Anda di halaman 1dari 3

Kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka

Kedatangan Portugis ke Melaka dan Bermula


Penjajahan di Melaka
 1511 : Pada 10 Ogos, kedatangan portugis ke melaka bermula apabila Alfonso de
Albuquerque tiba di Melaka dan permintaan membina sebuah markas Portugis di Melaka
dibuat tetapi sultan menolak permintaannya. Pada 24 Ogos, kota Melaka berjaya ditawan
apabila pihak Portugis berjaya mengepung dan dalam tempoh enam bulan, AFamosa dibina.
Ini semua disebabkan mendapat bantuan pembelot selama 10 hari dari kalangan pembesar
dan orang dalam istana yang dengki dan iri hati di atas pemasyhuran Tun Fatimah dan
khuatir akan kedudukan jalur keturunannya. Melaka diperintah pihak Portugis selama 30
tahun dengan penewasan Sultan Mahmud Shah.
 1513 : Melaka diserang Patih Unus dari Jawa, seorang pahlawan Jawa yang menjadi Sultan
Demak di Sumatera.
 1518-1519 : Rakyat telah dikerahkan oleh sultan melaka terakhir iaitu Sultan Mahmud Shah
untuk membina tembok tinggi mengelilingi Melaka dalam masa tiga bulan.
 1521 : Kapten Portugis yang bernama Duarte Coelhi membina Gereja St. Paul dan
menamakannya “Our Lady of The Hill” tetapi kemudiaanya ditukar kepada tempat
persemadian bangsawan oleh pihak Belanda dan dinamakan “Gereja St. Paul”.
 1523 : Kota A Famosa dikepung oleh Laksamana Hang Nadim. Catuan makanan dari Goa
dilakukan oleh pihak Portugis.
 1526 : Negeri Portugal menghantar seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro
Mascarenhaas untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan Mahmud Shah.
Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatera.
 1528 : Di Kampar, Sumatera, Sultan Mahmud Shah mangkat.
 1537 : Pada kali pertama, pihak Aceh menyerang pihak Portugis di Melaka.
 1545 : Fr. Francis Xavier tiba di Melaka buat pertama kalinya. Pada keseluruhannya, lima
lawatan ke Melaka dilakukan beliau kerana mahu menjadikan Melaka sebagai pusat
operasinya di Timur.
 1548 : St Francis Xavier membina sekolah pertama di Melaka, KoleJ St. Paul (St. Paul’s
College) untuk orang Katolik dan orang tempatan yang memeluk agamanya.
 1551 : Gabungan mantap antara Perak, Japara dan Johor telah menawan Melaka dan
mengepungnya selama tiga bulan.
 1553 : Di Pulau Sancian berdekatan Canton, China, St. Francis Xavier telah meninggal dan
selama sembilan bulan persemadiannya dibawa ke gereja St. Paul sebelum dibawa semula
ke Goa, India.
 1568 : Portugis Melaka dibantu Johor untuk mematahkan serangan Acheh. Selat Melaka
dikawal Acheh selama enam puluh tahun.
 1582 : Johor dibantu pihak Portugis daripada serangan Acheh, dan Sultan Johor pertama
yang melawat Melaka adalah Sultan Abdul Jalil Riayat Shah.
 1587 : Pihak Portugis diserang Johor secara besar-besaran melalui serangan laut dan tanah
daratan tetapi gagal sewaktu angkatan pihak Portugis tiba dari Goa.
 1588 : Ralph Ritch, pelawat Inggeris pertama telah tiba di Melaka

Kejatuhan Portugis ke atas Johor dan penempatan


Belanda di Kota Melaka
 1597 : Serangan pertama Belanda dilakukan pihak Belanda ke atas Kota Portugis Melaka.
 1606 : Di bawah Laksamana Matelieff de Jonge, pihak Belanda cuba untuk menguasai
Melaka. Kegagalan percubaan selama tiga bulan itu adalah disebabkan Portugis mendapat
bantuan dari Goa.
 1615 – 1616 : Melaka diserang Acheh.
 1628 – 1629 : Melaka diperintah Acheh selama lapan bulan sebelum Melaka diambil
kembali oleh pihak Portugis.
 1636 : Kapal Portugis di pelabuhan telah dimusnahkan oleh Kapal Belanda.

Penjajahan Belanda
 1641 : Pada 14 Januari, pihak Portugis ditewaskan oleh pihak Johor dan Melaka ditakhluk
dengan bantuan Belanda. Manuel de Souza Couthinho, Gabenor Portugis, menyerah kalah
kepada Sultan Abdullah Johor.
 1645 : Kapten Lee Wei King telah membina Tokong Cheng Hoon Teng dan ia merupakan
tokong Cina yang tertua di Malaysia.
 1645 – 1670 : Perang antara Belanda – Naning
 1650 : Bangunan Stadhuys dibina sebagai pusat pentadbiran Belanda di Melaka dan
sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya.
 1710 : Gereja Katolik tertua di Malaysia, Gereja St. Peter, dibina selepas kebebasan
diberikan oleh pihak Belanda kepada orang Katolik untuk mengamalkan agama mereka.
 1753 : Seni reka benrtuk Belanda dilambangkan pada Gereja Christ yang siap sepenuhnya
selepas pembinaannya dua belas tahun.
 1756 : Melaka telah diserang Bugis di bawah pemerintahan Daeng Kemboja.
 1784 : Raja Haji datang ke Melaka untuk menawannya namun semasa pertempuran di Teluk
Ketapan, beliau terbunuh.
 1795 : Semasa Perang Napoloeon, Syarikat Hindia Timur menguasai Melaka buat
sementara.
 1807 : Kubu Portugis mula dimusnahkan pihak British di bawah William Farquar dan
pengaruh Portugis diusir dari Melaka. Rancangan Belanda adalah pedagang-pedagang yang
datang ke Melaka berpindah ke Pulau Pinang dan berhasrat melemahkan kekuatan Melaka.
Belanja kerja-kerja memusnahkan kota ini adalah sekitar 70,000 paun sterling.
 1808 : Melaka telah diselamatkan dari kemusnahannya dengan persetujuan Lord Minto
dengan kedatangan Sir Stamford Raffles. Rancangan pemindahan penduduk dibatalkan.
 1818 : Di bawah Perikatan Vienna selepas Perang Napoleon, Melaka dipulangkan kepada
pihak Belanda.
 1819 : Singapura telah diserahkan oleh Sultan Hussain Shah kepada Syarikat Hindia Timur
Inggeris. Makam baginda terdapat di Masjid Tengkera.

Anda mungkin juga menyukai