Anda di halaman 1dari 24

Portugis di Melaka 1511

1509 King Manuel mengarah Lopez de Sequiera mendapat sebuah pengkalan di Melaka. Angkatan Portugis diterma baik oleh Melaka. Sultan dihasut oleh pedagang Gujerati. Beberapa orang Portugis ditangkap. Lopez de Sequiera melarikan diri ke Goa. Alfonso de Albuquerque, Viceroy di Goa, tiba dengan satu angkatan yang terdiri daripada 18 buah kapal. Membuat 3 tuntutan iaitu: - membebaskan orang tawanan Portugis - bayar gantirugi - membenarkan Portuguese menubuhkan pengkalan perdagangan di Melaka

Sultan tolak tuntutan Portugis. 3 serangan dilancarkan. 24 August 1511 Melaka jatuh ke tangan Portugis Mengapa Portugis menyerang Melaka? Ingin memonopolikan perdagangan rempah di Timur. Rempah sangat diperlukan di Eropah untuk mengawet makanan . Pedagang-pedagang Islam membawa rempah-rempah ke Genoa dan Venice dan kemudiannya menjual dengan harga yang tinggi kepada pedagang-pedagang Eropah. Portugis akan mengaut banyak keuntungan sekiranya mereka sendiri boleh datang ke rantau ini dan mengambil alih

Melaka. Cukai juga dapat dikutip terutama sekali dari pedagang-pedagang Islam.

Portugis adalah musuh orang-orang Islam. Portugis telah terlibat dalam Perang Salib antara orang Islam dan Kristian di Timur Tengah (kurun ke12). Ingin menghalang dan jika boleh menghentikan penyebaran agama Islam. Melaka merupakan pusat penyebaran agama Islam di timur. Ingin menyebarkan agama Kristian. Pada masa yang sama ingin mencari seorang Juga ingin mencari Prester John seorang raja yang dikatakan memerintah di timur yang dapat membantu Portugis mencapai tujuan mereka.

Putera Henry menggalakkan pelayaran penjelajahan mencari jalan laut yang baru. Penguasaan kawasan-kawasan baru dianggap sebagai satu kemegahan. Melaka akan menjadi batu permulaan untuk menyebarkan pengaruh Portugis di Timur. Sekiranya Portugis tidak berbuat demikian, kuasa Eropah yang lain seperti (Spanyol, Itali, Belanda) akan berbuat demikian. Jalan perdagangan baru telah dijumpai.1488 Bartholomew Diaz mengelilingi Tanjung Harapan di Afrika Selatan, 1498 Vasco Da Gama reached Eastern Africa dan India GOLD GOSPEL GLORY

Sebab-sebab kejayaan Portugis -Senjata yang moden -Pedagang asing membantu mereka -Albuquerque seorang pemimpin yang handal dan berkebolehan. Mempunyai strategi ppeperangan yan baik.

Mengapa Melaka jatuh -kelemahan pentadbiran. Tiada pengganti yang handal seperti Tun Perak. Tun Putih tua dan uzur dan tidak cekap. Tun Mutahir dari keturunan Tamil Muslim tidak disukai oleh golongan Melayu. Beliau menyebelahi golongan Tamil Islam. Mereka diberi jawatan-jawatan tinggi. Menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu. Sultan Mahmud lemah. Pentadbiran Melaka dibiarkan di tangan putera beliau Raja Ahmad yang masih lagi muda.

-Perpecahan antara rakyat faktor yang penting menyebabkan kejatuhan Melaka. Persaingan di antara orang-orang Melayu dan India Muslim disebabkan oleh sikap pilih kasih yang dipraktikkan oleh Tun Mutahir. Pedagang-pedagang asing mengkhianati Melaka dengan member maklumat yang sulit mengenai pertahanan Melaka kepada Portugis

-Sistem pertahanan yang lemah. Tentera melaka terdiri daripada askar upahan dari Jawa Meninggalkan Melaka apabila mendapati Melaka makin lama makin lemah. Tidak berpengalaman dan tidak terlatih. Menggunakan senjata tradisional kalu dibandingkan dengan senjata yang digunakan oleh Portugis.

di bawah Melaka tidak menghulurkan bantuan tetapi cuba membebaskan diri daripada Melaka kerana takut jatuh ketangan

-Kawasan-kawasan

-Sultan dan pegawai-pegawainya berkorupsi. Cukai yang tinggi dikenakan keatas pedagangpedagang bukan Islam. Mereka berpindah ke pelabuhan-pelabuhan lain di Asia Tenggara (Acheh, Batavia). Pengutipan cukai tidak selaras. Pengutipan cukai berbeza untuk setiap kumpulan pedagang. Cukai yang dikutip tidak diserahkan kepada perbendaharaan pusat. -Keistimewaan Portugis memang jelas. - angkatan Portugis dilengkapkan dengan senjata moden

-angkatan yang terlatih dan berpengalaman -mempunyai pengetahuan mengenai pertahanan Melaka -mempunyai strategi peperangan yan baik -memperolehi maklumat mengenai kekuatan Melaka daripada pedagang asing -Alfonso merupakan pemimpin yang handal dan berpengalaman

Serangan balas dari Kesultanan Melaka -Sultan melarikan diri ke Pagoh, Muar, Bintang, Pahang -Melancarkan 3 serangan keatas Portugis (1515-1519). Gagal. Teruskan dengan dengan menyekat bekalan makanan masuk ke Melaka dan mengepung Melaka dari darat dan laut -1526 Portugis menyerang dan memusnahkan kubu pertahanan Sultan Mahmud di Bintang

-1528 Sultan Mahmud melarikan diri ke Kampar dan meninggal dunia di situ -Dua putera beliau meneruskan serangan ke atas Melaka. Pentadbiran Portugis -Berasaskan ketenteraan -Pentadbiran diletakkan di bawah seorang Kaptan Kubu dilantik ole Raja Portugal untuk satu penggal iaitu 3-4 tahun dar keturunan Fidalgos

-Dibantu oleh penolong Kaptan -Angkatan tentera diketuai oleh Kaptan General yang akan berkhidmat selama 3 tahun. -Satu Majlis Penasihat yang melibatkan tentera, Sivil dan kewangan dan pentadbiran penduduk tempatan. Ditubuhkan untuk membantu Kaptan mengenai halhal pentadbiran di Melaka dletakkan di bawah Bendahara, Temenggung dan Syahbandar. Kuasa mereka terhad.

-Portugis berada din Melaka selama 130 years. Tidak banyak meninggalkan impak. Terlibat dalam peperangan dengan Johor dan AchehPerang Tiga Segi Impak Pentadbiran Portugis -Empayar Melaka runtuh -Agama Kristian disebarkan secara meluas -Sistem perdagangan jatuh ke tangan Portugis

-Kesultanan baru muncul Acheh, Johor, -Penggunann perkataan Portugis dalam perbendaharaan kata Bahasa Melayu spr. almari, garpu, jendela, beranda -Tulisan Roman diperkenalkan -Budaya Portugis digabungkan dengan budaya Portugis-Tarian Joget, Lagu Jingling Nona yang telah menambahkan rempah terhadap masyarakat plural Malaysia -Perkahwinan campur antara orang Portugis dan orang tempatan. Masyarakat Eurasian

-Kubu pertahanan Melaka dan lain-lain rekabentuk bangunan masih lagi menjadin sumber-sumber peninggalan sejarah yang penting.

Belanda di Melaka -Kejatuhan Melaka 1641 disebabkan oleh kerjasama di antara Belanda dan Johor -Belanda dikait rapat dengan perdagangan maritim dan sebagai pembawa barangan timur ke Eropah -Pemberontakan menentang Sepanyol dan Portugis menyebabkan Belanda benci bergantung ke atas mereka.Ingin mencari pasaran dan sumber mahan mentah.

-Kurun yang ke-17, membiasakan diri dengan pelabuhan-pelabuhan di Java utara. Menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) dengan ibupejabatnya di Betawi, Jawa. -Bersekutu dengan musuh Sepanyol dan Portugis. Melancarkan serangan ke atas Melaka. Seranganserangan secara solo gagal. Kegagalan menyebabkan mereka berpakat dengan Johor. Melaka ditewaskan pada tajun 1641. -Mula-mula beertujuan untuk mengambil alih perdagangan. -memulih semula kubu pertahanan di Melaka

-Membina semula gereja-gereja yang telah dibina oleh Portugis tapi melarang Portugis mempraktikan agama mereka iaitu mazhab katholik. -Tujuan utama menakluk Melaka untuk menghentikan melaka dari bersaing dengan Betawi -Menandatangani beberapa perjanjian dengan raja-raja tempatan untuk membeli dan memonopolikan bijih timah dari Kedah, Perak, Selangor dan Sungai Ujong -Mengawal Selat Melaka dengan rapi dan membina kubu pertahanan dan kilang-kilang di muara sungai di Perak dan Kedah

-1650an Stadthuys dibina sebagai pusat pentadbiran Belanda dantempat penginapan rasmi Gabenor Melaka -1660an perdagangan Melaka merosot. -Belanda membina kilang di Bengkalis di muara Siak (Sumatera) untuk menguasai perdagangan bijih. Perdagangan di Melaka di bawah masyarakat Freeburghers (keturunan Port. dan Belanda yang berkahwin dengan orang-orang tempatan)

-Johor, Selangor, Perak, Trengganu, Pahang menjadi kawasan Belanda. VOC berkuasa di Selat Melaka -1795 Melaka diserahkan kepada EIC kerana Perang Napoleon di Eropah. Belanda bimbang tanah jajahan mereka di Timur akan jatuh ke tangan Napoleon (Perancis) -1818 mengikut Perjanjian Vienna Melaka dipulangkan kepada Belanda.

-1824 Perjanjian Inggeris Belanda ditandatangani di antara Inggeris dan Belanda. Bengkahulu di Sumatera diserahkan kepada Belanda dan Melaka kepada British. -Perjanjian ditandatangani untuk menentukan kawasan pengaruh masing-masing dan untuk mengatasi sebarang perselisihan di antara mereka.

Kesan Pemerintahan Belanda -Christ Church (1753), Stadthuys (1650) yang sekarangnya menjadi muzium sejarah dan etnografi -Gereja St. Peter (1710) mempunyai persamaan dengan senibina Portugis di Goa.

Anda mungkin juga menyukai