Anda di halaman 1dari 2

STPM(STPM 2013 P2 KARANGAN KEMELESETAN EKONOMI)

8. Kemelesetan ekonomi yang melanda dunia turut dirasai oleh Malaysia. Oleh itu,
kerajaan dan rakyat perlu memainkan peranan masing-masing untuk mengurangkan kesan
yang mungkin timbul daripada keadaan ini. Huraikan.

Pengenalan
Ekonomi yang tidak menentu dan tidak stabil mengganggu kehidupan masyarakat
dalam sesebuah negara. Keadaan ini akan mengubah struktur perbelanjaan kerajaan dan
rakyat dalam kehidupan mereka.

Peranan Kerajaan

1. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi


 meningkatkan pengeluaran dengan teknik baharu. Misalnya menggalakkan pertumbuhan
industri intensif modal yang lebih bergantung kepada penggunaan jentera.
 mempelbagaikan pengeluaran. Misalnya, menghasilkan pelbagai barangan dengan
memproses bahan mentah.
 memajukan industri perkhidmatan seperti industri pelancongan, seperti ekopelancongan,
pelancongan kesihatan dan sebagainya.

2. Mencari pasaran baharu


 memperluaskan rakan dagang dan memantapan rakan dagang sedia ada.
 meneroka pasaran baharu seperti di China, India dan negara-negara Asia Barat.
 meningkatkan kerjasama dalam kalangan negara ASEAN yang mempunyai pasaran
yang besar (626 juta orang).

3. Mengawal mata wang dan aliran pertukaran asing


 Mengurangkan pengambilan buruh asing. Misalnya pada tahun 2015 negara mengalami
kerugian kerana pekerja asing menyebabkan pengaliran keluar RM15 bilion.
 Meluaskan peluang pekerjaan tempatan.
 memastikan pekerja tempatan tidak mengalami pengangguran.

4. Menstrukturkan semula corak perbelanjaan


 menyemak semula dasar perbelanjaan kerajaan. Projek-projek raksasa perlu
ditangguhkan pelaksanaan ataupun distruktur semula.
 meningkatkan pengaliran wang dalam negara, misalnya menggalakkan rakyat
melancong dalam negara.
 menggalakkan rakyat berbelanja dan membeli barangan tempatan.

5. Mengurangkan import
 menaikkan cukai import terhadap barangan import seperti barangan mewah, kereta dan
sebagainya.
 meningkatkan pengeluaran hasil pertanian dan penternakan supaya elakkan pengaliran
keluar pertukaran asing. (Tahun 2015 negara kehilangan RM45 bilion kerana
mengimport bahan makanan dari luar).
 mengadakan kempen yang menggalakkan rakyat membeli baranan tempatan.
Peranan Rakyat

6. Mengamalkan perbelanjaan berhemah


 merancang perbelanjaan harian secara bijaksana.
 mengelak pembaziran, beli barangan yang mustahak sahaja.
 mengelakkan penggunaan kad kredit.

7. Membeli barangan tempatan


 lebih murah daripada barangan import.
 aliran tunai dalam pasaran tempatan akan meningkat.
 industri dalam negara berkembang.

8. Melabur dalam negara


 menggalakkan rakyat membeli saham dan bon syarikat tempatan dan kerajaan.
 menggalakkan rakyat membawa pulang simpanan dana di luar negara.

Kesimpulan
Kerajaan dan rakyat memainkan peranan penting untuk menangani masalah
kemelesetan ekonomi negara. Kesedaran dan sikap berkerjasama dapat membawa negara
keluar daripada masalah ini.

Anda mungkin juga menyukai