Anda di halaman 1dari 13

YAB PERDANA MENTERI

PENERBANGAN TAMBANG MURAH


MENGUNTUNGKAN PENGGUNA

Terima kasih Tuan Yang Dipertua Dewan, rakan-rakan


seperjuangan yang berkarisma delegasi kerajaan, proksi
pembangkang yang dimuliakan, seterusnya saf-saf
perwakilan dan hadirin hadirat yang saya hormati
sekalian. Salam perpaduan, salam perdebatan, salam
kelestarian bumi Tuhan.

Tuan Yang Dipertua,


Pada hari ini, sidang parlimen menyaksikan pro dan
kontra bagi membahaskan usul perwakilan kerajaan iaitu
PENERBANGAN TAMBANG MURAH MENGUNTUNGKAN
PENGGUNA.

Selaku pihak pencadang, kami berlima-lima di barisan


delegasi kerajaan bersepakat tanpa kompromi
menyokong 100% usul perbahasan pada hari ini
DITERIMA.

Sidang perwakilan dan kabinet kerajaan,


Selaku Perdana Menteri di barisan kerajaan, terlebih
dahulu izinkan saya memberikan pendefinisian

1
berkenaan usul. Berpaksikan pada bukti-bukti yang
konkrit secara KONSEPTUALNYA

Frasa PENERBANGAN TAMBANG MURAH bermaksud


SATU KONSEP YANG AGAK BARU DALAM
PERKHIDMATAN KAPAL TERBANG. TUJUAN UTAMA
IALAH KOS TAMBANG YANG MURAH. SUATU KETIKA
DAHULU KAPAL TERBANG DIANGGAP SEBAGAI GAYA
HIDUP MEWAH DAN TENTUNYA GOLONGAN ELIT
SAHAJA YANG MAMPU MENAIKINYA, KINI SEMUA
ORANG BOLEH MERASAINYA. WALAU
BAGAIMANAPUN, PENERBANGAN TAMBANG MURAH
BUKANLAH BERMAKSUD KITA MEMILIH
PERKHIDMATAN TIDAK BERKUALITI ATAU TIDAK
SELAMAT SEMATA-MATA UNTUK MURAH. KUALITI DAN
KESELAMATAN TETAP MENJADI KEUTAMAAN. CUMA,
PENERBANGAN TAMBANG MURAH HANYA
MEMERLUKAN KITA MEMBAYAR BAGI SERVIS YANG
KITA PERLUKAN SAHAJA. KITA TIDAK PERLU
MEMBAYAR KOS MAKANAN DAN KOS MUATAN JIKA
KITA HANYA MAHU MEMBAWA SEBUAH BEG
SANDANG. MENGAPA PERLU BAYAR LEBIH?

Rangkai kata MENGUNTUNGKAN pula kami katakan


SESUATU YANG BESINONIM DENGAN MENDATANGKAN
UNTUNG, MENDATANGKAN LABA, MEMBERI
KEMEWAHAN, MEMBERI REZEKI, BERSINONIM
DENGAN MERUGIKAN. BERSINONIM DENGAN
BERGUNA, BERHARGA, DAN TINGGI NILAINYA.
2
BERSINONIM JUGA DENGAN MEMBAHAGIAKAN,
MEMANFAATKAN, MENYENTOSAKAN,
MENYENANGKAN, MEMBERI RAHMAT, MEMAKMURKAN
DAN MENGAMANKAN. BERANTONIM DENGAN
MENYIALKAN.

Rangkai kata PENGGUNA membawa maksud


SESEORANG INDIVIDU YANG MEMBELI BARANG DAN
PERKHIDMATAN UNTUK KEGUNAAN ATAU
PENGGUNAAN DIRI, RUMAH TANGGA ATAU ISI RUMAH
ATAU APA-APA SAHAJA YANG DIHASILKAN DALAM
EKONOMI

Dalam isu PENERBANGAN TAMBANG MURAH


MENGUNTUNGKAN PENGGUNA, teringat pula saya
akan sebuah filem Melayu yang bertajuk Siapa Besar
lakonan seniman Ahmad Nisfu, Udo Umar, Mat
Sentul, Wahid Satay, Anita Sarawak dan beberapa
orang lagi yang saya tidak ingat namanya. Filem
yang berkisar mengenai dua buah kedai jahit yang
bersaing mempromosi syarikat masing-masing.
Persaingan antara Kulup Kecil dengan Kulup Besar.
Masing-masing merendahkan harga, memberikan
potongan harga, sampai akhirnya ‘percuma’.
Penghujungnya yang mendapat faedah ialah
pelanggan. ITULAH KONSEP SEBENARNYA
PENERBANGAN TAMBANG MURAH MENGUNTUNGKAN
PENGGUNA.
3
Tuan Yang Dipertua dan barisan pembangkang yang
dimuliakan,

Selesai sudah pentakrifan usul kita hari ini. Ingin kami


tegakkan pendirian kami barisan kerajaan secara
konsensus , memantapkan kedudukan secara strategik
dan pragmatik PENDIRIAN kami bahawa usul
PENERBANGAN TAMBANG MURAH MENGUNTUNGKAN
PENGGUNA perlu DITERIMA. Kecuali pihak
pembangkang boleh membuktikan perkara sebaliknya.
Janganlah pihak pembangkang bermimpi di siang hari
sehingga ghairah menafikan suatu kenyataan yang utuh
dan jitu ini. Hal ini demikian kerana PENERBANGAN
TAMBANG MURAH MENGUNTUNGKAN PENGGUNA.

Oleh itu, strategi kerajaan sudah tentu melihat kepada


kata kunci PEMANGKIN yang akan dihuraikan kepada 3
aspek menjadi hujah dan pembawaan kami di barisan
kerajaan.
1. DARI ASPEK SEMUA ORANG MAMPU
MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN
UDARA
2. DARI ASPEK MENJANA EKONOMI NEGARA YANG
MENGUNTUNGKAN PENGGUNA.

4
3. DARI ASPEK MENIKMATI PERKHIDMATAN YANG
LEBIH BERKUALITI DAN MENGUNTUNGKAN.
Seterusnya, izinkan saya sebagai PERDANA MENTERI
yang membawa panji-panji kebenaran untuk
menyatakan peranan ketiga-tiga barisan kerajaan hari
ini.

Tuan Yang Dipertua,

Selaku PERDANA MENTERI di pihak kerajaan, saya


bertanggungjawab untuk meyakinkan dewan dengan
membawakan hujah yang pertama dan saya melakukan
sesi penggulungan.

Berdirinya YB MENTERI KEDUA pula akan membidas


menteri pertama pembangkang dan membincangkan
dua hujah yang berikutnya.

YB MENTERI KETIGA kerajaan pula akan membidas


semua hujah rapuh pihak pembangkang agar terungkai
segala kesangsian dan kekeliruan yang ditimbulkan.

Barisan Pembangkang dan perwakilan sekalian,

Seterusnya kita meniti pula hujah kami yang pertama di


bawah lembayung kata SEMUA ORANG MAMPU

5
MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN
UDARA.

Tan Sri Tony Fernandes, Pengasas Air Asia Sdn Bhd


berkata, idea untuk menubuhkan syarikat penerbangan
datang secara spontan semasa beliau berada di
London, ketika menonton televisyen.

“Saya tertarik melihat iklan sebuah syarikat


penerbangan tambang murah, Easyjet. Kemudian saya
bergegas ke Lapangan Terbang Luton di London dan
menghabiskan masa selama dua hari di sana. Saya
tertarik dengan konsep perniagaan itu dan bercadang
untuk memperkenalkan perkhidmatan itu di Malaysia
dan menyimpan impian untuk mengembangkan konsep
itu di rantau Asia.”

Tambahan pula, beliau mendapat tahu bahawa hanya 6


peratus rakyat Malaysia sahaja yang pernah menaiki
kapal terbang. Peratusan yang sangat sedikit itu
membuatkan beliau berfikir. Beliau berkata, “saya kenal
rakyat di negara saya. Pertama, jika kita meletakkan
harga yang rendah, mereka sanggup membahayakan
nyawa mereka. Kedua, semua orang suka melancong,
tetapi kebanyakan orang membelanjakan kos yang
melebihi gaji sebulan untuk melancong di dalam
negara.”
6
Beliau berkata lagi, “saya berpendapat bahawa apabila
kita memulakan sebuah perniagaan, perkara paling
penting ialah sama ada terdapat permintaan atau tidak.
Saya tahu pasaran menginginkannya. Jika ianya benar,
semua perkara dapat diatasi kerana kuasa permintaan
itu lebih kuat.”

Kini, penerbangan tambang murah banyak


mendatangkan manfaat kepada rakyat Malaysia.
Golongan pelajar, misalnya tidak mempunyai masalah
untuk membeli tiket kapal terbang untuk melaporkan diri
di universiti dan kolej di seluruh negara bagi
meneruskan pengajian. Rakyat dari Sabah dan
Sarawak, naik kapal terbang bagaikan naik bas di
bandaraya Kuching mahupun Kota Kinabalu. Tambang
kapal terbang lebih murah atau sama nilainya dengan
tambang bas dari Kuching ke Sibu atau dari Kuching ke
Miri. Semua orang mampu!

Pelbagai urusan masyarakat dengan jabatan-jabatan


kerajaan dapat diselesaikan dengan begitu mudah
dengan adanya penerbangan tambang murah, Tun Dr
Mahathir (2007). Rakyat dari seluruh negara boleh
sampai ke Putrajaya pada waktu pagi dan balik semula
ke tempat mereka pada sebelah petang atau esok hari
menggunakan pengangkutan udara. Mereka tidak perlu
7
menunggu lama untuk menyelesaikan kes-kes tertentu
seperti pendaftaran kelahiran lewat di Jabatan
Pendaftaran Negara dan sebagainya. (Tun Abdullah
Ahmad Badawi, 2005)

Pengarah Urusan MAS, Idrus Jala, pernah berkata


Tambang Firefly bermula dari RM9 seorang, lebih sedikit
dari harga sepinggan nasi kandar. Dengan harga
tambang AirAsia serendah 30 sen satu hala, apa lagi
pengguna mahu? Menurut aktivis konsumer V.
Supramaniam, perang harga antara MAS, Air Asia,
Malindo Air dan Firefly serta yang terbaharu Riyani Air
sangat baik untuk pengguna. Semua orang mampu naik
kapal terbang! Bukan seperti dahulu, hanya orang kaya
dan kakitangan kerajaan yang berkursus sahaja yang
berpeluang naik kapal terbang.
Tuan Yang Terutama Tan Sri Pehin Sri Haji Abdul Taib
Mahmud, rakyat Sarawak mendapat manfaat yang
banyak dengan adanya penerbangan tambang murah
apabila berlakunya penghijrahan anak-anak muda ke
tanah Semenanjung meningkat secara drastik untuk
bekerja dalam pelbagai sektor terutamanya perkilangan
dan pembinaan. Kira-kira 13% daripada penduduk
negeri Johor merupakan rakyat Sarawak. Situasi ini
berlaku kerana mereka mampu membeli tiket
penerbangan untuk membawa rakan-rakan dan keluarga
8
mencari pekerjaan demi membaiki taraf hidup. Realiti ini,
memang terjadi dan terbukti.
Wartawan Utusan Malaysia, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
sejak MAS melancarkan kempen 'Tambang Murah
Setiap Hari' bermula 5 Mei 2008 lalu dan memperluas
pula ke laluan antarabangsa terutamanya ke negara
ASEAN bagaikan satu bonus kepada orang ramai yang
sebelum ini berkira-kira untuk melancong kerana harga
tambang penerbangan yang mahal. Sewaktu harga
bahan keperluan utama kehidupan seperti beras, petrol,
gula, tepung dan sebagainya naik, ada jugalah
kesempatan untuk rakyat Malaysia menghilangkan
‘stres’ untuk terbang pergi bercuti ke destinasi pilihan
keluarga masing-masing. “Viva MAS!” “Viva AirAsia!”
“Now everybody lets fly.”
Penerbangan Tambang Murah Menguntungkan
Pengguna kerana urusan-urusan kerajaan menjadi lebih
lancar dan berkesan. Kini, penerbangan dari Kuala
Lumpur ke Sibu dilakukan sebanyak 6 kali sehari. Oleh
itu, pengguna tidak perlu menunggu waktu yang lama
untuk terbang kerana secara puratanya setiap 2 jam 30
minit ada satu penerbangan akan dilangsungkan.
Pengguna boleh merancang waktu. Bagi kakitangan
kerajaan terutamanya golongan guru yang perlu
berkursus, mereka masih boleh mengajar pada sebelah
pagi dan terbang pada sebelah petang kerana terikat
9
dengan konsep MMI, yakni Melindungi Masa
Instruksional (Bekas Pengarah Pendidikan Sarawak,
Encik Abdillah Adam)
Nama Datuk Seri Anthony Fernandes cukup tersohor
sebagai ikon dunia penerbangan komersil pada hari ini.
Beliau mampu memimpian syarikat AirAsia sehingga
diiktiraf sebagai penerbangan tambang murah terbaik di
dunia. AirAsia cukup sinonim dengan slogan “Now
Everyone Can Fly” — (Kini Semua Orang Boleh
Terbang). Perkataan ‘semua’ bermaksud tiada yang
tertinggal. Oleh itu, bagi merealisasikan matlamat itu,
AirAsia cukup bertungkus lumus menyediakan pebagai
kemudahan dan merendahkan tambang supaya semua
orang dapat ‘terbang’. Hasilnya hampir semua orang
mampu terbang hingga ke hari ini. Terima kasih Datuk
Seri Tony Fernandes! Dahulu, jika si anak pergi ke
Semenanjung Malaysia untuk bekerja atau melanjutkan
pelajaran, hanya surat jadi pengubat rindu bagi si ayah
dan si ibu. Kini, jika rindu, klik sahaja laman web MAS,
Air Asia, atau Malindo Air, tengok harga tiket dan beli,
esok datanglah ibu, muncullah ayah di depan mata!
Hubungan kekeluargaan tidak terjejas walaupun kita
bekerja jauh beribu batu. Inilah nikmat dan keseronokan
dengan adanya penerbangan tambang murah.
Nikmat yang diperoleh daripada penerbangan tambang
murah ialah integrasi wilayah dapat diperhebat. Jika
10
dahulu, hubungan penduduk di tanah semenanjung
dengan borneo bagaikan terlalu jauh, kini segala-
galanya amat mudah dengan adanya penerbangan
tambang murah. Segala syak wasangka dan curiga
dapat dikikis dari jiwa apabila kita datang sendiri dan
melihat sendiri, cara hidup dan adat resam antara
sesama (Bekas Menteri Kesenian, Budaya dan
Warisan, Datuk Seri Rais Yatim) Dengan adanya
tambang yang murah, rakyat Perlis mampu ke Sabah
manakah rakyat Sabah mampu ke Perlis, mampu ke
Kedah.

Anirban Chowdhury, penulis The Econimic Times


menyatakan penerbangan tambang murah seperti Air
Asia memberi peluang kepada segenap lapisan
masyarakat merasai keseronokan melihat indahnya
awan di udara. Dengan adanya peluang ini mereka
mampu menjelajah sekurang-kurangnya di negara
sendiri dengan lebih mudah dan murah. Hidup menjadi
lebih bermakna dan lebih ceria. Masalah harga tiket
bukanlah masalah utama, luangkan sedikit masa,
terbanglah ke mana-mana untuk memulihkan semangat
yang kian pudar agar kembali bercahaya dan bersinar.

The Wall Street Journal bertarikh 08.08.2015 pernah


melaporkan tentang kelebihan penerbangan tambang
murah kepada pengguna daripada aspek rekreasi
11
minda. Urusan beli belah jadi lebih mudah. Pada hujung
minggu, kita boleh beriadah ke destinasi-destinasi yang
diingini. Pergi petang Jumaat dan balik pada hari Ahad.
Isnin boleh bekerja semula. Ini memang menguntungkan
pengguna.

Pengguna untung kerana tidak perlu membayar lebih.


Mereka boleh tidur sepanjang perjalanan tanpa perlu
dikejutkan oleh kabin krew untuk makan kerana kos
makanan tidak dimasukkan dalam kos tambang
pengangkutan. Makanan dan minuman akan dijual atau
ditempah terlebih dahulu sebelum penerbangan. Jadi, ini
lebih jimat bagi pengguna. Mereka juga tidak perlu
menanggung kos bagasi yang banyak. Kos bagasi boleh
dibeli sendiri mengikut kemampuan. Bagi yang tidak
mampu, guna sahaja beg sandang. Oleh itu, kos
penerbangan boleh dikurangkan. Pengguna hanya
membayar mengikut keperluan mereka sahaja.

Maka saya tegakkan kembali kes dan pendirian kami di


barisan kerajaan, betapa kami percaya dan yakin DARI
ASPEK SEMUA ORANG MAMPU MENGGUNAKAN
PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN UDARA. Saya
mohon agar usul yang diperdebatkan pada hari ini
diterima. Mohon untuk terus mencadang.

12
13

Anda mungkin juga menyukai