Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum wbt, dan Selamat Sejahtera, Yang dihormati tuan pengetua Sekolah Encik

Shabudin bin Ali, yang berusaha guru penolong kanan kokurikulum Puan Aishah binti Ahmad
selaku guru penolong kanan kokurikulum, dan yang dikasihi pelajar-pelajar sekalian

Hadirin sekalian.

Bersyukur kita kepada Allah kerana memberi kesempatan untuk kita bersama-sama
berkumpul pada hari yang damai ini bagi menjayakan Program Tradisi Land bersama
pelajar Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu pada hari ini yang dianjurkan oleh Pelajar
Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah sesi 2019/2020 ,Universiti Utara Malaysia. Terlebih
dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir kerana sudi
meluangkan masa bersama-sama pada hari ini. Majlis ini tidak akan dapat direalisasikan jika
tiada sokongan daripada mereka yang sudi . Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

Para hadirin sekalian,

Besarlah harapan saya agar program yang dirancang ini akan mampu memberi manfaat kepada
semua pihak dan meningkatkan kesedaran terhadap pendedahan tentang permainan tradisional
khususnya kepada pelajar Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, menjalinkan kerjasama di
antara pelajar dan pihak sekolah, melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam
bidang akademik malah aktif dalam bidang kokurikulum. Malah turut memotivasikan diri
pelajar terhadap kepentingan kokurikulum di sekolah. Saya mewakili pihak pengurusan
berharap agar majlis pada kali ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan
tetamu yang hadir. Semoga majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kita
dan matlamat program kali ini dapat dicapai.

Akhir kata, saya juga ingin mengambil kesempatan sekali lagi untuk mengucapkan terima kasih
kepada tetamu yang sudi hadir dan meluangkan masa untuk menghadiri Program
Tradisi Land ini. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan
keprihatinan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

Sekian daripada saya.

Anda mungkin juga menyukai