Anda di halaman 1dari 14

SBLM 4013: BAHASA DALAM

LINGKUNGAN SOSIOBUDAYA

RAGAM BAHASA
NUR AISYAH BINTI RAZALI
826139
RAGAM BAHASA
Ragam bahasa ialah bahasa yang bukan daripada jenis peribahasa dan bahasa kiasan, yang
digunakan dalam karangan atau percakapan untuk menguatkan hujah dan kefasihan (Za’ba:
1956)

Dalam kata lain, ragam bahasa ialah bahasa yang digunakan dalam pelbagai cara untuk
menguatkan sesuatu maksud, yang dituturkan secara tersirat.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), ragam bahasa ialah variasi bahasa berdasarkan
penggunnaannya, yang berkaitan dengan situasi (tajuk perbicaraan, bidang dan lain-lain) yang
tertentu.

Ragam bahasa merupakan unsur yang berkait rapat dengan gaya bahasa yakni memberi
penekanan kepada konteks atau situasi yang bersesuaian dengan pemakaiannya dan orang yang
terlibat.
 Menurut Asmah Haji Omar (1987:47) menjelaskan ragam bahasa didasarkan kepada
ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya.

Manakala Bachman (1990) mendefinisikan ragam bahasa sebagai variasi bahasa


menurut pemakaian, yang berbeza-beza, topik yang dibicarakan, hubungan pembicara,
kawan bicara dan orang yang dibicarakan serta medium pembicara.
JENIS RAGAM BAHASA
JENIS-JENIS RAGAM BAHASA
 Bahasa Sindiran
 Ragam bahasa yang maksudnya tidak dinyatakan dengan tepat atau terus terang, tetapi
dikiaskan kepada perkara lain.
 Makna dan kesannya mendalam sekiranya orang yang ditujukan sindiran itu mengerti
maksudnya.
 Tujuan penggunaan untuk membetulkan keadaan atau diri seseorang.
 Orang perempuan kalau belajar tinggi-tinggi pun ke dapur juga sudahnya.

 Bahasa Menggiat
 Ragam bahasa yang tujuannya mengusik untuk bergurau senda
 Dituturkan untuk melihat reaksi daripada orang yang ditujukan
 Kadang-kadang usikan boleh juga menjadi serius sehingga dapat memalukan orang yang kena
giat.
 Amboi, ada hati kawan kita ini hendak berkahwin dengan anak Tan Sri!
 Bahasa Mengejek
 Ragam bahasa yang menggunakan perkataan yang terus terang untuk
mempermain-mainkan, mengajukan keburukan dan menampakkan kebodohan
seseorang sehingga ditertawakan orang lain.
 Ragam bahasa ini boleh menimbulkan kemarahan orang yang diejek.
 Hai, inikah yang dikatakan orang cemerlang, dapat tugas lebih sedikit sudah
merungut?

 Bahasa Terbalik
 Ragam bahasa yang mempunyai maksud yang sebaliknya atau bertentangan dengan
perkataan yang diucapkan.
 Tujuannya untuk menyedarkan seseorang tentang perbuatannya atau kesalahan
yang dilakukannya
 Ha, bisinglah lagi, bisinglah, supaya kita kena denda lagi
Bahasa Merajuk
• Ragam bahasa yang menunjukkan rasa kecil hati atau menarik diri daripada sesuatu.Hal itu
sebagai reaksi tentang perbuatan yang dirasakan tidak wajar diterimanya.
• Apa nak dikatakan, orang tak sudi. Maklumlah kita tak berpelajaran tinggi.
• Buat apa nak berharap lagi. Nanti dikatakan hidung tak mancung pipi tersorong-
sorong pula.

• Bahasa Tempelak
• Ragam bahasa yang menunjukkan kesalahan seseorang yang dilakukan suatu ketika dahulu.
• Ragam ini digunakan untuk memulangkan paku buah keras kepada seseorang agar ia sedar
akan kesilapannya.
• Dulu nak berdikari konon, tak nak dengar nasihat orang tua. Sekarang, baru terhegeh-
hegeh nak minta tolong.
 Bahasa Herdik
 Ragam bahasa yang digunakan untuk menunjukkan kesalahan seseorang yang
dilakukan pada masa itu.
 Bahasanya agak kasar, tetapi tujuannya untuk kebaikan.
 Engkau tak ada kerja lain agaknya, selain membuta.
 Dasar lelaki buaya, pantang melihat perempuan cantik sikit!

 Bahasa Besar / Melampau


 Ragam bahasa yang memperbesar-besar atau melebih-lebihkan pernyataan tentang
sesuatu hal
 Ragam ini digunakan menunjukkan sesuatu yang terlalu besar, banyak atau sebagainya,
tetapi secara berlebih-lebihan sehingga tidak dapat diterima akal.
 Andai diberikan emas permata, ku pilih senyumanmu
 Suara gergasi itu menggugurkan buah-buah dari pokok di sekitarnya.
 Bahasa Kecil / Merendah
 Ragam bahasa yang menyatakan sesuatu itu kecil atau kurang untuk tujuan merendah diri.
 Hal yang dikatakan kecil atau kurang itu tidaklah kecil atau kurang sebenarnya.
 Terimalah sedikit pemberian yang tidak sepertinya ini sebagai tanda kenangan.
 Silakanlah masuk ke rumah hamba yang buruk lagi sempit ini.

 Bahasa Naik
 Ragam bahasa yang membawa gambaran pmikiran yang beransur-ansur naik atau
meningkat dari keadaan kendur ke keadaan tegang.
 Melalui ragam ini, khalayak dibawa selangkah demi selangkah ke arah hal yang hendak
disampaikan.
 Sudahlah peperiksaan tidak perlu dibayar, buku teks anak-anak diberikan percuma, bantuan
persekolahan lagi, kalau masih belum mahu belajar bersungguh-sungguh, memang tak patut
 Bahasa Turun
 Ragam bahasa yang menurun tempohnya selangkah demi selangkah dari keadaan tegang ke
keadaan yang kendur.
 Biasanya terdapat hal yang menggelikan hati.
 Mula-mula bergaya dia dengan Mercedes, kemudian kelihatan dengan Proton Wira pula, baru-
baru ini dengan kereta kecil, tadi dia bermotosikal sahaja ke pejabat. Kasihan pegawai itu.

 Bahasa Pertanyaan Ingkar


 Ragam bahasa yang berbentuk pertanyaan tetapi tidak untuk mendapatkan jawapan, kerana
jawapannya sudah ada pada yang bertanya, boleh dijawabnya sendiri, atau dibiarkan begitu
sahaja.
 Pertanyaan dilontarkan semata-mata untuk menguatkan makna hal yang dibincangkan.
 Setelah ibu bapa berkorban untuk kita, sanggupkah kita menghampakannya dengan kegagalan
atau kelulusan yang tidak menggembirakan mereka? Mahukah kita melihat mereka
menitiskan air mata kekecewaan?
 Bahasa Seruan / Keluhan
 Ragam bahasa yang meluahkan perasaan yang keras dengan cara mengeluh.
 Perasaan dilahirkan untuk menyatakan rasa kecewa atau sesal.
 Oh, kalaulah aku belajar dengan bersungguh-sungguh dulu, dapat kerja baik, taklah
aku berpanas jadi buruh kontrak macam ini!
 Alahai, kalaulah ayah masih ada, sudah tentu dia kecewa dengan keadaanku ini!

 Bahasa Berulang
 Ragam bahasa yang mengulang sesuatu perkataan atau frasa untuk menguatkan
maksud hal yang hendak ditekankan.
 Tujuannya untuk menarik perhatian pendengar tentang mesej yang hendak disampaikan
 Sekarang ini, semuanya perlukan duit. Nak berbelanja memang perlukan duit, ke
sana duit, ke sini nak duit,nak buang air pun kena duit.
 Bahasa Bertimbal
 Ragam bahasa yang menggunakan ungkapan secara berimbangan dengan
mengemukakan dua fikiran yang kelihatan bertentangan.
 Ragam ini lazimnya digunakan sebagai peribahasa.
 Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
 Jauh berkirim salam dekat berkirim pesan

 Bahasa Bukan
 Ragam bahasa yang menggunakan kata nafi “bukan”tetapi tujuannya untuk
mengatakan yang sebaliknya.
 Bukan dia tidak tahu hari ini cuti umum.
 Bukan aku suka sangat ke majlis itu.
 Budak itu bukan main lagi seronoknya.
 Bahasa Jenaka
 Ragam bahasa untuk tujuan bersenda
 Selalunya ragam ini berbentuk teka-teki yang mempunyai makna berlapis,
tetapi yang selalu disedari hanya selapis makna sahaja menyebabkan
khalayak tersilap tafsir.
 Zirafah yang paling tinggiberapa kaki?
 Binatang apa yang seluruh tubuhnya di kepala?
KESIMPULAN

 Ragam bahasa mempunyai kepentingan dan fungsi-fungsi yang


tertentu dalam sistem bahasa melayu
 Ragam bahasa mempunyai fungsi-fungsi yang berbeza
 Ragam bahasa juga digunakan sebagai alat komunukasi
masyarakat
 Melalui ragam bahasa ini, perasaan dan luahan hati dapat
disampaikan

Anda mungkin juga menyukai