Anda di halaman 1dari 2

Acara Lari Berganti-ganti

Pengenalan
Acara lari berganti-ganti adalah sejenis sukan olahraga yang berasal dari Amerika Syarikat.
Salah satu aktiviti yang menimbulkan idea seumpama ini ialah perjalanan kereta kuda jarak jauh
yang lebih dikenali sebagai pony express di mana surat-surat atau berita disampaikan dari satu
tempat ke satu tempat yang lain
Satu lagi aktiviti yang menjadi punca utama lahirnya acara ini ialah permainan pasukan ahli
bomba yang dinamakan kereta bomba . Ahli daripada satu pasukan bomba akan berlari dengan
pantas dan menyentuh kereta bomba ini sebagai syarat kepada ahli bomba lain dalam pasukan
untuk bersedia.
Perlumbaan ini juga diubahsuai melalui satu perlumbaan yang bermula di Universiti
Pennsylvania , Amerika Syarikat . Pada mulanya , perlumbaan ini dimulakan dengan seorang pelari
membawa bendera dan menyampaikan kepada pelari lain yang menanti dihadapan .
Pada tahun 1893 . dua orang peminat olahraga dari Universiti Pennsylvania , iaitu Frank Ellis
dan Laussat Geyelin memulakan acara ini buat kali pertama pada abad ke-19 di Amerika Syarikat
.Larian ini dalam jarak metrik , dengan satu pasukan terdiri empat orang . Seorang akan berlari
sejauh 402.34 mter (suku batu) dengan membawa baton untuk diterima olh rakan-rakannya . Setiap
perserta berlari pada jarak yang sama .
Pada tahun 1895 , Amerika Syarikat telah mewujukan Pennsylvania Relay Carnival yang
merupakan acara tahunannya .Dari situ acara lari berganti-ganti ini dikembangkan kebandar-bandar
lain di Amerika Syarikat dan terus mendapat sambutan yang amat mengalakkan . Selepas itu acara
ini tersebar kenegara-negara lain .

Terdapat perbagai acara lari berganti-ganti yang dipertandingan , diantaranya ialah 4 X 100
meter , 4 X 200 meter , 4 X 400 meter , 4 X 800 meter , 4 X 1500 meter dan lari berganti-ganti jarak
jauh. Walaubagaimanapun , dalam kebanyakan pertandingan olahraga sama ada di peringkat
sekolah ,negeri, kebangsaan atau antarangbangsa ,hanya acara 4 X 100 meter dan 4 X 400 meter
yang didedahkan atau dipertandingan . Kedua-dua acara ini disertai oleh perserta lelaki dan wanita .
Selain daripada itu terdapat juga lari berganti-ganti secara campuran atau gabungan seperti
acara 4 X 100 meter , 4 X 400 meter ,4 X 400 meter dan 4 X 800 meter meter .Namun begitu , acara
acara ini jarang diadakan.

Pada prinsipnya , seseorang pelari akan berlari pada jarak yang sama , sama ada dalam
acara 4 X 100 meter , 4 X 400 meter ataupun jarak yang lain . Sungguhpun begitu , dalam larian
sebenar terdapat jarak larian dikalangan empat pelari terlibat kerana wujudnya pertukaran baton
yakni ada perlari yang berlari pada jarak yang lebih jauh atau lebih dekat daripada yang lain .
Objektif lari berganti-ganti ialah membawa baton dari tempat permulaan sehingga penamat
menerusi empat orang perserta secepat mungkin .Perkara penting yang menjadi faktor utama dalam
menentukan kejayaan dalam acara ini ialah persefahaman di antara pelari didalam pasukan.

Anda mungkin juga menyukai