Anda di halaman 1dari 14

LARI BERGANTI-GANTI

Isi Kandungan Lari Berganti-ganti 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 10.0 Sejarah Pengenalan Peraturan Lari Berganti-ganti Gaya memegang Baton Teknik Penukaran Baton Gaya Penukaran Baton Zon Pertukaran Baton Posisi Pelari Latihan Ansur Maju Borang Pertandingan Lari Berganti-ganti

ACARA LARI BERGANTI-GANTI

1.0 Sejarah
Lari berganti-ganti merupakan satu acara berpasukan dalam sukan olahraga. Acara ini tergolong kepada peserta lelaki dan peserta wanita. Dalam sesuatu perjumpaan olahraga, biasanya acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter dan acara lari 100 meter memang menjadi tumpuan ramai sama ada pada pihak peserta ataupun penonton. Menurut sejarah, dua orang peminat olahraga dari Universiti Pennsylvaria, iaitu Frank Ellis dan Lausaat Geyelin telah mengadakan lari berganti-ganti pada akhir abad ke-19 di Amerika Syarikat dan inilah kali pertama lari berganti- ganti diadakan. Mereka memulakan larian ini untuk jarak metrik, dengan satu pasukan terdiri daripada empat orang pelari. Seorang pelari akan berlari sejauh (402.34 meter) ( suku batu) dengan membawa baton untuk diterima oleh rakannya. Pelari pertama, kedua, ketiga dan keempat akan berlari pada jarak yang sama. Terdapat dua pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan pada tahun 1893 itu. Sejak itu lari berganti-ganti terus menjadi pertandingan yang menarik dan mendapat sambutan ramai. Dua tahun kemudian wujud pula Pennsyvania Relay Carnival yang merupakan acara tahunan di Bandar Amerika Syarikat. Dari situ acara lari berganti-ganti ini dikembangkan ke Bandar lain. Di Amerika dan terus

mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Dari Amerika Syarikat acara lari berganti-ganti tersebar pula ke nagara lain.

2.0 Pengenalan
Pada amnya, acara lari berganti ganti dibahagikan kepada dua jenis iaitu 4 x 100 meter dengan 4 x 400 meter. Walaubagaimamanapun, 4 x 200 meter (pelajar) dan acara khas 4 x 1600 meter juga boleh diadakan. Ketepatan dan kelicinan pertukaran baton adalah amat penting selain kepantasan larian. Setiap pasukan terdiri daripada 4 pelari yang lari secara bergilir-gilir. Pelari pertama membawa baton dan menyerahkannya kepada pelari kedua, pelari kedua ke pelari ketiga, pelari ketiga ke pelari keempat yang akan menamatkan larian.

3.0 Peraturan Lari Berganti-ganti


1. Pelari kedua, ketiga dan keempat boleh mula berlari dalam zon 10 meter tambahan sebelum zon pertukaran baton. 2. Jika baton terjatuh; (a) Dikutip oleh pelari yang menjatuhkannya. (b) Boleh tinggalkan lorong untuk mengutip baton dengan syarat tidak mengganggu pelari pihak lawan. 3. Dalam acara 4 x 100 meter, tidak dibenarkan pertukaran baton dalam zon pecutan atau pra-zon ( 10 meter ). 4. Setiap pelari dalam acara 4 x 100 meter berlari dalam lorong masing-masing walaupun selepas membuat hantaran baton. 5. Untuk acara 4 x 200 meter, pelari pertama dan kedua berlari di dalam lorong dan pelari ketiga berlari dalam lorong sehingga selekoh pertama. 6. Untuk acara 4 x 400 meter, pelari pertama berlari di dalam lorong dan pelari kedua berlari dalam lorong sehingga selekoh pertama sahaja. 7. Sekiranya terdapat tiga atau kurang pasukan yang bertanding, pelari pertama berlari dalam lorong sehingga selekoh pertama. 8. Baton yang digunakan seharusnya tidak kurang daripada 50 gram, panjang 28-30 cm, garis lilit 12-13 cm dan berwarna.

9. Pelari boleh digantikan oleh salah seorang daripada dua orang pelari simpanan yang telah didaftarkan. Pelari yang telah digantikan tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian lagi dalam kejohanan itu. 10. Giliran pelari mesti ditetapkan dan dilaporkan sebelum acara bermula.

4.0 Gaya memegang baton


Cara memegang baton bagi pelari Pertama

CARA MEMBERI BATON a) b) c) d) Kepantasan larian dikekalkan semasa memberi baton Beri isyarat kepada penerima Hulurkan baton dengan tangan yang lurus Perhatikan tangan penerima dan letakkan bahagian hujung baton ke dalam tangannya

CARA MENERIMA BATON a) Selalu berada dalam keadaan sedia b) Menoleh untuk memandang pelari yang membawa baton c) Sediakan tandaan. Berlepaslah dengan pantas sebaik sahaja pelari yang membawa baton sampai di tandaan itu. Janagn menoleh ke belakang semasa berlari ( gaya tanpa pandang )

d) Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar isyarat daripada pelari yang sedang membawa baton e) Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya

5.0 Teknik Pertukaran Baton


Terdapat dua jenis pertukaran baton boleh dilakukan antara seorang pelari dengan pelari lain. 5.1 Teknik Bawah - atas 5.2 Teknik Atas-bawah. Pergerakan ke atas (upsweep)b)Pergerakan ke bawah (downsweep) 5.1 Teknik bawah - atas - Dalam teknik ini, pembawa baton akan menghantar baton kepada penerima baton dengan menghayunkannya dari bawah ke atas. - Baton akan ditolak seberapa jauh yang boleh ke tangan penerima baton. Tapak tangan penerima baton menghadap ke bawah. - Penerima baton akan memegang baton tersebut di antara ruang berbentuk Vyang dibentuk ibu jari dan jari kelingkingnya.

5.2 Teknik atas- bawah - Dalam teknik ini, pembawa baton akan menghantar baton kepada penerima baton dengan menghayunkannya dari atas ke bawah.
-

Ta p a k t a n g a n p e n e r i m a b a t o n m e n g h a d a p k e a t a s . A p a b i l a b a t o

n d i h a n t a r kepadanya, dia perlu memegang 1/3 daripada bahagian atas baton tersebut.

6.0 Gaya Penukaran Baton acara Lari berganti-ganti.


1. Gaya Selang-seli Tanpa Pandang Biasanya diamalkan dalam acara berganti-ganti 4 x 100 m Pelari pertama & ketiga dikehendaki membawa baton dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat membawa dengan tangan kanan. Pelari tidak toleh ke belakang semasa menerima baton Pelari yang membawa baton akan memberi isyarat kepada pelari di hadapannya supaya menghulurkan tangan ke belakang untuk menerima baton. Pelari yang menerima baton, ketika melihat ke hadapan menghulurkan tangan kanannya ke belakang. Jari-jari dalam kedudukan rapat dengan ibu jari terbuka serta membentuk huruf V. Sentiasa luruskan tangan dan jangan menggoyangkannya.

Pelari yang memberikan baton akan menggenggam baton itu antara ibu jari dengan jari kirinya sambil menghulur ke depan.

Pelari yang membawa baton meletakkannya pada tangan pelari yang menerima. Tetapi pelari yang membawa baton jangan melepaskan baton serta-merta.

Pelari yang memberikan baton membiarkan baton itu ditarik kepada tangannya, dan mengawal kelajuan sendiri untuk berhenti.

2. Gaya Selang-seli Cara Pandang

Semasa pertukaran baton dilakukan, pelari yang menerima baton itu akan menoleh ke belakang dan memerhatikan pemberian baton kepadanya. Pada masa yang sama, isyarat akan diberikan, dan serentak kedua-dua mereka akan memandang baton.

Cara pertukaran baton selalunya dilakukan dengan pergerakan ke bawah

Kurang sesuai untuk 4 x 100m tetapi sesuai untuk 4 x 400m

Pelari yang akan menerima baton memusingkan kepala dan bahunya ke arah baton. Hulurkan tangan kanan ke belakang. Biarkan tangan lurus dan tidak bergerak.

Tapak tangan hendaklah menghala ke atas dalam kedudukan terbuka. Pelari yang memberikan baton menggenggam baton antara ibu jari dan jari-jarinya yang sebelah lagi.

Pelari yang memberi baton menurunkannya lalu meletakkan pada tapak tangan pelari yang menerima, tetapi jangan melepaskan baton serta merta, sehingga penerima menggenggam baton itu.

Penerima menarik baton daripada pemberi, memusingkan kepala dan bahu ke depan, lalu meneruskan lariannya.

Perlakuan diulangi oleh pelari kedua, ketiga dan keempat.

7.0 Zon Pertukaran Baton


Untuk acara lari berganti-ganti , penukaran baton mesti dilakukan dalam zon penukaran baton yang panjangnya 20 meter . Dalam acara 4 X 100 meter , satu zon pecutan sepanjang 10 meter dibenarkan dan mendahului zon penukaran baton . Zon ini digunakan untuk pelari memulakan larian apabila pembawa baton menghampiri titik tanda . Titik tanda pada amnya adalah 5 7 meter dari garis mula zon pecutan . Penukaran baton pada amnya berlaku pada jarak 12 - 16 meter dalam zon penukaran

Zon penukaran baton dan zon pecutan

8.0 Posisi Pelari


Posisi Mulaan Pelari Pertama
1) Mulaan adalah sama seperti mulaan lari pecut 100 meter. 2) Memegang baton dalam tangan kanan.

3) Baton dipegang dengan jari manis dan jari kelengkeng.

Tiga cara memegang baton

Posisi Mulaan untuk Pelari Kedua, Ketiga dan Keempat.


1) Pelari-pelari (yang akan menerima baton daripada pelari-masuk) mengambil posisi mulaan berdiri, sambil memandang dari atas bahu diri pelari-masuk yang membawa baton.

2) Apabila pelari-masuk sampai pada tanda tertentu, pelari-keluar menghadap ke hadapan dan mula berlari pecut secepat mungkin tanpa memandang ke belakang.

Panduan Mengatur Pelari-pelari (4x100 meter)

PEMILIHAN PELARI Pelari Pertama * Pendorong penting kepada pasukan jika pelari pertama berkemampuan berlari dengan baik 3 aspek penting : Harus mempunyai permulaan yang baik sambil tangan memegang baton Berkeupayaan berlari di selekoh Pelari kedua terbaik dalam satu pasukan Pelari Kedua mesti bijak daripada segi menerima & menghantar baton (selalunya jika pelari pertama membawa baton pada tangan kanan, pelari kedua hendaklah cuba menerima baton pada tangan kiri). Aspek penting : berkeupayaan berlari pantas pada garis lurus Pelari Ketiga Aspek penting : pelari ketiga terpantas dalam pasukan. Berkebolehan & berkemampuan berlari di selekoh & menerima baton menggunakan tangan kanan jika pelari kedua memberikannya menggunakan tangan kiri, atau sebaliknya. Pelari Akhir pelari terpantas dalam pasukan kerana keputusan yang bakal tercapai oleh sesebuah pasukan terletak di atas bahunya. Harus berkebolehan berlari di garis lurus walaupun jarak larian terpendek namun daripada segi kepantasan & kelajuan ia amat penting.

9.0 Latihan ansur maju


1. Latihan mendorong

a) Berlari dalam kawasan yang ditetapkan dan cuba menyentuh pinggul kawan yang berlari di hadapan. b) Berlari berpasangan depan belakang. Pelari hadapan hulur tangan ke bawah dan ke belakang. Pelari belakang menepuk tapak tangan pelari hadapan. Ulang. c) Ulang latih tubi b.Selepas menepuk tangan pelari hadapan, pelari belakang meluru ke hadapan dan menghulurkan tangan. Pelari belakang menepuk tapak tangan pelari hadapan dan berlari ke hadapan . Ulang. d) Berlari dalam kumpulan empat orang. Pelari terakhir (keempat) memberi isyarat up kepada pelari ketiga dan menyentuh tapak tangan yang dihulurkan. Selepas itu pelari ketiga melakukan perkara yang sama kepada pelari kedua. Pelari kedua meneruskan lakuan ini. Ulang beberapa kali.

2. Latihan hantaran baton secara statik

a) Dalam kumpulan empat orang, berdiri satu meter antara pelari. Pelari belakang mula dengan memberi isyarat up. Bila isyarat diberi pelari hadapan menghulurkan tangan (tapak tangan ke atas) untuk di sentuh. Pelari kedua menghulurkan tangan kiri, pelari ketiga tangan kanan dan pelari keempat tangan kiri. b) Ulang latihan (a) dengan menggunakan baton. Pastikan pelari pertama memegang baton dengan tangan kanan.

3. Latihan hantaran baton secara dinamik

a) Ulang latihan 2 (b) sambil berlari perlahan. Selepas pelari keempat menerima baton, baton dijatuhkan. Pelari pertama mengutip baton itu dan aktiviti diulang. b) Berempat buat hantaran dalam kawasan yang telah ditetapkan. b) Latihan dalam lorong-lorong balapan dengan zon-zon penukaran baton. Secara berpasangan pelari menanda berpasangan pelari menanda titik tanda sendiri dan membuat latihan hantaran baton.

10.0 Borang Pertandingan lari Berganti-ganti


BORANG PENDAFTARAN LARI BERGANTI-GANTI NAMA PASUKAN : .................................................................................................................................. NO. ACARA : . ACARA : 12L / 12P / 15L /15P / 18L / 18P GIL NOMBOR NAMA PESERTA

CATATAN HAKIM BILIK PANGGILAN

.. TANDA TANGAN PENGURUS PASUKAN

Anda mungkin juga menyukai