Anda di halaman 1dari 17

Wacana

Konsep Wacana

 Wacana ialah unit bahasa yang melebihi /melampaui batas ayat


 Wacana memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap
 Wacana merupakan penggunaan bahasa dalam konteks atau situasi yang tertentu
 Wacana boleh terdiri daripada dua ayat atau lebih, ceraian, bab, buku, siri buku dan sebagainya

Ciri Wacana

Sesuatu wacana menjadi utuh sekiranya mempunyai :

(i) Kohesi (Tautan)


 Hubungan/ jalinan yang erat antara kata, frasa, dan ayat dalam satu binaan yang melebihi satu ayat
 Ciri Kohesi dalam wacana ditandai oleh kehadiran penanda khusus, iaitu kohesi nahuan dan
kohesi lesikal
 Kohesi nahuan terdiri daripada penanda rujukan, penggantian, elipsis dan penghubung
 Kohesi leksikal pula terdiri daripada pengulangan dan kolokasi
(ii) Koheren (Runtutan)
 Kesinambungan idea yang kemas dan teratur, isi, atau maklumat disampaikan dengan jalinan
yang kemas dan rapi serta mempunyai makna yang jelas.
 Contoh: Matahari mulai tenggelam. Hari sudah senja. Burung-burung pulang ke sarang. Suasana di
desa itu semakin sunyi.
 Kesinambungan idea dan peristiwa yang berturutan menjadikan ayat di atas memperlihatkan ciri
koheren yang jelas. Dengan itu, terbinalah sebuah wacana yang utuh dan bermakna

Aspek Kesinambungan dalam Wacana

1) Sebab dan akibat = Amirul terlalu sedih. Dia menangis


2) Sebab dan hasil = Dia sentiasa mengulang kaji pelajaran. Berkat usahanya, dia berjaya mendapat
keputusan yang cemerlang.
3) Sebab dan tujuan = Dia sentiasa mengulang kaji pelajaran. Dia mahu lulus dengan cemerlang
dalam peperikasaan
4) Latar dan kesimpulan = Rumah ini amat besar dan cantik. Rupa-rupanya rumah ini milik hartawan
5) Syarat dan hasil = Para pesakit mestilah rajin makan ubat. Kepatuhan mereka akan memastikan
mereka cepat sembuh
6) Perbandingan = Abangnya seorang yang rajin. Adiknya lebih rajin
7) Memperkuat isi = perwatakannya menarik. Dia tidak lokek dengan senyuman. Dia sentiasa
menghormati orang lain
8) Aditif = Setelah empat tahun belajar di luar negara, kini anaknya pulang dengan membawa segulung
ijazah. Dia amat gembira dan bersyujur dengan kejayaan anaknya.
Variasi Bahasa
Konsep variasi bahasa:
 Perbezaan atau kelainan bahasa yang wujud berdasarkan konteks penggunaannya yang berbeza.
 Kelainan bahasa yang digunakan sebagai pilihan mengikut situasi.

Isoglos/ Garis Sempadan Antara Dialek


 Garis pemisah antara satu dialek dengan dialek yang lain dalam sesuatu bahasa
 Isoglos tidak dapat ditentukan dengan jelas kerana ada perhubungan yang berterusan antara
pengguna bahasa yang bersempadanan.
 Bentuk dialek di sesuatu kawasan itu merupakan campuran antara dua subdialek yang berlainan
 Contoh: tempat yang menjadi sempadan antara dialek Negeri Sembilan dengan dialek Melaka
dipanggil garis isoglos
Diaglosia
 Kewujudan dua variasi bahasa dalam sesuatu bahasa yang digunakan mengikut situasi
 Yang satu lebih tinggi statusnya kerana digunakan dalam sesuatu situasi formal manakala yang satu
lagi dalam situasi yang tidak formal.
Subdialek
 Variasi bahasa yang terdapat dalam sesuatu dialek
 Contoh: di Perak terdapat beberapa subdialek yang dituturkan oleh penutur, seperti di Parit, di Kuala
Kangsar, di Tanjung Malim, dan di Taiping.
Dwibahasa
 Penutur yang menguasai dan menggunakan dua bahasa.
 Contoh: penutur menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

Multibahasa
 Penutur yang mengetahui dan menggunakan lebih daripada dua bahasa.
 Contoh: seorang penutur yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa
Mandarin

Dialek
 Definisi: Variasi bahasa yang berbeza dari segi sebutan dan kosa kata
 Dialek ditentukan oleh faktor geografi (dialek daerah) dan faktor sosial (dialek sosial)

Ciri Dialek
 Digunakan secara lisan
 Merupakan bahasa basahan/ bahasa kolokial
 Tidak mementingkan ketepatan tatabahasa
 Banyak menggunakan kosa kata daerah
 Banyak menggunakan kependekan kata
 Menggunakan imbuhan tertentu/ tidak menggunakannya sama sekali
 Menggunakan sistem sapaan yang berbeza

Idiolek
 Definisi: Variasi bahasa disebabkan perbezaan invididu
 Terdapat perbezaan sebutan, kerana kecacatan dan tabiat penyebutan, kerana pengaruh rakan atau
keluarga, dan gaya.

Ciri Idiolek
 Ada perbezaan sebutan
 Ada perbezaan intonasi
 Ada perbezaan gaya pertuturan

Pijin
 Definisi: bahasa yang terdiri daripada campuran unsur dua atau lebih bahasa yang berlainan,
digunakan apabila penutur yang berlainan bahasa berkomunikasi antara satu dgn yg lain
 Bahasa pijin tidak menjadi bahasa ibunda bagi mana-mana kumpulan masyarakat.
 Apabila percampuran bahasa itu membentuk satu bahasa baharu dan menjadi bahasa ibunda oleh
beberapa kelompok ras tertentu, pijin bertukar menjadi kreol.
 Bahasa pijin dapat disamakan dengan bahasa pasar
Ciri pijin
 Tidak mempunyai penutur jati
 Wujud sebagai bahasa perantara bagi beberapa kelompok penutur daripada bahasa yang berbeza
 Kosa katanya terhad
 Struktur ayat dipermudah
 Contoh:
1. Tidak mengikut Hukum D-M, spt kebun sayur menjadi sayur kebun
2. Menggunakan perkataan punya, spt adiknya menjadi dia punya anak.
3. Ada percampuradukan penggunaan kata ganti nama, spt gua, lu
 Mengubah penjodoh bilangan, spt seorang budak menjadi satu budak
Kreol
 Definisi: Bahasa yang terbentuk daripada campuran dua bahasa yang berlainan melalui pertuturan
sehingga menjadi bahasa utama dalam komuniti atau daerah tertentu
 Bahasa yang bukan berasal daripada bahasa tempatan/ datang dari luar; telah lama digunakan dan
menerima unsur tempatan, seterusnya menjadi bahasa ibunda bagi kelompok penutur dalam
masyarakat berkenaan. (Contoh: Bahasa Baba-Nyonya dan bahasa Portugis di Melaka)
 Kewujudannya disebabkan faktor geografi, perkahwinan, dan perniagaan

Ciri Kreol
 Mengandungi banyak kelainan/ perbezaan dengan bahasa Melayu baku
 Ada pengaruh bahasa Hokkien
 Struktur ayat yang digunakan banyak dipengaruhi oleh struktur bahasa Cina
 Mempunyai ciri bahasa terbalik/ cakap terbalik dan tidak mematuhi hukum D-M; contoh: Ini orang
suka sama itu perempuan. (Orang ini suka akan perempuan itu.)

Slanga
 Definisi: bahasa terhad; bahasa yang dituturkan oleh sekumpulan penutur tertentu sahaja,
contohnya bahasa yang digunakan oleh kelompok remaja
 Dikenali juga sebagai bahasa kutu atau bahasa rocker dalam kalangan remaja
 Bertaraf rendah daripada bahasa standard

Ciri Slanga
 Digunakan dalam konteks tidak rasmi
 Bersifat tidak kekal/bermusim
 Kosa kata yang digunakan mungkin akan pupus setelah digunakan dalam tempoh tertentu
 Kosa katanya mempunyai maksud tersendiri yang hanya difahami oleh kelompok tertentu, contoh seorang
(ponteng sekolah/kelas), kantoi, awek, balak, cun, brader, bro dan lain-lain

Bahasa formal
 Definisi: bahasa surat ; bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi
 Contoh bahasa formal: bahasa baku dan bahasa istana
Ciri bahasa formal
 Mematuhi tatabahasa
 Intonasi yang digunakan betul dan sesuai
 Bentuknya baku
 Menggunakan kosa kata yang sesuai dengan konteks
 Menggunakan kata ganti nama diri dan bentuk kata sapaan yang formal
 Digunakan dalam ceramah, syarahan, dan ucapan
 Ragam bahasa terkawal
 Wujud sekatan sosial
 Mementingkan ketepatan
 Ada unsur bahasa asing dari segi kosa kata
Bahasa tak formal
 Definisi: bahasa yang digunakan dalam situasi tidak formal ( dalam pertuturan harian)
 Dikenali juga sebagai bahasa basahan / bahasa kolokial
Ciri bahasa tak formal
 Tidak mementingkan peraturan bahasa dan terdapat percampuran kod ( penggunaan bahasa lain)
 Tidak menggunakan intonasi yang sempurna
 Ada kependekan kata
 Ada kosa kata yang dipengaruhi dialek daerah
 Tidak mementingkan kehalusan berbahasa
 Menggunakan kata ganti nama diri yang lebih mesra/ menggunakan nama sendiri
 Menggunakan gelaran kekeluargaan

Bahasa halus
 Definisi: bahasa yg digunakan secara beradab dan bersopan santun untuk memaniskan percakapan
 Digunakan untuk menghormati perasaan orang lain yang diajak bertutur
 Bahasa yang digunakan boleh mewujudkan kemesraan

Ciri bahasa halus


 Menggunakan kata ganti nama diri yang sopan, contohnya: tuan kpd orang berkedudukan, puan kpd
wanita yang telah berkahwin
 Menggunakan kosa kata yang ada unsur kehalusan bagi perkara tertentu, contohnya: berbadan dua
membawa maksud mengandung
 Menggunakan bahasa kiasan/peribahasa
 Menggunakan imbuhan yang sempurna
 Menggunakan ungkapan yang berhemah, contoh: dengan penuh takzim, salam berhormat
 Diucapkan dengan gaya yang lembut

Bahasa kasar
 Definisi: bahasa yang tidak sopan/ kurang beradab/ kesat

Ciri bahasa kasar


 Menggunakan kata yang kasar/kesat yang kurang enak didengari, contoh: membuta = tidur, bini =
isteri, melantak = makan
 Menggunakan kata sindiran
 Menggunakan kata ganti nama diri yang kurang atau tidak sopan
 Tidak menggunakan tatabahasa yang sempurna
 Diucapkan dengan nada sinis/ tinggi/ beremosi negatif sehingga menimbulkan perasaan kurang senang
kepada pendengar

Bahasa Istana/ Bahasa Dalam


 Definisi: Bahasa diraja yang digunakan khusus dalam perhubungan dalam kalangan kerabat diraja atau
dalam perhubungan rakyat dengan kerabat diraja
 Merupakan bahasa halus, bahasa yang bersopan santun dan penuh adab, sama ada dalam situasi
formal/ tidak formal
Ciri bahasa istana
 Menggunakan kata ganti nama diri yang khusus
 Penggunaan kata kekeluargaan; contoh: kekanda, bonda, ayahanda
 Menggunakan gelaran keturunan (contoh: Ungku, Tengku, Raja) dan rujukan kehormat (Duli Yang
Maha Mulia, Yang Amat Mulia)
 Menggunakan kosa kata/ ungkapan khusus
 Menggunakan unsur pemulukan (ungkapan menyanjungi raja pada taraf yang amat tinggi; contoh:
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang di-Pertuan) dan pendinaan (Ungkapan merendah diri
ketika bertutur dengan raja, contoh: ampun patik beribu-ribu ampun, patik pacal yang hina, patik
yang menjunjung titah perintah)

Bahasa basahan/ kolokial


 Definisi: Variasi bahasa yang digunakan dalam percakapan harian/ tak formal
 Za’ba mengistilahkannya sebagai bahasa cakap mulut
 Jarang-jarang ditemui dalam bentuk penulisan, kecuali dalam karya sastera

Ciri bahasa basahan


 Menggunakan struktur ayat yg pendek/ mudah, contoh: Nak ke mana? (kamu hendak pergi ke
mana?)
 Menggunakan kependekan kata, contoh: tak, mau, nak, tak ndak, dah
 Menggunakan kosa kata yang mudah difahami
 Tidak menggunakan tatabahasa yang sempurna/ tidak mementingkan kgramastisan ayat,
contoh: mak pegi pasar (Emak pergi ke pasar), sekolah bila buka? (bila sekolah akan dibuka?)
 Terdapat percampuran kod

Bahasa baku
 Definisi: Variasi bahasa yang diterima oleh masyarakat sebagai variasi rujukan
 Dikaitkan dengan kelompok masyarakat yang berpendidikan
 Digunakan dalam pelbagai situasi rasmi ( mesyuarat, rundingan, seminar, pengajaran)

Ciri bahasa baku


 Digunakan untuk tujuan rasmi/formal
 Mementingkan ketepatan tatabahasa
 Mempunyai pelbagai laras bahasa
 Menggunakan sistem panggilan formal
 Menggunakan sebutan dan ejaan baku
 Melalui proses perancangan secara sistematik
 Tiada unsur kependekan kata/ayat
 Mementingkan kejelasan maksud ayat
Bahasa mesra
 Definisi: Bahasa yg digunakan oleh orang yg ada hubungan rapat/ mesra antara satu dengan yg lain

Ciri bahasa mesra


 Menggunakan kata ganti diri yang dianggap mesra
 Menggunakan panggilan/gelaran yang tidak lengkap ( Kak bedah)
 Ada unsur kependekan; contoh Mak Joyah ( Mak Cik Joyah)
 Menggunakan percampuran kod; contoh: I tak suka you involve dalam masalah ini
 Menggunakan partkel –lah; contoh: Tak apalah, boleh jugalah

Bahasa Pasar
 Definisi: Variasi bahasa campuran antara bahasa Melayu dengan bahasa lain
 Dianggap sebagai variasi bahasa Melayu kerana struktur bahasanya yang lebih dominan ialah
b.Melayu
 Bentuk bahasa ini dikaitkan dengan bahasa pijin (variasi bahasa yang dipermudah untuk
memudahkan pemahaman)
 Bahasa ini digunakan apabila ada pertembungan antara kumpulan yang tidak mempunyai satu bahasa
yang diketahui oleh kedua-dua pihak untuk berhubung

Ciri bahasa pasar


 Mengabaikan Hukum D-M; contoh: api kereta ( kereta api )
 Menggunakan perkataan “punya”; contoh: besar punya rumah ( rumah besar)
 Menggunakan perkataan “banyak” sebagai kata penguat; contoh: banyak lebat, banyak cantik
 Mengabaikan penjodoh bilangan/ tidak menggunakan penjodoh bilangan yang sesuai
 Menggunakan percampuran kod; contoh: lu (awak), gua (saya), tambi (budak lelaki)

Laras Bahasa
Konsep laras bahasa
 Didefinisikan sebagai ciri khusus dalam penggunaan bahasa mengikut bidang-bidang tertentu
 Didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa.
Jenis laras bahasa
1. Laras Sains
 Merupakan laras ilmiah.
 Berbahasa moden
 Pemilihan kata tepat dan bersifat teknikal
 Bersifat formal dan menidakkan bahasa basahan
 Mempunyai sifat intelektual, saintifik
 Bersifat objektif dan berdasarkan kajian dan fakta
 Terdapat istilah pinjaman
 Terdapat banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat pasif

2. Laras Ekonomi
 Berbentuk ilmiah
 Mempunyai istilah teknikal ekonomi
 Tidak mengutamakan struktur ayat
 Maklumat yang disampaikan adalah jelas dan eksplisit
 Mengandungi istilah khusus
 Fakta berdasarkan bukti data dan statistik

3. Laras Undang-undang
 Mementingkan kepersisan, keobjektifan, dan keterperincian
 Tiada gambar/graf/metafora/peribahasa/kiasan dan sebagainya
 Binaan ayat adalah panjang

4. Laras Agama
 Menunjukkan pengaruh bahasa Arab
 Menggunakan istilah agama
 Digunakan untuk membincangkan isu agama
 Menggunakan tamsil dan ibarat untuk memberikan pengajaran/penjelasan
 Banyak memberikan tafsiran mengenai sesuatu berdasarkan al-Quran dan hadis

5. Laras Sukan
 Menggunakan istilah-istilah yang berkaitan dengan aktiviti sukan
 Tidak mementingkan ketepatan tatabahasa
 Mementingkan kesan emotif kepada audiens
6. Laras Sastera
 Kreatif dan imaginatif
 Menggunakan kosa kata yang berkesan
 Menggunakan bahasa yang tersirat dan kreatif
 Terdapat gaya penulisan sastera, spt perlambangan, personifikasi, hiperbola dan lain-lain
 Menggunakan istilah khusus
 Mengandungi mesej/ terma yang lazimnya tersirat
 Berlaku penyimpangan tatabahasa
 Mementingkan pemilihan diksi berkesan

7. Laras resipi
 Bahasanya ringkas
 Penjelasan mengikut turutan
 Banyak menggunakan ayat perintah
 Tidak mementingkan ketepatan bahasa

8. Laras Iklan
 Menggunakan bahasa yang ringkas tetapi kreatif
 Mempengaruhi pengguna untuk membentuk tanggapan tertentu, atau mengubah sikap dan
seterusnya, melakukan tindakan – retorik pujukan
 Banyak menggunakan kata adjektif
 Tidak mematuhi tatabahasa
 Mementingkan ketepatan diksi
 Menggunakan bahasa yang bersifat emotif dan sensasi
Semantik
Konsep semantik
 Semantik dapat ditakrifkan sebagai kajian tentang makna kata, frasa, dan ayat dalam sesuatu bahasa

Makna denotatif dan makana konotatif


a) Makna Denotatif
 Merupakan makna yang tersurat, makna dasar atau makna asal sesuatu kata. Makna kata tersebut
sesuai sebagai rujukan
 Makna denotatif boleh dianggap sebagai makna sebenar sesuatu perkataan
 Contoh: rumah dan istana mempunyai makna denotatif, berdasarkan konteks biasa.

b) Makna Konotatif
 Merupakan makna yang dikaitkan dengan nilai
 Nilai yang dikaitkan dengan makna tersebut ialah nilai positif atau negatif
 Makna konotatif dapat dikatakan sebagai makna tambahan

c) Perbezaan denotatif dan konotatif


 Perbezaan antara makna denotatif dan konotatif dapat ditentukan berdasarkan “nilai masyarakat”
terhadap sesuatu kata
 Nilai rasa tersebut boleh mencakupi nilai positif atau nilai negatif
 Contohnya, ungkapan “duit kopi”. Makna denotatif bagi ungkapan ini ialah “duit yang merujuk
kepada wang yang mungkin hasil daripada jualan kopi”. Makna konotatif pula merujuk kepada “
benda yang menjadi bahan rasuah”.

Konsep, Perkataan, dan Rujukan


 Konsep dan makna sesuatu kata dapat dianalisis dengan berdasarkan tiga komponen :
(a) Kata (sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan)
(b) Konsep atau makna (bentuk abstrak yang tercipta dalam fikiran)
(c) Rujukan (benda konkrit yang dirujuk)
 Hubungan antara kata dengan konsep bersifat langsung.
 Hubungan antara konsep dengan benda yang dirujuk bersifat langsung
 Hubungan antara kata dengan benda yang dirujuk bersifat tidak langsung
Perkaitan makna dari segi leksikal
(a) Sinonim
 Merupakan kata yang maknanya sama atau hampir sama dengan kata yang lain
 Hubungan makna antara dua patah kata yang bersinonim itu bersifat dua hala
 Penggunaan kata bersinonim boleh wujud berdasarkan konteks dan situasi
(b) Antonim
 Kata-kata yang maknanya berlawanan
 Hubungan antara dua kata yang berantonim juga bersifat dua hala.
 Antonim biasanya pada kata sifat, spt panjang-pendek, tebal-nipis

(c) Hiponim
 Perkataan antara dua kata yang makna pertamanya termasuk dalam makna keduanya
 Contoh: mawar, kenanga, melati merupakan sejenis bunga. Maksudnya hiponim bagi bunga

(d) Homonim
 Homonim ialah dua kata atau lebih yang memilik bentuk yang sama
 Persamaan tersebut mencakupi aspek sebutan, ejaan atau kedua-duanya
 Perkataan itu mempunyai makna yang berbeza dalam konteks yang berbeza
 Homonim juga meliputi homofon dan homograf
 Contoh homonim ialah:
i. Organ : anggota badan
Organ : alat muzik
ii. Salak : nama buah
Salak : bunyi gonggongan anjing
 Homofon ialah kata-kata yang bunyinya sama, ejaannya lain, dan maknanya lain
i. bank : institusi kewangan
bang : azan
ii. kota : bandar atau pekan
kouta : had yang ditentukan
iii. tuntun : memimpin seseorang
tonton: menyaksikan sesuatu peristiwa
 Homograf ialah kata-kata yang ejaannya sama, sebutannya berbeza dan makna berbeza
i. serak : bertaburan
serak : suara
ii. sepah : hampas
sepah : bertaburan
iii perak: kebingungan
perak : sejenis logam

(e) Mironim
 Perkataan yang merupakan sebahagian daripada sesuatu yang dikenal sebagai holonim
 Contoh: tingkap, pintu, bumbung, atap, tiang dan dinding merupakan sebahagian daripada rumah

(f) Polisemi
 Merupakan perkataan yang mempunyai makna yang banyak
 Perkataan itu mempunyai makna berbeza apabila digunakan dalam ayat atau konteks yg berlainan
 Contoh makna perkataan buah boleh diguna sebagai buah fikiran (pendapat), buah hati (kekasih),
buah Melaka (makanan) dan buah tangan (hadiah)
Peluasan Makna
 Peluasa berlaku apabila sesuatu kata yang asalnya mendukung makna tertentu kemudian diberian
makna yang lain yang lebih luas
 Contoh saudara : makna asal = orang yang ada pertalian darah, dipeluaskan menjadi orang yang
ada hubungan kekeluargaan melalui perkahwinan, orang yg sama beragama Islam dan bentuk
panggilan untuk orang yang baru dikenali

Penyempitan makna
 Sesuatu kata yang pada mulanya mempunyai makna yang umum tetapi kemudiannya berubah menjadi
lebih khusus.
 Antara kata yang mengalami penyempitan ialah madrasah, khalwat, tuan, encik, dan cik

Pragmatik
Konsep Pragmatik
 Pragmatik ialah satu daripada cabang ilmu linguistik yang mengkaji makna sesuatu ujaran.
 Pragmatik mengkaji hal-hal yang meliputi struktur bahasa sebagai alat perhubungan sama ada
antara penutur dengan pendengar atau penulis dengan pembaca.
 Pragmatik mengkaji penggunaan bahasa dalam konteks budaya sesuatu masyarakat, ataupun
penggunaan bahasa dalam hubungan yang sebenar. (Raminah Haji Sabran et al, 2013:79).
 Secara umumnya, pragmatik ialah bidang ilmu linguistik yang menjalankan kajian tentang makna
ungkapan yang ingin disampaikan oleh ahli sesuatu masyarakat dalam aktiviti perhubungan mereka
Peribahasa
 ialah segala susunan cakap yang pendek, yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak
beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya. Dipakai akan
dia jadi sebutan oleh orang sebagai bandingan, teladan, dan pengajaran

Jenis-jenis Peribahasa
1. Perumpamaan
 Peribahasa yang bermaksud dua lapis, yakni menyebutkan sesuatu maksud dengan
diumpamakan kepada perkara lain sebagai bandingan.
 Contoh perumpamaan yang menyebut perbandingan (umpama, bagai, laksana, ibarat, dan bak)
(1) seperti katak di bawah tempurung
(2) bagai api dalam sekam
 Contoh perumpamaan yang tidak menyebut perbandingan
(1) luka yang hilang, parut tinggal juga
(2) musuh dalam selimut

2. Pepatah dan Bidalan


 Merupakan bentuk peribahasa yang bererti selapis.
 Merupakan ungkapan yg berkerat-kerat / berpatah-patah sehingga menimbulkan satu rentak
keindahan yang menarik
 Pepatah memberatkan sifat ringkasnya dan bijak susunan perkataanya
Contoh: (1)Ada gula, adalah semut
(2)Takut kerana salah, berani kerana benar
 Bidalan ialah sifat ringkasnya, isi yang bernas, dan mengandungi pengajaran & fikiran benar
Contoh: (1)Biar lambat, asalkan selamat
(2)Biar mati anak, jangan mati adat
3. Kiasan
 Ungkapan yang menghuraikan sesuatu perkara dengan mengiaskannya dengan perkara lain,
sama ada dengan menyebutkan bandingan itu atau dengan tidak menyebutkan bandingan.
 Tujuan untuk menjelaskan lagi sesuatu maksud

Jenis-jenis kiasan
(1) Kiasan Asal
 Menerangkan sesuatu perkara dengan membandingkannya dengan sesuatu benda dan
menggunakan kata-kata perbandingan spt umpama, ibarat, laksana, seperti
(2) Kiasan Berpindah
 Merupakan bahasa kiasan yang tidak menyebut perbandingan, tetapi kata yang hendak
dibandingkan terus berpindah kepada benda yang dibuat perbandingan
 Tujuh jenis kiasan berpindah,
a) Kiasan sandar
 tidak menyebutkan bandingan, terus berpindah kpd benda bandingan itu sendiri
 Contoh : mandi kerbau, diam ubi, senyum kambing
b) Kiasan terus
 Bentuk kiasan yang mempunyai makna yang lain daripada perkataan itu sendiri
 Contoh; maharaja siang (matahari), puteri lilin (perempuan yang tidak tahan panas)
c) Kiasan berangkap
 Kiasan yang menunjukkan perbandingan secara berirama antara perkara yang
diperkatakan dengan benda yang kiaskan Ada kalanya, mempunyai unsur jenaka
 Contoh: terima kasih daun keladi, kalau boleh hendak lagi
d) Kiasan berbunga
 Kiasan yg menggambarkan sesuatu maksud dgn perkataan yg berbunga-bunga/ indah
 Contoh: selimut kemalasan, hatinya tengah mendidih, buah fikiran
e) Kiasan pemanis
 Kiasan yang menyebut sesuatu maksud dengan diselindungkan dengan perkataan lain
kerana tidak manis disebut secara terang-terangan
 Contoh: berbadan dua (hamil), orang rumah (isteri)
f) Kiasan melompat
 Kiasan yang berpindah pada satu tingkat atau lebih daripada perkataan asal
 Contoh: menanak nasi, menjahit baju, lidah pendeta
g) Kiasan melarat
 Kiasan yang sudah menyimpang jauh daripada maksud asalnya tanpa disedari.
 Contoh: badan melidi ( kurus kering), cakapnya berisi (kata-katanya bernas)

4. Kata-kata Hikmat (Lidah Pendeta)


 Perkataan orang bijak pandai yang mengandungi pengertian yang tinggi.
 Ungkapan yang berupa nasihat, panduan, dan peringatan serta dijadikan pedoman hidup
 Contoh: (1)Bertangguh itu pencuri masa
(2)Lidah manusia lebih tajam dari pisau dan parang

5. Simpulan bahasa
 Ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan
daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya

6. Perbilangan
 Seakan-akan bidalan dan pepatah, hanya berbeza sedikit dari segi bentuk susunannya.
 Amat menekankan kpd hal-hal berkaitan dengan peraturan, undang-undang dan adat istiadat
 Contoh: Hidup dikandung adat, hati dikandung tanah.
Ragam Bahasa
 Bahasa yang digunakan dalam penulisan karangan atau percakapan dengan matlamat untuk
menguatkan tujuan ungkapan

1. Bahasa Sindiran
 Perkataan yang maksudnya ditujukan kepada seseorang secara tidak tepat atau berterus terang.
 Contoh: orang yang baik ialah orang yang memberikan faedah kepada orang lain

2. Bahasa Menggiat
 Bahasa seakan-akan sindiran, tetapi tidak mengandungi kiasan.
 Maksudnya bertujuan untuk mengusik
 Bahasa ini digunakan untuk bergurau sahaja
 Bahasa ini digunakan secara bersungguh-sungguh sehingga boleh menimbulkan perasaan malu
kepada orang yang diusik.
 Contoh: (1)Amboi, hebatnya cita-cita sahabat kita ini, nak jadi Perdana Menteri
(2)Wah, ada hajat juga rupa-rupanya orang tua ini

3. Bahasa mengejek
 Memperkatakan keburukan seseorang dengan menggunakan perkataan yang tepat dan
langsung supaya menampakkan keburukan dan kebodohannya sehingga ditertawakan
 Akan menimbulkan kemarahan, malu, dan sakit hati
 Contoh: (1)Baik awak cemin muka dulu sebelum nak masuk meminang saya!
(2)Awak ni harap saja badan yang tegap, tetapi bodoh macam lembu!

4. Bahasa Terbalik
 Menggunakan perkataan yang berlawanan daripada maksud yang hendak disampaikan
 Penutur mengharapkan orang yang ditujukan kata-kata itu akan memahami dan menyedari
kesilapan yang dilakukan
 Contoh: (1)Lain kali panjat pokok yang lebih tinggi, baru seronok
(2)Engkau tu belajar rajin sangat, sebab tu tak lulus periksa

5. Bahasa Merajuk
 Seakan dengan bahasa terbalik, tetapi maksudnya tidak terbalik atau berlawanan
 Menunjukkan perasaan merujuk, kecil hati, rasa terhina dan rasa tersisih disebabkan oleh
sesuatu perbuatan yang dirasakan tidak patut dilakukan oleh orang lain terhadap orang yang
merajuk itu
 Contoh: (1)Kita ni melukut di tepi gantang, masuk tak menambah, keluar tak meluakkan
(2)Sudahlah, kita pun boleh cari sendiri, ada nyawa adalah rezeki, takkan nak
harap harta orang pula
6. Bahasa Tempelak
 Menunjukkan kesalahan yang telah dilakukan oleh seseorang pada masa lalu.
 Mengingatkan supaya tidak melakukan kesilapan yang sama pada masa akan datang
 Orang yang menuturkan akan memulangkan paku buah keras, iaitu membalikkan nasihat/
percakapan yang telah ditolak oleh seseorang itu dahulu
 Contoh: (1)Sekarang puaslah hati kamu agaknya, kerana semuanya sudah rosak sama sekali
(2)Waktu harga getah melambung tinggi, tak beringat, sekarang baru sedar akan diri.

7. Bahasa Herdik
 Seakan-akan bahasa tempelak, tetapi tujuan menunjukkan kesalahan yang dilakukan oleh
seseorang pada masa sekarang/semasa
 Perkataan yang digunakan agak kasar dan mengandungi perasaan mengejek
 Contoh: (1)Membuat sebatang jarum pun tak tahu, nak buat kapal terbang dan meriam pula
(2)Kalau tidak mahu membantu aku bekerja, buat apa kamu duduk di sini? Makan sahaja?

8. Bahasa Besar/ Bahasa Melampau


 Ragam bahasa yang mengatakan sesuatu perkara itu secara berlebih-lebihan daripada hakikat
sebenar. Orang yg memahaminya tahu maksud tersebut bukanlah sungguh-sungguh yg dikatakan.
 Contoh: (1)Manis tidak terkira seperti lautan madu.
(2)Tupai melompat bergoncang bumi

9. Bahasa Kecil/ Bahasa Merendah


 Bahasa digunakan untuk mengatakan sesuatu perkara itu kecil dan kurang.
 Bertujuan untuk merendah diri & mengelakkan diri daripada bersikap sombong dan meninggi diri.
 Contoh: (1)Jikalau sudi tuanku santap
(2)Baru dikelim lalu dipakai

10. Bahasa Naik


 Ragam bahasa bagi menguatkan kata atau hujah terhadap pembaca atau pendengar menerusi
gambaran fikiran secara beransur-ansur.
 Susunan bahasa naik adalah dari bawah melangkah ke tengah dan seterusnya hinggaa tahap tertingi.
 Contoh: Orang yang tidak bersalah, ditangkap, dipenjarakan, dipukul, diseksa dengan
pelbagai seksaan dan akhirnya dibunuh. Adakah ini bukan kezaliman namanya?

11. Bahasa Turun


 Berlawanan dengan bahasa naik. Keadaan yang tegang akan beransur-ansur turun.
 Turut menyelitikan unsur jenaka, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.
 Contoh: Malang betul nasib Si Abu! Mula-mula motosikalnya hilang, kemudian basikalnya pula
hilang; kemudian rumahnya dimasuki pencuri; selepas itu seluarnya terkoyak ketika
bersukan. Akhir sekali kekasihnya cabut lari.

12. Pertanyaan Ingkar


 Bahasa yang disusun dengan cara pertanyaan, tetapi sebenarnya bukan pertanyaan untuk
mendapat jawapan.
 Seolah-seolah bersifat mengejek dan bertujuan menguatkan kebenaran jawapan yang sudah
diketahui/ sesuatu yang sebenarnya bersifat sudah tentu/pasti
 Dibahagikan kpd dua iaitu pembaca menjawab sendiri, dijawab oleh orang bertanya itu sendiri
 Contoh: (1) Beginikah yang dikatakan kemajuan? Bukankah kemajuan bermaksud keadaan
akan menjadi bertambah-tambah baik?
(2)Apakah cara yang boleh membawa kita ke arah kejayaan?Tiada cara lain
melainkan bekerja, berusaha, dan komited menggunakan segala tenaga dengan
tujuan untuk memenuhi hajat kita.

13. Bahasa Seruan/ Keluhan


 Kaedah menyatakan perasaan secara bersungguh-sungguh dengan mengeluh
 Penutur berharap agar perasaanya dapat difahami oleh pendengar.
 Contoh: (1)Wah, hebatnya awak sekarang!
(2)Aduhai! Kalaulah ayahku masih hidup!

14. Bahasa Berulang


 Sesuatu perkataan / ayat / frasa diulang dua atau tiga kali dengan tujuan untuk menguatkan maksud
yang ingin disampaikan.
 Contoh: Malam ini! Malam ini! Jangan lupa! Jangan lupa! Konsert ulung akan diadadakan.
15. Bahasa Bertimbal
 Ragam bahasa yang menggunakan ungkapan secara berimbangan dan bertentangan.
 Pertimbalan dilakukan bagi menarik perhatian untuk dijadikan perbandingan
 Contoh: (1)Alah membeli menang memakai
(2)Orang lari jangan dikejar

16. Bahasa Nafi atau Bahasa Bukan


 Ragam bahasa yang menggunakan kata ‘bukan’ terlebih dahulu daripada sesuatu perkataan lain,
tetapi tujuan sebenarnya untuk mengatakan ‘ya’
 Contoh: (1)bukan bodoh ( maksud sebenarnya ialah cerdik)
(2)bukan main-main (maksud sebenarnya ialah bersungguh-sungguh)

17. Bahasa Jenaka


 Digunakan untuk berjenaka atau bergurau
 Ada kala mungkin digunakan sehingga menimbulkan kemarahan
 Contoh: Apabila gajah boleh terbang, manusia jadi apa? (jadi hairan)

Anda mungkin juga menyukai