Anda di halaman 1dari 11

UJIAN STRUKTUR HSK203 TEORI DAN KAEDAH SEJARAH.

( Bahagian A )

1. Analisiskan SATU kepentingan kaedah kritikan luaran mengikut pandangan


Louis Gottschalk.
Kritikan sumber terbahagi kepada dua jenis iaitu kritikan luaran dan kritikan dalaman.

Kritikan luaran adalah satu usaha yang dilakukan oleh ahli sejarah untuk menentukan

ketulenan dan kesahan sesuatu sumber itu. Kritikan luaran ini adalah kritikan yang dilakukan

keatas bentuk, rupa dan fizikal sesebuah sumber itu.

Sebab mengapa sumber itu perlu melalui kritikan luaran adalah kerana terdapat

segelintir pihak yang bertindak memalsukan sumber-sumber untuk kepentingan mereka

sendiri. R. Suntharalingam berpendapat bahawa terdapat beberapa sebab yang mendorong

pihak tertentu ini memalsukan sumber-sumber tersebut antaranya adalah untuk mengesahkan

sesuatu tuntutan politik. Sebagai contohnya, kes pemalsuan “Donation Of Constantine”

dimana terdapat pihak yang memalsukan dokumen itu dengan niat untuk menyokong tuntutan

ppihak Paus ke atas kawasan-kawasan yang suatu masa dahulu telah diperintah oleh

Maharaja Constantine. Surat ini telah dikeluarkan atas nama baginda oleh seorang padri Rom

pada abad yang ke-8 T.M dan telah didedahkan palsu pada abad ke-15

Louis Gottschalk mengatakan bahawa kritikan luaran perlu dilakukan keatas sumber

kerana dokumen yang kita gunakan mungkin paslu atas sebab tertentu. Oleh itu, untuk

menentukan sama ada sumber itu adalah asli dan bukan tiruan, amatlah penting untuk

melakukan kritikan luaran. Maka, untuk mengelakkan berlakunya pemalsuan sesuatu sumber

itu, kritikan luaran haruslah dijalankan oleh ahli sejarah. Louis Gottschalk telah menyarankan

beberapa cara untuk menentukan keaslian sesuatu dokumen yang akan kita gunakan.

Antaranya adalah dengan membandingkan sesuatu dokumen itu dengan dokumen lain yang

sezaman dengan iaitu untuk menentukan kesamaannya dari segi kertasnya, jenis dakwat yang
digunakan atau alat-alat lain yang digunakan malah tarikh-tarikh dan juga cara pencatatan itu

dibuat. Jelaslah bahawa untuk mengelakkan berlakunya kes pemalsuan dokumen, kritikan

luaran haruslah dilakukan. Antara cara untuk menjalankan kritikan luaran menurut R.

Suntharalingam dalam bukunya Pengenalan Kepada Sejarah ialah melakukan ujian kimia,

ujian bahasa, ujian tulisan tangan dan juga ujian bahan-bahan yang digunakan dalam

pembuatan dokumen itu.

Misalnya, Ujian kimia, ujian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan umur sebenar

sesuatu dokumen. Melalui ujian ini, ahli sejarah dapat menentukan usia kertas, dakwat dan

cap di dalam sesebuah dokumen. Hal ini demikian kerana bahan yang digunakan dalam

menghasilkan dokumen itu akan berubah mengikut peredaran masa dan pakar-pakar boleh

memastikan sama ada sesuatu dokumen itu benar-benar dikeluarkan pada masa yang didakwa

oleh pemiliknya atau pun tidak dengan mengkaji kertas yang digunakan ataupun dakwat yang

digunakan. Maka jelaslah bahawa ujian kimia harus dilakukan keatas dokumen yang lama

agar kita boleh mendapat sumber yang benar dan bukannya tiruan.

Maka dengan ini kita dapat rumuskan bahawa kritikan luaran ini amat penting dalam

pengkajian sejarah agar sesuatu bahan atau maklumat yang berkaitan dengan zaman lampau

dapat dipastikan kebenarannya dan keasliannya agar penghasilan penulisan sejarah mampu

dibuat secara tepat berlandaskan logik dan rasional.


1. “Perkara paling penting adalah untuk mengelakkan sebarang saranan… kerana
itu adalah penghakiman moral dan tidak bersifat sejarah”- Michael Oakeshott.
Analisiskan SATU pandangan ahli sejarah lain yang menyokong saranan
Oakeshott.

Sarjana tempatan iaitu Qasim Ahmad telah menyatakan pengadilan moral sebagai
perlakuan menjatuhkan hukuman ataupun mengenakan penilaian terhadap sesuatu
peristiwa atau kepada seseorang pelaku dalam sejarah. Bagi pandangan sejarawan Barat
pula iaitu Adrian Oldfield dengan menyatakan bahawa lazimnya pengadilan moral dibuat
dalam Bahasa yang memuji atau mempersalahkan seseorang atau sesuatu perkaran
dengan berpandukan ukuran baik dan buruk. Hal ini dalam penulisan sejarah kitab oleh
lihat sejarawan telah menilai dan menjatuhkan hukuman moral keatas nilai-nilai “baik
buruk” sejagat.

Hakikatnya, terdapat tiga aliran utama yang memberi pandangan tentang pengadilan
moral iaitu golongan yang menyokong, golongan yang menentang dan golongan
pertengahan. Saya akan memfokuskan kepada golongan yang menentang yang dikenali
sebagia golongan progresif dalam sejarah iaitu Leopld von Ranke, G. Kitson Clarke,
Benedetto Croce, Hebert Butterfield, D, Knowles dan Michael Oakeshott. Menurut
Michael Oakeshott sesuatu pengadilan moral yang dibuat itu adalah satu penghakiman
kepada nilai atau moral dan bukannya bersifat sejarah. Padangan ini juga dilihat sama
dengan apa yang diperkatakan oleh Kitson Clark, pengadilan dalam sejarah bukanlah satu
teras kepada tugas ahli sejarah, beliau menyatakan bahawa adalah lebih baik jika ahli
sejarah cuba memahami dan menjelaskan sesuatu daripada bertindak sebagai seorang
hakim. Bagi clark, permasalah moral seharusnya terpisah daripada sejarah, dan ia
menyarankan agar diserahkan sahaja masalah tersebut kepada golongan lain seperti ahli
agama, ahli falsafah atau ahli perundangan. Selain itu, beliau tidak mahu memasukkan
unsur pengadilan moral kerana unsur tersebut bukan sahaja berhasrat mahu mencari
sebuah keadilan malahan juga akan menimbulkan perasaan “ balas dendam “.

Clark juga menentang kenyataan yang dikeluarkan ole Voltaire selaku individu yang
menyokong pengadilan moral. Kenyataan Voltaire adalah dengan melihat tugas sejarah
sebagai “ mengajar kita kewajiban – kewajiban kita dan hak-hak kita. Voltaire juga
mahukan sejarah bertindak sebagai pembela keadilan dengan memuji mereka yang
Berjaya dan memalukan mereka yang berdosa. Tindakan Voltaire ini dibidas oleh Clark
kerana sikap Voltaire itu akan menimbulkan perasaan benci dan dendam dalam diri
masyarakat terhadap perlaku sejarah tersebut. Oleh itu, tugas ahli sejarah adalah
menceritakan perkara yang sebenar dan bukan untuk melagakan mana-mana pihak yang
terlibat dalam peristiwa tersebut. Kesimpulannya, padangan yang dikemukan Clark
dilihat sependapat dengan Michael yang meletakkan bahawa ahli sejarah perlulah
mengelakkan diri daripada melakukan penghakiman moral.
( Bahagian B )

2. Terangkan DUA sebab mengapakah sarjana Yunani lebih menekankan sumber


lisan berbanding sumber bertulis.

Sejarawan awal Yunani iaitu Herodotus dan Thucydises pada abad ke-5 SM

dikatakan lebih mengutamakan sumber lisan dalam penulisannya berbanding dengan

sumber bertulis. Hal ini demikian kerana pensejarahan awal Yunani oleh Herodotus dan

Thucydides dikatakan merupakan pensejarahan sezaman. Hal ini demikian kerana mereka

membuat kajian mengenai peristiwa yang sezaman dengan mereka walaupun dikatakan

perisitwa yang dikaji oleh Herodotus sebenarnya tidak sezaman, namun begitu kewujudan

saksi dan kesan peristiwa yang dikaji masih tersimpan dan dapat diterokai dengan baik

untuk mendapat kebenarannya. Sumber lisan telah diutamakan berbanding sumber

dokumen kerana mereka lebih mempercayai bahawa penggunaan sumber lisan pada waktu

itu lebih sesuai dan penulisan yang objektif dapat dicapai. Mereka telah menitikberatkan

kaedah lawatan dan sesi temubual dalam membuat penyelidikan. Semasa Herodotus

memulakan karya pensejarahannya beliau tidak mempunyai sumber bacaan yang banyak

seperti yang terdapat pada hari ini yang boleh membantu dalam kajiannya, seperti yang

kita tahu ilmu pensejarahan pada ketika itu belum berkembang luas sehinggalah

Herodotus sendiri yang memulakannya. Ketiadaan bahan-bahan bertulis ini telah

menyebabkan sejarawan Yunani menggunakan kaedah lawatan dengan membuat

pemerhatian hampir kesemua negara yang terlibat dalam pengkajian mereka. . Dengan

kaedah ini mereka mampu merasai sendiri dan melihat sendiri keadaan tersebut dan ini

secara tidak lansung mampu mewujudkan satu penulisan yang objektif yang ditekankan

dalam idea sejarah iaitu unsur logik dan rasional dalam membuat sesuatu penyelidikan

Seterusnya, perlu juga kita faham bahawa pada abad yang ke-5 SM, usaha untuk

merakamkan secara bertulis perkara yang berlaku masih belum menjadi satu kebiasaan,
baik oleh kerajaan mahupun orang perseorangan. Oleh sebab itu sumber lisan menjadi

keutamaan bagi ahli-ahli sejarah Yunani. Herodotus dan Thucydise mempunyai

tanggapan bahawa sumber lisan adalah lebih bernilai berbanding dengan sumber bertulis.

Mereka berpendapat sumber bertulis adalah bisu kerana tidak boleh disoal balik untuk

memperoleh bukti yang tepat dan lengkap seperti yang dibuat kepada saksi. Sesuai

dengan pensejarahan sezaman yang dilakukan, sejarawan Yunani menggunakan sesi

temubual dalam memperoleh bukti yang asli dan benar daripada saksi kejadian.

Sejarawan Yunani telah berusaha untuk menghubungi seberapa ramai saksi yang masih

ada khususnya semasa lawatan mereka ke negara-negara asing, perlu kita faham bahawa

pensejarahan sezaman merupakan penulisan berkaitan dengan peristiwa yang berlaku

sezaman dengan penulis dan disebabkan itulah saksi yang wujud adalah sangat ramai

kerana peristiwa yang berlaku bukan berkurun lamanya tetapi merupakan peristiwa yang

baru sahaja berlaku atau sedang berlaku. Sejarawan Yunani telah menemubual ramai

saksi tanpa mengira latar belakang sosial atau politik, khususnya semasa lawatan ke

negara-negara asing dalam membuat pemerhatian. Misalnya, di Mesir dan Babylonia,

Herodotus telah menemubual paderi-paderi dan telah mendapatkan banyak maklumat

mengenai adat resam, kepercayaan, sejarah dan perayaan penduduk tempatan.

Penggunaan sumber lisan oleh pengkaji sejarah sebenarnya mampu mengelakkan daripada

berlakunya pengadilan moral berbanding dengan tafsiran atau ramalan yang dibuat oleh

ahli sejarah sekiranya merujuk kepada sumber bertulis yang dikatakan oleh sejarawan

Yunani sebagai bisu,


3. Analisiskan TIGA sumbangan utama dan TIGA kelemahan dalam penulisan
para sarjana Kristian.
Sumbangan pertama ahli sejarah Kristian ialah mereka merupakan golongan pertama
dalam alam pensejarahan yang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyelami dan
memaparkan rahsia yang tersirat dalam perjalanan sejarah. Hal ini sama sekali berbeza
dengan konsep pensejarahan yang dianjurkan oleh penulis Yunani dan Rom yang melihat
sesuatu peristiwa sejarah itu dari segi permukaannya sahaja tanpa menelusurinya dengan
lebih mendalam kerana kecenderungan menumpukan penulisan kepada kejadian yang hakiki.
Meskipun pensejarahan Kristian ini bertunjangkan Kitab Injil sebagai sumber utama mereka,
namun ia telah berjaya melahirkan persepsi baharu dalam kalangan ahli sejarah bahawa
sejarah itu mempunyai pengertian tersirat yang lebih bermakna
Seterusnya, Meskipun gagasan periodisasi atau perzamanan ini dipelopori lebih awal
oleh ahli sejarah sebelum zaman Kristian seperti Livy dan Tacitus, namun, kemunculan ahli
pensejarahan Kristian juga telah menghalusi penggunaan gagasan periodisasi atau
penzamanan ini supaya menjelaskan dengan rapi bagaimana keadaan manusia telah berubah
dari satu peringkat ke peringkat yang lain. Ahli sejarah Kristian berpendapat bahawa telah
menjadi kewajipan ahli sejarah untuk mengenalpasti dan berkemampuan untuk menghuraikan
perubahan-perubahan manusia yang berlaku. Bukan itu sahaja, konsep periodisasi
sebagaimana yang diusahakan oleh para penulis Kristian juga melihat perubahan sejarah
sebagai sifat kemajuan atau linear. Konsep periodisasi yang diperkayakan oleh ahli
pensejarahan Kristian ini sangat membantu ahli sejarah kini dalam memahami perjalanan dan
keadaan yang menyebabkan tercetusnya sesuatu peristiwa itu
Yang terakhir ialah ahli pensejarahan Kristian telah mempopularkan penulisan sejarah
berbentuk biografi. Walaupun tulisan sejarah berbentuk biografi atau riwayat hidup ini
diperkenalkan oleh sejarawan Yunani dan Rom yang terdahulu, namun tidak dinafikan
bahawa ahli sejarah Kristian yang berusaha mempopularkan bentuk penulisan ini. Menurut R.
Suntharalingam, para penulis Kristianlah yang menjadikannya sebagai saluran yang paling
berkesan untuk menghuraikan jasa dan sumbangan seseorang tokoh sejarah. Umumnya,
penulisan berbentuk biografi yang sering ditonjolkan oleh sejarawan Kristian ini adalah
berkisarkan tentang agama mereka sendiri seperti kehidupan para paderi serta raja yang
menyumbangkan jasa kepada gereja. Walaupun Smalley menyifatkan penulisan biografi ini
separa sejarah kerana mengandungi unsur dakyah, namun ia tetap menjadi suatu warisan
persuratan yang berkekalan bukan sahaja di kalangan ahli-ahli sejarah bahkan juga penulis-
penulis lain.
Kelemahan pensejarahan Kristian pula ialah penghasilan penulisan sejarah yang
bersifat teokratik. Ahli sejarah Kristian ini terdiri daripada paderi dan juga rahib yang
mempunyai hubungan rapat dengan gereja dan biara Kristian. Terdapat banyak tulisan sejarah
yang berbentuk teologi atau falsafah keagamaan yang dihasilkan oleh paderi-paderi Kristian.
Umumnya, penumpuan unsur ketuhanan dalam pensejarahan Kristian ini bukanlah sekadar
sampingan semata-mata malah merupakan fokus utama dalam penghasilan penulisan sejarah.
Tindakan ahli sejarah Kristian dalam menghasilkan penulisan yang bersifat teokratik ini
sebenarnya telah menonjolkan peranan Tuhan sebagai penentu kepada peristiwa sejarah yang
berlaku dan ianya berbeza sekali dengan kaedah penulisan sejarah Yunani dan Rom yang
cenderung melihat bahawa manusia itu sebagai penggerak sejarah

Kelemahan yang seterusnya ialah ketidakadilan dalam menggunakan sumber sejarah.


Ketidakadilan ini timbul kerana ahli sejarah Kristian berpandangan bahawa agama Kristian
dan Kitab Injil mempunyai kedudukan yang lebih mulia berbanding sumber lain. Hal ini
dapat dibuktikan apabila Origen mendakwa bahawa sejarah yang penting bagi seseorang
Kristian ialah sejarah yang termaktub dalam Kitab Injil bukan di dalam bahanbahan asli yang
ditinggalkan oleh manusia yang lepas atau tulisan ahli-ahli sejarah Pagan. Dalam mengkaji
sejarah awal zaman Rom, Orosius misalnya cenderung untuk mendapatkan sumber-sumber
tersebut daripada ahli sejarah yang sealiran dengannya iaitu Eusebius dan meminggirkan
karya ahli sejarah Rom itu sendiri seperti Livy dan Polybius

Kelemahan yang terakhir ialah penggunaan unsur mitos dalam penulisan.


Pensejarahan Kristian juga terpengaruh dengan kandungan unsur mitos ataupun keajaiban
terutamanya apabila sesuatu peristiwa itu dinyatakan oleh individu yang mempunyai
kedudukan tinggi dan mulia dari sisi agama Kristian. Misalnya tindakan Eusebius yang
memperakukan cerita ajaib dari Maharaja Constantine tentang kejayaannya dalam
pertempuran dengan tentera yang dipimpin oleh Maxientus pada tahun 312 T.M. Mengikut
keterangan lisan yang diberi oleh Constantine kepada Eusebius, kejayaannya dalam
pertempuran itu adalah dengan restu Tuhan kerana sebelum baginda berangkat ke medan
pertempuran baginda nampak pancaran cahaya di langit yang berbentuk salib yang
mengandungi catatan yang berbunyi; ‘menakluki dengan ini’. Oleh hal yang demikian,
berdasarkan contoh yang telah dinyatakan ini maka amatlah jelas bahawa ahli sejarah
Kristian cenderung untuk menulis sejarah yang bersifat ketuhanan serta mencampuradukkan
unsur-unsur mitos yang mana tindakan ini amat bertentangan dengan lunas-lunas pentafsiran
bukti sejarah.
5. Huraikan TIGA perbezaan utama antara kajian sejarawan ( tentang kejadian
kejadian) ‘histoire evenementielle’ dan Sejarawan Annales.

Perbezaan yang pertama ialah sejarawan Annales menekankan konsep kajian

“masyarakat dari bawah” manakala sejarah tradisional lebih menekankan kepada politik dan

tokoh-tokoh utama dalam sesuatu peristiwa. Sejarah Annales ini telah berfungsi dalam

mengangkat watak-watak tempatan yang dianggap tidak penting dalam pensejarahan

tradisional. Kajian kolektif manusia secara menyeluruh haruslah dilakukan, bukan semata-

mata mengenai isu politik dan golongan atasan seperti pensejarahan tradisional sahaja.

Misalnya, sejarawan Cheah Boong Kheng melalui karya The Peasant Robbers of Kedah

berjaya memberi pemahaman tentang keadaan sosioekonomi masyarakat di Kedah sekitar

tahun 1900-1929 yang telah membudayakan aktiviti jenayah sebagai sumber pendapatan

mereka akibat daripada penindasan oleh golongan atasan yang menyekat sumber penduduk

kampung untuk mencari nafkah bagi menampung perbelanjaan mereka. Pensejarahan

tradisional, Ranke misalnya dilihat terlalu menekankan soal politik dan tokoh-tokoh utama.

Bagi Barnes, kejadian masa lalu tidak hanya semata-mata menyerapkan politik dan diplomasi

sahaja. Contohnya, dalam penulisannya History of German, Ranke tidak mengkaji dengan

lebih mendalam mengenai Perang Petani di Jerman yang tercetus disebabkan pemberontakan

golongan petani terhadap kepimpinan raja dan Martin Luther.Ranke menganggap peranan

petani dalam perjalanan sejarah Jerman adalah tidak penting malah melabelkan golongan ini

sebagai pelampau politik.

Seterusnya, perbezaan kajian Annales dengan kajian sejarawan tradisional dalam

dunia pensejarahan adalah Annales telah memperluaskan sudut pandangan ahli sejarah sama

ada dari segi ruang lingkup kajian sejarah mahupun perkaedahan. Berbeza dari aliran Ranke

yang melihat sejarah dari kaca mata negara dan politik semata-mata, aliran Annales adalah

lebih menekankan sejarah kehidupan kolektif manusia. Hal ini diakui oleh Iggers apabila
kajian sejarah yang dianjurkan Annales telah menjalinkan hubungan yang lebih erat antara

bidang sains kemasyarakatan. Annales merupakan kumpulan ahli sejarah pertama yang

secara ilmiah membentuk interdisiplin. Kombinasi ilmu antara bidang geografi, sains,

ekonomi, sosiologi, dan antropologi diaplikasikan dalam ilmu sejarah berjaya

memperluaskan sudut pandangan serta perspektif ahli sejarah dalam mengkaji peristiwa.

Kerjasama antara bidang ilmu ini jelas memberi sumbangan besar dalam pengkajian

kehidupan kolektif manusia secara holisitik. Pembaharuan yang dilakukan oleh Annales

adalah jauh berbeza dengan gagasan sejarah pensejarahan tradisional.

Seterusnya, perbezaan kajian Annales dengan kajian sejarawan tradisional dapat

dilihat dari segi penggunaan sumber yang diamalka. Sejarawan tradisional dari aliran sejarah

tradisional seperti Ranke lebih menggunakan sumber bertulis dan bukannya sumber data

kuantitatif. Sumber annales berbeza dengna sumber sejarawan tradisional yang mana

menggunakan sumber demografi, kaedah pemerhatian, sejarah lisan dan juga sumber

ekonomi. Bagi Ranke, penggunaan arkib amat penting untuk membuat sesuatu pengkajian

beliau telah menjadikan arkib sebagai gedung sumber pensejarahan yang perlu diamalkan

oleh sejarawan-sejarawan dalam penyelidikan. Dari perspektif aliran Annales pula pengkajian

sejarah ini bukan hanya berpandukan kajian dokumen semata-mata tetapi perlu juga memberi

tumpuan kepada fenomena-fenomena social yang menggalakkan penggunaan kaedah

kuantitatif yang lebih saintifik dalam kajian. Misalnya, F. Simiand, Beliau telah berjaya

mengaitkan perubahan sosial dan politik Eropah berhubungan secara langsung dengan kitaran

kenaikan atau penurunan ekonomi harga dan upah ketika itu. Pengumpulan data dan

menyusun secara siri data kuantitatif tersebut berjaya menghasilkan penyataan fakta yang

jelas. Kejayaan ini menarik minat para sarjana untuk menulis menulis sejarah secara saintifik

dengan mengadaptasi idea Annales menggunakan kaedah kuantitatif. Disini jelas


menunjukkan kepelbagaian penggunaan sumber yang telah digunakan aliran Annales lebih

bermutu.

Anda mungkin juga menyukai