Anda di halaman 1dari 7

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak 1.

6 juta penjawat awam


supaya bangkit semula melakukan perubahan dalam usaha memaju dan
membangunkan negara.

Perdana Menteri berkata tidak seperti pada waktu sebelum ini, ekonomi negara
berada dalam keadaan kemerosotan dan ketidakstabilan yang dikatakan ada
kaitan dengan kelemahan pimpinan kerajaan terdahulu.

"Saya harap ini satu permulaan baru...negara ini memerlukan perubahan untuk
ke tahap yang pernah kita capai dulu malangnya merosot balik ekonominya,
baik kestabilannya ataupun disiplinnya.

"Tentunya Tan Sri Peguam Negara (Idrus Harun) tahu mengenai pelanggaran
hukum termasuk isu-isu penyelewengan dan rasuah yang kadang-kadang juga
ada kaitannya kerana kelemahan pimpinan serta kaitannya dengan peringkat
penjawat awam.

DISYORKAN UNTUK ANDA

 Anwar tolak guna Mercedes S600 dibeli JPM


 Perdana Menteri lebih selesa guna Toyota Camry
 Saudara nak persoal saya tak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah - Anwar
Ibrahim
 Usah 'pisang berbuah 2 kali', kecewakan penjawat awam - CUEPACS

"Jadi saya ambil kesempatan ini untuk mengajak saudara dan saya merayu
supaya bersama dalam minat, semangat untuk membawa islah atau perubahan
ke arah kebaikan," ketika berucap pada perhimpunan bulanan di Dataran
Perdana Putra di Putrajaya hari ini.

Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM)


itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Ahli Parlimen Tambun itu juga diajak untuk bersama-sama pentadbiran


Kerajaan Perpaduan dalam usahanya membawa perubahan ke arah kebaikan
dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) pada Majlis Perjumpaan Perdana
Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan November 2022 di
Dataran Perdana Putra, Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA
Beliau berkata, ia berikutan sebarang usaha ke arah kebaikan yang ingin
dibawanya tidak mungkin berjaya jika tunggak dan pimpinan tertinggi
perkhidmatan awam tidak sepenuhnya bersama beliau dalam pentadbiran.

Perkhidmatan awam, katanya, seharusnya bebas, bersikap profesional serta


terikat kepada semangat ikrar perkhidmatan untuk menjadi manusia yang
berguna kepada keluarga dan masyarakat.

"Saya manfaatkan waktu ini untuk menyeru dan merayu kerana saya tahu
kelemahan pimpinan ini kadang-kadang dia terlalu yakin. Dia merasakan hanya
berjaya dengan arahan tetapi tidak menjadikan contoh yang baik.

"Jadi kita harus bersama-sama bertekad untuk berbuat sesuatu," katanya.

Perdana Menteri juga berharap semua kepemimpinan tertinggi dalam


perkhidmatan awam dapat memahami bahawa keadaan tidak lagi sama seperti
sebelum ini, sebaliknya ia perlu berubah dan ia hendaklah bermula daripada
pemimpin dalam kementerian dan jabatan kerajaan itu sendiri.

"Kita berharap semua kepemimpinan penjawat awam bekerja dan berdisiplin


selain menganggap semua kelonggaran dan kecuaian yang berlaku sebelum ini
sebagai sejarah lama. Bukan maksud saya untuk mengorek kisah lama. Tidak.
Saya tidak berminat," katanya.

Pada masa sama, Anwar berkata, beliau akan menasihati rakan dalam Kabinet
yang bakal dipilih untuk menghormati pengalaman dan pandangan daripada
penjawat awam.

Katanya, andaian bahawa beliau sebagai Menteri Kewangan tidak akan dapat
dicapai tanpa tunggak perkhidmatan awam yang membantu.

Beliau berkata, pengalamannya di Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian


Pertanian, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan
membolehkannya mendapat manfaat termasuk mendengar pandangan
daripada penjawat awam terutama mereka yang mempunyai pengalaman yang
lama dalam pengkhususan masing-masing.

"Kalau pun saya membuat cadangan balas atau teguran hanya selepas saya
menghadam apa yang berlaku berdasarkan kepada pengalaman mereka.
Kepintaran kita, kecekalan kita, minat kita tidak akan sama dengan
pengalaman.

"Sebab itu saya akan menasihatkan juga rakan-rakan yang akan dipilih sebagai
Menteri insya-Allah dalam masa singkat, masih di zaman gelora ini, untuk
menghormati proses itu," katanya.

Justeru, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa sistem tunggak


perkhidmatan awam akan kekal tetapi dengan niat dan hasrat mengangkat
martabat insan dan perkhidmatan.
Teladan kepimpinan Anwar beri isyarat
baharu buat penjawat awam
ANWAR Ibrahim bersalaman dengan penjawat awam selepas
Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri
(JPM) di Bangunan Perdana Putra baru-baru ini.- UTUSAN/FAISOL
MUSTAFA

 Oleh Meja Rencana


 2 Disember 2022, 9:00 am
 
 
 
 

SAUDARA PENGARANG,

PENJAWAT awam sebagai pelaksana segala dasar-dasar awam sentiasa


tertakluk kepada arahan dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh
kerajaan yang memerintah.

Rekod pencapaian penjawat awam begitu membanggakan dengan upah


yang kecil serta cengkaman kenaikan harga barangan dan perkhidmatan
secara mendadak, mereka masih boleh meningkatkan penyampaian
perkhidmatan mengikut arahan majikan tanpa mempersoalkannya.

Penjawat awam khususnya pada sepanjang masa adalah terikat kepada


Pekeliling Perkhidmatan, etika Rules of Law yang dikeluarkan. Surat Akur
Janji dan Perintah Am merangkumi disiplin, tata cara kewangan dan
undang-undang yang berkuat kuasa mengikat mereka.
Peringatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadikan garis
panduan baharu dalam tata kelola pentadbiran, penjimatan lebih
konsisten bagi menghadapi kegawatan ekonomi yang dijangka berlaku
pada tahun hadapan.
Sementara kakitangan awam tekun dan rajin bekerja akan berusaha
mengadakan hubungan dengan negara-negara lain bagi membawa
masuk pelaburan ke dalam negara ini. Pelabur amat penting bagi
menyuburkan ekonomi negara agar lebih menyerlah seperti suatu ketika
dahulu hingga kita mampu digelar gergasi ekonomi Asia. Banyak peluang
pekerjaan dapat disediakan dengan inisiatif diberikan bagi menarik
pelabur dan insentif yang boleh menarik mereka ke negara ini.

Penjimatan boleh dilakukan merentasi Kerajaan Persekutuan dan negeri,


saiz Kabinet Persekutuan yang lebih kecil membolehkan seorang menteri
bertanggungjawab kepada beberapa kementerian yang boleh
digabungkan. Ini dijangka dapat menjimatkan perbelanjaan yang dibayar
melalui perbendaharan negara, sementara Anwar sendiri sudah isytihar
tidak akan mengambil wang gaji dan hanya bergantung kepada elaun ahli
Parlimen sebagai saraan.

Ketetapan penggunaan kereta rasmi pula kepada kenderaan sedia ada


yang jauh lebih rendah selenggaraannya berbanding Mercedes Benz
S600.
Contoh kepimpinan yang ditunjukkan memberi isyarat baharu bahawa
pemimpin lain serta warga perkhidmatan awam untuk mengambil teladan
daripadanya.

Syabas diucapkan kepada Anwar. Semoga Malaysia terus maju di bawah


pimpinan yang berwawasan serta menunjukan teladan yang baik kepada
semua. Semoga perkhidmatan awam terus memberikan perkhidmatan
yang terbaik kepada rakyat.-UTUSAN

Anda mungkin juga menyukai