Anda di halaman 1dari 2

Prinsip kelima Rukun Negara ialah kesopanan dan kesusilaan menjurus kepada

pembentukan masyarakat Malaysia yang bersopan santun dan bersusila.Amalan


ini merupakan nilai yang amat penting untuk memupuk keperibadian yang baik
dan menjamin kejayaan dalam sesebuah negara.

Antara peranan terhadap individu atau diri sendiri ialah setiap individu
memainkan peranan penting untuk mengubah dan memperbaiki perlakuan diri
sendiri.Oleh itu, usaha individu untuk melakukan amalan yang baik, bersopan
santun dan bersusila amat penting untuk menjadikan diri sendiri agar diterima
dengan baik oleh anggota masyarakat yang lain.

Selain itu,peranan terhadap rakan sebaya adalah rakan sebaya membawa


pengaruh yang penting dalam mengubah seseorang individu.Hal ini demikian, jika
rakan sebaya mempunyai nilai bersopan santun dan bersusila, mereka dapat
membentuk sekumpulan individu lain agar berakhlak dan bersusila.

Di samping itu,juga mempengaruhi peranan institusi kekeluargaan dalam usaha


memupuk nilai tersebut.Hal ini demikian, peranan ibu bapa amat penting dalam
mendidik anak- anak agar lebih bersopan santun dan bersusila dalam perlakuan
dan pergaulan mereka.Oleh itu, didikan keluarga akan bermula sejak anak-anak
lahir sehinggalah mereka menginjak dewasa.Hal ini kerana, didikan keluarga yang
baik akan membentuk sikap anak-anak yang bersopan santun dan mempunyai
tingkah laku yang baik dalam perbuatan mahupun pertuturan mereka.

Peranan jiran tetangga juga merupakan suatu pihak untuk memupuk nilai
bersopan santun dan bersusila.Hal ini kerana, jiran tetangga turut memainkan
peranan penting dalam menunjukkan tingkah laku yang bersopan santun dan
bersusila.Sebagai contoh,amalan yang baik seperti bertegur sapa dengan ramah
dan berhemah serta saling menolong apabila orang lain dalam kesusahan dapat
menjalinkan hubungan yang baik antara jiran. Oleh itu, dengan amalan bersopan
santun dan bersusila dapat menjalinkan semangat kejiranan yang teguh sehingga
mewujudkan perasaan saling mempercayai sesama jiran.

Akhir sekali, peranan institusi agama juga dapat mempengaruhi dalam usaha
memupuk nilai tersebut.Hal ini demikian, Setiap rakyat Malaysia mempunyai
pegangan agama dan kepercayaan masing-masing. Meskipun agama Islam adalah
agama rasmi Persekutuan tetapi agama lain boleh terus diamalkan.Oleh itu,
ajaran agama melalui rumah ibadat masing-masing menerapkan nilai-nilai murni
dalam kehidupan para penganutnya.

Kesimpulannya, semua pihak dapat memainkan peranan yang penting


dalam memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat.Kita haruslah
memupuk amalan bersopan santun dan bersusila ini di dalam diri kita kerana
tidak rugi seseorang itu yang mempunyai nilai-nilai murni.

Anda mungkin juga menyukai