Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN BALAI BADANG

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-33

TAHUN 2017

PERATURAN AM PERTANDINGAN

1.0 PENYERTAAN

1.1. Kejohanan ini diwajibkan kepada semua murid SK Balai Badang yang
mewakili rumah sukan masing-masing.

2.0 FORMAT PERTANDINGAN

2.1. Kejohanan ini akan dijalankan mengikut peraturan-peraturan teknik


Kejohanan dan juga peraturan-peratuan yang ditetapkan oleh
jawatankuasa pengelola kejohanan.

2.2. Kejohanan ini juga akan dijalankan mengikut peraturan teknik


Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM)

3.0 TEMPAT, TARIKH DAN MASA

Tempat : Padang SK Balai Badang

Tarikh : 15 November 2017

Hari : Rabu

Masa : 8.00 pagi 12.00 tengah hari


4.0 ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

4.1 Acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut

BIL. ACARA L12 P12 L10 P10 L8 P8


1. Larian 80M X X X X X X
4. Larian 4x80M X X X X X
7. Lompat Jauh X X X X X X
8. Lontar Peluru X X
9. Merejam Lembing X X

5.O PENDAFTARAN PESERTA

5.1 Semua pendaftaran peserta hendaklah menggunakan borang


penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan
Balapan dan Padang.

5.2 Borang penyertaan acara mestilah disahkan oleh Pengurus Pasukan


masing-masing.

5.3 Setiap rumah sukan hanya dibenarkan mendaftar hanya 2 (dua) orang
bagi setiap acara individu dan hanya 1 (satu) pasukan bagi acara
berpasukan.

5.4 Setiap peserta dibenarkan mengambil bahagian dalam 3 (tiga) acara


individu serta 2 (dua) acara berpasukan.

5.5 Jika berlaku hanya tiga atau kurang peserta yang mendaftar bagi
sesuatu acara, maka acara tersebut akan dibatalkan.

5.6 Bagi acara berganti-ganti (4x80M, 4x100M, 4x200M) setiap pasukan


boleh mendaftar satu pasukan sahaja dan setiap pasukan
mengandungi 5 (lima) orang termasuk seorang peserta simpanan
daripada mana-mana peserta yang didaftarkan dari rumah tersebut.

5.7 Penyertaan tambahan/pertukaran nama peserta hanya boleh dibuat


semasa mesyuarat pegurus-pengurus pasukan sahaja.

5.8 Borang-borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar kepada


urusetia kejohanan atau setiausaha kejohanan sebelum tarikh yang
telah ditetapkan.

5.9 Peserta yang menggantikan mana-mana peserta mestilah didaftarkan


terlebih dahulu dalam penyertaan dan mestilah menggantikan
keseluruhan acara yang telah didaftarkan oleh peserta yang digantikan
itu.
6.0 MENARIK DIRI

6.1 Seseorang peserta yang menarik diri daripada sesuatu acara dianggap
sudah menarik diri daripada acara yang didaftarkan. Penyertaan
peserta tersebut akan dibatalkan keseluruhannya dan pingat-pingat
yang dimenangi ditarik semula.

6.2 Mereka yang layak dalam saringan mestilah bertanding dalam


pusingan akhir, kecuali :

6.2.1 Mendapat pengecualian daripada Referi

6.2.2 Disahkan oleh pihak pasukan perubatan yang bertauliah tentang


sesuatu kecederaan yang menyebabkan peserta tersebut tidak boleh
menyertai pertandingan seterusnya.

7.0 MELAPOR DIRI

7.1 Setiap peserta dikehendaki melapor diri kepada kepada Pegawai


Penyelia peserta 30 minit sebelum acara dimulakan.

8.0 KELAYAKAN PERINGKAT AKHIR

8.1 Bagi acara balapan dengan 2 (dua) saringan, peserta dipilih mengikut
catatan masa terbaik semasa saringan.

8.2 Hanya enam orang peserta sahaja dipilih ke peringkat akhir bagi acara
balapan

8.3 Dalam acara padang kecuali lompat tinggi, jika jumlah peserta adalah
lebih dari 8(lapan) orang, maka setiap peserta diberi 3 (tiga)
percubaan. Cubaan yang terbaik akan diambil dan 8 (lapan) peserta
yang terbaik akan dipilih ke peringkat akhir.
9.0 PENENTUAN KEPUTUSAN KEJOHANAN

9.1 Penentuan kedudukan dalam kejohanan akan disasarkan pada


kemenangan pingat emas, perak, dan gangsa.

9.2 Pingat-pingat akan disediakan bagi setiap kategori adalah seperti


berikut :-

BIL. ACARA EMAS PERAK GANGSA


1. Larian 80M 1 1 1
5. Larian 4x80M 1 1 1
8. Lompat Jauh 1 1 1
9. Lompat Tinggi 1 1 1
10. Lontar Peluru 1 1 1
11. Merejam Lembing 1 1 1

9.3 Jika berlaku keadaan seri, keputusan akan dibuat berdasrkan


peraturan yang ditetapkan oleh KOAM.

9.4 Mata akan diberi bagi setiap acara individu dan berpasukan seperti
berikut :

Pertama : 10 Ketiga : 5

Kedua : 7 Keempat : 3

9.5 Johan keseluruhan kejohanan akan ditentukan melalui jumlah


pungutan mata yang dikumpul dalam setiap acara kejohanan termasuk
mata yang dikumpul dalam acara sukan tara.

10.0 Sukan Tara

10.1 Semua ahli setiap rumah sukan dimestikan menyertai semua acara
sukan tara mengikut kategori yang ditetapkan

10.2 Had kelayakan bagi sukan tara adalah seperti berikut :

HAD
ACARA KELAYAKAN
L12 3.0 m
LONTAR PELURU

L10 2.85 m
L8 2.5 m
P12 2.85 m
P10 2.5 m
P8 2.0 m
10.3 Setiap ahli yang melakukan percubaan bagi setiap acara akan
menyumbang satu mata kepada rumah sukan.

10.4 Bagi ahli yang melepasi had kelayakan akan menyumbang dua mata
kepada rumah sukan.

10.5 Setiap ahli rumah sukan dibenarkan melakukan dua kali percubaan
untuk melepasi had kelayakan setiap acara.

11.0 NOMBOR PESERTA

11.1 Nombor peserta hendaklah dipakai menurut peraturan kejohanan dan


dipinkan dengan kemas.

11.2 Penggunaan abjad adalah untuk acara lari berganti-ganti seperti mana
yang telah ditentukan.

11.3 Nombor peserta dan pin disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan.

PASUKAN NOMBOR ABJAD

Merah 1-99 M

Biru 1-99 B

Kuning 1-99 K

11.4 Peserta/pasukan memakai huruf abjad yang disediakan berwarna


hitam dan kain mengikut rumah sukan masing-masing.

11.5 Bagi acara berpasukan lari berganti-ganti, peserta wajib memakai


huruf abjad pasukan mengikut warna yang ditetapkan

12.0 PEMBAHAGIAN LORONG

12.1 Semua pembahagian lorong untuk peringkat saringan akan dijalankan


oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Olahraga.

12.2 Semua pembahagian lorong untuk peringkat akhir akan dilakukan


berdasarkan catatan masa di peringkat saringan.

13.0 PAKAIAN
13.1 Setiap peserta mestilah berpakaian sukan mengikt rumah sukan yang
ditetapkan dan kemas pada setiap kali menyertai acara yang
disertinya. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam.

13.2 Semasa menerima hadiah, setiap peserta hendaklah memakai pakaian


mengikut rumah sukan masing-masing serta berkasut sukan dan tidak
memakai topi.

14.0 PERALATAN PERTANDINGAN

14.1 Semua peralatan pertandingan disediakan oleh Jawatankuasa


Pengelola. Jika rumah sukan ingin mengunakan peralatan sendiri,
perlulah mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Jawatankuasa
Pengelola.

14.2 Kasut sukan / Spike peserta disediakan oleh pasukan rumah masing-
masing.

15.0 KAWASAN PERTANDINGAN

15.1 Hanya pegawai-pegawai pertandingan yang bertugas dan peserta-


peserta yang sedang bertanding sahaja dibenarkan berada dalam
kawasan pertandingan.

16.0 PENGADILAN PERTANDINGAN

16.1 Keputusan Pegawai Teknikal / Hakim dalam setiap pertandingan


adalah muktamad.

17.0 BANTAHAN / TATATERTIB

17.1 Semua pasukan boleh membuat bantahan. Hanya pengurus pasukan


sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah secara
bertulis dan disertakan dengan wang pendahuluan sebanyak
RM100.00 sahaja.

17.2 Wang pendahuluan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu
didapati tidak wajar.

17.3 Setiap bantahan hendaklah dikemukakan kepada Pegawai


Pertandingan dalam masa tiga puluh (30) minit selepas pertandingan
tamat. Walau bagaimanapun, semua prosedur bantahan hendaklah
mengikut amalan yang digunakan oleh KOAM.

18.0 JAWATANKUASA BANTAHAN / TATATERTIB

18.1 Perlantikan Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib dan prosedur


mesyuarat adalah mengikut yang digunakan oleh KOAM.

18.2 Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib berhak mendapat sebarang


maklumat daripada mana-mana pihak berkaitan dengan perkara yang
dibincangkan untuk membuat keputusan.

18.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Bantahan /


Tatatertib Kejohanan adalah muktamad.

19.0 HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

19.1 Jawatankuasa pengelola berhak untuk membuat keputusan atas apa-


apa yang tidak disebut dalam peraturan ini.

19.2 Setiap acara akan dimulakan mengikut tarikh, masa dan tempat seperti
yang dinyatakan dalam atur cara, tetapi berhak membuat sebarang
perubahan jika perlu.

20.0 KESELAMATAN

20.1 Pihak penganjur akan menyediakan peralatan kecemasan dengan


bantuan Klinik Desa Balai Badang.

20.2 Setiap rumah sukan digalakkan untuk menyediakan peralatan


kecemasan sendiri sebagai tambahan.

Anda mungkin juga menyukai