Anda di halaman 1dari 11

aSOALAN PEPERIKSAAN STPM – MENGIKUT

TOPIK PENGGAL 3 (910/3)

2. RETORIK

BAHAGIAN A

1.
 Mementingkan bukti dan alasan
 Bermula dengan usul atau gagasan
 Bertujuan untuk mendapatkan sokongan

Pernyataan di atas ialah ciri retorik


A pemerian C pendedahan
B pemujukan D penghujahan
(2013:3)

2. Yang manakah ciri yang paling penting tentang retorik


pemujukan? A Perlu pengulangan pernyataan
B Banyak menggunakan ayat penyata
C Keberkesanannya bergantung pada bukti yang dikemukakan
D Bertujuan untuk mempengaruhi khalayak supaya bertindak seperti yang
dikehendaki (2013:4)

3.
Stegosaurus ialah dinosaur herbivor yang hidup pada penghujung zaman jurasik kira-kira 160
juta tahun dahulu. Dinosaur ini mempunyai kepala yang kecil dan berjalan dengan
menggunakan empat kaki. Terdapat dua deretan plat yang bertulang pada bahagian
belakangnya. Di hujung ekornya pula terdapat empat batang duri yang sangat berbahaya.
Ukuran badannya boleh mencapai sembilan meter panjang dan beratnya lebih kurang 3000
kilogram.

Petikan di atas menepati retorik


A pemerian C pendedahan
B penceritaan D penghujahan
(2013:5)

4. Yang manakah penyataan yang menepati retorik penghujahan?


A Penulis mengemukakan pendapatnya tentang sesuatu perkara.
B Penulis menyatakan pendapat atau pendirian dan meminta pembaca menerimanya.
C Penulis mengemukakan pendapat atau usul dengan alasan yang kukuh agar pembaca turut
menyetujuinya.
D Penulis mengemukakan sesuatu pendapat dengan memberikan gambaran yang lengkap supaya
pandangannya jelas kepada pembaca.
(U2013:3)

5. Yang manakah wacana yang menepati retorik pemerian?


I Banglo itu dihias indah. Barangan antik pula tersusun dengan kemas. Perabotnya yang mewah
ditambah dengan warna dindingnya yang lembut menambahkan seri banglo itu.
II Pencemaran sungai itu berpunca daripada sikap pengusaha kilang yang tidak
bertanggungjawab. Tindakan mereka membuang kotoran ke sungai mengakibatkan air sungai
menjadi kotor dan membahayakan penggunanya.
III Sudah beberapa lama kereta model tahun 1950-an itu tidak digunakan. Kereta milik pengurus
kilang itu berdebu dan kotor. Bahagian dalamnya basah kerana dimasuki air hujan. Kereta itu
tidak diperlukan lagi oleh pemiliknya.
IV Ketiga-tiga orang remaja itu amat rapat. Mereka bertekad untuk menemui Idris, sahabatnya
yang telah terpisah sejak sekian lama. Ke sana ke sini mereka mencarinya tetapi gagal.
Akhirnya, hajat mereka tercapai setelah mendapat bantuan pihak akhbar.
2

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
(U2013:4)
6.
 Memindahkan idea atau maklumat daripada penulis kepada pembaca
 Memberikan takrif, atau contoh, atau perbandingan, atau sebab, atau akibat tentang
sesuatu maklumat
 Menyingkap, memaparkan, atau menghuraikan sesuatu maklumat secara objektif

Pernyataan di atas menepati retorik


A pemerian C pendedahan
B pemujukan D penghujahan
(U2013:5)

7. Yang manakah definisi retorik yang paling tepat?


A Kaedah penaakulan tentang sesuatu persoalan pokok.
B Cara mempengaruhi khalayak bagi menyetujui sesuatu gagasan.
C Seni pemakaian bahasa yang indah, menarik, dan efektif dalam menyatakan sesuatu idea.
D Cara menyatakan pandangan, menginterpretasikan sesuatu persoalan, dan menganalisis
sesuatu masalah.
(2014:3)

8. I: Kolam ikan hanya untuk mengindahkan taman. Dia mahu bersama-sama dengan anak
dan isterinya menikmati redup petang di laman sambil minum-minum.
II: Di tepi kolam ada meja kecil dengan ukiran ringkas awan ala-Nias. Di bawahnya
terdapat bangku coklat yang berkaki tiga.

Yang manakah padanan yang betul bagi jenis retorik I dan II?

I II
A Penceritaan Pemerian
B Pemerian Penceritaan
C Pemerian Pendedahan
D Pendedahan Pemerian
(2014:4)

9.
 Memulakan penjelasan dengan fakta yang khusus dan diikuti oleh kesimpulan
 Tujuannya adalah untuk menarik tumpuan pembaca tentang perkara yang ingin
disampaikan

Penyampaian idea dengan cara di atas merujuk kepada


teknik A induksiC
deduksi
B analogi D eklektik (2014:5)

10.
 Mengikut prinsip logik dengan penaakulan yang tepat
 Bukti dikemukakan untuk menyokong idea
 Bertujuan untuk mendapatkan sokongan daripada khalayak

Pernyataan di atas merujuk kepada ciri retorik


A pemerian C pendedahan
B pemujukan D penghujahan
(U2014:3)
11. Untuk tujuan yang manakah retorik pendedahan sesuai digunakan?
I Menjelaskan konsep 1 Malaysia
II Memperhebat kempen kitar semula
III Menghuraikan simpton selesema H1N1
IV Menerangkan teknik menjawab soalan peperiksaan

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV
(U2014:4)

12. Industri pembuatan kereta memerlukan modal yang besar untuk memastikan kelancaran
operasinya. Industri ini juga mengaplikasikan teknologi tinggi manakala pengeluaran dibuat
secara besar-besaran supaya kosnya lebih efektif.

Yang manakah ayat yang sesuai untuk mengakhiri petikan di atas supaya terbentuk satu wacana
yang utuh yang pemaparan ideanya menepati teknik induksi?

A Industri pembuatan kereta dapat mewujudkan peluang pekerjaan.


B Industri pembuatan kereta pada hakikatnya masih baru di negara kita berbanding dengan
industri kecil dan sederhana.
C Industri pembuatan kereta ini akan dapat memajukan industri sampingan, khususnya
industri pembuatan alat ganti.
D Industri pembuatan kereta yang terkategori sebagai industri berat ini akan dapat memacu
pertumbuhan ekonomi negara dalam jangka panjang.
(U2014:5)

13.
Rumah Ammar merupakan banglo dua tingkat. Ruang tamu di tingkat bawah dihiasi dengan set
sofa kayu yang berukiran penuh. Susun atur perabot di ruang ini menarik dan eksklusif.

Petikan di atas jelas memperlihatkan ciri retorik


A pemerian C penceritaan
B pemujukan D pendedahan
(2015:3)

14. P

Penulis mentakrifkan dan Penulis memindahkan Penulis tidak memberikan


memberikan contoh maklumat dengan ulasannya ketika
ketika menyampaikan berkesan. menyampaikan maklumat.
maklumat.

P dalam rajah di atas merujuk kepada retorik


A pemerian C pendedahan
B pemujukan D penceritaan
(2015:4)

15.
Tidak dapat dinafikan bahawa keluarga memainkan peranan penting dalam menentukan
perkembangan sahsiah remaja. Keadaan keluarga akan mempengaruhi perkembangan remaja
sejak kecil. Hal ini termasuklah dalam aspek pertumbuhan fizikal, hubungan sosial, cara
berfikir, dan kesihatan mental mereka.

Yang manakah teknik penyampaian idea yang digunakan dalam petikan di atas?
A Induksi C Deduksi
B Analogi D Eklektik
(2015:5)

16.
 Penulis memberikan penerangan secara jelas.
 Penulis memberikan sebab yang kukuh.
 Penulis mahu pembaca supaya sependirian dengannya.

Maklumat di atas menepati ciri retorik


A pemerian C pendedahan
B pemujukan D penghujahan
(U2015:4)

17.  Menerangkan sesuatu perkara secara terperinci dan objektif


 Menggunakan takrifan dan bandingan agar audiens memahami konsep
 Mengupas apa-apa yang pro, kontra, baik, dan buruk tentang perkara yang diutarakan

Maklumat di atas menepati ciri retorik


A pemerian C pendedahan
B pemujukan D penghujahan
(U2015:5)

18. Rubiah: Cuaca sekarang ini amat tidak menentu. Sukar diduga. Ada kalanya panas, terlalu
terik, kemudian hujan, sejuk.
Mei Ling: Ha, itulah kesan pemanasan global. Suhu dunia meningkat akibat perbuatan
manusia sendiri. Pembangunan terlalu pesat.
Raju: Itulah sebabnya, kita mesti jaga hutan kita. Kalau hutan masih banyak, pokok
boleh menyerap karbon dioksida. Suhu lebih stabil.

Yang manakah padanan yang betul antara pertuturan Rubiah, Mei Ling, dan Raju dengan retorik
ujarannya?

Pertuturan Rubiah Pertuturan Mei Ling Pertuturan Raju


A Penceritaan Penghujahan Pendedahan
B Pendedahan Pemerian Pemujukan
C Penghujahan Penceritaan Pemerian
D Pemerian Pendedahan Penghujahan
(U2015:6)

19. Maksud seni penggunaan bahasa dalam retorik merangkumi hal yang berikut, kecuali
A penggunaan bahasa yang kompleks C penggunaan bahasa yang kreatif
B teknik penyampaian yang menarik D teknik mempengaruhi audiens
(2016:3)

20.
Sejak dahulu lagi, tumbuh-tumbuhan dan organ haiwan telah diproses untuk dijadikan ubat
tradisional. Sebahagiannya dihasilkan sebagai ubat untuk dimakan dan sebahagian yang lain
dihasilkan dalam bentuk cecair atau minyak yang boleh disapukan pada bahagian anggota
badan.
Maklumat di atas menepati ciri retorik
A pemerian C pendedahan
B penceritaan D penghujahan
(2016:4)
21. Swizerland merupakan sebuah negara yang kecil tetapi telah berjaya menarik kemasukan ramai
pelancong asing. Rahsia kejayaan negara itu ialah keupayaannya mempopularkan keindahan
alam semula jadinya kepada dunia. Malaysia juga boleh berjaya dalam usaha untuk
meningkatkan sektor pelancongannya jika Malaysia turut melaksanakan langkah yang
sedemikian. Malaysia juga mempunyai banyak keindahan alam semula jadi yang berpotensi
untuk dimajukan.

Apakah teknik penyampaian idea dalam petikan di atas?


A Induksi C Deduksi
B Analogi D Eklektik
(2016:5)
BAHAGIAN B

1.
Pada setiap kali musim cuti sekolah atau cuti
7 perayaan, jumlah kes kemalangan jalan raya
meningkat secara mendadak di negara ini. Bilangan kenderaan yang banyak di jalan raya pada
satu-satu masa memungkinkan kemalangan berlaku. Sikap sesetengah pengguna jalan raya
yang ingin cepat sampai ke destinasi mereka juga boleh mengundang kemalangan. Mereka
sering memandu kenderaan dengan laju dan melanggar peraturan jalan raya. Oleh hal yang
demikian, kita menyaksikan kemalangan berlaku begitu kerap pada musim perayaan.

(a) Ubah teknik penyampaian idea dalam teks di atas kepada teknik penyampaian idea yang lain.

Pada musim perayaan, kita kerap menyaksikan kemalangan berlaku. Sikap sesetengah pengguna
jalan raya yang ingin cepat sampai destinasi mereka dan memandu kenderaan dengan laju serta
melanggar peraturan jalan raya menjadi punca utama yang boleh mengundang kemalangan. Pada
setiap kali musim cuti sekolah atau perayaan, jumlah kes kemalangan jalan raya meningkat
secara mendadak di Negara ini menyebabkan bilangan kenderaan yang banyak di jalan raya pada
satu-satu masa memungkinkan kemalangan berlaku.
.......................................................................................................................................................................
[3]

(b) Namakan teknik yang anda gunakan itu.

Teknik deduksi
.......................................................................................................................................................................
[1]
(2013:23)

2. Baca petikan di bawah ini, kemudian tentukan jenis- jenis retoriknya.

”Budak itu masih terlantar di hospital. Keadaannya amat lemah. Wajahnya pucat sekali dan
kecederaan di dahi yang dialaminya masih belum sembuh. Dia kekurangan darah dan
memerlukan pembedahan tetapi ibu bapanya tidak mampu. Sumbangan daripada orang ramai
amat dialu-alukan.”

Retorik pemerian, Retorik pendedahan dan Retorik penceritaan.


.......................................................................................................................................................................
[3]

3. Induksi

Deduksi
Teknik penyampaian idea
Analogi

Eklektik
Bina satu perenggan untuk teknik penyampaian idea induksi dan satu perenggan untuk teknik
penyampaian idea analogi.

(a) Ibu bapa menyerahkan tanggungjawab mengatasi masalah ponteng sekolah kepada pihak
sekolah. Terdapat ibu bapa yang langsung tidak berkomunikasi dengan anak-anak mereka
tentang hal persekolahan. Mereka tidak pernah mengambil tahu sama ada anak mereka
membuat kerja rumah atau tidak. Mereka juga tidak pernah menghubungi pihak sekolah untuk
bertanyakan sama ada anak mereka hadir ke skolah atau tidak. Oleh itu, kes ponteng sekolah
yang semakin berleluasa memang berpunca daripada sikap ibu bapa.
…....................................................................................................................................................................
[3]

(b) Saya yakin, di universiti nanti, Ben akan Berjaya menamatkan pengajiannya sehingga ke
peringkat doctor falsafah. Hal ini disebabkan dia merupakan pelajar pintar yang amat rajin. Dia
Berjaya memperoleh semua A dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan
seterusnya memperoleh ijazah Kelas Pertama dalam bidang linguistik. Dia berhasrat untuk
menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan doktor falsafah. Memandangkan kecerdasan
dan kegigihannya selama ini memang amat besar kemungkinan dia akan memperoleh ijazah
tertinggi itu sebelum mencapai usia 30 tahun.
.......................................................................................................................................................................
[3]
(U2013:23)

4. Nyatakan tiga ciri retorik bagi petikan di bawah ini.

Trend memakai cermin mata hitam bukan sesuatu yang asing jika anda peminat fesyen. Bukan
setakat melindungi mata daripada pancaran sinar matahari, malah cermin mata hitam merupakan
aksesori yang perlu ada untuk tampil bergaya. Sempena Minggu Fesyen Cermin Mata 2014,
Kedai Optikal 88 mengadakan pertunjukan cermin mata hitam berjenama antarabangsa yang
bukan sahaja ada gaya, bahkan lebih eksklusif.

(a) Bertujuan untuk mempengaruhi dan mengubah pendirian khalayak.


..............................................................................................................................................................

(b) Mempengaruhi khalayak supaya bertindak mengikut usul.


..............................................................................................................................................................

(c) Memanfaatkan unsur emosi dan psikologi khalayak


..............................................................................................................................................................
[3]
(2014:23)
5.
Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi

Perkembangkan idea di atas dengan menggunakan teknik deduksi. Perenggan yang terhasil
mestilah tidak melebihi 40 patah perkataan.

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berpalimen di bawah pentadbiran Raja Berpelembagaan


dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai ketua Negara. Salah satu kriteria sistem Demokrasi
Berpalimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif.
…….......................................................................................................................................................................
[4]
(2014:24)

6.
Kestabilan negara kita merupakan hasil kerjasama semua kaum yang sentiasa berusaha untuk
memastikan perpaduan dan keharmonian kaum terpelihara. Kunci perpaduan kaum di negara
kita ialah semangat toleransi dan sikap saling menghormati yang kita amalkan. Dengan
wujudnya perpaduan dan kerjasama yang erat 1 antara kaum, kita telah berjaya melahirkan
sebuah negara yang stabil dari segi ekonomi, politik, dan sosial. Kestabilan ini jugalah yang
membolehkan kita berjaya menarik pelaburan asing, yang merupakan satu daripada faktor
yang telah membantu kita mencatat pertubuhan ekonomi yang tinggi.

(a) Apakah jenis retorik petikan di atas?


Retorik pendedahan
..............................................................................................................................................................
[1]

(b) Berikan dua ciri bagi jenis retorik tersebut.

(i) Bertujuan untuk memberikan maklumat


..............................................................................................................................................
[1]

(ii) Huraian jelas dan maklumat berdasarkan fakta sebenar


.................................................................................................................................................
[1]
(U2014:23)

7.
Penetapan gaji pekerja wajar sekali dibuat berdasarkan kualiti kerja seseorang pekerja itu
sendiri. Seseorang pekerja yang berkualiti ialah pekerja yang mampu menyiapkan kerjanya
dalam masa yang ditetapkan, mampu membantu pihak syarikat mengurangkan kos
pengeluaran, serta bersedia untuk melaksanakan apa-apa juga pekerjaan yang
dipertanggungjawabkan, dan sentiasa berusaha untuk memperbaik mutu kerjanya. Pekerja yang
seperti ini merupakan aset yang berharga kepada syarikat. Oleh itu, dia memang patut diberikan
gaji yang setimpal dengan kualiti diri dan pekerjaannya.
(a) Apakah teknik penyampaian idea bagi petikan di atas?
Teknik eklektik
.......................................................................................................................................................................
[1]

(b) Berikan dua ciri teknik penyampaian idea tersebut.

(i) Menggunakan gabungan teknik deduksi dengan teknik induksi


..................................................................................................................................................
[1]

(ii) Penggabungan dibuat supaya pembaca atau pendengar dapat memahami ideanya daripada
salah satu teknik yang digunakan.
...............................................................................................................................................
[1]

(c) Tulis dua pernyataan umum yang terdapat dalam petikan di atas.

(i) Penetapan gaji pekerja wajar sekali dibuat berdasarkan kualiti kerja seseorang pekerja itu
sendiri.
................................................................................................................................................
[1]

(ii) Pekerja yang seperti ini merupakan aset yang berharga kepada syarikat.
................................................................................................................................................
[1]
(U2014:24)
8.
Pemerian

Pemujukan

Jenis retorik Penceritaan

Pendedahan

(a) Apakah jenis retorik X?


Retorik penghujahan
...................................................................................................................................................................
[1]

(b) Bina satu wacana yang menepati ciri retorik X. Panjang wacana tersebut mestilah tidak
melebihi 40 patah perkataan.

Malaysia patut dijadikan Negara pertanian. Dengan cara ini, Malaysia dapat mengurangkan kadar
pengimportan bahan makanan. Pada masa yang sama kadar pengaliran wang ke luar Negara dapat
dikurangkan. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan matlamat tersebut
direalisasikan.
....................................................................................................................................................................
[3]
(2015:23)
9.
Hartawan itu memiliki sebuah rumah agam yang dibina sekitar tahun 1930-an. Rumah itu
terletak di atas bukit dan menghadap laut. Binaannya berkonsepkan reka bentuk Inggeris klasik.
Rumah tersebut mempunyai 12 bilik tidur, empat ruang tamu, dan tiga ruang makan yang luas.
Hiasan dalamannya juga berkonsepkan Inggeris klasik, ilham seorang pereka bentuk dan hiasan
dalaman yang terkenal pada masa itu.

(a) Apakah jenis retorik bagi petikan di atas?


Retorik pemerian
.......................................................................................................................................................................
[1]

(b) Berikan tiga ciri retorik bagi petikan di atas.

(i) Mementingkan ketepatan dalam memperincikan sesuatu


................................................................................................................................................
[1]

(ii) Tiada penilaian, pandangan atau ulasan peribadi


................................................................................................................................................
[1]

(iii) Besifat deskriptif dan informatif


................................................................................................................................................
[1]
(U2015:22)

10. Pernyataan khusus

Contoh dan huraian

Pernyataan umum

(a) Apakah jenis teknik penyampaian idea seperti yang digambarkan dalam rajah di atas?

Teknik induksi
.......................................................................................................................................................................
[1]

(b) Bina sebuah wacana yang menepati teknik penyampaian idea seperti yang digambarkan
dalam rajah di atas.

Di Malaysia, kita boleh memilih untuk bekerja sama ada dalam sector pembinaan atau dalam sector
pertanian. Kita boleh menjadi pekerja binaan di kota dan di luar bandar. Kita juga boleh menjadi
buruh kasar di lading kelapa sawit, getah dan sayur-sayuran. Pilihan-pilihan itu menunjukkan
bahawa peluang pekerjaan di Negara kita sangat banyak.

.......................................................................................................................................................................
[3]
(U2015:23)
11.

(a) Apakah jenis retorik bagi petikan di atas?

Retorik pemujukan
..........................................................................................................................................................
[1]

(b) Berikan dua ciri retorik yang terdapat dalam petikan di atas.

(i) Pemujukan menggunakan bahasa yang manis halus dan menarik.


...........................................................................................................................................
[1]

(ii) Bertujuan untuk mempengaruhi dan merubah pendirian khalayak.


...........................................................................................................................................
[1]
(2016:22)

12. Berdasarkan permulaan petikan yang diberikan di bawah, hasilkan sebuah wacana dengan
menggunakan teknik induksi. Wacana yang terhasil hendaklah tidak melebihi 40 patah perkataan.

Penduduk kampung sering menjadikan sungai sebagai tempat untuk mencari ikan, ketam, udang, dan

sebagainya. Ikan, ketam, udang dan sebagainya merupakan sumber protein yang baik untuk tubuh

badan manusia. Menurut Kementerian Kesihatan, sumber protein yang terdapat dalam ikan, ketam dan

udang sangat tinggi. Selain itu, hidupan-hidupan laut ini dapat memberikan pendapatan kepada

penduduk kampung. Perubahan iklim juga dapat mempengaruhi penduduk kampung untuk mencari

rezeki. Sungai dapat membekalkan sumber makanan dan pendapatan kepada penduduk kampung.

...................................................................................................................................................................
[4]
(2016:23)

Anda mungkin juga menyukai