dan sebagainya.

LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG


Terdapat dalam teks yang berkaitan dengan perundang-undangan. Teks undang-undang mengandung prinsip undangundang dan biasanya berbentuk akta yang terbahagi kepada bahagian dan seksyen. Pada sesuatu seksyen,terdapat pula pecahan atau subseksyen. Ia juga mengandung frasa sendi nama yang tidak digunakan dalam bidang teknikal lain. Selain itu,wacana undang-undang tidak menggunakan gambar atau graf untuk menjelaskan aspek undang-undang tertentu.

LARAS BAHASA AGAMA


Mengandung istilah agama daripada bahasa Arab. Struktur ayatnya banyak dipengaruhi oleh struktur bahasa Arab. Wacana ini digunakan untuk menerangkan sebarang topik yang ada kaitannya dengan agama,termasuklah tentang akidah,fiqah,kisahkisah Nabi dan para sahabat,serta kadangkala diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan Hadis. Wacana ini kerap menggunakan kias ibarat.

LARAS BAHASA SUKAN


Biasanya disampaikan dengan gaya yang bersahaja dan jelas. Menggunakan kata-kata umum yang mudah difahami. Wacana ini juga diselitkan dengan kosa kata berkaitan dengan sukan atau bidang sukan tertentu seperti menang,tewas,suku akhir,dan sebagainya.

LARAS BAHASA SASTERA(KREATIF)

a.

b.

c. d. e.

Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif. Terdapat bentuk naratif,deskkriptif,preskriptif,dramatik,dan puitis. Antara cirinya terdapat: Kreatif dan imaginatif mesejnya kabur; Mementingkan penyusunan,pengulangan,dan pemilihan. Puitis dan hidup Menggunakan bahasa tersirat Terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.

LARAS BAHASA PERNIAGAAN/IKLAN


Digunakan dalam iklan,tender,sistem akaun,laporan saham,penyata tahunan,dan sebagainya. Merupakan bahasa pengaruhan dan bertujuan membentuk tanggapan pengguna. Retorik yang dipakai dalam iklan ialah retorik pemujukan. Banyak menggunakan kata adjektif serta ayat yang pendek dan ringkas.Bahasa digunakan bersifat kreatif dan imaginatif. Mementingkan penyusunan dan pemilihan kata tetapi tidak mementingkan tatabahasa.

Iklan dapat dihasilkan melalui beberapa cara,iaitu: a) Slogan b) Kaedah penyataan c) Perkaitan konsep d) Perisytiharan e) Kaedah umpan f) Mesra g) Bandingan h) Gesaan i) Pertanyaan

LARAS BAHASA AKADEMIK


Digunakan dalam bidang ilmiah seperti sains tulen,matematik,bahasa,teknologi maklumat dan komunikasi,geologi,politik,dan sejarah. Ciri-ciri terdapat: a. Memperlihatkan kematangan dan keintelektualan; b. Menggunakan perkataan yang tepat,iaitu tiada perlambangan dan bunga-bunga bahasa; c. Menyediakan nota kaki,nota hujungan,dan bibliografi; d. Memanfaatkan istilah-istilah;

a. b.

c.
d.

e.

Ciri lain juga terdapat: Sukar difahami oleh orang biasa: Banyak menggunakan kata nama dan kata kerja daripada kata adjektif. Bersifat formal dan objektif; Menggunakan sudut pandangan orang ketiga yang biasanya dibantu oleh ragam ayat pasif;dan Mengutamakan wacana pemaparan,penghuraian,dan perbincangan.

LARAS BAHASA MEDIA MASSA


Digunakan dalam penulisan berita atau rencana tentang isu semasa. Rencana ialah karangan yang memberikan ulasan tentang sesuatu isu semasa. Berita pula bertujuan memberikan maklumat tentang sesuatu kejadian. Antara cirinya: a. Bentuk ringkas ,kandungan maksimum; b. Tidak mementingkan gaya dan nahu; c. Menitikberatkan ketetapan,kejituan,dan keringkasan;dan d. Kandungannya berbentuk piramid terbalik.

Berita mengandung judul dan teks. Judul berperanan memperkenalkan apa-apa yang ada dalam teks berita. Judul berita disampaikan dalam 3 bentuk,iaitu: a. Ringkasan b. Tafsiran c. Petikan

Anda mungkin juga menyukai