Anda di halaman 1dari 24

HMA101

PENGANTAR PENGAJIAN BAHASA


MALAYSIA

Kuliah 9
14/3/2016
Dewan Kuliah SK1

PERKAITAN MAKNA ANTARA PERKATAAN


Hubungan makna antara kata

 Dalam kajian makna, lazimnya setiap


lambang atau perkataan mempunyai satu
atau lebih makna
 Selain itu, kata juga mpunyai pelbagai
perkaitan makna dgn kata lain
 Slh satunya ialah perkaitan semantik – kata
yg bkaitan dr segi makna mbentuk
kelompok kecil kosa kata ssuatu bhs
 Cth kelompok yg dimaksudkan ialah
kelompok kata sinonim, antonim, polisemi,
hiponim, meronim dan homonim
Sinonim

 Sinonim = kesamaan makna perkataan,


iaitu kata-kata yang mempunyai makna
yg sama atau hampir sama.
 Secara umum sinonim disebut sebagai
perkataan seerti, Contoh: kereta -
motokar, sejuk - dingin, suka - gemar,
ganggu - kacau, lupus - luput, loncat -
lompat
Sinonim

 Sinonim lazimnya hubungan dua arah /


hala atau boleh saling mengganti dengan
perkataan yang sinonim dengannya.
 Maksudnya, setiap perkataan sinonim
dapat menggantikan perkataan yang
bersinonim dengannya tanpa mengubah
maksud perkataan.
 Namun tdpt kebarangkalian bg sinonim:
Sinonim

1. Sbb pgunaan kata bgantung kpd konteks


 Kata bersinonim tidak boleh digantikan
dengan kata sinonimnya kerana
penggantian hanya akan mewujudkan
kejanggalan dalam konteks ayat / ayat
tersebut menjadi tidak gramatis. Cth:
 Ibu sawat - emak sawat
 Kereta lembu - motokar lembu
Sinonim

2. Tidak ada sinonim yg betul2 serupa


 Perbezaan berlaku spt yg berikut:
 Pbezaan disbbkan hiponim – cth – bayam
hiponim kpd sayur; ros hiponim kpd bunga
 Pbezaan disebabkan nilai kata – cth –
bsantap lbh halus drp makan; saya lbh
halus drpd aku; memohon lbh halus drpd
meminta
Sinonim

3. Pbezaan pemakaian contoh: mati –


meninggal dunia; mati utk benda bukan
manusia, meninggal dunia utk manusia;
hamil dengan bunting
4. Pbezaan dialek/kebiasaan setempat
contoh: rewang - gotong-royong; ziarah -
lawat
5. Pbezaan bahasa basahan dgn standard
contoh: duit - wang; kocek - poket / saku
Antonim

 Antonim ialah kata yg mpunyai makna


btentangan / berlawanan / kebalikan
sesuatu perkataan
 Bukan semua kata nama blh
dipertentangkan – sudu, rumah, buku dsb
tidak ada antonim
 Kata kerja sukar ada antonim yg benar2
tepat – tidur –jaga; jual-beli boleh tetapi
kalau berjalan lwnnya berlari @ berdiam?
Antonim
 Ada tiga jenis antonim:
1. Berpasangan
 disebut juga antonim penggenap.
 Antonim ini saling melengkapi atau
bpasangan
 Cth – lelaki - perempuan; hidup - mati;
siang - malam; tanya - jawab
Antonim
2. Berperingkat
 disebut juga antonim tafsiran.
 Lazim tdpt pd kata adjektif, contoh: putih -
hitam; kecil - besar; tua - muda
 Kata adjektif bbeza antonim dgn kata
nama / kerja sbb sifat blh berubah
 Ada pemeringkatan bg antonim kata
adjektif, contoh dingin – panas:
Dingin Sejuk Biasa Suam Panas
Antonim
 Saiz juga bgantung kpd benda yg
dibincangkan
 Cth – cawan yg kecil lbh besar drpd
kuman yang kecil; sekeping papan yg
lebar lebih kecil drpd sebuah sungai yang
lebar
Antonim
3. Berhubungan
 disebut juga antonim sebalik.
 Antonim ini saling berhubungan walaupun
berlawanan
 Blh juga disebut hubungan antara dua
entiti drpd. pandangan yang berbeza,
contoh: suami - isteri; adik - abang/kakak;
pengajaran - pembelajaran; pensyarah -
pelajar
Polisemi
 Kata yang memiliki banyak makna apabila
digunakan dalam konteks atau ayat yg
berlainan
 Dlm kamus, kata dengan satu entri dengan
beberapa makna dianggap polisemi
 Contoh: Kering
1. Tidak berair
2. Tidak basah atau lembap
3. Tidak mendapat hujan yang agak
mencukupi
4. Tidak berwang
Polisemi
 Polisemi mudah dikesan ttp maknanya perlu
diteliti sbb kdg2 blaku perubahan makna
 Kata ‘kepala’ – bhg tubuh manusia blh jadi
diaplikasikan kpd hal lain yg tidak ada
kepala:
 kepala surat (pendahuluan @ pmulaan
surat)
 kepala kongsi / kepala pengat (ketua
gerombolan jahat)
 Kepala gigi ( bahagian gigi sebelah atas
yang tidak tertanam di dalam daging)
Polisemi

 Makna juga berubah (contohnya ungkapan


khusus):
 kepala arwah (hidangan istimewa dlm
kenduri arwah)
 kepala angin (angin yg mendahului ribut;
orang yg mudah berubah perangainya; tidak
berfikiran @ bodoh)
 kepala mayat (bhg harta pusaka yang
diterima balu si mati) dll
Hipernim dan Hiponim
 Hipernim = kata yang berfungsi sebagai
nama kelas bagi segolongan perkataan lain
(Abdullah Hassan, 2005:233).
 Hipernim = penggolong kata @ kata umum
yg mengandungi subgolongan kata yg
maknanya terangkum dlm kata
penggolong.
 Hipernim / superordinat - penggolong
 Hiponim / subordinat - subgolongan
Hipernim
 hipernim /superordinat = kata dgn makna
am atau makna yg lebih luas dlm
mghuraikan kata-kata lain (subordinat) yg
ingin dihuraikan
 Hiponim / subordinat = anggota kpd
superordinat / hipernim dan mempunyai
makna yg lbh khusus dlm mhuraikan
superordinat
Hipernim dan hiponim
 Contoh
Hipernim / superordinat: kenderaan
Hiponim / subordinat: kereta/motokar, bas,
lori, van, kereta api, motorsikal, beca,
basikal, sampan dll (kenaikan); kuda,
gajah, unta dll (tunggangan)
------------------
Hipernim/ superordinat: rumah
Hiponim / subordinat: bangalo, teres,
apartmen, flat, kondominium, kedai dll
Meronim
 Meronim = anggota / sebahagian daripada
sesuatu perkataan yang dikenal sebagai
holonim / merujuk pada bahagian-bahagian
tertentu sesuatu holonim.
 holonim = kata dgn makna am atau makna
yg lebih luas dlm mghuraikan kata-kata
lain (meronim) yg ingin dihuraikan /
merujuk kepada keseluruhan entiti yang
dirujuk
Meronim bagi ‘rumah’
Meronim dan holonim
 Dalam contoh di atas, ‘dapur basah’ dan
‘dapur kering’ sebahagian drpd ‘dapur’
 ‘dapur’ pula sebahagian drpd ‘rumah’.
 Kata holonim ‘rumah’ tidak merujuk kepada
maksud umum bagi meronim di bawahnya
seperti hiponim, tetapi mewakili entiti
keseluruhannya.
 Ringkasnya, bhg2 dlm rumah, contoh
‘ruang tamu’ bukan sejenis ‘rumah’ tetapi
sebahagian daripada ‘rumah’.
Homonim/homograf dan homofon

 Homonim - kata yg bentuk (sebutan, ejaan,


atau kedua-duanya)nya sama dgn kata lain
tetapi berbeza makna
 Daki (kotoran - panjat), kikir (alat - sifat
kedekut)
 Homofon – kata yg blainan ejaan ttp sama
sebutan dgn makna berbeza (masa - massa;
kuota - kota; sheep - ship)
 Homofon jarang dlm BM berejaan rumi ttp
mungkin ada dlm ejaan jawi
Homonim/homograf dan homofon

 Homograf – kata yg sama ejaan ttp berbeza


sebutan dan makna berbeza (mengeratkan
(untuk memotong sesuatu … ) –
mengeratkan (merapatkan hubungan)
Sekian, terima kasih buat sementara
waktu … jumpa lagi esok…

Anda mungkin juga menyukai