Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
0 Definisi Sejarah
Perkataan sejarah berasal daripada perkataan Arab iaitu Syajaratun yang bermaksud
pohon.Dari sudul lain pula sejarah dalam bahasa Inggeris digelar History yang diambil
daripada perkataan Yunani, Historia yang membawa maksud penyelidikan atau
kajian.Mengikut pandangan bapa sejarah iaitu Herodotus, sejarah ialah satu kajian untuk
menceritakan kitaran jatuh bangunnya seorang tokoh,masyarakat dan peradaban.Mengikut
definisi yang diberikan oleh Aristotle, sejarah merupakan satu sistem yang mengira kejadian
semula jadi dan tersusun dalam bentuk kronologi.Pada masa yang sama, beliau
menyatakan bahawa sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai
catatan,rekod-rekod dan bukti-bukti yang kukuh.1
Seperti juga beberapa banyak bidang ilmu pengetahuan lain yang sedang berkembang
dengan pesatnya di negara kita pada ketika ini, khasnya sejak kita mencapai kemerdekaan
dari belenggu penjajahan Inggeris pada tahun 1957 dahulu,maka pengajian ilmu sejarah
yang ada pada kita pada hari ini merupakan bidang ilmu yang dibawa masuk dari peradaban
Barat dengan dilakukan beberapa pertambahan dan penyesuaian supaya ia selaras dengan
keadaan dan kehendak tempatan.Bagaimanapun,di dunia barat itu sendiri, pewujudan ilmu
1
sejarah itu sebagai suatu bidang pengajian ataupun disiplin yang tersendiri hanyalah
bermula pada kira-kira pertengahan kurun kesembilan belas dahulu,iaitu dengan
munculnya seorang tokoh ahli sejarah yang terbilang yang bernama Leopold Von Ranke.4
Ahli fikir sejarah dari Jerman ini telah menimbulkan suatu tradisi pensejarahan yang sangat
kuat pengaruhnya pada bahagian akhir kurun tersebut sehinggalah bahagian akhir kurun
tersebut sehinggalah bahagian awal kurun kedua puluh ini.suatu teori pensejarahan beliau
yang sangat mengakumkan sejarawan sezaman dengannya ialah bahawa sejarah itu
haruslah dikaji wie es eigentlich gewesen ataupun seperti sebenarnya berlaku! 5Walaupun
pandangan Ranke ini dikagumi oleh ramai sejarawan pada zaman tersebut, namun
demikian, masih ada segelintir sejarawan yang menolak pandangan beliau.Sejarawan
seperti Benedetto Croce dari Itali,Charles A.Beard dari Amerika Syarikat,R.G. Collingwood
dan E.H. Carr dari Britain adalah antara sejarawan kurun kedua puluh yang tidak
mempersetujui tradisi Ranke.6
Bagi mereka pandangan seperti itu tidak munasabah dan mustahil dilaksanakan .Sejarah
bukanlah sains, malah sejarah tidak perlu dianggap sebegitu.Hal ini kerana sesuatu fakta
sejarah sentiasa berubah mengikut peredaran zaman dan tidak dapat disahkan segala fakta
dalam sejarah itu benar- benar belaku.Hal ini amat berbeza sekali dengan sains yang hanya
mempunyai suatu jawapan(sahaja) kepada segala permasalahan yang timbul dengan
melakukan ujian yang dapat mengesahkannya.
5 Ibid hlm2
2
masih belum dijumpai penawarnya.Jadi ahli- ahli perubatan telah menjalankan kajian bagi
mencari penawar kepada penyakit tersebut
Dalam menekankan ciri kajian sebagai suatu unsur penting dalam pengertian
sejarah,Collingwood juga menyebut dua impilkasi yang timbul dari pengiktirafan ciri
tersebut.Pertama, kajian dalam sejarah adalah berdasarkan kepada penafsiran bukti atau
sumber-sumber yang sedia wujud,baik yang berbentuk tulisan mahupun kesan-kesan
peninggalan lama,Seseorang ahli sejarah akan menggunakan bukti ini untuk mencari
jawapan kepada soalan-soalan yang dikaji itu.Implikasi kedua yang disebutkan oleh
Collingwood ialah hakikat bahawa kajian dalam sejarah sepatutnya dilakukan oleh orang
yang arif dalam bidang itu.Walaupun beliau mengakui bahawa ramai orang yang
berpendidikan telah terdedah kepada pemikiran sejarah,namun ia tidak melayakkan
mereka untuk memberikan satu pendapat tentang sifat,tujuan,kaedah dan nilai pemikiran
sejarah.8
Tidak dapat dinafikan bahawa sejarah sebagai satu cabang ilmu merupakan hasil
penyelidikan yang dijalankan oleh ahli-ahli sejarah. Sebagaimana yang diketahuai umum,
ilmu sejarah adalah ciptaan orang Yunani pada abad yang ke-5 S.M. dan orang yang
mempeloporinya ialah Herodotus.Gelaran Bapa Sejarah yang dikurniakan kepada
Herodotus adalah berpadukan kepada daya usahanya membuat penyelidikan tentang
Perang Parsi yang tercetus pada abad ke-5 S.M. Herodotus telah bergiat cergas untuk
mencari sumber seperti babad,kesan-kesan peninggalan lama serta saksi-saksi yang masih
hidup dan lalu menggunakan bukti-bukti tersebut untuk menghasilkan sebuah karya yang
merakamkan peristiwa-peristiwa penting dalam perang itu.Satu hal yang menarik tentang
kajian Herodotus adalah keputusannya untuk menggelarkan karyanya sebagai Histories,
yang dalam bahasa Yunani bererti penyelidikan atau penyiasatan.sebagaimana yang
dihujahkan oleh Collingwood, penggunaan perkataan inilah, dan implikasi- impikasinya
yang menjadikan Herodotus sebagai bapa sejarah. 9
Bagaimana pula keadaanya kalau kita lihat kegunaan sejarah itu bagi sesebuah negara?
Masyarakat Yunani purba seperti yang pernah diceritakan oleh Herodotus, percaya bahawa
sesebuah negara ataupun peradaban itu,sentiasa mengalami proses kitaran , bahawa
sejarah itu adalah suatu gejala yang sentiasa berulang-ulang di dalam kitaran-kitaran yang
silih berganti.10Hal ini kerana sejarah itu sentiasa berputar umpama roda.Apa yang berbeza
adalah orang yang mengalaminya.Oleh hal demikian, kita mestilah mengambil iktibar
8 ibid
9 Ibid hlm5
3
daripada sejarah masyarakat terdahulu seperti bagsa Aryan agar kita tidak mengulangi
sejarah tersebut.Seperti kata ahli falsafah sejarah, George Santayana sesiapa yang
melupakan sejarah akan mengulanginya.
Demikianlah sejarah itu memang mempunyai guna,ataupun nilai yang sangat luas bagi
seorang insan,masyarakat mahupun sesebuah negara.Semua ini tidak akan dapat
mengelakkan diri dari terkait dengan sejarah.Begitu juga halnya dengan dengan bidang-
bidang ilmu pengetahuan yang lain ; semuanya amat kerap merujuk kepada sejarah,
sekurang-kurangnya sejarahnya sediri, bagi menetapkan teori dan andaiannya ataupun
mengukuhkan hujah-hujahnya serta membenarkan pandangannya. Barangkali ,jika dikira
satu persatu, mungkin jumlah kegunaanya melebihi seribu satu macam kegunaan.11
Seperti yang kita sedari, untuk mengkaji sesuatu peristiwa sejarah, ahli sejarah memerlukan
sumber. Bagi memastikan sumber yang dirujuk itu merupakan sumber yang betul kita perlu
menjalankan kritikan sumber.Secara ringkasnya tugas ini boleh dipaparkan sebagai mencari
dan menafsirkan sumber-sumber.Sebagai-mana yang kita sedar, ahli sejarah pada lazimnya
tidak menyaksikan hal-hal yang ia selidik itu.Pengetahuannya mengenai masa lampau
hanya diperolehi melalui sumber-sumber atau bukti yang ditinggalkan oleh saksi-
saksi.Pengetahuan yang diperolehi dengan cara ini disifatkan oleh Marc Bloch sebagai
pengetahuan tak langsung12,dan boleh dikatakan sebagai suatu yang istimewa kepada
sejarah dan tidak wujud dalam sains semula jadi, ilmu alam atau falsafah.Kesangsian umum
yang timbul tentang pengetahuan yang diperolehi dengan cara ini ialah berkenaan
keupayaaan ahli sejarah untuk memaparkan dengan betul apa yang berlaku pada masa
lampau.13
2.0DEFINISI SUMBER
12 Ibid
13 Ibid
4
bukti(khusus yang bersifat asli atau tulen)berkenaan sesuatu fakta,kejadian atau siri hal-hal
tersebut.14Seperti suatu ilham, sumber ialah sesuatu yang boleh menjadi punca kepada
suatu lahiran pemikiran ataupun penulisan, tetapi sumber berbeza dengan ilham kerana ia
tidaklah abstrak ataupun spontan, dan ia boleh dirujuk kembali apabila kita memerlukannya
kembali.Pada peringkat awal, sumber ialah sekumpulan bahan-bahan yang tersimpan di
tempat-tempat yang khusus, seperti arkib,perpustakaan,muzium,pejabat menympan
rekod,istana dan sebagainya,ataupun di rumah-rumah orang perseorangan yamg
mempunyai minat untuk menyimpannya.Sejarawan yang ingin melakukan penyelidikan
haruslah mengesan serta mengenal pasti sumber-sumber yang diperlukan olehnya 15.
Secara amnya sumber juga boleh diertikan sebagai kumpulan bahan rujukan bagi kegunaan
penyelidikan dalam mana-mana bidang keilmuan.Jadi dalam hal ini, bukanlah sejarawan
sahaja yang memerlukan sumber untuk penyelidikannya; ilmu-ilmu yang lain juga
memerlukannya.Hanya bagi sejarawan, sumber yang diperlukannya adalah sumber yang
berhubung kait dengan bidangnya.16
5
untuk menurunkan keterangan-keterangan atau fakta-fakta yang boleh menyangkal
dakwaan ini.Dalam usaha ini,ahli sejarah akan meneliti sumber-sumber yang berkenaan
yang memberikan maklumat yang dikehendaki itu.Nampaknya istilah sumber dalam sejarah
bermaksud bahan-bahan yang menyediakan bukti berkenaan sesuatu yang dikaji
itu.Sebagaimana yang diutarakan oleh Collingwood Apa pun adalah bukti yang
membolehkan anda menjawab soalan anda.18
Perkara kedua yang juga menjadi punca kepada kekaburan ialah maksud sumber pertama
dan kedua.Nampaknya kebanyakkan ahli sejarah membuat satu garisan pemisah di antara
dua jenis sumber ini.Mengikut Professor L.Gotts-chalk,sumber pertama ialah merujuk
kepada keterangan dari seseorang saksiyakni,seseorang atau sesuatu yang hadir di
dalam kejadian kejadian yang dia atau ia ceritakan itu.Sumber kedua sebaliknya bererti
keterangan daripada seseorang yang tidak hadir di dalam kejadian-kejadian yang dia
ceritakan itu.19 Pendapat Gottschalk ini dipertikaikan oleh ramai ahli sejarah lain seperti
Arthur Marwick yang mensifatkan sifat sumber pertama sebagai bahan-bahan yang wujud
dalam keadaan asas,mentah dan tidak sempurna, manakala sumber kedua ialah tulisan
ahli sejarah seperti Karya sejarah yang tersusun,rencana dissertasi atau buku. 20
2.1Sumber Pertama
Selanjutnya yang dikategorikan sebagai sumber utama itu ialah kumpulan sumber mahupun
bahan yang boleh kita rujuk,tetapi keadaanya masih asli dan masih belum ditafsirkan
lagi.Antara sumber ini termasuklah bahan yang berupa dokumen,surat, sma ada yang rasmi
ataupun sebaliknya,catatan dan laporan,buku harian,warkah watiqah dan titah perintah, dan
kadang kala akhbar serta majalah dan peringatan boleh juga dianggap sebagai sumber
utama.
18 ibid
19 Ibid hlm28
20 ibid
6
Apa yang menjadikan sumber-sumber tersebut sebagai sumber utama ialah keadaannya tu
sendiri yang merupakan sumber yang pertama sekali mencatatkan,melaporkan ataupun
sebagainya megenai sesuatu peristiwa yang berlaku.21Sumber pertama dapat menolong kita
mengesahkan cerita sebenar ataupun menggambarkan sesuatu peristiwa sebagaimana ia
berlaku.Dari situ dapat kita rumuskan bahawa sumber utama jika diibaratkan sebagai
makanan boleh disamakan dengan bahan utama yang masih dalam keadaan asas.Jika kita
hendak memasak ayam goreng, bahan utamanya ialah ayam mentah.Manakala bahan-
bahan seperti garam,gula dan kunyit boleh diibaratkan sebagai sumber sekunder.Setelah
digabungkan kedua-dua bahan barulah ayam goreng dapat disediakan.Ayam goreng yang
dimasak itu boleh kita ibaratkan sebagai hasil penyelidikan kita.
2.2Sumber Kedua
Seterusnya apakah pula yang dimaksudkan dengan sumber kedua?Secara asasnya sumber
kedua boleh diibaratkan sebagai kajian-kajian,ataupun penulisan-penulisan yang telah
dilaksanakan oleh seseorang mahupun sesuatu kumpulan, tentang suatu peristiwa,tokoh-
tokoh dan sebagainya.Kajian-kajian itu didasarkan kepada sumber-sumber utama
tadi.Menurut amalan ilmiah pada hari ini,penghasilan suatu sumber kedua itu haruslah
melalui sesuatu proses ataupun kaedah penyelidikan yang teratur supaya hasilnya akan
merupakan suatu hasil yang boleh diterima kebenarannya.22
Di dalam kategori sumber kedua ini termasuklah buku-buku,majalah dan juga akhbar,latihan
ilmiah,tesis,karangan ataupun esei yang menganalisis sesuatu isu yang penting.Sebagai
contoh,bagi sejarah tanah air kita pada zaman Melaka,maka penulisan sarjana Barat seperti
A History of the Peninsular Malaya, oleh R.J. Wilkinson, A History of Malaya dan History of
Classical Malay Literature yang kedua-duanya dikarang oleh R.O Winstedt bolehlah dipakai
sedikit sebanyaknya.Begitu jugalah penulisan oleh sarjana lain seperti J.M Gullick, mahupun
22 Ibid hlm67
7
sarjana tempatan seperti Zainal Abidin Abdul Wahid,Buyong Adil dan Abdul Samad
Ahmad.23Ataupun jika kita ingin melihat melihat kepada sumber yang lebih kebelakang lagi,
maka bolehlah kita merujuk kepada penulisan dan laporan orang Portugis serta orang
Belanda mengenai Melaka khususnya dan Tanah Melayu serta Kepulauan Alam Melayu
secara amnya.24
2.3Jenis-jenis sumber
Sebagaimana yang kita sedia maklum, para ahli sejarah menggunakan berbagai jenis
sumber ketika menjalankan penyelidikan mereka.Di antara suber-sumber yang lazim
digunakan oleh ahli sejarah ialah rekod kerajaan,rekod swasta,sumber peribadi
akhbar,sumber lisan sumber sastera,hikayat,babad,kitab ugama,inskripsi dan kesan-kesan
peninggalan lama.Tidaklah penting untuk memberikan gambaran tentang setiap jenis
sumber yang tersebut di atas tadi oleh kerana kita pun tahu secara umum mengenai sifat
dan kepentingan sumber-sumber itu.25Misalnya kita memang sedar tentang kepentingan
akhbar sebagai sumber sejarah memandangkan kepada hakikat bahawa akhbar, di samping
melaporkan pelbagai jenis kejadian harian, juga mencerminkan pemikiran golongan-
golongan tertentu dalam masyarakat.Walau bagaimanapun boleh dikatakan bahawa orang
ramai memang tidak menyedari dengan tepat kepentingan rekod kerajaan,rekod swasta dan
sumber peribadi oleh kerana sumber-sumber tersebut dirahsiakan dari orang ramai.
Perkara yang barangkali tidak boleh disangkal lagi dalam zaman moden ini ialah hakikat
bahawa dokumen yang berpunca daripada kerajaan melebihi semua jenis sumber lain.Hal
ini boleh dikaitkan dengan peranan kerajaan yang semakin meluas sejak akhir-akhir ini,di
samping keperluan bahawa segala kegiatan kerajaan harus direkodkan mengikut peraturan
pentadbiran awam.Tidaklah mudah untuk menyenaraikan satu per satu jenis dokumen-
dokumen yang tergolong dalam rekod kerajaan.Secara kasarnya, rekod kerajaan
merangkumi laporan mahkamah dan parlimen,surat- menyurat kementerian dan jabatan,
fail-fail dari badan- badan berkanun dan agensi-agensi kerajaan,surat- menyurat ibu pejabat
negeri,pejabat daerah dan pejabat mukim, serta laporan khas yang dikeluarkan oleh
jawatankuasa dan suruhanjaya yang ditubuhkan dari masa ke semasa.26
23 Ibid
24 ibid
26 Ibid
8
Walaupun pada suatu masa dahulu sumber-sumber swasta tidaklah dipandang sepenting
rekod-rekod kerajaan, namun akhir-akhir ini kepentingan sumber swasta diperakui secara
meluas di kalangan ahli sejarah.Kesedaran baru ini berpunca sebahagiannya daripada
usaha memperluaskan ruang lingkup sejarah dan sebahagiannya dari kesediaan pihak
swasta untuk membuka rekodnya kepada para pengkaji sejarah27.Dari sini dapat kita
rumuskan bahawa mata pelajaran sejarah sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran
zaman dan sumber-sumbernya sentiasa bertambah menyebabkan ruang lingkupnya
semakin meluas.Berbanding dengan sumber swasta,sumber peribadi sudah lama menarik
minat ahli sejarah,khususnya bahan-bahan seperti catatan harian,jurnal dan surat
peribadi.Ada kesedaran di kalangan para pengkaji sejarah bahawa sumber peribadi ini
memberikan maklumat yang rapat dengan isi hati penulis yang barangkali tidak dipaparkan
dalam surat-surat rasmi kerajaan mahupun swasta.28
3.0Definisi Kritikan
Para ahli sejarah yang mencari sumber-sumber untuk menyempurnakan kajian mereka
bertolak dari andaian bahawa bahan yang dikutip itu seharusnya diuji kebenaran.Jadi, ahli
sejarah tidaklah berperanan sebagai penyalin,perakam atau pemetik maklumat-maklumat
yang disampaikan oleh sumber.pendirian ini,sebagaimana yang dihuraikan oleh Marc Bloch
adalah sebahagian besarnya sumbangan Jean Mabillon,Richard Simon,Paperbroek dan
Spinoza yang pada kurun ke-17 telah menetapkan kaedah-kaedah yang harus mendukung
proses kritikan bukti supaya menghasilkan ilmu sejarah yang tulen.Istilah kritikan yang kini
digunakan umum untuk merujuk kepada proses penafsiran bukti,tidak lagi dipandang
sebagai satu pendirian mental yang negatif semata-mata bahkan sebagai satu ujian untuk
27 Ibid
28 Ibid hlm34
29 ibid
9
kebenaran.Ujian ini,menurut Marc Bloch berpunca dari sikap kesangsian terhadap
keterangan-keterangan yang diberikan oleh saksi tentang masa lampau,dan kaedah-kaedah
yang berkesan telah dicari yang membenarkan pengasingan kebenaran daripada
pendustaan.30
3.1Kritikan Luaran
Kritikan sumber adalah terbahagi kepada dua jenis, iaitu kritikan luar dan kritikan
dalaman.Kritikan luar boleh diertikan sebagai usaha mengesan ketulenan atau kesahihan
sesuatu sumber asli itu.Tugas ini ada kaitan dengan perbuatan melmasukan sumber-
sumber.Banyak sebab yang mendorong kepada perbuatan tidak bertanggungjawab
ini.Salah satu sebab ialah bertujuan mengesahkan sesuatu tuntutan politik.Dalam sebuah
kes pelmasuan terkemuka yang dikenali umum sebagai Donation of Constantine,pihak
yang melmasukan dokumen itu telah didorong oleh niat untuk meyokong tuntutan pihak
Paus ke atas kawasan-kawasan yang satu ketika dahulu ini telah diperintah oleh Maharaja
Constantine.Surat palsu ini telah dikeluarkan di atas nama Maharaja Constantine oleh
seorang paderi Rom pada abad yang ke-8 T.M. dan telah didedahkan sebagai palsu pada
abad ke-15.31
Sebagaimana yang diakui oleh ahli-ahli sejarah,terdapat beberapa cara atau ujian yang
dapat memastikan ketulenan sesuatu dokumen seperti ujian kimia,ujian bahasa,ujian
tukisan tangan dan ujian bahan-bahan yang digunakan dalam buatan dokumen itu.33
31 ibid
32 ibid
10
Ujian kimia adalah bertujuan untuk menentukan umur sebenar sesuatu dokumen.Keadaan
kertas,dakwat dan cap di dalam sesebuah dokumen akan berubah mengikut peredaran
masa,dan pakar-pakar kimia boleh memastikan sama ada sesuatu dokumen itu benar-benar
dikeluarkan pada masa yang didakwa oleh pihak-pihak yang memilikinya.Misalnya
manuskrip jurnal yang disimpan oleh Frank Swettenham yang mengandungi catatan dari
bulan April 1874 sehingga Febuari 1876 boleh disahkan tulen oleh seseorang pakar kimia
yang dapat menguji sama ada kertas dan dakwat yang digunakan dalam lima jilid jurnal itu
sememangnya berumur lebih kurang seratus tahun.
Di samping ujian kimia,ketulenan sesuatu dokumen boleh juga disahkan melalui ujian
bahasa.Sebagaimana yang kita maklum,gaya bahasa sentiasa berubah dari sudut
nahu,struktur ayat,ejaan,istilah,tanda baca dan sebagainya.Sebagaimana yang dinyatakan
oleh G.J.Garraghan: Gaya tulisan latin oleh Livy yang bertarikh abad yang pertama tidaklah
serupa dengan gaya tulisan Latin Einhard pada abad yang ke-9. 34Kebenaran hal ini boleh
juga dibuktikan jika kita menyemak gaya tulisan Bahasa Malaysia dalam awal tahun 1960an
berbanding dengan gaya tulisan kini.Apa yang ketara ialah perbezaan dari segi ejaan,tulisan
kata gandaan dan kata turunan.Jurang perbezaan dalam gaya tulisan Bahasa Malaysia
adalah lebih ketara jika kita membandingkan keadaan kini dengan gaya tulisan Sejarah
Melayu.
Satu lagi cara yang digunakan untuk membongkar pemalsuan dokumen ialah melalui ujian
tulisan tangan.Ujian ini hanya dapat dijalankan terhadap dokumen yang ditulis tangan dan
bukan ditaip atau dicetak.Sebagaimana yang diutarakan oleh Garraghan, tulisan tangan
adalah satu ciri yang tersendiri35 dan pakar-pakar dalam bidang ini boleh mendedahkan
perbuatan untuk meniru tulisan tangan orang lain.Misalnya dalam kes pemalsuan Buku
Harian Hitler itu,yang mana semua catatan telah dibuat dalam tulisan tangan Hitler,termasuk
menurunkan tandatangan Hitler di tiap-tiap muka buku harian itu,pakar-pakar telah menguji
ketulenan dokumen itu dengan membandingkan tulisan tangan itu dengan dokumen-
dokumen lain yang ditulis oleh Hitler.
Akhirnya ketulenan sesuatu dokumen boleh juga dipastikan dengan menentukan sama ada
bahan-bahan yang digunakan dalam menghasilkan dokumen itu memang sudah wujud pada
masa yang ditarikhkan dalam dokumen itu sendiri.Misalnya jika kertas digunakan sebelum
33 ibid
34 Ibid
35 Ibid
11
tahun 1150 T.M.,boleh dikatakan bahawa dokumen itu adalah palsu kerana pada masa itu
hanya kulit kambing digunakan sebagai kertas dokumen.Keputusan yang sama juga boleh
dibuat tentang sebuah dokumen yang bercetak yang ditarikhkan pada tahun 1350,kerana
teknik percetakan hanya diperkenalkan pada abad yang ke-15.Begitu juga dengan dokumen
yang tulisanya dibuat dengan pensil dan didakwa telah dikeluarkan pada abad yang ke-
15.Kita boleh menyatakan bahawa dokumen itu adalah palsu oleh kerana pensil hanya mula
digunakan pada abad ke-16.Pemalsuan Buku Harian Hitler juga dapat dibongkar dengan
mendedahkan bahawa benang-benang yang digunakan dalam penjilidan buku harian itu
hanya mula digunakan selepas tahun 1945,iaitu selepas kematian Hitler.
3.2kritikan Dalaman
Kritikan dalaman adalah satu proses mentafsir isi kandungan sumber-sumber primer
manakala kritikan luar pula adalah satu proses untuk mengesahkan ketulenan sumber-
sumber primer.Ahli-ahli sejarah telah mencari peraturan-peraturan tertentu untuk digunakan
semasa mentafsir isi kandungan sumber-sumber primer.Mentafsir isi kandungan sumber-
sumber sejarah adalah penting bagi memastikan fakta-fakta yang digunakan nanti adalah
daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai.Melalui tafsiran isi kandungan tersebut
maka ahli-ahli sejarah dapat mengemukakan fakta-fakta sejarah yang benar dalam
penyelidikan mereka.
Dalam proses kritikan dalaman para ahli sejarah perlu berhadapan untuk mengesan fakta-
fakta yang dianggap tepat dan mempunyai ketulenan yang tinggi.Sebagai contohnya apabila
ahli-ahli sejarah menggunakan sumber lisan perlu berhati-hati dari sudut zaman hidup saksi
sumber lisan dan juga latar belakang saksi tersebut.Penerimaan sumber lisan tersebut amat
bergantung kepada tafsiran yang dibuat ke atas fakta-fakta ataupu keterangan-keterangan
yang diberikan oleh seseorang saksi.Proses kritikan dalaman yang melibatkan tafsiran isi
kandungan melibatkan lima proses tafsiran.Lima proses tafsiran itu ialah tafsiran
verbal,tafsiran logik,tafsiran teknikal,tafsiran fakta dan tafsiran psikologikal.36
Proses tafsiran verbal melibatkan pemerhatian terhadap aspek bahasa yang digunakan
dalam sumber primer.Para ahli sejarah perlu memahami makna setiap perkataan yang
terdapat dalam dokumen yang dirujuk terutamanya dari sudut ketepatan penggunaan
12
bahasa.Hal ini kerana bahasa sentiasa berubah mengikut peredaran masa.Oleh itu,para ahli
sejarah perlu memahami peraturan semasa yang terdapat dalam perkembangan
bahasa.Para ahli sejarah sekurang-kurangnya perlu menguasai bahasa dalam penyelidikan
sejarah.Dalam erti kata lain,para ahli sejarah perlu menguasai bahasa yang perlu dipakai
dalam mengakses sesuatu dokumen sejarah.37
Dalam situasi ini para ahli sejarah perlu mengambil masa yang panjang untuk mentafsir isi
kandungan dokumen tersebut.Semasa proses penterjemahan tersebut para ahli sejarah
boleh bergantung kepada bahan-bahan seperti kamus dan daftar istilah sejarah bagi
menterjemahkan isi kandungan dokumen tersebut.Namun halangan bagi para ahli sejarah
ialah sama ad bahan-bahan tersebut mampu membantu memahami makna-makna
perkataaan semasa melakukan terjemahan jikalau ia melibatkan banyak makna.Oleh itu
pemahaman maklumat akan menjadi tidak tepat dan maksud asl ayat akan menjadi tidak
betul jikalau para ahli sejarah tidak berhati-dari sudut menterjemah maklumat tersebut.38
Tafsiran teknikal adalah satu proses untuk mengenal pasti tujuan ahli-ahli sejarah
menjalankan sesuatu penyelidikan dan penelitian terhadap penggunaan sumber sejarah
dalam penyelidikan.Setiap ahli sejarah akan melibatkan idea masing-masing terhadap
termasuklah emosi dan psikologi semasa membuat tafsiran terhadap fakta-fakta dalam
sumber sejarah.Oleh itu penyelidikan sejarah akan berbeza antara satu sama lain
menyebabkan tafsiran teknikal perlu dilakukan untuk mengetahuai tujuan menjalankan
sesuatu penyelidikan sejarah.39
Di samping itu penelitian terhadap sumber sejarah yang digunakan akan memberikan ruang
untuk mengenal pasti sama ada ahli-ahli sejarah itu menggunakan sumber primer yang
tepat ataupun tidak semasa menjalankan penyelidikan mereka.Melalui tafsiran teknikal
37 Ibid
38 Ibid
39 Ibid
13
tersebut ahli-ahli sejarah lain mampu untuk menghasilkan penyelidikan sejarah yang lebih
berkualiti berbanding penyelidikan sebelum ini.
Tafsiran logik merupakan satu proses pencatuman fakta-fakta sejarah yang diperoleh
melalui pengaksesan sumber kepada pemikiran oleh ahli-ahli sejarah. Tafsiran logic perlu
dilakukan kerana dalam sesuatu penyelidikan sejarah sudah pasti ahli-ahli sejarah akan
melibatkan emosi dalam membuat tafsiran fakta-fakta sejarah. Oleh itu, tafsiran yang
melibatkan pemikiran ahli-ahli sejarah akan mempengaruhi minda pembaca yang mengkaji
penyelidikan tersebut.40
Di samping itu, tafsiran logik penting kerana tindakan yang diambil oleh ahli-ahli sejarah
dalam penulisan sejarah ialah menjalin peristiwa sejarah secara sistematik dan membawa
kepada kebenaran kejadian atau peristiwa sejarah. Jadi, pemikiran ahli-ahli sejarah adalah
terlibat secara langsung dalam penyusunan kejadian ataupun peristiwa sejarah dari
peringkat sebelum, semasa dan selepas kejadian sesuatu peristiwa. Proses tafsiran pula
akan melibatkan ahli-ahli sejarah untuk memaparkan fakta-fakta sejarah yang tepat
mengikut susunan kronologi, masa dan zaman, sebab-musabab, kesan-kesan dan rumusan
tentang kejadian sesuatu kajian atau peristiwa sejarah.41
Proses tafsiran psikologikal melibatkan pemahaman terhadap aspek pemikiran penulis yang
menghasilkan sumber primer.Ahli-ahli sejarah perlu meneliti dengan mendalam sumber
memandangkan pemikiran penulis sumber sejarah tersebut dipengaruhi oleh
emosi,persekitaran,budaya dan politik.Di samping itu,ahli-ahli sejarah perlu meneliti sudut
pandangan penulis sumber tersebut bagi mengkaji pemikiran penulis.Oleh itu ahli sejarah
perlu mengambil pendirian tertentu dengan mempunyai kematangan yang tinggi dalam
menbuat tafsiran yang tepat.
Dalam membuat tafsiran psikologikal ini,ahli-ahli sejarah perlu menghindarkan perasaan dan
emosi bagi mengelakkan tafsiran tersebut dipertikaikan oleh ahli-ahli sejarah lain.Ahli-ahli
sejarah perlu melaporkan perkara yang benar-benar berlaku dan membuat tafsiran yang
tepat untuk mengelakkan kekeliruan dan pendebatan yang berpanjangan.42
40 Ibid
41 Ibid
14
Ahli-ahli sejarah perlu melakukan tafsiran yang tepat untuk mendapatkan fakta-fakta yang
tepat bagi menyokong hujahan dalam penulisan sejarah.Ahli-ahli sejarah perlu memahami
dengan tepat kandungan yang terdapat dalam sumber primer sebelum membuat sesuatu
tafsiran.Proses membuat tafsiran mengambil masa yang lama dan ahli-ahli sejarah perlu
mengakses seberapa banyak sumber sumber primer bagi menyokong hujahan mereka.Oleh
itu,ahli-ahli sejarah perlu memiliki kemahiran yang tinggi untuk mendapatkan sumber primer
yang tepat dan relevan bagi membolehkan ahli-ahli sejarah membuat tafsiran fakta yang
tepat.Proses membuat tafsiran fakta juga bermaksud ahli-ahli sejarah telah mengesahkan
kebenaran fakta tersebut sesuai dengan kejadian ataupun peristiwa sejarah
Antara beberapa sebabnya mengapa sumber sejarah perlu diuji adalah untuk memastikan
kesahihannya seterusnya memastikan kebenaran fakta yang digunakan dalam penulisan
sejarah. Kenapa? Sebabnya adalah bagi menghasilkan penulisan yang mempunyai fakta
yang benar-benar sahih dan diterima umum. Situasai ini berlaku agar tidak wujud fakta yang
ditokok tambah seperti mencampur adukkan fakta sejarah dengan cerita fiksyen atau rekaan
mahupun dongeng untuk mengagung-agungkan seseorang tokoh. Keadaan ini perlu
dielakan jika penulisan itu mengikut langkah yang betul. Oleh itu, menurut Ranke penulisan
sejarah sebenarnya adalah menceritakan semula peristiwa sejarah seperti yang sebenarnya
berlaku, namun begitu fakta sejarah tidak pernah muncul dalam situasi yang murni kerana
sentiasa dihiasi berdasarkan pemikiran si pencatat itu. Oleh yang demikianlah menyebabkan
penceritaan semula peristiwa sejarah memerlukan pengolahan, penjelasan, pengisahan dan
penyusunan semula. Sekiranya aspek-aspek ini diabaikan maka hasilnya nanti membuatkan
pembaca atau generasi akan datang keliru dan kerana itulah fakta sejarah perlu diuji terlebih
dahulu sebelum digunakan di dalam penulisan sejarah.
Merujuk kepada sebab seterusnya, proses menguji kesahihan ini penting bagi mengelakkan
lahirnya golongan tertentu yang memberi bukti palsu untuk mempengaruhi penulisan ahli
sejarah. Sekiranya terdapat sumber sejarah yang dikemukakan oleh mana-mana pengkaji,
individu atau pihak-pihak tertentu, ahli sejarah haruslah terlebih dahulu mengenal pasti atau
menentukan kesahihannya. Kenapa? Ini bertujuan untuk mengelakkan sumber yang
diketengahkan itu telah ditokok tambah atau palsu bagi kepentingan pihak tertentu, sama
ada untuk mendapatkan kedudukan, hak milik mahupun tujuan lain yang tidak mustahil
boleh menjatuhkan kerajaan.Misalnnya, peristiwa pernah berlaku di Eropah apabila
dokumen Donation of Constantine yang digunakan sebelum pertengahan kurun ke-15
untuk mengukuhkan satu teori pihak gereja yang menurut Paus agama Katolik mempunyai
15
hak terhadap tanah di Eropah telah dibuktikan palsu oleh Lorenzo Valla yang telah
menggambarkan bahawa tuntutan Paus juga adalah palsu atau tidak benar.Daripada
peristiwa tersebut menunjukkan pentingnya menguji terlebih dahulu sumber dan fakta yang
diperolehi supaya tidak terjadi peristiwa yang sebaliknya.
Selain itu, ia untuk mengelakkan penulisan yang bersifat berat sebelah iaitu penulisan yang
ditulis bertentangan dengan kejadian atau peristiwa yang asal berlaku. Kebanyakkan hal ini
terjadi disebabkan oleh sikap penulis itu sendiri yang terlalu ingin mengagungkan bangsa,
agama dan negaranya sendiri.Oleh sebab itu, pengadilan moral ditekankan oleh setiap ahli
sejarawan supaya sikap ini tidak terjadi. Jika hal ini terjadi, penulisan yang ditulis secara
berat sebelah akan memburukkan sebelah pihak walaupun pihak tersebut tidak bersalah.
Hal ini dapat dilihat berdasarkan contoh iaitu peristiwa pengeboman Bandar Hiroshima dan
Nagasaki di Jepun oleh British, pihak British diagungkan oleh ahli sejarawan kerana
mengebom kuasa yang berkuasa di Asia Tenggara demi keamanan dunia. Padahal kedua-
pihak saling berebut kuasa di Asia Tenggara dan bagi melumpuhkan kuasa Jepun,British
telah mengebom bandar tersebut tanpa mempedulikan nyawa-nyawa yang tidak berdosa.
Selain itu, memastikan sumber itu sahih juga penting dalam memastikan kesahihan fakta
kerana terdapat penulisan atau sumber yang dihasilkan oleh sejarawan dahulu adalah
bersifat mengagungkan sesetengah pihak sama ada raja dan sebaliknya. Walaupun
seseorang sejarawan itu mempunyai kesedaran terhadap kepentingan sejarah itu ditulis,
namun mereka terpaksa akur terhadap titah perintah raja. Hal ini dapat dilihat berdasarkan
sikap Tun Seri Lanang iaitu sejarawan Melayu yang membaiki kandungan Sulalatus Salatin
berdasarkan perintah sultan walaupun menerima tugas tersebut dengan perasaan yang
berat. Oleh yang demikian sejarah yang dihasilkan mengandungi bermacam-macam unsure
16
yang lebih bercorak saster sejarah.Sekiranya kita merujuk kepada sumber tersebut
berkemungkinan besar kita mendapat sumber palsu yang ditokok tambah oleh penulis
berlandaskan kehendak pemerintah masa itu. Oleh sebab itu, sesuatu sumber itu perlu
dikaji kesahihannya terlebih dahulu sebelum diguna pakai.
5.0 Rumusan
Kesimpulannya di sini, ahli sejarah atau sejarawan adalah wajib menjalankan ujian atau
mengalisis terlebih dahulu sumber diperlukan bagi membuat sesuatu penulisan sejarah. Dari
isi yang saya nyatakan dalam tugasan ini, sumber-sumber sejarah yang diperolehi
hendaklah diuji terlebih dahulu bagi menentukan kesahihan atau keaslian sumbernya.
Tujuannya adalah supaya penulisan itu tidak mengandungi unsur palsu yang menyebabkan
sejarawan pada masa hadapan mengulangi masalah yang sama.
Kesannya sejarawan pada masa akan datang dianggap menulis sejarah kerana kewangan
semata-mata bukannya kerana sifat sejarawan itu sendiri. Oleh yang demikia sejarawan
hendaklah membuat kajian atau analisis terperinci yang merangkumi pelbagai aspek kritikan
iaitu kritikan luaran dan dalaman.Tegasnya sumber sejarah perlu melalui langkah-langkah
tertentu untuk memastikan sesuatu sumber itu sahih dan dapat diterima umum. Tujuannya
tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memastikan sumber itu sahih dan diterima umum.
Kritikan sumber bukan sahaja berperanan memastikan kesahihan bukti malah mencari
maklumat tambahan yang tersirat pada sumber. Telah ditegaskan bahawa fakta-fakta
merupakan entiti-entiti yang wujud secara hakiki dan nyata dalam sumber dan tugas ahli-ahli
sejarah ialah memilih dan menjelaskan fakta-fakta tersebut. Justeru, hasil kajian ditentukan
oleh ahli-ahli sejarah, bukan daripada sumber-sumber. Hal ini menjelaskan lagi tentang
mutu hasil kerja ahli-ahli sejarah kerana setiap ahli sejarah mempunyai sudut pandangan
yang berbeza.
Menurut Profesor M.M. Postan, bukti baru muncul serentak dengan kemunculan sudut
pandangan yang baru menperjelaskan lagi kepentingan tugas mentafsirkan sumber oleh
ahli-ahli sejarah yang membawa kepada nafas baru dalam kaedah penyelidikan dalam
sejarah. Berbeza dengan pandangan Ranke yang menuntut keobjektifan dalam penulisan
17
sejarah iaitu wie es eigentlich gewesen yang bermaksud sejarah sepertimana ia berlaku,
berpendapat bahawa sejarah sepatutnya berlandaskan bukti, bukan daya imaginasi.
Namun begitu, sejarah sepatutnya seperti apa yang diutarakan oleh R.G.Collingwood iaitu
sejarah ialah pemikiran iaitu memahami perkara yang berlaku dengan memahami pemikiran
si pelaku. Oleh itu, nilai hasil penulisan sejarah amat bergantung kepada proses kritikan
sumber. Setiap sumber menceritakan peristiwa yang tidak sepertimana ia termaktub
padanya kerana terdapat faktor-faktor lain yang mendorong sesuatu peristiwa itu berlaku
yang memerlukan penafsiran ahli-ahli sejarah.
6.0 Lampiran
SUMBER-SUMBER PRIMER
18
SUMBER-SUMBERSEKUNDER
19
7.0 Bibliografi
20