Anda di halaman 1dari 14

Banjir kilat

FAKTOR-FAKTOR BERLAKU BANJIR

Banjir berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor berlaku banjir
adalah:-

Hujan yang berterusan.

Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di


kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air
akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.

Proses pembandaran.

Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Kawasan-


kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan
bukit. Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak
bangunan.Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir.
Jika dahulu anak-anak sungai dan lembah dijadikan kawasan aliran air, kini kawasan
tersebut telah ditimbus dengan tanah. Apabila hujan turun, air akan mengalir dari
kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung. Lama-kelamaan air
akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku.

Hakisan sungai.

Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku
secara semula jadi dan pembuangan sisa domestik manusia.

Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras
and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan
membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek.

Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti
sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai
menjadi cetek dan pengaliran air tersekat.

Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat hakisan semula jadi
atau pencemaran tidak dapat menampung atau megalirkan air hujan yang banyak.
Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.

Hutan tadahan.

Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan
haiwan. Selain itu hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia
dengan merendahkan kadar suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan
bumi dengan kadar antara dua peratus hingga 20%. Kemudian air yang diserap akan
dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Ada juga proses pemeluwapan dilakukan
dengan membebaskan semula titisan-titisan air ke udara. Dengan ini berlaku kitaran
air secara semula jadi.

Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh
tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak
ke dalam sungai. Sungai tidak mendapat menampung air hujan dalam jumlah yang
banyak. Pada masa ini limpahan air sungai akan berlaku mengakibatkan banjir.

Sistem perparitan tidak terancang.

Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan sistem
perparitan yang dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek. Jumlah air yang banyak
menyebabkan air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.

KESAN-KESAN BANJIR

Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga
boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah:
Kemusnahan Tanam-tanaman

Air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian menyebabkan tanaman
mati. Antara tanaman yang mudah mati adalah getah, koko, kepala sawit dan padi.
Kemusnahan tanam-tanaman ini akan merugikan para petani.

Kemusnahan Harta Benda

Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta
merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta dan
sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk.

Penyakit

Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia. Banjir yang
berlaku akan menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Najis ini
bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit
seperti taun dan malaria.

Kematian

Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang


rendah dan berhampiran dengan sungai.
Kerugian Kerajaan

Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik
dan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Semua ini akan ditanggung oleh kerajaan
dengan memperbaiki kerosakkan dan membiayai kelengkapan perubatan. Kesemua ini
memerlukan kos penyelenggeraan yang tinggi.
Selain itu kerajaan juga terpaksa menyediakan pelbagai keperluan asas seperti
makanan dan minuman, ubat-ubatan disamping menyediakan petempatan sementara
mangsa banjir.

CARA-CARA MENGATASI BANJIR

Pelbagai cara dijalankan, antaranya:

Menyediakan Sistem Perparitan


Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah sentiasa
dibersihkan. Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik.

Projek Pendalaman Sungai

Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai
mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini pengaliran
telah berkurangan. Ini disebabkan proses pemendapan dan pembuangan bahan-bahan
buangan.

Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses pendalaman
sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai.
Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja menjadi dalam tetapi mampu
mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak.

Memelihara Hutan

Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai digemari


menyebabkan tanah terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku
apabila aktiviti pembalakan yang giat dilakukan di lereng-lereng bukit.
Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah
banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan
daripada mengalir terus ke bumi.

Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air hujan dan
mengalir dengan perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak sebagai
penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air. Hutan mampu menyerap
air hujan pada kadar 20%. Kemudian air hujan ini dibebaskan kembali ke atmosfera
melalui sejatan pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja pengurangan air hujan dapat
dilakukan.
Mengawal Aktiviti Manusia

Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan samapah


dan sisa industri ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran kepada
masyarakat perlu didedahkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti
mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya.

Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa


bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah.

Kejadian banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat dielakkan terutamanya


apabila membabitkan hujan lebat. Bagaimanapun usaha seharusnya dibuat untuk
mengurangkan akibat banjir. Manusia juga harus sentiasa berwaspada dengan kejadian
ini.
Kali ini kita akan membincangkan kebaikan dan keburukan telefon bimbit.
Pada masa kini, telefon bimbit bukan sahaja di gunakan sebagai alat
perhubungan malah fungsi nya telah meningkat untuk kegunaan-kegunaan
lain seperti melayari internet, mendengar muzik, kamera dan sebagainya. Di
samping kebaikan teknologi ini, terdapat juga keburukan-keburukan yang
harus kita tangani dengan bijak.

Kebaikan:-
1. Alat perhubungan / komunikasi

Telefon bimbit sebagai alat perhubungan. Ini merupakan tujuan asas


pembuat telefon bimbit di mana ianya dijadikan sebagai alat berkomunikasi
sesama manusia tidak di kira di mana mereka berada. Pada masa dahulu
manusia hanya dapat berhubung melalui surat yang mana memakan masa
beberapa hari untuk sampai. Telefon rumah hanya untuk mereka yang
berada dan telefon awam boleh digunakan tapi terhad di sesetengah tempat
sahaja. Teknologi telah berkembang, manusia tidak kira masa dan di mana
mereka berada boleh berkomunikasi hanya dengan menggunakan telefon
bimbit. Bukan sahaja dengan membuat panggilan tetapi juga boleh
berkomunikasi dengan menggunakan Gtalk, Yahoo Messenger, Skype dan
sebagainya.

2. Mendapat maklumat terkini

Telefon bimbit pintar telah banyak memberi kebaikan kepada kita di mana
dengan adanya telefon ini, maklumat terkini dapat diketahui dengan pantas.
Ianya hanya dengan melayari internet ataupun menggunakan applikasi
seperti twitter. Di samping itu, maklumat terkini dapat disampaikan hanya
dengan membuat panggilan.

3. Sebagai Alat Hiburan

Telefon bimbit masa kini telah dijadikan sebagai alat hiburan di mana ianya
telah dilengkapi dengan fungsi untuk mendengar muzik, video, kebolehan
untuk mengambil gambar dan berkongsi gambar dengan kawan-kawan dan
juga permainan. Ini telah menarik minat golongan kanak-kanak dan remaja
untuk memiliki telefon bimbit. Telefon bimbit pintar sekarang juga telah
menjadi kegilaaan kepada para remaja kerana kebolehannya untuk
mengakses laman sosial seperti Facebook dan Twitter

4. Memudahkan Kerja
Kebaikan ini dikhususkan kepada mereka yang memang memerlukan telefon
bimbit untuk mengakses email mereka. Ini memberi kebaikan kepada
mereka yang banyak membuat kerja luar. Kebolehan telefon bimbit masa
kini untuk mengakses email dan juga applikasi-applikasi lain seperti maps,
words, excel, pdf, calendar, reminder dan sebagainya telah memberi
pelbagai kemudahan kepada mereka dan kita juga khususnya.

Keburukan:-
1. Penyebaran khabar angin

Telefon bimbit telah dijadikan sebagai alat untuk penyebaran khabar angin.
Ini berlaku apabila khabar angin yang nyata palsu telah disebarkan melalui
kiriman sms. Kepada mereka yang mudah percaya tanpa membuat siasatan
dahulu dengan mudah menyebarkan kepada pihak lain tanpa menyiasat
kesahihan khabar tersebut. Ini sekaligus telah member impak yang buruk
kepada pihak pihak tertentu.

2. Penyebaran unsur-unsur lucah

Penyebaran unsur-unsur lucah seperti gambar dan video amat mudah


dengan adanya telefon bimbit. Kebolehan telefon bimbit untuk memuatkan
turun gambar/video dan juga fungsi Bluetooth telah memudahkan
penyebaran unsur-unsur lucah ini. Ianya telah memberi impak yang tidak
baik kepada para remaja khususnya kerana sikap mereka yang ingin tahu
perkara-perkara yang baru kepada mereka. Ini merupakan salah satu punca
akan kenaikan kadar kes tidak bermoral di sekolah.

3. Pembaziran Wang

Pembaziran wang berlaku apabila penggunaan sms, mms, panggilan dan


GPRS yang terlampau banyak dan melebihi kemampuan. Sekiranya telefon
bimbit digunakan oleh pelajar, ibu bapa terpaksa menanggung kos tersebut.
Para remaja khususnya begitu mudah terpengaruh dengan iklan-iklan yang
dipaparkan seperti memuatkan turun lagu dan applikasi yang sesetengahnya
dikenakan bayaran. Undian Akademi Fantasia juga merupakan salah satu
pembaziran yang tanpa kita sedari telah member keuntungan berganda
kepada pembekal servis talian.

4. Pembaziran Masa
Di antara keburukan lain yang dapat di kenal pasti ialah pembaziran masa.
Ini berlaku apabila masa banyak dihabiskan dengan bermain games,
melayari laman-laman sosial, melayan sms/mms dan juga berchatting.
Masa yang banyak dengan telefon bimbit telah menyebabkan masa untuk
beriadah, membaca buku, berjumpa kawan-kawan dan masa dengan
keluarga telah terhad. Ini memberi impak yang tidak baik untuk jangka
masa panjang.

5. Perbualan di kalangan ahli keluarga / kawan-kawan berkurangan

Kalau kita lihat masyarakat kita di luar sana, hampir semua sibuk dengan
telefon bimbit. Contoh yang ketara apabila kita pergi ke kedai makan, satu
keluarga sedang menunggu pesanan mereka sampai, anak-anak, mak dan
bapa semua sibuk dengan telefon bimbit. Perbualan terlampau kurang.
Adakah ini sesuatu yang baik untuk masyarakat kita di masa hadapan?

6. Menjejaskan Kesihatan

Penggunaan telefon bimbit yang terlampau lama boleh menjejaskan


kesihatan. Mata terpaksa bekerja kuat dan akan menjadi cepat letih kerana
memberi fokus yang terlampau lama pada screen yang kecil. Bahu dan
tengkuk juga akan terasa sakit akibat lama menunduk mengadap telefon
bimbit. Jari juga boleh sakit sekiranya terlampau lama membalas sms. Di
samping itu juga, sinaran radiasi juga dikhuatiri mampu untuk mengganggu
kesihatan dalam jangka masa yang panjang.

7. Menjejaskan Pelajaran

Keburukan ini khusus kepada para pelajar di mana pelajaran mereka boleh
terjejas sekiranya masa yang diperuntukan untuk mengulangkaji pelajaran
telah diganti dengan masa melayan telefon bimbit. Ianya sekaligus telah
melalaikan mereka. Pelbagai aplikasi yang menarik dalam telefon bimbit
lebih menarik minat mereka daripada mengadap buku pelajaran. Sekiranya
pelajar membawa telefon bimbit ke dalam kelas, perkara lebih buruk akan
berlaku di mana tumpuan kepada apa yang di ajar oleh guru akan terjejas.
Kebenaran untuk membawa telefon bimbit ke sekolah adalah sesuatu yang
perlu difikirkan oleh semua pihak. Jangan hanya kerana satu dua kebaikan
telah menutup empat lima keburukan. Lebih banyak keburukan daripada
kebaikan membawa telefon bimbit ke sekolah.

Inilah antara kebaikan dan keburukan telefon bimbit kepada kita semua.
Kita mesti lah bijak dalam menggunakan telefon bimbit. Gunakan untuk
kebaikan dan jauhi keburukan yang mana boleh member kesan yang buruk
kepada kita semua. Fikir-fikirkan.

nOe suhaimi at 11:30 AM


Share

Setiap hari kita akan mendengar pelbagai masalah mengenai ragut. Masalah ini semakin hari
semakin parah. Jika kita mengkaji punca kes-kes jenayah dengan lebih teliti, kita akan mendapati
terdapat banyak punca yang mengakibat berlakunya kes-kes jenayah ragut. Memang tidak
dinafikan, media massa juga ialah salah satu punca kegiatan jenayah ragut. Masyarakat dapat
melihat pelbagai cara untuk meragut dan sebagainya. Ini telah mendorong masyarakat untuk
melakukan jenyah.

Sacara tidak langsung, keselamatan seluruh masyarakat tidak terjamin. Menurut kajian,
ramai pelancong asing yang menjadi mangsa kepada jenayah ragut ini. Bayangkan kesan kepada
imej negara daripada kejadian jenayah yang melibatkan tetamu-tetamu kita sempena dengan
Tahun Melawat Malaysia? Pastinya kesan mendalam akibat di ragut sedikit sebanyak memberi
kesan jangka panjang kepada mangsa tersebut.

Selain itu, bagi mangsa yang diragut, mereka akan menanggung kesengsaraan akibat
kecerderaan fizikal dan masalah kesihatan di smaping mengalami trauma skibat gangguan
mental dan emosi seperti rasa takut, tekanan perasaan dan rendah diri. Memandangkan kes
semakin meruncing, undang-undang hendaklah diperketatkan. Masyarakat yang melakukan
kegiatan jenayah berat seperti bunuh semasa proses meragut hendaklah dikenakan hukuman mati
mandatori bagi memberikan pengajaran kepada orang lain.

Punca-punca dan langkah-langkah mengatasi jenayah ragut.

Hari ini, masyarakat kita telah dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang melibatkan
pelajar dan remaja. Kejadian jenayah tersebut telah menggambarkan keseriusan kejadian jenayah
di kalangan pelajar dan remaja. Semakin hari kes-kes jenayah ini semakin berleluasa. Isu ini
sungguh memalukan memandangkan negara kita sekarang merupakan negara yang sedang pesat
membangun. Persoalanmya, apakah punca-punca yang menyebabkan berleluasanya kegiatan
jenayah di kalangan pelajar dan remaja dan apakah masalah ini dapat diatasi?

Jika dikaji begitu banyak punca berlakunya kes-kes jenayah di kalangan remaja.
Antaranya ialah didikan yang kurang sempurna daripada ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa ialah
orang yang paling dekat dan yang paling penting dalam pembentukan peribadi dan sahsiah di
kalangan anak-anak. Pada zaman teknologi maklumat dan globalisasi sekarang, mereka sentiasa
sibuk bekerja dalam mengisi tuntutan kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggunjawab
hakiki mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan yang sempurna.

Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah di


kalangan pelajar dan remaja kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa di sekolah dan
suka mencari rakan sebaya untuk menemani mereka. Jika mereka memilih rakan yang tidak
bermoral sudah pasti mereka juga akan berkelakuan tidak bermoral.

Selain itu, media massa juga menjadi punca kegiatan jenayah di kalangan remaja. Tidak
dinafikan kemudahan seperti Internet, e-mail, televisyen, dan radio memudahkan kita untuk
berkomunikasi, mendapat maklumat, dan berhibur. Akan tetapi terdapat banyak kesan-kesan
negatif dalam kemudahan ini.

Namun begitu, segala jenayah di atas dapat diatasi jika diberi perhatian dan pendekatan
yang lebih diberikan kepada remaja-remaja tersebut. Contohnya, ibu bapa hendaklah
memberikan perhatian yang lebih kepada anak-anak. Pendidikan agama dan nilai-nilai murni
mestilah diterapkan supaya anak-anak dapat menilai antara perkara baik dan buruk.

Remaja juga haruslah pandai memilih rakan sebaya kerana sememangnya remaja
mudah terpengaruh dengan kawan-kawan mereka. Di sini, ibu bapa mesti tahu dengan siapa anak
mereka berkawan.
Pengaruh media massa juga hendaklah dibendung. Pelajar bukan sekadar perlu mengetahui
maklumat-maklumat yang berkaitan tentang pelajaran, malah juga perlu menghadiri kem-kem
motivasi dengan beragresif untuk membina watak-watak dan sahsiah diri yang mengkagumkan.
Cara sebegini dapat menghasilkan pelajar bermaklumat sekaligus dapat membendung jenayah di
kalangan remaja.

Undang-undang hendaklah diperketatkan. Remaja bawah umur yang melakukan


kegiatan jenayah berat hendaklah dikenakan hukuman yang mandatori bagi memberi pengajaran
kepada remaja-remaja.
Kesimpulannya, pelajar- pelajar haruslah didedahkan kepada isu-isu semasa, kempen-kempen,
khemah kerja, motivasi dan sebagainya bagi menyedarkan merekalah generasi pemangkin
negara. Sekaligus, perkara sedemikian dapat memberi pengajaran kepada mereka. Golongan
tersebut juga perlu mengetahui bahawa segala kes jenayah akan merosakkan masa depan mereka.
Ragut merujuk kepada tindakan seseorang jenayah merampas harta benda
orang lain dengan paksa atau kekuatan yang dimiliki . Tindakan ini
menyebabkan mangsa ragut kehilangan sesuatu secara paksa .

Kes ragut di Malaysia terutamanya di ibu negara semakin membimbangkan.


Terdapat sebuah kes dimana ibu sedang mengandung terbunuh dalam
kejadian ragut, ada yang cedera parah semasa kes ragut , ada juga mangsa
yang dicalar kerana ditoreh dengan pisau yang tajam ketika melawan
peragut dan sebagainya.

Punca :
Pengaruh rakan sebaya
Rakan sebaya memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan
remaja .
Golongan remaja biasanya lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya .
Meraka akan meniru tindakan rakan sebaya mereka . Pengaruh rakan sebaya
akan mecorakkan sikap , tingkah laku , pemikiran dan nilai remaja . Remaja
yang menghadapi masalah keluarga adalah lebih mudah terpengaruh
dengan rakan berbanding dengan remaja yang disayangi dan dilindungi oleh
keluarga . Kebiasaan remaja yang melakukan jenayah adalah remaja yang
berkumpulan . Mereka mempunyai keberanian untuk bertindak melakukan
jenayah dalam kumpulan . Kebanyakkan mereka tidak mempunyai hala tuju
, maka apabila mereka berkumpul ,maka timbullah pelbagai idea seperti
meragut . Selain itu , keberanian untuk bertindak bagi remaja dalam
kumpulan adalah lebih banyak berbanding dengan remaja yang bersendirian
. Malah , ada juga remaja cuba meragut sebab ingin mencari keseronokan .

Pengaruh media massa


Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dalam
mempengaruhi pemikiran dan tindakan remaja . Paparan aksi aksi negatif
dari filem-filem yang mempunyai unsur-unsur ke arah melakukan kegiatan
ragut akan mempengaruhi remaja melakukan kegiatan ragut . Menurut
kajian , golongan remaja adalah mudah meniru dan mengikut hal yang
dilihat di sekeliling termasuklah media massa .

Silap tidak peduli dan individualistik masyarakat


Menurut kajian , banyak masalah jenayah adalah berlaku di kawasan
bandar .
Golongan yang melakukan ragut bukanlah yang tidak terpelajar tetapi
adalah yang terpelajar dan dilahirkan di bandar yang sukar dikawal . Di
kawasan bandar , kebanyakkan penduduknya tidak akan mengambil peduli
masalah yang berlaku di sekeliling mereka selaginya mangsa ragut bukanlah
ahli keluarga atau diri mereka . Maka keadaan ini menyebabkan peragut
terus manjalankan kegiatan secara meleluasa di kawasan yang sunyi .

Menghadapi masalah kewangan


Punca utama yang menyababkan berlakunya ragut ialah keadaan keluarga
yang miskin . Kebanyakkan peragut menghadapi masalah kewangan yang
serius maka terdoronglah mereka melibatkan diri dalam kegiatan meragut .
Ini adalah kerana meragut adalah cara yang paling cepat untuk seseorang
mendapatkan sejumlah wang . Selain itu ,ekonomi yang sedang merosot
menyababkan ramai orang kehilangan peluang pekerjaan . Ketidakupayaan
pekerja yang dibuang kerja itu untuk mencari kerja lain dalam masa yang
terdekat telah menjurus mereka ke kancah jenayah terutama apabila terfikir
anak dan isteri . Oleh itu, kes ragut meningkat kerana banyak pekerja tidak
mempunyai pekerjaan lalu beralih menjadi peragut untuk menyelesaikan
masalah mereka . Di samping itu, tujuan sesetengah peragut melakukan
kegiatan ragut ialah kerana mereka ketagihan dadah . Kos untuk
mendapatkan dadah adalah amat tinggi , maka penagih dadah akan
melakukan kegiatan ragut untuk mendapatkan duit untuk membeli dadah .

Tindakan masyarakat yang mendorong berlakunya jenayah


meragut .
Sikap masyarakat yang suka menunjuk menyebabkan peragut
mensaspekkan mereka sebagai mangsa .
Antara tidakan masyarakat yang menarik peragut ialah :
- Memakai barang kemas dengan ketara dan mendedahkan untuk tontonan.
-Berebut-rebut menaiki kenderaan awam atau berada di tempat sesak.
- Membawa beg tangan dengan cara yang mudah diragut.
- Berjalan secara bersendirian di tempat yang sunyi
- Menyimpan wang atau dompet di saku yang terbuka.
- Melatakkan beg tangan di tempat duduk semasa memandu kereta
-Sibuk menjawab panggilan telefon /sms sehingga lupa keadaan sekitar

Kesan :
Imej negara akan tercemar di mata dunia
Menurut kajian , sejak kebelakangan ini ramai pelancomg asing turut
menjadi mangsa ragut . Keadaan ini menberi impak yang amat serius kepada
negara kita .
Pelancong asing akan berasa tidak selamat apabila datang ke negara kita
,mereka akan menberitahu kawan-kawan mereka tentang kejadian yang
berlaku terhadap mereka di negara kita . Maka , imej megara yang terjejas
akan menjejaskan pandangan negara asing terhadap negara kita .

Menjejaskan ekonomi Malaysia


Ekonomi negara akan terjejas kerana pelancong luar tidak sudi untuk datang
melancong ke negara kita akibat keadaan negara kita yang tidak selamat .
Kesannya , industri pelancongan akan merosot . Pada masa yang sama , ini
akan memberikan kesan yang buruk kepada rakyat negara . Industri
pelancongan menyumbang kepada sektor lain seperti perhotelan . Sektor
perhotelan tidak akan mendapat sambutan handal akibat industri
pelancongan yang merosot .Hal ini menyebabkan rakyat menganggur akibat
kekurangan sektor pekerjaan .

Masyarakat menjadi semakin huru-hara.


Keselamatan seluruh masyarakat kini semakin teruk akibat jenayah ragut .
Bagi mangsa yang diragut, mereka akan menanggung kesengsaraan akibat
kecederaan fizikal dan masalah kesihatan di samping mengalami trauma
akibat gangguan mental dan emosi seperti rasa takut, tekanan perasaan dan
rasa rendah diri . Pastinya kesan mendalam akibat diragut sedikit sebanyak
memberi kesan jangka panjang kepada mangsa tersebut. Bagi peragut ,
mereka akan terus berleluasa dalam melakukan jenayah .

Langkah-langkah :
Peranan ibu bapa
Ibu bapa hendaklah memberikan perhatian yang lebih kepada anak-anak
ketika di rumah kerana segalanya bermula daripada rumah. Pendidikan
agama dan nilai-nilai murni mestilah diterapkan supaya anak-anak dapat
menilai antara perkara baik dan buruk . Selain itu , ibu bapa haruslah
mengosongkan masa mereka untuk menemani anak-anak mereka supaya
anak-anak mereka tidak kebosanan dan memastikan tidak terdapat
kekosongan dalam hati remaja . Ibu bapa mesti tahu dengan siapa anak
mereka berkawan . Kesedaran juga perlu diterapkan untuk membentuk jiwa
remaja yang sihat dan fikiran yang matang supaya mereka dapat mengecapi
kecermelangan diri .

Penguatkuasaan undang-undang
Penguatkuasaan undang-undang dan pelaksanaan undang-undang perlu
dijalankan oleh pihak berkenaan . Sesiapa yang didapati terlibat dalam
jenayah akan didakwa di bawah kesalahan merompak mengikut Seksyen 390
Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun
dan denda atau kedua-duanya.
Sekiranya melibatkan kematian , mereka akan disiasat di bawah Seksyen
302 kanun keseksaan kerana membunuh dan sekiranya bersalah akan
dihukum mati . selain itu , pihak polis juga perlu sentiasa membuat rondaan
di tempat-tempat yang kerap kali berlakunya jenayah ragut.

Peranan masyarakat
Masyaraka haruslah mencegah jenayah ragut dengan :
- Bawa wang sekadar mencukupi untuk membeli-belah . Simpan wang
dengan baik bagi mengelakkan penyeluk saku mengintai peluang.
- Bagi wanita, beg tangan seelok-eloknya dibimbit untuk mengelakkan
diragut oleh peragut bermotosikal.
- Jangan memakai barang kemas yang terlalu banyak ketika berada di
tempat awam.
- Elakkan dari berjalan ditempat yang sibuk dan berebut-rebut.
- Elakkan daripada tertidur semasa menaiki kenderaan awam atau
meninggalkan barang kepunyaan anda tanpa dijaga.
- Sentiasa berwaspada dengan persekitaran semasa menunggu diperhentian
bas dan menjawab telefon/sms

Peranan media massa


Media massa mempunyai pengaruh yang amat kuat dari segi menanam
kesedaran memperolehi kerjasama dan menyampaikan maklumat tentang
jenayah meragut dalam semua bentuk rancangan sama ada dalam bentuk
hiburan , bentuk berita atau sebagainya . Selain itu , media massa juga
boleh membantu pihak kerajaan dengan mengadakan kempen seperti
Marilah bersama-sama mencegah jenayah meragut dan Hentikanlah
jenayah meragut .

Peranan sekolah
Pihak sekolah perlu memantapkan lagi disiplin sekolah bagi menjamin
kegiatan salah laku pelajar berkurangan . Setiap salah laku pelajar seperti
ponteng sekolah, merokok , menghisap dadah , atau memukul pelajar lain
hendaklah didenda setimpal dengan kesalahan mereka . Ibu bapa mereka
juga harus ke sekolah untuk berbincang bagi mencari pendekatan awal
dalam mengatasi masalah yang lebih serius . Ini adalah salah satu cara
untuk para pelajar terlibat dalam kegiatan yang lebih serius seperti ragut.
Kita haruslah menyelesaikan masalah kecil yang dilakukan oleh para pelajar
sebelum mereka terjerumus dalam masalah yang serius . Selain itu, pihak
sekolah haruslah lebih mementingkan pedidikan agama dan moral di
pelajaran . Ini adalah kerana Amalan agama sudah makin dilupakan
berdasarkan semakin moden sesebuah masyarakat itu . Kekurangan aspek
agama menyebabkan kurangnya ketahanan diri seseorang untuk tidak
melakukan jenayah . Sudah hilang rasa takut akan balasan Tuhan jika
melakukan kesalahan jenayah . Maka , kes ragut meningkat kerana
masyarakat kita sudah lupa akan agama mereka.

Kesimpulannya , marilah kita bersam-sama mencegah jenayah ragut .Para


pelajar haruslah didedahkan isu-isu semasa , kempen-kempen , khemah
kerja , motivasi dan sebagainya bagi menyedarkan mereka bahawa
merekalah generasi pemangkin negara . Perkara sedemikian dapat memberi
pengajaran yang mendalam kepada para pelajar . Selain itu , golongan
peragut juga perlu mengetahui bahawa segala kes jenayah akan merosakkan
masa depan mereka . Nasihat yang setimpalnya haruslah diberikan agar
mereka tidak melibatkan diri dalam gejala ragut lagi.

Anda mungkin juga menyukai