Anda di halaman 1dari 8

Bidang Sejarah adalah merupakan bidang yang amat mementingkan penelitian ke atas

fakta-fakta sejarah (peristiwa) dengan penuh bertanggungjawab demi mencari dan


mewujudkan kebenaran mengenai kehidupan pada masa telah pun berlalu atau yang
lampau. Sejarawan akan mengumpulkan fakta-fakta sejarah dan menghasilkannya dalam
bentuk penulisan atau pensejarahan.
Dalam membicarakan persoalan konsep objektiviti dan subjektiviti dalam sejarah di sini,
permasalahan yang pertama perlu ditekankan ialah keterlibatan (involvement) seseorang
sejarawan terhadap penyelidikannya atau kajiannya. Iaitu sama ada dia harus terikat
(attached) atau terpisah (detached) daripada kajiannya.[1] Ini kerana, menurut Edward
Hallet Carr bahawa fakta-fakta yang dikumpul oleh ahli sejarah dari dokumen-dokumen,
surat-surat dan sebagainya adalah ibarat seekor ikan di atas papan penyiang si penjaja
ikan. Sejarawan itu memungut ikan itu, membawanya pulang, memasak dan
menghidangkannya dalam apa cara yang menarik baginya. [2] Justeru itu, sejarah yang
tulen ialah sejarah yang mempunyai pemisah mutlak di antara pengkaji dan kajiannya.
Maka dari sinilah, sejarawan menghadapi dua bentuk konsep yang menjadi penghalang
kepada segala usaha penelitian sejarahnya, iaitu konsep objektiviti dan konsep
subjektiviti dalam pensejarahan.
Hingga kini, perbahasan sudah berlarutan mengenai sama ada sejarah itu sewajarnya
objektif atau subjektif. Persoalan yang menjadi isu paling penting dalam perbahasan para
sejarawan ialah mengenai keupayaan ahli-ahli sejarah untuk menghasilkan penulisan
yang bersifat objektif. Hakikatnya, ramai sejarawan tidak merasa selesa dengan persoalan
ini menyebabkan tidak wujud penyelesaiannya yang muktamad. [3] Terdapat dua aliran
yang telah mempengaruhi pengertian sejarah ialah Aliran rasionalisme dan aliran
emperisme. Aliran rasionalisme bersifat subjektif dan didokong tokoh-tokoh seperti
Benedetto Croce dari Itali, Arnold Tonybee dan R.G. Collingwood dari England.
Manakala aliran emperisme bersifat objektif dan didokong oleh tokoh-tokoh seperti
Leopold Von Ranke dari Jerman, Lord Acton dan J.B. Bury dari England.
1

Abdul Rahman Hj Abdullah. Siri Pendidikan Jarak Jauh: Pengantar Ilmu Sejarah. Pulau
Pinang: Pusat Pengajian Luar Kampus. 1994.
2
E.R.Carr. Apakah Sejarah?. (Terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
1989
3
John Cannon. The Historian at Work. London: George Allen & Unwin. 1980.

Objektiviti dalam sejarah adalah sesuatu yang berkaitan dengan pengadilan dan bukan
bergantung kepada pandangan seseorang semata-mata. Menurut pandangan Abdul
Rahman Haji Abdullah dalam penulisan bertajuk Pengantar Ilmu Sejarah (1994), beliau
mendefinisikan sejarah objektif sebagai sejarah sebagaimana terjadinya(histoire-realite).[4]
Karya sejarah yang dikatakan bersifat objektif ini pada asasnya adalah suatu penulisan
yang merupakan tafsiran atau penerangan terhadap sesuatu peristiwa sejarah dengan
berdasarkan kepada sumbemya yang masih kekal. Hasil itu haruslah dipertahankan
kebenarannya untuk sementara waktu sehinggalah wujudnya pentafsiran baru yang akan
mengambil alih tempat tersebut.
Empat perkara dasar yang dilihat di dalam penulisan sejarah ialah ketepatan dan
kesahihan di dalam fakta, kesempumaan di dalam menyampaikan bukti, struktur logikal
yang berkesan serta kelancaran persembahan. Bagi mencerminkan sifat objektif di dalam
penulisan sejarah, seseorang sejarawan haruslah menyingkirkan sifat subjektif di dalam
hasil penulisannya. Sebagai satu istilah ilmu sejarah, maka konsep objektif itu biasanya
dilihat daripada dua sudut pengertian yang berbeza.
Pengertian yang pertama ialah objektif itu bermakna tujuan atau sasaran sesuatu sejarah
itu dikaji atau ditulis. Maknanya ialah untuk apa atau siapa sejarah itu dikaji? Sebagai
contoh ialah Tun Seri Lanang telah memperbaiki semula 'Hikayat Melayu' yang dibawa
daripada Goa dan dinamakan Sulalatus Salatin dengan tujuan untuk memenuhi
permintaan Sultan Abdullah Ma'ayah Syah serta menyukakan hati baginda untuk teladan
serta iktibar bagi keturunan yang akan datang.
Pengertian yang kedua menganggap objektiviti itu sebagai sifat sejarah itu sendiri. la
adalah merupakan persoalan yang intrinsik bagi sejarah dan pensejarahan. Objektif
adalah dianggap sebagai sains tulen yang menganggap kebenaran sebagai sesuatu yang
mutlak dan tepat. Leopold Von Ranke adalah sebagai pengasas agung aliran sejarah
objektif ini.

Abdul Rahman Hj Abdullah. Pengantar Ilmu Sejarah (1994)

Ranke berpendapat bahawa, sejarawan seharusnya berusaha untuk membuat satu


persembahan tulen fakta-fakta yang berpandukan kepada penyelidikan rapi ke atas
peristiwa-peristiwa lepas yang khusus dan nyata, dan berasaskan kepada tafsiran sumbersumber yang asli dan kemasukkan unsur moral hanya mendedahkan sejarah kepada
prasangka dan berat sebelah yang boleh menggugat kewibawaannya sebagai satu bidang
ilmu yang sahih[5]. Namun, jika dilihat konsep objektiviti dalam pengajian sejarah sangat
menjurus kepada pengadilan dan bukannya pandangan semata-mata. Pengadilan moral
menurut Qasim Ahmad adalah perlakuan menjatuhkan hukuman,atau mengenakan
penilaian tertentu kepada suatu peristiwa sejarah atau seorang pelaku dalam
sejarah.Sebagai contoh seorang ahli sejarah dalam karyanya menyatakan sesuatu
peristiwa itu tidak baik atau ketua kerajaan itu bersalah atau system politik negara teratur
sebenarnya telah menunjukkan hukuman atau penilaian.
Tradisi emperisme John Locke dan positivisme Aguste Comte telah menjadi asas kepada
aliran sejarah objektif yang diperjuangkan oleh Leopold Von Ranke (1795 -1886). Kita
juga sedar bahawa, matlamat pengajian sejarah adalah untuk menggambarkan kejadiankejadian sebagaimana yang berlaku. Menurut Pieter Gayl, "historisme" bermakna
menjauhkan diri dari pengadilan, penerimaan atau pengakuan yang tidak ada darjahdarjah kecuali apa yang dibekalkan oleh proses sejarah itu sendiri[6].
Seorang sejarawan yang menekankan pengadilan dalam penulisan sejarah sebenarnya
kelihatan cuba memihak atau bersikap berat sebelah dalam kajiannya. Dari sinilah
lahirnya masalah penilaian etik atau pengadilan moral (moral judgement), iaitu apabila
sejarawan didapati dengan sengaja atau tidak sengaja menilai atau menghukum sesuatu,
baik dengan memuji atau mengejinya, dengan menggunakan perkataan-perkataan seperti
balk, mulia, kejam, ganas, atau label-label yang digunakan oleh media Barat terhadap
setengah golongan Muslim sepertiterrorist, aggresor, extremist, separatist, fanatic,
militant dan lain-lainnya.
5

R. Suntharalingam. Pengenalan kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marican & Sons (M) Sdn.Bhd.
1985
6
Abdul Rahman Hj Abdullah

Di sini terbukti bahawa aspek objektiviti dalam pengajian sejarah adalah menjurus
kepada penerapan pengadilan moral dalam sejarah. Sama seperti isu-isu sebelumnya,
ternyata kalangan sejarawan masih berbeza pendapat dalam menerima unsur pengadilan
dalam penulisan dan penyampaian sesuatu fakta sejarah, malah sentiasa berkonflik dalam
mencart kepastian tentangnya. Dan dalam hal ini, terdapat dua aliran pemikiran yang
bertentangan, iaitu golongan yang menerima dan golongan yang menolak kehadiran
pengadilan moral dalam sejarah.
Pertama sekali bagi golongan yang menerimanya, sebagai aliran konservatif,
kemunculannya boleh dikatakan bermula dengan kemunculan kesedaran tentang sejarah
itu sendiri. Dan dalam hal ini, Herodotus sendiri dikatakan telah merintis jalan
melakukannya, den gan cara memuji kemenangan Greek dalam pertempuran di Marathon
dan Salamis, serta menganggap Athens sebagai penyelamat negara-negara Greek.
Sebaliknya dia menuduh raja-raja Farsi sebagai angkuh, kejam dan ganas kerana tindakan
mereka menakiuki Greek. Bagaimanapun ada juga ketikanya dia menyesali tindakan
Athens yang menyokong pemberontakan Jonia, serta memuji keberanian askar-askar
Farsi sekalipun tewas dalam pertempuran Salamis. Dalam hal ini Herodotus didakwa
sebagai dipengaruhi oleh tradisi epik sejak Homer, dengan menjadikan karya sejarahnya
untuk memaparkan keberanian dan keperwiraan orang-orang Greek yang berjaya
mempertahankan maruah dan kedaulatau mereka daripada serangan musuh yang lebih
besar.
Tentang Thucydides, memang beliau dikatakan menekankan soal objektiviti dalam
kajiannya, bahkan tidak pula melakukan pengadilan moral dalam karyanya itu.
Bagaimanapun pendiriannya yang menyalahkan jeneral-jeneral Athens itu menimbulkan
tuduhan di kalangan penulis Athens sendiri bahawa beliau adalah seorang pengkhianat
negara.7
7

E.R.Carr. Apakah Sejarah?. (Terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
1989

Dengan kebangkitan pensejarahan Rom, unsur pengadilan moral telah dipergunakan


dengan seluas-luasnya. Livy umpamanya, telah memuji zaman Rumawi kuno kerana
masyarakatnya memuliakan nilalnilal utama Rumawi iaitu virtus Romana, sebaliknya
mengutuk zaman kerana masyarakatnya mengabaikan kod etika itu.
Demikian juga dia memuji zaman lama yang mengamalkan sistem republik yang menjaga
hak asasi rakyat. Sebaliknya Tacitus mengutuk sistem diktator yang diamalkan oleh
maharaja- maharajanya. B aginya, fungsi terpenting sejarah ialah mengenang jasa-jasa
daripada dilupakan, serta mengelak daripada celaan dan kutukan anak-cucu. Demikian
juga Plutarch, turut menekankan persoalan moral dalam karyanya Parallel Lives, bahkan
berjaya pula dalam usahanya itu. Memang jika diamati, terdapat sifat kebangsaan di
kalangan sejarawan Rom itu, oleh kerana mereka gemar memuji bangsa Rom sebagai
bangsa yang terbaik, dan sebaliknya mengeji atau mengecilkan bangsa-bangsa lain.
Tetapi pada umumnya tindakan ini lebih merupakan cara untuk membimbing masyarakat
Rom ke arah suatu keadaan atau sifat yang mulia.8
Adapun tentang sejarawan Krtstian pada Zaman Pertengahan, tidak syak lagi merekalah
yang paling banyak mengamalkan pengadilan moral, sejajar dengan peranan mereka
sebagai tokoh-tokoh agama yang bertanggungjawab mengajarkan moral kepada para
penganutnya.
Walaupun selepas Zaman Pertengahan iaitu Zaman Moden, pengadilan dalam pengajian
sejarah mula dipertikaikan, golongan sejarawan konservatif masih berpegang teguh
kepada prinsip mereka berkenaan pengadilan dalam sejarah. Antara tokoh sejarawan
lnggeris pada zaman Victoria itu ialah Thomas Carlyle, yang mana seperti John L.
Motley, menganggap bahawa pengadilan moral bukan sahaja merupakan kecenderungan
setiap orang, bahkan merupakan kewajipan yang tertinggi. Namun tokoh yang paling
jelas komitmennya kepada fungsi moral dalam sejarah ialah Lord Acton, yang pada tahun
1895 dilantik sebagai Regius Professor di Universiti Cambridge.9
Baginya, walaupun pendapatpendapat berubah, tabiat-tabiat berubah, kepercayaankepercayaan timbul dan tenggelam tetapi hukum moral telah diukirkan di atas kepingan
8

E.R.Carr. Apakah Sejarah?. (Terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1989

John Cannon. The Historian at Work. London: George Allen & Unwin. 1980.

logam yang abadi (Opinions alter, manners change, creeds rise and fall, but the moral
law is written on the tablets of eternity). Bukan sahaja tokoh-tokoh tersebut, bahkan
tokoh-tokoh kontemporari seperti Isaiah Berlin, Veronica Wedgwood, dan Arnold
Toynbee, amat menekankan kepentingan dan kewajipan pengadilan moral dalam sejarah.
T
entang Arnold Toynbee misalnya, baginya pengusiran orang-orang Arab dari Palestin
oleh orang-orang Yahudi itu sama besar jenayahnya dengan pembunuhan enam juta
orang-orang Yahudi oleh Hitler. Dan sama seperti semangat Isaiah Berlin dalam
syarahannya yang berjudul "Historical Inevitability", Adrian Oldfield juga dalam
rencananya yang bertajuk "Moral Judgements in History" menganggap bahawa masalah
pengadilan moral tidak dapat dielakkan dalam penulisan sejarah.10
Subjektiviti dalam pengajian sejarah bukanlah merujuk kepada pendapat individu namun
lebih menjurus kepada imaginasi seperti yang dinyatakan oleh Benedetto Croce (1866 1952) di mana beliau sendiri pernah menegaskan bahawa semua sejarah ialah sejarah
sezaman.11 Dan Collingwood yang dipengaruhi oleh Croze juga menganggap bahawa
semua sejarah ialah sejarah pemikiran, yang memerlukan sejarawan menggambarkan
kembali dalam fikirannya pengalaman-pengalaman yang lalu (re-enactment of past
experience) dalam ertikata lain, memerlukan proses imaginasi. Untuk melakukan
semuanya ini, sejarawan harus memilih (select), menyisip (interpolate), dan mengkrttik
(criticize). Jadi ia tidaklah boleh bergantung pada ingatan dan kewibawaan (memory and
authority) fakta-fakta sejarah. Konsep sejarah seperti inilah yang disebut oleh Louis
Gottschalk sebagai"contemporaneity of evidence", cuba diperoleh pengertian oleh
sejarawan dengan cara mengkaji sejarah dari sudut masa kini, yang melibatkan peribadi
dan pengetahuannya sendiri.
Akibat daripada sebab-sebab tersebut, maka hasilnya lahiriah penulisan sejarah yang
bersifat subjektif dalam berbagai-bagai bentuk dan rupa. Pertama, dan segi tujuannya,
bagi mereka yang komited terhadap agama atau ideologi tertentu, sudah pasti untuk
tujuan menjalankan dakwah atau propaganda melalui karya-karya sejarah mereka. Dalam
10
11

John Cannon. The Historian at Work. London: George Allen & Unwin. 1980.

R. Suntharalingam. Pengenalan kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marican & Sons (M) Sdn.Bhd.
1985

pensejarahan Kristian umpamanya, tujuannya tidak lain adalah untuk menegakkan


kesucian ajaran Kristian. Dan dalam karya-karya oleh sejarawan Nazi, jelas terpancar
tujuannya untuk membuktikan keunggulan bangsa Arya. Sedangkan melalui karya-karya
sejarawan

Komunis,

ia mengandungi propaganda Marxisme

dan polisi-polisi

Komunisme.

Bagi sejarawan yang bersemangat nasionalisme, maka penulisannya sudah tentu hanya
menekankan kepentingan dan keutamaan bangsa. Pendek kata, unsur-unsur propaganda
atau 'partisanship' kelibatannya semacam tidak dapat dielakkan (inevitable) sama sekali.
Memang bagi Ranke, kita harus percaya kepada bukti atau dokumen sejarah untuk
menghasilkan sejarah objektif. Sejarah objektif akan membiarkan dokumen bercakap
dengan sendirinya, tanpa memerlukan sebarang penjelasan lagi. Tetapi masih dipersoalkn
tahap kebenaran dokurnen sejarah tersebut samada ia berupaya menjelaskan segalagalanya, tanpa penglibatan dalam bentuk imaginasi di kalangan sejarawan. Yang jelas,
sejarawan bukan sahaja terpaksa menghadapi bukti sejarah yang terbatas, bahkan juga
bukti-bukti yang sudah dipilih atau ditentukan coraknya sejak awal lagi. Realiti sejarah
menunjukkan betapa banyaknya bukti sejarah yang telah mengalami penapisan atau
kerosakan, terutama oleh golongan yang lebih berkuasa dan kuat.
Albert Einstein mengatakan bahawa Imagination is more important than knowledge.
For knowledge is limited to all we now know and understand, while imagination
embraces the entire world, and all there ever will be to know and understand. 12Sejarah
adalah suatu ilmu yang mempelajari peristiwa atau kejadian yang terjadi di masa lampau.
Peristiwa yang ditulis dalam sejarah haruslah memenuhi konsep konsep dasar sejarah
agar dapat menjawab pertanyaan what, where, whom, why dan how. Untuk menjawab
pertanyaan itu selain daripada keperluan data yang sahi yang memenuhi konsep dasar
sejarah, konsep dasar sejarah yang sama penting adalah seperti ruang, waktu, bukti, fakta,
dan interpretasi. Menurut Moh. Hatta wujudnya sejarah itu sendiri adalah berperanan
untuk memberikan pengertian tentang masa lampau. Sejarah bukan hanya menghasilkan
ceritera dari kejadian masa lalu sebagai masalah. Sejarah tidak sekadar kejadian masa
12

John Cannon. The Historian at Work. London: George Allen & Unwin. 1980.

lampau, tapi pemahaman masa lalu yang didalamnya mengandung berbagai dinamik,
mungkin berisi permasalahan untuk dijadikan kajian dan renungan generasi manusia
seterusnya.

Dalam proses perumusan sejarah banyak sumber berupa bukti atau fakta yang di temui.
Dari semua bukti itu seorang sejarawan akan mampu untuk membina dan mengkonstruk
peristiwa agar menjadi suatu data sejarah yang sahih. Dari titik permulaan inilah inilah
proses interpretasi dan imajinasi diperlukan untuk menggambarkan suatu peristiwa masa
lampau agar mudah diahami dan dipelajari leh golongan kebanyakan.

Anda mungkin juga menyukai