Anda di halaman 1dari 9

IPG Kampus Ilmu Khas 1 Kertas Kerja Karnival Permainan Kanak-kanak 2013

1.0 PENGENALAN Pendidikan Jasmani merupakan subjek teras di setiap sekolah yang mana ia tidak diabaikan kerana subjek ini melibatkan ketahanan fizikal dan mental. Pelbagai jenis permainan diperkenalkan kepada murid-murid untuk memberikan keseronokan kepada mereka. Ketika ini kanak-kanak suka akan sesuatu yang baharu malahan mereka juga akan lebih dekat dengan alam jika dipupuk. Hal ini disebabkan pertumbuhan mereka seiring dengan perkembangan otak dan minda mereka yang ingin mengenali dunia. Justeru, permainan kanak-kanak amat

sesuai untuk mereka kerana ianya tidak melibatkan terlalu banyak pergerakan malahan ianya bertujuan untuk menyihatkan tubuh badan dan otak selain menyeronokkan. Berdasarkan proforma PJM3112, guru pelatih semester lima yang mengambil subjek ini perlu mengelolakan permainan kanak-kanak bagi memenuhi syarat subjek ini.

2.0 RASIONAL 2.1 Menghasilkan kertas kerja untuk mengelola sekurang-kurangnya satu permainan
kanak-kanak dalam karnival permainan kanak-kanak.

2.2 Mereka cipta satu permainan kanak-kanak yang sesuai untuk murid Tahap Satu dan
Tahap Dua.

2.3 Mengaplikasi

pemahaman

dalam

aspek

kecergasan

seperti

kepantasan,

ketangkasan dan kekuatan.

2.4 Memupuk sikap berkerjasama dalam kalangan guru pelatih melalui perlaksanaan
tugas.

2.5 Mempelajari bagaimana membahagikan tugasan yang diberi bagi memastikan kerja
dapat diselesaikan tepat pada masanya.

2.6 Menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan, semangat berkerjasama,


kebolehan menyesuaikan diri dan kebolehan memimpin pasukan dalam diri peserta

IPG Kampus Ilmu Khas 2 Kertas Kerja Karnival Permainan Kanak-kanak 2013

3.0 MATLAMAT Permainan kanak- kanak ini diwujudkan bagi memenuhi syarat-syarat ujian amali PJM 3112. Selain itu, matlamat program ini dijalankan adalah sebagai satu medium untuk guru-guru pelatih meneroka dan mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran sesebuah pertandingan terutamanya berkaitan dengan subjek Pendidikan Jasmani. Di samping itu, karnival yang dianjurkan ini dapat menerapkan kemahiran-kemahiran tertentu dalam diri guru pelatih seperti kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial.

4.0 OBJEKTIF Berikut ialah objektif Karnival Permainan Kanak-kanak 2013: o Memenuhi sukatan kursus mata pelajaran Kokurikulum PJM3112 o Mengurus, cemerlang o Memberi peluang kepada warga pendidik menimba pengalaman dan kemahiran dalam aspek pengelolaan karnival permainan kanak-kanak. o Mewujudkan suasana pertandingan yang sihat dan berkualiti o Melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek o Menimba ilmu pengetahuan dalam bidang kemasyarakatan, sosial dan budaya. o Mendapat gambaran dan pengalaman sebenar dalam menghayati dan menghargai warisan permainan dari pelbagai bangsa di Malaysia serta menjadikannya sumber dalam pendidikan. o Mendapat pendedahan dan pengalaman secara langsung untuk memantau mengelola permainan kanak-kanak dengan

menguasai latihan kemahiran aktiviti kebudayaan, kemasyarakatan, kebajikan serta aktiviti-aktiviti lain. o Memupuk kerjasama dan keyakinan diri yang tinggi terutama ketika mengendalikan permainan kanak-kanak seperti ini. o Membina kerjasama dan hubungan erat di antara para guru pelatih di dalam institut atau pihak luar.

IPG Kampus Ilmu Khas 3 Kertas Kerja Karnival Permainan Kanak-kanak 2013

5.0 MAKLUMAT KARNIVAL PERMAINAN KANAK-KANAK Nama Program Tarikh Tempat Masa Bilangan peserta : : : : : Karnival Permainan Kanak-kanak 2013 8 Mac 2013 Padang IPG Kampus Ilmu Khas 8.30 pagi 12.15 tengah hari 107 orang ( Rujuk Lampiran)

6.0 PENYERTAAN/KUMPULAN SASARAN Semua guru pelatih semester lima yang mengambil subjek PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani. a. Guru pelatih Jabatan Pendidikan Khas (G5.1 dan G5.2) b. Guru pelatih Jabatan Pengajian Sosial (G5.3 dan G5.4) c. Guru pelatih Jabatan Pendidikan Muzik (G5.7 dan G5.8)

7.0 JAWATANKUASA INDUK Pengerusi Penolong Pengerusi Setiausaha Bendahari Penolong Bendahari Wakil Kelas: G5.1: Anis Syafiqah bt Mohamed Noor G5.2: Lalitha A/P Hariram G5.3: Divakaran A/L Murugesan G5.4: Wan Mohd Norhisham Bin Wan Muhd Nudin G5.7: Khor Fu Fei G5.8: Chong Chia Bin : Muhammad Hafiz bin Mahamad Shukri (G5.4) : Muhammad Tarmidzi Bin Sazali (G5.2) : Muhammad Syafiq bin Shamsi (G5.1) : Nur Adila Hani Binti Abdul Hamid (G5.3) : Nik Aminah Zahra binti Othman (G5.4)

IPG Kampus Ilmu Khas 4 Kertas Kerja Karnival Permainan Kanak-kanak 2013

8.0 IMPLIKASI KEWANGAN


BIL. PERKARA Anggaran Jumlah

1.

Hadiah dan cenderamata

Hamper 2 : RM 40 X 2 = RM 80

= RM80.00

2.

Makanan dan minuman

Air Kotak Pensyarah: RM1.20 x 8 = RM9.6

Air mineral untuk penganjur dan pensyarah

Air mineral : Rm1 x 120 = RM120 RM 9.60 + RM 120.00 + RM 84.00 = RM213.60

Makanan untuk pemain dan pensyarah Roti : Rm0.70 x 120 = RM84 3. Lain lain : Banner Burung Merpati Banner = RM 97 Burung Merpati = RM30

RM 97.00 + RM 30.00 + = RM127 RM 420.6

Jumlah

IPG Kampus Ilmu Khas 5 Kertas Kerja Karnival Permainan Kanak-kanak 2013 SUMBER KEWANGAN Bil 1 2 3 4 5 6 Sumber G5.1 (20XRM4) G5.2 (22XRM4) G5.3 (20XRM4) G5.4 (21XRM4) G5.7 (12XRM4) G5.8 (12XRM4) Jumlah keseluruhan Jumlah (RM) 80 88 80 84 48 48 RM428

9.0 PERMAINAN KANAK-KANAK

Nama Permainan: Spider Gergasi Berlari

9.1 Peraturan Permainan 1. Pemain yang diperlukan ialah sebanyak tiga orang. 2. Terdapat tiga jenis stesen permainan yang harus ditempuhi setiap pemain iaitu terompah gergasi, lari tarik guni dan sarang lelabah. 3. Setiap kumpulan yang bertanding akan dibekalkan dengan sebatang bendera dan perlu dibawa dari garisan mula hingga garisan penamat permainan. Bendera yang dibawa tidak dibenarkan mencecah lantai kawasan permainan. 4. Setiap stesen akan disediakan peralatan permainan dan peserta wajib menggunakan peralatan tersebut menggunakan kreativiti masing-masing. 5. Sebarang perbuatan negatif seperti mengganggu kumpulan pihak lawan adalah dilarang.

IPG Kampus Ilmu Khas 6 Kertas Kerja Karnival Permainan Kanak-kanak 2013

6. Pemenang akan dikira berdasarkan kumpulan yang berjaya memacak bendera paling awal di garisan penamat permainan.

9.2 Sistem Permainan 1. Enam kelas yang bertanding akan dipecahkan kepada dua buah kumpulan iaitu kumpulan A dan B melalui sistem undian yang telah dibuat. 2. Setiap kumpulan akan bertanding menggunakan sistem liga dan kalah mati. 3. Jadual permainan adalah seperti di bawah: G 5.1 G 5.3 G 5.7 G 5.2 G 5.4 G 5.8

Kumpulan A

Kumpulan

Jadual Perlawanan Liga Kumpulan A G 5.1 lwn G 5.3 G 5.1 lwn G 5.7 G 5.3 lwn G 5.7 Kumpulan B G 5.2 lwn G 5.4 G 5.2 lwn G 5.8 G 5.4 lwn G 5.8

Jadual Perlawanan Separuh Akhir Juara Kumpulan A lwn Naib Johan Kumpulan B Juara Kumpulan B lwn Naib Johan Kumpulan A Juara 1 Juara 2

IPG Kampus Ilmu Khas 7 Kertas Kerja Karnival Permainan Kanak-kanak 2013

Jadual Perlawanan Akhir Juara 1 LAWAN Juara 2

8.4 Pelan Permainan

SPIDER GERGASI BERLARI

IPG Kampus Ilmu Khas 8 Kertas Kerja Karnival Permainan Kanak-kanak 2013

10.0

TENTATIF PROGRAM 8 Mac 2013 Jumaat 8.00pagi - 12.00 tengah hari AKTIVITI Persediaan tempat

Tarikh : Hari :

Masa : MASA

7.30 pagi 8.00 pagi

Ahli jawatankuasa yang terlibat bersedia untuk upacara perasmian Menyediakan kawasan pertandingan Majlis Perasmian

8.00 pagi 8.30 pagi

Berkumpul di hadapan astaka di padang Perasmian oleh Encik Mokhtar bin Ahmad selaku Ketua Jabatan Sains Sukan Permainan Kanak-kanak (Fasa 1)

8.30 pagi 9.30 pagi

Melibatkan kelas G5.1, G5.2, dan G5.3 Pendaftaran peserta untuk permainan yang disertai Taklimat ringkas mengenai permainan Pertandingan dijalankan

9.30 pagi - 10.00 pagi

Rehat Makanan dan minuman diedarkan Permainan Kanak-kanak (Fasa 2)

10.00 pagi 11.00 pagi

Melibatkan kelas G5.4, G5.7, dan G5.8 Pendaftaran peserta untuk permainan yang disertai Taklimat ringkas mengenai permainan Pertandingan dijalankan

IPG Kampus Ilmu Khas 9 Kertas Kerja Karnival Permainan Kanak-kanak 2013

Persediaan Majlis Penutup 11.00 pagi 11.15 pagi Ahli jawatankuasa yang terlibat bersedia untuk upacara penutup Pengiraan markah untuk setiap pertandingan 11.15 pagi 12.00 tengah hari Majlis Perasmian Penutup Penyampaian hadiah Ucapan penutupan Bersurai 12.00 Sesi fotografi Menyemas kawasan pertandingan

Disediakan oleh,

(NUR IZZATI BT AHMAD SUBRI)

Anda mungkin juga menyukai