Anda di halaman 1dari 14

Banjir

Sebab-sebab
Hujan yang berterusan. Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. fenomena cuaca seperti musim monsun menyebabkan jumlah hujan luar biasa direkodkan dan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.

Proses pembandaran.
Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan dipermodenkan. Banyak tanah lapang disimen untuk aktiviti perdagangan, riadah, dan sebagainya. Pembanggunan ini menyebabkan Air tidak diserap oleh bumi. Apabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung. Lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku.

Pemendapan sungai dan hakisan sungai


Hakisan sungai kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara semula jadi dan pembuangan sisa domestik manusia. Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat lalu menyebabkan air akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai dan menyebabkan sungai menjadi cetek. Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat hakisan semula jadi atau pencemaran tidak dapat menampung atau mengalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.

Pemusnahan kawasan hutan tadahan.


Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai tidak mendapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air sungai akan berlaku mengakibatkan banjir.

Sistem perparitan yang tidak terancang, tidak diselenggara, tidak sempurna.

Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang dibina secara tidak terancang. Jumlah air hujan yang turun dengan banyak menyebabkan air melimpah keluar dari parit lalu menyebabkan banjir kilat berlaku. Selain itu, banyak sistem perparitan yang sudah rosak tidak dibersihkan.

Kesan-kesan
Menimbulkan banyak kerugian dalam bidang pertanian. Banjir menyebabkan Kemusnahan tanam-tanaman dan penternakan Air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian menyebabkan tanaman mati lalu merugikan para petani.

Banjir juga menyebabkan ternakan terbunuh kerana terperangkap dalam banjir, mati kebuluran, penyakit dsb

Kemusnahan Harta Benda Penduduk


Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah, menghanyutkan barangan ,dan merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk.

Kematian
Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia. Banjir yang berlaku akan menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Najis ini bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti taun dan malaria. Penyakit lain ialah denggi, penyakit leprosi (sakit kencing tikus) banyak merebak dalam musim banjir. Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa kerana lemas terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai.

Peningkatan Perbelanjaan Kerajaan


Banjir sering merosakkan harta awam, seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik dan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Semua ini akan ditanggung oleh kerajaan dengan memperbaiki kerosakan dan membiayai kelengkapan perubatan. Kesemua ini memerlukan kos penyelenggeraan yang tinggi. kerajaan juga terpaksa menyediakan pelbagai keperluan asas, seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan di samping menyediakan petempatan sementara untuk mangsa banjir.

Langkah mengatasi
Membaiki Sistem Perparitan Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumbahan hendaklah sentiasa dibersihkan. Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik.

Projek Pendalaman Sungai


Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan proses pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan.

Langkah untuk menangani masalah ini adalah dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja menjadi dalam malah mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak.

Memelihara Hutan
pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi. Hutan juga boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air hujan dan mengalir dengan perlahanlahan ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air. Hutan mampu menyerap air hujan pada kadar 20%. Kemudian air hujan ini dibebaskan kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja pengurangan air hujan dapat dilakukan.

Mengawal Aktiviti Manusia


Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan sampah dan sisa industri ke dalam sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran kepada masyarakat perlu didedahkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya. Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah. Kejadian banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat dielakkan terutamanya apabila membabitkan hujan lebat. Bagaimanapun usaha seharusnya dibuat untuk mengurangkan akibat banjir. Manusia juga harus sentiasa berwaspada dengan kejadian ini.

Anda mungkin juga menyukai