Anda di halaman 1dari 101

Masyarakat India 15.

1 MASYARAKAT DAN BUDAYA


Pada amnya, masyarakat India boleh
dibahagikan kepada dua golongan besar
berdasarkan kepada keluarga bahasa,
iaitu pertama, orang Indo Arya dan kedua,
orang Dravidia. Dari segi demografi,
orang Indo Arya menetap di kawasan
utara India manakala orang Dravidia
menetap di kawasan selatan India.
Orang Indo Arya dan orang Dravidia
memiliki tradisi kebudayaan masingmasing. Pertembungan antara kedua-dua
golongan budaya yang berbeza sejak
beberapa kurun sebelum masihi lagi telah
melahirkan suatu budaya yang dikongsi
bersama, dan budaya serta tamadun
itulah dianggap sebagai tamadun India.

15.2 SISTEM KELUARGA


Keluarga merupakan unit asas dan
terkecil dalam struktur masyarakat India.
Tujuan mendirikan keluarga adalah untuk
mendapatkan teman sokongan dari segi
fizikal dan rohani serta untuk
mendapatkan atau melahirkan anak
sebagai penyambung zuriat (keturunan).
Dalam masyarakat India, sistem keluarga
yang biasa diamalkan ialah keluarga
bersama (joint-family). Keluarga bersama
dibentuk oleh keanggotaan semua
anggota lelaki yang seketurunan, isteriisteri serta anak-anak mercka yang masih
belum berkahwin. Anak perempuan yang
sudah berkahwin akan menjadi anggota
keluarga suaminya dan bilangan anggota
keluarga bersama adalah tidak terhad.

Sistem keluarga ini disokong oleh


semangat kepentingan bersama dan harta
benda keluarga merupakan milik
bersama. Perpaduan keluarga dipelihara
dengan nilai kasih sayang yang murni dan
kepentingan setiap anggota keluarga
dijaga. Ini termasuklah anggota keluarga
yang tidak berkeupayaan untuk bekerja
kerana usia tua, menghidap penyakit,
kecacatan anggota dan sebagainya.
Dengan ini nilai keprihatinan dapat
disemaikan dalam sesuatu keluarga
bersama.
Secara amnya, sesuatu perkahwinan
diatur oleh ibu bapa, juga jodoh bagi
anggota keluarga dipilih oleh mereka.
Namun begitu, masih terdapat
perkahwinan berdasarkan percintaan
yang direstui oleh keluarga. Dalam
perkahwinan ini, khidmat nasihat daripada

orang tua dapat dimanfaatkan terutama


sekiranya berlaku perselisihan faham
antara ahli keluarga.
Kepercayaan serta budaya keluarga
dipelihara dan diturunkan kepada
generasi muda kerana hubungan datuk
nenek dengan cucu mereka adalah erat.
Sistem keluarga bersama juga turut
mengalami kemerosotan kerana tidak
dapat bertahan dengan cabaran-cabaran
permodenan. Kewujudan sistem undangundang moden, institusi-institusi moden,
pendidikan barat, sistem pemerintahan
baru dan sebagainya menonjolkan konsep
individu dan sekali gus membawa
kemerosotan kepada sistem keluarga
bersama.
Sistem keluarga dipelihara oleh dua
aspek hidup iaitu pertama, ashrama
dharma yang menjelaskan tentang empat

tahap yang harus dilalui oleh setiap


manusia dan kedua, purusartha iaitu
tentang empat objektif mulia hidup yang
utama.
15.2.1 Ashrama Dharma
Tahap pertama, Brahmacharya iaitu
seseorang dikatakan masuk ke tahap ini
secara formal pada usia 12 tahun dan
berterusan sehingga usia 24 tahun; dan
ini merupakan zaman bujang. Dua belas
tahun pertama menandakan tahap
pembelajaran yang biasa (informal) dan
dua belas tahun kedua menandakan
tahap pembelajaran yang serius (formal).

Tahap kedua, Grihasta iaitu apabila


tamatnya tahap pembelajaran, seseorang
itu akan memulakan kehidupan berumah
tangga. Dalam konteks perkahwinan ini,

tamadun India mengesyorkan usia 21


hingga 30 tahun sebagai usia
perkahwinan bagi kaum leVaki manakala
usia 18 hingga 25 ta\iun sebagai usia
perkahwinan kaum wanita. Seseorang itu
diharapkan dapat menghasilkan ataupun
mencari kekayaan yang secukupnya
sebelum mendirikan rumah tangga.
Mereka yang berumahtangga berhak
untuk menikmati nikmat perkelaminan dan
ia dilarang sama sekali untuk mencari
keseronokan di luar rumah. Memelihara
keharmonian keluarga merupakan
tanggungjawab utama dalam tahap ini.
Orang berumahtangga dianggap sebagai
teras masyarakat, kerana golongan inilah
yang akan bertanggungjawab melindungi
serta menyara golongan manusia yang
lain seperti hrahmachariya, vanaprastha
golongan wargatua) dan sonny asa
(golongan alim) yang tersebut dalam
sistem ashrama dharma.

Tahap ketiga, Vanapmstya iaitu golongan


berumah tangga yang berusia antara 48
hingga 72 tahun. Pada tahap ini,
seseorang itu telah mencapai kearifan
dan berkeupayaan untuk menasihati
orang lain. Dalam lingkungan usia
sebegini, seseorang itu hendaklah
menyelesaikan tanggungjawabnya
terhadap keluarga dan menggiatkan
usaha-usaha untuk mendalami ajaranajaran agama serta menolak perkaraperkara duniawi.
Tahap keempat, Sannyasa iaitu
seseorang akan memasuki tahap ini
apabila berusia kira-kira 72 tahun. Pada
tahap ini seseorang hendaklah sama
sekali dapat mengatasi nafsu dan
keinginan terutama perkara-perkara
duniawi.

Golongan warga tua yang penuh dengan


ilmu ini dan golongan alim disyaratkan
menjalankan kerja-kerja amal
terutamanya dalam usaha untuk
menyebarkan ajaran-ajaran agama. Bagi
mencapai tujuan tersebut, golongan ini
selalu mengembara dari suatu tempat ke
tempat yang lain.
15.2.2 Purusartha
Purusartha bermaksud empat objektif
mulia yang harus diamalkan oleh umat
manusia. Objektif pertama mulia,
Aram/dharma iaitu diperoleh melalui
pendidikan yang bersifat kerohanian.
Aram hendak ditanam pada hati
seseorang sejak tahap brahmacharya.
Dharma merupakan suatu peraturan
moral dan etika yang bersifat kerohanian,
contohnya melanggar etika kerja
dianggap sebagai pelanggaran atau

ingkar. Menyedari serta memiliki sifat-sifat


dharma merupakan objektif pertama
kehidupan ini.
Objektif kedua mulia, Porul/artha iaitu
kekayaan. Seseorang yang sudah
memperolehi ilmu atau kemahiran yang
mencukupi hendaklah mencari pekerjaan
dan mengumpulkan harta. Namun begitu,
objektif pertama mulia iaitu aram yang
sudah ada pada diri hendaklah menjadi
asas dalam pengumpulan kekayaan dan
hendaklah diperolehi melalui cara yang
halal.
Objektif ketiga mulia, Inbam/kama iaitu
orang yang mengumpulkan kekayaan
secara halal berhak untuk menikmati
kekayaan tersebut dan berlandaskan
lunas-lunas dharma. Isteri, anak, saudara
mara, wargatua, orang alim dan
sebagainya hendak dipelihara dengan

kekayaan yang dimiliki. Perbelanjaan


yang melebihi pendapatan pula dianggap
sebagai perbuatan yang melanggar
dharma. Sebahagian daripada kekayaan
yang dikumpul hendaklah digunakan
untuk menjalankan atau pun menyokong
kerja-kerja amal.
Objektif keempat mulia, Vidu/moksha
bermaksud pencapaian kebebasan
kerohanian, iaitu mencapai
kesempurnaan kesedaran kerohanian dan
terlepas daripada lingkaran kelahiran
serta kematian. Kegembiraan kerohanian
dianggap sesuatu yang berkekalan lagi
maha besar. Ini dapat dicapai pada tahap
sannyasa mahupun sebelum itu.
Sekiranya seseorang itu melaksanakan
tanggungjawabnya menurut ashrama
dharma serta mengecapi aram/dharma,
porul/artha dan inban/kama maka

moksha/vidu akan dapat dicapai.


Pelaksanaan tanggungjawab tanpa
mementingkan diri akan membawa
kepada moksha. Sembahyang, khidmat
bakti serta keimanan yang kuat akan turut
membawa moksha. Pertapakan yang
diseitai dengan ilmu yang suci iaitu ilmu
kerohanian juga dapat membawa
moksha. Moksha merupakan pencapaian
yang amat dicita-citakan oleh orang
beragama Hindu.
Sebagai kesimpulannya, ashrama dharma
dan pumshrtha menjadi teras keluarga
dalam masyarakat India.
15.3 KEDUDUKAN KAUM WANITA.
15.3.1 Dalam Masyarakat Indo-Arya
Pada zaman Veda Awal (1500SM1000SM), kaum wanita dihormati dan

diberikan kebebasan serta kesaksamaan


seperti kaum lelaki. Terdapat bukti- bukti
yang menunjukkan kaum wanita menjadi
orang pertapa dan mereka dapat
membawa mazmur-mazmur suci serta
kitab-kitab suci. Mereka juga diberikan
peluang untuk mendapat pendidikan yang
sama.
Namun begitu, pada Zaman Veda
Kemudian (1000SM-500SM) dan
selepasnya didapati kedudukan kaum
wanita merosot dan banyak sekatan
dikenakan ke atas mereka. Peranan dan
tanggungjawab mereka dihadkan dalam
lingkungan urusan rumah tangga sematamata. Malah mereka tidak lagi dibenarkan
untuk membaca kitab-kitab suci ataupun
menjalankan upacara- upacara
keagamaan. Dari segi pendidikan,
dirasakan pendidikan asas memadai
untuk kaum wanita dan ini kemudiannya

seolah-olah menjadi undang-undang tidak


bertulis.
Selepas kehadiran dan pengukuhan
kuasa British di India, pergerakanpergerakan reformasi Hinduisme telah
membawa mengenai masalah kedudukan
wanita kepada pihak British supaya ianya
dapat dihalang atau diketepikan dengan
meluluskan undang-undang. Dengan
kerjasama pergerakan-pergerakan

reformasi seperti Brahmo Samaj,


Prarthana Samaj dan sebagainya,
kedudukan kaum wanita dapat dipulihkan
pada kurun ke-19 dan kurun ke-20.
15.3.2 Dalam Masyarakat Dravida
Pada Zaman Sangam (kurun ke-3SMkurun ke-3 TM), kaum wanita telah

diberikan kedudukan yang tinggi dalam


masyarakat India Selatan. Sifat keibuan
yang ada pada mereka dihormati,
disanjung dan dianggap sebagai suatu
nilai yang mulia. Anak perempuan yang
kecil dipanggil sebagai 'amma' bererti
emak kerana anak perempuan itu bakal
menjadi ibu apabila berkahwin. Dalam
konteks ini, peranan kaum ibu amat
penting dan mereka mempunyai segala
kebebasan termasuk untuk mendapatkan
pendidikan yang setinggi mungkin. Antara
pujangga-pujangga Tamil yang terkemuka
pada zaman Sangam termasuklah
beberapa pujangga wanita. Pujanggapujangga wanita ini didapati berupaya
membuktikan kebolehan mereka dengan
mencipta puisi-puisi yang dianggap
setanding malah adakalanya lebih baik
berbanding dengan kaum lelaki. Di
samping itu, terdapat juga kaum wanita
yang pernah menjadi pertapa-pertapa

yang disegani lagi dihormati dalam


masyarakat tersebut.
Akhirnya, kedudukan kaum wanita mulai
mengalami kemerosotan selepas Zaman
Sangam. Masalah kemerosotan ini dapat
diatasi atau dipulihkan semula selepas
kedatangan dan pertapakan kuasa
penjajah khasnya kuasa British di India. Di
India Selatan juga pergerakan-pergerakan
reformasi menjadi asas kepada pihak
British untuk meluluskan undang-undang
bagi melindungi serta menegakkan hak
kaum wanita.
15.4 SISTEMKASTA
Sistem kasta merupakan satu institusi
sosial yang unik bagi masyarakat India
dan ia juga dikenali sebagai sistem jati.
Selalunya sistem jati dianggap sebagai
salah satu aspek dalam ajaran agama

Hindu tetapi tafsiran seperti ini adalah


salah dan usaha untuk
menghubungkaitkan konsep karma
dengan sistem jati merupakan interpretasi
yang salah.
Konsep karma merupakan salah satu
ajaran agama Hindu yang menyatakan
bahawa segala perbuatan (fizikal), fikiran
(minda) dan percakapan (kata-kata) tetap
membawa kepada tindak balas
(pembalasan). Bermakna, yang baik
membawa kepada tindak balas yang baik
dan begitu sebaliknya.
Konsep seumpama ini mudah disalah
tafsir demi untuk kepentingan golongangolongan tertentu. Golongan kasta atasan
seperti Brahmin menyatakan bahawa
orang yang banyak dosanya dilahirkan
dalam jati/kasta. bawahan dan sebaliknya.
Peristiwa-peristiwa yang dapat

menyokong pandangan mi diselitkan


dalam beberapa karya yang bersifat
agama kemudiannya.

15.4.1 Sistem Varna


Terdapat perbezaan yang nyata antara
sistem vama dengan sistem jati dan
kedua- duanya, tidak boleh
dicampuradukkan. Sistem varna
merupakan pembahagian kelas sosial
yang tetap hierarkinya dan tidak boleh
diubah iaitu sistem ini mengehadkan
mobiliti sosial. Kelas sosial dibahagikan
kepada lima kategori iaitu pertama,
Brahmin iaitu golongan guru-guru agama,
pedanda, pengendali upacara di kuil,
golongan terpelajar dan lain-lain; kedua,
Kshatriya iaitu kelas pemerintah dan
pasukan keselamatan negara; ketiga,
Vaishya iaitu kelas perekonomian;

keempat, Shudra yang berkhidmat


kepada tiga-tiga golongan di atas; dan
kelima, Panchama/Chandala iaitu
golongan murtad dan dibuang varna.
Sistem varna yang tersebut di atas hanya
diamalkan di India Utara dengan begitu
berkesan serta sistem ini dipelihara oleh
pemerintah. Amalan sistem ini didapati
sudah wujud sekurang-kurangnya sejak
Zaman Veda Awal (1500SM- 1000SM).
Kehadiran kumpulan orang Arya ke benua
kecil India, terutamanya di India Utara
telah mencetuskan pertembungan dan
pertentangan dengan kebudayaan
tempatan. Orang tempatan merupakan
masyarakat tani, berkulit gelap, berambut
kerinting, tidak mengenah ajaran-ajaran
Veda dan bahasa serta budaya orang
Arya. Orang Arya merupakan masyarakat
yang sentiasa berperang yang tidak
mengenali sistem pertanian setempat,

berkulit cerah dan hidup secara


berpindah-randah. Apabila mereka
sampai ke kawasan barat laut India dan
membuka petempatan, budaya
kebendaan mereka masih tidak maju.
Interaksi, pertembungan dan
pertentangan budaya ini telah menjadi
asas bagi permusuhan antara penduduk
tempatan dan kumpulan pendatang,
orang Arya. Namun begitu, sifat orang
Arya membolehkan mereka dapat
mengatasi orang tempatan dan mereka
beranggapan kaum mereka lebih
bermartabat berbanding orang tempatan.
Maka itu orang tempatan dipanggil
sebagai dasha ataupun dasyu bererti
hamba abdi.
Pada awalnya kegiatan pertanian turut
dianggap sebagai sektor pekerjaan yang
tidak bermartabat kerana ianya diceburi
oleh orang tempatan. Di samping itu,

kejahilan orang Arya mengenai bidang


pertanian menyebabkan mereka
memandang hina kegiatan ini. Tetapi
selepas beberapa lama kemudian orang
Arya mula menyedari akan kepentingan
bidang pertanian dan mulai menunjukkan
rasa hormat terhadap bidang tersebut
kerana mereka sudah mula mempelajari
cara-cara pertanian daripada orang
tempatan.
Pertentangan budaya yang berlaku
menyebabkan orang tempatan tidak
dimasukkan dalam sistem varna di
peringkat awal. Orang Arya telah
meletakkan dan menyusun kedudukan
mereka dalam tiga varna. Ini termasuklah
varna. Brahmin, Kshatriya dan Vaisya
yang dikenali sebagai Trivama dan
kemudiannya, orang tempatan
dimasukkan ke dalam sistem vama
dengan diletakkan sebagai varna

keempat, Shudra. Dengan ini, konsep


Caturvama iaitu empat varna diterima
oleh masyarakat Arya.

15.4.2 Sistem Jati


Pada akhir Zaman Veda Kemudian
(1000SM-500SM), terdapat pelbagai suku
kaum yang berperang antara satu sama
lain. Pemerintahan pusat yang lemah
tidak lagi dapat menjamin keselamatan
rakyat dan kesannya, rakyat terpaksa
menjaga kebajikan masing-masing.
Desakan dan tekanan ini menyebabkan
orang Indo-Arya meletakkan dan
menyusun masyarakat mereka kepada
unit-unit pentadbiran kecil berasaskan
pengkhususan pekerjaan. Dengan ini
sistem varna menjadi lumpuh dan ini
merintis jalan bagi kewujudan unit-unit
kecil yang dikenali sebagai jati yang pada

asasnya adalah bersifat kesatuan pekerja.


Bezanya keahlian dalam jati ditentukan
menurut kelahiran dan pada peringkat
awalnya, sistem jati tidak bersifat hierarki.
Jati merupakan kumpulan yang berfungsi
berdasarkan pekerjaan yang mempunyai
identiti sosial dan kepentingan ekonomi.
Sistem ini bermula di India Utara dan
kemudiannya tersebar meluas ke seluruh
benua kecil India, dan tiada sesiapa pun
yang terkecuali dalam sistem ini. Sistem
jati memiliki sistem pentadbiran,
peraturan-peraturan serta sistem keadilan
yang tersendiri. Sistem keadilan bagi jati
dikendalikan oleh jawatankuasa lima
orang iaitu Panchayat. Pemerintahan
pusat tidak dipedulikan oleh ahli-ahli jati
kerana segala isu mereka dikendalikan
oleh jati mereka, dan ini bermaknajati
berperanan sebagai unit politik terkecil.
Wakil jati akan memastikan kebajikan

masing-masing dipelihara.
Semangat jatisme semakin bertambah
kuat sehinggakan dapat mengatasi
semangat kebangsaan (nasionalisme).
Selepas beberapa kurun kemudiannya
muncul pula pemeringkatan taraf dalam
sistem jati dan ianya begitu dititikberatkan.
Pengasingan sosial (makan-minum,
perkahwinan, dan sebagainya) digunakan
sebagai alat yang berkesan untuk
menjaga identiti jati masing-masing.
Perkahwinan endogami amat
dipentingkan supaya martabat jati tidak
dicemari.
Sistem jati bukan sahaja wujud di
kalangan orang beragama Hindu,
sebaliknya terdapat juga di kalangan
penganut agama-agama lain sepeiti
Kristian, Islam, Bahai dan sebagainya di
India yang turut mengamalkan jati

masing-masing.
Pengasingan sosial yang diamalkan
kemudiannya menjadi sebegitu kejam
sehinggakan terdapat jati-jati yang
dianggap 'tidak boleh disentuh'
(untouchables) iaitu Harijan, dan mereka
ini juga tidak dibenarkan masuk ke
kawasan kediaman jati-jati atasan tanpa
urusan kerja. Manusia dalam golongan jati
seumpama ini sekarang dikenali sebagai
'Harijan' (anak-anak Tuhan) ata.uDalit.
15.5 BAHASADANKESUSASTERAAN
15.5.1 Kumpulan Bahasa dan Skrip
Bahasa
Di negara India, terdapat lebih kurang 325
bahasa dan 750 loghat tetapi hanya 14
bahasa utama diperakui menurut
perlembagaan. Lebih kurang 87 peratus

daripada rakyat India menggunakan 14


bahasa utama ini. Bahasa-bahasa
tersebut dan peratus penggunaannya
ialah bahasa Hindi (30%), Telugu (9%),
Bengali (8%), Marathi (8%), Tamil (7%),
Urdu (5%), Gujarati (5%), Kannada (4%),
Malayalam (4%), Punjabi (3%), Assam
(2%), Oriya (1%), Kashmiri (1%) dan lainlain (13%). Bahasa-bahasa di India
dibahagikan kepada dua rumpun keluarga
bahasa iaitu bahasa-bahasa Indo Arya
dan bahasa-bahasa Dravida.
Mengenai bahasa Indo-Arya, bentuk asli
bahasa ini terdapat dalam bahasa
Sanskrit. Apabila orang-orang Indo-Arya
meluaskan kawasan sehingga ke Lembah
Ganges dan ke timur, perbezaan loghat
tempatan (bersifat daerah) membawa
perubahan dalam bahasa Sanskrit. Pada
tahun 800SM, bahasa Sanskrit
mengalami perubahan fonologi dan

morfologi sehingga wujudnya loghatloghat baru zaman pertengahan seperti


Prakrit, Pali, Shauraseni, Magadhi dan
lain-lain. Pada zaman Buddha (500SM),
loghat-loghat ini dianggap sebagai
bahasa-bahasa tempatan yang
dihubungkan dengan kawasan geografi
masing- masing. Bahasa-bahasa ini
menjadi awalan (precursors) kepada
bahasa-bahasa tempatan yang digunakan
sekarang. Bahasa-bahasa dalam
kumpulan ini termasuklah Assamese,
Bengali, Gujarati, Hindi, Kashmiri,
Marathi, Oriya, Punjabi, Sanskrit, Urdu,
Rajastam dan Sindhi.
Mengenai bahasa Dravida, bahasa
Dravida kuno digunakan oleh beberapa
puak seperti Toda. Bahasa-bahasa
Dravida termasuklah Tamil, Malayalam,
Kannada, Telegu dan juga Gondi (Madhya
Pradesh), Brahui (Baluchistan), Kaudh

atau Kui (Orissa) dan di kalangan puakpuak Toda dan Kota.


Selain daripada kumpulan bahasa IndoArya dan bahasa Dravida terdapat juga
kumpulan bahasa Munda yang digunakan
terutama di kawasan pergunungan di
Bengal dan Bihar (Kherwari), Orissa
Quang) dan Madhya Pradesh (Kurku).
Contoh kumpulan bahasa Tibet-Burma
ialah Ladakhi di Kashmir dan Garo,
Tripura Naga dan Kuku Chin di Assam.
Bahasa-bahasa yang belum
diklasifikasikan termasuklah Burushaski di
Kashmir Utara dan Andamanese di
kepulauan Andaman.
Dokumen bertulis yang tertua sekali ialah
inskrispsi-inskripsi Zaman Asoka (kurun
ke-3 S.M.) yang menggunakan skrip
Kharosthi. Skrip ini juga digunakan di
Parsi dan di barat laut India, dan

kemudiannya tidak digunakan selepas


kurun ke-3. Skrip Parsi-Arab yang
diperkenalkan oleh orang-orang Muslim
dari Arab dan Parsi masih digunakan
dalam bahasa Urdu moden. Bentuk arah
tulisannya ialah dari kanan ke kiri dan ia
menggunakan beberapa vokal sahaja.
Tetapi kebanyakan skrip-skrip India
mempunyai asal-usul dalam skrip Brahmi
kerana adaptasinya kepada pelbagai
bunyi bahasa-bahasa India. Selain
daripada bentuk lama Brahmi terdapat
juga skrip India Utara, iaitu skrip
Devanagari yang menggunakan garis di
atas perkataan untuk menyambung hurufhuruf. Sanskrit, Prakrit, Hindi, Marathi dan
variasi-variasi tempatan seperti Punjabi,
Oriya, Gujarati dan Bengali menggunakan
skrip ini. Skrip yang digunakan di India
Selatan mengambil bentuk yang
berlainan, iaitu huruf-

hurufnya mempunyai perhiasan bulat.


Orang-orang Tamil mengembangkan
huruf-huruf mereka tersendiri.
15.5.2 Kesusasteraan
Bersesuaian dengan dua kumpulan
keluarga besar India, bahasa-bahasa
Indo- Arya dan Dravida, kesusasteraan
India turut dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu kesusasteraan Indo-Arya
dan kesusasteraan Dravida.
(i) Kesusasteraan Indo-Arya
Kesusasteraan Indo-Arya lebih menonjol
sebagai kesusasteraan yang tertua dan
terkemuka di India. Hasil-hasil
kesusasteraan yang dicipta dan dihasilkan
dalam bahasa Sanskrit menjadi karya
sastera yang paling berjaya lagi menonjol

pada zaman klasik. Lebih-lebih lagi


bahasa Sanskrit merupakan bahasa
utama dalam kumpulan bahasa-bahasa
Indo-Arya. Oleh itu tumpuan diberikan
kepada kesusasteraan Sanskrit.
Kesusasteraan Vedik
Kesusasteraan Vedik berlangsung antara
tahun 1500SM sehingga 500SM.
Perkataan Veda berasal dari kata dasar
Vid, ertinya melihat dan mengetahui.
Kitab-kitab suci zaman Veda boleh
digolongkan kepada dua bahagian iaitu
pertama, Shruti merupakan ajaran-ajaran
yang diwahyukan ataupun ajaran-ajaran
yang didengarkan oleh Tuhan kepada
para maharesi (sages) dari semasa ke
semasa menurut kehendak zaman; dan
kedua,SMriti merupakan ulasan-ulasan
dan tafsiran-tafsiran yang diturunkan oleh
generasi manusia kepada generasi

manusia secara turun-temurun. Dari segi


perbandingan, isi kandungan Shruti tidak
pernah diubah ataupun tidak boleh
diubah; manakalaSMriti boleh diubahsuai
dari semasa ke semasa.
Empat kitab suci veda tersebut ialah Rig
Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan
Atharva Veda. Antaranya, Rig Veda
merupakan kitab suci yang tertua, bukan
sahaja di India malah seluruh dunia. Tiga
kitab suci yang pertama dianggap tercipta
sebelum tahun 1000SM. Dalam konteks
ini, Vedanga bererti anggota kitab-kitab
Veda dan terdapat enam bidang
pengajian. Karya-karya Vedanga bukan
bersifat tafsiran ajaran-ajaran Veda.
Sebaliknya merupakan enam bidang yang
dipelajari supaya dapat membantu dalam
memahami kitab-kitab Veda dengan tepat.
Zamannya berlangsung antara tahun
600SM sehingga 200SM. Enam bidang

pengajian tersebut ialah pertama, Siksatonetik, yang menekankan sebutan yang


tepat; kedua, ChancU-prosodi/pola. irama
puisi; ketiga, Nirukta-et[mo\ogi, tafsiran
istilah-istilah tertentu; keempat, Kalpa tatacara pengendalian upacara
pengorbanan; dan kelima, Vyakarana iaitu
nahu; dan keennm, fyotisa iaitu astronomi,
ilmu falak.

Kesusasteraan Epik
Kebanyakan teks-teks dharma (ajaranajaran mengenai keadilan dan kebaikan
yang patut menjadi amalan setiap insan)
adalah bersifat arahan-arahan langsung
tanpa ulasan tambahan; dan bukan
semua lapisan masyarakat dapat
memahami. Oleh itu wujud karya-karya
kesusasteraan bersifat epik yang
menyampaikan ajaran-ajaran dharma

yang serius lag! tegas dalam bentuk cerita


dengan memuatkan watak-watak yang
cukup mantap. Cerita epik ini mudah
difahami dan diingati oleh rakyat biasa,
terutama melalui cerita lisan. Oleh itu
cerita- cerita seperti ini digunakan untuk
menyebarkan ajaran-ajaran dharma.
Epik Mahabharata
Epik Mahabharata dicipta dan dihasilkan
oleh Vyasa antara tahun 400SM dan 400
Masihi. Karya ini mengandungi lebih
kurang 100 000 seloka (puisi) dan
merupakan karya puisi yang terbesar di
dunia.
Epik ini berkisar kepada kisah
pemerintahan kerajaan Kurukshetra di
India Utara. Tema utama Mahabharata
adalah berkaitan dengan peperangan
besar di antara Pandava dengan Kaurava

tetapi epik ini sengaja diperluaskan


dengan pelbagai jenis cerita sisipan.
Cerita-cerita sisipan ini berperanan
sebagai didaktik, memberi ajaran-ajaran
agama dan moral. Secara ringkas
Mahabharata boleh dianggap sebagai
sejarah bheda (konflik), rajyavinasa
(kehilangan negara) dsmjaya (kekayaan).
Mahabharata mengandungi pelbagai
perkara yang menarik perhatian sarjanasarjana dalam pelbagai bidang seperti
agama, falsafah, etika, masyarakat dan
kesusasteraan. Sebab itulah Mahabharata
dianggap sebagai itihasa (yang
membincangkan sembilan jenis emosi
dan matlamat kehidupan); purana (ceritacerita tentang dewa-dewi); akhyana (yang
mengandungi lagenda- lagenda dan
mitos); dharmasastra (yang mengajar
tentang pelbagai jenis dharma);
arthasastra (karya-karya yang menyentuh
perkara-perkara kerajaan dan

pemerintahan); kamasastra (yang


membincangkan percintaan); nitisastra
(yang menekankan idea-idea etika); dan
moksasastra (membincangkan cara-cara
membebaskan diri daripada kelahiran
semula).
Dari sudut pandangan biasa Mahabharata
merupakan peristiwa benar tentang satu
peperangan antara dua pihak yang
menuntut takhta kerajaan. Sekiranya
dilihat dari segi etika peperangan ia
mewakili konflik prinsip dharma dan
adharma, iaitu antara kebaikan dengan
kejahatan ataupun keadilan dengan
ketidakadilan tetapi pada akhirnya
kejayaan adalah kepada pihak yang
mendukung dharma.
Bhagavadgita (BG)
Antara ajaran agama yang terdapat dalam

Mahabharata, perbincangan mengenai


falsafah yang terkandung dalam
Bhagavadgita menduduki tempat yang
penting dalam koleksi pemikiran falsafah
India. Sebelum tercetusnya peperangan
antara Pandawa dengan Kaurava, Arjuna
(kumpulan Pandava) menghadapi konflik
jiwa kerana beliau terpaksa membunuh
sanak saudara dan ahli-ahli keluarganya.
Sri Krishna yang berperanan sebagai
penasihat Arjuna memahami perasaan
tersebut lalu mengajar intipati kebenaran
suci untuk mencapal tarafhidup yang
kekal abadi. Krishna menggalakkan beliau
supaya bertindak tanpa mengharapkan
apa-apa balasan dan menyerahkan diri
sepenuhnya kepada Tuhan; dan
menjelaskan bahawa medan peperangan
merupakan badan manusia di mana
segala peristiwa berlangsung.
Duryodhana (kumpulan Kaurava)
merupakan kuasa jahat yang ada dalam

badan kita; Arjuna merupakan kuasa


mulia (diwakili oleh hati suci, tidak gentar,
tanpa egoisme); dan Krishna merupakan
jiwa yang bersemayam dalam hati setiap
manusia. Dengan ini, Krishna mengajar
kepada Arjuna agar melawan kuasakuasa jahat ini.
Bhagavadgita mengajar manusia tentang
svadharma atau kewajipan hidup
seseorang untuk mencapai kebenaran, di
samping mengesyorkan rajayoga (disiplin
badan dan minda); karma-yoga (jalan
tmdakan);jnanayoga (melalui
pengetahuan benar) dan hhakti yoga
(melalui kebaktian kepada Tuhan) sebagai
jalan untuk mengenali jiwa atau Tuhan.
Walau apa pun jalan yang ditempuhi,
kewajipan tidak seharusnya dilaksanakan
sebagai suatu dosa. Apa sahaja yang
dilaksanakan hendaklah disertakan
dengan kebaktian dan ianya harus

ditujukan kepada Tuhan.


Epik Ramayana
Epik Ramayana dicipta dan dihasilkan
oleh Valmiki, seorang pertapa di antara
tahun 200SM hingga tahun 200 Masihi.
Epik ini mengandungi 24 000 seloka
(puisi) dan ceritanya berpusat di Ayodhya,
iaitu ibu negeri kerajaan Kosala yang
terletak di timur Kuruksetra. Valmiki
mencipta epik Ramayana ini bertujuan
untuk menggambarkan kehidupan
seorang manusia yang sempurna, iaitu
gambaran perwatakan yang ideal. Dalam
epik ini, Rama merupakan pendukung
watak yang harus diteladani oleh setiap
manusia kerana beliau merupakan
pendukung kewajipan, ideal pengorbanan
diri, manusia yang penuh dengan kasih
sayang serta pelindung kepada sesiapa
sahaja yang cinta akan dharma. Rama

digambarkan sebagai anak yang setia,


suami yang bertanggungjawab, abang
yang dihormati, rakan yang setia,
penegak keadilan dan sebagainya.
Epik Ramayana, selain sebagai karya
teks seni sastera dan sejarah, ia juga
merupakan dharmasastra atau teks suci
yang mengajar perihal keadilan. la
menerangkan prinsip-prinsip abadi
(sanatoria dharma) dan menjelaskan sifatsifat ideal yang merupakan asas kepada
dharma.
Drama
Dalam arena drama, ciptaan berjudul
Natya Sastra dijadikan sebagai buku teks
drama, muzik dan tarian yang
menyumbangkan kepada perkembangan
drama- drama. Buku ini membincangkan
mengenai seni bina teater, konvensi-

konvensi pentas, teknik-teknik produksi,


persembahan dan artis-artis. Misalnya
teknik koreografi dan pergerakan pentas
dapat dilihat dalam sistem-sistem
pelbagai pergerakan fizikal. Natya Sastra
menyatakan terdapat 13 gerakan untuk
kepala, 36 gerakan untuk mata, 10
gerakan untuk badan dan lain-lain.
Drama Sanskrit dicipta untuk
menghiburkan para hadirin (finanda)
dengan menyampaikan rasa melalui lapan
emosi (sthayihhava). Contoh dramadrama sebegini ialah seperti drama
Sakuntala (yang menggambarkan cinta
dan belas kasihan), Mudraraksasa
(menggambarkan heroisme) dan
Mrcchakatika (menggambarkan kama).
Oleh kerana terdapat bahan-bahan
falsafah dan dramatik yang dimasukkan,
sesuatu drama yang dipersembahkan
kadangkala akan mengambil masa

selama tiga hmgga 15 hari.


Karya Linguistik
Karya linguistik [mtuAstadhyayi ciptaan
Panini telah disusun pada kurun ke-4SM.
Karya nahu ini menandakan pencapaian
terkemuka dan terulung dalam bidang
linguistik. Menurut Profesor A.L. Basham,
ketepatan prinsip-prinsip linguistik yang
terdapat dalam karya ini tidak pernah
dicapai oleh tamadun- tamadun lain di
seluruh dunia sehingga kurun ke-19
Masihi. Karya ini mendukung lebih kurang
4,000 peraturan tatabahasa yang teliti dan
saintifik.
Sastera Cerita
Permulaan sastera cerita terdapat dalam
kesusasteraan Vedik dan kemudian dalam
cerita-cerita dongengJataka. Cerita-

ceritaJataka yang bersifat pendidikan


moral dimasukkan ke dalam ajaran
Buddhisme pada kurun pertama sebelum
masihi. Sastera cerita sebenarnya tidak
mengambil bentuk ajaran agama, ia kekal
sebagai sastera sekular.
Antara sastera cerita yang penting ialah
cerita dongeng seperti Pancatantra; cerita
Brhatkatha yang mempunyai satu rangka
cerita dengan banyak episod; dan novel
klasik seperti Dasakumaracarita oleh
Dandin dan Kadambari oleh Bana.
(ii) Kesusflsteraan Dravida
Dalam keluarga bahasa Dravida, terdapat
empat bahasa utama iaitu bahasa Tamil,
Telugu, Malayalam dan Kannada yang
memiliki tradisi kesusasteraan yang kaya.
Bahasa Tamil memiliki sejarah
kesusasteraan terawal dalam keluarga

bahasa Dravida. Bahasa Tamil dikatakan


sebagai bahasa teras bagi keluarga
bahasa Dravida dan oleh sebab itu,
bahagian kesusasteraan Dravida,
kesusasteraan Tamil diberikan tumpuan
penting.
Tolkappiyam
Karya nahu berjudul Tolkappiyam yang
bertarikh tahun 300SM merupakan bahan
bertulis yang tertua ditemui dalam bahasa
Tamil. Maklumat mengenai pencipta karya
ini tidak diketahui, kecuali nama beliau
diterbitkan daripada karyanya, menjadi
Tolkappiyar. Karya ini mengandungi tiga
bahagian iaitu

fonologi, morfologi dan sintaksis dan


konvensi-konvensi puisi. Buku ini masih
menjadi rujukan penting dalam bidang

nahu serta konvensi Tamil. Terdapat


rujukan mengenai karya-karya yang lebih
awal seperti Aindiram dan Agattiyam,
tetapi hanya beberapa puisi daripada
karya-karya tersebut dapat diperoleh
sebagai rujukan dalam karya-karya lain.
Kesusasteraan Sangam
Perkataan Sangam merujuk kepada
akademi penyair-penyair agung. Penyairpenyair ini menghasilkan karya berbentuk
puisi Zaman Sangam yang meliputi
tempoh masa dari kurun ke-3SM
sehingga kurun ke-2 Masihi. Puisi-puisi
Sangam disusun kepada dua koleksi iaitu
Pattuppattu (sepuluh puisi iaitu setiap
puisi merupakan gambaran ringkas
tentang sesuatu perkara) dan Ettuttokai
(lapan antologi puisi).
Tema puisi-puisi Sangam boleh

dibahagikan kepada dua jenis iaitu aham


danpuram. Aham
berertibahagiandalamanataupunperasaan
dalam hati. Dalam konteks puisi zaman
Sangam, cinta yang terkandung dalam
hati dikenali sebagai aham. Puram bererti
bahagian luaran. Puram dalam konteks
puisi-puisi Sangam menandakan sifat-sifat
mulia seperti semangat keperwiraan,
keadilan, berani, murah hati dan
sebagainya.
Puisi Aham
Cinta dalam puisi aham dibahagikan
kepada dua jenis iaitu cinta yang sepadan
dan cinta yang tidak sepadan. Cinta yang
sepadan bermaksud dua orang bercinta
antara satu sama lain dan mereka
mempunyai beberapa persamaan dari
segi pendidikan, umur yang bersesuaian
(lelaki sepatutnya lebih tua daripada

perempuan) dan sebagainya. Cinta yang


sepadan akan melalui dua tahap masa
iaitu pertama, kalavu merupakan cinta
sebelum perkahwinan dan kedua, karpu
merupakan cinta selepas perkahwinan.
Manakala cinta yang tidak sepadan
dianggap berdasarkan nafsu sahaja.
Misalnya perempuan yang lebih tua
bercinta dengan lelaki yang jauh lebih
muda usianya, cinta terhadap anak gadis
sunti, cinta yang tidak berbalas dan
sebagainya.
Bagi aham terdapat lima uripporul (tema
khusus), iaitu pertemuan, penantian,
kecurangan suami/isteri merajuk,
penantian cemas dan perpisahan bagi
sementara waktu. Kelima-lima tema ini
dikenali sebagai disiplin aintinai. Aintinai
bererti lima jenis bentuk muka bumi.
Sifat istimewa puisi-puisi ini terlihat pada

kebolehan penyair-penyair menggunakan


unsur-unsur alam semula jadi untuk
menandakan dan menggambarkan
perasaan dalaman.
Puisi Puram
Puram merangkumi segala-galanya
kecuali aham (cinta). Oleh itu ia meliputi
masyarakat, raja, negara, kumpulankumpulan pekerja, kekayaan, kemiskinan,

pendidikan dan berbagai-bagai cita-cita


yang ideal (sempurna) yang berkaitan
dengan kehidupan. Bahagian puram
mengandungi sebilangan besar sajaksajak berkenaan. peperangan kerana
peperangan merupakan sesuatu yang
dapat menguji keperwiraan seseorang
raja serta kemuliaannya. Ini kerana
masyarakat memberikan keutamaan

kepada sifat keperwiraan, walaupun


peperangan membawa kemusnahan serta
pengorbanan nyawa dan harta benda.
Perasaan yang diluahkan atau
digambarkan dalam puisi-puisi puram
adalah perasaan diri sendiri atau individu
bukan sepeiti aham yang melibatkan
hubungan dengan orang lain. Fikiran dan
perasaan yang digambarkan itu adalah
berdasarkan kenyataan hidup, nilai-nilai
masa dan alam, keperwiraan serta nilainilai sosial yang lain.
Tirukkural
Terdapat 18 buah karya etika dalam
bahasa Tamil yang dikenali sebagai
Patienenkiilkanakku ataupun Niitinuulkal.
Tirukkural merupakan satu-satunya karya
etika yang disanjung tinggi kerana
kewibawaan ajarannya yang bersifat

universal di kalangan masyarakat Tamil.


Nilai-nilai yang diperkatakan dalam karya
ini bersifat sejagat (universal) dan karya
berbahasa Tamil ini dicipta oleh
Tiruvalluvar (Valluvar). lanya
mengandungi tiga bahagian utama
dengan 1330 kuplat dalam 133 bab iaitu
Aram (etika/kebenaran) yang
mengandungi 38 bab, Porul
(kebendaan/politik) yang mengandungi 70
bab dan Inbam (cinta) yang dibincangkan
dalam 25 bab. Kandungan Kural adalah
tersusun rapi dan setiap sajak adalah
sangat penting dalam struktur
keseluruhannya. Setiap sajak mempunyai
dua bentuk maksud, iaitu jika diasingkan
dari struktur ia kehilangan maksud di
dalam strukturnya dan Rural hanya
merupakan satu kata-kata hikmat. Dalam
Tirukkural, setiap sajak merupakan unit
yang berasingan dan berfungsi. Ini
menjadikan Tirukkural sebagai satu karya

agung ciptaan seorang pertapa yang


merupakan pemberian peraturan hidup
kepada orang-orang Tamil.
Kesusasteraan Bhakti
Menjelang kurun ke-2 Masihi, pengaruh
agama Buddha dan Jaina mulai dirasai di
kawasan India Selatan, dan kedua-dua
agama ini hampir mengetepikan atau
menyingkirkan agama Hindu. Keadaan ini
berterusan sehinggalah kemunculan
angkatan Bhakti yang memulihkan semula
agama Hindu dengan menamatkan
pengaruh agama Buddha dan Jaina.
Angkatan Bhakti disertai oleh wali-wali
Hindu yang dikategorikan kepada dua
iaitu pertama nayanmar yang
mempelopori aliran mazhab Saivisme;
dan alvar yang menyumbangkan kepada
perkembangan aliran mazhab
Vaisnavisme.

Nayanmar dan alvar menggunakan


bahasa Tamil yang mudah untuk
menyebarkan ajaran mazhab-mazhab
mereka. Lagu-lagu suci yang dapat
dinyanyikan dengan iringan muzik dicipta
oleh mereka ini. Menerusi lagu-lagu

suci yang agak mudah bentuknya mereka


berjaya mengembalikan penduduk India
Selatan kepada agama asal mereka iaitu
agama Hindu. Koleksi lagu-lagu suci
ciptaan mereka turut dibahagikan kepada
dua kategori iaitu Tirumurai bagi mazhab
Saivisme dan Nalayirat Tivya Pirapantam
bagi mazhab Vaishnavisme. Koleksi lagulagu suci ini bertarikh antara kurun ke-6
Masihi sehingga kurun ke-11 Masihi.
Karya-karya Bahasa

Tatabahasa, gaya bahasa {rhetoric) dan


perkamusan (lexicography) sentiasa diberi
perhatian oleh para pengarang India sejak
bermulanya kesusasteraan bertulis.
Perkembangan yang besar dalam bidang
ini berlaku pada zaman Chola.
Yapparungalam dan
Yapparungalakkaarigai merupakan karyakarya tentang Prosodi yang disusun oleh
Amitasagara, seorang pertapa Jaina pada
akhir kurun ke -10. Virasoliyam pula ialah
sebuah karya yang amat berguna untuk
mengetahui sejarah teori tatabahasa
dalam bahasa Tamil.
15.6 AGAMA DAN FALSAFAH
15.6.1 Hinduisme
Sejarah awal kemunculan agama Hindu
sukar untuk ditentukan kerana agama ini

dianggap bersifat agama semulajadi.


Hinduisme tidak mempunyai pengasas
dan tidak memiliki institusi agama yang
bersifat pusat untuk mengetuai segala
pengikut agama ini di seluruh dunia.
Kepercayaan dan ajaran Hindu diwarisi
secara turun-temurun. Nama asal agama
Hindu ialah Sanata Dharma bererti prinsip
ataupun peraturan kerohanian yang kekal
abadi seperti juga sifat Tuhan yang kekal
abadi.
Bukti terawal mengenai agama Hindu
ditemui dalam tamadun Lembah Sungai
Indus yang berusia lebih kurang 4 000
tahun. Penemuan bukti-bukti arkeologi di
Lembah Sungai Indus seperti patungpatung (yang menandakan konsep Dewi
ibu), sebuah mohor (yang menandakan
penyembahan Dewa Shiva yang awal),
objek-objek yang berbentuk seolah-olah
seperti Shiva-Linga dan kolam

permandian yang digunakan untuk tujuan


kerohanian. Ini membuktikan pandangan
bahawa agama Hindu merupakan agama
tertua di dunia yang masih ada dalam
amalan kebanyakan orang di India dan di
luar benua kecil India.
(i) Tahap-tahap Perkembangan
Kerohanian
Dalam perkembangan pemikiran orangorang Indo-Arya terdapat empat peringkat
yang nyata iaitu Politeisme, Henoteisme,
Monoteisme dan Monisme.
Peringkat Politeisme memperlihatkan
orang Indo-Arya memuja unsur- unsur
alam semulajadi seperti api, angin, pokok,
sungai dan sebagainya. Mereka berfikiran
bahawa semua kuasa ini patut
digembirakan, lalu dipuja dengan

pengorbanan dan penyembahan.


Biasanya upacara-upacara ini diiringi
dengan pembacaan mazmur-mazmur
daripada kitab-kitab suci Veda. Proses
mempersonifikasikan unsur-unsur alam ini
berlaku dan kuasa-kuasa ini dianggap
sebagai dewa atau dewi serta memiliki
nama-nama seperti Agni, Usas, Indra,
Rudra, Vayu dan sebagainya.
Peringkat Henoteisme memperlihatkan
kepercayaan politeisme semula jadi
mengalami proses perubahan dan
wujudlah fikiran bahawa pelbagai dewadewi memiliki beberapa sifat yang sama.
Ini menjadi sumber (dasar) bagi orang
Indo-Arya untuk memperkenalkan dewa
Visvakarman (dewa pencipta) dan
Prajapati atau dewa yang menjadi ketua
bagi semua makhluk di dunia. Mereka
mengetahui bahawa walaupun terdapat

beberapa dewa-dewi yang dipuja dan


disembah, semua ini merupakan
beberapa aspek kepada satu kuasa yang
tunggal. Apabila seseorang memuja
sesuatu dewa-dewi lain dianggap sebagai
manifestasi dewa atau dewi yang sedang
dipuja olehnya. Kepercayaan seperti ini
disifatkan sebagai henoteisme.
Peringkat Monoteisme merupakan
kepercayaan bahawa terdapat satu kuasa
agung yang bertanggungjawab
menggerakkan duniawi. Konsep ini mulai
muncul dalam pemikiran agama orang
Indo-Arya dan kuasa ini diberi sifat-sifat
penciptaan, pemeliharaan, dan
pemusnahan, dan dianggap sebagai
Tuhan. Untuk mewakili ketiga-tiga sifat
Tuhan ini, mereka mencipta dewa Brahma
(Dewa Pencipta), dewa Vishnu (Dewa
Pelindung/Pemelihara) dan dewa Shiva
(Dewa Pemusnah). Pemikiran

monoteisme ini menjadi semakin penting


dalam kepercayaan agama orang IndoArya.
Peringkat Monisme merupakan pemikiran
agama orang India tidak terhenti di
peringkat monoteisme. Mereka maju
selangkah lagi dengan memperkenalkan
monisme. Monisme menyatakan bahawa
segala sesuatu di dunia ini berasal dari
satu sumber yang kewujudannya boleh
dirasai di mana-mana sahaja. Sumber itu
tidak bersifat pusat sebaliknya tersebar ke
seluruh dunia.
(ii) Upacara Pengorbanan Upacara
pengorbanan sebagai amalan agama
mempunyai kedudukan utama dalam
kultus Indo-Arya. Pengorbanan atau yajna
dianggap sebagai amalan agama yang
terbaik kerana manusia dapat
menggembirakan dewa-dewi. Biasanya

pengorbanan ditujukan kepada dewa-dewi


ataupun pada anasir-anasir jahat seperti
asura atau raksasa dengan tujuan yang
tertentu, seperti untuk mendapatkan
faedah duniawi.
Ada dua jenis pengorbanan yang
diamalkan oleh orang-orang Indo-Arya
iaitu grhya karmani bermakna upacara
pengorbanan di rumah dan mahakratu
dan srauta bermakna upacara
pengorbanan umum. Grhya karmani
dijalankan oleh ketua keluarga (grhapati)
dengan bantuan isterinya. Upacara ini
menandakan setiap peringkat dalam
kehidupan atau samskara seperti
garbhadana

(apabila seseorang wanita hamil),


pumsavana (pada bulan ketiga kehamilan,
bagi mendapat anak lelaki) dan

sebagainya.
Manakala pengorbanan umum atau
mahakratu dijalankan pada waktu- waktu
tertentu olehyajamana raja-raja seperti
orang-orang kaya dan ketua-ketua yang
menanggung segalaperbelanjaan.
Yajamana memerlukan perkhidmatan
beberapa ratus orang pedanda untuk
menjalankan upacara seperti ini.
Lazimnya upacara pengorbanan seperti
ini diadakan untuk kepentingan diri sendiri
dan bukannya untuk kebaikan negara
walaupun raja yang menjalankannya.
Jenis upacara-upacara pengorbanan yang
dianggap sebagai mahakratu termasuklah
vajapeya (bertujuan untuk kembali muda),
rajasuya (untuk menerima sifat-sifat
kedewaan), asvamedha (pengorbanan
kuda untuk mengagungkan kuasa
seseorang raja) dan sebagainya.

(iii) Falsafah Agama Vedik


Falsafah Vedik mementingkan lima
konsep yang saling berkaitan antara satu
sama lain, iaitu Brahman, Atman, karma,
samsara dan moksha. Brahman
menandakan Tuhan yang dibincangkan
sebagai satu prinsip yang menyelubungi
segala-galanya (roh duniawi). Atman ialah
roh individu dalam badan manusia yang
bertujuan untuk diserap ke dalam roh
duniawP/ Brahman. Karma merupakan
perbuatan, pemikiran dan pertuturan yang
dilakukan oleh individu dalam sesuatu
kehidupan dan akibat yang akan dialami
dalam kehidupan akan datang. Samsara
ialah lingkaran kelahiran dan kematian
yang dilalui oleh Atman. Akhir sekali,
moksha ialah pelepasan daripada
kehidupan duniawi dan penyatuan dengan
Brahman. Jadi tujuan setiap Atman adalah
untuk membebaskan diri daripada karma

dan mencapai moksha.


Pada asasnya Brahman dan Atman
adalah sama seperti yang dilihat dari
namsiParatman bagi Brahman
danfivatman bagi roh individu. Tetapi
karma menjauhkan Atman dari Brahman,
jadi Atman mestilah menghapuskan
semua karma untuk mendekati Brahman.
Terdapat duajenis karma inhupunya
karma (perbuatan baik) danpava karma
(yang tidak baik). Keinginan dan nafsu
manusia melahirkan tindakan sama ada
tindakan ini boleh jadi baik atau buruk,
dan dari segi pembalasannya perbuatan
baik dibalas pahala dan perbuatan buruk
dibalas dengan dosa. Segala dosa dan
pahala hendaklah diselesaikan oleh roh
untuk bersatu dengan Tuhan.
Menurut karya Upanishad Brahman dalam
Upanishad mempunyai dua aspek, iaitu

saguna (personal) dan nirguna


(impersonal). Saguna Brahman bererti
Tuhan yang dikenali manusia dengan
pelbagai sifatnya dan ini termasuklah
sifat- sifat seperti maha penyayang, maha
adil serta pelbagai nama seperti Brahma,
Shiva, Vishnu dan sebagainya. Nirguna
Brahman bererti konsep Tuhan yang
abstrak tiada sifat (attributes) dan
diterangkan dalam bentuk penyangkalan
seperti tidak panjang, tidak pendek, tidak
berbayang atau gelap, tiada rasa atau
berbau dan sebagainya.

15.6.2 Agama-agama Heterodoks


Agama-agama seperti Buddha dan Jaina
disebut sebab tidak menerima
kewibawaan kitab Veda dan tidak
mengakui kewujudan Tuhan. Tetapi
ajaran- ajaran agama tadi menunjukkan

terdapat banyak persamaan dengan ideaidea yang terkandung dalam karya-karya


Upanishad. Kedua-dua agama ini muncul
pada akhir Zaman Vedik di India.
(i) Buddhisme
Pengasas doktrin Buddhisme ini ialah
Siddhartha Gautama Buddha. Siddhartha
ialah nama yang berikan oleh ibu bapanya
manakala Gautama pula ialah nama
keluarga (gotra). Buddha pula
menandakan seseorang manusia itu telah
mencapai taraf kesedaran kerohanian
yang sempurna.
Ajaran Agama Buddha
Buddha tidak mengajar mengenai hal-hal
ketuhanan, metafizika atau suatu falsafah
kerana beliau sendiri tidak menggalakkan
falsafah. Sebaliknya, ajaran Buddha

merupakan ajaran-ajaran psikologi dan


etika yang berhubung kait dengan
kehidupan. Ajaran-ajaran metafizika
dalam Buddhisme adalah tambahan
(Ahhidhamma) kemudian kepada ajaran
asal Buddha (Dhamma).
Ajaran Buddha Tentang Dhamma
Intisari ajaran Dhamma dirangkumkan
dalam Empat Kebenaran YangMulia iaitu
Dukka (penderitaan), Samudaya (punca.
atau sebab membawa penderitaan),
Nirodha dan Marga. Apt keinginan, cinta,
nafsu, gila kekayaan dan sebagainya
merupakan Samudaya yang membawa
kepada penderitaan. Akhirnya, marga iaitu
jalan ataupun cara untuk memadamkan
api keinginan.
Ajaran Buddha mengesyorkan lapan cara
atau jalan iaitu pertama, kepercayaan

yang betui (benar); kedua, tujuan atau


cita-cita yang betui; ketiga, pertuturan
yang baik; keempat, perbuatan yang
betui; kelima, hidup yang betui; keenam,
usaha yang benar; ketujuh, fikiran yang
betui; dan kelapan, renungan yang baik.
Kelapan-lapan jalan hidup ini boleh
dirangkumkan dalam tiga prinsip utama,
iaitu pertama, kepercayaan (pada Buddha
sebagai guru, yakin pada Buddha
Dhamma bagi mencapai nirwana); kedua,
berkelakuan seperti yang ditentukan oleh
Sangha; dan ketiga, melakukan renungan
yang baik menurut Dhamma bagi
mencapai nirwana.
Konsep Ahimsa
Ahimsa bererti menolak penyeksaan
(himsa) serta pembunuhan, walaupun
untuk mengisi perut, seorang itu tidak
boleh membunuh binatang. Ini menjadi

suatu

konsep yang penting dalam ajaran agama


Buddha. Boleh dikatakan konsep ini
merupakan sumbangan Buddha kepada
dunia kerohanian.
Istilah nirwana (nibbana dalam bahasa
Pali) boleh dikatakan sebagai suatu
keadaan apabila sesuatu makhluk itu
melepaskan segala ikatan duniawi,
mengetahui kebenaran serta memperolehi
kesedaran secara keseluruhan. la
merupakan keadaan apabila apt
keinginan dipadamkan sama sekali.
Orang yang mencapai keadaan nirwana
dikatakan akan berada dalam keadaan
bahagia, gembira dan ketenangan yang
berkekalan.
(ii) Jainisme

Agama Jaina diperkenalkan oleh


Mahavira (Vardhamana) yang mempunyai
banyak persamaan dengan ajaran-ajaran
Upanishad dan Buddhisme. Agama ini
mementingkan undang-undang sebab dan
akibat yang dipercayai menentukan
kelahiran semula roh-roh individu. Ini
menunjukkan konsep karma dan samsara
yangterdapat dalam Upanishad amat
penting kepada agama Jaina.
Ajaran Mahavira ini mengandungi
sembilan prinsip atau nava-tattva, iaitu
pertumn, jiva (roh terdapat dalam semua
benda, yang bergerak dan bernyawa
termasuk tumbuhan dan ia adalah kekal
abadi); kedua, Ajiva (benda-benda yang
tidak bernyawa); ketiga, asmva (daya
penarik); keempat, papa karma (dosa,
hasil perbuatan yang jahat); kelima, punya
karma (pahala, hasil perbuatan baik);

keenam, bandha (ikatan roh dengan


keinginan dan kejahilan); ketujuh,
samvara (menahan pengaliran karma);
kelapan, nirjara (penghapusan karma);
dan kesembilan, siddhi (pelepasan dari
kelahiran semula). Papa karma dan punya
karma akan menentukan kelahiran
semula roh. Perbuatan baik, disiplin
mental dan moral, meditasi dan kelakuan
baik membantu manusia mencapai
samvara. Seseorang yang dapat samvara
dan mencapai siddhi dianggap sebagai
wira yang menang dalam perjuangannya
dan manusia ini disebutjina (perwira).
15.6.3 Sistem Falsafah India
Sistem falsafah India boleh dibahagikan
kepada enam aliran (sekolah) falsafah
iaitu Nyaya, Vaisheshika, Sankhya, Yoga,
Mimamsa dan Vedanta. Sekolah-sekolah
falsafah ini menerima bulat-bulat ajaran

daripada kitab-kitab Veda. Oleh yang


demikian, aliran-aliran falsafah ini juga
dikenali sebagai astika darshana.
Nyaya
Ciri-ciri sekolah falsafah ini dikesan dalam
kitab-kitab Veda dan Upanishad.
Pendukung falsafah Nyaya ialah Gautama
dan karya beliau berjudul Nyaya Sutra
yang bertarikh kurun ke-2SM menjadi teks
asas aliran falsafah ini. Nyaya bermaksud
pertimbangan logik dan menurut falsafah
ini terdapat empat sumber ilmu
pengetahuan iaitu Persepsi (pratyaksha),
Inferens (anumana),
analogi/perbandingan (upamana) dan
testimoni/pembuktian (shabda). Nyaya
menekankan empat faktor dalam
mendapatkan ilmu pengetahuan iaitu
Subjek yang diketahui (pramata), Objek
pengetahuan (prameya), Cara

memperolehi pengetahuan yang sah


(pramana) dan Pengetahuan yang sah
(prama).
Oleh itu falsafah Nyaya mengutamakan
doktrin teori pengetahuan serta menerima
akan kewujudan Tuhan. Dunia ialah
sesuatu entiti benar, bukan rekaan
ataupun imaginasi minda. Hidup ini pula
bertujuan untuk membawa
pengetahuan/kesedaran kepada jiwa.
Tuhan dikatakan sebagai bersifat tunggal
dan mutlak serta kekal abadi,
menjalankan fungsi penciptaan,
pemeliharaan dan pembinasaan disertai
penjanaan semula tenaga.
Vaisheshika
Sekolah falsafah ini dikenali sebagai
Vaisheshika darshana^ Pengasas sistem
falsafah ini ialah Kanada (kurun ke-3SM)

dan karyanya berjudul Vaisheshika Sutra


menjadi sumber asas falsafah ini.
Vaisheshika dan Nyaya merupakan dua
sistem falsafah yang saling berkaitan dan
kedua-duanya berkongsi pandangan
bahawa kejahilan merupakan sumber bagi
segala penderitaan. Kebebasan hanya
dapat dicapai menerusi pengetahuan
yang betui terhadap kebenaran dan
kedua- dua sistem falsafah ini turut
menekankan pentingnya pembebasan
dalam seseorang individu.
Vaisheshika lebih menonjolkan minat
dalam bidang kosmologi. Semua benda
dikatakan diperbuat daripada empat jenis
paramanu (atom) iaitu atom- atom
kepunyaan bumi, air, api dan udara.
Gabungan empat jenis atom tadi dalam
ukuran yang berbeza membentuk
pelbagai benda dan bahan. Sebaliknya,
terdapat lima unsur yang terlibat dalam

pembentukan dunia iaitu dik (ruang), kala


(masa), akasha (eter), manas (minda) dan
atma (jiwa).
Vaisheshika mengakui konsep ketuhanan
dan Tuhan dikatakan mencipta dunia
daripada sembilan unsur yang tersebut di
atas dan kesemuanya wujud sebelum
dunia diciptalagi. Tuhan membentuk serta
menyusun dunia ini. Dalam konteks ini,
apa yang penting ialah Tuhan tidak
menjadi sebahagian dari sembilan unsur
yang diperjelaskan di atas.
Oleh itu falsafah Vaisheshika walaupun
bukan ateis {atheistic) tetapi
menampakkan perbezaan dengan konsep
kepercayaan yang ternyata berlainan
dengan aliran sekolah-sekolah falsafah
Hinduisme tradisional.
Sankhya

Sankhya dipercayai merupakan sistem


falsafah terawal dalam tamadun India.
Sejarah kelahirannya melampaui zaman
Buddha. Falsafah ini didukung dan
dipelopori oleh Kapila dan beliau
dipercayai hidup pada kurun ke-7SM.
Oleh itu sejarah permulaan falsafah
Sankhya turut digariskan sejak kurun ke7SM. Kapila menghasilkan karya yang
merupakan teks asas sekolah falsafah ini
iaitu Sankhya Sutra. Pengaruh falsafah ini
dapat dikesan dalam kebanyakan sekolah

falsafah di India. Sankhya-Karika ciptaan


Isvarakrisna merupakan sebuah lagi teks
berwibawa bagi sistem falsafah Sankhya.
Sankhya bererti bilangan iaitu falsafah ini
menghuraikan mengenai realiti dalam
bilangan yang terhad dan Sankhya juga

bererti pengetahuan yang sempurna. Oleh


itu, pengetahuan sempurna tentang realiti
diutamakan dalam sistem ini. Falsafah ini
menyatakan tentang dua realiti mutlak
dalam alam semesta iaitu pertama,
purusha iaitu jiwa yang bilangannya tidak
terkira; dan kedua, prakriti iaitu jirim yang
sedia wujud sejak dari awal lagi. Prakriti
dikatakan bahan asas bagi
perkembangan dunia dan perkembangan
ini menjadi kerana adanya purusha. Oleh
itu sejarah dunia merupakan sejarah
perkembangan yang diakibatkan oleh
prakriti dan purusha. Kitaran kematian
dan kelahiran akan terhapus jika
pengetahuan mengenai perbezaan antara
prakriti dan purusha dicapai. Untuk ini
inteiek (buddhi) diperlukan dan
kebebasan kerohanian pula dicapai
menerusi pengetahuan.
Falsafah Sankhya percaya akan konsep

sebab dan akibat. Misalnya, dikatakan


pokok wujud dalam benih, meja wujud
dalam kayu dan sebagainya. Maksudnya
sebelum sesuatu benda itu mendapat
bentuk, ianya sudah wujud, kerana tiada
apa boleh wujud dalam kekosongan.
Maka sesuatu yang sedia wujud itu
terlebih dahulu dalam penyebab (material)
apabila efek (kesan) dihasilkan sebagai
penyebab material.
Satu lagi sumbangan penting sistem
falsafah Sankhya ialah konsep triguna
(tiga sifat) alam semesta. Triguna
mengandungi tiga sifat, pertama Sattva
iaitu kecerdasan merupakan sesuatu yang
membawa kepada keharmonian,
kemahiran, ketelitian, kesucian dan
keterangan; kedua, Rajas iaitu tenaga
merupakan sesuatu yang mengakibatkan
aktiviti, gerakan dan keghairahan; dan
ketiga, Jamas iaitu kegelapan merupakan

sesuatu yang membawa kejahilan,


kekasaran, ketidakseimbangan,
kemalasan dan ketidakaktifan.
Ketiga-tiga sifat tersebut memainkan
peranan tertentu dan berlainan dalam
perkembangan prakriti. Sattva pada
awalnya bertanggungjawab bagi
manifestasi prakriti serta memelihara
perkembangannya. Rajas pula
mengakibatkan segala macam aktiviti.
Tamas pula membawa segala halangan
dan keghairahan.
Yoga
Sistem Yoga mempunyai idea falsafah
yang sama dengan sistem Sankhya
dalam teori pengetahuan dan metafizika,
kecuali sistem Yoga memperkenalkan
konsep Tuhan mutlak dalam sistem
falsafahnya. Sistem Sankhya tidak

membicarakan mengenai hal-ehwal


konsep Tuhan, tetapi sistem Yoga
memperjelaskan realiti Tuhan.
Sistem Yoga dikatakan memiliki sejarah
yang panjang tetapi pembentukan sistem
mi sebagai satu aliran falsafah hanya
dapat dilihat pada permulaan kurun
masihi. Pendukung ataupun eksponen
terawal bagi sistem ini ialah Patanjali

yang mencipta teks Yoga Sutra (Kurun ke2SM). Teks ini merupakan sebuah karya
agung yang berwibawa dalam aliran
falsafah Yoga.
Penyatuan roh individu dengan roh
duniawi (cosmic soul) menjadi usaha atau
pun tujuan kehidupan ini. Dalam amalan,
disiplin sistem Yoga mengandungi latihan
minda dan badan fizikal. Ini termasuklah

latihan mengawal serta mematikan fungsi


anggota badan, pancaindera, minda,
inteiek dan ego tanpa menghilangkan
kesedaran diri iaitu pengalaman jiwa.
Pencapaian ini akan membuktikan
bahawajiwa adalah lebih unggul daripada
anggota badan, minda yang kompleks
serta deria inteiek. Ini membawa kepada
pencsipaimprajna iaitu pengetahuan
bahawa jiwa itu berbeza daripada minda
dan badan fizikal.
Sistem Yoga menolak dakwaan bahawa
moksha (kesempurnaan kerohanian)
hanya dapat dicapai melalui pengetahuan.
Sebaliknya sistem ini percaya bahawa
disiplin minda dan badan fizikal dapat
membantu dalam proses pencapaian
moksha. Oleh itu sistem ini
mencadangkan meditasi (renungan
mendalam) sebagai salah satu praktikal
untuk menyucikan minda dan mencapai

moksha.
Mimamsa
Mimamsa bererti siasatan dan objektif
utama sistem ini ialah menegakkan
kewibawaan kitab-kitab Veda serta aspek
ritualnya. Sejarah falsafah ini berusia
sejak tahun 1500SM, iaitu bermula sejak
Zaman Veda Awal. Tetapi teks yang
mendukung falsafah Mimamsa secara
sistematik hanya dicipta pada tahun
400SM berjudul Purva-mimamsa Sutra,
ciptaanJaimini. Aliran ini tidak bersifat
spekulatif, tetapi lebih bercorak praktikal.
Kepentingan sistem falsafah ini terletak
pada sistem tafsiran kitab-kitab Veda.
Vedanta
Sistem falsafah Vedanta merupakan aliran
falsafah yang paling berpengaruh dan

pengaruhnya masih berterusan dalam


kehidupan dan amalan orang Hindu. la
turut dikenali sebagai Uttara Mimamsa
kerana falsafahnya dibentuk berteraskan
karya-karya Upanishad. Doktrin Brahman
(Tuhan) menjadi pokok persoalan utama
dalam sistem falsafah ini. Pelopor falsafah
ini ialah Badarayana yang mencipta karya
berjudul Brahma Sutra (tahun 400SM)
dan teks ini turut dikenali sebagai Vedanta
Sutra. Selain karya-karya Upanishad dan
Brahma Sutra, karya Bhagavad Gita turut
menjadi teks asas sistem falsafah ini.
Pendukung falsafah Vedanta yang
terkenal ialah Sankara (kurun ke-8
Masihi), orang India Selatan. Terdapat
dua aliran utama dalam sistem Vedanta
iaitu, Advaita (non-dualistic) dan dvaita
(dualistic). Sankara mendukung aliran
advaita, yang menyatakan atman (jiwa)
dan Brahman (Tuhan) bukanlah dua entiti

yang berbeza. Sankara menyatakan


bahawa dunia ini bukanlah ilusi sematamata, sebaliknya ialah manifestasi
Brahman itu sendiri. Hanya mereka

yang bijaksana dapat melihat kebenaran


ini dan sebaliknya, Brahman tidak
bergantung kepada rupa dunia luaran.
Jiwa ataupun roh (atman) peribadi
merupakan manifestasi Brahman dan
Avidya (kejahilan) membawa perasaan
ego pada jiwa. Akhiran bagi atman ialah
kebebasan dan penyatuan dengan roh
duniawi (Brahman). la hanya dapat
dicapai melalui kesedaran kerohanian.
Kesedaran bahawa atman dan Brahman
adalah sama dan satu akan membawa
moksha (kebebasan kerohanian).
Ahli-ahli falsafah Vedanta kemudian

seperti Ramanuja (tahun 1017-113) dan


Madhva (tahun 1199-1278) pula
membawa tafsiran yang berbeza dengan
Sankara dalam hal Brahman dan Atman.
Ramanuja menyatakan bahawa dunia,
Atman dan Brahman adalah berlainan
tetapi tidak terpisah. Jiwa dan dunia
adalah umpama badan Tuhan (Brahman).
Maka itu, segala-galanya terdapat pada
Brahman, tetapi jiwa individu adalah
berbeza daripada Brahman. Aliran
Ramanuja pula disebut VisistadvaitaVedanta.
Madhva percaya akan Dvaita (dualisme),
Brahman dan Atman, dan beliau
sebenarnya turut menerima kewujudan
dunia. Brahman/Tuhan (Vishnu) adalah
kuasa tertinggi dan sempurna. Terdapat
jiwa individu yang tidak terkira dan jiwa
bergantung pada Brahman. Tuhan hanya
dapat disedari melalui kitab-kitab Veda.

Persepsi, inferens dan testimoni lisan


adalah tiga cara untuk mengetahui
kebenaran. Aliran Madhva pula dikenali
sebagai Dvaita- Vedanta.
15.7 SENI HALUS
Kehidupan orang India lebih terikat pada
alam semula jadi dan kesenian. Dalam
bidang seni halus, India telah mencapai
kecemerlangan pada awal tahun-tahun
masihilagi. Bidang muzik,tarian dan
drama berkembangmaju. Asimilasi
budaya Hindu dan Muslim memberikan
sumbangan yang tidak ternilai dalam
bidang sent bina, seni ukir dan lukisan di
benua kecil India.
15.7.1 Seni Muzik
Dalam seni muzik India, tala atau corak,
metrik menjadi asas teori irama. Raga

atau corak melodi pula menjadi asas teori


melodi. Pemain dram biasanya
menjelaskan rangka tala dengan
menggunakan pelbagai paluan dengan
tangan dan jari di bahagian-bahagian
gendang untuk memperbaiki irama yang
kompleks. Dalam muzik India, walaupun
teori harmoni tidak begitu meluas, mereka
mempunyai raga yang lebih kompleks
daripada corak melodi Barat. Pada zaman
pertengahan, raga telah mempunyai skala
komplementari yang disebut ragini. Raga
dan ragini digunakan untuk
menggambarkan waktu (kala) atau
sesuatu musim, perayaan dan emosi.
Alat-alat muzik India terbahagi kepada
empat kategori iaitu pertama, tata (tali);
kedua, avanaddha (dram); ketiga, ghana
(solid atau ideophone); dan keempat,
susira (angin). Alat muzik India Utara
adalah berbeza dengan alat muzik India
Selatan. Di India Utara, sitar, sahnai, dan

tabala merupakan alat muzik utama.


Vinai, natasvaram dan mrdanga, menjadi
alat muzik yang penting di India Selatan.
Muzik India Utara (Hindustani) dan muzik
India Selatan (Karnataka) mempunyai
asal-usul dalam teks asas Natya-Sastra
dan Sangita Ratnakara.
15.7.2 Seni Tarian
Tradisi kesenian India juga menunjukkan
bahawa seni tarian dan sent muzik
mempunyai hubungan yang erat.
Misalnya tarian Kathak dan muzik
Hindustani (India Utara), dan Bharata
Natyam dan muzik Karnataka (India
Selatan). Manakala taridra pula biasanya
dimainkan berdasarkan tradisi-tradisi
sastera, misalnya taridra Katakkali yang
berdasarkan bahan-bahan epik Purana
dan taridra Manipuri pula berdasarkan
tema-tema dari Bhagavata Purana dan

Gita Govinda.
Natya Sastra merupakan teks tarian India
dan dicipta oleh Bharata antara kurun
kedua dan keenam Masihi. lanya
membincangkan secara keseluruhan
tentang drama, cara dan teknik mengatur
pentas, bahasa persajakan, emosi
dramatik (dari mana munculnya aliranaliran estetik seperti ala.mka.ra dan rasa).
Sanggita Ratnakara, karya ciptaan
Sangadeva pada kurun ke-13, walaupun
mementingkan muzik, mempunyai satu
bab tentang tarian.
Jenis-jenis tarian yang menjadi popular di
sesuatu kawasan akhirnya telah diakui
oleh keseluruhan masyarakat India dan
menjadi warisan bersama. Antara tariantarian utama ialah seperti Manipuri iaitu
dipersembahkan oleh artis-artis wanita
sebagai taridra. Berasal dari Manipur di

sempadan India-Burma pada akhir kurun


ke-18 dan disebarkan ke seluruh India
oleh Rabindranath Tagore padatahuntahun 1920-an. Bharata Natyam iaitu satu
jenis tarian tulen disifatkan sebagai penuh
dengan gerakan kompleks, gaya tangan,
pernyataan perasaan pada muka,
gerakan kaki dan tangan. Bentuk yang
terdapat sekarang berasal dari kurun ke17. lanya dipersembahkan oleh penaripenari istana (rajasadasi) dan penaripenari di kuil (deva dasi). Katakkali iaitu
dipersembahkan oleh artis- artis lelaki
berasal dari Kerala pada kurun ke-16 dan
taridra ini dilambangkan dengan pakaian
berwarna-warni. Kathak yang
dipersembahkan oleh artis lelaki atau
wanita secara solo dan kadang-kadang
dipersembahkan oleh dua atau tiga orang
penari. la berasal dari India Utara pada
kurun ke-14. Tarian-tarian lain seperti
Orissi, Mokiniyattam, Bhagavata Mela

Nataka, Kutiyattam dan Yaksagana


dianggap sebagai tarian-tarian minor.
15.7.3 Seni Drama
Dalam arena drama, ciptaan karya
berjudul Natya Sastra merupakan teks
drama, muzik dan tarian yang
menyumbangkan kepada perkembangan
bidang drama. Ciri awal seni drama India
berbentuk taridra. Teks ini
membincangkan seni

bina teater, konvensi-konvensi pentas,


teknik-teknik produksi, persembahan dan
artis-artis. Misalnya, teknik koreografi dan
pergerakan pentas dapat dilihat dalam
sistem-sistem pelbagai pergerakan fizikal
dan menyebutkan 13 gerakan untuk
kepala, 36 untuk mata, 10 untuk badan
dan lain-lain.

Tujuan drama Sanskrit adalah untuk


menghiburkan para hadirin (ananda)
dengan menyampaikan rasa melalui lapan
emosi (Sthay ibhava). Contoh dramadrama seperti ini ialah drama Sakuntala
(menggambarkan cinta dan belas
kasihan), dan Mudraraksasa
(menggambarkan kama). Unsur-unsur
falsafah dan dramatik yang dimuatkan
menyebabkan sesuatu drama yang
dipersembahkan itu mengambil masa tiga
hingga lapan belas hari. Misalnya
Mattavilasa, drama babak solo kurun ke-7
Masihi dipersembahkan selama lapan
belas hari.
15.7.4 Seni Bina dan Seni Ukir
Pada zaman Maurya, bidang seni bina
dan seni ukir India berkembang maju.
Tiang Asoka merupakan contoh terbaik

kemegahan seni bina dan seni ukir India.


Pada zaman Gupta, senibina dan seni
ukir mencapai kegemilangannya. Di India
Utara, Stupa Sanchi, imej Buddha dan
Bodhisattva adalah antara lambang
kemegahan seni bina India. Ukiran Gua
Ajanta dan Ellora serta duit syiling India
zaman Gupta membuktikan seni ukir India
yang tinggi nilainya. Di India Selatan, kuil
batu Mamallapuram yang dibina oleh raja
Pallava menunjukkan corak seni bina dan
seni ukir kompleks yang mengagumkan.
Pada zaman Chola, kuil Brigathiswarar
yang dibina di Thanjavur menunjukkan
keunikan corak seni bina bangunan kuil
ini, dan masih menjadi misteri dalam seni
bina India.
Dalam bidang seni ukir, India maju dalam
seni ukir logam. Pada zaman Muslim
(Islam) di India, kombinasi gaya Parsi
(Islam) dan Hindu berkembang dalam

bidang seni bina dan seni ukir. Pembinaan


dasar menampakkan sepenuhnya ciri-ciri
seni bina Islam tetapi kerja-kerja
pengindahan sesuatu bangunan banyak
melibatkan ciri-ciri Hindu. Bangunan kuil
dewa Govinda; istana Fathpur (dibina
pada zaman Akhbar); Taj Mahal danJami
Masjid (1644- 58) yang dibina semasa
ShahJahan merupakan contoh terbaik
yang menunjukkan gaya seni bina dan
seni ukir Indo-Parsi.
15.7.5 Seni Lukis
Kesusasteraan India awal menunjukkan
bahawa bidang seni lukis India mencapai
kemajuan pada zaman tersebut. Dinding
Istana dan ruang dalaman rumah
golongan berada dihiasi dengan lukisanlukisan yang menarik. Kebanyakan kuil
gua (cave temples) India dihiasi dengan
lukisan bersifat agama. Para pelukis

mendapat ilham daripada epik klasik India


seperti Ramayana dan Mahabharata. Gua
Ellora, Badami dan Bagh adalah di antara
contoh bagi lukisan bersifat agama.
Walaupun tujuan utama lukisan Gua
Ajanta adalah agama tetapi ianya turut
memuatkan unsur-unsur lukisan bersifat
sekular.

Dalam zaman Islam pemulihan seni


lukisan berlaku di India dan asimilasi seni
lukisan menghasilkan gaya lukisan IndoSino-Parsi. Akbar telah menubuhkan
institusi lukisan untuk menggabungkan
gaya lukisan Islam dengan Hindu.
15.8 BIDANG SAINS
Kematangan dan kesempurnaan yang
dicapai dalam bidang kerohanian telah
merintis jalan bagi orang India memiliki

beberapa keistimewaan lain. Ini dapat


dilihat dari penemuan-penemuan awal
yang telah dilakukan dalam bidang sains.
Pengetahuan orang India dalam bidang
matematik, astronomi, fizik, kimia,
perubatan dan bidang logam merupakan
sumbangan yang tidak ternilai kepada
perkembangan tamadun dunia.
15.8.1 Ilmu Matematik
Dalam bidang ilmu matematik,
pengetahuan mengenai konsep geometri
telah berkembang sejak zaman sebelum
masihi lagi. Sejak zaman Gupta (319 TM),
India telah maju dalam bidang ilmu
matematik. Kemajuan ini dapat dicapai
oleh orang India hasil pengetahuan yang
dimiliki oleh mereka dalam konsep
nombor abstrak. Mereka berupaya
membezakan nombor abstrak dan
nombor kuantiti objek-objek ataupun

keluasan ruang. Berbandmg dengan


matematik Greek (Yunani) yang lebih
bersifat mengukur panjang, lebar dan
geometri, India sudah melepasi tahap ini
lebih awal lagi. Orang India menggunakan
nombor- nombor asas dengan simbol 0
hingga 9 untuk mencipta cara kiraan
Algebra asas dan ini membolehkan
tamadun India menceburi bidang ilmu
matematik yang lebih rumit.
Dalam batu-batu bersurat/inskripsi awal
India, tarikhnya tidak ditulis dengan
menggunakan simbol-simbol YunaniRomawi dan Hebrew tetapi telah
digunakan sembilan notasi (notation) bagi
9 angka pertama diikuti dengan angka '0'
dan '0' menjadi asas bagi menulis 10, 100
dan sebagainya. Inskripsi seumpama ini
bertarikh 595 Masihi telah ditemui di
Gujarat, India. Pada kurun ke-6, konsep
ini sudah pun sampai ke Syria dan juga

telah tersebar sehingga ke Indo-China.


Terdapat beberapa karya matematik awal
India yang turut menggunakan nombor
dalam cara 10 angka. A.ntursLnya.ManuskripBakshali
bertarikh kurun ke-4 dan tidak diketahui siapa pengarangnya. Seterusnya karya
berjudul Aryabhatiya, ciptaan Aryabhata yang bertarikh tahun 449 Masihi ialah
karya mate
ik yang kedua yang pernah dicipta di India.

Ada sarjana yang beranggapan bahawa


sistem perpuluhan yang digunakan dalam
matematik adalah ciptaan awal orang
Arab. Tetapi anggapan ini salah kerana
orang Arab menamakan bidang
matematik sebagai Hindisat, ertinya seni
India dan ini membuktikan bahawa sistem
perpuluhan adalah ciptaan orang India.
Sebenarnya orang Arab telah mempelajari
seni matematik dari orang India. Ini
berkemungkinan besar berlaku menerusi hubungan perdagangan yang
kukuh di antara India dan Timur Tengah sejak kurun sebelum masihi lagi.
Terdapat juga kemungkinan orang Arab mempelajarinya setelah mereka
menakluk Sind, India pada tahun 712 Masihi.

Beberapa penemuan baru yang dilakukan


pada zaman pertengahan oleh pakar-

pakar matematik seperti Brahmagupta


(kurun ke-7), Mahavira (kurun ke-9) dan
Bhaskara (kurun ke-12) tidak pernah
diketahui di Eropah sehinggakan
berlakunya zaman Renaissance
(Pemulihan Budaya). Orang India telah
mengenali nombor-nombor positif dan
negatif, kubus serta kuasa 3. Mereka juga
dapat menyelesaikan persamaan
kuadratik dan beberapa persamaan.
Orang India juga telah memahami
trigonometri, geometn bulatan, kalkulus
dan sebagainya. Angka 0 (sunya) dan
infiniti telah diketahui lebih awal di India
berbanding dengan tamadun-tamadun
lain.
15.8.2 Ilmu Astronomi dan Kalendar
Jyotisa adalah salah satu bahagian utama
Veda. la merupakan perkiraan astronomi
yang digunakan pada zaman awal untuk
menentukan tarikh dan masa bagi
upacara pengorbanan. Berdasarkan
perkiraan astronomi muncul kalendar

matahari. Pada zaman awal, orang India


berjaya menemui 7 planet
tanpabantuanteknologiperalatan. Planetplanet tersebut ialah Matahari, Bulan,
Marikh, Utarid, Musytari, Zuhrah, Zuhal
dan kemudian dua lagi planet ditambah,
iaitu Rahu dan Kethu (pusat tenaga) yang
berada pada arah bertentangan 180 .
27bintang (nakshatra) turut dikenali dan
mempercayai 27 bintang dan 9 planet ini
mempengaruhi kehidupan manusia.
Kepercayaan inilah yang menjadi asas
bagi kemunculan ilmu menilik (astrologi).
Bermula pada zaman Gupta, ilmu
astrologi berkembang, diterima dan
akhirnya, dipercayai oleh semua orang
India.
Para sarjana mengatakan terdapat
pengaruh seni astronomi orang
Mesapotamia (Sumeria) dalam astronomi
India. Bagaimanapun, tidak terdapat bukti
dan penjelasan yang konkrit untuk
memperkukuhkan kenyataan ini. Pakar
astronomi Syria, Severus Sebokht (kurun

ke-7) telah mengetahui keunggulan


astronomi dan matematik India. Beliau
berpendapat perkiraan astronomi India
adalah sesuai untuk tujuan praktikal dan
lebih tepat daripada astronomi GreekRomawi.
15.8.3 Ilmu Fizik dan Kimia
Pengetahuan mengenai ilmu fizik dan
kimia orang India adalah berkaitan
dengan agama dan teologi. Konsep jirim
muncul berdasarkan intuisi dan logika,
dan bukannya eksperimen. Dipercayai
bahawa alam semesta terdiri dari
gabungan
lima elemen iaitu tanah, angin, api, air dan
angkasa. Pengikut Buddha dan Ajivika
menolak angkasa.
Hampirsemuaaliranagamadi India percaya
bahawa unsur-unadr alam kecuali
angkasa adalah bercirikan atom. Ilmu
atom India adalah lebih tulen dan

berdikari dengan sumbangan pakar atom


seperti Pakudha Katyayana (sezaman
dengan Buddha).
Menurut Jaina, corak percantuman atom
yang berbeza menghasilkan elemenelemen dengan pelbagai sifat. Orang
Buddha melihat atom sebagai "occupying
minutest space in the minutest time".
Mengikut falsafah Vaisesika pula atomatom membuat satu percantuman
diacldsin triad yang primari sebelum
bercantum untuk membentuk sesuatu
objek bahan. Orang India percaya
bahawa elemen-elemen tanah dan air
adalah jenis jatuh, api jenis menaik, padu
[solid) dan bendalir jenis mengembang
dalam panas. Tetapi usaha eksperimen
yang sebenar dan saintifik tidak dilakukan
dalam bidang ini.
Konsep bunyi ditentukan berdasarkan
eksperimen. Latihan bagi meningkatkan
kebolehan mendengar dibuat untuk
memahami intonasi sebutan mazmur-

mazmur Veda dengan lebih tepat. Sejak


awal lagi oktaf (octave) dibahagikan
kepada 22 sruti (microtone).
Bidang kimia di India lebih tertumpu pada
pembuatan ubat. Pengetahuan kimia tidak
digunakan untuk mengubah dan
menjadikan logam besi kepada emas,
seperti yang dilakukan di Eropah. Orang
India membuat ubat bagi hidup lama,
racun dan antidotnya. Melalui kimia
perubatan juga beberapa bahan alkali
utama, asid dan garam logam dicipta
dengan proses yang mudah seperti
pembakaran dan penyulingan. Mereka
juga dikatakan sudah mencipta ubat bedil.
15.3.4 Bidang Logam
Dalam bidang pertukangan besi,
kemahiran orang India jelas nampak pada
Iron Pillar (Tiang Besi) di Delhi yang
dibuat pada kurun ke-5. la merupakan
sebatang besi 7 meter tinggi dan begitu
tulen sehingga tidak berkarat. Mereka

berkemahiran dalam bidang ilmu kaji


logam dan barangan logam buatan
mereka begitu dihargai di zaman Empayar
Romawi dan di Asia Barat.
15.8.5 Bidang Perubatan
Pengetahuan perubatan orang India
bermula pada zaman Vedik sebagai sent
ilmu sihir. Unsur-unsur bidang perubatan
seperti fisiologi, pembedahan, pernafasan
melalui amalan yoga, reproduksi manusia,
farmakologi dan perubatan binatang
wujud sebelum tahun-tahun masihi. Teksteks perubatan India seperti Caraka
(kurun pertama hingga ke-2) dan Susruta
(kurun ke-4) dianggap setaraf dengan
Hippocrates dan Galen dalam beberapa
segi dan lebih maju pada keseluruhannya

Anda mungkin juga menyukai