Anda di halaman 1dari 22

PEPERIKSAAN PERCUBAAN

BAHASA MELAYU STPM


KERTAS 3 (910/3)

SUMBANGAN IKHLAS DARIPADA:


CIKGU ZULKARNAIN FARIHIN

Soalan Percubaan BM STPM ini disediakan sepenuhnya oleh diri saya dan dikongsikan dengan
rela hati untuk digunakan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar Tingkatan Enam mengulang kaji
bagi menghadapi Peperiksaan STPM Semester 3. Segala kekurangan itu datang daripada saya
insan yang hina dan masih kekurangan ilmu, yang masih belajar dan membaiki diri. Segala
kelebihan yang ada itu milik Allah Yang Maha Esa dan diharapkan semua memdapat manfaatnya.
Bahagian A [20 markah]
1
Guru Bahasa Melayu tidak hadir pada hari Rabu ini. Beliau perlu menghadiri temu duga
bagi Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL)
ambilan tahun 2020 di Pejabat Pendidikan. Kita doakan semoga beliau berjaya dalam
temu duga itu.

Apakah jenis penanda wacana bagi perkataan bergaris dalam petikan di atas?

A Penanda elipsis
B Penanda rujukan
Kertas Soalan ini disediakan
C Penanda penghubung oleh Cikgu Zulkarnain Farihin
D Penanda penggantian

2 Yang manakah wacana yang memperlihatkan kesinambungan idea hubungan latar dan
kesimpulan?
A Semua orang tertarik dengan keunikan reka bentuk banglo milik Tuan Syafiq. Apa
tidaknya, anak sulung beliau merupakan seorang arketik ternama.
B Kita harus jujur dan amanah dalam menunaikan tanggungjawab sebagai pendidik.
Insya-Allah, Tuhan akan membalas jasa kita di akhirat kelak.
C Kasmalia Arora pandai menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat sejak
bertugas di Sekolah Kebangsaan Nanga Engkuah. Penduduk di kawasan itu amat
menyenangi kehadiran beliau.
D Kamarul Zamani sentiasa meluangkan masa tiga jam sehari untuk mengulang kaji
pelajaran. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang peguam suatu hari nanti.
3
Program Sarapan Percuma (PSP) bagi murid sekolah rendah akan dimulakan mulai
penggal persekolahan tahun 2020. Sehubungan dengan itu, satu jawatankuasa khas
akan ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membincangkan secara
terperinci peruntukan yang bakal digunakan untuk menjayakan program ini.

Penanda penghubung yang digunakan dalam petikan di atas ialah


A Penanda penghubung tempoh
B Penanda penghubung musabab
C Penanda penghubung tambahan Kertas Soalan ini disediakan
oleh Cikgu Zulkarnain Farihin
D Penanda penghubung kesimpulan
4 Yang manakah yang betul tentang retorik pemerian?
I Memberikan gambaran yang realistik yang dapat dirasakan oleh pancaindera
II Memanfaatkan unsur emosi dan psikologi khalayak untuk mengubah pendirian.
III Mementingkan ketepatan dalam memperincikan sesuatu isu yang diperkatakan.
IV Memerlukan khayalak bersetuju dan yakin dengan pendapat yang dikemukakan.
A I dan II
B I dan III
Kertas Soalan ini disediakan
C II dan IV oleh Cikgu Zulkarnain Farihin
D III dan IV
5
Pemerkasaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) dan Pendidikan
Teknikal dan Vokasional dan Latihan (TVET) ke arah Revolusi Perindustrian Keempat (IR
4.0) akan lebih berfokus dan efektif pada penggal persekolahan tahun 2020. Sistem
Pendidikan negara kita memfokuskan kepada pembangunan generasi yang produktif
dalam menghasilkan atau mencipta sesuatu yang bersifat robotik demi mengurangkan
penggunaan tenaga manusia.

Petikan di atas menggunakan retorik


A pemerian
B pemujukan
Kertas Soalan ini disediakan
C pendedahan oleh Cikgu Zulkarnain Farihin
D penghujahan
6
I Pembuangan bahan buangan ke dalam sungai, tasik, dan laut akan menyebabkan
sifat air berubah dan seterusnya membawa kepada pencemaran air.
II Sebagai contohnya, Sungai Semenyih antara sungai yang tercemar disebabkan
oleh najis khinzir sekitar tahun 1980-an.

Yang manakah pernyataan umum yang sesuai, jika kita ingin menyampaikan idea
menggunakan pernyataan khusus I dan II berdasarkan teknik deduksi?
A Jelaslah bahawa pembuangan sampah sarap dari kawasan perumahan di sepanjang
sungai, tepi tasik, dan laut merupakan punca utama berlakunya pencemaran air.
B Antara bahan buangan yang selalu dibuang ke dalam sungai, tasik, dan laut ialah
sampah sarap, bangkai binatang, minyak, dan bahan kumbahan.
C Pencemaran air boleh mengakibatkan kematian dan kepupusan hidupan air yang
merupakan sumber protien kepada manusia.
D Punca utama pencemaran air ialah pembuangan sampah sarap dari kawasan
perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik, dan laut.
7
Jenis variasi bahasa Ciri-ciri variasi bahasa
I Bahasa halus P Digunakan oleh penutur yang berpendidikan
seperti golongan professional dan media massa
II Bahasa baku Q Variasi bahasa yang dituturkan oleh sekumpulan
penutur tertentu, seperti golongan remaja.
III Bahasa slanga R Variasi bahasa yang dikaitkan dengan strata atau
kelas sosial dalam masyarakat.
IV Bahasa istana S Digunakan untuk menggambarkan penggunaan
bahasa yang sopan atau honorifik.

Pilih padanan yang betul antara jenis variasi bahasa dan ciri-ciri variasi bahasa.

I II III IV
A R P Q S
B S Q P R
C R P S Q Kertas Soalan ini disediakan
D S P Q R oleh Cikgu Zulkarnain Farihin

8
• Ampun tuanku
• Daulat tuanku
• Ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun.

Frasa di atas digunakan dalam bahasa istana yang merupakan

A Pendinaan
B Pemulukan
Kertas Soalan ini disediakan
C Ungkapan rutin oleh Cikgu Zulkarnain Farihin

D Panggilan atau rujukan tertentu

9 Yang manakah ayat yang menunjukkan contoh variasi bahasa slanga?

A Lu masuk pot gua, tolong jangan kencing sama wa bro.


B Bang, hujung minggu ni, Ain nak gi salon dengan Ana dan Sara.
C I tak tahu, she sudah banyak berubah after dia berkawan dengan you.
D Hang ingat semua benda boleh buat kelakar, hang tengok apa jadi sekarang.
10
• Tidak mengandungi unsur lewah
• Banyak menggunakan kata nama
• Kurang menggunakan kata adjektif
• Berdasarkan kajian, fakta, dan eksperimen

Penyataan di atas berkaitan dengan laras bahasa

A sains
B sukan
C sastera Kertas Soalan ini disediakan
oleh Cikgu Zulkarnain Farihin
D resipi

11 Yang manakah yang benar tentang laras bahasa undang-undang?

I Banyak memberikan tafsiran tentang sesuatu


II Bahasanya kreatif dan berkesan.
III Mengandungi rujuk silang.
IV Mempunyai nota tepi.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III Kertas Soalan ini disediakan
oleh Cikgu Zulkarnain Farihin
D III dan IV
12
Pengimportan ayam Belanda halal dari Amerika Syarikat ke Malaysia dijangka akan terus
meningkat ekoran permintaan yang semakin bertambah. Menurut Willian Verzani, Atase
Pertanian Serantau Kedutaan Besar AS ke Malaysia, ayam Belanda halal adalah satu-
satunya produk berasaskan ayam yang diimport Malaysia. Malaysia mencatat nilai
import berjumlah AS$400,000 (RM1.67 juta) bagi pasaran ayam belanda sepanjang 2018.

Laras di atas merupakan laras bahasa

A ekonomi
B sastera
C sains Kertas Soalan ini disediakan
oleh Cikgu Zulkarnain Farihin
D iklan
13

Buah durian merupakan raja segala buah yang menjadi makanan kegemaran
kebanyakan rakyat Malaysia. Sebenarnya, terdapat tujuh jenis yang perlu dinikmati
kerana rasanya enak, iaitu durian Musang King, durian Tekka, durian Udang Merah,
durian Sultan, durian Black Thorn, durian Golden Phoenix, dan durian kampung.

Perkataan yang berhuruf condong dalam petikan di atas merupakan

A hiponim
B polisme
Kertas Soalan ini disediakan
C meronim oleh Cikgu Zulkarnain Farihin
D homograf

14 Yang manakah pasangan kata yang berantonim?


A Sukar – sulit
B Rutin – jarang
Kertas Soalan ini disediakan
C Umum – awam oleh Cikgu Zulkarnain Farihin
D Bohong – dusta

15 Yang manakah ayat yang mengandungi frasa yang membawa maksud konotatif?
A Tetamu itu cuci tangan dengan menggunakan sabun.
B Emak menutup mulut tempayan itu dengan sehelai kain.
C Kamal melatah apabila telinga kuali yang dipegangnya patah.
D Dia ada hati untuk membeli sebuah banglo dalam tempoh lima tahun lagi.

16
Peribahasa Makna Peribahasa
I Lagu hidup P Meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya.
II Ugut-ugut beruk Q Tiada orang yang tidak suka dihormati
III Penyapu diikat sutera R Tunjuk berani padahal penakut
IV Tiada raja menolak sembah S Suka duka kehidupan

Pilih padanan yang betul bagi peribahasa dengan maknanya.

I II III IV
A R P S Q
B S R P Q
C P Q S R Kertas Soalan ini disediakan
oleh Cikgu Zulkarnain Farihin
D P S Q R
17 Yang manakah merupakan kiasan terus?

A Jinak lalat
B Kutu embun
C Lautan kasih Kertas Soalan ini disediakan
oleh Cikgu Zulkarnain Farihin
D Ringan kepala

18 Yang manakah ragam bahasa herdik?

A Aku seorang saja yang asyik fikir tentang nasib keluarga kita.
B Eh, dah jadi Tuan Pengetua, tengok kita pun tak tegur lagi dah.
C Dulu aku dah kata, dia bukan lelaki yang baik, awak degil. Kan dah kena.
D Lain kali, kalau tak pandai nak hormat orang tua, jangan datang ke sini lagi.

19
Jawatan Panggilan hormat
I Setiausaha Parlimen P Yang Berusaha
II Yang di-Pertua Negeri Q Yang Berhormat
III Timbalan Perdana Menteri R Tuan Yang Terutama
IV Ketua Jabatan Persekutuan S Yang Amat Berhormat

Pilih padanan yang betul bagi peribahasa dengan maknanya.

I II III IV
A Q P S R
B R P Q S
C Q R S P Kertas Soalan ini disediakan
oleh Cikgu Zulkarnain Farihin
D R R P Q

20 Yang manakah menggunakan panggilan hormat Yang Berbahagia?

A Penyandang Jusa C
B Ketua Hakim Negara
C Panglima Angkatan Tentera
Kertas Soalan ini disediakan
D Timbalan Komisioner Polis oleh Cikgu Zulkarnain Farihin
Bahagian B [45 markah]

21 Bina satu wacana bagi setiap jenis penanda leksikal berikut:

(i) Penanda leksikal pengulangan kata yang sama (2 markah)


………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
(ii) Penanda leksikal pengulangan kata berkolokasi (2 markah)
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….

22 Nyatakan jenis hubungan kesinambungan idea antara unsur bagi ayat-ayat di


bawah:
(i) Suara penyanyi wanita itu sangat merdu sekali. Apa tidaknya, dia
merupakan anak kepada penyanyi wanita popular tahun 1980-an.
(1 markah)
………………………………………………………………………………………….
(ii) Ramzani sentiasa mempelajari teknik berpidato dengan cemerlang. Dia
bercita-cita menjadi seorang wakil rakyat suatu hari nanti.
(1 markah)
………………………………………………………………………………………….
(iii) Kita harus mendidik murid-murid kita dengan jujur, ikhlas, dan amanah.
Insya-Allah, kita akan mendapat pahala daripada Tuhan Yang Maha Esa.
(1 markah)
………………………………………………………………………………………….
(IV) Walaupun sibuk dengan tugas-tugas mendidik di sekolah, Cikgu Heikal
Fahmy tetap meluangkan masa selama 3 jam sehari untuk menyiapkan
tesis beliau. Beliau akhirnya mendapat ijazah doktor falsafah dalam
bidang pendidikan Bahasa Melayu.
(1 markah)
………………………………………………………………………………………….
23 Ciri-ciri retorik;
R = Bersifat imiginatif dan kreatif
S = Bersifat informatif dan deskriptif
T = Menggunakan teknik pentakrifan dan analisis
U = Mempengaruhi dan mengubah pendirian khalayak
Nyatakan jenis retorik R, S, T, dan U berdasarkan ciri-cirinya. (4 markah)
R = ……………………………………………………………………………………………..
S = ……………………………………………………………………………………………..
T = ……………………………………………………………………………………………..
U = ……………………………………………………………………………………………..

24 (i) Apakah teknik eklektik? (1 markah)


………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
(ii) Bina suatu wacana menggunakan teknik eklektik (2 markah)
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….

25 Nyatakan fungsi variasi bahasa baku sebagai:


(i) Penyatu (1 markah)
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
(ii) Pemisah (1 markah)
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
26 (i) Berikan satu ciri bahasa istana. (1 markah)
………………………………………………………………………………………….
(ii) Berikan satu contoh ungkapan atau kata-kata yang berunsurkan:
(2 markah)
(a) Pendinaan : …………………………………………………………………...
(b) Pemulukan : …………………………………………………………………..

27 Berikan satu contoh ayat bagi setiap variasi bahasa yang berikut:
(i) Bahasa slanga (1 markah)
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
(ii) Bahasa kreol (1 markah)
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
(iii) Bahasa halus (1 markah)
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….

28 (i) Nyatakan satu persamaan ciri laras resipi dan laras iklan. (1 markah)
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
(ii) Nyatakan satu perbezaan ciri laras resipi dan laras iklan. (2 markah)
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
(iii) Bina satu wacana yang menyatakan hal-hal berkaitan dengan ekonomi.
(2 markah)
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
29 (i) Bina satu ayat menggunakan simpulan bahasa nasi tambah bagi
menunjukkan makna denotatif dan makna konotatif.

(a) makna denotatif (1 markah)


…………………………………………………………………………………...
…………………………………………………………………………………...
(b) makna konotatif (1 markah)
…………………………………………………………………………………...
…………………………………………………………………………………...
(ii) Bina rajah Segi Tiga Semiotik yang diketengahkan oleh Ogden dan
Richard (1923) bagi menggambarkan hubung kait antara kata, konsep,
dan rujukan.
(4 markah)

(iii) Bina dua ayat menggunakan kata naik. Ayat yang terhasil harus
menunjukkan maknanya berbeza apabila digunakan dalam konteks
yang berlainan.
(2 markah)
Ayat 1 : ……………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….

Ayat 2 : ……………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
30 (i) Nyamuk mati, gatal tak lepas.

Bina satu wacana dengan menggunakan peribahasa di atas bagi


menunjukkan maknanya dengan tepat. Panjang wacana hendaklah
tidak melebihi 30 patah perkataan.
(2 markah)
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….

(ii) Berikan satu ciri perbilangan.


(1 markah)
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
(iii) Berikan satu contoh perbilangan.
(1 markah)
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….

31 (i) Ragam bahasa bukan ialah ………………………………………………………


………………………………………………………………………………………….
(1 markah)
(ii) Berikan satu contoh ragam bahasa bukan.
(1 markah)
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
32 (i) Nyatakan panggilan hormat bagi individu yang mempunyai gelaran
kurniaan Tun.
………………………………………………………………………………………….
(1 markah)
(ii) Nama: Haris
Gelaran warisan : Tengku
Ahli Dewan Rakyat

Apakah panggilan hormat yang betul bagi Haris?


………………………………………………………………………………………….
(1 markah)
(iii) Tuliskan satu contoh ayat menggunakan ungkapan bertatasusila.

………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
(1 markah)

KERTAS SOALAN INI TAMAT


SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

1 B 6 D 11 D 16 B

2 A 7 D 12 A 17 B

3 C 8 C 13 A 18 D

4 B 9 A 14 B 19 C

5 C 10 A 15 D 20 C
SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B
21 Bina satu wacana bagi setiap jenis penanda leksikal berikut:

(i) Penanda leksikal pengulangan kata yang sama (2 markah)


Adik suka menyanyi. Adik suka menari. Adik bercita-cita menjadi
seorang penghibur apabila besar nanti.
(ii) Penanda leksikal pengulangan kata berkolokasi (2 markah)
Gadis kecil itu menangis. Air mata membasahi pipinya.
(menangis berkolokasi dengan air mata)

22 Nyatakan jenis hubungan kesinambungan idea antara unsur bagi ayat-ayat di


bawah:
(i) Suara penyanyi wanita itu sangat merdu sekali. Apa tidaknya, dia
merupakan anak kepada penyanyi wanita popular tahun 1980-an.
(1 markah)
Hubungan latar dan kesimpulan.
(ii) Ramzani sentiasa mempelajari teknik berpidato dengan cemerlang. Dia
bercita-cita menjadi seorang wakil rakyat suatu hari nanti.
(1 markah)
Hubungan sebab dan tujuan.
(iii) Kita harus mendidik murid-murid kita dengan jujur, ikhlas, dan amanah.
Insya-Allah, kita akan mendapat pahala daripada Tuhan Yang Maha Esa.
(1 markah)
Hubungan syarat dan hasil.
(IV) Walaupun sibuk dengan tugas-tugas mendidik di sekolah, Cikgu Heikal
Fahmy tetap meluangkan masa selama 3 jam sehari untuk menyiapkan
tesis beliau. Beliau akhirnya mendapat ijazah doktor falsafah dalam
bidang pendidikan Bahasa Melayu.
(1 markah)
Hubungan sebab dan hasil.
23 Ciri-ciri retorik;
R = Bersifat imiginatif dan kreatif
S = Bersifat informatif dan deskriptif
T = Menggunakan teknik pentakrifan dan analisis
U = Mempengaruhi dan mengubah pendirian khalayak

Nyatakan jenis retorik R, S, T, dan U berdasarkan ciri-cirinya. (4 markah)


R = Retorik penceritaan (1 markah)
S = Retorik pemerian (1 markah)
T = Retorik pendedahan (1 markah)
U = Retorik pemujukan (1 markah)

24 (i) Apakah teknik eklektik? (1 markah)


Teknik eklektik merupakan gabungan antara teknik deduksi dan teknik
induksi (1 markah)
atau
Teknik eklektik merupakan teknik yang mengemukakan pernyataan
umum dahulu, diikuti dengan pernyataan khusus, dan diakhiri dengan
pernyataan umum. (1 markah)
(ii) Bina suatu wacana menggunakan teknik eklektik (2 markah)
Masalah obesiti berpunca daripada tabiat suka makan makanan segera.
Antara makanan segera yang paling digemari oleh masyarakat kita ialah
burger, mi segera, ayam goreng, dan kentang goreng. Makanan segera
mengandungi banyak gula, bahan pengawet, dan lemak yang tinggi.
Oleh hal yang demikian, makanan segera dapat menyebabkan berat
badan seseorang itu mudah menjadi gemuk. Jelaslah bahawa masalah
ini disebabkan budaya suka makan makanan segera dalam kalangan
masyarakat kita.
25 Nyatakan fungsi variasi bahasa baku sebagai:
(i) penyatu (1 markah)
Bahasa Melayu baku di Malaysia menyatukan semua penutur bahasa
Melayu di Malaysia.
(ii) pemisah (1 markah)
Penggunaan bahasa Melayu baku di Malaysia telah memisahkannya
dengan penutur bahasa Melayu di Brunei dan di Indonesia.

26 (i) Berikan satu ciri bahasa istana. (1 markah)


Bahasa ini mempunyai ungkapan atau kata-kata yang berunsur
pendinaan dan pemulukan.
Nota: Ciri-ciri lain diterima jika betul. Rujuk Buku Topikal Penggal 3
(ii) Berikan satu contoh ungkapan atau kata-kata yang berunsurkan:
(2 markah)
(a) Pendinaan : Patik pacal yang hina
(b) Pemulukan : Ke bawah duli tuanku yang mulia
Nota: Jawapan lain diterima jika betul. Rujuk Buku Topikal Penggal 3

27 Berikan satu contoh ayat bagi setiap variasi bahasa yang berikut:
(i) Bahasa slanga (1 markah)
Gua nak usha awek tu le bro.
(ii) Bahasa kreol (1 markah)
Gua mo masak nasi dulu.
(iii) Bahasa halus (1 markah)
Orang rumah saya sedang berbadan dua.
28 (i) Nyatakan satu persamaan ciri laras resipi dan laras iklan. (1 markah)
Persamaan ciri laras resipi dan laras iklan ialah kedua-dua laras
tersebut kurang menitikberatkan aspek tatabahasa.
(ii) Nyatakan satu perbezaan ciri laras resipi dan laras iklan.
Perbezaan ciri laras resipi dan laras iklan dapat dilihat melalui
penggunaan kata.
Laras resipi banyak menggunakan kata kerja bentuk tunggal (1 markah)
manakala laras iklan banyak menggunakan kata adjektif. (1 markah)

(iii) Bina satu wacana yang menyatakan hal-hal berkaitan dengan ekonomi.
(2 markah)
Pertumbuhan ekonomi global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus
pada tahun 2020 daripada 3 peratus pada tahun 2019. Peningkatan ini
sejajar dengan unjuran peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) Malaysia yang lebih tinggi sebanyak 4.8 peratus daripada 4.7
peratus.
29 (i) Bina satu ayat menggunakan simpulan bahasa nasi tambah bagi
menunjukkan makna denotatif dan makna konotatif.

(c) makna denotatif (1 markah)


Adik selalu minta nasi tambah apabila makan di Warung Kak
Ramlah
(d) makna konotatif (1 markah)
Perangai Zuriani yang suka menjadi nasi tambah dalam urusan
orang lain menyebabkan rakan-rakannya tidak suka berkawan
dengannya.
(ii) Bina rajah Segi Tiga Semiotik yang diketengahkan oleh Ogden dan
Richard (1923) bagi menggambarkan hubung kait antara kata, konsep,
dan rujukan.
(4 markah)
Konsep
(1 markah)

Kata Rujukan
(1 markah) (1 markah)

Nota: 1 markah untuk rajah. Tiada markah untuk rajah jika garisan yang menunjukkan
hubungan makna bersifat langsung atau hubungan makna bersifat tidak langsung adalah salah.

(iii) Bina dua ayat menggunakan kata naik. Ayat yang terhasil harus
menunjukkan maknanya berbeza apabila digunakan dalam konteks
yang berlainan.
(2 markah)
Ayat 1 : Dia selalu naik kereta api datang ke sekolah.
Ayat 2 : Haqiem merupakan seorang penyanyi yang sedang meningkat
naik di negara kita.
30 (i) Nyamuk mati, gatal tak lepas.
Bina satu wacana dengan menggunakan peribahasa di atas bagi
menunjukkan maknanya dengan tepat. Panjang wacana hendaklah
tidak melebihi 30 patah perkataan.
(2 markah)
Encik Razlan masih menyimpan dendam terhadap perogol arwah
anaknya. Walaupun perogol itu telah dijatuhkan hukuman, kekejaman
yang dilakukannya sentiasa menghantui minda Encik Razlan.

(ii) Berikan satu ciri perbilangan.


Perbilangan banyak memperkatakan soal adat istiadat, undang-undang,
dan peraturan hidup masyarakat.
(1 markah)
(iii) Berikan satu contoh perbilangan.
Hidup berdiri dengan saksi,
Adat berdiri dengan tanda.
(1 markah)

31 (i) Ragam bahasa bukan ialah ragam bahasa yang menggunakan


ungkapan dengan kata nafi bukan.
(1 markah)
(ii) Berikan satu contoh ragam bahasa bukan.

Bukan suaminya tidak pandai cari rezeki, dia yang boros.


(1 markah)
32 (i) Nyatakan panggilan hormat bagi individu yang mempunyai gelaran
kurniaan Tun.
Yang Amat Berbahagia
(1 markah)
(ii) Nama: Haris
Gelaran warisan : Tengku
Ahli Dewan Rakyat

Apakah panggilan hormat yang betul bagi Haris?


Yang Berhormat Mulia Tengku Haris.
(1 markah)
(iii) Tuliskan satu contoh ayat menggunakan ungkapan bertatasusila.

Silakan duduk encik, saya sedia membantu.


(1 markah)
Sekian.
Semoga perkongsian ini
bermanfaat. Jika ada kesilapan,
saya dengan rendah hati
memohon keampunan. Yang
baik itu datang daripada Allah,
yang kurang itu berpunca
daripada kekhilafan saya insan
yang hina.
Ikhlas daripada:
Cikgu Zulkarnain Farihin
Abdullah

Anda mungkin juga menyukai