Anda di halaman 1dari 10

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SIDANG AKADEMIK 2023/24

JMS 417 PENSEJARAHAN BARAT DAN TIMUR

CIRI-CIRI & FALSAFAH PENSEJARAHAN KRISTIAN SERTA TAFSIRAN ST.


AUGUSTINE TERHADAP SEJARAH

NAMA PELAJAR

MOHAMAD BADARUDIN BIN HASAN


JM/13680/20
Pendahuluan

Manusia zaman berzaman dari berbagai-bagai budaya dan anutan kepercayaan telah
mendampingi sejarah atas pelbagai alasan dan untuk pelbagai tujuan. Kesedaran terhadap
sejarah semakin meluas dan mendalam terutama sekali apabila sesuatu peradaban itu telah
mencapai kemantapan atau kegemilangannya. Ilmu sejarah menjadi semakin unggul dan
diperlukan selari dengan kewujudan tamadun seperti yang berlaku dalam peradaban Islam,
peradaban Barat dan peradaban Timur. Oleh itu, timbulnya kecenderungan ke arah kesedaran
dan usaha untuk mengkaji dan menulis sejarah atas beberapa faktor. Penyebaban sejarah pada
zaman pertengahan iaitu pensejarahan Barat iaitu Kristian memperlihatkan satu perbincangan
yang menarik untuk para ahli sejarah mengkaji.

Menurut ahli-ahli sejarah, mereka menyatakan bahawa Sejarah merupakan satu


cabang ilmu yang diciptakan oleh masyarakat Yunani ketika abad kelima S.M. 1 Sebagai
buktinya, Herodotus telah diiktiraf sebagai ‘Bapa Sejarah dan Antropologi’ apabila beliau
berjaya menghasilkan sebuah karya yang berjudul Histories sebagai kajian sejarah yang
terulung pernah diusahakannya.2 Pensejarahan Yunani ini telah dikemukan oleh beberapa
sejarawan, misalnya yang paling banyak memberi sumbangan dalam pensejarahan Yunani ini
ialah Herodotus dan Thucydides. Sumbangan mereka dalam menjalankan kajian dan
penyelidikan berkaitan dengan sejarah Yunani sangat dihargai oleh sejarawan masa kini.
Herodotus dan Thucydides banyak menjalankan penyelidikan dalam penulisannya secara
kritis dan bernas dengan melakukan pelbagai kaedah untuk mendapatkan sumber-sumber dan
bahan sejarah yang sahih. Oleh itu, terdapat beberapa ciri-ciri pensejarahan Yunani yang
telah diberi tumpuan oleh sejarawan untuk mencatatkan segala peristiwa yang telah berlaku
di Yunani.

Hal ini demikian kerana setiap pensejarahan yang berlaku adalah melambangkan
peradaban serta pemikiran ahli sejarah pada masa tersebut yang sezaman. Ahli sejarah pada
masa kini berbahas mengenai para sarjana Kristian sepanjang Zaman Pertengahan yang tidak
berminat akan kajian yang bersifat tepat dan saintifik tentang fakta sejarah tetapi menumpu
kepada pengkajian sifat-sifat ketuhanan yang tepat dan saintifik. Bagi perbincangan ini, saya
1
Mohd. Yusof Ibrahim, Mahayudin Hj Yahaya.Sejarawan Dan Pensejarahan, Ketokohan Dan Karya. (Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988), hlm. 1.
2
Arba’iyah Mohd Noor,Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002), hlm.
70.
berpandangan bahawa sememangnya melalui kajian dan rujukan, pensejarahan Kristian
dilihat tidak mengutamakan penulisan sejarah secara tepat dan saintifik sebaliknya lebih
menekankan unsur ketuhanan serta agama sebagai penyebaban dalam penulisan.

Pensejarahan Falsafah Kristian

Pada Zaman Klasik, pensejarahan dipelopori oleh Herodotus dan Thucydides.


Herodotus lebih dikenali sebagai Bapa Sejarah kerana karya beliau dianggap satu karya
pensejarahan. Walaupun Hecateus pernah mengemukakan penulisan sebelum Herodotus, para
pengkaji cenderung memilih Herodotus sebagai Bapa Sejarah. Hal ini kerana karya
Herodotus adalah lebih menuju kepada bentuk pensejarahan sedangkan karya Hecateus
adalah terlalu umum. Bukan itu sahaja, menurut R.G. Collingwood, karya Herodotus
mengandungi sekurang-kurangnya tiga daripada empat ciri pensejarahan moden seperti
bersifat saintifik, menceritakan tentang manusia tanpa menerapkan unsur mitos dan
membantu menambah ilmu pengetahuan masyarakat. Herodotus berjaya menghasilkan karya
Histories tentang Perang Parsi.3 Daripada karya inilah perkataan “history” diambil dan
dipakai sehingga hari ini.

Penyebaban sejarah merupakan suatu percubaan untuk mengesan peristiwa semasa


dan kejadian bersejarah kepada sebab akarnya. Selain itu juga, penyebaban sejarah adalah
cubaan untuk mencari penyelesaian atau penjelasan untuk peruahan dan seringkali digunakan
untuk meramalkan peristiwa, iaitu dengan meramalkan kesan peristiwa kini pada situasi masa
depan. Akan tetapi, idea sering berubah-rubah tentang sebab-sebab sejarah, namun fokus
kepada bagaimana kita memahami dunia kita. Sebagai manusia, kita sentiasa ada sifat inkuri
terhap sesuatu perkara. Seperti yang dikatakan E.H.Carr iaitu
“.. as the belief that everything that happens has a cause or causes, and could not
have happened differently unless something in the cause or causes had also been different.”

Dalam pensejarahan Kristian, para pemikir cuba menarik idea-idea awal ahli falsafah tentang
penyebaban dengan pandangan dunia di mana semua perkara adalah pada akarnya
mempunyai sebab atau asal usul daripada Tuhan.

3
Arba’iyah Mohd Noor,Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002), hlm.
90.
Seorang lagi ialah Thucydides yang mengikuti jejak langkah Herodotus dalam
menghasilkan karya tentang Perang Pelopenesia. Beliau bersikap lebih kritis daripada
Herodotus kerana tidak memuatkan kepercayaan karut berdasarkan takdir seseorang dalam
karya pensejarahannya. Sebagai contohnya, Thucydides menolak wabak penyakit pus yang
terjadi akibat ketakdiran Tuhan dan mengaitkan peristiwa sejarah dengan sebab-musabab
rasional yang bersifat sekular. Malah, beliau menggunakan kaedah perbandingan sumber-
sumber yang didapatinya bagi memastikan kesahihan sumber tersebut.

Pada Zaman Pertengahan atau lebih dikenali sebagai Zaman Gelap, masyarakat
Eropah telah dikongkong oleh golongan gereja dan ia menjadikan masyarakat lebih
mempercayai sesuatu perkara tanpa usul periksa. Pada masa itu, karya pensejarahan
dihasilkan oleh paderi Kristian iaitu St. Augustine atau Aurelius Augustine. Beliau
menghasilkan sebuah karya iaitu City of God pada tahun 413-426 SM. Tujuan karya ini
dihasilkan adalah untuk mempertahankan agama Kristian daripada cabaran golongan Pagan
yang mendakwa punca keruntuhan empayar Rom disebabkan oleh kemunculan agama
Kristian.4 Menerusi karyanya, beliau berjaya mengubah persepsi masyarakat dengan
mengkritik institusi kerajaan Rom agar dijalankan secara adil dan saksama dengan
mengabdikan diri kepada Tuhan serta mempengaruhi pemikiran ramai sejarawan seperti
Eusibius Pamphilus dan Paulus Orosius. Dari aspek penyelidikan pula, St. Augustine banyak
mengembara dan dipengaruhi oleh tokoh atau karya penulisan terdahulu seperti The
Confession untuk dijadikan sumber dalam karyanya. Karya pensejarahan lebih berkualiti
berbanding Zaman Klasik walaupun karya tersebut lebih menerapkan falsafah agama atau
teologi.

Perkembangan Pensejarahan Kristian

Antara faktor kebangkitan pensejarahan Kristian ialah peristiwa Maharaja Constantine


yang memeluk agama Kristian pada tahun 313 Masihi.Sebelum tahun 313 Masihi,kedudukan
Kristian di Rom tidak terjamin kerana pihak berkuasa yang beragama pagan menjalankan
dasar penindasan terhadap para penganut agama Kristian.Ini berlaku kerana tentangan orang
Kristian terhadap amalan-amalan pagan.Tetapi apabila Maharaja Constantine memeluk

4
Mohd. Yusof Ibrahim, Mahayudin Hj Yahaya.Sejarawan Dan Pensejarahan, Ketokohan Dan Karya. (Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988), hlm. 1.
agama Kristian,maka berlakulah perkembangan yang pesat dalam agama ini. Kepercayaan
kepada konsep millennium dalam Kristian yang sedia ada, mereka mula bertumpu kepada
kegemilangan masa depan yang dijanjikan.5

Namun selepas hampir ratusan tahun,zaman gemilang itu tidak juga wujud.Ini
mendorong mereka untuk beralih kepada hal ehwal keduniaan dan bermulalah juga kepada
sejarah masa lampau.Pada kurun ke 3 & 4 Masihi,berlaku persaingan hebat antara tokoh-
tokoh pagan dengan Kristian,masing-masing cuba untuk mencari pengaruh hingga tuduh-
menuduh.Untuk membela diri,lalu dikaji sejarah awal Rom dan didapati yang sebelum
kedatangan pun Rom pernah diserang. Ini mengalakkan kajian sejarah.

Pada zaman ini,masyarakat Eropah telah dikongkong oleh gereja yang mendominasi
pentadbiran kerajaan berdasarkan agama dan mereka cuba mempertahankan ideologi-ideologi
tradisi.Mereka lebih cenderung untuk percaya daripada memeriksa sesuatu perkara yang
berlaku.Pada zaman ini,pensejarahan telah mengorak langkah ke hadapan dengan kewujudan
beberapa idea tentang penilaian sejarah dan kesedaran tentang realiti sejarah.Sejarawan
Kristian awal telah menghubungkaitkan peristiwa masa lalu dengan masa depan berbekalkan
kitab Bible sebagai sumber utama bagi pensejarahan6.

Sejarah dianggap penting oleh sejarawan pada zaman itu memandangkan sejarah satu
bidang yang mempunyai kepentingan agama dan rohani.Antara sejarawan yang terkenal ialah
St.Augustine.Beliau merupakan seorang paderi terkenal pada Zaman Pertengahan.Beliau
telah karya bertajuk City of God sekitar tahun 413-426.Pada tahun tersebut,empayar Rom
mula menghadapi keruntuhan akibat ditawan oleh Alaric iaitu raja suku kaum Goth dari
Jerman.

5
Abdul Rahman Hj. Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat dan Timur, Kuala Lumpur; Utusan
Publications & Distributors, 2000, m.s 21
6
Abdul Rahman Hj. Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat dan Timur, Kuala Lumpur; Utusan
Publications & Distributors, 2000, m.s 22
Tafsiran St Augustine Terhadap Sejarah

Nama sebenar beliau ialah Aurelius Augustinus, namun di dalam dunia pensejarahan dan
juga agama kristian beliau lebih dikenali sebagai St. Augustine dari Hippo. Beliau telah
dilahirkan pada 354 T.M di Thagaste2 iaitu sebuah bandar di Afrika Utara yang dikuasai oleh
Empayar Rumawi. Kelahiran beliau adalah selepas 9 tahun kelahiran Saint Jerome dan 14
tahun setelah kelahiran Saint Ambose, Kini bandar tersebut dikenali sebagai Sauk Aliras dan
terletak di Tunisia dan bahagian timur Algeria. Pada masa kanak-kanak beliau masih belum
lagi memeluk agama kristian walaupun ibunya sememangnya berpegang teguh kepada ajaran
kristian.

Dari segi sejarah, menurut beliau sebahagian besar daripada kebenaran telah
diturunkan oleh tuhan melalui Kitab Bible. Oleh itu kebenaran yang terdapat dalam kitab
tersebut tidak perlu dipertikaikan. Sebagai contoh tuhan telah mentakdirkan bahawa
empayar rumawi akan jatuh, maka peristiwa tersebut adalah suatu kebenaran yang tidak
perlu disangsikan lagi. Kebenaran tersebut hanya perlu diterangkan sahaja. 7 Augustine boleh
dikatakan bukan sahaja bertindak sebagai seorang sejarawan apologist yang tugas utama
bukanlah melakukan penyelidikan tetapi juga menerangkan kebenaran agama yang
dianutinya itu.8

Karya yang dihasilkan oleh Augustine bukanlah bermaksud untuk mencari


kebenaran sejarah sahaja. Kajian sejarah yang telah dilakukan olehnya bukanlah seperti
yang disarankan oleh Collingwood iaitu untuk sejarah moden, demi mengenal diri semata-
mata, beliau mengkaji sejarah demi kepentingan keagamaannya dan daripada segi peribadi,
penghasilan 2 karya sejarah tersebut adalah untuk mengukuhkan keimanannya. Jadi
penghasilan karya sejarah adalah dilihat lebih menjurus kearah sudut keagamaan.

Augustine telah menghasilkan suatu bentuk falsafah dalam kalangan masyarakatnya,


ini kerana falsafah sejarah yang dihasilkan ini amat berbeza daripada apa yang difahami

7
Kebenaran-kebenaran itu merupakan gagasan-gagasan yang sedia wujud pada Tuhan Yang Maha Berkuasa
yang kemudiannya dijelmakanNya menjadi kenyataan di alam fana ini bila dan sebanyak mana yang
dikehendakiNya. Lantas kebenaran-kebenaran seperti hokum-hukum matematik, prinsip akhlak dan
sebagainya bukanlah semata-mata merupakan gagasan-gagasan yang bernas darpada seseorang yang perlu
dicuba dan diuji.
8
Muhd. Yusuf Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya.1988. Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan dan Karya.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 100.
oleh orang Yunani- Rumawi. Beliau sendiri telah dianggap sebagai tokoh yang terkemuka
dalam menghasilkan falsafah tersebut dan berpegang teguh kepadanya berasaskan hakikat
falsafah sejarah yang melambangkan kekuasaaan dan kebenaran Tuhan Yang Maha
Berkuasa. Dengan landasan-landasan yang demikianlah, maka terdapat pandangan yang
mengatakan bahawa Augustine bukanlah menulis falsafah sejarah tetapi teologi sejarah.9
Teori dan penulisan beliau itu merupakan senjata pertahanan intelek keagamaan yang
paling berkesan dalam menghadapi serangan dan tohmahan daripada golongan intelek yang
bukan kristian pada ketika itu. Malah karya yang dihasilkan oleh Augustine juga
mengandungi kecaman-kecaman terhadap golongan tersebut dan juga amalan-amalan
kepercayaan mereka.

Penulisan karya iaitu De Civitas Dei yang ditulis selama 13 tahun iaitu bermula
413-426 T.M telah menggariskan falsafah sejarah agama kristian dan seterusnya berjaya
menguasai kesedaran sejarah masyarakat Eropah pada Zaman Pertengahan mereka.
Malahan pengaruh tafsiran sejarah seperti yang dikemukakan dalam penulisan beliau masih
lagi wujud dan diterima oleh penganut kristian. Perubahan sejarah yang dipelopori oleh
Augustine telah berjaya menguasai aliran pemikiran masyarakat Eropah selama lebih 1000
tahun iaitu di sepanjang Zaman Pertengahan. Corak pemikiran sejarah Augustine hanya
tergugat apabila munculnya tokoh-tokoh pada Zaman Pembaharuan yang mencabar
kekuasaan dan pengaruh agama dalam bidang sejarah dan juga kebudayaan. Seterusnya
pemikiran Augustine semakin tersingkir apabila tokoh-tokoh Zaman Kesedaran berjaya
dalam perjuangan mereka untuk menyingkirkan kekuasaan agama dalam bidang kehidupan
manusia dan menggantikannya dengan kekuasaan yang berbentuk sekular yang
berlandaskan kepada taakulan dan juga rasional.10

Tersingkirnya gagasan pembawaan Augustine telah menandakan kemunculan satu


era baru dalam aliran pemikiran sejarah di Eropah, iaitu aliran sekular semata-mata di mana
peredaran dan peristiwa-peristiwa sejarah itu tidak lagi berlandaskan kepada unsur- unsur
ketuhanan. Konsep pensejarahan yang baru telah menguasai dunia pensejarahan moden di
seluruh dunia, sedangkan bentuk pensejarahan yang berlandaskan keagamaan adalah

9
Muhd. Yusuf Ibrahim, Mahayudin Haji Yahaya.1988. Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan & Karya.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 103.
10
Muhd. Yusuf Ibrahim, Mahayudin Haji Yahaya.1988. Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan dan Karya.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 105
terbatas kepada penerimaan agama serta penganut-penganutnya yang berkenaan sahaja.11

Namun begitu Augustine juga mengatakan kebaikan dan keburukan seseorang perlu
dilihat dalam konteks masyarakat yang luas dan Augustine membuat satu sumbangan yang
luas kepada pemikiran tentang gereja dan kerajaan dalam karyanya bertajuk The City of
God. Dalam membandingkan kota syurga dengan kota dunia, beliau menggunakan idea
yang ideal dan boleh difahami oleh mereka yang membaca karyanya. Beliau juga
menerima tanggapan bahawa kerajaan harus menurut perintah gereja kerana gereja
merupakan sebuah penjelmaan semula kota syurga yang tidak sempurna. Oleh itu gereja
sebagai alat untuk menindas Donatisme. Apabila bercakap mengenai tuhan dengan dunia
ciptaan, beliau mengikut cara umum yang dilakukan oleh Neoplatonik tetapi beliau
membayangkan sesuatu perbezaan antara sebab dan juga akibat yang akan muncul. Hasil
ciptaan yang telah dicipta oleh Augustine menjadi mercu tanda sepanjang zaman
pertengahan dan juga zaman selepasnya. Sebahagian daripada sebabnya ialah kebolehan
dan wawasannya yang luas, disamping kesederhanaan tertentu yang membuatkannya
sehaluan dengan gereja yang berterusan.12

Saint Augustine telah hidup sehingga kemasukan orang-orang Vandas ke Afrika dan
meninggal dunia sewaktu mereka sedang mengepung Hippo pada 403. Pada masa tersebut
Augustine telah menjadi Biskop Hippo.13 Augustine boleh dianggap sebagai bentuk
falsafah sejarah yang pertama bagi Eropah yang telah mewarisi agama kristian dan
pensejarahannya augustine juga dianggap sebagai tokoh yang paling terkemuka dalam
bidang pensejarahan agama tersebut, malah sebagai ahli fikir yang teragung dalam
kesusasteraan Latin dan merupakan satu-satunya tokoh Rom yang boleh disamakan dengan
Plato. Beliau berpegang teguh kepadanya serta yakin tentang kebenarannya kerana bagi
beliau falsafah sejarah yang demikian adalah melambangkan kekuasaan dan kebenaran

11
Muhd. Yusuf Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya.1988. Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan dan
Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 105.
12
Ninia Smart. 2008. Falsafah Dunia. Rosiyah Latif (Penterjemah). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara
Malaysia Berhad.Hal 225.
13
Gelaran Bishop ini adalah merupakan gelaran yang keempat tertinggi dalam agama Kristian. Bishop ini
berada di bawah arcbishop dalam hierarki. Orang yang memegang gelaran Bishop adalah dilarang untuk
berkahwin dan merupakan seorang yang berada serta mempunyai pengaruh dalam gereja terutamanya
dalam perniagaan. Bishop dianggap sebagai penganti kepada pemimpin dan kuasa yang dipegang
dipindahkan kepada mereka dengan kekuasaan Tuhan. Bishop mewakili gereja sedunia dalam daerah
masing-masing. Asal usul jawatan Bishop adalah tidak pasti tetapi jelas kemungkinan uskup yang
menubuhkan jawatan Bishop ini.
tuhan.14 Setelah tamatnya zaman mereka peradaban secara perlahan-lahan merosot hampir
berabad-abad dan setelah hampir seribu tahun kemudian barulah dunia kristian melahirkan
orang yang setanding dengan mereka dalam ilmu dan kebudayaan.15

KESIMPULAN

Bidang sejarah pada abad 19 dan 20 telah menjadi bertambah kukuh sebagai suatu
disiplin ilmu yang bersifat autonomi di dunia barat.Aspek yang membezakan karya-karya
sejarah pada kedua-dua abad itu ialah cara sejarah itu ditulis.Pada abad 20,sejarawan cuba
memperluaskan skop penulisan sejarah yang berbeza sedikit daripada sebelumnya yang lebih
kepada aspek ekonomi dan politik.Kesedaran terhadap pentingnya penggunaan kaedah-
kaedah dalam penyelidika sejarah telah menyebabkan banyak aspek dalam pensejarahan
tradisional terputus.Ini mungkin berlaku disebabkan sejarawan menganggap disiplin sejarah
perlu berdiri sendiri tanpa dikaitkan dengan unsur-unsur mitos dan legenda.

14
Muhd Yusof Ibrahim.1991. Aspek dan Pensejarahan Falsafah Sejarah Dunia BArat.Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.Hal 39.
15
Bertrand Russell. 1993. Sejarah Falsafah Barat.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 402
BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Hj Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat Dan Timur, Kuala
Lumpur; Utusan Publications Dan Doistributors, 2000.

Arba’iyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah Dan Pensejarahan, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan
Pustaka, 2002.

Kamus Dewan, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1996.

M.C. Lemon, Philosopphy Of History, New York; Routledge Taylor & Francis Group, 2003.

Michael Bently, Modern History, New York; Routledge Taylor & Francis Group, 2005.

Michael Bently, Modern Historiography An Introduction, New York; Routledge Taylor &
Francis Group, 2005.

Mohd Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah Dan Kaedah Penyelidikan Sejarah, Kuala Lumpur;
Dewan
Bahasa Dan Pustaka, 2001.

Peter Lambert, Making History, New York; Routledge & Francis Group, 2004.

R. G. Collingwood, Idea Sejarah, Terjemahan, Mohd Yusof Ibrahim, Kuala Lumpur; Dewan
Bahasa Dan Pustaka, 1985.

Sivachandralingam Sundara Raja, Tamadun Eropah, Shah Alam; Fajar Bakti Sdn Bhd, 1996.

Anda mungkin juga menyukai