Anda di halaman 1dari 19

1.

WACANA
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 3
Ciri Wacana
Kohesi
koheren Jenis penanda wacana
Penanda hubung
Penanda rujukan
Penanda penggantian
Penanda leksikal
Penanda elipsi pengguguran
Konsep wacana Unit bahasa yang melebihi batasan ayat Satu satuan bahasa yang
berurutan dan lengkap Terdiri dpd 2/ beberapa ayat / sejumlah ayat/ ceraian/
bab/satu perenggan/b uku/siri buku
Ciri wacana Kohesi ( tautan)
Hubungan / jalinan yang erat antara kata, frasa, dan ayat untuk menghasilkan
wacana yg utuh Contoh: Hanissa dan Masyitah berasa gembira. Mereka berjaya
melanjutkan pelajaran ke peringkat Master. Koheren ( runtutan)
Kesinambungan idea yg disusun secara teratur, isi / maklumat disampaikan dngn
jalinan yg kemas dan rapi serta mempunyai makna. Contoh: Jam menunjukkkan pukul
7:00 pagi. Masyarakat kota sudah mula bergegas ke pejabat. Jalan raya menjadi sesak.
ciri kohesi dalam wacana ditandai oleh kehadiran
Penanda Khusus
iaitu, Unsur kohesi Nahuan Unsur kohesi leksikal Wacana Rujukan penggantian
elipsis penghubung pengulangan kolokasi

JENIS PENANDA WACANA


Penanda Penghubung
Untuk mewujudkan kesinambunga n dalam ayat atau antara ayat Penghubung
Tambahan Penghubung tentangan Penghubung tempoh Penghubung musabab
Memberi maklumat tambahan Terhadap sesuatu perkara Yang diperkatakan sblumnya
Selanjutnya Di samping itu Lebih- Lebih lagi Tambahan pula Menunjukkan pentangan
Maklumat antara suatu ayat yg Baru diprkatakan dengan ayat sebelumnya Walau Oleh
itu Sebaliknya Namun demikian Merupakan sebab Berlaku sesuatu maka Oleh sebab
Oleh itu Oleh hal yg demikian Menunjukkn Urutan masa/siri blaku sesuatu kemudian
Selepas itu Akhir sekali selanjutnya pertama Penghubung kesimpulan Menunjukkn
rumusan thdap Perkara yg dibincgkn Ringkasnya Akhir kata T3, Mk

Penanda Rujukan
Hubungan antara kata dengan benda yang dirujuk boleh terdiri dpd kata ganti nama
diri Rujukan ganti nama diri melibatkan ganti nama orang pertama,kdua, ketiga
Contohnya : Aku,Wan, dan Jena akan ke Kuala Lumpur. : Kami bertolak pada pukul
empat ptg
Perkataan kami merupakan Kata ganti nama diri bagi AKU, SANI,dan Udin Kata ganti
nama tunjuk ialah perkataan yang membawa maksud menunjukkan benda atau perkara.
Dalam bahasa melayu penanda penunjuk terdiri dpd perkataan ini, itu, sini, situ dan
tersebut
Contohnya : Di manakah awak tinggal : saya tinggal di sana

Penanda Penggantian
Penanda penggantian terdiri dpd nominal verbal klausa Kata nama/ Frasa nama Kata,
frasa kerja Melibatkan penggantian Sebahagian dari ayat Saya sengaja tidak mahu
menebang pokok durian itu Nanti baru saya lakukan. Ali pulang ke kampung semalam.
Ali ke sana bersama- sama adiknya. Dalam contoh diatas , Perkataan lakukan
Menggantikan sbhgian Ayat sblumnya, Iaitu Menebang pokok durian itu. Penggantian
ini merupakan Penggantian klausa. Contoh penggantian nominal Ialah perkataan
utusan & Perwakilan.

Penanda Leksikal
Melibatkan pertautan antara Perkataan atau frasa secara semantik (makna) dlm ssbuah
wacana Penanda leksikal melibatkan Unsur pengulngn kata Pengulangan kata Contoh:
Kamu asyik tidur , tidur, tidur saja Perkataan bersifat sinonim Contoh: cantik= molek
Perkataan berkolokasi Contoh: putih= suci Kata hiponim Contoh: perabot = almari,
kerusi, meja
Penanda Elipsis/ pengguguran
Penghilangan atau pengguguran kata/ frasa yg telah disebut sebelumnya Contoh:
Shahrul dan mai amat akrab. Ke sekolah bersama- sama. Mengulang kaji bersama-sama

Jenis-jenis wacana
Wacana lisan
Wacana tulisan

Wacana lisan
Wacana lisan ialah wacana yg dihasilkan melalui media llisan, iaitu melibatkan
pembicara dan pendengar.
Komunikasi yg terlibat dalam wacana lisan ini ialah komunikasi interaktif, iaitu
komunikasi yg melibatkan hubungan pembicara dan pendengar secara langsung.
Dalam wacana lisan, pembicara biasanya akan menggunakan ekspresi wajah, intonasi
suara, gerak badan dan sebagainya utk menyampaikan sesuatu maklumat kpd
pendengar.
Biasanya dalam wacana lisan , pembicara akan mendapat respon daripada pendengar
pada ketika itu juga. Antara contooh wacana lisan adalah menerusi perbualan, temu
ramah, ceramah, khutbah ,pidato, dan siaran televisyen atau radio.

Wacana tulisan
Wacana tulisan pula ialah wacana yg disampaikan secara bertulis. Wacana tulisan
melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca.
Komunikasi yg terlibat ialah komunikasi tidak langsung, iaitu komunikasi satu arah.
Penulis tidak berhadapan dengan pembaca sewaktu wacana tersebut dihasilkan.oleh itu
penulis tidak mendapat respon secara langsung daripada pembaca.
Wacana tulisan sering kali disunting terlebih dahulu bagi menghasilkan tukisan yang
berkualiti dan tepat. Dalam wacana tulisan, pembaca perlu membaca teks yg ditulis utk
memahami maksud yang ingin disampaikan oleh pengarang atau penulis
Antara contoh wacana tulisan ialah, tulisan2 yg terdapat dlm akhbar,majalah dan
buku
2.RETORIK
Teknik Penyampaian Idea
Teknik Deduksi
Dimulai dengan penyatan umum
Ayat topik terlebih dahulu
Ayat topik diikuti dengan penyataan yang lebih khusus
Isi penting disampaikan dahulu
Diikuti dengan huraian dan kesimpulan

Kementerian pelajaran malaysia telah memperkenalkan pendidikan asas komputer kepada


para pelajar. Langkah tersebut amat dialu- alukan oleh ibu bapa kerana dapat mengisi
kekosongan dalam bidang tersebut terutama di sekolah sekolah luar bandar . Melalui
program tersebut , diharapkan dapat memberi peluang kepada pelajar luar bandar untuk
mempelajari komputer

Teknik Induksi
Dimulai dengan khusus
Diikuti oleh penyataan umum
Huraian isi disampaikan dahulu
Huraian isi diikuti oleh isi penting dan kesimpulan
Ayat topik terletak pada bahagian akhir perenggan induksi Penyataan umum
umum
Penagih dadah menjadi ancaman kepada bangsa dan negara. Walaupun banyak
usaha dilakukan untuk membenteras masalah penagih dadah, namun tidak
berkesan. Sebaliknya jumlah penagih dadah semakin meningkat saban tahun.

Teknik Analogi
Merupakan kaedah perbandingan
Membandingkan topik utama dengan topik lain yang hampir sama
Memudahkan khalayak memahami topik yang disampaikan
Sebenarnya, amat sukar bagi kita untuk menilai hti orang , bak kata orang , rambut
sama hitam , hati lain-lain. Paparan luaran tidak memberi gambaran sebenar sifat
seseorang. Macam buah mangga, kadang- kadang kulit cantik tetapi isinya busuk atau
masam tetapi ada buah yang kulit tidak cantik tetapi isinya sunggu manis. Begitu juga
manusia. Oleh itu, berhati hati semasa memilih teman.

Teknik Elektik
Penulisan adalah dengan cara mengemukakan isi penting dahulu.
Diikuti maklumat yang berupa huraian isi dan diakhiri dengan membuat rumusan

Apabila membicarakan warga tua kita seharusnya sedar bahawa kebahagian warga
tua terletak pada kerukunan sesebuah keluarga. Sekiranya wujud suasana harmoni
dalam keluarga, sudah tentu hubungan antara keluarga akan menjadi erat dan
dapat membahagiakan warga tua. Oleh itu, insitusi keluarga memainkan peranan
penting dalam soal menangani masalah pengabaian terhadap warga tua.
3.VARIASI BAHASA
Bahasa Tak Formal
Melibatkan situasi tidak rasmi
Tidak mementingkan peraturan bahasa
Penggunaan ayat & imbuhan tidak gramatis
Sebutan dan intonasi yang salah
Pemilihan kosa kata tidak tepat& bercampur aduk
Menggunakan gelaran tidak lengkap
Menggunakan unsur kependekan perkataan spt tak untuk tidak, mau untuk mahu,
dah untuk sudah.
Contoh:
i) Kamu ada nampak Pak Seman
ii) Saya hendak ke rumah Mak Timah
i) Dah lama Ikram tak balik kampung. ii) Kau nak pergi ke mana ni.
*Menggunakan perkataan yang dieja bercantum dengan partikel lah,-kah, & -tah.
i) Nantilah kita berjumpa lagi.
*Mempunyai percampuran dialek dalam perbualan atau ayat.
i) Kalau hang buat salah, hang kena mengaku.
*Mempunyai percampuran ayat atau kod dalam ayat.
i) Yes, I agree dengan you. Ada cadangan lain?

Bahasa Halus
Digunakan secara beradat dan bersopan santun.
Menggunakan strategi untuk melunakkan dan memaniskan percakapan.
Untuk menjaga dan menghormati perasaan orang lain.
Mewujudkan kemesraan dalam perhubungan.
Contoh: Bentuk yang kurang manis Bahasa halus kencing buang air kecil berak
buang air besar mengandung/bunting berbadan dua kubur makam

Bahasa kasar
Bahasa yang tidak sopan.
Kurang beradab dalam pertuturan.
Terdapat dua bentuk bahasa kasar, iaitu bahasa kasar biasa dan bahasa kasar kesat.
Diluar lingkungan frasa yang biasa digunakan.
Contoh: Bahasa kasar Bahasa yang lebih manis mayat jenazah anak haram anak luar
nikah melalak menangis membuta tidur
Bahasa istana
Juga dikenali sebagai bahasa dalam.
Bahasa diraja yang digunakan khusus oleh golongan diraja.
Menggunakan kata ganti diri orang dan gelaran yang berbeza semasa bercakap .
Ciri yang membezakan bahasa istana dengan bahasa biasa
Penggunaan gelaran dan rujukan kehormat
Penggunaan kata dan ungkapan khusus
Penggunaan kata ganti nama diri orang d) Penggunaan unsur pemulukan dan
pendinaan.
Penggunaan gelaran dan rujukan kehormat Penggunaan gelaran; i) Perak dan
Selangor- Raja ii) Johor, Kedah dan Negeri Sembilan- Tunku iii) Kelantan, Pahang
dan Terengganu- Tengku
Rujukan hormat ; Status Kerabat Diraja Rujukan Kehormat Yang di-Pertuan
Agong dan Raja Permaisuri Agong Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Raja Muda atau Tengku Mahkota Duli Yang Teramat Mulia atau Yang
Teramat Mulia Kerabat diraja yang karib Yang Amat Mulia
Penggunaan kata dan ungkapan khusus

Bahasa Biasa Bahasa Istana


Terima Kasih Menjunjung Kasih
Anak lelaki putera
Anak perempuan puteri
Sakit Gering

Kata ganti nama diri orang gelaran fungsi Beta


Kata ganti diri pertama yang digunakan oleh raja. patik Kata ganti nama diri yang
digunakan oleh rakyat biasa Tuanku Kata ganti nama diri kedua yang bermaksud tuan
yang mulia baginda Kata ganti nama diri ketiga bagi raja.
Pendinaan dan pemulukan pemulukan- merujuk perbuatan menyanjung dan
meninggi-ninggikan kedudukan seseorang iaitu, raja. Pendinaan- perbuatan
merendah-rendahkan diri.
Cth:
ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik mohon diampun,patik yang hina.
Biasanya pemulukan dan pendinaan akan berlaku serentak.

Bahasa basahan
Juga disebut sebagai bahasa kolokial.
Za'aba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut.
Merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi.
Banyak dipengaruhi oleh bahasa daerah/loghat.
Berbeza dengan bahasa baku dari aspek penggunaan perkataan yang berbeza tetapi
makna yang serupa.
Contoh:
Bahasa baku Bahasa basahan sedang tengah kamu semua korang sudah dah pula pulak

Bahasa baku
Bahasa standard.
Kelainan bahasa yang diterima oleh anggota komuniti bahasa.
Bahasa perhubungan penutur pelbagai dialek.
Dikaitkan dengan golongan berpendidikan tinggi dalam masyarakat.
Digunakan dalam urusan rasmi.
Bahasa rasmi negara dan bahasa persuratan.
Bahasa mesra
Digunakan oleh penutur-penutur dalam kehidupan seharian.
Biasanya, bahasa mesra ini digunakan oleh penutur yang kenal dan rapat antara
satu sama lain.
Unsur kependekan dan percampuran kod.
Penggunaan unsur partikel lah.
Bahasa pasar
Biasanya dituturkan oleh orang bukan melayu.
Wujud akibat daripada pergaulan masyarakat pelbagai kaum.
Variasi bahasa pasar tidak mempunyai penutur asli( tidak dijadikan bahasa ibunda).
Orang melayu juga menggunakan bahasa pasar supaya mudah difahami kaum lain.
Contoh:
Perkataan punya. - cth: itu orang punya bini banyak jahat punya.
Kata ganti nama diri - cth: Gua bukan itu macam lah.
Pengabaian penggunaan k.penjodoh bilangan -
Cth: lu beli setengah ayam mana cukup.
Mengabaikan hukum D-M
Cth: -ini orang= orang ini. -api kereta= kereta api
4.LARAS BAHASA

Konsep Laras Bahasa

Laras bahasa bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa.

Laras bahasa merupakan satu konvensi sosial, iaitu yang digunakan oleh pengguna
tertentu untuk keadaan tertentu.

Laras bahasa turut didefinisikan sebagai pola- pola atau ciri-ciri khusus penggunaan
bahasa mengikut bidang atau hal yang diperkatakan untuk mencapai matlamat yang
diharapkan.

Faktor Penentu Laras Bahasa


Gangguan
Laras bhsa melayu akan berubah apabila wujudnya unsur gangguan drpd bhsa
ibunda dan dialek daerah. 2.Cara penyampaian
Bergantung kpda situasi. Cth:cara penyampaian ketika berpidato berbeza drpd cara
penyampaian ketika berforum.
Pendidikan dan kedudukan sosial
Penutur yg berpndidikan tnggi mpunyai laras bhsa yg berbeza drpd penutur
bpndidikan rendah atau tdk bpndidikan.
Sikap
Penutur yg brsa sedih,marah,sombong, & angkuh biasanya akan menggunakan cara
pertuturan yg berbeza berbanding penutur dalam keadaan tenang, gembira&penyayang.
Daerah
Penutur yg berasal dari daerah yg berlainan akan menuturkan laras bahasa yg berbeza.
Misalnya, penutur dari Sarawak berbeza dgn penutur dari Sabah dan Brunei.
Ciri Laras Bahasa
Dipertimbangkan berdasarkan dua faktor utama, iaitu ciri keperihalan dan ciri
linguistik.
Ciri Keperihalan
Situasi luaran
Keadaan latar belakang sosial dan kebudayaan masyarakat dan cara hidup yang
menjadi penentu kepada perlakuan-perlakuan anggota masyarakat.
(i) Situasi persekitaran
Aspek-aspek cara penyampaian, perhubungan sosial yang wujud, bahan dan topik
yang diperkatakan, dan fungsi sosial bahasa.
Ciri Linguistik
(i) Pemilihan perbendaharaan kata
Pemilihan pebendaharaan kata berdasarkan topik2 tertentu. Cth: bdg
agama,sastera ,sains dan sebagainya.

Jenis Laras Bahasa


Laras Sains
Laras ini digunakan dalam bidang sains dan teknikal, seperti biologi, kimia, fizik, dan
sains gunaan.
Ciri:
Maklumat yang disampaikan berdasarkan uji kaji, kajian dan fakta.
Penggunaan istilah khusus dan saintifik kod. Cth: molekul,hidrogen
oksida,pengasidan
Laras Ekonomi
Laras ini digunakan dalam urusan perekonomian dan perdagangan. Ciri:
Laras ini bersifat ilmiah dan formal.
Maklumat yang disampaikan berdasarkan bukti dalam bentuk data dan perangkaan.
Penyampaiannya secara jelas dan eksplisit.
Penggunaan istilah ekonomi. Cth: bursa saham, guna tenaga
Laras Undang-Undang
Laras undang-undang digunakan dalam hal yang berkaitan dengan
perundang-undangan. Ciri:
Teks undang-undang mengandungi bahagian dan seksyen, dan mempunyai pecahan
atau subseksyen.
Bersifat objektif,terperinci,tepat dan padat.
Tiada graf atau gambar.
Cth: defendan,habeas corpus,mandatori
Laras Agama
Mengandungi istilah agama yg khusus drpd bhsa Arab
Diselitkan dgn petikan drpd al-Quran dan hadis
Cth: zakat, rukun islam,ukhuwah,amanah Allah
Laras sukan
Bhsa yg ringkas dan bershja
Cth:tendangan sudut, kad merah,kawasan D(hoki)
Laras Sastera
bhsa yg kreatif, imaginatif dan menarik
Dlm bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.
Mementingkan keindahan kata2
Dialog drama sering menggunakan bahasa pertuturan seharian wujud variasi
basahan dan bahasa pasar.
Laras iklan
Berbentuk pemberitahuan fakta
Ayatnya ringkas dan pendek tapi terperinci
Cth: Jualan hebat!, Cepat! Cepat!, Siapa cepat dia dapat!
Laras resepi
Maklumat disampaikan dgn terperinci
Ayatnya ringkas dan mudah difahami
Cth: 1 cawan mentega, 1 biji kuning telur
5.SEMANTIK
PENGENALAN
Sinonim ialah ungkapan (perkataan, frasa atau ayat) yang maknanya lebih kurang sama
dengan ungkapan lain
CONTOH :
Ayam itu mati digelek oleh lori
Ayam itu meninggal digelek oleh lori
Itu buku dia.
Itu bukunya.
Dia adik saya.
Dia adikku.
Sifat snonim boleh berlaku pada pelbagai tahap bahasa
kerana dengan sebab
kasih dengan sayang
ibu bapa dengan orang tua
meninggal dunia dengan pulang ke rahmatullah
Contoh : Beras Salji Batu
Contoh : Benar Betul Kebenaran - Kebetulan
ANTONIM
Contoh : (Jemur) Berjemur - Berpanas
Contoh : (Hitam) Gelap - Jahat Buruk
Lebih tepat adalah lawan makna
Lawan kata Perkataan yang dianggap berlawanan atau kebalikan daripada perkataan
lain

Perkataan sinonim dan antonim bersifat dua arah


Hiponim berifat dua arah

HIPONIM
Ungkapan yang maknanya dianggap merupakan sebahagian daripada makna ungkapan
Bahasa Yunani (hypo) yang bererti di bawah. Ikan Tenggiri Bawal Kembung
Kenderaan Kereta Bas Basikal
HOMONIM
Ungkapan (perkataan, frasa, ayat) yang bentuknya sama dengan ungkapan lain , tetapi
maknanya tidak sama . Contoh : Buku
bahagian yg keras pd tempat pertemuan dua ruas buluh
Beberapa helai kertas bejilid yang berisi tulisan untuk dibaca atau berisi ruang-ruangan
kosong untuk ditulis
Contoh : Kala Masa atau ketika
Beberapa jenis binatang berkaki lapan, bersepit, dan ekornya bersengat Homofon :
kesatuan dari segi bunyi Homograf : kesatuan dari segi ejaan/tulisan
CONTOH 1 (Homofon + Homograf) :
Buku CONTOH 2 (Homofon ) : Bang (azan) Bank (institusi kewangan)
CONTOH 3 (Homograf) : Mengerat (memotong) Mengeratkan (merapatkan)

BENTUK YANG MELEBIHI SATU MAKNA


POLISEMI
Kepala
Bahagian tubuh manusia / binatang dari hujung leher ke atas 2) Orang yang mengetuai
negara , kampung dan lain-lain. 3) Bahagian yang letaknya di atas ( di hadapan sekali ) 4)
Akal , fikiran , otak
MIRONIM
Bermaksud konstituen kepada sesuatu bahagian atau ahli kepada sesuatu Mironim
ialah bahagian kepada sesuatu keseluruhan yang lebih besar : X ialah mironim kepada
Y jika X ialah bahagian kepada Y Atau X ialah mironim kepada Y jika X ialah ahli
kepada Y
CONTOH :
JARI
Jari ialah mironim kepada tangan kerana jari merupakan sebahagian daripada tangan .
TAYAR
Tayar ialah mironim kepada kereta kerana
6.PRAGMATIK
DEFINISI : bidang yang mengkaji selok- belok makna
DEFINISI: cabang ilmu linguistik yang mengkaji hal- hal yang merangkumi struktur
bahasa sebagai alat perhubungan sama ada antara penutur dan pendengar atau penulis
dan pembaca.
MEMPELAJARI: makna iaitu makna kata dan makna kalimat.
MEMPELAJARI: ujaran iaitu untuk apa ujaran dilakukan. Kalau semantik bertanya
Apa makna X? Maka pragmatik bertanya Apa yang anda maksudkan dengan X?
Makna di dalam semantik ditentukan oleh leksikal dan konteks Makna di dalam
pragmatik ditentukan oleh konteks, yakni siapa yang berbicara, kepada siapa, di mana,
bila, bagaimana, dan apa fungsi ujaran itu.
KONSEP PRAGMATIK
Pragmatik ialah satu daripada cabang ilmu linguistik yang mengkaji makna sesuatu
ujaran.
Pragmatik mengkaji hal-hal yang meliputi struktur bahasa sebagai alat
perhubungan sama ada antara penutur dengan pendengar atau penulis dengan
pembaca.
Pragmatik mengkaji penggunaan bahasa dalam konteks budaya sesuatu masyarakat,
ataupun penggunaan bahasa dalam hubungan yang sebenar.
(Raminah Haji Sabran et al, 2013:79).
Secara umumnya, pragmatik ialah bidang ilmu linguistik yang menjalankan kajian
tentang makna ungkapan yang ingin disampaikan

Ciri Pragmatik
Pragmatik seperti juga semantik mengkaji makna ujaran berdasarkan penggunaan
bahasa sesuatu masyarakat.
Kajian pragmatik lebih luas daripada kajian semantik.
Selain sumber linguistik, kajian pragmatik melibatkan sumber falsafah bahasa,
sosiolinguistik, dan antropologi
Aspek Kajian Pragmatik
Kajian pragmatik bahasa Melayu mengkaji bahasa dalam konteks budaya Melayu
Bahasa dalam konteks budaya Melayu ialah bahasa yang digunakan dalam masyarakat
Melayu untuk menyampaikan maksudnya untuk sesama ahli masyarakat.
Kajian pragmatik dalam budaya Melayu meliputi hal-hal yang berikut:
Peribahasa
Ragam bahasa
Bahasa santun
Peribahasa ialah susunan percakapan yang pendek, indah atau sedap didengar, luas
tujuannya, dan digunakan sebagai bandingan dan teladan.
Peribahasa merupakan bahasa yang sudah mantap dari segi bentuk dan makna, dan
tidak boleh diubah kepada bentuk lain.
Peribahasa membawa satu makna sahaja walaupun terbentuk daripada dua atau lebih
perkataan. Maknanya diambil daripada penggabungan perkataan secara keseluruhan,
yang bersifat tersembunyi atau tidak berterus terang.
Penciptaan peribahasa terhasil daripada pengalaman hidup masyarakat. Peribahasa
digunakan supaya tidak berlaku hal kurang sopan dalam percakapan.
Asalnya bentuk ini digunakan oleh orang yang bijak, yang selalunya bercakap ringkas
tetapi tepat dan dalam maknanya, dan bentuk berkenaan ditiru atau diikuti oleh orang
lain lalu tersebar luas.
Peribahasa dipecahkan kepada beberapa jenis berdasarkan perkataan yang digunakan
dan fungsi atau tujuannya.

Definisi Bidalan
Bidalan juga jenis peribahasa yang mempunyai maksud selapis sahaja.
Bidalan berbeza daripada pepatah kerana bidalan mempunyai pengajaran dan fikiran
yang benar. Ciri Bidalan
Biasanya bidalan bersifat nasihat.
Bidalan menggunakan perkataan yang menunjukkan peringatan seperti jangan,
hendaklah, usah, biar, kalau dan ingat.
Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.
Malu berkayu perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan
Kalau kail penjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
Biar lambat asalkan selamat
Definisi Pepatah
Perkataan pepatah berasal daripada patah-patah.
Pepatah merupakan jenis peribahasa yang mempunyai makna selapis.
Pepatah mempunyai maksud yang jelas pada lahirnya sahaja. Kadang-kadang pepatah
tidak berisi apa-apa pengajaran.
Jenis Pepatah
(a) Pepatah yang mempunyai pengajaran
Memiliki unsur peringatan dengan jelas
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada katanya.
Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar.
b) Tiada pengajaran
Hanya pernyataan tentang sesuatu dengan makna yang tersurat
Alah bisa tegal biasa
Indah khabar dari rupa
Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan

Definisi Perbilangan
i. Perbilangan ialah kalimat yang bercorak adat resam yang mempunyai
penggal-penggal seperti orang membilang sesuatu, dan isinya berupa undang-
undang. Ciri Perbilangan
ii. Disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi.
iii. Binaannya dua baris atau lebih.
iv. Menitikberatkan isi yang berkaitan adat istiadat atau peraturan dalam masyarakat
yang dapat menjadi pedoman hidup masyarakat.
v. Definisi Perumpamaan
vi. Perumpamaan ialah jenis peribahasa yang mempunyai makna dua lapis.
vii. Perumpamaan menyebut sesuatu dengan diumpamakan kepada benda lain.

Perumpamaan yang menunjukkan perbandingan


Menggunakan kata perbandingan bagai, bak, seperti, laksana, macam, seolah-olah,
dan ibarat.
Bagai telur di hujung tanduk
Bak murai dicabut ekor
Ibarat mencangkul angin
Macam ikan kena tuba
Seperti lipas kudung

Perumpamaan tidak menggunakan kata perbandingan.


Perumpamaan ini kelihatannya seperti mempunyai makna seperti yang
diungkapkan tetapi makna sebenarnya bersifat dalaman.
i. Siapa makan lada dia terasa pedas
ii. Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain
iii. Belakang parang diasah lagikan tajam
iv. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

Definisi Simpulan Bahasa


Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada rangkaian dua atau tiga
perkataan dan tersimpul makna yang khas.
Maksudnya berbeza daripada maksud asal perkataan-perkataan yang terlibat.

KATA-KATA HIKMAT
Kata-kata hikmat disebut juga madah pujangga, merupakan perkataan-perkataan yang
dikeluarkan oleh orang bijak pandai yang mengandungi pengertian yang tinggi.
Boleh dijadikan teladan atau panduan hidup.

Definisi Kiasan
Kiasan merupakan bahasa yang memperkatakan sesuatu dengan mengiaskannya
kepada perkara lain.
Asal bahasa kiasan untuk membuat contoh secara perbandingan.
Bentuk ini digunakan untuk menjelaskan maksud, menambahkan kesan percakapan
supaya lebih menarik, menjadikan bahasa lebih indah, dan sebagai pelindung
daripada bahasa tidak elok yang mungkin menyakitkan hati orang lain sekiranya
disebut secara terus-terang.
Kiasan terdiri daripada yang menyebutkan bandingan dan yang tidak menggunakan
kata bandingan..
Kiasan terdiri daripada beberapa jenis: kiasan asal dan kiasan berpindah, kiasan
permanusiaan dan kata-kata hikmat.

JENIS KIASAN
(a) Kiasan Asal Kiasan asal ialah kiasan yang menyebut bandingan satu perkara dengan
satu perkara yang lain secara terang-terangan dengan menggunakan kata bandingan
(b) Kiasan Berpindah
Kiasan berpindah ialah kiasan yang tidak menyebut perbandingan, tetapi terus
dipindahkan maksudnya kepada perkara yang hendak dibandingkan itu.

Kiasan ini terdiri daripada beberapa jenis.


(i) Kiasan Sandar
Kiasan ini menyandarkan maksudnya kepada benda atau perkara lain, seolah-olah
maksudnya menjadi sifat atau perbuatan benda atau perkara lain itu.
(ii) Kiasan Terus
Kiasan yang mempunyai makna yang sama sekali lain daripada makna perkataan
yang digunakan.
(iii) Kiasan berangkap
Kiasannya secara bahasa berirama yang mempunyai pertentangan bunyi antara
perkara yang diperkatakan dengan hal yang dikiaskan
(iv) Kiasan Berbunga
Kiasan yang menggunakan perkataan- perkataan yang indah atau berbunga-bunga.
(v) Kiasan Pemanis
Kiasan ini dipanggil juga sebagai kiasan gayang8 yang digunakan untuk mengelak
penggunaan perkataan yang kurang elok bunyinya.
Ungkapan yang digunakan lebih halus dan santun untuk menggambarkan sesuatu.
(vi) Kiasan Melompat
Kiasan ini ialah kiasan yang bersifat melangkah (melangkau) satu tingkat atau lebih
daripada benda atau perkara asal.
(vii) Kiasan Melarat
Kiasan melarat ialah kiasan yang sudah menyeleweng atau berbeza jauh daripada
maksud asal.
(viii) Kiasan Permanusiaan (Pengorangan)
Kiasan ini menjadikan sesuatu yang bukan manusia dapat berfikir dan bertindak
seperti manusia.
Biasanya digunakan dalam bahasa kreatif dengan istilah personifikasi.

Anda mungkin juga menyukai