Anda di halaman 1dari 16

Fakulti Kemanusiaan, Seni Dan Warisan

AJ10103 Pengantar Ilmu Sejarah


Soalan Tutorial 8: Aliran Konservatif Berpendirian
Bahawa Pengadilan Moral adalah Wajar
Diamalkan dalam Pensejarahan. Bahaskan
dengan memberikan contohnya dalam bentuk
petikan.

Nama Pensyarah: Prof. Madya Dr. Bilcher Bala


Nama Tutor: En. Abdul Rahman Mad Ali @ Abang
Masa: 10am 11am (BTG 6)
Nama
Chai Yin Ying
Elsie Mohiding

No. Metrik
BA14110088
BA14110721

1.0 PENGENALAN
Penulisan sejarah sudah dilakukan sejak berabad lamanya. Ahli-ahli sejarah cuba
mencorak,

menstruktur

dan

menkontrak

kembali

masa

lalu

dengan

mengembleng sumber-sumber dan bukti yang ada bagi merakam semula serta
membina siri-siri pengsejarahan yang gemilang. Pengkajian sejarah bergantung
sepenuhnya kepada penyelidikan terhadap perkara-perkara yang benar-benar
terjadi. Namun, ahli sejarah juga menghadapi masalah atau cabaran kekurangan
sumber dan bukti dalam penulisan sejarah. Oleh itu, para sarjana juga tidak
terlepas dari melakukan pengadilan moral dalam menganalisis dan mentafsir
sesuatu pensejarahan itu.
Dalam kajian yang berkaitan dengan sejarah, penulis atau sejarawan
selalu dipengaruhi oleh dua aliran berkaitan dengan penilaian etika atau
penilaian moral (moral judgement) semasa menulis kajian-kajian sejarah. Hal ini
demikian

kerana

sikap

semula

jadi

manusia

sedikit

sebanyak

akan

mempengaruhi penulisan sejarah. Aliran yang berkaitan dengan penilaian etika


atau penilaian moral adalah aliran konservatif dan aliran progresif. Aliran
konservatif adalah golongan yang menyokong tindakan melakukan penilaian
moral terhadap sejarah yang dikaji oleh seseorang pengkaji. Oleh itu, kajian ini
hanya berfokus kepada aliran konservatif dalam pengaliran moral sahaja.
Aliran konservatif berpendirian bahawa pengadilan moral adalah wajar
diamalkan dalam pengkajian sejarah. Hal ini demikian kerana pengadilan moral
yang dibuat dapat mewarnai penulisan sejarah dan mempengaruhi pemikiran
pembaca dan masyarakat umumnya supaya dapat memikirkan baik dan buruk
kepada masa depan sesebuah peradaban. Setiap kajian sejarah perlulah dirakam
dan dipaparkan untuk menjadi satu panduan yang berguna bagi generasi yang
akan datang. Sebab tanpa sejarah, kita tidak mampu untuk memahami masalahmasalah sezaman dan tanpa pengetahuan asas tentang sejarah, serta kita boleh
menggunakan kebijaksanaan untuk berhadapan dengan masa depan.

Pengajaran yang diperolehi oleh generasi yang akan datang dijadikan panduan
agar peristiwa yang sama tidak sepatutnya berulang kembali. Penilaian etika
dijadikan intipati dalam mewujudkan kehidupan yang lebih baik serta sempadan
dalam menempuh kehidupan seharian. Manusia juga akan menggunakan masa
lalu sebagai petunjuk bagi merancang masa depan yang lebih bermakna.
1 A. Marwick, The Nature of History, London: Macmillan Education Ltd, 1989, hlm 17.
1

Sebagai

contoh,

penjenayah

jika

perang

ahli

maka

sejarah

menjatuhkan

masyarakat

akan

hukuman

sedar

dan

moral

berupaya

kepada
untuk

mengambil iktibat dan berusaha untuk menjauhi kejadian seperti itu terjadi lagi.
Kesimpulannya, pengadilan moral merupakan satu unsur sosial dalam
penulisan sejarah yang bertujuan memberikan panduan, pengajaran, iktibar
pada generasi akan datang. Oleh itu, sejarah merupakan medium dan alat
pengajaran moral kepada masyarakat hari ini agar tidak mengulangi peristiwa
pada masa lalu. Pengadilan moral wajar digunakan sejujur-jujurnya dan tidak
harus diketepikan oleh sarjana dalam penulisan sejarah. Jika pengadilan moral
ditolak dalam suatu penulisan sejarah, Oldfield berpendapat bahawa sejarah
tinggal tidak lebih dari sebuah cerita.

2.0 DEFINISI PENGADILAN MORAL


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan pengadilan itu berasal
daripada kata dasar adil yang bererti menyebelahi pihak yang benar tetapi
bukan berdasarkan kepada sesuatu perkara, seseorang, tindakan, undangundang mahupun keputusan. Ia juga membawa maksud tidak menyebelahi
mana-mana pihak dan tidak sebelah serta mengadili sesuatu perkara dengan
saksama dan menentukan atau memutuskan lalu menjatuhkan hukuman yang
adil. Manakala moral pula membawa maksud ajaran atau pegangan tentang baik
buruk sesuatu perbuatan, sikap atau cara berkelakuan yang diukur dari segi baik
dan buruk sesuatu akhlak dan seringkali terdapat unsur dogeng sebagai saluran
pendidikan ke arah membentuk akhlak yang baik.
Menurut
menjatuhkan

Qasim

Ahmad

hukuman

(1991),

ataupun

pengadilan

mengenakan

moral

penilaian

ialah

perlakuan

terhadap

sesuatu

peristiwa atau kepada seorang pelaku dalam sejarah. Misalnya di dalam


penulisan, seroang ahli sejarah yang menyatakan sesuatu peristiwa itu tidak
baik, ketua negara itu bersalah, masyarakat pada masa itu mundur, sistem
politik

ini

progresif

dan

menghukum dan menilai.

sebagainya.
2

Pendeknya,

penulis

tersebut

telah

Penilaian etika atau pengadilan moral dapat dikesan

apabila seseorang sejarawan dengan sengaja atau tidak sengaja menjatuhkan,


menghukum dan menilai sesuatu. Hal ini juga boleh didapati apabila seseorang
ahli sejarawan itu mula memuji, mengkeji dengan menggunakan perkataanperkataan seperti baik, kejam, ganas, atau label-label yang digunakan oleh
media Barat terhadap sesetengah golongan Muslim seperti terrorist, aggressor,
ex-tremist, separatist, fanatic, militant, dan lain-lainnya.3
Adrian Oldfield menyatakan bahawa pengadilan moral biasanya dilakukan dalam
bahasa yang memuji atau mempersalahkan seseorang atau sesuatu perkara
dengan berpandukan ukuran baik dan buruk. 4 Ini bermakna sejarawan itu telah
menilai dan menjatuhkan hukuman moral ke atas nilai-nilai baik buruk sejagat
dalam tulisan sejarah.
2 Qasim Ahmad, Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1991, hlm.36.

3 Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, Pulau Pinang: Pusat Pendidikan Jaraj Jauh,
USM, 1994, hlm 113-114.

4 R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka, 1985,
hlm 90.

2.1 Perbahasan Berkaitan Pengadilan Moral


Hakikatnya, terdapat dua aliran utama yang memberi pandangan tentang
pengadilan moral iaitu golongan yang menyokong dan golongan yang
menentang. Antara sarjana yang menentang pengadilan moral atau
dikenali sebagai golongan progresif dalam sejarah ialah Leopold Von
Ranke, G. Kitson Clarke, Benedetto Croce dan Hebert Butterfield. Bagi
golongan progresif, mereka mengatakan pengadilan moral tidak patut
dilakukan kerana apabila sejarawan membuat pengadilan moral mereka
mungkin tidak bersikap adil kepada orang atau masyarakat yang dikaji
atau diadilinya.

Manakala golongan yang penyokong pengadilan moral pula seperti


Voltaire, Adrian Oldfield and Agnes Heller. Mereka yang menyokong
pengadilan moral ini juga digelar sebagai golongan konservatif.
Perbezaan pandangan ini telah membawa perubahan yang besar
terhadap pengkajian dan penulisan sejarah dari sudut kajian sejarah. Para
sejarawan cuba untuk mempertahankan hujah masing-masing untuk
meneliti, memahami, menganalisis dan menilai kebenaran kenyataan
yang dikaji.

5 R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1985, hlm.110.

3.0 PETIKAN TENTANG PENGADILAN MORAL DALAM PENSEJARAHAN


Pemikiran yang menyokong pengadilan moral dilaksanakan sewajarnya kepada
golongan ahli sejarah. Perkara ini penting kerana bagi membuktikan kesahihan
penulisan sejarah, sumbernya perlulah asli, tulen dan mengandungi fakta yang
betul. Selain itu, sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku menjadi pengukur untuk
menjatuhkan hukuman moral. Namun begitu, pengadilan moral bukan sahaja
dalam bentuk hukuman atau yang bersifat negatif tetapi juga wujud dalam
bentuk pujian.
Dalam kes Nazi di Jerman, di antara pesoalan yang selalu timbul ialah
bagaimana seorang ahli sejarah boleh menghukum atau megadili Adolf Hitler,
iaitu menilai tindakan Nazi membunuh lebih kurang enam juta keturunan Yahudi
di Eropah dan mempertimbangkan reaksi ketua kaum dan awam Yahudi.
Contohnya dalam petikan Lucy Dawidowicz dalam buku The War Against the
Jews dengan tegas mengatakan bahawa kes pembunuhan beramai-ramai orang
Yahudi dimana lebih dikenali holocaust (bencana) tidak membenarkan sikap
berkecuali di pihak para ahli sejarah. Persoalan yang kedua yang terdapat dalam
buku ini ialah bagaimana seorang ahli sejarah mempertimbangkan reaksi ketua
Yahudi dan keturunan Yahudi yang lain. Dalam buku tersebut, Dawidowicz
mengatakan bahawa sistem nilai tidak terlerai. Maknanya, buku tersebut
menjelaskan bahawa ada perkara yang baik, ada yang tidak baik, ada orang
yang bersalah dan ada orang yang tidak bersalah pada zaman pemerintahan
Nazi di Jerman. Selain itu, Dawidowicz juga ada mengatakan bahawa;
Dalam membincangkan perlakuan segolongan kecil pemimpin
Yahudi yang telah dituduh melakukan jenayah oleh mereka yang
terselamat dan para sarjana, saya dipengaruhi oleh pendapat
Profesor Herbert Butterfield, iaitu seorang ahli sejarah yang
memang tidak dapat menyiasat lubuk-lubuk pemikiran dan hati
mereka 6.
Sarjana yang dimaksudkan oleh Dawidowicz dalam petikan di atas ialah Hannah
Arendth, iaitu seorang sarjana berketurunan Yahudi Amerika yang begitu terkenal
di Barat. Hal ini menunjukkan wujud pengadilan moral di mana Dawidowicz
bersetuju dan terpengaruh dengan pendapat Butterfield iaitu Dawidowicz tidak
6 Qasim Ahmad, Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm
30.

mahu mengadili pemimpin Yahudi yang dikatakan bersubahat atau membuat


kesalahan menentang Nazi. Pengadilan Moral dapat dilihat apabila Dawidowicz
bebas dengan pengadilan dalam mengadili orang Nazi.
Selain daripada itu, pengadilan moral juga wujud dalam pelbagai bentuk di
mana ianya dijadikan sebagai teladan dan pengajaran kepada masyarakat
moden kini. Hal ini kerana, pengadilan moral dapat memberikan pengajaran
kepada para pembaca dan dapat menyedarkan supaya tidak mengulangi
kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat yang terdahulu.
Contohnya dalam peristiwa pengeboman bom atom Amerika di Bandar
Hiroshima dan Nagasaki di Jepun pada 9 Ogos 1945. Antara contoh petikan yang
terdapat kajian para pengkaji dari Persatuan The Pasific War Research di Jepun
ialah:
Hiroshima Atomic Hospital melaporkan bahawa pada awal bulan
tahun 1971, seramai 33 pesakit telah meninggal dunia dan 23
daripadanya adalah disebabkan oleh kanser yang berpunca
daripada pancaran radioaktif. Pada pertengahan tahun 1971,
kematian pesakit yang menghidapi panyakit leukemia meningkat
sebanyak

16

kali

ganda

berbanding

purata

kematiannya,

manakala kematian yang disebabkan oleh kanser meningkat


sebanyak 8 kali ganda dan kesan terhadap genetic tidak akan
diketahui melainkan selepas tiga atau empat generasi 7.
Pengadilan moral yang boleh didapati dalam petikan di atas adalah
Amerika syarikat harus diadili. Hal ini kerana, Amerika sanggup mengorbankan
jutaan nyawa yang tidak bersalah. Peristiwa ini sepatutnya dijadikan pengajaran
dan iktibar kepada masyarakat dunia terutamanya Negara yang sering
berperang dan mencipta senjata nuclear dan menggunakan senjata tersebut
dalam peperangan. Selain itu, pada tanggal 11 September 2000, di mana World
Trade Centre (WTC) di New York musnah Amerika juga telah melakukan serangan
kepada Afghanista. Peristiwa ini juga telah mengorbankan banyak nyawa 8.
Sekiranya pengadilan moral tidak dilakukan ke atas peristiwa ini akan
menyebabkan peperangan akan terus berlaku. Tanpa pengadilan moral manusia
7 Ishak Saat, Ilmu Sejarah Antara Tradisi dan Moden, Karisma Publications Sdn Bhd. Shah Alam,
2007, hlm 86.

8 Ibid . hlm 89-90


7

tidak akan sedar bahawa bahawa segala serangan atau apa pun bentuk
peperangan akan menyebabkan ramai manusia yang tidak bersalah terkorban.
Selain menjadi teladan dan pengajaran, pengadilan moral juga dilakukan
sebagai benteng melindungi hak asasi manusia. R. Suntharalingan mengatakan
bahawa dalam penelitian ahli sejarah bukan sahaja berdasarkan kepada
persoalan kepentingan Negara dan rakyat tetapi juga melihat kepada pihak
tertentu yang memperlekehkan hak asasi manusia 9. Hak asasi manusia ini juga
harus diambil kira dalam penulisan sejarah kerana kepentingan-kepentingannya
yang tersendiri dalam membantu ahli sejarah menghukum pelaku sejarah.
Melalui contoh pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki jelas menunjukkan
penderitaan yang dialami oleh penduduknya yang tidak berdosa khususnya
kaum wanita dan kanak-kanak. Apa yang jelas di sini ialah sejarah mestilah
ditulis dalam bentuk seperti yang sebenarnya terjadi. Di mana sejarah itu sendiri
telah menjatuhkan hukuman pengadilan moral kepada Amerika Syarikat kerana
telah mengakibatkan banyak kemusnahan dan kematian 10.
Salah satu contoh penganiayaan terhadap hak asasi manusia dapat dilihat
adalah semasa pendudukan pihak Jepun ke atas kaum wanita di Tanah Melayu
khususnya zaman perang dunia kedua. Melalui peristiwa ini, pengadilan moral
memainkan peranan penting dalam menjelaskan keadaan peperangan dan
kezaliman yang telah dilakukan oleh Jepun. Ghazali Bin Mayudin mengatakan
bahawa penganiayaan Jepun kepada kaum wanita adalah di negeri Johor dan
petikannya adalah seperti berikut:
Dari rekod-rekod yang tidak lengkap menunjukkan bahawa
pihak

Jepun

telah

membunuh

sekurang-kurangnya

6199

penduduk di negeri Johor sahaja dan 5493 adalah orang Cina,


551 orang Melayu dan 44 orang India dan Ceylon serta 31 orang
Serani. Daripada jumlah ini, menunjukkan orang Cina yang paling
banyak

dibunuh

berbanding

kaum-kaum

lain,

selain

dari

penganiayaan ke atas kaum wanita yang dilakukan di tempat-

9 R.Suntharlingan, Pengenalan Kepada Sejarah, Marican dan Sons. Kuala Lumpur, 1985, hlm 118.
10 Ishak Saat, Ilmu Sejarah Antara Tradisi dan Moden, Karisma Publications Sdn. Bhd. Shah Alam,
2007, hlm 88-89.

tempat

terbuka,

tempat

khas

juga

diadakan

dan

wanita

disediakan untuk askar-askar Jepun di tempat tersebut 11.


Daripada petikan ini jelas menunjukkan bahawa penganiayaan terhadap
kaum wanita oleh tentera Jepun dimana telah menjadikan mereka sebagai
hamba seks haruslah dijatuhkan pengadilan moral kerana telah melanggar hak
asasi manusia dengan mengeksplotasikan kaum wanita yang tidak mampu
menentang mereka12 .
Pengadilan
penyelidikan.

Di

moral

juga

dilakukan

mana

seorang

ahli

berdasarkan
sejarah

kepada

mestilah

bukti

wajib

dan

membuat

penyelidikan ke atas kajiannya demi mencari bukti-bukti yang relevan dan


berdasarkan kepada bukti tersebut barulah penulisan sejarah akan dilakukan.
Kebiasaanya, pengadilan oral akan dijatuhkan pada penghujung kajian. Hal ini
demikain, ahli sejarah telah meneliti dan kemudiannya menyaring sumbersumber yang diperolehinya sebelum menjatuhkan pengadilan moral pada akhir
penulisannya. Contohnya dalam buku Darurat 1948-1960 yang telah ditulis
oleh ahli sejarah Khoo Kay Kim dan Adnan Haji Awang menceritakan tentang
pembunuhan Micheal Codner di Tanjung Malim, Peristiwa Berdarah menegaskan
bahawa:
serang hendap itu berlaku pada hari selasa, 25 Mac 1952, pada
jam 07:00 pagi. Muka surat depan The Strait Times pada
keesokan harinya terpampang tajuk Galant Fight In Bandit Trap,
Twon Fears That Murders 12 Men. Antara yang terbunuh ialah
Penolong Pegawai Daerah Tanjung Malim, iaitu R.M.C Corner,
Jurutera Kerja Perak Selatan, W.H Fournies, Penolong Juruteknik,
Teoh Eng Kiew dan Ahmad bin Jalil, 8 orang pasukan keselamatan
terkorban

serta

lagi

cedera.

Bilangan

pengganas

yang

menyerang hendp pada masa itu kira-kira 40 orang dan kesemua


mereka menggunakan senjata automatik yang canggih

13

11 Ghazali Bin Mayudin, Johor Semasa Pendudukan Jepun 1942-1945, Bangi, 1978, hlm 11.
12 Ishak Saat, Ilmu Sejarah Antara Tradidi dan Moden, Karisma Publications Sdn. Bhd. Shah Alam,
2007, hlm 88-89.

13 Khoo Kay Kim dan Adnan Haji Awang, Darurat 1948-1960, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur, 1978, hlm 179.

Berdasarkan petikan di atas, jelas sekali penulis ingin menggambarkan tentang


kekejaman yang dilakukan oleh pihak Komunis yang telah membawa kepada
pembunuhan 12 orang. Malah penulis juga ingin menggambarkan peristiwa ini
adalah sesuatu yang sangat kejam dan tidak dapat dimaafkan kerana serangan
yang dirancang. Maka, ahli sejarah haruslah menjatuhkan pengadilan moral ke
atas perbuatan kejam komunis ini.
Di samping itu, petikan lain adalah berkaitan tentang masyarakat Melayu
pada pertengahan abad ke-19. Tugas memenangi kesetiaan golongan aristokrat
Melayu kepada rejim baru mungkin tidak begitu mudah, tetapi ia dapat dicapai
juga dengan jalan yang sama, iaitu memberikan pembayaran yang setimpal
dengan pangkat dan pengaruh mereka yang ada serta menggunakan mereka
pula bagi menjalankan beberapa pentadbiran. Dalam tahun 1899, Swettenham
menulis:
Raja-raja dan pembesar-pembesar mereka tidak berasa yang diri
mereka

itu

telah

sesungguhnya,

diketepikan

nyata

sekali

atau

tidak

jumlah

orang

dihiraukan
Melayu

lagi,
yang

memegang jawatan-jawatan tinggi masa ini lebih ramai daripada


jumlahnya dalam tahun 1874. Dapat dilantik memegang jawatanjawatan

tersebut

penghormatan,

bukan

bahkan

sahaja

juga

suatu

suatu

kemuliaan

kebanggaan

diri

dan
yang

menunjukkan pemegang-pemegangnya punya kuasa dan turut


mengambil bahagian dalam pentadbiran negeri, selain gelaran
yang tercantum padanya, kerana inilah dia cita-cita tertinggi
seseorang Melayu.14
Dalam petikan di atas telah menunjukkan bahawa gambaran terhadap watak
pentadbir-pentadbir baru Malaya yang selalunya bersikap menaungi, tetapi
mereka sendiri tidak pula terkejar-kejarkan gelaran, banyak tidak menyebutkan
perkara-perkara yang patut diceritakan. Swettenham menyatakan bahawa orang
Melayu memegang jawatan-jawatan yang bersifat kemuliaan dan penghormatan.
Dalam keadaan ini, Swettenham telah memberikan pengadilan moral atau
penilaian moral terhadap jawatan-jawatan tersebut pada tahun 1874. Beliau juga
menyatakan bahawa pemegang jawatan tersebut merupakan suatu kebanggaan
sendiri dan turut melibatkan diri dalam keadaan pentadbiran negeri.
14 Lihat buku Swettenham, The Real Malay, ms.49.
10

Pembunuhan J.W. Birch dalam tahun 1875, diikuti dengan apa yang
digelarkan Perang Perak serta pemberkasan dan pengadilan pembesar-pembesar
yang bertanggungjawab di dalamnya, 15 telah menunjukkan bahawa jika masih
ada lagi keraguan terhadapnya, maka penentangan terhadap Inggeris secara
terang-terangan tidak ada gunanya.

15 Birch, Residen Perak yang pertama, telah dibunuh pada 2 November 1875. Pada ketika itu, dia
sedang melancarkan percubaan memperkenalkan bentuk-bentuk kekuasaan Inggeris yang secara
lebih langsung. Negeri itu serta-merta diduduki oleh tentera yang dilakukan tentang siapa yang
bertanggungjawab atas Keganasan di Perak itu menghasilkan penggantungan atas Maharaja Rela
dan tiga orang pengikutnya, dan pengasingan Sultan Abdullah, Menteri Laut, dari dua orang
pembesar kanan ke Pulau Seychelles. Ismail dan tiga orang pengikutnya dibuang ke Johor kerana di
sini mereka boleh sentiasa diawasi oleh kerajaan Negeri-negeri Selat. Operasi ini, dikatakan,
membersihkan Perak daripada pengaruh kedua-dua Sultan dan hampir setiap orang pembesar
peringkat satu dan dua. (Sadka, The Residential System, hlm.53.)

11

4.0 KEPENTINGAN PENGADILAN MORAL DALAM PENSEJARAHAN


Kepentingan dan penggunaan pengadilan moral dalam penulisan sejarah
memang tidak dapat disangkal lagi berdasarkan faktor-faktor tertentu.
4.1 Menjadi Teladan dan Pengajaran
Pengadilan moral perlu ada dalam sejarah kerana pengadilan atau
menjatuhkan hukuman terhadap pihak dalam peristiwa sejarah haruslah
berdasarkan penyelidikan dan kajian sebelum membuat pengadilan. Ini
kerana Butterfield memegang prinsip keobjektifan 16 dalam penulisannya.
Unsur pengadilan moral memang tidak boleh dipisahkan dalam sejarah
kerana hukuman pengadilan moral yang dijatuhkan terhadap pelaku
ataupun peristiwa sejarah akan memberi pengajaran kepada masyarakat
akan datang. Hal ini demikian kerana ia boleh mengenalpastikan kesilapan
pada masa lampau tidak ingin diulangi lagi. Namun begitu, seorang ahli
sejarah perlu menjalankan penyelidikan secara terperinci dan mengumpul
sumber yang boleh dipercayai sebelum menjatuhkan pengadilan moral
terhadap pelaku dalam peristiwa sejarah. Sebagai contoh, peristiwa
sejarah yang memberi pengajaran kepada masyarakat adalah peristiwa 13
Mei 1969. Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang
berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang
mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda. Ia merupakan satu
titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
4.2 Memberi Gambaran Tentang Tingkah Laku ataupun Sikap
Manusia
Pengadilan moral yang digunakan terhadap seseorang ataupun peristiwa
sejarah adalah untuk menunjukkan atau memberi gambaran awal
terhadap sikap manusia. Ini dapat dilihat perkataan seperti kejam, ganas,
mulia, suci dan sebagainya digunakan dalam penulisan sejarah yang
mendorong kepada gambaran ataupun penilaian untuk memuji dan
menyatakan kelemahan seseorang pelaku. Sebagai contoh, Herodotus
telah memuji kemenangan Greek dalam pertempuran Marathon dan
Salamis serta mengganggap Athens sebagai penyelamat negara-negara

16 Menurut Donald V. Gawronski mengatakan bahawa konsep objektif bermaksud menggunakan


fakta sejarah tanpa ada perasaan memihak dan prasangka.

12

Greek tetapi telah menuduh raja-raja Parsi sebagai seorang yang angkuh
dan kejam.

4.3 Hak Asasi Manusia


Hak

asasi

manusia

ditafsirkan

sebagai

suatu

hak

manusia

untuk

mempunyai kebebasan bersuara dan melakukan perkara yang ingin


dilakukan tanpa sekatan daripada pihak lain selagi tidak melanggar
norma-norma masyarakat. Penggunaan unsur pengadilan moral dalam
penulisan sejarah dapat memperlihatkan dan menyedarkan masyarakat
tentang hak asasi yang dipunyai oleh setiap individu. Sebagai contoh,
peristiwa pendudukan Jepun di Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua.
Peristiwa yang berlaku ini menyebabkan penduduk merasa hak asasi
mereka dicabuli kerana mereka tidak boleh menyuarakan pendapat dan
kesukaran untuk menjalankan aktiviti harian kerana pihak Jepun selalu
mengawasi tindakan rakyat di Tanah Melayu.

13

5.0 KESIMPULAN
Pengadilan moral bukanlah digunakan untuk mendedahkan kesalahan dan
keaiban tokoh masa lampau atau menutup kesalahan sendiri sebaliknya
penilaian etika ini dibuat atas dasar memberi kesedaran dan menjelaskan
sesuatu

peristiwa

dengan

lebih

tepat.

Walaupun

pahit

untuk

ditelan,

pensejarahan yang sebenarnya harus digali dan dibongkar lalu dijelaskan kepada
umum supaya menjadi tatapan dan iktibar bagi generasi mendatang. Jalan
terbaik

kepada

permasalahan

ini

adalah

bukan

mengelakkan

diri

dari

menjatuhkan hukuman moral tetapi melengkapkan lagi para ahli sejarah dengan
kemahiran yang berkaitan.

17

Pengadilan moral perlu disedari dengan nilai kejujuran dan persediaan ahli
sejarah itu sendiri dalam menghasilkan sebuah karya sejarah tanpa melakukan
apa-apa pemyembunyian fakta, jika kebenaran fakta sejarah itu sangat pahit
untuk diceritakan, tetapi perkara yang sebenar perlulah diceritakan kerana itulah
peristiwa sebenar yang berlaku dan telah pun berlaku.
Justeru itu, jika pengadilan moral ditolak dalam pemaparan sesebuah
pensejarahan maka penulisan itu tidak menarik dan nampak kaku, sebaliknya
kita haruslah mencorakkan sejarah itu dengan unsur pedoman dan pengajaran.
Oleh itu, aspek pengadilan moral ini sangat penting dalam menghidupkan
kembali sejarah masa lalu.

17 Qasim Ahmad, Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1991, hlm.143.

14

RUJUKAN
Abdul Rahman Haji Abdullah. 1994. Pengantar Ilmu Sejarah. Pulau Pinang: Pusat
Pendidikan Jarak Jauh. Universiti Sains Malaysia.
Donald. V. Gawronski. 1975. History Meaning and Method. Philipine Scott:
Foresman and
Company, hlm 15.
Ghazali Bin Mayudin. 1978. Johor Semasa Pendudukan Jepun 1942-1945. Bangi.
Herbert Butterfield. 1959. Moral Judgement in History, The Philosophy History in
Our Time.
New York.
Ishak Saat. 2007. Ilmu Sejarah Antara Tradisi dan Moden. Karisma Publications
Sdn. Bhd.
Shah Alam. Selangor.
Khoo Kay Kim dan Adnan Haji Awang. 1978. Darurat 1948-1960. Dewan Bahasa
dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Noresah Baharom. 2007. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Qasim Ahmad. 1991. Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan. Kuala Lumpur:
Dewan
Bahasa dan Pustaka.
R. Suntharalingam. 1985. Pengenalan kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marican
dan Sons.
Swettenham, Frank Athelstane. 1899. The Real Malay. London: John Lane.
William R. Roff. 2003. Nasionalisme Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.

15

Anda mungkin juga menyukai