Anda di halaman 1dari 4

http://bad1april96-bad.blogspot.my/p/banjir-kilat.

html

Banjir kilat

FAKTOR-FAKTOR BERLAKU BANJIR

Banjir berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor berlaku banjir adalah:- 

Hujan yang berterusan. 

Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan
rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga
menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.

Proses pembandaran. 

Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Kawasan-kawasan tanah


rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai
yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan.Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor
penyebab berlakunya banjir. Jika dahulu anak-anak sungai dan lembah dijadikan kawasan aliran air,
kini kawasan tersebut telah ditimbus dengan tanah. Apabila hujan turun, air akan mengalir dari
kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung. Lama-kelamaan air akan
bertambah dan banjir kilat akan berlaku.

Hakisan sungai. 

Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara semula
jadi dan pembuangan sisa domestik manusia.

Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis
tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar
sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek.

Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap
dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air
tersekat.

Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat hakisan semula jadi atau
pencemaran tidak dapat menampung atau megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai
akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.

Hutan tadahan. 

Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Selain itu
hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar suhu.
Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara dua peratus hingga
20%. Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Ada juga proses
pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan-titisan air ke udara. Dengan ini
berlaku kitaran air secara semula jadi.

Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan
yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai tidak
mendapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air sungai akan
berlaku mengakibatkan banjir.

Sistem perparitan tidak terancang. 

Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang
dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek. Jumlah air yang banyak menyebabkan air melimpah keluar
dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.

KESAN-KESAN BANJIR

Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh
membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: 
Kemusnahan Tanam-tanaman

Air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian menyebabkan tanaman mati. Antara
tanaman yang mudah mati adalah getah, koko, kepala sawit dan padi. Kemusnahan tanam-tanaman
ini akan merugikan para petani.

Kemusnahan Harta Benda

Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan
barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta dan sebagainya. Ini membawa kerugian
besar kepada penduduk.

Penyakit

Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia. Banjir yang berlaku akan
menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Najis ini bertaburan di merata-rata
tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti taun dan malaria.

Kematian

Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan
berhampiran dengan sungai.

Kerugian Kerajaan
Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik dan
mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Semua ini akan ditanggung oleh kerajaan dengan
memperbaiki kerosakkan dan membiayai kelengkapan perubatan. Kesemua ini memerlukan kos
penyelenggeraan yang tinggi.
Selain itu kerajaan juga terpaksa menyediakan pelbagai keperluan asas seperti makanan dan
minuman, ubat-ubatan disamping menyediakan petempatan sementara mangsa banjir.

CARA-CARA MENGATASI BANJIR

Pelbagai cara dijalankan, antaranya:

Menyediakan Sistem Perparitan


Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah sentiasa dibersihkan.
Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik.

Projek Pendalaman Sungai 

Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai mampu
mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini pengaliran telah berkurangan. Ini
disebabkan proses pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan.

Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan
mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai
bukan sahaja menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak.

Memelihara Hutan

Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai digemari menyebabkan tanah
terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan yang
giat dilakukan di lereng-lereng bukit.
Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan
boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi.

Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air hujan dan mengalir
dengan perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak sebagai penapis dalam menentukan
kebersihan dan kejernihan air. Hutan mampu menyerap air hujan pada kadar 20%. Kemudian air
hujan ini dibebaskan kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja
pengurangan air hujan dapat dilakukan.

Mengawal Aktiviti Manusia

Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan samapah dan sisa industri
ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran kepada masyarakat perlu didedahkan
supaya aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan
sebagainya.

Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan tidak
dijadikan tempat pembuangan sampah.

Kejadian banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat dielakkan terutamanya apabila
membabitkan hujan lebat. Bagaimanapun usaha seharusnya dibuat untuk mengurangkan akibat
banjir. Manusia juga harus sentiasa berwaspada dengan kejadian ini.

Sumber:groups.google.com/.../isu-semasa-banjir-punca-kesan-dan-langkah

Anda mungkin juga menyukai