Anda di halaman 1dari 3

Pengajian Am Penggal 3

SMK Sultan Ismail

2015

Peningkatan suhu dan perubahan iklim merupakan isu global yang kian mendapat perhatian
serius masyarakat antarabangsa.Jelaskan faktor-faktor berlakunya peningkatan suhu dunia dan
peranan Malaysia dalam menangani isu tersebut di pentas dunia.
Pendahuluan
Pertumbuhan ekonomi luar biasa memberikan tekanan hebat ke atas alam semula jadi dan
persekitaran,Pemanasan global menjadi isu tradisional yang memerlukan tindakan sejagat dan diplomasi
alam sekitar perlu diberikan tumpuan oleh dunia termaksuklah Malaysia bagi memastikan keseimbangan
antara pembangunan dengan persekitaran.
Faktor-faktor berlakunya pemanasan global
1 Penggunaan bahan kloroflourokarbon (CFC) yang meluas

Rakyat diseluruh dunia semakin aktif menggunakan gas CFC


Penggunaan yang aktif akan menyebabkan penipisan lapisan ozon
Lapisan ozon yang nipis akan menyebabkan kepanasan suhu bumi

2 Perkembangan dan kemajuan industri

Perubahan era pertanian dan perindustrian telah membawa perubahan keatas cuaca dunia
Seluruh negara di dunia mula menggalakan kegiatan sektor perindustrian dan pembuatan
Pembakaran bahan api dalam industri iaitu bahan api hidrokarbon seperti petroleum, gas dan
arang batu memberi kesan kepada iklim

3 Peningkatan kenderaan bermotor

Pertambahan bilangan kenderaan diseluruh dunia juga membawa kepada peningkatan suhu
Kenderaan bermotor akan membebaskan gas karbon monoksida dan sulfur dioksida yang
memerangkap haba matahari
Pembakaran bahan api kenderaan bermotor ini akan menyebabkan kenaikan suhu udara

4 Pembakaran terbuka, kebakaran hutan dan jerubu

Terdapat negara negara di dunia yang menjalankan aktiviti pembakaran secara terbuka
Kaedah pembakaran terbuka ini selalunya dilakukan untuk membuka kawasan baru
Pengusaha ladang di Indonesia misalnya sering melakukan pembakaran secara bermusim

5 Faktor semula jadi

Matahari merupakan sumber tenaga hidrogen fusion yang memberikan kesan dinamik kepada
pemanasan di bumi
Orbit atau laluan bumi yang mengelilingi matahari ini juga menjadi punca kepada perubahan
iklim

Pengajian Am Penggal 3
SMK Sultan Ismail

2015

Kebakaran hutan secara semula jadi akibat cuaca panas turut menyebabkan suhu dunia meningkat

Penglibatan Malaysia menangani isu ini di peringkat global


1

Menghadiri Persidangan Antarabangsa PBB


Malaysia telah menghadiri persidangan antarabangsa tentang Alam Sekitar seperti
Persidangan Kyoto pada tahun 1997 (Protokol Kyoto) dan juga Persidangan di Copenhagen ,
Denmark pada Disember 2009 (COP15) berhubung isu perubahan iklim dunia
Protokol Kyoto dimeterai untuk mengawal pelepasan gas rumah kaca, manakala COP15 pula
merangka pelan tindakan untuk menangani kesan perubahan iklim dunia

Pengurusan Bencana melalui Pusat Serantau Sains Asia


Pusat Serantau Sains Asia telah diwujudkan untuk memesatkan penggunaan ICT dalam
kalangan negara anggota termasuk Malaysia,khususnya dalam pembangunan dan keselamatan
serantau

Kempen Program Earth Hour di seluruh dunia


Program ini mula digerakkan oleh Tabung Hidupan Liar WWF Australia pada Mac 2007
Pengurangan penggunaan tenaga dapat dikurangkan
Kempen ini mengajak penduduk seluruh dunia termasuk rakyat Malaysia untuk bergelap
dengan memadamkan semua lampu yang menggunakan elektrik tepat pada 8.30 malam waktu
tempatan

Persidangan antarabangsa tentang kawalan ke ats Antratika


Isu pencairan ais yang drastik di Antratika memberi impak banjir besar
Sekatan dan kawalan keatas penerokaan yang tidak terkawal untuk mengekspoitasi bahan
mentah di Antartika telah dilaksanakan
Malaysia lantang menyuarakan pendapat bahawa Antratika adalah Warisan Bersama untuk
faedah bersama dan membantah penerokaan di Antratika
Suara Malaysia ditimbulkan dalam persidangan antarabangsa PBB yang ke-37 dan
persidangan NAM pada tahun 1982

Penyelidikan dengan kerjasama negara luar dan pengeluar kereta utama


Beberapa buah universiti tempatan mula menjalankan kajian ke atas perubahan cuaca
termasuklah bekerjasama dengan pakar pakar universiti luar negara
Misalnya, USM dan UiTM telah menjalinkan kerjasama dengan pakar-pakar universiti luar
negara dalam menghasilkan kajian bagi membantu mengatasi masalah banjir di Malaysia
Pengangkutan merupakan antara penyumbang utama kepada pelepasan gas karbon.Contoh
sperti kereta.

Kesimpulan

Pengajian Am Penggal 3
SMK Sultan Ismail

2015

Pemanasan global akan mendatangkan implikasi ke atas kehidupan manusia sejagat meliputi isu bekalan
air, masalah kesihatan, kecukupan bekalan makanan dan kesejahteraan alam sekitar.Isu ini perlu ditangani
secara global dengan melibatkan seluruh masyarakat antarabangsa.
Formula isi : 2+3 / 3+2

Anda mungkin juga menyukai