Anda di halaman 1dari 5

Tamadun secara umumnya diertikan pembangunan,perubahan, kemajuan dan peradaban

yang dicapai oleh sesuatu bangsa atau kaum di dunia. Isitilah tamadun juga ditakrifkan sebagai
keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan
serta perkembangan pemikiran yang tinggi perabadannya.

Pada amnya, masyarakat India boleh dibahagikan kepada dua golongan besar
berdasarkan kepada keluarga bahasa, iaitu pertama, orang Indo Arya dan kedua, orang Dravidia.

Orang Indo Arya dan orang Dravidia memiliki tradisi kebudayaan masing- masing.
Pertembungan antara kedua-dua golongan budaya yang berbeza sejak beberapa kurun sebelum
masihi lagi telah melahirkan suatu budaya yang dikongsi bersama, dan budaya serta tamadun
itulah dianggap sebagai tamadun India.

Berdasarkan kedua- dua video yang telah disediakan jelas menunjukkan bahawa sistem
kekeluargaan tamadun india masih releven.
Keluarga merupakan unit asas dan terkecil dalam struktur masyarakat India. Tujuan mendirikan
keluarga adalah untuk mendapatkan teman sokongan dari segi fizikal dan rohani serta untuk
mendapatkan atau melahirkan anak sebagai penyambung zuriat (keturunan).

Dalam masyarakat India, sistem keluarga yang biasa diamalkan ialah keluarga bersama
(joint-family). Keluarga bersama dibentuk oleh keanggotaan semua anggota lelaki yang
seketurunan, isteri-isteri serta anak-anak mercka yang masih belum berkahwin. Anak perempuan
yang sudah berkahwin akan menjadi anggota keluarga suaminya dan bilangan anggota keluarga
bersama adalah tidak terhad.

Di dalam kedua –dua video ini, jelas menunjukkan pengamalan “Joint- Family” masih
di amalkan oleh kedua keluarga ini di mana dalam video Deepavali oleh Perodua , Ibu mentua
dari sebelah pihak merayakan Deepavali bersama keluarga anak lelakinya serta anak perempuan
yang belum berkahwin masih lagi tinggal bersama ibbu dan bapa mereka.

Manakala dalam video Marukku pula si ibu adalah merupakan tanggungjawab si anak
lelakinya.

Sistem keluarga ini disokong oleh semangat kepentingan bersama dan harta benda
keluarga merupakan milik bersama. Perpaduan keluarga dipelihara dengan nilai kasih sayang
yang murni dan kepentingan setiap anggota keluarga dijaga.

Ini termasuklah anggota keluarga yang tidak berkeupayaan untuk bekerja kerana usia
tua, menghidap penyakit, kecacatan anggota dan sebagainya. Dengan ini nilai keprihatinan dapat
disemaikan dalam sesuatu keluarga bersama.

Di dalam video Deepavali oleh Perodua ini jelas menunjukkan bahawa nilai menghormati orang
tua amat di titik beratkan oleh keluarga ini di mana mereka akur dengan arahan daripada ibu
ataupun nenek mereka untuk melakukan persiapan sebelum menjelangnya perayaan Deepavali.

Seterusnya keluarga ini juga masi mengamalkan kepercayaan serta budaya masyarakat
India walaupun mereka mengamalkan cara hidup yang moden dan kepercayaan serta budaya ini
diturunkan kepada generasi muda kerana hubungan nenek dengan cucu mereka adalah erat.

Jelas ditunjukkan dalam video Deepavali oleh Perodua keluarga ini masih
menitikberatkan kepercayaan serta budaya masyarakat Inidia dimana keluarga ini mengamalkan
mandi minyak pada pagi perayaan Deepavali.
Selain itu juga budaya tolong menolong dan kerjasama tanpa mengira usia dalam
keluarga India ini juga masih utuh di mana di dalam kedua –dua video Deepavali oleh Perodua
dan Murukku (Deepavali 2017 Short Films) jelas menunjukkan mereka tolong menolong
mengemas rumah untuk persiapan sebelum menyambut Deepavali dan membuat hiasan rongoli.

Selain itu, walaupun kedua-dua keluarga dalam kedua video ini telah menjalani cara kehidupan
moden namun mereka masih mengekalkan tradisi masyarakat India dima wanita mereka masih
menghidangkan Marukku dan juga memakai Sari bagi kaum wanita manakala kaum lelaki
memakai kurta.
Nilai-nilai murni masyarakat India Masyarakat India kebanyakannya beragama Hindu. Bagi masyarakat
India keluarga merupakan unit asas dan terpenting. ( Azhar Hj. Md Aros dan Azharuddin Mohd Dali 10
2000 : 164). Masyrakat India juga mengamalkan sistem keluarga bersama (joint family). Apa yang
penting dalam masyarkat India ialah konsep terse but yang membentuk keperibadian dan jati diri
masyrakat India agar bertindak mengikut lunas-lunas yang dibenarkan oleh ajaran agama mereka.
Keluarga bersama dibentuk oleh keanggotaan semua anggota lelaki yang seketurunan, isteri serta anak-
anak yang belum berkahwin. Sekiranya anak perempuan berkahwin mereka akan menjadi anggota
keluarga suaminya. Tujuan berkeluarga adalah untuk mendapatkan zuriat sebagai penyambung
keturunan. ( Azhar Hj. Md Aros dan Azharuddin Mohd Dali 2000: 164). Apa yang dititikberatkan oleh
masyarakat India ialah perpaduan di antara ahli keluarga dipelihara dengan nilai kasih sayang dan
memberi perhatian kepada semua golongan. Kepercayaan serta budaya keluarga dipelihara dan
diperturunkan kepada generasi muda. Sistem keluarga bersama juga mengalami kemorosotan kerana
tidak dapat bertahan dengan cabaran-cabaran semasa dan arus permodenan terutama pengaruh
daripada Barat menerusi Media massa dan ICT. Sistem keluarga dipelihara oleh dua aspek utama iaitu
ashrama dharma iaitu tahap yang harus dilalui oleh manusia dan purusartha iatu empat objektif mulia
yang mesti ada bagi setiap insan. Di si;ni saya memperjelaskan tentang empat objektif mulia dalam
membentuk jatidiri masyarakat India: ( G. Sivapalan dan M. Rajanthheran dalam Tamadun Islam dan
Tamadun Asia UM : 2002: 255-256). 11 1. Aramldharma iaitu diperolehi melalui pendidikan yang bersifat
kerohanian yang mementingkan moral dan etika ianya merupakan objektif yang utama dalam kehidupan
ini. 11. Porullartha iaitu kekayaan. Individu yang berkemahiran hendaklah bekerja dan mencari dan
mengumpul kekayaan melalui cara yang halal. iii. Inbamlkama iaitu orang yang mengumpulkan kekayaan
secara halal hendaklah menikmati kekayaan tersebut dan berlandaskan moral dan etika. Tujuan mencari
rezeki ialah untuk memberi makan dan pakai ahli keluarga. IV. Vidulmoksha iaitu pencapaian kebebasan
kerohanian di mana golongan tua yang menunggu saat kematian dapat mengatasi nafsu dan keinginan
terutama perkara-perkara duniawi. Mereka melakukan keIja amal disamping menyebarkan ajaran -
ajaran agama. ( Esa Khalid dan Mohd Azhar Abd Hamid 2004 ; 359-360). Secara ringkasnya, agama Hindu
mata menitkberatkan kehidupan yang lebih baik berbanding kehidupan sebelumnya. Setiap individu
perlu melakukan segala kebaikan dan tidak melakukan kerosakan terhadapa makhluk yang lain sama ada
manusia atau haiwan. Sekiranya mereka mempunyai nilai-nilai murni dan mengamalkannya maka
mereka akan dilahirkan semula dengan mempunyai daIjat yang tinggi pada kelahiran akan datang
sehingga ia mencapai Mokhsa iaitu bebas daripada pusingan kelahiran. Sekiranya sebaliknya mereka
akan dilahirkan dengan daIj at yang rendah. Proses ini berterusan sehingga individu dapat
membebaskan rohnya daripada kelahiran semula dengan melakukan kebaikan. ( Esa Khalid dan Mohd
Azhar Abd Hamid 2004 ; 360). 12 Kepercayaan inilah yang membentuk keperibadian masyarakat India
dari segi etika dan moral yang mantap agar kehidupan mereka menjurus ke arah yang lebih baik. Ianya
dapat menghindar· masyarakat tersebut dari me1akukan perkara-perkara yang menyalahi norma-norma
dan garis panduan dalam kepercayaan mereka.

Masyarakat India menitikberatkan perpaduan di antara ahli keluarga dipelihara dengan nilai
kasih sayang dan memberi perhatian kepada semua golongan. Kepercayaan serta budaya
keluarga dipelihara dan diperturunkan kepada generasi muda. Sistem keluarga dalam masyarakat
India dipelihara oleh dua aspek utama iaitu ashrama dharma, iaitu tahap yang harus dilalui oleh
manusia dan purusartha iaitu empat objektif mulia yang mesti ada bagi setiap insan seperti
aramldharma, porullartha, inbamlkarma dan vidulmoksha.

       Aramldharma diperolehi melalui pendidikan yang bersifat kerohanian yang mementingkan


moral dan etika ianya merupakan objektif yang utama dalam kehidupan ini. Selain itu,
porullartha ialah kekayaan. Individu yang berkemahiran hendaklah bekerja dan mencari dan
mengumpul kekayaan melalui cara yang halal. Seterusnya, inbamlkama iaitu orang yang
mengumpulkan kekayaan secara halal hendaklah menikmati kekayaan tersebut dan berlandaskan
moral dan etika. Tujuan mencari rezeki ialah untuk memberi makanan dan pakaian ahli keluarga.
Tambahan pula, vidulmoksha iaitu pencapaian kebebasan kerohanian di mana golongan tua yang
menunggu saat kematian dapat mengatasi nafsu dan keinginan terutama perkara-perkara
duniawi. Mereka melakukan kerja amal disamping menyebarkan ajaran -ajaran agama.

       Secara keseluruhannya, agama Hindu menitikberatkan kehidupan yang lebih baik
berbanding kehidupan sebelumnya. Setiap individu perlu melakukan segala kebaikan dan tidak
melakukan kerosakan terhadapa makhluk yang lain sama ada manusia atau haiwan. Sekiranya
mereka mempunyai nilai-nilai murni dan mengamalkannya maka mereka akan dilahirkan semula
dengan mempunyai daijat yang tinggi pada kelahiran akan datang sehingga ia
mencapai Mokhsa iaitu bebas daripada pusingan kelahiran. Sekiranya sebaliknya mereka akan
dilahirkan dengan daijat yang rendah. Proses ini berterusan sehingga individu dapat
membebaskan rohnya daripada kelahiran semula dengan melakukan kebaika

Anda mungkin juga menyukai