Anda di halaman 1dari 12

Langkah langkah mengatasi kejadian banjir Menyediakan Sistem Perparitan Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan

kumuhan hendaklah sentiasa dibersihkan. Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik. Projek Pendalaman Sungai Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa,kini pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan proses pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan.Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak. Memelihara Hutan Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai digemari menyebabkan tanah terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan yang giat dilakukan di lereng-lereng bukit. Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi.Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air hujan dan mengalir dengan perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air. Hutan mampu menyerap air hujan pada kadar 20%. Kemudian air hujan ini dibebaskan kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja pengurangan air hujan dapat dilakukan. Mengawal Aktiviti Manusia Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan samapah dan sisa industri ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini,kesedaran kepada masyarakat perlu didedahkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya.

Kesan banjir Kemusnahan Tanam-tanaman Air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian menyebabkan tanaman mati. Antara tanaman yang mudah mati adalah getah, koko, kepala sawit dan padi. Kemusnahan tanam-tanaman ini akan merugikan para petani. Kemusnahan Tanam-tanaman Air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian menyebabkan tanaman mati. Antara tanaman yang mudah mati adalah getah, koko, kepala sawit dan padi. Kemusnahan tanam-tanaman ini akan merugikan para petani. Kemusnahan Harta Benda Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia. Banjir yang berlaku akan menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Najis ini bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti taun dan malaria. Kematian Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik dan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Semua ini akan ditanggung oleh kerajaan dengan memperbaiki kerosakkan dan membiayai kelengkapan perubatan. Kesemua ini memerlukan kos penyelenggeraan yang tinggi. Selain itu kerajaan juga terpaksa menyediakan pelbagai keperluan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan disamping menyediakan petempatan sementara mangsa banjir.

Punca-punca Banjir Anda pasti pernah mengalami situasi di mana hujan yang sangat lebat menyebabkan kawasan-kawasan yang berparas rendah dipenuhi dengan air. Fenomena ini dikenali sebagai banjir dan ia berlaku apabila kawasan daratan yang biasanya kering ditenggelami dengan air. Jika anda sering mengikuti berita tempatan sama ada di kaca television, radio atau internet, anda pasti tahu bahawa Malaysia seringkali dilanda banjir terutamanya pada musim tengkujuh (monsun). Banjir sememangnya berlaku biasanya akibat hujan lebat tetapi tahukah anda punca berlakunya banjir dan apakah faktor-faktor yang menyebabkan fenomena ini? Banjir berlaku apabila kandungan air di permukaan bumi adalah berlebihan dan ini biasanya disebabkan oleh hujan yang lebat. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa punca yang terperinci yang menyebabkan landaan banjir. 1.Hujan Lebat yang Berterusan Punca banjir yang paling biasa adalah hujan lebat yang berterusan. Hujan yang lebat boleh mengakibatkan paras air di dalam sungai, longkang dan sebagainya menaik dan ia juga boleh menyebabkan pembentukan lopak air di darat. Apabila hujan lebat tidak berhenti malah berterusan untuk tempoh masa yang panjang, paras air juga akan naik secara berterusan sehingga sungai, longkang dan sebagainya penuh sehingga berlimpahan. Ini akan menyebabkan air memenuhi ruang daratan dan berlakulah banjir*. Tahukah Anda? Landaan banjir boleh dielak atau diperlahankan dengan sistem paritan yang berkesan. Jika sistem paritan sebuah bandar adalah kurang baik, banjir akan berlaku secara cepat apabila hujan lebat melanda bandar itu. 2.Kerosakan pada Empangan Air Empangan air adalah suatu struktur yang biasanya dibina di sungai yang berdekatan dengan kawasan bandar atau kawasan perumahan. Fungsi utama empangan air adalah untuk menghalang air sungai yang berlebihan melimpah ke dalam kawasan bandar dan perumahan. Ini boleh dilakukan kerana empangan air adalah seakan sebuah benteng atau dinding yang tinggi yang menyekat saluran air di sungai. Apabila empangan air rosak, air yang sepatutnya disekat akan melimpah melalui benteng ke kawasan bandar dan perumahan dan ini boleh menyebabkan banjir berlaku. 3.Hakisan Tebing Sungai Hakisan tanah adalah fenomena yang mana tanah di kawasan tebing menjadi longgar dan jatuh dari tebing itu. Apabila hakisan tanah berlaku di tebing sungai, tanah yang dihakis akan jatuh dari tebing sungai ke lantai sungai. Jika ini berlaku secara berterusan, paras lantai sungai akan menaik. Ini bermakna sungai itu akan mempunyai kurang ruang untuk mengandungi air dan oleh itu, limpahan air senang berlaku. Limpahan air yang berlaku di kawasan sungai yang mengalami hakisan boleh menyebabkan banjir

Peringatan! Halangan fizikal di dalam kawasan aliran air seperti parit dan sungai boleh memperlahankan atau meyekat aliran air. Sekatan air boleh menyebabkan banjir berlaku. Oleh itu, pastikan anda tidak membuang sampah sarap ke dalam longkang atau sungai. 4.Faktor Perhutanan Hutan memainkan peranan yang penting dalam mengawal aliran air di permukaan bumi kita. Kebanyakan hutan tropika seperti yang terdapat di Malaysia adalah kawasan tadahan air. Ini bermakna bahawa apabila hujan lebat melanda, banyak kandungan air ditadah atau diperangkap di permukaan pokok-pokok dan tumbuhan-tumbuhan lain yang bertumbuhan di hutan. Jika tiada hutan atau apa-apa tumbuhan untuk menadah air, air hujan akan terus jatuh ke darat dan ini boleh mempercepatkan kebanjiran. Banjir yang teruk boleh dianggap sebagai sejenis malapetaka kerana ia boleh menyebabkan banyak kemusnahan harta dan juga merbahaya kepada pelbagai hidupan termasuk manusia. Walaupun kami tidak ada banyak yang kita boleh buat untuk menghalang banjir daripada berlaku, kita boleh bersedia untuk banjir dengan lebih berkesan jika kita tahu lebih tentang punca-punca fenomena ini.

Peranan ibu bapa dalam memupuk amalan membaca


Ibu bapa ialah tonggak sesebuah keluarga. Peranan mereka umpama nakhoda sebuah bahtera yang sedang merentasi sebuah samudera yang penuh cabaran. Budaya membaca sebagai penanda aras penting sesebuah masyarakat yang mencintai ilmu pengetahuan dan kemajuan patut bermula dari rumah. Di tangan ibu bapalah asas pembentukan tingkah laku dan tabiat anak-anak dapat disemai. Peribahasa menyebut bahawa melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Ibu bapa hendaklah memainkan peranan utama bagi memupuk budaya membaca di rumah. Penentu kejayaan peranan ibu bapa termasuklah keupayaan kepimpinan, kewangan dan dorongan yang berterusan. Kepimpinan ibu bapa dalam konteks pemupukan budaya membaca bermaksud proses mempengaruhi anggota keluarga supaya sentiasa aktiviti pembacaan semasa berada di rumah. Untuk itu, ibu bapa terlebih dahulu hendaklah memiliki tahap kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan budaya membaca. Kesedaran itu kemudian dipanjangkan kepada anak-anak supaya mereka juga memiliki tahap kesedaran yang sama dengan ibu bapa mereka. Kesedaran tentang budaya membaca dizahirkan menerusi minat ibu bapa terhadap bahan bacaan menerusi percakapan dan juga perbuatan. Pendek kata, kesedaran ibu bapa adalah asas pemupukan budaya membaca di rumah. Cogan kata 'kepimpinan menerusi teladan' sudah biasa kita baca dan dengar. Sebagai pemimpin keluarga, ibu bapa ialah suri teladan terdekat kepada anak-anak. Ibu bapa dan anak-anak bukan sahaja memiliki hubungan biologi yang jelas, bahkan sebahagian besar pembawaan dan tabiat ibu bapa turut diwarisi oleh anak-anak. Peranan ibu bapa dalam proses pemupukan budaya membaca ialah pengukuhan pengaruh positif secara konsisten. Ibu bapa bukan hanya menggesa anak-anak supaya membaca, sebaliknya mereka sendiri menunjukkan teladan amalan membaca yang ketara. Sebagai pemimpin keluarga, ibu bapa berperanan merancang jadual kegiatan keluarga, termasuk peruntukan waktu membaca bagi seisi keluarga. Ibu bapa mungkin sibuk dengan pekerjaan dan urusan rumah tangga yang lain, tetapi tiada sebarang sebab yang munasabah mengizinkan berlakunya pengabaian kegiatan seisi keluarga termasuk pembacaan. Misalnya, ibu bapa mengumpulkan seisi keluarga di ruang tamu sambil memegang bahan bacaan yang bermanfaat seperti buku dan majalah. Sebarang gangguan terhadap tumpuan pembacaan seperti siaran radio dan televisyen dihentikan. Peruntukan waktu senyap di rumah akan membuka laluan supaya tabiat membaca berkembang dan menjadi kebiasaan di rumah. Ibu bapa juga mesti meluangkan masa bersama anak-anak untuk berkunjung ke perpustakaan awam yang berdekatan. Misalnya, pada pada hujung minggu, selepas sarapan pagi, seisi keluarga bergerak menuju perpustakaan dan berada di sana mungkin dalam tempoh satu atau dua jam. Ibu bapa harus menemani anak-anak yang masih kecil untuk memberi galakan ke arah pengukuhan tabiat membaca yang didambakan. Ibu bapa juga boleh membantu anak-anak untuk memahami bahan bacaan pilihan masing-masing. Ibu bapa mesti sanggup menurunkan tahap komunikasi supaya setara dengan anak-anak supaya aktiviti pembacaan tidak bersifat beban yang berat atau membosankan. Kunjungan ke perpustakaan awam hendaklah dijadualkan, manakala anak-anak diberi pengukuhan supaya memiliki tahap kesediaan yang tinggi untuk terus bersama mereka ke perpustakaan awam. Belanjawan keluarga memang perlu dirancang dengan berhemah bagi memenuhi semua keperluan, walaupun pendapatan ibu bapa mungkin tidak sebanyak mana. Di samping melangsaikan segala perbelanjaan asas rumah tangga, peruntukan untuk membeli bahan bacaan harus ada walaupun sedikit Misalnya, setiap orang anak dihadiahkan senaskhah buku setiap bulan. Kini, buku dan bacaan bacaan yang bermutu tidak hanya dijual di toko buku yang besar, bahkan di gerai pasar malam dan pasar tani, terutama buku terpakai yang masih baharu. Penerbit buku juga mungkin mengadakan pameran buku bergerak dengan tawaran potongan harga yang menarik. Ibu bapa boleh membeli bahan bacaan yang bersesuaian sambil dapat berjimat. Kegiatan bacaan di rumah juga menjadi lebih selesa jika terdapat suasana fizikal rumah yang sesuai. Ibu bapa boleh mengatur susunan perabot yang menyokong aktiviti pembacaan. Ruang tamu tidak hanya dipenuhi dengan rak cakera padat hiburan, tetapi didominasi oleh bacaan bacaan yang

menarik. Berdekatan dengan set televisyen juga tertera slogan seperti 'baca buku dahulu, kemudian baharu menonton'. Minda seisi keluarga sudah dibiasakan dengan keutamaan amalan membaca. Disiplin dalam pembacaan juga diterapkan dalam kalangan anak-anak. Seisi keluarga menghormati tempoh waktu membaca tanpa sesiapa pun yang cuba membuat kecoh. Tiada sebarang bacaan yang dibiarkan berselerak usai aktiviti membaca. Pendek kata, ibu bapa berperanan besar dalam menyediakan suasana membaca di rumah. Di negara maju seperti Jepun dan Jerman terdapat pasar raya buku yang khusus. Di Malaysia, walaupun gedung besar seumpama itu belum wujud, sekurang-kurang terdapat kedai buku di lot kedai atau pasar raya utama. Ibu bapa boleh memainkan peranan memupuk budaya membaca di rumah dengan mengajak anak-anak mengunjungi premis kedai buku yang berkenaan. Kunjungan ke kedai buku bukan bererti untuk membuat belian bahan bahan bacaan dalam kuantiti yang banyak. Sebaliknya ibu bapa menetapkan senaskhah buku bagi setiap orang anak. Tujuan sampingan ke kedai buku adalah untuk membuat tinjuan judul buku terkini. Ibu bapa boleh memberitahu anak-anak supaya merujuk buku-buku yang berharga mahal di perpustakaan sahaja. Anak-anak yang masih mentah mungkin sekali tidak konsisten dalam amalan bacaan mereka. Umpama bunga yang mudah layu, siraman air akan mengembalikan kesegarannya. Maka, demikian juga dengan anak-anak yang mungkin tergoda dengan aktiviti lain yang lebih santai dan ringan hingga melanggar peruntukan waktu untuk pembacaan. Maka, ibu bapa berperanan untuk memberi pengukuhan, peringatan, dorongan dan galakan, sama berbentuk lisan dan hadiah yang munasabah Pujian yang dihamburkan oleh ibu bapa hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, ikhlas dan suci hati. Bahasa mesra yang digunakan untuk menggalakkan anak-anak untuk terus membaca bakal menyumbang terhadap proses pemupukan budaya membaca di rumah. Aktiviti pembacaan yang sihat tidak berakhir dengan begitu sahaja tanpa sebarang susulan yang konkrit. Ibu bapa berperanan untuk memastikan bahawa setiap sesi pembacaan seisi keluarga memberi manfaat yang berpanjangan. Caranya adalah dengan melakukan perbincangan ringan tentang perkara yang dibaca. Ibu bapa dan anak-anak saling bersoal jawab tentang pengalaman pembacaan yang telah dilalui. Input bacaan dikongsi bersama dalam bentuk aplikasi alam nyata. Anak-anak juga diberi peluang meluahkan pendapat samada setuju atau membantah saranan yang ditemui dalam bahan bacaan masing-masing. Kesimpulannya, peranan ibu bapa dalam memupuk budaya membaca di rumah begitu menyumbang terhadap pembinaan sebuah masyarakat yang mencintai ilmu dan kemajuan dalam segala bidang. Ibu bapa bukan sekadar memainkan peranan yang pasif dengan hanya tahu menyuruh anakanak membaca, sebaliknya mempamerkan contoh teladan yang terbaik. Amalan membaca bukan suatu pilihan, tetapi ialah suatu kewajipan sebagaimana yang disarankan lewat surah al-Alaq. Tanggungjawab yang dipikul oleh pemimpin keluarga untuk menyemarakkan amalan membaca di rumah tidak boleh dibuat secara sambil lewa. Peranan ibu bapa dalam memupuk budaya membaca di rumah sebenarnya sangat kritikal.

LANGKAH LANGKAH MENINGKATKAN MUTU SUKAN NEGARA


Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam pertandingan kelayakan Piala Dunia kepada pasukan Singapura serta tumbangnya jagoan badminton negara Datuk Lee Chong Wei, dalam Kejohanan Badminton Dunia baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum. Hal ini belum lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan teras yang lain seperti hoki, olahraga, renang, dan sebagainya. Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada peringkat serantau mahupun antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminat sukan di negara ini. Apakah atlet-atlet kita hanya gah ketika bertanding sesama sendiri sehingga mewajarkan gelaranjaguh kampung, ataupun atlet kita kurang bermotivasi apabila bersaing pada peringkat antarabangsa? Walau apaapapun pertikaiannya, ternyata pelbagai langkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan negara, agar kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain dalam bidang sukan. Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dengan merombak jawatankuasa induk yang menaungi sesebuah persatuan sukan. Bukan lagi rahsia, kebanyakan persatuan sukan di Malaysia dipimpin oleh elit politik. Lihat sahaja persatuan-persatuan seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Malangnya, para pemimpin yang dipilih secara sebulat suara ini, sering menjadikan persatuan berkenaan sebagai medan untuk mencari pengaruh dan meneruskan agenda politik mereka. Keghairahan memenuhi agenda peribadi, menyebabkan program pembangunan sukan dan atlet telah dianaktirikan. Kedangkalan pengetahuan tentang bidang sukan serta kegagalan memahami perubahan yang berlaku, mewajarkan ketandusan pencapaian para atlet kita. Berkaitan hal ini, mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menyeru agar para pemimpin politik melepaskan jawatan mereka dalam persatuan sukan agar program pembangunan sukan hanya ditangani oleh individu yang berkelayakan. Justeru, sewajarnya barisan kepimpinan sukan ini dirombak dan seterusnya memberikan laluan kepada muka-muka baru yang mempunyai latar belakang bidang sukan serta beriltizam tinggi untuk memajukan mutu sukan negara, persis kata pujangga, hanya jauhari yang mengenal manikam. Di samping itu, program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaiki dan diberi nafas baru dalam usaha melahirkan atlet yang berdaya saing. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan peruntukan yang cukup untuk menyokong program-program pembangunan sukan di negara ini seperti penubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN). Program pembangunan sukan ini meliputi aspek-aspek kritikal seperti kewangan, kejurulatihan, pemakanan, psikologi, dan sebagainya. Berhubung dengan isu ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Sabri Chik pernah menegur tentang cara pemakanan para pemain bola sepak kebangsaan ketika bertanding dalam Kejohanan Piala Asia yang dianggap tidak bersesuaian dengan diet para atlet. Menurutnya kebanyakan para pemain bola sepak negara lebih menggemari roti canai, nasi lemak, dan merokok. Kegagalan menyediakan program-program berkualiti,

memungkinkan mutu sukan negara terus merudum dan kita terus ketandusan para atlet yang berpotensi. Contohnya sejak menjuarai Piala Thomas pada 1992, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hanya bergantung kepada gandingan emas, Koo Ken Kiat dan Tan Boon Heong, serta Datuk Lee Chong Wei. Misi pencarian pelapis baru masih lagi gagal. Namun begitu, segala kelemahan tidak harus menjadi noktah untuk kita terus berusaha. Dengan penggemblengan usaha dan iltizam semua pihak, pastinyasinar di hujung terowong dapat dijelmakan untuk mengangkat kembali martabat sukan negara kita. Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan-kejohanan antarabangsa secara lebih kerap. Penyertaan secara berterusan amat penting dalam usaha memantapkan persembahan serta menyesuaikan diri dalam situasi pertandingan yang sebenarnya. Pasukan bola sepak contohnya, tidak mampu membentuk persefahaman yang mantap jika digabungkan menjelang saat akhir pada sesebuah kejohanan sahaja. Setiap pemain sudah pasti mempunyai latar belakang kemahiran dan peribadi yang berbeza. Justeru, penyertaan secara berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman dalam kalangan mereka seterusnya mampu menuai hasil yang diharapkan. Pencapaian jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan ratu squasy negara, Datuk Nicole Ann David sehingga membolehkan mereka berada pada kedudukan teratas senarai pemain terbaik dunia, adalah berpunca daripada penyertaan yang aktif dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Perlu ditegaskan bahawa kejayaan yang diinginkan tidak boleh dijelmakan dengan usaha secara ala kadar, ibarat melepaskan batuk di tangga. Sebaliknya, menuntut iltizam dan kerja keras semua pihak sama ada dalam kalangan atlet, pihak-pihak berwajib, dan malahan peminat sukan tanah air. Di samping itu, Kementerian Pelajaran Malaysia juga perlulah berperanan mencungkil bakat-bakat muda daripada peringkat sekolah lagi. Kita sedia maklum bahawa para pelajar di seluruh negara begitu ramai yang mempunyai bakat yang terpendam dalam bidang sukan. Buktinya semasa kejohanan sukan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan, kita dapati ramai pelapis muda yang berbakat dan berpotensi. Namun bakat mereka tenggelam begitu sahaja setelah tamat zaman persekolahan. Oleh hal yang demikian pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu berkerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan serta badan-badan sukan untuk menggilap bakat-bakat muda ini hingga mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Penubuhan sekolah-sekolah sukan seperti Sekolah Sukan Sultan Abdul Jalil, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Bandar Penawar dan merupakan satu alternatif bijak agar kita tidak ketandusan pelapis dalam bidang sukan negara pada masa akan datang. Pengambilan jurulatih serta pemain import juga merupakan suatu usaha yang positif ke arah meningkatkan mutu sukan negara. Hal ini demikian kerana para atlet serta ahli sukan mendapat bimbingan serta tunjuk ajar berterusan daripada jurulatih yang berwibawa. Para pemain dapat didedahkan dengan teknik, serta kemahiran bertaraf dunia agar pemain kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan pemain-pemain di peringkat dunia. Selain itu, para pemain juga akan mendapat rakan pelatih atau sparing

partner yang bertaraf dunia. Dengan pendedahan serta latihan intensif ini sudah pasti para atlet mampu bersaing atau bertanding di peringkat antarabangsa. Tindakan FAM untuk mengambil pemain-pemain import semula dalam Liga Bola Sepak Malaysia merupakan usaha serampang dua mata, iaitu untuk meningkatkan mutu sukan negara serta menyemarakkan sokongan peminat sukan kepada pasukan pilihan mereka. Jelaslah bahawa pengambilan jurulatih dan pemain import bukan sahaja meningkatkan prestasi atlet atau ahli sukan, malahan dapat meningkatkan imej negara di mata dunia. Konklusinya, kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan berlanjutan kerana hal ini sedikit banyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat antarabangsa. Sejajar dengan usia kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka lima puluh empat tahun, seharusnya telah mematangkan prestasi kita dalam bidang sukan. Tiada salahnya untuk kita belajar dengan negara-negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun Kenya yang telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta mampu melahirkan atlet olahraga bertaraf dunia. Hanya dengan kerjasama erat semua pihak bagai aur dengan tebing, misi untuk melihat kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 akan menjadi kenyataan. Peribahasa Melayu ada menyatakan pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada di air, terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat Malaysia. Semoga slogan, Majulah Sukan Untuk Negara dapat diimplementasikan.

Kesan bencana alam


Sudah lebih dari 5 tahun kita digembar-gemburkan dengan urutan kes bencana alam. Cukup merangkumi semua jenis bencana seperti pemanasan global, gempar bumi, ribut taufan, banjir, dan yang paling mengejutkan dunia sehingga kini iaitu tsunami. Pelbagai konklusi telah dibuat oleh pakar meteorologi dan geologi seluruh dunia mengenai persoalan wujudnya bencana alam tersebut. Justeru, ramai daripada mereka berpandapat bahawa bencana alam yang menghantui kita pada abad kini berpunca daripada kelalaian manusia terdahulu menjaga amanah tuhan; bumi ini. Berikutan dengan bencana alam yang sering menimpa kaum manusia seluruh dunia kini, terdapat banyak kesan yang dapat kita peroleh. Salah satu bencana alam yang boleh dikatakan paling popular sekarang ialah kes pamanasan global. Baru-baru ini, kerajaan Malaysia diundang untuk menyertai seminar pemanasan global peringkat antarabangsa, bukan untuk berbual kosong bahkan bersamasama membincangkan permasalahan tersebut dan cuba merungkai idea untuk menyelesaikannya. Secara umum, kita mengetahui bahawa pemanasan global ini berpunca daripada kesan rumah hijau. Bentuk muka bumi dunia yang kian ketandusan hutan tidak dapat menyerap kesemua gas karbon dioksida yang dihasilkan oleh peralatan bermotor menyebabkan cuaca duniamakin meningkat. Hal ini membawa kita kepada permasalahan lain iaitu pencairan bongkah ais di kutub utara dan selatan, lalu menyebabkan paras air laut meningkat. Lantas, bencana lain seperti banjir pula berlaku. Akibat daripada banjir, ramai penduduk dunia kehilangan tempat tinggal. Mungkin suatu hari nanti jika tiada tindakan diambil

dalam masa terdekat, banyak negeri-negeri seluruh dunia akan lenyap ditenggelami air laut. Kejadian tanah runtuh di Malaysia daripada dahulu sehingga tidak pernah selesai. Manakan tidak, pada zaman globalisasi kini manusia lebih mementingkan poket sendiri daripada nyawa ribuan manusia lain. Dek sifat mementingkan diri sendiri menjurus segelintir manusia ini menoreh lantas menggondolkan bukit-bukau dan gunung-ganang yang sepatutnya menjadi pasak bumi. Pokok-pokok serta tunbuhan hijau yang tumbuh meliar di lereng-lereng bukit bukan sekadar hiasan semata-mata, bahkan tumbuhan tersebut menggalas tanggungjawab mencengkam tanah dan mengelakkan berlakunya hakisan justeru mengelakkan tanah runtuh. Sudahlah kejadian tanah runtuh itu meragut nyawa, memusnahkan kediaman, mewujudkan masalah lalu lintas, tanah runtuh juga menyebabkan haiwan kehilangan habitat semulajadi mereka. Inikah yang kita mahu untuk generasi akan datang? Melihat dan mengenali haiwan, hanya terdapat di muzium sahaja. walaupun telah pelbagai jenis bencana alam yang kita alami kini akibat kelalaian manusia terdahulu, namun ada perkara yang patut kita banggakan yang telah dilakukan oleh manusia pada zaman sekarang. Mungkin benar peribahasa sudah terhantuk baru terngadah mampu membawa keinsafan dalam diri seseorang insan. Lihatlah disekeliling kita pada hari ini, kerana telah insaf akan kerosakkan yang dilakukan dahulu, para saintis telah melahirkan idea baharu untuk menyelamatkan dunia seperti penggunaan air dan elektrik untuk menggantikan penggunaan minyak petrol sebagai peneraju alatan bermotor. Selain itu, kebanyakkan pendingin hawa telah digantikan dengan bahan mesra alam iaitu bebas CFC. Perubahanperubahan tersebut mungkin kelihatan terlalu kecil untuk dibenggakan namun tanpa kita sedari perkara seperti inilah yang bakal merubah keadaan dunia menjadi lebih baik. Oleh hal yang demikian, dapatlah kita simpulkan bahawa masalah bancana alam ini berlaku akibat kelalaian dan kecuaian kita sendiri. Oleh itu, sikap saling menuding jari tidak harus ada, malah kita seharusnya bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menyelasaikan masalah ini. Selain itu, perkara utama yang amat penting dalam sesuatu permasalahan adalah perlu wujud kesedaran. Dalam kes ini iaitu bencana alam, kesedaranlah yang menjadi punca manusia berhenti daripada melakukan kerosakkan dan daripada sinilah tercetusnya idea pembikinan peralatan-peralatan baharu yang menggunakan bahan mesra alam. Walaupun kita sudah terhantuk baru terngadah untuk berubah menjadi yang lebih baik namun kita tidak harus berhenti setakat ini sahaja kerana kita pasti tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Punca dan Langkah mengatasi bencana alam


Bencana alam merujuk kejadian alam yang mampu memusnahkan negara dan penduduknya. Negara kita memang sering dilanda banjir, ribut, kemarau dan kebakaran hutan kerana pelbagai faktor yang mendorong keadaan ini mudah berlaku terutama ketiak bumi dikatakan sedang mengalami perubahan cuaca yang drastik dalam tempoh yang terdekat ini. Sesungguhnya, ada banyak faktor yang mendorong keadaan ini dan ada banyak langkah yang boleh diambil untuk membendungnya daripada terus berlaku. Kejadian bencana alam sering dikaitkan dengan kemusnahan alam sekitar

terutama kemusnahan hutan belantara negara. Keadaan ini wujud kerana hutan dianggap menjadi pelindung atau penahan berlakunya kejadian banjir dan kemarau kerana keupayaannya untuk menakung air dan menyalirkan air dengan baik. Kemusnahan hutan menyebabkan muka bumi menjadi kosong dan mendorong mudahnya berlaku semua bencana alam ini. Oleh itu, kemusnahan hutan perlulah dipantau dengan lebih teliti oleh pihak kerajaan. Malahan, keghairahan negara untuk membangun dengan pesat turut mendorong berlakunya bencana alam ini. Pembukaan kawasan bandar baru, industri dan kawasan perumahan telah menyebabkan sistem ekologi yang asal tidak mampu untuk menghalang sebarang kejadian bencana alam daripada tidak berlaku. Manusia menganggap kemodenan mampu menghalang bencana alam berlaku lantas terus menerus menjalankan projek pembangunan tanpa mempunyai rasa takut atau bimbang berlakunya bencana alam di kawasan projek mereka. Justeru, pembangunan yang pesat memang penting tetapi perlulah dikawal atau dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak menjejaskan sistem ekologi secara drastik. Tambahan pula, sikap kita dalam menguruskan sumber asli terutama penyelenggaran sungai dan pembalakan hutan yang tidak praktikal. Naluri manusia yang sering mengutamakan keuntungan kewangan daripada berfikir secara rasional perkara yang bakal berlaku pada masa depan telah mengundang padah. Semua sumber alam negara akan terus dieksploitasi kerana manusia memang menganggap diri mereka lebih baik dan bijak daripada alam. Jadi, bencana alam akan terus berlaku kerana kegagalan manusia untuk menguruskan sumber alamnya dengan baik. Sudah pasti langkah yang paling penting dilakukan ialah kerajaan mengetatkan peraturan berkaitan dengan alam sekitar dengan lebih baik. Hukuman yang berat harus dikenakan kepada pesalah-pesalah alam sekitar supaya perkara ini menjadi pengajaran kepada orang lain. Kerajaan harus menjalankan satu usaha pemeriksaan yang holistik tanpa mengecualikan sesiapa jua dalam pemeriksaan ini. Jika kerajaan tegas dalam hal ini, sudah pasti masalah ini mampu diselesaikan dengan mudah. Malahan, kempen kesedaran terutama kepada generasi muda harus dilaksanakan. Kempen yang dijalankan itu haruslah sesuai dengan minat dan diri remaja kerana merekalah yang bakal menghuni negara ini serta mampu menyelesaikan masalah ini. Kempen yang dijalankan secara terancang mampu menghasilkan satu generasi masyarakat yang menghargai alamnya lebih baik daripada generasi terdahulu. Jelaslah, kempen yang berkesan mampu menangani isu ini dengan lebih baik. Kesimpulannya, bencana alam akan terus berlaku di negara kita. Sikap masyarakat yang sambil lewa kerana menganggap alam bukan tanggungjawab mereka telah menyebabkan masalah ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan. Mungkin kita semua lupa bahawa setiap kali bencana alam melanda negara ini setiap kali itulah ada nyawa manusia yang melayang. Agaknya kita menilai nyawa manusia sama seperti alam?

Anda mungkin juga menyukai