Anda di halaman 1dari 26

OLAHRAGA:

ACARA BALAPANLARI BERGANTI-GANTI 4 X 100


2

A. PENGENALAN ACARA LARI BERGANTI-GANTI

i.

LATAR BELAKANG

Acara lari berganti-ganti adalah sejenis sukan olahraga yang berasal dari Amerika Syarikat. Salah satu aktiviti yang menimbulkan idea seumpama ini ialah perjalanan kereta kuda jarak jauh yang lebih dikenali sebagai pony express di mana terdapatnya surat-surat atau berita disampaikan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Terdapat satu lagi aktiviti dimana boleh menjadi punca utama lahirnya acara ini ialah permainan pasukan ahli bomba yang dinamakan kereta bomba. Ahli daripada satu pasukan bomba akan berlari dengan pantas dan menyentuh kereta bomba ini sebagai syarat kepada ahli bomba lain dalam pasukan untuk bersedia.

Perlumbaan ini juga diubahsuai melalui satu perlumbaan yang bermula di Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat. Pada mulanya, perlumbaan ini dimulakan dengan seorang pelari membawa bendera dan menyampaikan kepada pelari lain yang menanti dihadapan.

Pada tahun 1893, dua orang peminat olahraga dari Universiti Pennsylvania, iaitu Frank Ellis dan Laussat Geyelin memulakan acara ini buat kali pertama pada abad ke-19 di Amerika Syarikat. Larian ini dalam jarak metrik, dengan satu pasukan terdiri empat orang. Seorang akan berlari sejauh 402.34 mter (suku batu) dengan membawa baton untuk diterima oleh rakanrakannya. Setiap perserta berlari pada jarak yang sama.

Pada tahun 1895, Amerika Syarikat telah mewujukan Pennsylvania Relay Carnival yang merupakan acara tahunannya .Dari situ acara lari berganti-ganti ini dikembangkan kebandar-bandar lain di Amerika Syarikat dan terus mendapat sambutan yang amat mengalakkan. Selepas itu acara ini tersebar kenegara-negara lain .

Terdapat perbagai acara lari berganti-ganti yang dipertandingan , diantaranya ialah 4 X 100 meter , 4 X 200 meter , 4 X 400 meter , 4 X 800 meter , 4 X 1500 meter dan lari bergantiganti jarak jauh. Walaubagaimanapun, dalam kebanyakan pertandingan olahraga sama ada di peringkat sekolah, negeri, kebangsaan atau antarangbangsa, hanya acara 4 X 100 meter dan 4 X 400 meter yang didedahkan atau dipertandingan. Kedua-dua acara ini disertai oleh perserta lelaki dan wanita.

Selain daripada itu terdapat juga lari berganti-ganti secara campuran atau gabungan seperti acara 4 X 100 meter , 4 X 400 meter ,4 X 400 meter dan 4 X 800 meter meter .Namun begitu , acara acara ini jarang diadakan.

Pada prinsipnya, seseorang pelari akan berlari pada jarak yang sama , sama ada dalam acara 4 X 100 meter, 4 X 400 meter ataupun jarak yang lain .Sungguhpun begitu, dalam larian sebenar terdapat jarak larian dikalangan empat pelari terlibat kerana wujudnya pertukaran baton yakni ada perlari yang berlari pada jarak yang lebih jauh atau lebih dekat daripada yang lain.

Objektif lari berganti-ganti ialah membawa baton dari tempat permulaan sehingga penamat menerusi empat orang perserta secepat mungkin .Perkara penting yang menjadi faktor utama dalam menentukan kejayaan dalam acara ini ialah persefahaman di antara pelari didalam pasukan.

ii.

LAKARAN DAN LABEL ARENA YANG LENGKAP Untuk acara 4 x 100 meter, pelari berlari dalam lorong-lorong di atas balapan

bulat berukuran 400 meter. Balapan tersebut mempunyai 8 lorong. Pelari pertama akan memulakan perlumbaan daripada garisan permulaan yang di atur secara beranjak. Dia berlari ke arah pelari kedua dan menyerahkan baton. Prosedur ini dilakukan daripada pelari kedua kepada pelari ketiga dan akhirnya kepada pelari keempat yang akan mengakhiri perlumbaan tersebut. .

Zon Pertukaran Baton

Fasa Permulaan Rajah 1 : Lakaran Dan Label Arena

ACARA 4 X 100 METER Didalam tugasan ini kami memilih acara 4 X 100 lari berganti-ganti. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI Mata Pelajaran Tunjang Tajuk : Pendidikan Jasmani : 2) Kemahiran : 2) Olahraga a) Balapan Acara lari berganti-ganti Tarikh Masa Tahun Bil Murid Objektif Psikomotor 1) Melakukan teknik lari berganti-ganti dengan betul iaitu 2 kali betul daripada 3 percubaan 2) Mengaplikasikan teknik hantaran dan terima baton dengan betul dalam permainan kecil Kognitif 1) Menerangkan secara lisan teknik hantaran dan terima baton 2) Menyatakan peraturan dalam teknik hantaran dan terima baton dengan betul dan tepat Afektif 1) Menunjukkan sikap bekerjasama dengan ahli kumpulan dan mempamerkan perasaan seronok semasa melakukan aktiviti larian. Teknik hantaran dan terima baton

: 10 Mac 2014 : 8.00am -9.00 am :2 : 30 Orang : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

Pengalaman Sedia Ada

1) Pelajar pernah melihat acara larian berganti-ganti 4 100 meter, 4 400 meter di televisyen 2) Pelajar berpengalaman melakukan teknik pertukaran baton gaya selang-seli tanpa pandang dan gaya selang-seli cara pandang

Bahan Bantu Mengajar Strategi uatama Penggabungjalinan Kesepaduan KBKK Nilai Murni

: baton, skital, wisel, marker penanda

: Teori Kecerdasan Pelbagai dan pembelajaran secara konstruktivisme : Sains (Penggunaan otot yang terlibat) : Tunjang kecerdasan (Kelajuan) : Menjana idea dan menyelesaikan masalah : keyakinan diri, disiplin dan semangat berpasukan

B. SESI PENGAJARAN i. PEMANASAN BADAN (UMUM DAN KHUSUS)

a. Umum Beberapa jenis aktiviti pergerakan boleh digunakan untuk memanaskan badan. Antara yang mudah dijalankan adalah berlari anak atau berjoging satu atau dua pusingan balapan. Semasa berlari perlahan atau sederhana, atlet boleh

membongkokkan badan untuk menyentuh tanah dengan sebelah tangan dan meluruskan tangan yang satu lagi ke udara secara berselang-seli. Selepas itu atlit terus berlari seperti biasa dan ulangi gerakan menyentuh tanah. Badan akan dipanaskan dalam masa 3-5 minit.

b. Khusus Permainan kecil : Permainan Cuit Lari Duduk Aplikasi larian dalam permainan kecil Seorang sebagai pengejar manakala yang lain sebagai pelari 7

Peraturan permainan :Murid perlu bermain dalam kawasan yang ditetapkan oleh guru Murid berdiri secara rawak Seorang murid dipilih menjadi pengejar Pengejar akan mengejar dan mencuit murid lain Murid lain lari menyelamatkan diri masing-masing Murid dikira selamat apabila duduk sebelum dicuit Murid yang duduk tidak boleh bangun sehingga murid lain ditukar menjadi pengejar

RUJUKAN

Penanda Pelari Pengejar Rajah 2: Lakaran Kedudukan Pemain

ii.

FASA- FASA YANG TERLIBAT

1) Fasa Permulaan Bagi acara lari berganti-ganti,hanya pelari pertama terlibat dalam kedudukan permulaan. Kebiasaannya pelari pertama menggunakan permulaan gaya dekam dan memegang baton. Pelari-pelari lain iaitu pelari kedua, ketiga dan keempat hanyalah berlari pada kedudukan atau dalam kawasan masing-masing menggunakan permulaan gaya berdiri seperti yang ditunjukkan pada rajah 5 dibawah.

. Rajah 3 : Permulaan berlari 4 X 100 meter

Rajah 4 : Permulaan gaya berdiri 2) Fasa Pecutan Fasa pecutan terdapat pada peringkat awal larian apabila kedudukan badan atlit lebih rendah dan pergerakannya belum pantas lagi. Ini menyebabkan terdapat rintangan angin. Oleh itu daya mendatar atlit adalah sangat berkesan dalam menghasilkan pecutan dan halaju. Pergerakan kakinya masih perlahan juga dapat menambah impuls masa tindakan tapak tanah adalah lebih lama.

Rajah 5 : kedudukan badan atlet 3) Fasa Pertukaran Baton Dalam acara lari berganti-ganti, baton digenggam itu mestilah menghabiskan satu pusingan larian iaitu sejauh 400 meter secara bergilir-gilir dalam jarak 100 meter bagi setiap perserta. Dalam acara ini, kelancaran pertukaran amat membantu dalam pencapaian larian pasukan itu . Terdapat dua cara menukarkan baton iaitu: i. ii. Hantaran dari bawah ke atas (Upsweep) Hantaran dari atas ke bawah (Downsweep)

Hantaran dari atas ke bawah (downsweep) Cara ini adalah paling pantas dan sering digunakan . rasikonya , jika tidak diberi dengan betul dan tepat , baton akan mudah terjatuh. Jika perlari pertama membawa baton dengan tangan kanan , maka pelari kedua akan memecut dari sebelah kanan lorongnya. Sambil berlari dia akan membuka tapak tangan atau menadah unyuk menerima baton . Pelari pertama

hendaklah memberi isyarat untuk pelari kedua memgangkat dan membuka tangannya.

Rajah 6 : Hantaran baton dari atas kebawah

10

Pelari pertama akan memberi baton dengan pergerakan tangan dari atas ke bawah , atau secara memukul tapak tangan pelari kedua .Pelari kedua akan membawa baton dengan tangan kiri, dan memberi kepada pelari ketiga dengan tangan kiri .Pelari ke tiga akan membawa baton pada tangan kanan akan memberi kepada pelari terakhir yang akan menerima baton dengan tangan kiri untuk memecut ke garisan penamat .

Hantaran dari bawah ke atas (Upsweep) Cara ini adalah kurang risikonya, tetapi memerlukan persefahaman yang baik antara penghantar dan penerima menjadikan hantaran lebih pantas dan menarik. Jika pelari pertama membawa baton dengan tangan kanan, maka pelari kedua akan menerima dengan tangan kiri. Diikuti pula dengan pelari ketiga dengan tangan kanan dan pelari akhir akan menerima dengan tangan kiri dan memecut. Pelari pertama, kedua dan ketiga akan memberi baton dengan pergerakan tangan dari bawah ke atas . Pelari yang menerima baton akan menghulurkan tangan sambil membuka tapak tangan menghala ke bawah .

Rajah 7 : hantaran baton dari bawah ke atas

Zon Pertukaran Baton Setiap pelari akan berlari dalam lorong-lorong diatas belapan bulat berukuran 400 meter yang mengandungi lapan lorong.Pelari pertama dalam setiap pasukan memulakan perlumbaan daripada setiap pasukan memulakan perlumbaan daripada garisan permulaan yang diatur secara berganjak.Dia berlari diselekoh dan menghantar baton kepada pelari kedua dalam pasukannya . Prosedur ini dilakukan daripada pelari kedua kepada pelari ketiga dan akhirnya kepada pelari keempat yang akan mengakhiri perlumbaan.

11

Rajah 8 : Zon pertukaran baton

Pada tanda 100 meter,200 meter dan 300 meter di balapan 400 meter ditandakan tiga zon penukaran baton. Setiap zon berukuran 20 meter panjang. Baton mestilah bertukar tangan diantara dua pelari didalam zon tersebut

Satu tanda lagi yang dipanggil zon pemecutan ditandakan pada 10 meter di belakang zon penukaran baton.Pelari yang akan menerima baton boleh mula berlari dalam zon pemecutan, tetapi baton mesti diterima di dalam zon pertukaran baton.

12

iii.

Ansur Maju Pengajaran i. Perkembangan (Langkah 1), (10 minit) Murid-murid membentuk 4 barisan Guru mengarahkan dua buah kumpulan berada dalam kedudukan berbaris seperti rajah berikut. Kumpulan pertama yang berwarna kuning dinamakan kumpulan harimau Malaya Kumpulan kedua yang berwarna oren dinamakan kumpulan harimau bintang

Rajah 9 : kedudukan murid dalam kumpulan Kemudian, guru menerangkan langkah-langkah permainan a) Murid yang berada di sebelah kanan akan memulakan permainan ini b) Murid yang berada pada barisan paling hadapan perlu berlari kearah kumpulan masing-masing di sebelah kiri dan menyentuh (sep) tapak tangan ahli kumpulannya kemudian beratur di belakang ahli-ahli kumpulannya yang belum bermain. c) Ahli kumpulan yang berada di sebelah kiri dimana telah disentuh sebentar tadi pula akan berlari kearah ahli kumpulannya di sebelah kanan dan menyentuh (sep) tapak tangan ahli

kumpulannya dan beratur di belakang rakan-rakan yang belum bermain.

13

d) Permainan ini akan berulang dari langkah (a) sehingga langkah (c) sehingga orang yang mula2 memulakan permainan ini berada di tempat asalnya kembali iaitu di barisan paling hadapan. e) Kumpulan yang telah siap perlu duduk dengan cepat bagi menentukan pemenang dalam aktiviti ini. f) Syarat utama permainan ini ialah setiap murid perlu menepuk tapak tangan rakan kumpulannya sebelum meneruskan larian. g) Sekiranya tidak menepati syarat ini, guru akan meniup wisel dan murid itu akan diberikan peluang hanya sekali untuk mengulangi gilirannya. Jika berlaku lagi kesilapan, kumpulan tersebut akan dikira kalah kerana tidak menepati syarat permainan.

Rasionalnya aktiviti ini, murid dapat bekerjasama untuk mencapai kemenangan dan berlatih untuk menerima maklum balas dengan cepat dari rakannya iaitu menerima tepukan tangan dari ahli kumpulannya dan perlu berlari dengan cepat untuk meraih kemenangan. Dalam acara lari berganti-ganti yang sebenar murid perlu memberikan baton dan ahli kumpulannya perlu bertindak balas dengan cepat menerima baton dan berlari meraih kemenangan dalam sesuatu pertandingan.

ii.

Perkembangan (Langkah 2), (15 minit) Murid-murid masih berada dalam kumpulan yang sama Setiap ahli kumpulan perlu berbaris dan megambil kedudukan seperti gambar rajah berikut:

Rajah 10 : kedudukan murid dalam kumpulan 14

Langkah-langkah permainan kedua ini juga hampir sama:a) Murid akan berlari sambil membawa pundi kacang dan menghantar kepada ahli kumpulannya kemudian duduk di belakang ahli kumpulan yang belum bermain. b) Ahli kumpulan yang mendapat pundi kacang pula akan berlari kearah ahli kumpulannya di sebelah kanan. c) Semua ahli kumpulan dikehandaki duduk sekiranya berjaya menamatkan permainan ini d) Syarat utama permainan ini ialah semasa menghantar pundi kacang kepada ahli kumpulan, pundi kacang tersebut tidak boleh jatuh ke tanah. e) Sekiranya berlaku kesilapan menghantar dan menerima pundi kacang sehingga jatuh ke tanah, kumpulan tersebut akan dikira kalah dan dikenakan denda untuk berlari satu pusingan padang sekolah. Rasionalnya aktiviti ini adalah supaya murid dapat berlatih untuk menghantar dan menerima objek dengan cekap dalam waktu yang singkat tanpa jatuh ke tanah. Ansur maju dengan menggunakan pundi kacang dapat mengajar teknik menghantar dan menerima baton dengan cepat dan pantas.

iii.

Kemuncak (15 minit) Murid-murid berpecah kepada dua kumpulan Satu kumpulan perlu berada pada Stesen 1 dan satu kumpulan lagi pula berada pada stesen ketiga. Satu pusingan permainan hanya dua orang yang akan bermain dan guru akan memeriksa teknik setiap fasa yang dilakukan oleh murid. Gelanggang permainan disusun seperti gambarajah berikut:

15

Fasa Persediaan

Fasa Pecutan

Fasa Petukaran baton

Garisan Penamat

Rajah 11 : kedudukan pemain dan fasa yang terlibat Guru memberitahu langkah-langkah dan peraturan permainan: a) terdapat tiga fasa yang perlu dilalui oleh setiap murid dalam acara lari berganti-ganti b) Guru menunjukkan teknik-teknik yang betul untuk setiap stesen atau fasa. c) Bagi acara lari berganti-ganti, hanya pelari pertama sahaja terlibat dalam kedudukan permulaan. Contohnya lari berganti-ganti 4100. d) Jarak balapan yang digunakan untuk aktiviti ini bukan ukuran trek sebenar e) Pada stesen kedua murid pertama perlu berlari pecut dengan menggunakan teknik yang betul. Di sini guru melatih murid untuk memecut apabila jarak telah hampir kepada zon pertukaran baton. f) Teknik yang digunakan mestilah betul iaitu Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan pantas serta tahap rendah g) Kedudukan condong ke hadapan dan jarak langkah perlu ditambah h) Pada stesen ketiga pula, terdapat dua cara menukarkan baton iaitu hantaran dari bawah ke atas dan hantaran dari atas ke bawah 16

i)

Jika pelari pertama membawa baton dengan tangan kanan, maka pelari kedua akan menerima dengan tangan kiri

j)

Pelari pertama hendaklah memberi isyarat untuk pelari kedua mengangkat dan membuka tangannya.

k) Pelari kedua memecut dengan membawa baton sehingga ke garisan penamat. l) Setelah selesai, pertukaran tempat atau stesen bagi kedua-dua kumpulan dilakukan. m) Aktiviti diteruskan dengan langkah-langkah seperti yang

diterangkan di atas.

iv.

Penutup (10 minit)

Guru bertanya tentang cara menghantar dan menerima baton dengan betul. Guru memilih pelajar yang cekap dalam menghantar baton untuk datang ke hadapan. Guru memuji pelajar tersebut namun dalam masa yang sama guru juga memuji murid-murid yang lain. Kelebihan yang ada pada pelajar yang dipilih adalah tujuan untuk pembelajaran supaya murid lain dapat melihat teknik menghantar baton dengan betul. Guru memilih seorang lagi murid yang cekap dalam menerima baton dengan betul. Sama juga tujuannya adalah untuk dilakonkan semula teknik yang dilakukan dalam permainan sebentar tadi. Guru menyuruh kedua-dua pelajar tersebut menghantar dan menerima baton dengan menggunakan teknik yang telah digunakan dalam permainan supaya murid-murid lain dapat melihat dan belajar memahami teknik yang sebenarnya. Guru memuji murid yang berlari menggunakan teknik yang betul dan menegur murid yang membuat kesilapan untuk proses penambahbaikan pada kelas akan datang. Akhir pembelajaran, Guru menasihati murid supaya menjaga kesihatan dengan cara yang betul selepas melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani.

17

Ansur Maju Mengikut Fasa Fasa Permulaan larian 1) Lompat ketinting (menentukan kaki yang kuat) Butiran mengajar i) ii) iii) Kaki sebelah di bengkokkan sebelah lagi lurus Lompat guna bebola kaki Ulang beberapa kali

Rajah 12 :Lompat ketinting 2) Gaya kegarisan Butiran mengajar i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) letakkan kaki yang tidak dominan di hadapan kaki yang dominan letakan di belakang Bengkokkan lutut , bawa berat badan kehadapan Lutut selari dengan hujung jari kaki di hadapan Jarak lutut dan kaki dihadapan ialah satu tapak tangan Tangan di buka seluas bahu Buka jari dan mencecah bumi Genggam baton tanpa menyentuh tanah Mata tumpu ke satu titik sejarak satu meter kehadapan

18

Rajah 13 :Gaya kegarisan 3) Gaya Sedia Butiran mengajar: i) ii) iii) iv) v) vi) Kepala menunduk angkat punggung Kedua-dua tangan lurus dan masih seluas bahu Pinggang dan punggung lebih tinggi dripada paras kepala dan bahu Sudut lutut di kaki hadapan dalam 90 darjah Sudut lutut dikaki belakang dalam 100 darjah Tangan sebagai sokongan

Rajah 14 :Gaya sedia tanpa blok Fasa Pecutan 1) Hayunan tangan semasa berlari Menghayun tangan dengan kedudukan berlunjur ( tanpa baton) Butiran mengajar : i) ii) Bengkokkan siku 90 darjah , tangan di sisi badan Hayunkan tangan , jari-jari tangan tidak menyentuh lantai. 19

iii) iv)

Badan condong ke hadapan Bawa siku jauh ke belakang

2) Ketinggian lutut semasa berlari Lari setempat. Butiran mengajar : i) ii) iii) Lompat berselang seli , lutut diangkat setinggi yang boleh Mulakan dengan perlahan-lahan diikuti dengan pantas Lakukan berulang-ulang

Rajah 15 :Larian Setempat Fasa Pertukaran Baton 1) Menghantar dan menerima baton (dengan alat) secara statik dengan berpasangan Butiran mengajar a) Hayun tangan sepantas yang boleh ,penerima berdiri dihadapan Kanan dan pemberi berdiri di belakang kiri atau sebaliknya. ii) iii) ii) Badan condong ke hadapan Pemberi memberi isyarat up kepada penerima

Penerima meluruskan tangan dan menghulurkan ke belakang separas pinggang tanpa melihat tanpa melihat .

iii)

Jari-jari penerima di rapatkan kecuali ibu jari ,untuk membentuk V Menghala ke bawah 20

iv)

Pemberi meluruskan tangan dan menghulurkan baton dari bawah Sehingga memasuki bentuk V (diantara ibu jari dan jari telunjuk) Penerima

v)

Penerima memegang baton yang berhampiran pegangan pemberi menggunakan jari telunjuk dan ibu jari kemudian di Bantu jari-jari yang lain .

vi) vii) viii)

Pemberi lepaskan baton setelah baton itu ditarik oleh penerima Pastikan kedua-dua pelari menggunakan tangan yang berbeza. Kaki di belakang pemberi ikut lajak

Rajah 16 :Menghantar dan menerima baton (static) 2) Aktiviti menghantar dan menerima baton (dengan alat) secara dinamik : a) Secara empat orang, berdiri dalam jarak satu meter bagi setiap pelari . b) Ulang butir-butir mengajar di atas (1) c) Lari perlahan-lahan, setiap pelari bergilir-gilir menghantar dan menerima baton

Larian beberapa langkah mesti dilakukan kepada pelari seterusnya. a) Pelari keempat akan meletakkan baton diatas tanah setelah menerima baton ,perlari pertama akan mengutip baton semula dan mengulangi aktiviti menghantar dan menerima baton. b) Lakukan aktiviti ini dalam jarak 30 meter.

21

Rajah 17 : menghantar dan menerima baton (dinamik) iv. Penyejukan Badan

Aktiviti senaman tidak boleh dihentikan dengan serta merta kerana ini akan memberikan kesan dan risiko kesakitan kepada otot dan badan keseluruhannya. Ia perlu dilakukan sama seperti proses memanaskan badan untuk menurunkan kadar kembali kepada keadaan biasa dan mengembalikan otot kepada keadaan otot.

Apabila kita melakukan aktiviti, darah banyak disalurkan ke bahagian anggota yang melakukan aktiviti aktif. Jika aktiviti dihentikan serta merta, darah akan terperangkap dalam otot yang sedang bekerja dan tidak berkeupayaan untuk balik ke jantung menyebabkan seseorang itu berasa pening. Ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada otot disebabkan oleh asid laktik yang terkumpul dalam otot.

Tujuan utama kita perlu melakukan aktiviti menyejukkan badan: (1) Menurunkan suhu badan secara beransur-ansur. (2) Menjajar semula otot-otot. (3) Mengurangkan kesakitan dan kerengsaan selepas aktiviti. (4) Menggalakkan pengaliran darah ke jantung. (5) Membantu mengeluarkan bahan buangan dari badan. (6) Mententeram atau merelakskan anda. Murid-murid berkumpul membuat bentuk U. Aktiviti menyejukkan badan Murid-murid membuat regangan bermula dari kaki sehingga ke bahagian kepala 22

B. TEKNIK DAN PRINSIP-PRINSIP LATIHAN i. Teknik

Dalam acara menukar baton ini , terlebih dahulu baton perlu dibawa berlari bersama dan seterusnya akan diserahkan kepada pelari-pelari lain . Terdapat dua cara atau teknik

membawa baton antara seorang pelari dengan pelari lain .teknik yang selalu digunakan ini ialah: v. vi. Teknik selang-seli tanpa pandang Teknik selang seli dengan pandang

Teknik selang seli tanpa pandang

Dalam teknik ini, pelari pertama dan ketiga berlari sambil membawa baton dengan tangan yang sama. Pelari kedua dan ke empat berlari membawa baton dengan tangan yang sama juga.Ini bermakna kedudukan tangan yang memegang baton di sepanjang larian adalah kiri, kanan, kiri, kanan atau kanan, kiri, kanan, kiri .

Semasa melakukan pertukaran baton , setiap pelari yang menerima baton akan berlari terus tanpa menoleh kebelakang untuk melihat baton . hanya isyarat yang akan menentukan samaada pelari yang akan menerima baton itu berjaya atau tidak .

Rajah 18 : teknik selang seli tanpa pandang

23

Teknik selang seli dengan pandang

Kedudukan pelari adalah sama seperti teknik di atas (pertama) iaitu kanan , kiri , kanan ,kiri atau sebaliknya .Pelari akan terus berlari seperti biasa , dan yang berbeza adalah ketika berlaku pertukaran baton . Pelari yang menerima baton akan memandang kebelakang . Tidak dinafikan cara ini adalah lebih tepat dan berrisiko rendah , tetapi disebabkan penerima baton terpaksa menoleh , bererti dia sudah kehilangan beberapa saat daripada masanya. Kemungkinan juga dia akan menerima baton dilar kawasan yang dibenarkan kerana terlalu menumpukan perhatian kepada baton .

Rajah19 : Teknik selang seli dengan pandang PERBEZAAN 1. Hantaran dan penerimaan tanpa pandang a) Pelari yang menerima baton hanya menghulurkan tangannya ke belakang selepas isyarat diterima , sambil pandangan difokuskan ke hadapan. b) Pelari hendaklah merapatkan jari dengan ibu jari serta membentuk huruf V. tangan hendaklah sentiasa diluruskan tanpa cuba goyangkannya. c) Pelari yang memberi baton hendaklah menggengamnya diantara ibu jari dengan jari yang lain sambil menghulurkan kehadapan . d) Baton hendaklah diberikan kepada pelari yang menerima dengan tapak tangannya , tetapi pelari yang membawa baton tidak boleh melepaskan baton dengan serta merta. 24 menggoyang-

e)

Sebaik pelari yang memberi baton hendaklah membiarkan baton itu ditarik daripada tangannya oleh penerima. Selepas itu dia hendaklah mengawal dirinya dengan terus berlari sambil memperlahankan kelajuan

2.

Hantaran dan penerimaan dengan pandang a) Pelari yang akan menerima baton hendaklah dengan pantas menoleh ke belakang ke arah pelari yang membawa baton .Sambil berlari , penerima hendaklah menghulurkan tangan kebelakang secara lurus. b) Tangan pelari yang akan menerima baton hendaklah menghala ke atas dalam kedudukan terbuka. c) Pelari yang memberi baton akan menggengam baton diantara ibu jari dengan jari yang lain. d) Pelari yang memberi baton menurunkan baton lalu meletakkan baton pada tangan pelari yang menerima . Baton tidak boleh terus dilepaskan tetepi penerima hendaklah menggengam baton. e) Penerima hendaklah menarik baton daripada pemberi , berpaling ke hadapan lalu meneruskan larian. f) Perlakuan yang sama hendaklah dilakukan kepada pelari kedua , ketiga dan keempat

ii.

Prinsip-Prinsip Latihan Semasa merangka program latihan beberapa prinsip latihan perlu diikuti untuk memperolehi hasil yang maksimun. Prinsip-prinsip ini adalah:-

i)

MEMANASKAN BADAN

Setiap latihan hendaklah dimulakan dengan sesi memanaskan badan( warming up) dan diakhiri dengan sesi melegakan badan(cooling down). Memanaskan badan adalah penting untuk merangsangkan sistem fisiologi badan supaya dapat adaptasi dengan peningkatan fungsi-fungsi metabolisme yang akan berlaku apabila atlit melakukan aktiviti fizikal yang lebih berat daripada biasa. Adaptasi ini akan membolehkan atlit bersedia dari segi psikologi dan juga penting bagi mengelak dan mengurangkan berlakunya kecederaan otot. 25

ii) ANSUR MAJU

Program latihan fizikal hendaklah bersifat progresif. Ia merujuk kepada peningkatan kesukaran latihan yang beransur-ansur. Kadar

peningkatan hendakalah berdasarkan kepada keupayaan individu. Individu adalah berbeza maka peningkatan intensiti latihan hendaklah sesuai dengan keupayaan setiap individu. Beban kerja hendaklah bertambah. Ini dilakukan secara beransur-ansur sesuai dengan pencapaian fizikal seseorang atlet yang menjalani latihan. Jurulatih pula perlu mengetahui bahawa jangka masa latihan yang diperlukan bagi seseorang atlet untuk berada dalam keadaan fizikal yang terbaik ialah 6 hingga 8 minggu. iii. SPESIFIKASI (PENGKHUSUSAN)

Program latihan yang dirancang hendaklah menjurus kepada matlamat yang hendak dicapai. Latihan yang dirancang perlu melibatkan aktiviti-aktiviti yang dapat mempertingkatkan kekuatan dan daya tahan otot, kelenturan (fleksibiliti) dan lain-lain aspek kecergasan fizikal. Latihan-latihan yang khusus hendaklah dijalankan mengikut permainan yang diceburi. iv. KEPELBAGAIAN LATIHAN.

Mempelbagaikan latihan dapat menghilangkan kebosanan dan rasa jemu atlet. Aplikasi penyilangan latihan adalah salah satu cara dapat mengurangkan kebosanan dari mental dan fizikal. v. PENYESUAIAN LATIHAN ATAU ADAPTASI.

Apabila sistem badan didedahkan kepada tekanan dan beban latihan yang berubah-ubah maka ia akan mengadaptasi secara perlahan-lahan untuk mengatasi keperluan yang dikenakan ke atas latihan tersebut. Penyesuaian dapat dilakukan dengan memanipulasikan perkara berikut:-

o Kekerapan (frequency) 26

o Intensiti ( Intensity ) o Masa (time) o Jensi (type)

27

Anda mungkin juga menyukai