Anda di halaman 1dari 3

PEMBUANGAN SISA TOKSIK

Masalah pembuangan bahan sisa toksik dan bahan yang tidak boleh reput seperti plastik,
kaca, dan aluminium wujud melanda negara kita pada masa kini. Masalah ini, kalau tidak
dapat diselesaikan dengan segera, akan menimbulkan masalah pencemaran yang buruk.
Banyak impak yang dialami oleh penduduk tempatan dan kesan-kesan ini mungkin
berlarutan bagi tempoh masa yang panjang. Jadi, langkah-langkah berkesan hendaklah
diambil dengan segera sebelum masalah ini semakin serius.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI

Penguatkuasaan undang-undang

Langkah yang dapat dilaksanakan adalah dengan mewujudkan undang-undang yang baru
dan menyeluruh. Setakat ini, kita mempunyai Akta Kualiti Alam Sekitar 1997 yang bertujuan
mengawal aktiviti yang boleh menjejaskan kualiti alam. Namun belum terdapat akta khas
untuk mengawal aktiviti yang boleh pembuangan bahan tidak mudah reput. Oleh itu, garis
panduan yang khas dan terperinci tentang pengurusan pembuangan bahan tersebut mesti
disediakan. Pihak yang membuang bahan ini di merata tempat harus dikenakan hukuman
yang berat. Hukuman penjara pasti menjadi langkah pencegahan yang baik.

Mengadakan kempen kitar semula

Selain itu, untuk mengatasi masalah pencemaran yang semakin memburuk ini ialah dengan
mengadakan kempen kitar semula bagi bahan-bahan yang tidak boleh reput seperti plastik
dan lain-lain. Proses kitar semula ialah proses mengubah bahan-bahan buangan atau bahan-
bahan yang tidak digunakan lagi kepada bahan-bahan baru yang berguna dan bernilai di
pasaran. Sebagai contoh, botol-botol kaca yang terbuang dibersihkan, disteril dan digunakan
semula. Dengan ini, bukan sahaja dapat mengurangkan masalah pencemaran oleh bahan-
bahan yang tidak boleh reput ini, malah dapat menjimatkan sumber-sumber semulajadi
yang digunakan untuk membuat botol kaca baru. Kerajaan harus mempergiatkan lagi
kempen kitar semula di seluruh negara dengan menyediakan lebih banyak pusat
pengumpulan bahan-bahan untuk dikitar semula di seluruh negara dengan menyediakan
banyak pusat pengumpulan bahan-bahan untuk dikitar semula supaya rakyat lebih senang
untuk mengitar semula dan memberikan semangat kepada orang ramai untuk mengitar
semula.

Memanfaatkan kemajuan sains dan teknologi

Kemajuan sains dan teknologi juga dapat mengatasi masalah ini. Melalui penyelidikan dan
pembangunan, kita dapat mengeluarkan barang yang mesra alam. Misalnya, bekas plastik
yang mudah reput. Pinggan mangkuk mesra alam dibuat daripada sekam padi. Barang ini
bukan sahaja tidak mencemarkan alam malah menyuburkannya. Teknologi canggih juga
menghasilkan jentera yang mampu menghancurkan plastik, tayar, dan sebagainya menjadi
serat halus. Dengan ini, bahan-bahan pencemar ini dapat diproses semula menjadi barang
yang berguna. Kuantiti yang dibuang dapat dikurangkan.

KESAN-KESAN PEMBUANGAN BAHAN SISA TOSIK

Kesan terhadap kesihatan manusia

Kesan-kesan pencemaran ini banyak menimbulkan masalah terhadap hidupan-hidupan


pada masa kini termasuklah kepada manusia sendiri. Bahan-bahan sisa toksik yang dibuang
ke dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen yang terdapat di dalam air.
Hidupan air akan mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar
ini. Manusia juga akan mendapat penyakit yang serius jika mengambil sumber makanan dari
hidupan air dan juga boleh mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang teruk jika
meminum atau mengunakan air yang tercemar. Selain itu. sampah sarap dan najis yang
dibuang ke dalam air juga mengalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah
kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.

Sistem air bawah tanah tercemar

Loji pelupusan dan tapak pembuangan bahan tidak boleh reput harus dibina. Bahan-bahan
bertoksik seperti minyak kotor, plumbum, dan sebagainya boleh menyebabkan pencemaran
alam. Pembuangan racun serangga dapat menyebabkan pencemaran air. Sesetengah kilang
akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Tetapi, apabila berlaku
hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah iaitu,
pertama ialah jika sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya mengalir di dalam sistem
saliran utama parit dan sungai. Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke
dalam sistem bawah tanah yang akan menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar.
Kedua-dua masalah tersebut akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan keadaan air
itu sendiri.

KESIMPULAN

Banyak langkah dapat diambil untuk mengatasi masalah ini. Tidak kira apa-apa langkah
yang diambil, langkah itu tidak akan mendatangkan hasil tanpa kejasama dari semua pihak.
Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu dalam usaha mengatasi masalah pencemaran
yang buruk ini. Semua pihak mempunyai peranan masing-masing dan harus
melaksanakannya dengan sempurna dalam menjamin kesejahteraan hidup masa kini dan
generasi pada masa akan datang. Langkah-langkah tersebut dijadikan rujukan untuk
mengatasi masalah ini dan masalah ini harus diselesaikan dengan secepat mungkin bagi
mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. Oleh itu, kerjasama dari
pelbagai pihak amatlah dihargai dalam usaha mengatasi masalah ini. Selamatkan alam
sekitar kita!.
 4. Punca-punca berlakunya pencemaran sisa toksik• Pembuangan sisa toksik daripada
kilang• Pembuangan bahan-bahan buangan• Sikap manusia yang tidak
bertanggungjawab• Aktiviti pertanian• Kurang kesedaran masyarakat• Pembuangan sisa
minyak dan tumpahan dari kapal

 5. Pembuangan sisa toksik dari kilang• Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai
untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai- sungai berkenaan.•
Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan
mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai.•

 7. Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab• Masyarakat tidak mempunyai


pengetahuan yang mencukupi terhadap perkara ini.• Mereka tidak menguruskan sampah-
sarap dengan langkah yang efektif.• Mereka membuang sampah di merata-rata tempat
dan juga ke dalam sungai atau laut.

1. 8. Aktiviti pertanian• Pengilangan hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia


cecair yang disalirkan ke dalam sungai- sungai.• Hampas-hampas organik yang menjadi
bahan buangan pemprosesan dibuang ke dalam sungai.• Penggunaan baja, pestisid dan
insektisid untuk membunuh haiwan perosak mencemarkan sumber air.• Ini menghalang
penembusan cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan air tercemar.

Anda mungkin juga menyukai