Anda di halaman 1dari 7

PENGHARGAAN

Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat


masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah
tercinta saya, Puan Sopiah Elal kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya
membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah
memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai
saya berjaya menyiapkan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan terutamanya ahli
kumpulan saya yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah
alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan
kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.
1.0 PENGENALAN
1.1 Latar Belakang
Kajian ini bertajuk kesantunan bahasa yang digunakan dalam novel Kerana Syurga
Bukan Percuma. Novel ini adalah salah sebuah novel terbitan syarikat buku SENTAP
PRESS, iiaitu sebuah syarikat yang menitikberatkan bahasa-bahasa urban dan
kontemporari. Novel ini ditulis berdasarkan sebuah dunia khayalan dan kenyataan oleh
seorang anak muda yang bernama Najmi Fetih. Novel ini diterbitkan pada tahun 2018
dan menjadi antara novel yang terlaris dalam pasaran di Malaysia.
Novel ini mengisahkan Khairul Rafeeq atau Khai, seorang remaja yang ingin
berhijrah ke arah kebaikan. Namun hijrah itu tidaklah semudah yang disangka, pelbagai
dugaan yang perlu ditempuhinya.Perjalanan taubatnya dibantu oleh Abang Surau, nama
panggilan yang diberikan kepada pemuda yang ditemuinya di sebuah surau. Sejak
pertemuan itu, persahabatan antara mereka menjadi semakin akrab.Abang Surau
mempunyai peribadi yang cukup mulia. Tatkala Khai seakan-akan mahu berputus asa
dengan hidayah yang diberikan kepadanya, Abang Surau sentiasa ada untuk menguatkan
semangatnya mencari redha Allah.
Terdapat pelbagai jenis kesantunan bahasa didalam novel tersebut. Oleh itu,
pengkaji memilih novel Kerana Syurga Bukan Percuma sebagai kajian berkenaan
kesantunan bahasa yang digunakan oleh watak-watak dalam penceritaan novel tersebut.

Pernyataan masalah yang pengkaji dapati adalah nilai kesantunan berbahasa


bukan sahaja diabaikan dalam perbualan harian, malah sering juga diabaikan dalam
novel. Bahasa yang digunakan dalam novel juga menampakkan kegagalan untuk
mempraktikkan unsur kesantunan berbahasa dengan baik kerana penerbit hanya
mementingkan keuntungan semata-mata hingga mengabaikan aspek kesantunan
berbahasa dalam menghasilkan sesebuah novel . Selain itu, novel juga selalunya
mempersembahkan jalan cerita yang berunsurkan percintaan, konflik dalam rumah
tangga, penceraian, gejala sosial, pembuangan bayi, dan sebagainya.Situasi ini sudah
semestinya akan mempengaruhi minda pembaca. Malahan ada beberapa perkataan
kasar dan tidak sesuai yang digunakan oleh penulis. Situasi ini bertepatan dengan
pandangan Tan Sri Lee Lam Thye (2014) yang mengatakan bahawa pertuturan atau
percakapan watak boleh mempengaruhi minda pembaca, bukan sekadar aksi
pergaduhan dan gangsterisme semata-mata. Menurut beliau juga, golongan belia lebih
mudah terpengaruh dengan tutur kata atau percakapan watak berbanding perlakuan.
Novel memberikan impak negatif kepada golongan belia kerana mereka mudah
terpengaruh dengan percakapan yang dikeluarkan, terlalu mengikut perasaan dan tidak
berfikir dengan matang (Berita Harian, 27 Disember 2014).

1.2 Definisi Konsep


Kesantunan berbahasa diterjemahkan sebagai perlakuan, tutur kata yang
tidak menyinggung hati kedua-dua pihak iaitu penutur dan pendengar ketika
berkomunikasi. Kesantunan berbahasa berlaku apabila penutur dan pendengar cuba
mengelakkan perbualan yang mencetuskan konflik antara mereka. Oleh yang
demikian, kesantunan berbahasa dapat menjadikan diri seseorang yang diiktiraf kekal
dalam interaksi sosial.

Secara amnya, konsep kesantunan tidak hanya merujuk kesantunan berbahasa


semata- mata, tetapi turut merujuk aspek non-verbal seperti tingkah laku, mimik muka
dan nada suara. Oleh yang demikian, kesantunan didefinisikan sebagai budi bahasa atau
budi pekerti yang halus dan sopan (Faridah Nazir et.al, 2015). Konsep kesantunan ini
merangkumi pemilihan kata yang sesuai dengan situasi, topik perbincangan dan
hubungan antara penutur- pendengar. Selain itu, nada yang sesuai untuk penerima juga
diaplikasikan dalam konsep ini. Kesantunan juga dapat dizahirkan melalui gerak laku
yang lembut, merendah diri dan meminimumkan pergerakan. Manakala, dari segi gaya
dan ragam, penutur perlu mengelakkan diri daripada mengejek, menempelak, menyindir
dan mempermainkan orang yang diajak bercakap.

Menurut Awang Sariyan (2007), kesantunan bahasa merujuk kepada pematuhan


terhadap peraturan yang wujud dalam bahasa sesebuah masyarakat. Peraturan ini amat
penting kerana setiap masyarakat mengamalkan peraturan bahasa yang berbeza antara
satu sama lain. Sehubungan itu, sebahagian peraturan tersebut bersifat sejagat. Hal ini
dapat dilihat melalui panggilan hormat yang digunakan, kata sapaan dalam keluarga dan
ungkapan yang bertatasusila. Manakala, sebahagian yang lain bersifat khusus dan ianya
terdiri daripada panggilan kehormat mengikut susun lapis masyarakat, protokol dalam
pentadbiran dan adat istiadat yag diamalkan oleh masyarakat.
Perspektif berbeza tentang konsep kesantunan mewujudkan kepelbagaian teori
dan definisi dalam kalangan tokoh dunia. Rustono (1999), mengatakan bahawa terdapat
konsep kesantunan yang dirumuskan dalam bentuk kaedah dan strategi. Prinsip
kesantunan terbentuk dari konsep kesantunan yang diperincikan melalui bentuk kaedah,
manakala teori kesantunan pula terbentuk dari strategi. Terdapat juga ahli linguistik
Barat yang membahaskan kesantunan bahasa seperti Goffman (1955), Grice (1975),
Brown dan Levinson (1987)

Sarjana tempatan yanag membincangkan kesantunan bahasa ialah Asmah Haji


Omar (2000), Noriati A. Rashid (2004), Awang Sariyan (2007), Indirawati Zahid (2012)
dan Zaitul Azma Zainon Hamzah (2012). Semua ahli linguistik tempatan berpandangan
bahawa kesantunan masyarakat Melayu merupakan tutur kata yang digabungkan dengan
perilaku seseorang yang dizahirkan secara berhemah, misalnya kata yang diungkapkan
bernada lembut, penutur atau pendengar berhati-hati ketika menyampaikannya dan
bahasa yang digunakan sangat halus atau berlapik selari dengan budaya dan pegangan
agama Islam. Keadaan ini dapat menjaga air muka pendengar dan memberikan
keselesaan kepadanya, sekali gus dapat mengelakkan terjadinya konflik ketika
berinteraksi.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif kajian adalah seperti yang berikut:

(a) Mengenal pasti dan menyenaraikan penggunaan kesantunan berbahasa dalam


novel yang dikaji,
(b) Mengkategorikan kesantunan bahasa yang digunakan dalam novel yang dikaji
mengikut cirinya,
(c) Menganalisis penggunaan kesantunan bahasa dalam novel yang dikaji.

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN


Hasil kajian ini adalah untuk:
a) Dapat menambahkan pengetahuan pengkaji dalam topik kesantunan bahasa,
b) Hasil kajian dapat dijadikan rujukan kepada pelajar yang membuat kajian
berkaitan kesantunan bahasa pada masa akan datang,
c) Dapat menambahkan kemahiran pengkaji dalam membezakan penggunaan
kesantunan bahasa mengikut jenisnya.

4.0 SKOP KAJIAN


Fokus kajian adalah berdasarkan kepada beberapa jeni ragam bahasa yang terdapat
dalam novel Kerana Syurga Bukan Percuma karya Najmi Fetih. Berdasarkan novel yang
dikaji, pengkaji hanya menganalisis kesantunan bahasa dari episod 1 hingga 10.

Anda mungkin juga menyukai